You are on page 1of 13

Pengenalan

Untuk mencapai tadbir urus yang baik, antara perkara pertama yang perlu diselesaikan adalah
soal ketelusan (transparency) dalam pentabiran sepertimana yang ditulis oleh Saladin al-Jurf
(1999) dalam makalahnya ‘Good Governance and Transparency: Their Impact on Development’.
Menurutnya, mana-mana kerajaan tidak boleh terlibat dalam tadbir urus yang baik seperti
pengurusan negara yang bagus tanpa menggalak dan mempromosikan ketelusan. Justeru,
kepimpinan politik negara terutama Tun Hussien Onn , Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad
Badawi (Pak Lah) begitu giat membanteras korupsi sebagai matlamat perjuangan dalam
memimpin dan mentadbir Negara. Malah tidak ketinggalan, Perdana Menteri kita hari ini, Datuk
Seri Najib Tun Abdul Razak juga menyuntik semangat WAWASAN 2020 dalam Pelan
Transformasi Kerajaan yang bertujuan untuk memperkasa tadbir urus yang baik.

Sektor Awam berperanan untuk menjalankan program dan aktiviti ke arah meningkatkan
integriti anggota perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan peringkat negeri dan
seterusnya mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan di negara ini.
Sistem penyampaian yang baik sewajarnya memenuhi ciri-ciri seperti cekap, cepat, tepat,
keberkesanan kos dan disampaikan dengan berintegriti. Transformasi nilai dan integriti anggota
perkhidmatan awam amat diperlukan kerana mereka merupakan sektor perkhidmatan terbesar di
Malaysia yang memainkan peranan utama dalam pembangunan negara.

Ketirisan dan pembaziran di sektor awam sering menjadi perbualan di kalangan rakyat.
Bagi rakyat, mereka tidak boleh menerima sebarang ketirisan dan pembaziran yang boleh
menggugat kedudukan kewangan negara. Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia,
langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan bermula tahun 2014 merupakan satu
tindakan yang selama ini menjadi antara isu utama dalam kalangan rakyat. Antara langkah yang
diumumkan oleh kerajaan ialah mengurangkan kos utiliti elektrik sebanyak lima peratus di
kesemua premis kerajaan. Selalu sahaja berlaku pembaziran elektrik seperti lampu-lampu masih
menyala tatkala para pekerja sektor awam sudah pulang ke rumah. Begitu juga, langkah kerajaan
membekukan permohonan baru bagi mengubah suai ruang pejabat merupakan antara langkah
yang boleh mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
Organisasi yang dipilih

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ialah sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap
semua isu air di negara Malaysia. Stelah membuat kajian yang menyeluruh, jawatankuasa ini
menerbitkan laporannya pada tahun 1931. Salah satu saranan utamanya adalah "sebuah Jabatan
Parit dan Tali Air hendaklah ditubuhkan untuk Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dan penasihat di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, yang akan menyerapkan
Cawangan Hidraulik Jabatan Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu". Saranan ini telah
diterima sebagai sebuah jabatan yang berasingan pada 1 Januari 1932. Dalam masa 10 tahun
pertama kewujudan Jabatan ini sehingga pendudukan Jepun, 20,000 hektar tanah padi baru telah
dimajukan dan dibangunkan, kemudahan pengairan dan saliran telah disediakan untuk lebih
kurang 50,000 hektar tanah padi yang sedia ada. Jabatan telah mengambil alih kerja-kerja
penyenggaraan saliran bagi 40,000 hektar tanah estet dan pekebun kecil di Selangor dan Perak.

Berikutan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Parit dan Tali Air Negeri
tambahan telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak dan ini menambah bilangan Jabatan-jabatan
Negeri kepada tiga belas dengan Ibu Pejabat Persekutuan dipertanggungjawabkan dengan hal
ehwal parit dan tali air keseluruhan negara ini. Peningkatan yang besar dalam pembangunan
selepas tahun 1957 dibayangkan dengan kawasan yang disediakan dengan kemudahan pengairan
yang meningkat daripada 205,000 hektar (3,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali
setahun) kepada 332,000 hektar (249,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali
setahun) menjelang akhir tahun 1981. Kawasan yang disediakan dengan kemudahan saliran, juga
telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang sama.
Kawasan yang disediakan dengan kemudahan saliran, juga telah bertambah daripada 142,000
hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang sama. Berikutan kejadian ini, tebatan banjir
telah dijadikan tanggungjawab tambahan Jabatan daripada tahun 1972 dan seterusnya.

