You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PERASMIAN PESTA MSSR KALI KE-36 PERINGKAT DAERAH BARAM


TAHUN 2019
ACARA TEKS PENGACARAAN TINDAKAN
Pengumuman Ketibaan Mengumumkan ketibaan
Tetamu Kehormat
Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau,
ADUN N.77 Telang Usan

diiringi oleh

Yang Berusaha
Encik Matthew Laing Ngau,
Pegawai Pendidikan Daerah Baram
Pejabat Pendidikan Daerah Baram

En James Valley anak Michael Harry,


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Baram

Encik Badrol bin Seri,


Pengerusi Pengelola PESTA MSSR KALI KE-36 PERINGKAT DAERAH BARAM

Puan Geraldene Subang,


Timbalan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Baram

berserta guru-guru besar sekolah rendah daerah Baram.

Ucapan alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.bt, salam sejahtera dan salam menjulang pendidikan negeri


Sarawak.

Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau


ADUN N.77 Telang Usan

Yang Berusaha Encik Matthew Laing Ngau,


Pegawai Pendidikan Daerah Baram
Pejabat Pendidikan Daerah Baram

Yang Berusaha,
En James Valley anak Michael Harry
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Baram

Yang Berusaha,
Encik Badrol bin Seri,
Pengerusi Pengelola PESTA MSSR KALI KE-36 PERINGKAT DAERAH BARAM

Yang Berusaha,
Puan Geraldene Subang,
Timbalan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Baram

barisan guru besar sekolah rendah daerah Baram,

pegawai-pegawai ikhtisas
Pejabat Pendidikan Daerah Baram,

warga pendidik, kontinjen - kontinjen yang bertanding dan hadirin sekalian.

Selamat datang ke MAJLIS PERASMIAN PESTA MSSR KALI KE-36 PERINGKAT DAERAH
BARAM TAHUN 2019.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

PENGENALAN MSSR Hadirin dan hadirat sekalian,

MSSR Daerah Baram merupakan acara tahunan yang dijalankan dengan penyertaan
daripada lima zon daerah Baram iaitu Zon Baram Hilir, Zon Baram Tengah, Zon Tinjar, Zon
Baram Ulu dan Zon Tutoh Apoh.

1
Acara yang dipertandingkan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu acara akademik,
olahraga dan permainan dan acara kebudayaan.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, MSSR peringkat daerah ini diharap
dapat mencungkil bakat murid bagi mewakili daerah Baram ke peringkat bahagian Miri
yang akan diadakan pada 4 Mac 2019.

Diharapkan setiap zon yang bertanding dapat menunjukkan semangat kesukanan yang
tinggi sepanjang acara berlangsung.

Lintas Hormat Hadirin yang dihormati, En James Valley anak


Michael Harry,
Marilah sama-sama kita saksikan perarakan masuk kontinjen dari lima zon daerah Baram. Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah
Majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau Pejabat Pendidikan
ADUN N.77 Telang Usan Daerah Baram
diiringi oleh

Yang Berusaha
Encik Matthew Laing Ngau,
Pegawai Pendidikan Daerah Baram
Pejabat Pendidikan Daerah Baram

untuk menerima lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.


Dipersilakan.

LINTAS HORMAT PEMBAWA Kita mulakan perarakan dengan lintas hormat pembawa bendera kejohanan Pesta
BENDERA KEJOHANAN MSSR kali ke-36. Pembawa bendera kejohanan kali terdiri daripada 4 orang murid dari
SJK © Chung Hua.

Mendahului perarakan lintas hormat ialah kontinjen Zon Baram Hilir. Seramai 144 orang
LINTAS HORMAT peserta daripada 15 buah sekolah rendah mengambil bahagian pada kejohanan kali
ini. Kontinjen ini bertemakan warna merah yang menjadi simbolik keberanian dan
kekuatan.

Lintas hormat seterusnya ialah kontinjen Zon Baram Tengah yang terdiri daripada 103
orang peserta daripada 13 buah sekolah rendah. Kontinjen ini menjadikan warna hijau
sebagai warna tema yang melambangkan identiti alam dan kedamaian.

Kita tumpukan perhatian kepada lintas hormat kontinjen Zon Tinjar yang terdiri daripada
105 orang peserta daripada 13 buah sekolah rendah. Warna kuning yang menjadi tema
bagi kontinjen ini melambangkan kegembiraan dan keceriaan.

Seterusnya merupakan lintas hormat kontinjen Zon Tutoh Apoh yang terdiri daripada 97
orang peserta daripada 10 buah sekolah rendah. Warna tema kontinjen ini ialah warna
biru yang menjadi simbolik warna langit dan air dan juga melambangkan ketenangan
dan kestabilan.

Lintas hormat yang terakhir ialah kontinjen dari Zon Baram Ulu. Kontinjen ini terdiri
daripada 79 orang peserta daripada 15 buah sekolah rendah. Kontinjen ini memilih
warna putih sebagai simbolik kebebasan dan kesucian.

Demikianlah tadi lintas hormat dari kontinjen-kontinjen yang akan bertanding dalam
PESTA MSSR KALI KE-36 PERINGKAT DAERAH BARAM.

