You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ILIR

72200 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN D.K

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2014

Tarikh : 07 Januari 2014( Selasa )


Masa : 2.00 p.m
Tempat : Bilik Operasi Tahun 6

Kehadiran :

1. Pn. Rosliah Bt. Abu Kassim ( GPK 1)


2. Pn. Zunita bt Zainal (Ketua Panitia)
3. Pn. Siti Arfah bt Abdul Manan (Setiausaha)
4. Pn. Radziah bt Adam (AJK)

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Perancangan panitia sains
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali pertama Tahun 2014.

1.2 Beliau mengucapkan syabas kepada guru yang terlibat dengan program yang
dirancangkan pada tahun 2013 dan telah memberikan kerjasama yang kukuh
dan bersungguh-sungguh serta mendapat hasil yang cemerlang.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Wakil Guru Besar

2.1 Pn. Rosliah Bt Abu Kassim selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan
salam dan mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains. Beliau mengucapkan
tahniah dan syabas kerana pencapaian UPSR 2013 dengan kelulusan sebanyak
83.3% dan GPS sebanyak 1.84.
2.2 Mengingatkan guru panitia sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir akhir bulan Januari ini.
2.3 Memastikan supaya Perancangan Strategik dibuat pada tahun 2014 hingga
2019 (Jangkamasa panjang)
2.4 Memastikan Perancangan Strategik sahaja dibuat.

Tindakan : Tindakan guru.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 Pn. Siti Arfah bt. Abdul Manan mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan dan disokong oleh Pn. Radziah bt Adam.

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Jadual pencerapan P & P – jadual pencerapan telah disediakan oleh GPK 1.
Tarikh sebenar pencerapan bergantung kepada keadaan semasa dan pencerap.
Guru diminta sentiasa bersedia untuk dicerap.
4.2 Guru perlu mengemaskini KPI dan Headcount berdasarkan pencapaian tahun
lepas
4.3 Mengadakan kursus LDP setiap kali guru menghadiri kursus KSSR.

Tindakan : Guru Sains

5. Perancangan Panitia Sains

5.1 Semua ujian dan peperiksaan adalah dijalankan mengikut takwim sekolah.

5.2 Analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 bagi Tahap 2 sahaja adalah
seperti berikut :
ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SAINS 2013.

TAHUN BIL
MURID A % B % C % LULUS % D % E % D/E %

4 UTM 31 0 0.00 3 9.68 22 70.97 25 80.65 6 19.35 0 0.00 6 19.35

5 USM 31 1 3.23 4 12.90 13 41.94 18 58.06 11 35.48 2 6.45 13 41.94

6 UM 37 4 10.81 10 27.03 13 35.14 27 72.97 10 27.03 0 0.00 10 27.03

ANALISA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH SAINS TAHUN 2013, 2012


DAN 2011.

BIL
TAHUN DARJAH MURID A % B % C % LULUS % D % E % D/E %

2013 6 UM 36 9 25.0 17 47.2 7 19.4 33 91.7 2 5.6 1 2.8 3 8.4

2012 6 UM 35 6 17.1 17 48.6 9 25.7 32 91.4 3 8.6 3 8.6

2011 6 UM 31 12 38.7 11 35.5 6 19.4 29 93.5 2 6.5 2 6.5

2013 2012 2011

CALON HADIR 36 35 31

SEMUA A 7 4 4

GRED PURATA SEKOLAH 1.84 1.79 1.82

PENGUASAAN MINIMUM 83.3 85.7 87.1

ANALISA PRASEKOLAH.

1. Laporan Kemenjadian murid tahun 2013.

i. Seorang murid : Nor Aliya Syafikah Bt Hashim – masalah pembelajaran


ii. Johan Aqashah B Jamaluddin – lambat menguasai
iii. Muhammad Adam Lutfi B Mohd Sokri – lambat menguasai
iv. Selebihnya menguasai dengan berbagai tahap kebolehan.
2. Jumlah murid prasekolah tahun 2014.