Sewaktu penjajahan semula Tanah Melayu pada tahun 1945, penekanan telah diberikan
terhadap pemulihan kerja-kerja pengairan. Dasar Kerajaan telah dibentuk untuk mengurangkan
pergantungan negara terhadap bekalan makanan import, dengan penekanan ke arah mampu diri
beras, dan semua usaha telah dibuat bagi meningkatkan pengeluaran padi tempatan. Berikutan
Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, penekanan yang lebih besar diberikan terhadap
peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan rakyat miskin luar Bandar.
Masalah Pembaziran di Jabatan Pengairan dan Saliran

Pengurusan bajet merupakan satu komponen yang penting dalam pengurusan kewangan
kerajaan. Ia juga bertindak sebagai tunggak utama dalam menggerakkan pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi negara. Perubahan dalam sistem bajet biasanya akan menyebabkan
berlakunya perubahan dalam proses bajet. Oleh itu, penyelidikan yang telah dijalankan ini
berkait rapat dengan perubahan yang berlaku dalam proses bajet akibat daripada perubahan polisi
yang ditetapkan oleh kerajaan dengan memperkenalkan satu sistem bajet baru dalam sektor
awam di Malaysia. Ini sekaligus menyebabkan berlakunya pembaziran air di Jabatan Penagiran
dan Saliran.

Masalah pembaziran air

Pemintaan air di banyak negeri di Malaysia dijangka tidak dapat dipenuhi dalam abad yang akan
datang. Ini adalah kerana sumber air semakin berkurangan sedangkan permintaan tehadap air
semakin meningkat akibat pertambahan penduduk. perkembangan pertanian dan perindustrian
serta perkembangan perniagaan dan aktiviti komersil. Sebagai makluman. permintaan air
meningkat dua kali ganda setiap dua dekad. tetapi penawaran air adalahjauh di bawah tahap ini.
Akibatnya, air dijangka menjadi faktor yang akan membataskan pembangunan pada abad ke-21
(Bouguerra. 1997). Buat masa ini. langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini adalah
tertumpu kepada penawaran. iaitu melalui peningkatan penawaran seperti pembinaan empangan
dan loji rawatan air. Usaha untuk menggalakkan pengurangan permintaan. iaitu pengurusan
permintaan, adalah amat kurang (Chan, 1999). Sikap "Tidak Apa" juga menyebabkan
kebanyakan orang. termasuk sesetengah pihak berkuasa dan syarikat-syarikat swasta(dan kilang-
kilang). membazir air dan tidak mementingkannya. Akibatnya, air tidak dianggap penting kerana
harganya sangat murah, hanya satu persepuluh harga bil elektrik. Kilang-kilang juga tidak
memasangkan sistem kitar semula air kerana harga air memang terlalu murah. Justeru itu.
kebanyakan orang terus mengamalkan sikap membazir air atau tidak prihatin terhadap
pemuliharaan air.

Memandangkan hasrat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020
maka isu-isu air tersebut perlulah ditangani. Air menjadi keperluan asas bagi menampung
kehidupan dan ekosistem serta turut berguna dalam proses pembangunan. Mustahil
pembangunan dapat diwujudkan tanpa air. Sejak kemerdekaan pada tahun 1957. permintaan air
telah meningkat beberapa kali ganda, iaitu puratanya sekali ganda dalam setiap dua dekad. Sejak
tahun 1970 apabila bermulanya Dasar Ekonomi Baru (DEB). pembangunan amat pesat tclah
berlaku di merata tempat di seluruh Malaysia, dan ini telah menyebabkan permintaan air
meningkat tiga kali ganda berbanding dengan semasa tempoh penjajah menduduki Tanah
Melayu. Oleh itu, jurang antara sumber air, pertumbuhan populasi dan permintaan air telah
merapat secara beransur-ansur. Ini telah mengakibatkan tercetus krisis air di merata tempat di
Malaysia, khasnya di kawasan-kawasan bandar tempat terdapatnya pembangunan fizikal,
industri, pcmiagaan, pelancongan dan pertumbuhan penduduk (pertumbuhan asli serta
penghijrahan masuk) yang pesat sekali.

