You are on page 1of 28

MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA

MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

1.1 FAEDAH
Faedah berasal daripada perkataan Latin iaitu intereo yang bermaksud ‘akan rugi’. Sekiranya
kita melihat dari sudut pinjaman wang, peminjam akan mengalami kerugian sekiranya dia
membayar semula pinjaman beserta dengan faedah yang dikenakan. Tetapi, dunia hari ini
melihat faedah bukan sahaja dikenakan dalam pembayaran hutang, bahkan turut diterima
sekiranya kita melakukan pelaburan. Oleh sebab itu, kita perlu terlebih dahulu memahami apa
itu faedah, cara mengira faedah, kesan dan pengaruh fadeah kepada ekonomi negara.

Definisi:
i. Wang yang diperoleh melalui pelaburan
ii. Wang yang dicaj apabila seseorang membuat satu pinjaman

Faedah

Faedah Faedah
Mudah Kompaun

Faedah Faedah Faedah


Rata Tetap Terapung

1.1.1 Pengenalan Jenis Faedah Mudah


i. Kadar Faedah Rata (flate rate)
Definisi: bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan secara lump sum sekali sahaja.

ii. Kadar Faedah Tetap (fixed rate)


Definisi:
Kadar faedah tetap merupakan faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar
faedah yang sama. Ianya tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Biasanya kadar ini
digunakan untuk gadaian, kad kredit.

1
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

iii. Kadar Faedah Terapung (floating rate)


Definisi:
Kadar faedah terapung merupakan kadar faedah yang dihitung berasaskan baki pinjaman
semasa dengan kadar faedah bersandarkan pada indeks atau kadar asas (BR). Kadar faedah
terapung ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Contoh, bayaran pinjaman kad
kredit.
Pada 2 Januari 2015, Kadar Asas (Base Rate, BR) telah menggantikan Kadar Pinjaman Asas
(Base Lending Rate, BLR) sebagai kadar rujukan utama bagi kemudahan pinjaman dan
pembiayaan runcit kadar terapung baharu.
Bagi institusi kewangan, BR membolehkan kadar faedah bagi pinjaman sedia ada berubah
mengikut perubahan dalam keadaan pendanaan pasaran, dan ini akan membantu mereka
mengurus risiko dedahan kadar faedah pasaran. BR juga dijangka menyediakan asas yang wajar
kepada institusi kewangan untuk menentukan harga pinjaman kadar terapung kerana ia
mencerminkan kos dana tanda aras yang relevan untuk memberikan pinjaman

1.1.2 Menghitung Kadar Faedah


Faedah mudah yang dikenakan boleh dihitung secara umum dengan rumus seperti berikut:

𝐼 = 𝑃𝑟𝑡
Di mana 𝐼 mewakili jumlah faedah,
𝑃 mewakili prinsipal atau pendahuluan
𝑟 mewakili kadar faedah
𝑡 mewakili tempoh masa (tahun)

Untuk kiraan jumlah bayaran bersama faedah, kita jumlahkan prinsipal,𝑃 dan jumlah faedah,𝐼.
𝑆=𝑃+𝐼
Di mana 𝑆 mewakili jumlah bayaran
𝑃 mewakili principal atau pendahuluan
𝐼 mewakili jumlah faedah

Peringatan!!
𝟏
𝟏% = = 𝟎. 𝟎𝟏
𝟏𝟎𝟎

Faedah Rata
Contoh:
Abu membuat satu transaksi yang bernilai RM3,000 dibayar melalui kad kredit. Untuk
mengurangkan beban untuk dia membayar balik transaksi ini, Abu telah meminta bank untuk
tukarkan transaksi ini kepada ansuran 6 bulan. Bank telah meluluskan permohonan Abu dengan
syarat kadar faedah rata sebanyak 3%. Berapakah jumlah yang perlu dibayar balik oleh Abu?

2
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Penyelesaian:
Untuk kes ini, walaupun Abu tidak membuat ansuran selama 12 bulan atau 1 tahun, tetapi
faedah yang dikenakan adalah sekali sahaja untuk transaksi dia. Maka, kita akan ambil
𝑡 = 1, 𝑃 = 3000, 𝑟 = 3% @ 0.03
𝑆 = 𝑃+𝐼
𝑆 = 3000 + 3000(0.03)(1)
𝑆 = 3090

Justeru, jumlah yang perlu Abu bayar adalah RM3,090.

Tahukah Anda?

Abu diwajibkan untuk bayar faedah transaksi dia pada ansuran pertama. Jadi, ansuran
bulanan Abu adalah seperti berikut:

Ansuran 1: 3000/6 + 90 = 590


Asuran 2-6: 3000/6 = 500

Faedah Tetap
Contoh 1
Ah Ming merupakan seorang peniaga logam. Dia telah membuat satu pinjaman sebanyak
RM5,000 dengan Bank A untuk pembelian stok. Tawaran yang ditawarkan oleh Bank A adalah
faedah tetap tahunan sebanyak 4%. Hitungkan ansuran Ah Ming sekiranya dia meminjam
selama 5 tahun.

Jumlah Pinjaman (Prinsipal), P = RM 5000.00


Kadar Faedah, r = 4 %
Tempoh, t = 5 tahun

Jumlah Faedah, I = Prt


I = RM5000 x 4% x 5
= RM 1000

Jumlah pinjaman, S = P + I
S = RM5000 + RM1000
= RM6000

𝑅𝑀6000
Bayaran setiap bulan = 5×12
= RM100

3
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Informasi Penting!!!

Tempoh masa boleh diambil kira dalam bulan atau hari juga. Walaubagaimanapun, kita
masih perlu tukarkannya ke tahun.

Bagi kiraan hari, terdapat dua jenis kiraan yang biasa digunakan oleh bank hari ini.
Untuk menganggarkan faedah, bank akan mengambil kiraan hari sebagai 360 hari.
Sekiranya untuk dapat faedah tepat, bank akan mengambil kiraan hari sebagai 365 hari.

Kadar Faedah Ordinari (anggaran): 360 hari

Kadar Faedah Tepat (benar): 365/366 hari berdasarkan tahun terlibat

Contoh 2
Bernerd merupakan seorang guru. Dia telah membuat satu pinjaman sebanyak RM5,000
dengan Bank A untuk rawatan anak dia. Tawaran yang ditawarkan oleh Bank A adalah faedah
tetap tahunan sebanyak 4%. Hitungkan ansuran Bernard sekiranya dia meminjam selama 9
bulan.

