You are on page 1of 268

Fakulti Sains dan Teknologi

CBCT2203
Konsep Asas Teknologi Maklumat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


CBCT2203
KONSEP ASAS
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
Marini Abu Bakar
Dr Sufian Idris
Nor Ieyza Jailani
Roziah Latih
Majumin Hanum
Mohd Zahari Awang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Norlia T. Goolamally
Open University Malaysia

Penulis Modul: Marini Abu Bakar (Ketua)


Dr Sufian Idris
Nor Ieyza Jailani
Roziah Latih
Universiti Kebangsaan Malaysia

Majumin Hanum
Open University Malaysia

Mohd Zahari Awang

Penyederhana: Rohaizak Omar


Open University Malaysia

Penterjemah: T.J. Iskandar Abd Aziz

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2014


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2014, CBCT2203
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxvi

Topik 1 Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat 1


1.1 Era Maklumat 2
1.2 Apakah Teknologi Maklumat? 5
1.2.1 Sejarah Ringkas Komputer 8
1.2.2 Klasifikasi Komputer 9
1.3 Prinsip Teknologi Maklumat 11
1.4 Fungsi dan Manfaat Teknologi Maklumat 12
1.5 Kerjaya dan Teknologi Maklumat 14
1.6 Teknologi Maklumat di Malaysia 15
1.7 Koridor Raya Multimedia Malaysia
(Multimedia Super Corridor ă MSC Malaysia) 15
1.8 Undang-undang Siber 17
Rumusan 18
Kata Kunci 19

Topik 2 Unit Pemprosesan Pusat (CPU) 20


2.1 Apakah Unit Pemprosesan Pusat? 21
2.1.1 Unit Kawalan 22
2.1.2 Unit Aritmetik Logik 22
2.2 Cip Mikropemproses 23
2.3 Ingatan 24
2.3.1 Ingatan Capaian Rawak (RAM) 26
2.3.2 Ingatan Baca Sahaja (ROM) 27
2.3.3 Semikonduktor Oksida Logam Pelengkap (CMOS) 28
2.4 Perwakilan Data 29
2.5 Unit Sistem 31
2.5.1 Bekalan Kuasa 32
2.5.2 Papan Induk 32
2.5.3 Cip Ingatan Baca Sahaja 33
2.5.4 Slot dan Papan Tambahan 33
2.5.5 Port 35
2.5.6 Kad Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan
Antarabangsa (PCMCIA) dan Slot 36

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

2.6 Jam Sistem 36


2.7 Talian Bas 37
Rumusan 38
Kata Kunci 38

Topik 3 Input dan Output 40


3.1 Input dan Output 40
3.2 Kaedah Input 41
3.2.1 Papan Kekunci 43
3.2.2 Terminal 45
3.2.3 Peranti Penunjuk 46
3.2.4 Peranti Pengimbas 49
3.2.5 Lain-lain Peranti Input 52
3.3 Kawalan Input 55
3.4 Kaedah Output 55
3.5 Peranti Output 57
3.5.1 Pencetak 58
3.5.2 Monitor 59
3.5.3 Pemplot 61
3.5.4 Peranti Output Suara 62
Rumusan 63
Kata Kunci 64

Topik 4 Storan Sekunder 65


4.1 Storan Asas 65
4.2 Peranti Storan Magnetik 68
4.2.1 Pita Magnetik 68
4.2.2 Cakera Keras 70
4.2.3 Storan Optik 71
4.2.4 Storan Ingatan Kilat 73
4.2.5 Storan Awan 74
4.2.6 Lain-lain Jenis Storan 75
4.3 Hierarki Organisasi Data 77
4.4 Peningkatan Prestasi 78
Rumusan 80
Kata Kunci 81

Topik 5 Perisian Komputer 82


5.1 Perisian 83
5.2 Perisian Sistem 85
5.3 Sistem Pengendalian 87
5.4 Fungsi Sistem Pengendalian 89

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

5.5 Ciri-ciri Sistem Pengendalian 92


5.5.1 Multitugas 93
5.5.2 Multipengguna 94
5.5.3 Multipemprosesan 95
5.5.4 Pemprosesan Kelompok 95
5.5.5 Ingatan Maya 96
5.6 Jenis Sistem Pengendalian 97
5.6.1 Sistem Pengendalian Peribadi dan Pelayan 97
5.6.2 Sistem Pengendalian Bergerak dan Terbenam 100
5.7 Perisian Aplikasi 102
5.8 Perisian Pemprosesan Kata 105
5.9 Perisian Hamparan 109
5.10 Perisian Pangkalan Data 112
5.10.1 Jenis Pangkalan Data 115
5.10.2 Organisasi Sistem Pengurusan Pangkalan Data 115
5.10.3 Pelanggan-Pelayan 122
5.11 Perisian Pemprosesan Dokumen 126
5.12 Perisian Grafik 126
5.13 Perisian Set 130
5.14 Perisian Kumpulan 130
5.15 Perisian Penerbitan Atas Meja 130
5.16 Perisian Multimedia 131
Rumusan 132
Kata Kunci 133

Topik 6 Bahasa Pengaturcaraan 134


6.1 Bahasa Pengaturcaraan 134
6.2 Mengapa Kita Perlu Mengetahui Bahasa Pengaturcaraan? 136
6.3 Generasi Bahasa Pengaturcaraan dan Contoh
6.4 Pendekatan: Pengelasan Bahasa Pengaturcaraan 142
6.4.1 Bahasa Imperatif 143
6.4.2 Bahasa Berorientasikan Objek 143
6.4.3 Bahasa Berasaskan Logik 144
6.4.4 Bahasa Berasaskan Fungsi 145
6.4.5 Skrip 146
6.4.6 Bahasa Visual 146
6.5 Bahasa Pengaturcaraan Sepunya 146
6.5.1 C 146
6.5.2 C++ 147
6.5.3 Java 147
6.5.4 Perl 147
6.5.5 Python 147

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

6.6 Pengkompil, Penghimpun, Pentafsir 148


Rumusan 149
Kata Kunci 151

Topik 7 Internet 152


7.1 Definisi Internet 152
7.2 Sejarah 154
7.2.1 Bagaimana Internet Bermula? 155
7.2.2 Internet sebagai Fenomena 156
7.2.3 Pembangunan Internet 159
7.3 Evolusi Internet 160
7.3.1 Garis Masa Internet 161
7.4 Komputer di Internet 163
7.5 Apakah Kandungan Internet? 166
7.6 Menguruskan Maklumat Internet 169
7.6.1 Enjin Carian 171
7.6.2 Portal 172
7.6.3 Kaedah Lain 173
7.7 Undang-undang Internet 175
7.8 Internet Masa Kini dan Masa Hadapan 176
Rumusan 178
Kata Kunci 179

Topik 8 Perisian di Internet 180


8.1 Perisian Internet 181
8.2 Perisian Kongsi dan Perisian Percuma 181
8.3 Perisian Sumber Terbuka 183
8.4 Protokol Pemindahan Fail (FTP) 186
8.5 Telnet 188
8.6 E-Mel 189
8.6.1 Perbincangan E-Mel 190
8.6.2 Etika Perbincangan E-Mel 191
8.6.3 Senyuman (Smiley) 192
8.6.4 Akronim 194
8.6.5 Tandatangan E-Mel 195
8.6.6 E-Mel Secara Berkesan 196
8.7 Usenet 197
8.8 Fenomena Internet 200
Rumusan 202
Kata Kunci 203

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 9 Komunikasi 204


9.1 Elemen Penting Komunikasi 205
9.1.1 Pengekod dan Penyahkod 206
9.1.2 Persefahaman Mesej 207
9.1.3 Pengesan Ralat 207
9.1.4 Keselamatan 207
9.2 Asas Komunikasi Data 209
9.2.1 Jenis Isyarat 210
9.3 Mod Transmisi Data 212
9.3.1 Penghantaran Tak Segerak 214
9.3.2 Penghantaran Segerak 214
9.4 Arah Aliran Data 215
9.4.1 Simpleks 216
9.4.2 Separa Dupleks 216
9.4.3 Dupleks Penuh 217
9.5 Kadar Penghantaran Data 218
9.6 Media Penghantaran Data 219
9.6.1 Wayar Pasangan Terpiuh 220
9.6.2 Kabel Sepaksi 221
9.6.3 Kabel Gentian Optik 222
9.6.4 Sistem Gelombang Mikro 222
9.6.5 Sistem Satelit 223
9.6.6 Inframerah 225
9.6.7 Radio 225
9.6.8 Rangkaian Telefon 226
Rumusan 226
Kata Kunci 227