Kadar penggunaan air di Malaysia masih lagi melebihi kadar yang di syorkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 165 liter sehari. Berdasarkan Malaysia
Water Industry Guide 2014, Pulau Pinang sahaja mencatatkan kadar penggunaan air tertinggi
pada tahun 2013 iaitu sebanyak 296 liter sehari. Manakala negeri yang mencatatkan kadar
penggunaan air yang paling rendah adalah di Sabah dengan penggunaan sebanyak 109 liter
sehari. Pada 2011, satu survei dijalankan dan didapati di kalangan negara Asia Tenggara, secara
purata di Thailand kadar penggunaan air hanya sebanyak 90 liter sehari, manakala di Singapura,
kadarnya sebanyak 154 liter sehari dan pengguna air di negara tersebut bercadang untuk
mengurangkan lagi kadar penggunaan air seharian mereka sebanyak 100 liter. Perkara ini
member kesan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kesan pembaziran air

Malaysia mungkin akan mengalami krisis kekurangan air sekali lagi sekiranya rakyat masih lagi
berterusan membazir. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan air.
Pertama sekali, gunakan tadahan air hujan untuk membasuh kereta dan menyiram pokok bunga
yang kurang gunakan air. Seterusnya, kita juga boleh menjimatkan air dengan menggunakan
shut-off nozzle pada hos dan gunakan low flow shower head. Selain itu, di cadangkan untuk
mandi tidak terlalu lama (disyorkan sekitar 8 minit atau kurang) dan menutup air semasa
memberus gigi, menyabun dan menyental pinggang. Akhir sekali, selalu memeriksa kebocoran
yang mungkin berlaku di dalam tandas dan kepala paip.

Sebanyak 71% permukaan di Bumi terdiri daripada air. Namum begitu, hanya 1% sahaja air di
Bumi merupakan air bersih yang boleh digunakan untuk kegunaan seharian. Krisis kekurangan
air di kebanyakan tempat di Malaysia berlaku disebabkan pihak pengurusan yang kurang efisien
dan di tambah pula dengan sikap rakyat Malaysia yang suka membazir air. Namun, perubahan
iklim dunia mungkin memberi kesan terhadap sumber air seperti kekurangan air di seluruh dunia.
Makanya, penjimatan air amat penting diutamakan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah. Kita menerima taburan hujan yang
agak tinggi setiap tahun dan kaya dengan sumber air. Kira-kira 97% sumber air di Malaysia
adalah terdiri daripada air permukaan manakala selebihnya iaitu 3% adalah dari air bawah tanah.
Namun begitu, sejak beberapa bulan yang lalu paras air di beberapa empangan utama di Selangor
menunjukkan peningkatan signifikan seperti yang berlaku di Sungai Selangor dan Tasik Subang.
Sememangnya kapasiti air yang ditampung ini mencukupi untuk menampung beberapa tahun
yang mendatang. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia seharusnya berjimat cermat dalam
menggunakan sumber air. Pada tahun 2013, purata penggunaan air rakyat Malaysia adalah
sebanyak 210 liter sehari. Namun begitu, pada tahun 2014 purata penggunaan air sudah
meningkat sebanyak 2 liter yang bermakna 212 liter atau bersamaan 141 botol air (andaian setiap
satu botol berkapasiti 1.5 liter) sehari untuk setiap orang. Hanya 30% dari penggunaan air
tersebut digunakan untuk kegunaan sebenar seperti memasak dan air minuman. Selebihnya
digunakan untuk kegunaan utiliti lain seperti membasuh kereta, membersihkan kolam dan
membasuh pakaian.