Nyanyian lagu Negaraku Hadirin yang dihormati,

Sebagai tanda kecintaan kita kepada negara, marilah sama-sama kita nyanyikan lagu
kebangsaan kita, lagu Negaraku diiringi oleh lagu kebesaran negeri Sarawak, “Ibu
Pertiwiku”

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu dengan penuh
semangat.

- Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku-

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Bacaan doa Buluh diasah jalinan disemat,


Gubahan diolah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan rasa penuh kesyukuran
menjemput al fadhil Ustaz Ridzuan bin Atem untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

2
- Bacaan doa-

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Aluan wakil PPD Hadirin sekalian, Yang Berusaha


Baram En James Valley anak
Marilah kita bersama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Michael Harry,
En James Valley anak Encik Matthew Laing Ngau, Timbalan Pegawai
Michael Harry, Pegawai Pendidikan Daerah Baram Pendidikan Daerah
Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Baram. Pejabat Pendidikan
Pendidikan Daerah Daerah Baram
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan alu aluan-

Terima kasih diucapkan kepada Encik Matthew Laing Ngau atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmi Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati,

Yang ditunggu sudah tiba,


Yang dinanti sudah bersedia.

Majlis dengan penuh takzim menjemput


Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau,
ADUN N.77 Telang Usan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
PESTA MSSR KALI KE-36 PERINGKAT DAERAH BARAM TAHUN 2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Ucapan perasmian-

Majlis mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Dennis
Ngau atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Gimik/ Simbolik Hadirin sekalian,

Majlis sekali lagi mempersilakan


Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau,
ADUN N.77 Telang Usan

diiringi oleh

Yang Berusaha Encik Matthew Laing Ngau,


Pegawai Pendidikan Daerah Baram
dan dif-dif kehormat untuk menyempurnakan simbolik perasmian.

- Gimik –

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Dennis Ngau atas kesudian menyempurnakan
simbolik perasmian.

PERSEMBAHAN GENDANG Hadirin yang dihormati,


CINA OLEH MURID SJK SG
JAONG Ucapan sudah, simbolik pun sudah. Sekarang, kita teruskan majlis dengan persembahan
pasukan gendang cina dari SJK Sg Jaong. Majlis mempersilakan.

- Persembahan gendang cina –

Terima kasih diucapkan kepada pasukan gendang cina dari SJK Sg Jaong atas
persembahan yang cukup bertenaga itu tadi.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pasukan gendang cina yang disertai oleh ____
murid daripada tahun ________ adalah di bawah bimbingan ___________.

IKRAR KEJOHANAN Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis mempersilakan adik Stephanie Kijan Lim dari SK Bario diiringi oleh
pembawa-pembawa bendera kontinjen untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Majlis
mempersilakan.
- Ikrar kejohanan –

3
Terima kasih diucapkan kepada adik Stephanie Kijan Lim. Untuk pengetahuan hadirin
sekalian, adik Stephanie Kijan Lim merupakan pemenang pingat emas acara lari 60-
meter dan 100-meter peringkat negeri Sarawak dalam Kejohanan Sukan Pembangunan.

PEMBAKAR OBOR Seterusnya,


KEJOHANAN
Kita tumpukan perhatian kita ke tengah padang untuk upacara menyalakan obor
kejohanan yang akan disempurnakan oleh adik Martin Engan.

- Penyalaan obor –

Berikan tepukan yang paling gemuruh kepada adik Martin Engan dari SK Long Sait. Adik
Martin Engan merupakan pemenang pingat emas acara lari 60-meter peringkat negeri
Sarawak dalam Kejohanan Sukan Pembangunan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

PERARAKAN KELUAR Demikian tadi selesainya upacara perasmian PESTA MSSR KALI KE-36 PERINGKAT DAERAH
KONTINJEN BARAM TAHUN 2019.

Sekarang, dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak


keluar meninggalkan arena.

Penyampaian Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dipersilakan Yang Berusaha
cenderamata kepada En James Valley anak
perasmi Encik Badrol bin Seri, Michael Harry,
Pengerusi Pengelola Kejohanan MSSR Daerah Baram 2019 Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah
untuk mengiringi Pejabat Pendidikan
Daerah Baram
Yang Berusaha
Encik Matthew Laing Ngau,
Pegawai Pendidikan Daerah Baram
Pejabat Pendidikan Daerah Baram

bagi menyampaikan cenderamata kenang – kenangan kepada

Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau


ADUN N.77 Telang Usan
atas kesudiannya untuk bersama kita pada hari ini.
Majlis mempersilakan.

- Penyampaian cenderamata-

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau, Encik Matthew
Laing Ngau dan Encik Badrol bin Seri.

Ucapan penutup Hadirin yang dimuliakan,

Tibalah kita ke penghujung majlis. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t
dan khilaf itu wujudnya daripada saya sebagai makhluk bernama insan.

Saya mewakili Jawatankuasa Pengelola MAJLIS PERASMIAN PESTA MSSR KALI KE-36
PERINGKAT DAERAH BARAM TAHUN 2019 menyusun sepuluh jari memohon keampunan
atas salah silap kami sepanjang mengendalikan majlis. Kami juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau
secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Semoga kita bersua di lain ketika.

Assalamualaikum w.b.t.

KEBERANGKATAN PULANG Mengumumkan keberangkatan pulang Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau, ADUN N.77
YANG BERHORMAT TUAN Telang Usan diiringi oleh dif-dif kehormat.
DENNIS NGAU

You might also like