Topik 10 Isu dan Peluang Teknologi Maklumat 228


10.1 Profesionalisme, Etika dan Masyarakat 229
10.2 Kawalan Sistem Komputer dan Isu Keselamatan 233
10.2.1 Ancaman Terhadap Keselamatan Komputer 233
10.2.2 Kawalan Sistem Keselamatan Komputer 237
10.2.3 Kerahsiaan Maklumat 240
10.3 Komputer dan Kesihatan 242
10.3.1 Komputer dan Risiko Kesihatan 243
10.3.2 Ergonomik 244
10.3.2 Pengkomputeran Hijau 245
Rumusan 248
Kata Kunci 249

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

PENERANGAN PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
CBCT2203 Konsep Asas Teknologi Maklumat ialah salah satu daripada kursus
yang ditawarkan oleh Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia
di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan akan
diliputi selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Maklumat.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

JADUAL PENGAJIAN
Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa
sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai
3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Pengumpulan Masa bagi Jam Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran


Mengikuti kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Penyertaan dalam talian 12

Ulang kaji 15

Tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan makna teknologi maklumat (Information Technology ă IT)
dan era maklumat;
2. Membincangkan penggunaan IT dalam kehidupan seharian yang telah
memberi kesan kepada individu, masyarakat dan organisasi dari pelbagai
aspek;
3. Menghuraikan komponen IT;
4. Menerangkan komponen komputer, perkakasan komputer, perisian dan
rangkaian komunikasi;
5. Membincangkan perkembangan Internet; dan
6. Membincangkan isu etika, peluang dan peranan teknologi maklumat
kepada masyarakat.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti mana berikut:

Topik 1 memberi gambaran keseluruhan Teknologi Maklumat (IT). Tumpuan


topik ini adalah prinsip IT, fungsi dan faedah IT, kerjaya dalam bidang IT,
pembangunan IT di Malaysia dan Undang-undang Siber.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 2 membincangkan komponen utama perkakasan komputer yang


merupakan Unit Pemprosesan Pusat (CPU), mikropemproses, ingatan utama,
dan lain-lain. Secara khusus, kita akan memberi tumpuan kepada CPU atau
mikropemproses yang merupakan teras semua aktiviti untuk menukar data
mentah kepada maklumat yang diperlukan di dalam komputer. Di samping itu,
perwakilan data dan sistem pengekodan turut dibincangkan. Pada akhir topik
ini, anda akan diperkenalkan kepada beberapa alat dan perkakasan di dalam
unit sistem komputer.

Topik 3 memperkenalkan pelbagai kaedah input dan output. Papan kekunci


adalah peranti input yang paling popular dan kerap digunakan. Selain papan
kekunci, terdapat juga banyak peranti input dan output terkini dalam pasaran
yang juga akan dibincangkan dalam topik ini.

Topik 4 memperkenalkan satu lagi komponen komputer iaitu storan sekunder.


Di sini, anda akan mempelajari pelbagai jenis storan sekunder yang terdapat di
pasaran dan perbandingan antara jenis storan. Topik ini juga menerangkan jenis
storan magnetik, jenis storan optik dan kelebihan storan sekunder.

Topik 5 memperkenalkan perisian yang digunakan dalam sistem komputer. Ada


dua jenis perisian utama iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian
sistem digunakan untuk menghidupkan (memulakan) komputer dan menyelaras
komponen perkakasan dan perisian aplikasi. Ada tiga kategori perisian dalam
perisian sistem iaitu sistem pengoperasian, program utiliti dan penterjemah
bahasa. Topik ini membincangkan konsep dan jenis sistem pengoperasian yang
digunakan. Penterjemah bahasa dijelaskan melalui bahasa pengaturcaraan.
Bahasa pengaturcaraan akan dibincangkan dari perspektif generasi, pendekatan
dan kompilasi. Pada akhir topik ini, anda akan membincangkan pelbagai jenis
perisian aplikasi yang biasa digunakan seperti pemprosesan kata, hamparan
elektronik dan perisian grafik.

Topik 6 membincangkan bahasa pengaturcaraan. Atur cara komputer


dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Atur cara hanyalah
senarai arahan yang perlu diikuti oleh komputer agar data dapat diproses.
Proses menghasilkan atur cara dipanggil pengaturcaraan. Pengaturcaraan juga
dikenali sebagai pembangunan perisian dan ia terdiri daripada langkah-langkah
dalam menghasilkan senarai arahan. Langkah-langkah dalam pengaturcaraan
terdiri daripada spesifikasi atur cara, reka bentuk atur cara, pengekodan,
pengujian, dokumentasi dan penyelenggaraan atur cara.

Topik 7 memberi tumpuan kepada pembangunan dan sejarah Internet. Dalam


topik ini, kita akan belajar tentang unsur Internet dan aktiviti yang boleh
dilakukan di Internet. Selain itu, anda juga akan mengenal pasti proses mencari
dan memanipulasi maklumat dengan berkesan melalui Internet.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 8 menerangkan mengenai perisian di Internet. Ada perisian yang boleh


didapati secara percuma, manakala ada yang perlu dibayar. Perisian sumber
terbuka juga akan dibincangkan di sini. Topik ini juga akan membincangkan
kaedah komunikasi yang popular melalui Internet iaitu e-mel. Pada mulanya, e-
mel adalah semata-mata berdasarkan teks tetapi kini, anda boleh menghantar
(lampiran) pelbagai jenis data bersama-sama dengan e-mel seperti dokumen
teks, grafik, audio, PowerPoint dan persembahan. Pada akhir topik ini, kita akan
menyentuh secara ringkas mengenai bahasa skrip Internet seperti HTML dan
XML.

Topik 9 menerangkan komponen penting dalam pembangunan teknologi


maklumat iaitu komunikasi. Ada empat elemen penting yang perlu diketahui
sebelum sebarang bentuk komunikasi boleh berlaku. Elemen ini adalah mesej,
penghantar, penerima dan media. Dalam topik ini, anda akan menyedari bahawa
komunikasi adalah komponen yang sangat penting dalam teknologi maklumat.
Anda kemudiannya akan memberi lebih fokus terhadap isyarat komunikasi data
iaitu isyarat analog dan digital, penghantaran segerak dan tak segerak, simplex,
separa dupleks, dupleks penuh dan lain-lain Pada akhir topik ini, anda akan
diperkenalkan kepada pelbagai media untuk transmisi data.

Topik 10 membincangkan bagaimana unsur manusia mencipta pelbagai isu


dalam bidang IT dan peluang yang ditawarkan oleh teknologi untuk kelebihan
persaingan. Anda akan diminta untuk menilai dan memahami isu tentang
kepentingan etika dalam IT. Anda juga akan didedahkan kepada konsep
pengguna akhir yang perlu sedar potensi kesan teknologi ke atas mereka.
Mereka mesti bertindak dengan cepat dan tahu kepentingan privasi, keselamatan
organisasi, ergonomik dan kesan teknologi ke atas alam sekitar.

PANDUAN SUSUNAN TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks dalam modul ini. Memahami susun atur teks dapat
membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif
dan berkesan. Amnya, susunan teks untuk setiap tajuk adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Seksyen ini merujuk kepada apa yang anda perlu capai
sekiranya anda selesai mempelajari keseluruhan topik. Sambil mengikuti setiap
topik, anda seharusnya kerap merujuk kepada hasil pembelajaran ini. Melalui
cara ini, anda dapat melihat perkembangan anda secara berterusan dalam
memahami topik-topik tersebut.

Semak Kendiri: Komponen modul ini dimasukkan di lokasi strategik di seluruh


modul. Ia mungkin dimasukkan selepas satu subtopik atau beberapa subtopik. Ia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

biasanya datang dalam bentuk soalan. Apabila anda menjumpai komponen ini,
cuba untuk memikirkan tentang apa yang anda telah belajar selama ini. Dengan
cuba untuk menjawab soalan, anda akan dapat mengukur sejauh mana anda
telah memahami subtopik. Kebanyakan masa, jawapan kepada soalan-soalan
boleh didapati terus dari modul itu sendiri.

Aktiviti: Seperti Semak Kendiri, komponen Aktiviti ini juga diletakkan di


pelbagai lokasi di seluruh modul. Komponen ini mungkin memerlukan anda
untuk menyelesaikan soalan, meneroka kajian kes pendek, atau menjalankan
pemerhatian atau penyelidikan. Ia juga mungkin memerlukan anda untuk
menilai senario yang diberikan. Apabila anda menemui suatu Aktiviti, anda
harus cuba untuk mencerminkan apa yang anda dapat dari modul dan
mengaplikasikannya kepada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda harus
menggunakan tahap berfikir yang lebih tinggi di mana anda mungkin
diperlukan untuk menganalisis, mensintesis dan menilai, dan bukan hanya
mengingat atau mendefinisikan sesuatu perkara.

Rumusan: Anda akan mendapati komponen ini di penghujung setiap topik.


Komponen ini membantu anda untuk menggulung seluruh topik. Dengan
melalui ringkasan, anda akan dapat mengukur tahap pengekalan pengetahuan
anda. Sekiranya anda menemui perkara di dalam ringkasan yang anda kurang
faham, adalah lebih baik sekiranya anda melihat kembali penerangan di dalam
modul tersebut.