Penyelesaian:
Jumlah Pinjaman (Prinsipal), P = RM 5000.00
Kadar Faedah, r = 4 %
Tempoh, t = 9 bulan

Jumlah Faedah, I = Prt


9
I = RM5000 x 4% x 12

= RM 150
Jumlah pinjaman, S =P+I
= 5000 + 150
= RM 5150
5150
Ansuran bulanan = = RM572.22
9

Contoh 3
Rami telah melabur sebanyak RM10,000 dalam satu program simpanan khas yang menawarkan
kadar faedah tetap 15% tahunan selama 90 hari. Kirakan:
i. Jumlah faedah ordinari
ii. Jumlah faedah tepat
Penyelesaian:
𝑃 = RM10,000
𝑟 = 0.15
𝑡 = 90 hari
4
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

𝐼 = 𝑃𝑟𝑡
90
i. 𝐼 = 10,000 × 0.15 ×
360
= RM 375

90
ii. 𝐼 = 10,000 × 0.15 × 365
= RM 369.86

Faedah Terapung
Contoh:
Lam telah simpan RM 2,000 dalam satu simpanan yang menawarkan kadar faedah terapung
sebanyak 4% setahun. Jika Lam simpan 4 tahun tanpa kompaunkan faedah, hitungkan jumlah
faedah yang Lam akan dapat sekiranya kadar pada tahun ke-3 sahaja adalah 5%.
Penyelesaian:
𝑃 = 2,000
Tahun 1,2 dan tahun 4 adalah kadar faedah
𝐼 = 2,000 × 0.04 × 3 + 2,000 × 0.05 × 1
4%, dan tahun 3 adalah kadar faedah 5%
= 240 + 100
= RM340

1.3 Menyelesaikan masalah melibatkan dapatan masa, kadar faedah dan prinsipal.
1. 180 hari yang lalu, sebuah pelaburan telah dilakukan. Pada hari ini, nilai pelaburan tersebut
ialah RM45000. Dengan kadar faedah 8% setahun, cari deposit pelaburan tersebut.

2. En Sabree telah meminjam RM1000 untuk 3 bulan dan perlu membayar sebanyak
RM1016.25. Cari faedah yang dikenakan.

3. Lengkapkan jadual di bawah:

No Pendahuluan Kadar Faedah Tempoh Nilai Matang


a RM1,000 5.5% 5 tahun
b RM5,000 3 tahun RM5,600
c 3.8% 7 tahun RM18,990
d RM2,500 6% RM2,800
e RM2,000 7% 18 bulan
f RM3,750 9 bulan RM3,868.13
g 9% 3 bulan RM3,750
h RM2,250 12% RM2,385
i RM4,000 18% 90 hari
j RM250 60 hari RM256.67
k 20% 75 hari RM3,125
l RM6,000 16% RM6,560
*

5
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

4. Pn. Faeza ingin membeli motorsikal untuk anaknya yang berharga RM7500. Jika 20%
pendahuluan diperlukan dan baki perlu dibayar selama 18 bulan dengan kadar faedah 15%,
hitung
a) jumlah bayaran terkumpul
b) faedah terkumpul
c) ansuran bulanan

5. Pn Wan ingin membeli sebuah rumah berharga RM500 000, dengan kadar faedah 5.5%
untuk tempoh 25 tahun dan perlu membayar RM3070.44 sebulan. Hitung:
a) faedah terkumpul untuk 3 bulan pertama
b) baki principal harga rumah

6. En Taqi telah melaburkan RM2500 ke dalam bank dengan faedah 0.08 setahun pada 1
Januari 2018. Jika dia mengeluarkan RM2550 dari akaun pelaburan selepas 6 bulan,
berapakah baki dalam akaun tersebut. [RM50]

1.2 DISKAUN
1.2.1 Pengenalan Diskaun

Diskaun adalah jumlah wang atau proceed yang diterima oleh peminjam setelah
pihak bank memotong faedah yang harus dibayar oleh peminjam daripada prinsipal asal.

Formula diskaun ialah

D = Adt , di mana,

D = diskaun
A = amaun yang dipinjam
d = kadar diskaun
t = masa dalam tahun

Andaikan pihak bank mengeluarkan nota diskaun RM150 bagi nilai muka
(pinjaman) RM2000, maka proceed iaitu wang pinjaman yang diterima peminjam adalah
RM1850.

D = RM 150
A = RM2000

1.2.2 Menentukan peratusan dan proceed.

Proceed/nilai kini. P adalah amaun pinjaman yang sebenarnya diterima oleh peminjam. ,
P=A–D
D = Adt,
P = A - Adt
= A(1 –dt)

6
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Contoh 1
Mariam telah meminjam RM12 000 selama 10 bulan dari sebuah bank bagi membeli sebuah
kereta. Pihak bank telah memberikan nota diskaun mudah pada kadar 9% setahun. Berapakah
jumlah diskaun mudah bank yang dikenakan dan proceed yang diterima oleh Mariam ?.
Penyelesaian

10
A = RM 12 000, d = 9%, t =
12
10
D = RM12 000 x 0.09 x
12
= RM 900

P = RM 12 000 – RM 900
= RM 11 100

Contoh 2
Ali meminjam RM25 000 dari sebuah Amanah Ikhtiar bagi memperkembangkan perniagaan
runcitnya. Kirakan proceed yang diterima Ali jika pinjaman itu selama 90 hari dengan kadar
diskaun
1
10 % setahun .
2

Penyelesaian

1 90
A = RM 25 000, d = 10 %, t =
2 360
P = A(1 –dt)
 90 
= RM 25 000 1 − (0.105 x )
 360 
= RM 24 343.75

1.2.3 Mencari kesetaraan kadar faedah kepada kadar peratusan

Perbezaan di antara kadar faedah mudah dan diskaun mudah adalah seperti berikut:

Bentuk Nota Jumlah yang Faedah Bank Jumlah Pinjaman


Diterima Oleh Perlu Di Bayar.
Peminjam
Faedah Nilai Muka ( Prisipal) Kadar Faedah Nilai Matang
Diskaun Proceed Kadar Diskaun Nilai Muka
(Peratusan)

Contoh 3
Pihak Bank XYZ telah mengeluarkan dua nota pinjaman yang berbeza dengan nilai muka
RM7500 bagi tempoh pinjaman 90 hari. Nota pinjaman pertama mengenakan kadar faedah
mudah 12% setahun dan satu lagi bentuk pinjaman dikenakan diskaun bank pada kadar 12%
setahun.
7
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