Di Pulau Pinang sahaja. tahap NRW dan kerugian adalah memeranjatkan. Pada tahun
1981. 1990 dan 1995. kerugian akibat NRW masing-masing adalah RM6.86 juta. RM 13.55 juta
dan RM24.68 juta. Kerugiaan di seluruh negara pula sekurang-kurangnya berjumalah sepuluh
kali ganda dari itu. Tetapi. perlu diingati bahawa kerugian besar ini bukan diakibatkan oleh pihak
bekalan air sahaja. Pembaziran di kalangan ahli masyarakat adalah suatu masalah juga. Perkara-
perkara seperti kebocoran paip. tandas dan pili air di tempat awam yang dibiarkan terbuka
merupakan perkara yang sering berlaku. tctapi berapa ramai ahli masyarakat yang mengambil
berat tentang hal sebegini dan melaporkannya kepada pihak berkuasa?
Setiap tahun. sejumlah besar air hilang melalui pembaziran awam. Pembaziran domestik
atau rumahtangga juga merupakan suatu masalah. Disebabkan harga air adalah murah. tidak
sesiapa pun memcntingkan penjimatan air. Kecurian air juga merupakan suatu masalah dan
contoh yang ketara ialah perbuatan mencuri air (oleh sebuah syarikat swasta) dati pusat air di
Sukit Kamunting. Shah Alam. Menurut laporan akhbar. syarikat terse but didakwa telah mencuri
sebanyak 450.000 liter air sehari selama dua tahun (The SUII. 16 May 1998).

Langkah mengatasi pembaziran air

Memeriksa sama ada terdapat kebocoran

Kebocoran menyebabkan pembaziran air dan meningkatkan bil bulanan anda. Pemeriksaan yang
kerap mengenai kebocoran hendaklah dilakukan seperti berikut:

1. Periksa pili dan paip sama ada terdapat kebocoran.

2. Pastikan tangki tandas tidak melimpah.

3. Tutup kesemua paip di rumah anda dan periksa meter air.

4. Sekiranya meter masih lagi berjalan maka ianya menunjukkan berlakunya kebocoran.

Petunjuk-petunjuk berlakunya kebocoran saluran paip bawah tanah di rumah anda ialah:

• Terdapatnya kesan lembap di kawasan tanah di mana terdapatnya saluran paip.

• Berlaku kekurangan bekalan secara tiba-tiba. (Tidak disebabkan oleh gangguan bekalan
saluran utama).

Jika kebocoran dikesan, tutup "stop cock" yang terdapat di meter air dan hubungi tukang paip
berlesen untuk membaiki kebocoran itu dengan segera.

Hentikan titisan

Titisan air yang laju dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,000 liter sehari! Pembaziran ini
dapat dielakkan dengan:
• Menutup paip dengan kemas.

• Tukar sesendal.

• Periksa pemasangan paip.

Tandas

Purata sebanyak satu pertiga daripada penggunaan air di rumah adalah untuk mencucur tandas.
Tandas lama menggunakan sebanyak sembilan liter air atau lebih pada setiap cucuran. Tandas
baru yang telah dikuatkuasakan penggunaannya, menggunakan tidak lebih dari enam liter air
untuk setiap cucuran. Sekiranya anda bercadang untuk menukar tandas, pastikan tandas baru
menjimatkan penggunaan air.

Jimatkan air semasa mandi

Banyak air yang dapat anda jimatkan semasa mandi jika anda:

• Menghadkan masa mandi.

• Mengawal penggunaan air semasa mandi.

• Menutup paip semasa menyabun badan.

Jimatkan air semasa di dapur

• Cuci sayur dan daging di dalam singki yang dipenuhi air separuh muatan. Anda dapat
menjimatkan penggunaan air sebanyak lima belas kali ganda berbanding dengan penggunaan air
paip yang mengalir.

• Jika mencuci pinggan dengan cara yang sama, anda dapat menjimatkan penggunaan air
sebanyak tujuh kali ganda.

Gunakan muatan penuh semasa membasuh dengan mesin pembasuh

• Apabila membasuh pakaian dengan menggunakan mesin pembasuh, gunakannya dengan


muatan penuh kerana jumlah penggunaan air adalah sama banyak sama ada muatan penuh
ataupun separuh
benar berkualiti, bersih dan selamat.