Kata Kunci: Komponen ini boleh didapati di penghujung setiap topik. Anda
perlu melalui komponen ini untuk mengingatkan diri anda istilah penting atau
jargon yang digunakan di seluruh modul. Sekiranya anda menemui istilah yang
tidak mampu untuk dijelaskan, anda harus melihat kembali istilah tersebut di
dalam modul.

Rujukan: Rujukan adalah senarai buku-buku teks yang relevan dan berguna,
jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh didapati. Senarai
ini boleh didapati di beberapa lokasi seperti dalam Panduan Kursus (di bahagian
Rujukan), pada akhir setiap topik atau di belakang modul. Anda digalakkan
untuk membaca dan merujuk kepada sumber-sumber yang disyorkan untuk
mendapatkan maklumat tambahan yang diperlukan serta untuk meningkatkan
kefahaman anda secara menyeluruh terhadap kursus ini.

PENGETAHUAN ASAS
Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepada teknologi maklumat. Oleh itu,
tiada prasyarat khusus untuknya. Walau bagaimanapun, kebolehan untuk
menggunakan komputer, terutamanya perisian produktiviti seperti pemprosesan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

kata, hamparan elektronik dan pelayar akan membantu anda untuk melakukan
aktiviti dan menyempurnakan tugasan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk ke myINSPIRE.

RUJUKAN
Shelly, G. B., & Vermaat, M. F. (2009). Discovering computer 2009: Complete.
Boston, US: Cengage Learning.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk penggunaan pelajar. Perpustakaan digital yang komprehensif ini
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan capaian kepada lebih daripada
30 pangkalan data dalam talian yang terdiri daripada e-jurnal, e-tesis, e-buku
dan banyak lagi. Contoh pangkalan data yang disediakan ialah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang ada melalui perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
kepada
1 Teknologi
Maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan teknologi maklumat;
2. Menyatakan enam perbezaan antara era maklumat dengan era
sebelumnya;
3. Mengenal pasti lima komponen teknologi maklumat;
4. Membincangkan secara ringkas tentang sejarah komputer;
5. Menyatakan semula lima klasifikasi komputer; dan
6. Menerangkan tentang Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC
Malaysia).

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa teknologi maklumat (information technology ă IT)
bermula daripada sebuah makmal lebih kurang setengah abad yang lalu? Pada
masa kini, IT telah diperkenalkan dan diajar di sekolah dan merupakan salah
satu sumber utama dalam organisasi perniagaan. Ia turut digunakan dalam
alatan teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication
technology ă ICT), seperti telefon pintar dan tablet (rujuk Rajah 1.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 1.1: Telefon pintar (Samsung Galaxy S4) dan tablet (ipad3)
Sumber: http://jailbreakhow.net

Anda akan diperkenalkan kepada era IT dalam topik ini. Anda juga akan diberi
pendedahan mengenai konsep IT dan ciri-cirinya. Selain itu, isu penting seperti
prinsip, fungsi dan manfaat IT akan turut dibincangkan. Pada akhir topik ini,
Koridor Raya Multimedia Malaysia (Multimedia Super Corridor Malaysia ă MSC
Malaysia) dan Undang-undang Siber juga akan turut dibincangkan.

1.1 ERA MAKLUMAT


Kurun ke-21 telah menyaksikan era maklumat berterusan berkembang dengan
kadar yang pesat di mana sistem berkomputer digunakan dalam hampir semua
jenis bidang, dari perubatan dan penerokaan angkasa ke pendidikan serta
perbankan dan sektor pembuatan. Permintaan daripada pelbagai bidang ini
turut meningkatkan penggunaan dan pembangunan pelbagai jenis sistem yang
kompleks. Sebelum era maklumat, terdapat era pertanian dan era perindustrian,
seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Definisi Era Pertanian, Perindustrian dan Maklumat

Era Deskripsi
Era Pertanian Kebanyakan pekerja adalah petani biasa yang bergantung hidup kepada
pertanian. Rajah 1.2 mengilustrasikan persekitaran ini.

Era Proses kerja dipermudahkan menerusi penggunaan jentera dan


Perindustrian pengautomatan, manakala bilangan pekerja kilang terus bertambah
seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.3.
Untuk melihat lebih banyak imej sewaktu era perindustrian, sila layari
laman web berikut:
http://www.mtholyoke.edu/courses/rschwart/ind_rev/images/images-
ind-era.html
Era Kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan
Maklumat penggunaan maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  3

Rajah 1.2: Keadaan persekitaran semasa era pertanian


Sumber: http://www.ckrumlov.info

Rajah 1.3: Keadaan persekitaran semasa era perindustrian


Sumber: http://www.industrial-revolution.org

Untuk memahami evolusi ketiga-tiga era ini pula, sila rujuk Jadual 1.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Jadual 1.2: Evolusi Era Pertanian, Era Perindustrian dan Era Maklumat

Evolusi Era Pertanian Era Perindustrian Era Maklumat


Kebanyakan Petani atau Pekerja kilang Pekerja
peladang berpengetahuan
Pekerja atau Manusia dan tanah Manusia dan Manusia dan otak
rakan kongsi mesin
Peralatan Peralatan Mesin Komputer atau
berasaskan tangan telekomunikasi

Sumber: Diadaptasi daripada Senn (1998)

Teknologi yang digunakan dalam era pertanian, era perindustrian dan era
maklumat adalah berbeza. Sebagai contoh, teknologi dalam era perindustrian
(seperti jentolak dan kren) adalah berguna untuk meningkatkan keupayaan
fizikal, manakala teknologi bagi era maklumat (seperti komputer) adalah
berguna untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Lagipun, era maklumat
mengeratkan hubungan antara manusia menerusi peralatan komunikasi yang
menggunakan IT. Walaupun berada dalam era teknologi, kedua-dua aktiviti
pertanian dan perindustrian tetap penting.

Ada enam ciri yang membezakan antara era maklumat dengan era sebelumnya
(Senn, 1998):

(a) Kemunculan masyarakat berasaskan maklumat


Dalam masyarakat bermaklumat, lebih ramai pekerja memanipulasikan
maklumat daripada bekerja dalam bidang pertanian dan perkilangan.

(b) Kejayaan perniagaan dan kerja pengurusan bergantung kepada IT


Misalnya, perniagaan perbankan sangat bergantung kepada IT untuk
mempermudah transaksi harian secara segera dan berkesan.

(c) Proses kerja berubah dan beralih kepada peningkatan produktiviti


Misalnya, dalam era pertanian, traktor dan bajak digunakan untuk
mempercepatkan kerja di ladang. Bagaimanapun, dalam era maklumat,
pengetahuan yang diperoleh daripada kajian pertanian memainkan
peranan utama dalam menentukan bagaimana dan bila tanaman
membesar, dan bagaimana untuk menjaganya.

(d) IT menyediakan dasar pemikiran semula


Keberkesanan penggunaan IT tidak hanya mempercepatkan aktiviti rutin
tetapi juga membuka peluang kepada syarikat untuk mempelajari dan
menyusun kembali proses kerja agar dapat mengoptimumkan penggunaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  5

sumber dan meningkatkan produktiviti seperti kejuruteraan semula proses


perniagaan.

(e) Kejayaan IT bergantung kepada keberkesanan penggunaannya


Misalnya, dalam era pertanian, petani perlu tahu kaedah menjaga kerbau,
lembu dan tanah. Era perindustrian pula memerlukan pekerja industri
yang tahu dan boleh menggunakan mesin dengan cekap. Akhir sekali, era
maklumat memerlukan pekerja yang tahu bagaimana IT dapat
meningkatkan produktiviti dan memperbaiki kualiti produk dan
perkhidmatan.

(f) IT diimplan atau diintegrasikan dalam banyak produk dan perkhidmatan


Dalam industri pelancongan, IT digunakan dalam urusan tiket, lapangan
terbang, hotel dan rumah rehat, sewa kereta dan sebagainya. Secara tidak
langsung, IT menyediakan nilai tambah kepada produk dan perkhidmatan.
Nilai ini mencerminkan kualiti, kebolehpercayaan, kemahiran, daya tarikan
dan ciri-ciri lain yang memenuhi kehendak pelanggan.

AKTIVITI 1.1

1. Menurut Alvin Tofler kita sekarang berada dalam gelombang


ketiga yang dikenali sebagai gelombang maklumat. Bincangkan
dalam kumpulan, apakah yang dimaksudkan sebagai gelombang
maklumat dan bentangkannya semasa tutorial.

2. Berdasarkan ketiga-tiga era yang telah anda pelajari tadi, di


manakah era Malaysia berada sekarang? Jelaskan pendapat anda.

