You are on page 1of 2

Cara untuk Menunjukkan Kasih Sayang Terhadap Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa seseorang ibu telah melahirkan kita dan seseorang bapa pula sentiasa bersusah payah
mencari rezeki untuk menampung segala keperluan kita. Tambahan pula, seseorang ibu bapa
telah banyak mengorbankan masa untuk mendidik kita supaya menjadi seorang insan yang
berbudi bahasa dan berakhlak mulia. Sebagai contoh, ibu bapa memberikan pendidikan
tambahan seperti tuisyen. Malangnya, pada era globalisasi ini, terdapat anak-anak tidak
mengenang jasa ibu bapa. Terdapat sesetengah anak yang sanggup menghantar ibu bapa mereka
ke rumah orang tua. Hal ini berlaku kerana mereka berasa susah untuk memenuhi keinginan ibu
bapa yang telah uzur dan nyanyuk. Pada pendapat saya, hal ini tidak boleh dibiarkan daripada
terus menerus. Oleh itu, sebagai anak, kita haruslah mentaati ibu bapa dan menunjukkan kasih
sayang kita kepada ibu bapa dengan cara-cara yang tertentu.
Pada pandangan saya, cara yang paling penting untuk kita mentaati ibu bapa ialah
mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu bapa sebagaimana ibu kita pernah menumpahkan
kasih sayang dan menatang kita bagai minyak yang penuh. Sebagai contoh, kita bolehlah
berbual-bual dengan ibu bapa, menghiburkan hati mereka dan membawa mereka melancong ke
luar negara. Walaupun sesetengah anak sibuk dengan pekerjaan, tetapi sewajarnya mereka
meluangkan masa untuk menemani ibu bapa. Dengan berbuat demikian, kedua-dua ibu bapa
akan berasa gembira dan tidak berasa diabaikan oleh anak-anak.
Selain itu, kita haruslah memberi wang atau hadiah kepada ibu bapa sebagai tanda
penghargaan dan tanda penghormatan. Hadiah boleh diberi semasa hari jadi atauhari-hari yang
penuh makna kepada mereka. Wang pula untuk meringankan beban ibu bapa yang telah uzur dan
tidak larat untuk bekerja. Anak-anak yang telah mendapat pekerjaan sewajarnya membalas jasa
mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti membeli insurans untuk kegunaan pembiayaan
kesihatan mereka. Jika anak-anak sibuk bekerja, kita bolehlah mengupah pembantu rumah untuk
menjaga ibu bapa. Pembantu rumah boleh membantu membersihkan rumah, menyediakan
makanan dan menjaga pengurusan diri ibu bapa. Dengan adanya pembantu rumah, seseorang
anak boleh menumpukan terhadap pekerjaan.
Seseorang anak juga perlu sentiasa mentaati dan mendengar kata dan arahan ibu bapa. Hal ini
kerana setiap kata-kata ataupun leteran ibu bapa kepada anak adalah untuk kebaikan. Sebagai
insan yang lebih banyak makan garam, pastinya mereka telah mengharungi pelbagai cabaran
yang belum kita tempohi. Perasaan orang tua sememangnya amat sensitif. Mereka perlu dibelai
dan sentiasa diberi perhatian. Cuba untuk menunaikan setiap permintaan mereka tentu sekali
dapat menggembirakan hati dan menyenangkan perasaan mereka.
Belajar bersungguh-sungguh dan gigih menuntut ilmu juga satu usaha untuk menunjukkan
kasih sayang kita kepada ibu bapa. Amalan murni seperti ini akan mengembirakan perasaan ibu
bapa.Kita juga boleh memasakkan makanan kegemaran ibu bapa kita sebagai simbol kasih
sayang kita kepadanya. Seseorang ibu bapa pasti sangat berbesar hati apabila makanan
kegemarannya mereka dimasak oleh anak sendiri.Amalan seperti ini boleh meningkatkan kasih
sayang mereka kepada kita.
Konkolusinya, berbagai-bagai tindakan boleh dilakukan untuk menghargai jasa ibu bapa.
Sesungguhnya, seseorang anak bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa selagi nyawa mereka
dikandung badan. Hal ini bukan sahaja untuk membalas jasa mereka tetapi juga agar mereka
berasa bangga terhadap usaha yang dilakukan untuk membesarkan anak-anak.

You might also like