(a) Kira jumlah faedah yang dikenakan oleh pihak bank


(b) Kira jumlah pinjaman sebenar yang diterima oleh peminjam
(c) Kira nilai matang bagi setiap nota

a)
Kadar Faedah Diskaun
I = Prt D = Adt
90 90
= RM7500 x 0.12 × = RM7500 x 0.12 ×
360 360
= RM 225 = RM 225
b)
Kadar Faedah Diskaun
Prisipal = Nilai Muka Diskaun = A – D
= RM 7500 = RM 7500 – RM225
= RM 7275

c)
Kadar Faedah Diskaun Mudah
S=P+I Nilai Matang = Nilai Muka
= RM7500 + RM 225 = RM7500
= RM 7725

1.2.4 Menyelesaikan masalah melibatkan dapatan masa, proceed, jumlah dan kadar
peratusan.

1. Johan telah meminjam RM25 000 dari sebuah bank bagi memulakan perniagaan. Cari nilai
proceed jika tempoh pinjaman tersebut adalah 90 hari dengan kadar diskaun 10.5%.

2. Sebuah bank mengenakan kadar diskaun pinjaman 12% bagi pinjaman jangka pendek.
Seorang peminjam memerlukan RM2000 bagi tempoh pinjaman selama 9 bulan. Kirakan
amaun yang sepatutnya peminjam itu meminjam dari bank berkenaan.

3. Leslie Graham, pemilik syarikat Graham Sdn. Bhd, telah menandatangani nota bank yang
mempunyai nilai muka RM12 500 pada 12 April 2016. Pada 30 Ogos 2016, Leslie telah
membayar nota tersebut sebanyak RM12 961.81. Kirakan kadar faedah nota tersebut.

4. Tentukan kadar faedahtepat dan kadar faedah biasa bagi pinjaman RM8000 dengan kadar
faedah 8.5% setahun.

5. Sham telah menerima proceed pinjaman RM4480 bagi nota diskaun mudah dari sebuah
bank. Tempoh pinjaman tersebut ialah 240 hari dengan nilai matang RM4800. Kira kadar
diskaun yang dikenakan.

8
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

1.3 Faedah Kompaun


Pengiraan faedah mudah adalah berasaskan prinsipal asal sepanjang tempoh pinjaman atau
simpanan dan tidak berubah dari semasa ke semasa seperti dalam topik yang kita belajar
sebelum ini.
Pengiraan faedah kompaun pula adalah berasaskan prinsipal yang berubah dari semasa ke
semasa. Faedah yang diperoleh terdahulu dikompaun atau ditukar kepada prinsipal dan
mendatangkan faedah selepas itu.

Contoh:
Kita bandingkan simpanan RM10,000 dalam bank dengan kadar faedah mudah dan kompaun
4% selama 3 tahun.
Faedah mudah Faedah kompaun
Tahun 1 RM10,000 x 4% =RM400 RM10,000 x 4% =RM400
RM10,000 + RM400 =RM10,400 RM10,000 + RM400 =RM10,400
Tahun 2 RM10,000 x 4% =RM400 RM10,400 x 4% =RM416
RM10,000 + RM400 =RM10,400 RM10,400 + RM416 =RM10,816
Tahun 3 RM10,000 x 4% =RM400 RM10,816 x 4% =RM432.64
RM10,000 + RM400 =RM10,400 RM10,816 + RM432.64 =RM11,248.64
Jumlah RM10,400 + RM10,400 + RM10,400 RM10,400 + RM10,816 + RM11,248.64
=RM31,200 =RM32,464.64

Dengan simpanan yang sama, tapi dengan kiraan kadar faedah yang berlainan, kita dapat hasil
yang berlainan.
Kita dapat pulangan yang lebih tinggi dengan kiraan faedah kompaun, sama juga dengan
pinjaman, kita akan kena caj yang lebih tinggi dengan kiraan ini.

1.3.1 Mencari faedah kompaun dan jumlah kompaun

Pengetahuan am:
1
1% = = 0.01
100

Formula:
𝑟 𝑚𝑡
𝑆 = 𝑃 (1 + )
𝑚
S = jumlah kompaun
P = nilai prinsipal
r = kadar faedah kompaun
t = tempoh masa dalam kiraan tahun
m = kekerapan kompaun dalam setahun

Contoh 1:
Nilai prinsipal, P = RM 1000; kadar faedah kompaun, r = 5%; dan tempoh masa, t = 3, kirakan
jumlah kompaun.

Cara Panjang Formula


Tahun 1: RM1000 x 1.05 = RM1050 S = 1000 (1+0.05)3
Tahun 2: RM1050 x 1.05 = RM1102.50 = RM1157.63
Tahun 3: RM1102.50 x 1.05 = RM1157.63
Latihan:
1. Nilai prinsipal, P = RM 5000; kadar faedah kompaun, r = 6%; dan tempoh masa, t = 5,
kirakan jumlah kompaun. [6691.13]
2. Nilai prinsipal, P = RM 1200; kadar faedah kompaun, r = 8%; dan tempoh masa, t = 10,
kirakan jumlah kompaun. [2590.71]
9
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

3. Nilai prinsipal, P = RM 3500; kadar faedah kompaun, r = 5.5%; dan tempoh masa, t = 4,
kirakan jumlah kompaun. [4335.89]

Contoh 2:
Nilai prinsipal, P = RM 1500; tempoh masa, t = 3; dan jumlah kompaun, S = RM 1996.50,
hitungkan kadar faedah kompaun, r.

𝑆 = 𝑃(1 + 𝑟)𝑡
1996.5 = 1500(1 + 𝑟)3
1996.5
= (1 + 𝑟)3
1500
1.331 = (1 + 𝑟)3
3
√1.331 = 1 + 𝑟
1.1 = 1 + 𝑟
1.1 − 1 = 𝑟
𝑟 = 0.1
Maka, kadar faedah kompaun adalah 10%.