1.2 APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT?


Sebelum kita melangkah jauh mempelajari subjek ini, ia adalah elok untuk
membezakan maksud data, maklumat dan pengetahuan, seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1.3:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Jadual 1.3: Definisi Data, Maklumat dan Pengetahuan

Elemen Definisi
Data Fakta mentah, angka, diagram dan perincian lain, seperti markah kuiz
dan harga komputer
Maklumat Penafsiran berguna, terancang dan bermakna tentang data, seperti
prestasi kuiz dan spesifikasi komputer
Pengetahuan Pemahaman atau penumpuan terhadap sekumpulan maklumat dan
bagaimana maklumat tersebut dapat digunakan sebaiknya, seperti
memberikan kelas tambahan atau mempertingkatkan kualiti komputer

Definisi dalam Jadual 1.3 tadi menerangkan bahawa „data‰ yang telah
diperhalusi, diformat dan diringkaskan akan berubah kepada „maklumat‰.
Maklumat yang telah ditafsir, ditentu dan digunakan pula akan berubah menjadi
„pengetahuan‰. Dengan pengetahuan, pengguna dapat membuat keputusan
terbaik dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Secara umum, IT adalah tunggak utama dalam era maklumat. Teknologi ini
digunakan untuk mencapai, menyimpan dan mengedarkan maklumat,
terutamanya maklumat dalam bentuk digital. IT merujuk kepada penggunaan
dan percaturan pelbagai barangan dalam penciptaan, penyimpanan dan
pengedaran maklumat. Jadual 1.4 mengandungi beberapa definisi lain bagi IT.

Jadual 1.4: Definisi Teknologi Maklumat

Sumber Definisi
Behan dan IT adalah istilah untuk menerangkan teknologi yang membolehkan
Holmes (1990) kita merekod, menyimpan, memproses, mencapai, menghantar
dan menerima maklumat
Martin et al. IT terdiri daripada semua bentuk teknologi yang terlibat dalam
(1994) pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan
penggunaan data (yang ditransformasikan kepada maklumat)
Senn (1998) IT mengandungi tiga komponen yang terdiri daripada komputer,
komunikasi dan kepakaran. Kombinasi tiga komponen ini
membuka peluang kepada individu dan organisasi untuk menjadi
lebih produktif, efektif dan secara umumnya berjaya tanpa tersisih
Renolds (2010) IT termasuk semua alatan yang menangkap, proses menyimpan,
menukar dan menggunakan maklumat

Sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 1.4 tadi, kita boleh merumuskan bahawa
IT merujuk kepada pelbagai teknologi yang diperlukan untuk menyokong sistem
maklumat. IT menyokong aktiviti berkaitan penciptaan, penstoran, manipulasi
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  7

dan komunikasi maklumat, bersama dengan kaedah, pengurusan dan aplikasi


yang berkaitan. Teras kepada IT adalah komponen mikro elektronik, contohnya,
cip mikropemproses yang memproses data, maklumat, imej, bunyi dan grafik
yang telah mewujudkan generasi komputer moden. Selain daripada teknologi
mikropemproses, ada juga teknologi penstoran, teknologi penangkapan data dan
teknologi komunikasi.

Pada masa kini, komputer dihubungkan melalui rangkaian telekomunikasi yang


mengatasi sempadan negara. Oleh itu, IT telah dianggap sebagai kombinasi
komputer dan komunikasi. Untuk menghasilkan sistem IT yang lengkap, kita
memerlukan lima komponen yang berhubung kait, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Lima komponen teknologi maklumat

1.2.1 Sejarah Ringkas Komputer


Sejarah komputer boleh dijejaki kembali ribuan tahun dahulu ă penggunaan
sempoa di China. Alat ini mengira menggunakan manik gelongsoran yang
disusun di atas rak. Pada tahun 1642, Blaise Pascal telah mencipta kalkulator
mekanikal yang dipanggil Pascaline. Kemudian pada tahun 1812, Charles

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Babbage membina kalkulator automatik berasaskan enjin beza dan seterusnya


pada tahun 1890, Herman Hollerith menggunakan kad tebuk untuk membaca
dan menyimpan data.

Sebaiknya, sejarah komputer dijelaskan menggunakan istilah generasi. Generasi


pertama telah dicipta kira-kira 65 tahun yang lalu dan pada masa kini adalah
generasi yang kelima. Jadual 1.5 menerangkan lima generasi komputer.

Jadual 1.5: Lima Generasi Komputer

Generasi Tahun Deskripsi


1 1951ă1958 Pada asasnya menggunakan tiub vakum iaitu tiub
elektronik bersaiz lampu mentol. Contohnya, Universal
Automatic Computer (UNIVAC) ă mesin yang besar tetapi
yang paling cepat mengira bancian pada tahun 1890 di
Amerika. Namun, tidak berjaya kerana tiub selalu terbakar
apabila terlampau panas
2 1959ă1964 Komputer generasi kedua bermula dengan penciptaan
transistor pada tahun 1959. Transistor adalah komponen
berkaki tiga yang hanya mengambil ruang 1/100 daripada
ruang yang digunakan oleh komputer generasi pertama. Ia
lebih dipercayai dan ada kuasa pengiraan yang lebih laju
daripada generasi pertama
3 1965ă1970 Melalui penciptaan litar bersepadu (integrated circuits)
yang dibuat menggunakan cip silikon pada tahun 1965,
komputer bersaiz lebih kecil, lebih murah dan boleh
melaksanakan fungsi ratusan transistor
4 1971ă Penggunaan mikropemproses iaitu cip silikon yang
sekarang mengandungi unit pemprosesan pusat (central processing
unit ă CPU) di mana semua pemprosean berlaku,
merupakan piawaian bagi semua komputer pada masa
kini. Komputer digunakan di rumah, bukan hanya untuk
syarikat perniagaan yang besar. Mikropemproses bukan
sahaja digunakan di dalam komputer, malah digunakan di
dalam jam digital, kalkulator, kereta, telefon, set televisyen
dan lain-lain. Komputer mudah alih juga telah wujud dan
pembangunan pesat dalam komunikasi data turut berlaku
5 Pertengahan Komputer berasaskan „kecerdasan buatan‰ yang boleh
1990 ă masa meniru ciri-ciri manusia seperti kebolehan menyelesaikan
hadapan masalah. Sebagai contoh, sistem pakar membantu doktor
mendiagnosis pesakit, robot yang berkeupayaan membuat
rutin atau tugasan merbahaya dan lain-lain. Manusia juga
boleh berkomunikasi dengan komputer menggunakan
bahasa tabii

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  9

Pada peringkat awal teknologi komputer diperkenalkan, komputer hanya


digunakan oleh saintis dan jurutera. Mereka menggunakan komputer untuk
menjalankan penyelidikan dan pembangunan. Kemudian, komputer digunakan
pula oleh organisasi kerajaan dan perniagaan. Komputer digunakan untuk
menyokong perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau besar. Sekarang,
komputer digunakan oleh profesional, pelajar dan di rumah.

Secara amnya, cip mikropemproses telah menjadi semakin berkuasa, ruang


storan yang berkapasiti lebih besar dan pelbagai komponen perkakasan turut
ada peningkatan yang ketara, tanpa pertambahan saiz fizikal. Oleh itu, komputer
menjadi semakin kecil dan murah dengan kapasiti storan yang lebih besar dan
lebih keupayaan.

1.2.2 Klasifikasi Komputer


Bidang IT menawarkan pelbagai jenis komputer yang boleh digunakan,
bergantung kepada kerja yang ingin anda lakukan. Ada komputer bersaiz kecil
dan juga bersaiz besar. Pengkhususan kerja yang boleh dilakukannya
bergantung kepada kuasa pemprosesan, kelajuan, kos, keselamatan dan pelbagai
kriteria lain. Anda akan melihat banyak istilah ini dalam topik-topik seterusnya.

