You are on page 1of 5

Masa Aturcara Majlis Ucapan Pengerusi Majlis

7.30-7.50 - Bacaan Yassin


pagi - Persiapan pentas
7.55-8.30 Perhimpunan UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS PERHIMPUNAN
pagi - Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu
negeri Selangor dan lagu rasmi - Assalamualikum W.B.T dan selamat sejahtera.
sambutan kemerdekaan Malaysia
Bersih - Yang berusaha,
- Bacaan Doa Puan Azian Bt. Sali (Puan Guru Besar SK 1 Selayang Baru)
- Ikrar Rukun Negara
- Yang Dihormati,
Pn Norizan Bt Husein (Penolong Kanan Pentadbiran), Pn. Hamimah
Bt Kamaruldin
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Pn Nurul Rafida Binti Abdul
Razak (Penolong Kanan Kokurikulum)

Dan

- Barisan guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

- Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, tanggal 9 Ogos 2019 di
dataran ini bakal menjadi saksi kepada majlis pelancaran Sambutan
Bulan Kemerdekaan bagi Tahun 2019 yang penuh gilang-gemilang
dan bersejarah ini.
- Majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan nyanyian Lagu
Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu tema kemerdekaan 2019
(MalaysiaKu Bersih).

NYANYIAN
Negaraku
Lagu
Lagu Negeri Selangor
Lagu Malaysia Bersih

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Azian, guru-


guru dan murid-murid yang telah menyanyikan lagu-lagu kebanggaan
kita dengan penuh semangat dan penghayatan.

- Bagi memberkati majlis, dijemput ________________________


untuk meminpin bacaan doa.

- Semua guru dan murid Islam dimohon bersedia untuk bersama-sama


mengaminkan doa. Majlis mempersilakan

BACAAN DOA
- Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

- Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar Rukun Negara. Murid-murid


diminta bersedia dan melafazkan ikrar bersama-sama dengan penuh
semangat dan penghayatan. Bagi mengetuai lafaz ikrar, Majlis
mempersilakan ____________________

LAFAZ IKRAR
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan lafaz ikrar
sebentar tadi.

- Murid-murid, dipersilakan duduk dalam keadaan senyap.


7.50-8.30 - Persembahan pelajar - Bagi memeriahkan lagi majlis kita, marilah kita sama-sama
pagi - Ucapan Guru Besar dan Perasmian memberikan sepenuh perhatian terhadap persembahan murid yang
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan telah dilatih dengan giatnya oleh Pn. Norhani dan Pn Chuah demi
Ke-62. meraikan majlis ini. Turut tidak dilupakan penglibatan Cikgu Ali dan
- Gimik Pelancaran Cikgu Nor Azri dalam sumbang saran.
- Nyanyian Jalur Gemilang, Kami
Anak Malaysia dan Sehati Sejiwa - Marilah sama-sama kita saksikannya.
- Penyampaian Hadiah dan Sijil peserta
STEM
- Nyanyian Tanggal 31 Ogos PERSEMBAHAN MURID
- Bersurai
- Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan Puan Guru Besar, Puan
Azian Bt Sali

Sudilah puan jalan berlapan


Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

- Seterusnya, dengan segala hormatnya majlis dengan berbesar hati


mempersilakan yang berbahagia Puan Azian Bt. Sali bagi
memberikan sepatah dua kata sebelum merasmikan Majlis Pelancaran
Sambutan Kemerdekaan 2019 SK (1) Selayang Baru.

- Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

UCAPAN GURU BESAR


- Seterusnya, pihak sekolah ingin menjemput Puan Guru Besar bagi
menjayakan gimik perasmian Majlis Pelancaran Sambutan
Kemerdekaan 2019 SK (1) Selayang Baru.

- Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

GIMIK PERASMIAN
Lagu backround Mantera Semerah Padi

- Majlis diteruskan dengan nyanyian Jalur Gemilang, Kami Anak


Malaysia dan Sehati Sejiwa

NYANYIAN LAGU
Lagu Jalur
Gemilang
Lagu Kami Anak Malaysia
Lagu Sehati Sejiwa

- Murid-murid dan guru-guru diminta duduk kerana majlis akan


diteruskan lagi dengan penyampaian sijil peserta-peserta Pertandingan
Action Song sempena Karnival Minggu Sains Negara Peringkat
Negeri Selangor.

-Majlis menjemput Cikgu Rashid (Ketua Panitia Sains) bagi


mengiringi Puan Guru Besar bagi majlis penyampaian sijil
penghargaan

PENYAMPAIAN SIJIL
Lagu background Gemuruh Jiwa
- Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi maka tetutuplah tirai
majlis kita pada hari ini. Sebelom kita melabuhkan tirai majlis ini,
buat terakhir kalinya marilah kita semua bangun berdiri dengan pebuh
semangat dan jiwa membara menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos.

NYANYIAN LAGU
Lagu Tanggal 31 Ogos

You might also like