Saban tahun, pelbagai isu mengenai kualiti pembekalan air yang semakin menurun
dilaporkan. Pengguna seringkali menghadapi pelbagai masalah seperti mendapat bekalan air
yang kotor, gangguan perkhidmatan yang terlalu kerap dan kadar bayaran perkhidmatan yang
kadangkala terlalu tinggi dan tidak masuk akal. Malah ramai pengguna terpaksa berbelanja lebih
dengan memasang sendiri penapis air berteknologi tinggi di premis masingmasing lantaran
kualiti air yang begitu teruk. Selain itu, beberapa tempat di Semenanjung Malaysia pula turut
mengalami masalah catuan bekalan air kerana hujan yang tidak menentu dan mempengaruhi
kadar takungan air serta masalah penyaluran bekalan. Satu perkara lagi yang perlu diberikan
perhatian mendalam oleh semua pihak terutamanya pengguna ialah keselamatan dan keupayaan
kawasan tadahan hujan serta alam sekitar yang bersih untuk memastikan sumber ini akan terus
kekal dan berupaya menampung penambahan bilangan penduduk. Perkara ini perlu diberikan
perhatian serius kerana sumber ini adalah asas utama kemandirian tamadun dan kehidupan.
Tanpa usaha yang berterusan dan berkesan, suatu hari nanti pasti tiada lagi sumber air yang
benar-benar bersih untuk kehidupan sejagat. Mungkin suatu hari nanti air untuk kegunaan harian
terpaksa melalui satu proses kompleks untuk dijadikan air yang benar-benar bersih dan selamat.
Justeru itu, pengguna haruslah memainkan peranan utama dengan memupuk kesedaran agar
kawasan tadahan hujan dan alam sekitar kita akan terus sesuai untuk kehidupan sejagat.

Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia. Air amat berharga dan
merupakan bahan yang sangat penting untuk kehidupan. Walau bagaimanapun ramai daripada
kita yang tidak mengambil peduli akan kepentingan air. Walaupun demikian, terdapat pelbagai
cara kita boleh bertindak. Apa yang perlu kita lakukan ialah memberi sedikit perhatian terhadap
apa yang anda lakukan setiap hari. Walaupun negara kita menerima kadar air hujan yang tinggi,
ini tidak bererti bahawa kita tidak akan menghadapi masalah krisis air. Pada tahun 1998 yang
lalu, negara dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan Melaka.
Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih seperti sediakala serta
menelan kos yang tinggi untuk menyelesaikannya. Sekiranya tragedi begini berulang, kita
mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru
yang amat tinggi kos pembinaannya.Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa
mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi
kos pembinaannya. Oleh itu setiap kali kita menggunakan hos untuk mencuci halaman rumah,
menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi
anda, atau menangguh pembaikan paip bocor , fikirkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah
ini. Ambil tindakan seperti yang disarankan. Dengan cara ini kita telahpun menyumbang kepada
penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua kehidupan. Purata satu tahun
penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10
buah kolam renang berukuran sederhana.

Cadangan mengurangkan penggunaan air

Membuat penelitian dan pengkajian tentang sumber-sumber air yang ada meliputi taburan dan
kapasitinya berbanding dengan permintaan pengguna, sifat-sifat sumber air yang ada samada
tetap atau bermusim disamping kajian EIA (Impak Alam Sekitar) jika sesuatu sumber air itu
ingin dimajukan khususnya secara komersial. Contohnya kajian EIA telah dijalankan dalam
projek Hidro Elektrik Bakun di Serawak. Kajian elemen hidrologi daripada awal adalah amat
penting untuk memastikan kapasiti bekalan air akan berterusan dalam jangka masa yang
panjang. Jika tidak masalah terputus bekalan akan sentiasa dihadapi oleh pengguna. Sebagai
contoh kajian terhadap taburan hujan di sesuatu kawasan, input dan kadar alir sungai,simpanan
air bawah tanah,topografi dan lain-lain yang berkaitan.