Tidak pernah ada definisi tegar bagi pelbagai kelas komputer. Malah, fungsi dan
keupayaannya terus berkembang dan bilangan kelasnya boleh terus
diperbahaskan. Walau bagaimanapun, ada spektrum yang luas bagi perkakasan
komputer yang terdiri daripada superkomputer hinggalah kepada
mikrokomputer, tanpa ada garis ketara yang memisahkan antara kelas komputer
tersebut. Umumnya, saiz komputer dan kosnya semakin berkurangan, daripada
superkomputer dan kerangka utama yang besar kepada mikrokomputer yang
kecil. Terdapat lima klasifikasi komputer seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Jadual 1.6: Lima Klasifikasi Komputer

Klasifikasi Deskripsi
Komputer
Mikrokomputer Ia adalah komputer meja (desktop computer) dan juga komputer
peribadi (personal computer ă PC). PC dikenali sebagai
mikrokomputer kerana ianya direka untuk kegunaan seorang
individu pada satu masa. Jangan keliru dengan mikropemproses
kerana mikropemproses merupakan sebuah komputer pada satu cip.
Dalam mikrokomputer, mikropemproses, litar elektronik dan cip
ingatan dipasangkan ke atas papan litar tunggal yang dipanggil
papan induk (motherboard). Papan induklah yang membezakan
antara mikrokomputer dengan yang lain. Komponen perkakasan ini
akan dibincangkan dalam beberapa topik seterusnya
Kerangka Komputer ini didefinisikan sebagai komputer komersial bersaiz
Utama besar yang direka bentuk khusus untuk persekitaran multipengguna
dan ianya digunakan sepenuhnya oleh badan korporat.
Kebiasaannya komputer ini mempunyai lebih daripada 100 terminal
kawalan. Kerangka utama adalah sangat kuat dari segi keselamatan,
sambungan dan keupayaan pengurusan data. Ia mesti diletakkan
dalam persekitaran terkawal yang khusus ă dengan kelengkapan
pemanasan khas, pengudaraan dan penyaman udara untuk
mengawal suhu, kelembapan dan paras habuk di sekitar komputer
Minikomputer Sehingga lewat tahun 1960an, semua komputer hanyalah kerangka
utama sahaja. Mereka hanya dikenali sebagai komputer. Kemudian,
vendor komputer mula memperkenalkan mesin yang lebih kecil
supaya mampu dimiliki oleh syarikat kecil. Ini telah menjadi detik
kelahiran minikomputer. Hari ini, minikomputer boleh didefinisikan
sebagai komputer terkecil yang direka bentuk khusus untuk
persekitaran multipengguna. Sistemnya seharusnya boleh
memberikan perkhidmatan antara 2 hingga 100 terminal kawalan
dalam satu masa
Superkomputer Komputer ini adalah yang terbesar, terpantas dan paling mahal
dalam pasaran. Ia sangat berkuasa dan direka khusus untuk
pengiraan numerikal berkelajuan tinggi yang diperlukan dalam
aplikasi kejuruteraan yang kompleks. Superkomputer berintensifkan
pemproses berbanding dengan kerangka utama yang berintensifkan
input-output. Superkomputer boleh melaksanakan pengiraan
aritmetik pada kelajuan bilion operasi titik-terapung dalam sesaat
(gigaflops). Antara pengeluar utama superkomputer adalah Cray
Research, NEC dan Fujitsu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  11

Stesen kerja Ada klasifikasi lain bagi komputer seperti super-mini, super-mikro,
minikomputer dan sebagainya ă mereka adalah komputer kelompok
pertengahan daripada klasifikasi peringkat awal. Sesetengah
komputer dipanggil sebagai pelayan atau klien. Stesen kerja ialah
terminal rangkaian (pintar tetapi tanpa cakera). Ianya sering merujuk
kepada terminal dengan pemproses Komputer Set Suruhan
Terkurang (Cip Reduced Instruction Set Computing  RISC) dan
bukannya Intel. Secara amnya, stesen kerja adalah PC yang canggih

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Bezakan istilah data, maklumat dan pengetahuan. Berikan satu


contoh bagi setiap istilah tersebut.

2. Terangkan secara ringkas sejarah komputer.

AKTIVITI 1.1

Sebagai pelajar, klasifikasi komputer manakah daripada Jadual 1.6


sesuai untuk anda? Terangkan.

1.3 PRINSIP TEKNOLOGI MAKLUMAT


Kita telah mempelajari bagaimana IT membantu organisasi dan masyarakat. Kita
juga telah mendengar dan membaca bagaimana IT dapat membantu
meningkatkan keuntungan syarikat dan perniagaan. Manusia juga mendapat
manfaat menggunakan komputer untuk melaksanakan kerja dan berhibur.
Walaupun begitu, kita juga harus sedar dan tahu kesan buruk virus komputer
seperti Nimda, Love Bug dan Chernobyl yang telah menyebabkan kegagalan
sistem berkomputer di banyak organisasi dan pengguna individu.

Sememangnya objektif utama penggunaan IT adalah untuk menolong pengguna


dan organisasi menyelesaikan masalah dan memulakan kreativiti di mana ia
membolehkan mereka bekerja lebih pantas dan berkesan. IT boleh membantu
mereka dalam aktiviti harian. Oleh itu, IT membebaskan pekerja daripada rutin
kerja, membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk menyelesaikan
masalah dan memperbaiki kehidupan seharian mereka. Jadual 1.7 menerangkan
kepentingan lapan prinsip IT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Jadual 1.7: Lapan Prinsip Teknologi Maklumat

Prinsip Deskripsi
Boleh diharap Adalah mustahil untuk mengatakan bahawa sistem IT dapat
(reliable) beroperasi pada tahap 100% setiap masa. Kadangkala ia beroperasi
pada tahap 99% pada suatu ketika dan 1% lagi ia tidak berfungsi.
Walau bagaimanapun, adalah penting keutuhan sistem tidak
berada di bawah paras ambang (threshold) yang tertentu
Selamat Persekitaran sistem di mana IT beroperasi harus selamat daripada
capaian tanpa izin dan kemusnahan akibat perbuatan khianat
Fleksibel Pengguna boleh menggunakan sistem IT di mana sahaja mereka
berada dan pada bila-bila masa
Menggalakkan Kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan perisian dan
inovasi perkakasan era baru, seperti sistem amaran awal untuk cuaca
buruk
Responsif Sistem IT menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan
Mudah dan telus Semua alatan dan kemudahan mestilah mudah dipelajari dan
digunakan
Saling kendali Persekitaran IT mestilah konsisten dan diterima pakai secara global
yang konsisten di seluruh dunia supaya maklumat boleh dipindahkan dengan
(consistent mudah
interoperability)
Mampu milik Pengguna sepatutnya mampu memiliki sistem IT yang diinginkan
oleh mereka

1.4 FUNGSI DAN MANFAAT TEKNOLOGI


MAKLUMAT
Senn (1998) mengatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi
bagi kerja maklumat iaitu mengumpul, memproses, menjana, menyimpan,
mendapatkan semula dan menyampaikan. Dalam kebanyakan kes, dua atau
lebih fungsi dilaksanakan secara serentak. Ini dinyatakan dalam Jadual 1.8 yang
menerangkan fungsi, definisi dan contoh IT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  13

Jadual 1.8: Enam Fungsi Teknologi Maklumat

Fungsi Definisi Contoh


Mengumpul Mengumpulkan rekod aktiviti Membaca maklumat pengundi,
untuk digunakan kemudian membaca meter elektrik
Memproses Proses mengubah, menganalisis, Mengira undi, pemprosesan bil
mengira dan mensintesiskan semua elektrik, pemprosesan
bentuk data atau maklumat perkataan, pemprosesan cukai
Menjana Mengumpulkan maklumat ke Bil elektrik, jadual, graf, carta
dalam bentuk yang berguna, sama di atas cakera, pita, fail CD-
ada sebagai teks, audio atau imej ROM
Menyimpan Proses pengkomputeran dalam Rekod cukai pendapatan,
menyimpan data dan maklumat rekod keahlian persatuan,
untuk digunakan kemudian rekod kesalahan trafik
Mendapatkan Menempatkan data dan Faks, e-mel, mel suara, laporan
semula memperolehnya kembali
Menyampai Mengambil, menghantar atau E-mel, mel suara
mempersembahkan

Jadual 1.9: Empat Manfaat Teknologi Maklumat

Manfaat Definisi
Kelajuan Nilai yang relatif ă komputer boleh melaksanakan kerja dalam
beberapa saat, pada kelajuan yang lebih pantas daripada manusia
Konsisten Komputer cekap melaksanakan kerja ulangan secara konsisten iaitu
menghasilkan keputusan yang sama untuk kerja yang sama
Ketepatan Komputer bekerja secara tepat ă boleh mengesan walaupun
perbezaan yang kecil
Kebolehharapan Dengan kelajuan, konsisten dan ketepatannya, kita boleh berharap
dan bergantung kepada komputer dalam menghasilkan keputusan
yang sama berulang kali

Berdasarkan empat manfaat daripada penggunaan IT seperti yang disenaraikan


dalam Jadual 1.9, kita tidak boleh mensia-siakan peluang yang ditawarkannya.
Secara umum, ada dua kategori peluang yang ditawarkan oleh IT iaitu:

(a) Membantu masyarakat ă Misalnya, membantu orang istimewa (golongan


kelainan upaya), meningkatkan produktiviti manusia dan menolong orang
ke arah kehidupan yang lebih baik; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

(b) Membantu menyelesaikan masalah ă Misalnya, membantu dalam proses


pengecaman masalah, meneroka sebilangan penyelesaian alternatif dan
mengimplementasikan penyelesaian dengan jayanya.

IT telah digunakan dalam pelbagai bidang dengan tujuan untuk menyelesaikan


masalah dan membantu manusia. Maka, kita perlu tahu tiga tanggungjawab asas
pengguna IT seperti:
(a) Mengetahui keupayaan dan had IT;
(b) Menggunakan IT secara beretika dan betul; dan
(c) Memastikan keselamatan data dan maklumat terjamin daripada pelbagai
ancaman.