6 tahun 5 tahun JUMLAH


LELAKI 13 3 16
PEREMPUAN 8 1 9
JUMLAH 21 4 25

5.3 Target UPSR 2014.


Calon pada tahun 2014 adalah seramai 32 orang. Target lulus keseluruhan
adalah sebanyak 100%. Pencapaian 5A seramai 10 orang. Pencapaian 10
orang adalah sebanyak 31.3%. Manakala target GPS adalah 1.73.

5.4 Keputusan KSSR tidak dapat diteruskan secara Online kerana masih dalam
penyelenggaraan. Dijangka dibuka semula pada bulan April 2014 ini.
5.4.1 LDP bagi KSSR pada Tahun 2013 telah dibuat pada 15hb Nov 2013.

5.4.2 Penulisan rancangan pengajaran harian untuk KSSR adalah seperti


berikut :-
5.4.2.1 Bidang
5.4.2.2 Tajuk
5.4.2.3 Standard Kandungan
5.4.2.4 Standard Pembelajaran
5.4.2.5 Aktiviti
5.4.2.6 Pentaksiran

5.5 Penulisan Buku Rekod Mengajar.


Buku rekod mengajar yang dibekalkan adalah dalam format KSSR bermula
pada tahun 2014.
5.5.1 Buku latihan murid bagi Tahap 1 adalah sebuah sahaja. Manakala
Tahap 2 menggunakan sebanyak 2 buah.
5.5.2 Modul PBS turut dibekalkan kepada semua murid yang terlibat
dengan KSSR.

5.6 Peka Sains


Peka masih dijalankan bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
5.6.1 Data Peka bagi Tahun 6 telah dimasukkan secara online dan
dihantar ke Lembaga peperiksaan.
5.6.2 Peka murid Tahun 1 hingga Tahun 5 hendaklah dilaksanakan
sehingga Bulan November 2014.

5.7 Aktiviti Panitia


Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun
2014.
5.7.1 Persembahan panitia sains di Perhimpunan pagi adalah setiap hari
Khamis.
5.7.2 Membuat Buku Skrap secara kumpulan atau individu
5.7.3 Aktiviti mingguan Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Sains
5.7.4 Menjalankan Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi murid Tahun 5
dan Tahun 6.
5.7.5 Menjalankan aktiviti PEKA dan mengemaskini data dan maklumat
murid Tahun 6.
5.7.6 Kuiz Sains iaitu aktiviti selepas UPSR.
5.7.7 Minggu Matematik dan Sains.
5.7.8 Menjana Minda (Subjek Matematik dan Sains). Aktiviti Persatuan
PEMASA.

5.8 Perancangan Strategik


Setiap tahun perlu menetapkan KPI dan target pencapaian
5.8.1 Target Sains Tahap 1 mencapai sekurang-kurangnya Band 5.
5.8.2 Target Sains Tahap 2 (Tahun 5 dan Tahun 6) adalah 100% lulus
secara keseluruhan.

Tindakan : Guru Sains

6.0 Hal – hal lain.

Ketua Panitia dan guru sains boleh menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar yang
diperlukan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran dan diserahkan kepada guru
perpustakaan Media.

6.1 Penggunaan Bilik Sains adalah digalakkan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan Bilik Sains hendaklah dicatat dalam Buku Rekod
Penggunaan Bilik Sains.
6.2 peruntukan PCG pada Tahun 2014 adalah sebanyak RM 772.80. makluman baki
yang tinggal pada Tahun 2013 adalah sebanyak RM 39.44. Baki 10% dari PCG
pada Tahun 2014 adalah sebanyak RM 77.28 perlu ditinggalkan.

Tindakan : Guru Sains

7.Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..
( Pn. Siti Arfah bt. Abdul Manan ) ( Pn. Rosliah Bt. Abu Kassim )
Setiausaha Panitia Sains, Guru Penolong Kanan 1,
SK Serting Ilir. SK Serting Ilir

You might also like