Perlaksanaan Undang-undang untuk mengawal penggunaan sumber air/mencegah


pencemaran air. Meliputi undang-undang untuk mencegah industri atau pengguna yang
mencemarkan sumber-sumber air khususnya di sungai. Undang-undang mengekalkan kawasan
tadahan dan mewujudkan zon-zon penampan bagi menjamin storan air bawah tanah sentiasa
berterusan untuk sungai-sungai dan empangan. Industri-industri yang dibina berhampiran dengan
sumber air seperti sungai hendaklah mengawal pembuangan sisa toksidnya. Sebagai contoh
hampir 500 buah industri yang dibina disepanjang sungai Gombak dan sungai Kelang didapati
menjadikan sungai tersebut sebagai saluran perlepasan enfluennya. Justeru tindakan yang tegas
mestilah diambil seperti mengenanakan denda yang berat, penjara, menarik balik lesen operasi
dan mengenakan caj perawatan air kepada kilang-kilang terbabit.
Langkah merawat sumber-sumber air yang telah tercemar khususnya sumber air sungai
dan tasik disamping melaksanakan program kitar semula air yang telah digunakan. Langkah ini
boleh dilaksanakan melalui usahasama antara pihak kerajaan dengan pihak swasta. Sumber air
yang telah tercemar mestilah dirawat agar airnya bersih kembali misalnya Sungai Kelang pernah
mengalami proses rawatan. Kos rawatan yang tinggi mestilah dikongsi bersama oleh kerajaan
mahupun swasta. Menyediakan perangkap sampah di dalam sungai merupakan salah satu
langkah yang baik untuk mengurangkan kuantiti pencemaran bahan pepejal (Solid ). Selain itu
air yang telah digunakan oleh industri dan domestik boleh dikitar semula untuk pelbagai tujuan
lain agar ia tidak terus membazir.

Memajukan sumber-sumber air alternatif. Bekalan air yang ada tidak seharusnya
mengharapkan sungai dan empangan semata-mata. Sumber-sumber air yang berpotensi seperti
air bawah tanah, air takungan tasik,kolam samada semulajadi atau buatan manusia termasuk
juga air hujan boleh dimanfaatkan sebagai sumber backup (pengganti) jika berlaku sesuatu krisis
bekalan air. Di Malaysia sumber air bawah tanah merupakan sumber alternatif yang paling
berpotensi boleh dimajukan. Selain daripada kos dan teknologinya yang murah air bawah tanah
juga masih bersih dan selamat digunakan dengan rawatn yang minimun. Justeru itu ia patut
dimajukan dengan sebaik mungkin.

Memperbaiki sistem pengagihan dan pengurusan air di samping kempen penggunaan air
yang bijak kepada pengguna. Sistem bekalan air di Malaysia patut diswastakan agar
perkhidmatannya lebih cekap. Justeru kerajaan pusat mesti mengambil-alih kuasa pengurusan
air daripada kerajaan negeri berikutan daripada kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan
kewangan dan kepakaran. Sebagai contoh krisis air di kelantan “Kelantan Waters” hanya dapat
diselesaikan dengan campurtangan kerajaan pusat. Dengan memperbaiki sistem perpaipan yang
sedia ada maka pembaziran air dapat dikurangkan. Pendidikan kepenggunaan air seharusnya di
berikan kepada pengguna dari masa ke semasa agar sumber-sumber air tidak dibiarkan
membazir. Air merupakan satu khazanah yang patut berterusan.

Seperti kebanyakkan isu alam sekitar di Malaysia, pengurusan air dimalaysia tidak
mempunyai sistem yang seragam antara satu negeri dengan negeri yang lain malahan juga sistem
pengurusan air dimalaysia lebih kompleks disebabkan wujudnya dasar penswastaan serta
penglibatan begitu ramai “stake holder dalam isu pengurusan air di Malaysia. Di Malaysia,
secara umumnya bidang kuasa air terletak dalam bidang kuasa negeri, setiap negeri mempunyai
pengurusan air yang tersendiri. Dalam satu sidang khas Parlimen pada pertengahan 2005,
Parlimen Malaysia meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang
memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai
Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak). Pindaan diwartakan pada 10
Februari 2005 dan ia dikuatkuasakan pada 21 Mac 2005.Dengan pindaan itu, Kerajaan
Persekutuan akan mengawal selia industri perkhidmatan air dari segi pelesenan dan kawal selia
operator perkhidmatan. Kerajaan Negeri mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, kawasan
tadahan air dan lembangan sungai.Pada Pertengahan 2006, Parlimen Malaysia meluluskan dua
undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 atau Akta SPAN dan Akta Industri
Perkhidmatan Air iaitu Akta 655. Akta 654 menggariskan peranan, fungsi dan bidang tugas
SPAN manakala Akta 655 memperuntukkan kawal selia meliputi ekonomi, teknikal dan sosial
serta perlindungan hak pengguna.