1.5 KERJAYA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Pada hari ini, IT berkait rapat dengan kebanyakan kerjaya. Umumnya, dua
kategori yang berkaitan dengan IT dan kerjaya adalah:

(a) Teknologi maklumat sebagai kerjaya


Pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam IT menyediakan pelbagai
peluang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang IT. Antara kerjaya dalam
bidang IT adalah juruanalisis sistem, pegawai IT, pentadbir rangkaian,
pakar rangkaian, jurutera perisian, jurutera pengetahuan, pengaturcara,
pengurus pemprosesan data, pengurus projek, konsultan sistem komputer,
pengintegrasi sistem, pentadbir sistem, ketua pegawai maklumat, jurutera
sistem, pengurus laman web dan sebagainya. Mereka ini dikenali sebagai
profesional IT. Kadangkala mereka juga dianggap sebagai orang penting di
sebalik komputer iaitu sebagai pembangun dan penyelenggara perisian
dan peralatan IT.

(b) Pengguna teknologi maklumat


Pengguna IT umumnya dikenali sebagai pengguna akhir. Pengguna akhir
terlibat dalam penggunaan IT tetapi mereka tidak memerlukan
pengetahuan teknikal IT. Sesungguhnya, mereka lebih mengetahui
penggunaan perisian yang tertentu atau perkakasan yang khusus.
Misalnya, doktor menggunakan komputer untuk mencapai maklumat
pesakit tetapi mereka tidak mengetahui bagaimana sistem itu
dibangunkan. Umumnya, pengguna akhir boleh dibahagikan kepada tiga
jenis ă pengguna novis, pengguna separuh-mahir dan pengguna mahir.
Aplikasi IT dicipta untuk penggunaan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  15

Kedua-dua profesional IT dan pengguna IT perlu berkomunikasi antara satu


sama lain untuk meningkatkan penggunaan IT, untuk mencipta idea baru dan
mencapai manfaat yang diingini.

SEMAK KENDIRI 1.2

Nyatakan enam jenis kerjaya dalam bidang teknologi maklumat.

1.6 TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA


Koridor Raya Multimedia adalah salah satu pembangunan IT terkini di Malaysia.
Ia agenda Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 dan merupakan strategi
utama untuk mencapai kelebihan persaingan dalam ekonomi berasaskan
pengetahuan. Sebagai pengguna IT, kita perlu melengkapkan diri untuk
mencapai faedah langsung daripada teknologi ini.

Di manakah kita dalam penggunaan IT? Sehingga kini, jumlah kilang atau
pengeluar yang menggunakan IT masih boleh dikira, apatah lagi yang
menggunakan sistem robotik. Industri yang memanfaatkan IT tidak
mengeksploitasikan sepenuhnya potensi teknologi ini. Hasil penilaian oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan National Productivity Corporation
(NPC) yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-7 menunjukkan
kebanyakan pengeluar memanfaatkan IT untuk pentadbiran, berbanding untuk
proses pengeluaran. Namun, terdapat tanda peningkatan penggunaan IT dalam
proses pengeluaran bagi industri kecil dan sederhana.

1.7 KORIDOR RAYA MULTIMEDIA MALAYSIA


(MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR – MSC
MALAYSIA)
Salah satu projek pembangunan IT peringkat nasional yang hangat
diperbincangkan adalah Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia).
MSC Malaysia pada permulaannya meliputi kawasan seluas 15km  50km,
merentasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di utara sehingga ke Lapangan
Terbang Kuala Lumpur ( Kuala Lumpur International Airport ă KLIA) di selatan.
Projek ini telah menukarkan kawasan ladang kelapa sawit kepada lembah
maklumat. Dua bandar pintar telah dibina dalam kawasan MSC iaitu Cyberjaya
dan Putrajaya. Cyberjaya menempatkan industri teknologi maklumat dan
multimedia, manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran baru bagi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kerajaan Persekutuan. Satu perbadanan turut ditubuhkan iaitu Perbadanan


Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation ă MDeC)
untuk menyelia pembangunan MSC Malaysia.

Projek ini terbukti berjaya kerana jumlah penyertaan syarikat terkenal IT


antarabangsa yang datang ke kawasan MSC melebihi jumlah sasaran asal yang
ditetapkan. MSC juga dirancang untuk meluaskan kawasan liputan ke seluruh
negara. Anda boleh layari laman web www.mdec.com.my untuk mengetahui
lebih lanjut berkenaan pembangunan Malaysia MSC Malaysia.

Rang Undang-undang Jaminan telah disediakan oleh kerajaan untuk menarik


syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan MSC di samping menyediakan
peruntukan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia kepada syarikat
berstatus MSC iaitu:
(a) Peruntukan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia;
(b) Kebenaran tanpa had untuk pekerja berpengetahuan tempatan atau luar
negara;
(c) Memastikan kebebasan pemilikan dengan memberikan syarikat berstatus
MSC Malaysia pengecualian daripada keperluan pemilikan tempatan;
(d) Memberikan kebebasan kepada syarikat berstatus MSC Malaysia untuk
memperoleh pembiayaan daripada pinjaman tempatan atau antarabangsa
untuk menyediakan infrastruktur MSC Malaysia;
(e) Peruntukan insentif kewangan yang menarik;
(f) Menjadi pemimpin serantau dalam Hak Harta Intelektual dan Undang-
undang Siber;
(g) Memastikan tiada penapisan Internet;
(h) Peruntukan tarif telekomunikasi yang kompetitif secara global;
(i) Mengeluarkan kontrak bertenderkan infrastruktur MSC Malaysia kepada
syarikat yang berhasrat menjadikan MSC Malaysia sebagai hub serantau;
dan
(j) Memperuntukkan agensi dengan kuasa untuk bertindak sebagai kedai
super jualan sehenti bagi memastikan MSC Malaysia boleh memenuhi
keperluan syarikat.

Perbadanan Pembangunan Multimedia juga bertindak sebagai pusat sehenti bagi


memenuhi 10 jaminan ini, terutamanya untuk mempercepatkan permohonan
visa, lesen dan permit. Infrastruktur telekomunikasi yang disediakan dalam MSC
Malaysia adalah dalam kadar kelajuan 2.5Gbps hingga 10Gbps. Selain itu, Panel
Penasihat Antarabangsa (International Advisory Panel ă IAP) untuk MSC juga
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  17

turut ditubuhkan. Panel ini terdiri daripada pakar ternama dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi seperti Bill Gates (ketua pegawai eksekutif
Microsoft), Scott McNealy (ketua pegawai eksekutif Sun Microsystems), Stan
Sheah (ketua pegawai eksekutif Acer) dan James Barkdale (ketua pegawai
eksekutif Netscape).

AKTIVITI 1.3

1. Tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia telah


dikenal pasti. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
pembangunan multimedia dan persekitaran multimedia. Empat
aplikasi pertama terletak di bawah pembangunan multimedia,
manakala tiga aplikasi terakhir terletak di bawah persekitaran
multimedia. Nyatakan tujuh aplikasi tersebut (untuk membantu
anda menjawab soalan ini, sila layari laman web berikut ă
www.mdec.com.my).

2. Pada masa kini, jabatan kerajaan dan sektor swasta telah


membangunkan laman web dan kios maklumat mereka sendiri.
Ini menunjukkan peningkatan dalam kesedaran tentang konsep
pengagihan maklumat menerusi Internet. Anda perlu
memberikan tujuh lagi contoh laman web atau kios maklumat
pelbagai jabatan kerajaan yang boleh dilayari melalui Internet
(untuk menjawab soalan ini, anda perlu melayari laman web ini di
Internet).

1.8 UNDANG-UNDANG SIBER


Antara jaminan yang disediakan untuk syarikat berstatus MSC Malaysia adalah
enakmen dan perlaksanaan enam Undang-undang Siber yang telah diluluskan
oleh Parlimen. Antara undang-undang tersebut adalah:

(a) Akta Tandatangan Digital 1997;


(b) Akta Hak Cipta (pindaan) 1997;
(c) Akta Jenayah Komputer 1997;
(d) Akta Teleperubatan 1997;
(e) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; dan
(f) Akta Komunikasi dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia 1998.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

AKTIVITI 1.4

Ada enam Undang-undang Siber yang telah diluluskan oleh Parlimen.


Secara berpasangan, layari laman web ă www.mdec.com.my dan
nyatakan kesemua enam Undang-undang Siber berserta dengan
penerangannya.

 Teknologi maklumat didefinisikan sebagai pelbagai jenis teknologi yang


diperlukan untuk menyokong sistem maklumat.

 Ada enam perbezaan antara era maklumat dengan era sebelumnya:


kemunculan masyarakat berasaskan maklumat, kejayaan perniagaan dan
pengurusan bergantung kepada IT, proses kerja ditransformasi untuk
meningkatkan produktiviti, IT menyediakan dasar untuk pengoptimuman,
kejayaan IT bergantung kepada keberkesanan penggunaannya, dan IT
diterapkan dan digunakan dalam pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.

