You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI JALAN BATU

MINIT MESYUARAT DISIPLIN BIL 2/ (2016)

Tarikh : 13 JULAI 2016 (RABU)

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK LELAKI JALAN BATU

Pengerusi : En MOHAMAD RIZAL ASBULLAH (GPK HEM)

Kehadiran(Bilangan) : 6 Orang
i. En HENDRA SHAHRIL BIN HARUN(KGD)
ii. EN ROSLAN BIN OMAR
iii.PN WAN NOR DIYANA BINTI WAN IBRAHIM
iv. CIK SITI NOR BAIEN BINTI ABDUL LATIF
v. CIK HAZANARITA BINTI HASHIM

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-
alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.2 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana
disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula
dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan
kepada disiplin murid sepenuhnya.
1.3 Beliau menyatakan guru adalah rol model kepada murid. Justeru itu, sebelum
mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri. Segala
tindakan guru menjadi contoh kepada murid.

Tindakan : Makluman semua ahli


2 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN

2.1 Pemantauan Murid Lewat


.
2.1.2 Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap murid
yang datang lambat dengan melakukan kerja amal

Tindakan : Pengawas dan guru disiplin

2.2 Pemantauan Disiplin Semasa Pengajaran dan Pembelajaran


.
2.2.2 Guru dikehendaki mencatat sebarang salah laku disiplin murid di dalam kelas
berserta tindakan yang diambil.

Tindakan : Guru disiplin dan semua guru


2.3 Sesi Kaunseling Murid Bermasalah
2.3.1 En Mohamad Rizal meminta kepada guru-guru agar mengenal pasti mana-mana
murid yang melakukan kesalahan disiplin berulang kali supaya dihantar ke Unit
Bimbingan dan kaunseling.
2.3.2 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga juga perlu diberikan.

Tindakan : Guru disiplin dan guru kaunseling

2.4 Pemantauan Kes Ponteng Sekolah


2.4.1 Guru yang bertanggungjawab membuat analisis kehadiran bulanan sekolah
hendaklah mengenal pasti murid ponteng.
2.4.2 Tindakan nasihat, amaran, kaunseling dan pemberitahuan ibu bapa / penjaga
perlu diambil terhadap murid yang kerap kali ponteng sekolah, atau ponteng
berturut.

Tindakan : Guru Disiplin

3 SSDM
3.1 Rekod disiplin murid perlu dimasukkan ke laman web SSDM online . Analisis disiplin
tersebut perlu disemak setiap bulan.
Tindakan : Guru Disiplin

4 PENGHANTARAN REKOD KEHADIRAN MURID


4.1 Guru-guru kelas ataupun guru mata pelajaran waktu pertama perlulah menghantar rekod
kehadiran kelas setiap hari sebelum 8.30 pagi
4.2 Rekod kehadiran perlu dimasukkan ke web APDM setiap hari selewat-lewatnya 8.30 pagi.

Tindakan : Guru kelas dan guru mata pelajaran pertama

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(HENDRA SHAHRIL BIN HARUN)

You might also like