Latihan:
1. Nilai prinsipal, P = RM 1800; tempoh masa, t = 5; dan jumlah kompaun, S = RM 2644.79,
hitungkan kadar faedah kompaun, r. [8%]
2. Nilai prinsipal, P = RM 4650; tempoh masa, t = 8; dan jumlah kompaun, S = RM 15244.63,
hitungkan kadar faedah kompaun, r. [16%]
3. Nilai prinsipal, P = RM 6300; tempoh masa, t = 10; dan jumlah kompaun, S = RM 9325.54,
hitungkan kadar faedah kompaun, r. [4%]

1.3.2 Menyelesaikan masalah yang berkaitan untuk mencari:


1.3.2.1 Jumlah kompaun

Contoh 1:
Pada awal tahun Januari 2017, Muktadir melabur sebanyak RM 10,000 dalam saham amanah
di sebuah bank. Pihak bank memberi faedah keuntungan 10% setahun bagi setiap 6 bulan. Kira
jumlah wang Muktadir pada akhir tahun 2017.

P = 10,000, r = 0.1, t =1, m=2


0.1 2×1
𝑆 = 10,000 (1 + )
2
𝑆 = 11,025

Maka, jumlah wang Muktadir pada akhir tahun 2017 adalah RM 11,025.
Faedah yang dia dapat pada akhir tahun yang sebenar adalah lebih tinggi berbanding kompaun
sekali setahun, iaitu RM 11,000.

Contoh 2:
Sekiranya Hasman melabur sebanyak RM3250 selama 6.5 tahun di sebuah bank yang memberi
kadar faedah 5.25% secara kompaun bagi setiap suku tahun, kirakan jumlah wangnya apabila
pelaburan tersebut matang.

P = 3250, r = 0.0525, t = 6.5, m = 4


0.0525 4×6.5
𝑆 = 3250 (1 + )
4
𝑆 = 4561.65
10
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Latihan:
1. (a) Kirakan faedah mudah bagi pinjaman RM1500 bagi tempoh pinjaman 2 tahun dengan
kadar faedah 5% setahun. [1650]
(b) Kirakan faedah kompaun bagi pinjaman RM1500 bagi tempoh pinjaman 2 tahun
dengan kadar faedah 5% setahun. [1653.75]
2. Kirakan faedah kompaun bagi pinjaman RM 2000 dengan kadar faedah 6% setahun 12
kali setahun bagi tempoh pinjaman 30 tahun. [10045.15]
3. Adam membuat pelaburan RM 20000 di dalam akaun simpanan tetap yang membayar
kadar faedah dua kali setahun secara kompaun. Kirakan wang pelaburan Adam setelah
dia melabur selama 20 tahun dengan kadar faedah
(a) 6% setahun [65240.76]
(b) 10% setahun [140799.77]
(c) 15% setahun [360884.78]

1.3.2.2 Masa dan kadar faedah

Contoh 1:

John telah mendapat pinjaman sebanyak RM12000 daripada sebuah bank dengan kadar faedah
kompaun 3% setahun. Kirakan tempoh tahun,t yang John pinjam sekiranya jumlah bayaran balik
dia adalah RM 13,506.11.

P = 12000, r = 0.03, S = 13506.11,


13506.11 = 12000(1 + 0.03)𝑡
13506.11
= (1.03)𝑡
12000
1.03𝑡 = 1.1255
lg 1.1255
𝑡=
lg 1.03
𝑡≈4

Contoh 2:

Paula membuat satu pelaburan RM2500 di dalam akaun simpanan tetap yang akan membayar
faedah dua kali setahun secara kompaun. Hitungkan
(a) tahun yang perlu disimpan untuk Paula mengeluarkan sekurang-kurangnya RM5000 dengan
kadar faedah 10% setahun.

P = 2500, r = 0.1, m=2, S≥5000


0.1 2𝑡
5000 ≤ 2500 (1 + )
2
5000
≤ 1.052𝑡
2500
2 ≤ 1.052𝑡
lg 2
2𝑡 ≥
lg 1.05
2𝑡 ≥ 14
𝑡≥7

11
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Maka, untuk Paula mengeluarkan RM5000 daripada simpanannya, dia perlu simpan sekurang-
kurangnya 7.5 tahun.

(b) kadar faedah yang Paula kena target untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya RM4500
dalam 5 tahun.

P = 2500, m = 2, t = 5, S ≥ 4500
𝑟 10
4500 ≤ 2500 (1 + )
2
4500 𝑟 10
≤ (1 + )
2500 2
𝑟 10
1.8 ≤ (1 + )
2
10 𝑟
√1.8 ≤ 1 +
2
𝑟
1.0605 ≤ 1 +
2
𝑟
≥ 0.0605
2
𝑟 ≥ 0.121
Maka, Paula perlu target simpanan yang memberikan lebih daripada 12.1% kadar faedah supaya
dia dapat keluarkan RM4500 dalam 5 tahun.

Latihan:
1. Untuk beli sebuah kereta Vios J perlukan RM74,000. Anda telah berjaya memohon 100%
pinjaman dari sebuah bank dengan kadar faedah kompaun, r selama 5 tahun. Hitungkan kadar
faedah kompaun,r sekiranya jumlah kompaun adalah RM 94,444.84. [5%]

2. Untuk beli sebuah rumah teres yang bernilai RM550ribu, anda telah membuat satu pinjaman
sebanyak 90% dengan bank. Pihak bank menawarkan kadar faedah kompaun sebanyak 5%.
Selepas t tahun untuk menjelaskan pinjaman ini, jumlah bayaran adalah RM2,139,361.48.
Kirakan t. [30]

1.3.2.3 Nilai Semasa

Nilai semasa adalah nilai prinsipal yang masih belum matang.

Contoh 1:

Seorang pekerja telah membuat simpanan RM1000 bagi tempoh 18 bulan dengan kadar faedah
4% setahun secara kompaun bagi setiap suku tahun, kirakan nilai semasa bagi
i. 3 bulan ii. 1 tahun

i. P = 1000, r = 0.04, m = 4, t = ¼
1
0.04 4×4
𝑆 = 1000 (1 + )
4
𝑆 = 1010
12
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

ii. P = 1000, r = 0.04, m = 4, t = 1


0.04 4
𝑆 = 1000 (1 + )
4
𝑆 = 1040.60

Contoh 2:

Seorang pengusaha kedai runcit telah membeli barangan berjumlah RM1500. Pekedai itu telah
membuat bayaran awal RM500 dan RM500 selepas 6 bulan. Jika kadar faedah dikenakan 18%
setahun secara kompaun 12 kali setahun bagi baki akhir pinjaman, kirakan bayaran akhir yang
perlu dibayar dalam tempoh 1 tahun.