 Lima komponen IT adalah data, perisian, perkakasan, manusia dan prosedur.

 Kita telah melihat sejarah komputer secara ringkas (lima generasi) dan lima
klasifikasi komputer iaitu komputer mikro, kerangka utama, minikomputer,
superkomputer dan stesen kerja.

 Kita telah belajar tentang lapan prinsip IT (boleh diharap, selamat, fleksibel,
menggalakkan inovasi, responsif, mudah dan telus, saling kendali yang
konsisten dan mampu milik).

 Ada enam fungsi IT (mengumpul, memproses, menjana, menyimpan,


mendapatkan semula dan menyampai) dan empat manfaat IT (kelajuan,
konsistensi, ketepatan dan keboleharapan) dalam kehidupan harian kita.

 Perkembangan terkini dan peluang di Malaysia yang dicipta oleh kemajuan


IT tidak boleh diabaikan.

 Kita perlu berkongsi pengalaman, tenaga kerja, kepakaran, kebijaksanaan ă


dan semua ini juga disebut sebagai "perkongsian pintar‰ ă untuk merebut
peluang yang ditawarkan oleh IT.

 Kita mungkin bukan negara pertama yang mencipta IT tetapi kita boleh
menggunakan IT sebagai platform untuk menjadikan Malaysia negara maju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT  19

Aplikasi perdana Pengetahuan (know-how)


Era maklumat Perbadanan Pembangunan
Multimedia (Multimedia Development
Komputer
Corporation ă MDeC)
Komputer peribadi (personal
Teknologi maklumat (information
computer ă PC)
technology, IT)
Komunikasi
Teknologi komunikasi dan maklumat
Koridor Raya Multimedia Malaysia (information communication
(Multimedia Super Corridor Malaysia technology, ICT)
ă MSC Malaysia)
Undang-undang Siber

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Unit
2 Pemprosesan
Pusat (CPU)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan makna Unit Pemprosesan Maklumat (Central
Processing Unit ă CPU) dan ingatan;
2. Mentakrifkan perwakilan data dan skema pengekodan; dan
3. Menerangkan pelbagai alatan dan perkakasan dalam Unit Sistem.

 PENGENALAN
Sistem komputer merupakan kombinasi perkakasan dan perisian. Perkakasan
adalah manifestasi fizikal komputer, manakala perisian terdiri daripada program
yang memberikan arahan kepada perkakasan.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan komponen paling penting bagi
perkakasan komputer iaitu Unit Pemprosesan Pusat (CPU). CPU atau pemproses
adalah pusat segala aktiviti yang bertanggungjawab untuk mengubah data
mentah kepada maklumat yang diperlukan dalam komputer. Kemudian kita
akan beralih ke perkakasan komputer yang kedua penting ă ingatan. Komponen
perkakasan ini bekerja rapat dengan CPU. Ketika CPU melaksanakan
pemprosesan yang kompleks, ingatan meminjamkan ruangnya untuk
menyimpan data, data pertengahan dan hasil untuk CPU. Selain data yang
sedang diproses, kod atur cara juga disimpan di dalam ingatan. Pemproses dan
ingatan saling bekerjasama ketika komputer dihidupkan. Pada hujung topik ini,
Unit Sistem dan Jam Sistem akan turut dipersembahkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  21

2.1 APAKAH UNIT PEMPROSESAN PUSAT?


CPU atau pemproses direka bentuk dan dibina dalam pelbagai bentuk. Ia adalah
koleksi litar elektrik yang rumit dan mengandungi ribuan atau jutaan transistor
yang diletakkan atau dipasang di atas litar bersepadu. Litar bersepadu ini juga
dikenali sebagai cip atau mikrocip kerana kesemua transistor direka atau
diletakkan di atas cip silikon yang sangat kecil.

Dalam komputer peribadi (personal computer ă PC), pemproses adalah cip


mikropemproses. Dalam sistem yang lebih besar, seperti kerangka utama dan
superkomputer, beberapa papan litar digunakan. CPU boleh hadir dalam
pelbagai bentuk dan diletakkan di atas papan induk. Tugas CPU adalah untuk
melaksanakan arahan perisian tersimpan, menukarkan data kepada maklumat.
Arahan ini dilaksanakan dalam bahasa mesin, sepertimana ditunjukkan dalam
Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Fungsi Unit Pemprosesan Pusat

Ada dua bahagian di dalam CPU: Unit Kawalan dan Unit Aritmetik Logik.
Sekarang, mari kita belajar tentang kedua-dua bahagian ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

2.1.1 Unit Kawalan


Unit Kawalan bagi pemproses boleh dibandingkan dengan „otak manusia‰. Ia
memaklumkan seluruh komputer tentang bagaimana untuk melaksanakan
arahan atur cara. Tiga tugas Unit Kawalan adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Fungsi Unit Kawalan

Dengan kata lain, Unit Kawalan menguruskan pengambilan arahan, menyahkod


arahan untuk mengetahui tujuannya, mengarah Unit Aritmetik Logik untuk
melaksanakan arahan dan kemudian mengarahkan penyimpanan hasil ke
ingatan (storan utama), daftar atau cache.

2.1.2 Unit Aritmetik Logik


Unit Aritmetik Logik (Arithmetic Logic Unit ă ALU) melaksanakan dua jenis
operasi iaitu operasi asas aritmetik dan operasi logikal, seperti dipaparkan dalam
Rajah 2.3:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  23

Rajah 2.3: Fungsi Unit Aritmetik Logik

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Nyatakan dua bahagian Unit Pemprosesan Pusat.

2. Terangkan fungsi Unit Kawalan.

3. Apakah dua jenis operasi yang dilaksanakan oleh Unit Aritmetik


Logik?

AKTIVITI 2.1
Bagi setiap komputer, Unit Pemprosesan Pusat umpama „otak‰
komputer. Mengapa CPU dibandingkan dengan otak? Terangkan.
Hantar jawapan anda ke dalam forum dan bandingkan dengan jawapan
rakan forum anda.

2.2 CIP MIKROPEMPROSES


Dalam komputer yang lebih besar seperti kerangka utama dan superkomputer,
pelbagai fungsi CPU dilaksanakan oleh cip di atas papan litar yang berbeza.
Walau bagaimanapun, untuk komputer mikro, CPU biasanya diletakkan di atas
satu cip sahaja yang diistilahkan sebagai mikropemproses. Di samping
mengandungi Unit Kawalan dan ALU, mikropemproses juga mengandungi
daftar dan Jam Sistem.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
24  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Kebanyakan mikropemproses baru telah diintegrasikan dengan teknologi


multimedia atau grafik tiga dimensi (3D). Mikropemproses khusus untuk
komputer riba (notebook) dan pelayan (server) juga dihasilkan dan dijual oleh
pengilang.

Dua jenis cip mikropemproses adalah:

(a) Cip Komputer Set Suruhan Kompleks (Complex Instruction Set Computing
 CISC)  Mikropemproses yang biasa digunakan adalah cip CISC.
Teknologi ini telah dipopularkan oleh Intel dan telah menjadi asas kepada
mikropemprosesnya. Rekaan cip ini telah digunakan secara meluas dan
banyak program telah ditulis khusus untuk cip jenis ini; dan

(b) Cip Komputer Set Suruhan Terkurang (Reduced Instruction Set Computing
 RISC)  Jenis cip komputer ini menggunakan kaedah RISC yang
melibatkan suruhan yang kurang. Rekaannya lebih mudah dan murah
berbanding cip CISC. Cip ini banyak digunakan oleh mikrokomputer yang
berkuasa tinggi. Rujuk Jadual 2.1 untuk mikropemproses yang paling
popular.

Jadual 2.1: Mikropemproses Popular

Mikropemproses Jenis CIP Penggunaan Biasa


Pentium Komputer Set Suruhan Kompleks Mikrokomputer
PowerPC Komputer Set Suruhan Terkurang Komputer Apple Macintosh
Alpha Komputer Set Suruhan Terkurang Superkomputer, stesen kerja
MIPS Komputer Set Suruhan Terkurang Stesen kerja, pemain video

SEMAK KENDIRI 2.2

Nyatakan dua jenis cip mikropemproses dan kegunaannya.

2.3 INGATAN
Ingatan adalah dipisahkan daripada CPU tetapi biasanya ia bersepadu
dengannya dan dicapai olehnya. Data dan arahan mesti hadir dalam ingatan
sebelum ianya dicapai oleh CPU. Ingatan menyimpan data dan arahan secara
sementara, selagi program yang digunakan terus beroperasi. Secara umumnya,
ruang storan bagi ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk berbeza untuk:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  25

(a) Menyimpan sistem pengoperasian dan program perisian sistem yang lain
yang bertindak sebagai antara muka antara perkakasan dan program
aplikasi, dan mengawal sumber komputer;
(b) Menyimpan program aplikasi seperti pemproses perkataan, hamparan
elektronik dan pangkalan data;
(c) Menyimpan data sementara iaitu data yang diterima daripada peranti
input atau storan sekunder untuk diproses atau dihantar kepada peranti
output atau storan sekunder selepas pemprosesan;
(d) Menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam ruang kerja
storan; dan
(e) Menyediakan ruang storan tambahan kepada program atau data jika
diperlukan. Jika komputer mempunyai ruang ingatan berlebihan untuk
ingatan, ruang berlebihan ini bukan untuk digunakan tetapi ianya boleh
atau sedia untuk digunakan. Penggunaan jumlah ingatan berubah semasa
pemprosesan.