Selain daripada itu sistem bekalan air di Malaysia turut melibatkan pelbagai jabatan
.sistem tadahan air dan punca air diletakan di bawah pengurusan kerajaan negeri yang turut
melibatkan jabatan perhutanan serta hutan simpan kerana kebanyakan kawasan tadahan air
berada dalam kawasan hutan simpan setelah air mengalir ke empangan ini diuruskan pula oleh
agensi yang berbeza bergantung pada jenis empangan.Empangan untuk Penebatan banjir dan
pengairan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), apabila ke loji rawatan air pula, air
akan diuruskan oleh lembaga air negeri,atau jabatan kerja raya atau syarikat air yang dilantik
oleh kerajaan negeri dan apabila air mengalir kepaip ia akan berada di dalam industri
perkhidmatan air negara di bawah kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN, turut
terlibat secara langsung dalam sistem pengurusan air negara ialah Jabatan Alam Sekitar yang
mengawal kualiti air sungai ,Kualiti air minuman pula dikawal di bawah Kementerian
Kesihatan. Apa yang telah disarankan bagi menangani masalah ini adalah dari sudut pendekatan
pengurusan permintaan air serta pendidikan kepada para pengguna mengenai penjimatan air.
Selain kerajaan dan badan pengurusan, pengguna juga perlu memainkan peranan penting dalam
sektor memelihara dan memulihara sumber air serta mengurangkan pembaziran air.
Kesimpulan

Kejayaan untuk memastikan air sentiasa bersih dan mencukupi amat bergantung juga dengan
sikap pengguna. Sekiranya pengguna tidak prihatin terhadap pemeliharaan sumber air daripada
pencemaran, semua usaha-usaha tersebut di atas tidak akan membuahkan hasil dan boleh
menyebabkan negara kehilangan sumber-sumber air yang andal untuk bekalan air di masa akan
datang. Penggunaan air domestik harian secara berhemah oleh setiap penduduk adalah sangat
penting untuk menjamin kemampanan bekalan sumber air yang berterusan pada masa akan
datang. Penggunaan jumlah isipadu air yang rendah adalah mampan. Secara kesimpulannya,
menjadi tanggungjawab kita bersama agar isu krisis air yang melanda negara kita ini sentiasa
dapat dielakkan. Semua pihak perlu mengambil bahagian dan berganding bahu agar isu ini dapat
diatasi.

Tanpa kerjasama yang jitu dari semua pihak, masalah ini tidak akan dapat diatasi sampai
bila-bila seterusnya merugikan dan menyukarkan keadaan pada masa akan datang. Pelbagai cara
dilakukan bagi meningkatkan kesedaran pengguna seperti menjadikan mandatori untuk
menjimatkan air atau mengenakan denda kepada mereka yang membuat pembaziran air.
Kerajaan dan badan pengurusan juga telah membantu sedikit sebanyak dalam pemberian subsidi
melalui bayaran untuk tarif air yang terlalu rendah sebagai usaha menggalakkan pelestarian air
oleh pengguna. Walaubagaimanapun, sikap endah serta tidak acuh pengguna telah mensia-siakan
usaha dan pendidikan mengenai isu ini, ibarat mencurah air kedaun keladi
Rujukan

Chris, B. 2000. A report for the international car wash association: water use in the profesional

car wash industry. Diperolehi pada Mac 03, 2010 daripada http://www.carwash.org/
SiteCollectionDocuments/Research/Environmental%20Reports/Water%20Use%20in%20
the%20Professional%20Car%20Wash%201ndustry.pdf

Chris, B. 2002. A report for the international car wash association: water conservation in the
profesional car wash industry. Diperolehi pada Mac 03, 2010 daripada www.
carwash.org/SiteCollectionDocuments/Research/Environmental%20Reports/Water%20

Conservation%20in%20the%20Professional%20Car%20Wash%20Industry.pdf

Lembaga Air Perak Cawangan Slim River. 2010. Temu bual, 12 Februari.

Nik Fuaad Nik Abllah. 1990. Bekalan air, pembentungan dan pengairan. Pulau Pinang: Penerbit

Universiti Sains Malaysia

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Diperoleh pada Mac 18, 2010 daripada www.

syabas.com

Universiti Pendidikan Sultan Idris. Peta & Lokasi. Diperolehi pada Mac 12, 2010 daripada

http://www.upsi.edu.my/index.php/ms/info-pelawat/peta-a-lokasi.html

You might also like