Bayaran pertama,
1500 − 500 = 1000
Kompaun 6 bulan pertama,
0.18 6
𝑆 = 1000 (1 + )
12
𝑆 = 1093.44

Bayaran selepas 6 bulan,


1093.44 − 500 = 593.44

Kompaun 6 bulan kedua,


0.18 6
𝑆 = 593.44 (1 + )
12
𝑆 = 648.90

Maka, bayaran akhir yang perlu dibayar dalam tempoh 1 tahun adalah RM648.90

Latihan:
1. Sharifah membuat pinjaman sebanyak RM2500 bagi tempoh 7 tahun. Jika kadar faedah
pinjaman ialah 10% setahun dikompaun 12 kali setahun, kirakan jumlah yang perlu
dibayar pada akhir 3 tahun. [RM3370.45]

1.3.2.4 Kadar Berkesan (Kadar Faedah Efektif)

Kadar berkesan = kadar sebenar


Kadar nominal = kadar yang dinyatakan

Contoh 1:

Andaikan RM1000 disimpan dalam akaun yang membayar faedah pada kadar 4%
dikompaunkan setiap suku tahun. Berapakah kadar berkesan simpanan tersebut?

0.04 4
𝑟𝑒 = (1 + ) −1
4
𝑟𝑒 = 0.0406 @ 4.06%

Latihan:

1. Rayner membuat perbandingan 2 pinjaman iaitu pinjaman di Bank A dan pinjaman di


Bank B. Bank A mengenakan kadar faedah kompaun 10% setahun 4 kali setahun
manakala Bank B mengenakan kadar faedah kompaun 9% setahun 12 kali setahun.
Kirakan kadar berkesan bagi setiap bank. [10.38%, 9.38%]

13
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

1.3.3 Meyelesaikan Masalah yang melibatkan dua atau tiga pelaburan

1. Anuar memiliki sebidang tanah berharga RM29 000. Pemaju telah menawarkan bayaran
muka 20% daripada harga tanah serta dua kali bayaran yang sama jumlahnya iaitu RM15
000 pada akhir tahun kedua dan akhir tahun keempat. Jika kadar faedah pelaburan
adalah 8% setahun dua kali setahun bagi tempoh 2 tahun pertama dan 12% setahun 4
kali setahun pada 2 tahun berikutnya, adakah Anuar menerima tawaran tersebut?
[Tidak menerima]
2. Joe berhasrat membuat pinjaman di bank. Bank A yang berdekatan rumahnya
memberikan kadar faedah pinjaman 8% setahun kompaun dua kali setahun manakala
Bank B pula memberikan kadar faedah pinjaman 7.9% setahun dikompaun setiap bulan.
Bank manakah yang akan anda cadangkan Joe pilih? [Bank A]

1.4 Annuiti
1.4.1 Pengenalan konsep annuiti “ordinary”

Perbincangan anuiti dimulakan dengan hubungan antara nilai depan dan nilai kini dalam
teori kewangan, bermakna proses pengkompaunan adalah bersalingan dengan proses
pendiskaunan. Secara am, anuiti ialah suatu siri bayaran atau penerimaan tunai secara
berkala dalam jumlah yang sama yang dibuat pada selang jarak masa yang sama untuk
tempoh tertentu. Anuiti digunakan dalam semua bidang perniagaan dan perdagangan.
Contoh-contoh anuiti ialah bayaran pembelian kenderaan, bayaran sewa rumah,
bayaran premium atas insuran dan sebagainya.
Contoh : Anuiti biasa

Pembayaran RM1000 pada setiap akhir tahun selama 3 tahun dengan kadar faedah
tahunan 8%.

Anuiti
Biasa

Konsep Anuiti

Aliran tunai yang pelbagai seperti anuiti biasa, anuiti matang dan anuiti tertunda
merupakan konsep nilai masa wang bagi memudahkan pengiraan nilai depan anuiti dan
nilai kini anuiti. Pengiraan anuiti bagi setiap pembayaran atau simpanan dikenakan
faedah adalah berdasarkan kiraan faedah kompaun. Amaun anuiti adalah hasil tambah
kesemua amaun kompaun bagi setiap pembayaran atau simpanan yang dibuat.
Kekerapan pengkompaunan akan mempengaruhi nilai depan anuiti atau nilai kini anuiti
sesuatu amaun. Kriteria utama dalam aliran tunai terdiri daripada :
• aliran tunai dengan amaun yang sama;
• jarak masa antara setiap aliran tunai tersebut adalah sama;
• tempoh aliran tunai itu berlaku dalam tempoh yang tertentu.
Garisan masa bagi satu contoh anuiti dapat dilihat seperti di bawah :

14
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Tempoh masa anuiti

di mana,
PMT = amaun aliran tunai (sama ada penerimaan atau pembayaran) yang seragam
i = kadar faedah atau kadar diskaun
n = tempoh anuiti

Empat pembolehubah yang terlibat dalam kedua-dua persamaan adalah nilai depan (FV), nilai
kini (PV), kadar faedah (i ) dan tempoh (n).
Persamaan yang terlibat adalah :

𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑑𝑒𝑝𝑎𝑛, 𝐹𝑉 = 𝑃𝑉(1 + 𝑖)𝑛

Dalam formula nilai kini, yang dikehendaki adalah PV. Oleh itu , formula di atas boleh
dinyatakan sebagai berikut :

𝐹𝑉
Nilai Kini, 𝑃𝑉 = (1+𝑖)𝑛
𝑛

Terdapat jenis anuiti yang berbeza :


Anuiti Biasa (Ordinary annuity) bayaran-bayaran dibuat pada setiap akhir masa faedah
kompaun.

Anuiti biasa juga dikenali sebagai anuiti serta merta. Anuiti biasa adalah anuiti yang berlaku
pada setiap akhir tempoh pembayaran atau penerimaan tunai. Contoh anuiti biasa adalah
seperti cukai pintu, cukai tanah, pelan anuiti persaraan, pembayaran balik pinjaman bank dan
sebagainya.

1.4.2 Mencari jumlah annuiti atau nilai masa hadapan


Amaun Anuiti / Nilai Masa Depan Anuiti (Future Value of Annuity, FVA)

Nilai depan anuiti biasa bermaksud amaun yang terkumpul di masa depan hasil daripada siri
pembayaran atau penerimaan dalam jumlah yang sama yang dibuat pada akhir setiap tempoh
untuk beberapa tahun yang tertentu termasuk faedah yang diperolehi. Nilai depan adalah nilai
sejumlah wang yang terkumpul pada masa akan datang bagi sejumlah wang hari ini. Nilai
depan anuiti adalah amaun yang terkumpul di masa depan hasil daripada satu siri aliran tunai
yang seragam berlaku pada selang jangka masa yang sama berdasarkan kadar faedah
tertentu.

Amaun anuiti (FVA), adalah hasil tambah amaun kompaun untuk kesemua bayaran
yang dikumpulkan sehingga ke akhir tempoh anuiti. Sebagai contoh, satu anuiti RM100
yang dibayar pada setiap penghujung tahun selama 5 tahun dan nilai wang ialah 5 %
(efektif), maka

15
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

S1 = 100(1 + 0.05)1 = 105.00


S2 = 100(1 + 0.05)2 = 110.25
S3 = 100(1 + 0.05)3 = 115.76
S4 = 100(1 + 0.05)4 = 121.55 +
Amaun = RM552.56

Amaun anuiti (FVA), adalah hasil tambah bagi S0, S1, S2, S3, dan S4. Dalam contoh ini, bayaran
RM100.00 yang pertama perlu dikompaunkan sebanyak 4 kali sehingga ke tahun ke-5,
sementara bayaran RM100 yang ke-2 dikompaunkan sebanyak 3 kali, bayaran yang ke-3
dikompaunkan sebanyak 2 kali dan bayaran ke-4 dikompaunkan sebanyak sekali. Tetapi
bayaran ke-5 tidak dikompaunkan sebab bayaran dibuat pada hujung tahun. Jumlah S adalah
satu siri bayaran dan boleh juga ditulis dalam bentuk janjang iaitu :
S = S0 + S1 + S2 + S3 + S4
= 100(1.05)0 + 100(1.05)1 + 100(1.05)2 + 100(1.05)3 + 100(1.05)4
= RM552.56

1.4.3 Mencari jumlah nilai semasa.


Rumus untuk Amaun Anuiti (PVA)
Nilai semasa anuiti biasa bermaksud jumlah penyimpanan atau pelaburan sejumlah
wang sekarang secara berkala pada satu kadar faedah tertentu dalam satu tempoh
tertentu bagi menyamai jumlah masa akan datang. Proses mencari nilai semasa disebut
sebagai pendiskaunan.

Untuk mendapatkan rumus am mengira anuiti, contoh di atas adalah dirujuk.


S = S0 + S1 + S2 + S3 + S4 + ...... + Sn-1
=100(1.05)0 + 100(1.05)1 + 100(1.05)2 + 100(1.05)3 + 100(1.05)4 + .... + 100(1.05)n-
1

dengan n adalah jumlah sebutan bayaran yang dibuat

Jika diandaikan bayaran anuiti, R = 100, kadar faedah, i = 5% = 0.05 dan n adalah
bilangan sebutan, maka amaun anuiti, S boleh ditulis secara am sebagai :

Ini merupakan satu janjang geometri dengan sebutan pertama adalah


R(1 + i)0 = R, nisbah sepunya = (1 + i) dan n bilangan sebutan.

1.4.4 Mencari bayaran berkala dan regular


Dalam topik ini, anuiti ialah satu siri bayaran atau deposit berkala, biasanya sama, yang dibuat
pada selang-selang masa yang tertentu. Sebenarnya anuiti digunakan dalam semua bidang
perniagaan dan perdagangan. Pinjaman juga biasanya dijelaskan dengan anuiti. Begitu juga
dengan tabung pelaburan.
16
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Contoh-contoh anuiti ialah bayaran premium atau insurans, bayaran sewa rumah, bayaran
ansuran kerana pembelian sewa beli dan sebagainya.Pengiraan anuiti berbeza dengan
pengiraan faedah kompaun kerana anuiti melibatkan bayaran berkala sementara faedah
kompaun dikira ke atas satu amaun prinsipal sahaja.
Oleh kerana r = (1 + i) adalah lebih daripada 1, maka secara amnya, amaun S untuk satu-satu
anuiti adalah,
𝑅(1 + 𝑖)𝑛 − 1
𝑆=
(1 + 𝑖) − 1
𝑅(1 + 𝑖)𝑛 − 1
=
𝑖

dengan R = bayaran berkala setiap tempoh


i = kadar faedah kompaun setiap tempoh
n = bilangan tempoh bayaran

1.4.5 Mencari jumlah faedah.


Secara am, anuiti merujuk kepada satu siri pembayaran atau simpanan tunai yang seragam
dibayar pada selang masa yang sama untuk satu tempoh yang tertentu. Penerimaan RM500
di akhir setiap tahun sepanjang 10 tahun, gaji bulanan, bayaran balik pinjaman kereta/rumah,
potongan gaji bulanan untuk simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh
digolongkan dalam anuiti.

Faedah kompaun adalah faedah yang diperolehi daripada faedah. Bagi simpanan yang
melebihi tempoh satu tahun, faedah bagi tahun kedua adalah berdasarkan amaun yang
terkumpul pada akhir tahun pertama, faedah pada tahun ketiga pula berdasarkan jumlah yang
terkumpul pada akhir tahun kedua dan seterusnya.

Anuiti melibatkan faedah kompaun di mana bayaran berkala dibuat dalam sesuatu tempoh
masa. Dalam pengiraan faedah kompaun, sejumlah wang yang tertentu dilaburkan dan faedah
akan dikira berdasarkan jumlah pembayaran atau simpanan dan faedah.

Faedah Kompaun

Jadual dibawah menunjukkan aliran tunai untuk kedua-dua anuiti biasa dan anuiti matang.
Kedua-dua anuiti mempunyai jumlah sebanyak RM3000. Tetapi untuk anuiti matang, aliran
tunai diterima lebih awal daripada anuiti biasa. Oleh itu jika dikirakan dari aspek nilai masa
depan, anuiti matang dijangka sudah tentu memberi nilai depan yang lebih tinggi dari anuiti
biasa.
17
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Perbandingan anuiti biasa dan anuiti matang

1.4.6. Menyelesaikan masalah yang melibatkan faedah kompaun campuran dan anuiti

Contoh 1:
Berapakah nilai semasa bagi satu siri aliran tunai sebanyak RM250 bagi setiap akhir tahun
selama 4 tahun dengan kadar faedah yang ditentukan sebanyak 8% setahun?
Penyelesaian (Cara 1: Garis Masa)

18
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Penyelesaian (Cara 2: Penggunaan Rumus)

Katakan :
R = RM250
i% = 0.08
n = 4
PV = Nilai kini anuiti

Oleh itu dengan merujuk rajah nilai kini anuiti di atas, didapati:

𝑃𝑉 = 𝑅(1 + 𝑖)−1 + 𝑅(1 + 𝑖)−2 + 𝑅(1 + 𝑖)−3 +. . . +𝑅(1 + 𝑖)−(𝑛−2) + 𝑅(1 + 𝑖)−(𝑛−1) + 𝑅(1 + 𝑖)−𝑛

𝑃𝑉 = 𝑅[(1 + 𝑖)−1 + (1 + 𝑖)−2 + (1 + 𝑖)−3 + ⋯ + (1 + 𝑖)−(𝑛−2) + (1 + 𝑖)−(𝑛−1) + (𝑛 + 𝑖)−𝑛 ]

1 − (1 + 𝑖)−𝑛
𝑃𝑉 = 𝑅 ⌊ ⌋
𝑖

Oleh itu,

1 − (1 + 𝑖)−𝑛
𝑃𝑉 = 𝑅 ⌊ ⌋
𝑖

1 − (1 + 0.08)−4
= 250 ⌊ ⌋
0.08

1 − (1.08)−4
= 250 ⌊ ⌋
0.08

= 𝑹𝑴𝟖𝟐𝟖. 𝟎𝟑

19
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Contoh 2:
Syarikat BB bercadang untuk melabur RM500 ke dalam akaun simpanan pada penghujung
setiap tahun selama 4 tahun bermula setahun dari sekarang. Pihak pengurusan menjangkakan
kadar pulangan sebanyak 5% ke atas akaun simpanan tersebut. Kirakan amaun yang akan
terkumpul dalam akaun tersebut pada akhir tahun ke-4.

Penyelesaian (Cara 1 – Garis Masa):

Nilai depan = 500(1.053 ) + 500(1.052 ) + 500(1.051 ) + 500


(tiada peningkatan bagi nilai depan kerana wang didepositkan pada akhir tahun 4)

Penyelesaian (Cara 2 – Penggunaan Rumus):


Katakan :
R = Amaun setiap bayaran anuiti
i% = Kadar faedah
n = Bilangan bayaran anuiti
FV = Nilai depan anuiti

20
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Oleh itu dengan merujuk rajah nilai depan anuiti diatas, didapati:
𝐹𝑉 = 𝑅(1 + 𝑖)𝑛−1 + 𝑅(1 + 𝑖)𝑛−2 + 𝑅(1 + 𝑖)𝑛−3 + ⋯ + 𝑅(1 + 𝑖)2 + 𝑅(1 + 𝑖)1
𝐹𝑉 = 𝑅[1 + (1 + 𝑖)1 + (1 + 𝑖)2 + (1 + 𝑖)3 + ⋯ + 𝑅(1 + 𝑖)𝑛−3 + 𝑅(1 + 𝑖)𝑛−2
+ 𝑅(1 + 𝑖)𝑛−1 ]
(1 + 𝑖)𝑛 − 1
𝐹𝑉 = 𝑅 [ ]
𝑖
Oleh itu,
(1 + 𝑖)𝑛 − 1
𝐹𝑉 = 𝑅 [ ]
𝑖
(1 + 0.05)4 − 1
= 500 [ ]
0.05
= 500[4.3101]
= 𝑹𝑴𝟐𝟏𝟓𝟓. 𝟎𝟓

Contoh 3:
Seorang pelabur mendepositkan RM1000 dalam satu institusi perbankan. Bayaran dibuat
setiap hujung tahun. Sekiranya wang yang didepositkan menerima faedah kompaun 6%
setahun, berapakah jumlah yang diterima di penghujung 10 tahun? [diberi 1.0610 = 1.7908]
Penyelesaian (Penggunaan Rumus):
Katakan :
R = RM1000
i = 6% = 0.06
n = 10

Oleh itu,
(1 + 𝑖)𝑛 − 1
𝐹𝑉 = 𝑅 [ ]
𝑖
(1 + 0.06)10 − 1
𝐹𝑉 = 1000 [ ]
0.06
= 1000(13.18)
= 𝑹𝑴𝟏𝟑𝟏𝟖𝟎

21
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Contoh 4:
Tentukan amaun anuiti jika RM400 didepositkan pada hujung setiap suku tahun untuk tempoh
selama 2 tahun dengan kaedar faedah 9% setahun dikompaunkan setiap suku tahun.
Penyelesaian (Penggunaan Rumus):
Katakan :
R = RM400
i = 9% = 0.09
0.09
= 0.0225
4
n = 2x4=8

Oleh itu,
(1 + 𝑖)𝑛 − 1
𝐹𝑉 = 𝑅 [ ]
𝑖
(1.0225)8 − 1
𝐹𝑉 = 400 [ ]
0.0225
= 𝑹𝑴𝟏𝟑𝟒𝟔𝟑. 𝟔𝟔

Contoh 5:
Berapa tahun diperlukan untuk En Ali mengumpul RM30000 sekiranya dia menyimpan RM1500
setahun dengan kadar faedah 9%?
Penyelesaian (Penggunaan Rumus):
Katakan :
R = RM1500
i = 9% = 0.09
FV = 30 000

Oleh itu,
(1 + 𝑖)𝑛 − 1
𝐹𝑉 = 𝑅 [ ]
𝑖

(1.09)𝑛 − 1
30000 = 1500 [ ]
0.09

30000(0.09)
1.09𝑛 = ( )+1
1500
1.09𝑛 = 2.8
𝑛 log 1.09 = log 2.8
𝑛 = 11.948
12 tahun diperlukan untuk mengumpul amaun sebanyak RM30000.

22
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Contoh 6:
Kiki memerlukan tabungan bernilai RM10 000 untuk menjelaskan yuran pengajian
memasuki universiti dalam masa 7 tahun. Berapakah yang perlu disimpan pada akhir setiap
tahun pada kadar 8% untuk membolehkan dia memulakan pengajian?
Penyelesaian (Penggunaan Rumus):

Ini bermakna Kiki perlu menyimpan sebanyak RM1120.72 setiap akhir tahun selama 7 tahun
untuk mengumpul RM10 000 pada akhir tahun ketujuh.

Contoh 7:
Juliza hendak membeli suatu anuiti RM2000 setahun selama 5 tahun. Sebuah syarikat
menawarkan kepadanya suatu anuiti dengan bayaran setiap akhir tahun dinaikkan 5%, iaitu
bayaran pertama RM2000(1 + 5%)1, bayaran ke-2, RM2000(1 + 5%)2 dan bayaran seterusnya.

Cari nilai kini anuiti dengan kadar faedah 10%.

Penyelesaian (Cara 1 – Garis Masa):

23
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Penyelesaian (Cara 2 - Penggunaan Rumus):

Penyelesaian (Cara 3 - Penggunaan Rumus):

24
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Latihan
1. Andaikan hari ini adalah 1 Januari 2017. Encik Samad bercadang untuk melabur
sebanyak RM300 pada akhir setiap tahun selama 5 tahun bermula setahun dari
sekarang. Kadar pulangan adalah 8% setahun. Berapakah jumlah yang terkumpul
pada akhir tahun ke-5? [RM
1759.98]

2. Katakan anda bercadang melabur RM400 ke dalam akaun simpanan pada


penghujung setiap tahun selama 10 tahun bermula dari sekarang. Pihak bank
menjangkakan kadar pulangan sebanyak 5% ke atas akaun tersebut pada tahun ke
10. Kirakan amaun yang akan terkumpul dalam akaun simpanan tersebut.
[RM 5031.20]
3. Anda mendepositkan sebanyak RM100 pada akhir setiap tahun selama 3 tahun
secara berterusan dalam akaun yang membayar faedah tahunan sebanyak 10%.
Berapakah nilai depan bagi anuiti ini?
[RM 331]
4. Katakan Aminah melabur sebanyak RM600 pada setiap awal tahun selama 7 tahun.
Jika pihak bank membayar kadar keuntungan sebanyak 6% setahun berapakah
amaun yang terkumpul pada akhir tahun ke-7?
[RM 5338.48]
5. Encik Kamal telah mendepositkan RM400 di awal setiap tahun. Sekiranya faedah
ialah 14% setahun dikompaunkan setiap tahun, cari amaun anuiti selepas 10 tahun.
[RM 88178.07]

6. Berapakah jumlah yang perlu dilaburkan setiap tahun pada kadar faedah
berkompaun 8% setahun selama 10 tahun untuk mengantikan peralatan kilang yang
kos jangkaan lebih 20% berbanding kos asal iaitu RM50 000.
[RM 4145.08]
7. Anda membuat pinjaman perseorangan berjumlah RM15 000. Kadar faedah 4%
setahun untuk tempoh 4 tahun. Berapakah bayaran ansuran tahunan?
[RM 4132.35]

8. Andaian anda ingin melabur dalam satu pelaburan yang menjanjikan pulangan
sebanyak RM500 pada penghujung setiap tahun selama tiga tahun. Maka, aliran
tunai ini adalah berbentuk anuiti tiga tahun. Sekiranya kadar faedah adalah 10%,
berapakah kos pelaburan tersebut?
[RM 1243.43]
9. Mimi memerlukan RM15 000 setiap tahun bagi tiga tahun akan datang untuk
membayar yuran pengajian universiti. Dia perlukan RM15 000 tepat dalam masa
setahun. Jika dia menyimpan wang tersebut dalam akaun simpanan yang
menghasilkan 8% faedah yang dikompaunkan setiap tahun, berapakah yang Mimi
perlu ada dalam akaunnya pada hari ini?
[RM 38 656.46]
10. Jimie membayar RM433.21 setiap bulan untuk satu pinjaman bernilai RM10000
dengan kadar faedah 6% dikompaunkan secara bulanan. Cari bilangan bayaran
yang perlu dibuat oleh Jimie? [n=24 ]

25
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

1.5 Cukai Barangan dan Perkhidmatan


1.5.1 Pengenalan

Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap individu atau syarikat bagi
menjana pendapatan untuk pembangunan negara.

Secara umumnya, cukai dibahagikan kepada 2 jenis:

A. Cukai Secara Langsung

Cukai langsung adalah cukai yang kita bayar secara langsung kepada kerajaan. Contoh
cukai-cukai secara langsung seperti cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah
(CKHT/RPGT)

Pengguna

Kerajaan

B. Cukai Secara Tidak Langsung

Cukai tidak langsung adalah cukai yang tidak dibayar terus kepada kerajaan. Contoh
cukai secara tidak langsung adalah seperti cukai perkhidmatan.

Pengguna Kerajaan

Agensi

26
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB2112 TAHUN 1 SEMESTER 2

Kronologi Sistem Percukaian Di Malaysia

SST 1.0 GST SST 2.0

•Sejak 1970-an •Dikuatkuasa pada •Dikuatkuasa pada 1


•Cukai Jualan 10% April 2015 September 2018
•Cukai Perkhidmatan •Cukai Jualan dan •Cukai Jualan 5%, 10%
6% Perkhidmatan 6% •Cukai Perkhidmatan
6%

1.5.2 Jenis – Jenis Barangan dan Perkhidmatan Yang Dikenakan Cukai


1.5.2.1 Sales and Services Tax (SST)

27
MATEMATIK KEWANGAN DIPLOMA
MATEMATIK PERNIAGAAN UMB3112 TAHUN 1 SEM 2

1.5.2.2 Value-Added Tax (VAT)

Di sebuah negara yang kenakan VAT, peniaga kumpul cukai berdasarkan jualan mereka dan
bayar kepada pembekalnya. Berikut merupakan contoh VAT dilaksanakan berasaskan kadar
cukai 10%.

Petani Pengusaha Kilang Kedai


Harga Asal 1.00 5.00 12.00 20.00
Jualan dengan VAT 1.10 5.50 13.20 22.00
VAT kasar 0.10 0.50 1.20 2.00
Tolakan kepada VAT yang dibayar - 0.10 0.50 1.20
VAT bersih 0.10 0.40 0.70 0.80

Jumlah VAT 2.00

1.5.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan Cukai

1. Sempena hari perayaan, keluarga Naim telah menjamu selera di sebuah restauran
bersama ahli keluarganya. Sekiranya bil untuk makanan mereka adalah RM 120,
hitungkan jumlah bayaran yang Naim patut bayar selepas dikenakan cukai perkhidmatan
sebanyak 6%. [RM127.20]

Sumber:
1. https://www.investopedia.com/terms/t/taxes.asp
2. http://www.majalahlabur.com/kewangan/cukai/4-jenis-cukai-yang-ada-di-malaysia/
3. https://www.comparehero.my/budgets-tax/articles/gst-vs-sst-whats-the-difference
4. Akta Cukai Jualan 2018
5. Akta Cukai Perkhidmatan 2018
6. https://www.wsj.com/articles/should-the-u-s-adopt-a-value-added-tax-1456715703

28

You might also like