Rajah 2.4 menggambarkan bagaimana ingatan berkomunikasi dengan


pemproses.

Rajah 2.4: Kaedah bagaimana ingatan berkomunikasi dengan pemproses

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Ada tiga jenis cip ingatan seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.5 iaitu Ingatan
Capaian Rawak (Random Access Memory ă RAM), Ingatan Baca Sahaja (Read
Only Memory  ROM) dan Semikonduktor Oksida Logam Pelengkap
(Complementary Metal Oxide Semiconductor  CMOS).

Rajah 2.5: Tiga jenis cip ingatan

SEMAK SENDIRI 2.3

Terdapat banyak jenis ingatan di dalam komputer. Apakah fungsi


utama ingatan?

2.3.1 Ingatan Capaian Rawak (RAM)


Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory ă RAM) menyimpan program
dan data yang sedang diproses oleh CPU. Ia adalah storan sementara kerana
apabila suis elektrik dipadamkan, semua yang tersimpan dalam RAM akan
hilang. Bagaimanapun, terdapat RAM jenis baru yang dapat menyimpan
program dan data secara kekal. Flash RAM atau cip ingatan Flash boleh
menyimpan data walaupun berlaku kegagalan kuasa elektrik. Jenis ingatan ini
lebih mahal berbanding ingatan RAM biasa dan kebanyakannya digunakan oleh
komputer mudah alih. Keupayaan atau kandungan RAM ini diukur dalam bait.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  27

Empat unit pengukuran yang biasa digunakan untuk menerangkan keupayaan


ingatan ditunjukkan dalam Jadual 2.2:

Jadual 2.2: Kapasiti Ingatan

Unit Kapasiti (bait)


Kilobait (KB) 1,024
Megabait (MB) 1,024,000
Gigabait (GB) 1,024,000,000
Terabait (TB) 1,024,000,000,000

Dua jenis cip RAM yang biasa digunakan adalah:

(a) Ingatan Capaian Rawak Dinamik (Dynamic Random Access Memory 


DRAM) ă Ingatan yang memegang data secara dinamik. Data tidak
disimpan secara berterusan. Sebaliknya, komputer mengemaskinikan data
ratusan kali setiap saat. DRAM biasanya digunakan dalam komputer
peribadi; dan

(b) Ingatan Capaian Rawak Statik (Static Random Access Memory  SRAM) 
Ingatan yang memegang data secara berterusan selagi ada elektrik, tanpa
proses pengemaskinian. Ia lebih pantas berbanding DRAM tetapi
rekaannya lebih kompleks.

AKTIVITI 2.2

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ingatan komputer, sila layari


http:// www.howstuffworks.com/computer-memory.htm

2.3.2 Ingatan Baca Sahaja (ROM)


Cip Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory ă ROM) mengandungi program
yang dimuatkan di kilang. Cip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh
pengguna. „Baca Sahaja‰ bermaksud CPU hanya boleh membaca atau mencapai
program yang ditulis di dalam cip ROM. Komputer tidak boleh menulis atau
mengekodkan atau mengubah data atau arahan di dalam ROM. Ada empat jenis
ROM yang biasa digunakan seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.3:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Jadual 2.3: Jenis Ingatan Baca Sahaja

Jenis ROM Fungsi


Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara Program yang hanya boleh membaca
(Programmable Read Only Memory  ingatan
PROM)
Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara Isi kandungannya boleh dipadamkan
Boleh Padam (Erasable Programmable menggunakan kaedah sinar ultra
Read Only Memory  EPROM) lembayung
Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara PROM yang boleh dipadamkan
Boleh Padam Elektronik (Electrically menggunakan elektrik dan kandungannya
Erasable Programmable Read Only boleh diubah atau diprogramkan secara
Memory  EEPROM) elektronik
Ingatan Kilat (Flash Memory) Juga dikenali sebagai Flash ROM ă
Ingatan Kilat boleh dipadam dan
diprogramkan secara elektronik

2.3.3 Semikonduktor Oksida Logam Pelengkap


(CMOS)
Cip Semikonduktor Oksida Logam Pelengkap (Complementary Metal Oxide
Semiconductor  CMOS) menyediakan fleksibiliti dan kebolehkembangan
kepada sistem komputer. Ianya mengandungi maklumat penting yang
diperlukan setiap kali komputer dihidupkan. Cip ini menyediakan maklumat
seperti jumlah saiz RAM, jenis papan kekunci, tetikus, monitor dan pemacu
cakera. Ianya menggunakan kuasa bateri dan kandungannya kekal tidak
berubah walaupun sokongan elektrik diputuskan. Kandungannya berubah
mengikut perubahan di dalam sistem komputer seperti penambahan perkakasan
baru dan RAM.

SEMAK KENDIRI 2.4


Apakah yang anda tahu tentang Ingatan Kilat (Flash Memory)?
Nyatakan perbezaan dan persamaan antara Ingatan Kilat dan Ingatan
Ingatan Baca Sahaja (ROM) atau Ingatan Capaian Rawak (RAM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  29

2.4 PERWAKILAN DATA


Komputer menganggap semua data, nombor, abjad dan simbol sebagai nombor.
Malah arahan komputer juga dalam bentuk numerikal (bahasa mesin). Sistem
penomboran digunakan oleh komputer adalah nombor perduaan (binary),
nombor perenambelasan (hexadecimal) dan nombor perlapanan (octal), seperti
dalam Jadual 2.4. Komputer menggunakan digit perduaan ă sifar (0) dan satu (1)
ă biasanya dikenali sebagai bit untuk mewakili data.

Jadual 2.4: Simbol Sistem Penomboran

Sistem Penomboran Bilangan Simbol Simbol yang Digunakan


Perduaan 2 0, 1
Perlapanan 8 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Perpuluhan (decimal) 10 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Perenambelasan 16 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F

Ada tiga skema pengekodan perduaan ă yang paling popular menggunakan


lapan bit untuk membentuk satu bait. Kod tersebut adalah ASCII, EBCDIC dan
Unikod, seperti diterangkan dalam Jadual 2.5.

Jadual 2.5: Skema Pengekodan

Kod Definisi
Kod Piawai Amerika bagi Saling Kod yang digunakan untuk mewakili teks di
Tukar Maklumat (American dalam komputer, peralatan komunikasi dan lain-
Standard Code for Information lain peralatan yang menggunakan teks
Interchange  ASCII)
Kod Saling Tukar Perpuluhan Pengekodan aksara 8-bit yang biasanya
Berkod Perduaan Diperluas digunakan oleh komputer IBM dan sistem
(Extended Binary Coded Decimal pengoperasian kerangka utama IBM
Interchange Code ă EBCDIC)
Unikod (unicode) Kod 16-bit dicipta untuk keperluan bahasa
antarabangsa seperti bahasa Cina dan Jepun

Apabila kekunci ditekan di atas papan kekunci, aksara berubah secara automatik
kepada siri denyutan elektronik yang boleh dicam oleh sistem. Misalnya, bila
kekunci A ditekan, ia akan menyebabkan isyarat elektronik ditransmisikan
kepada Unit Sistem Mikrokomputer. Unit Sistem ini akan mengubah isyarat
tersebut kepada kod ASCII iaitu 0100 0001. Sebelum perlaksanaan, semua arahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

dan data mestilah ditukarkan kepada bentuk perduaan. Misalnya, 3 + 5


memerlukan 24 bit bagi penggunaan skema pengekodan ASCII.

Adalah lebih baik jika kita boleh memahami konsep penukaran nombor antara
sistem perduaan, perlapanan dan perenambelasan seperti digambarkan dalam
Jadual 2.6:

Jadual 2.6: Contoh Perwakilan Nombor dalam Pelbagai Sistem Penomboran

Perpuluhan Perduaan Perlapanan Perenambelasan


1 0001 01 01
2 0010 01 01
5 0101 05 05
8 1000 10 08
10 1010 12 0A
11 1011 13 0B
15 1111 17 0F
16 0001000 20 10
20 00010100 24 14
160 10100000 240 A0

Sila rujuk kepada Jadual 2.7 untuk melihat bagaimana data diwakili dalam kod
ASCII dan EBCDIC.

Jadual 2.7: Skema Pengekodan Perduaan untuk ASCII dan EBCDIC

Simbol ASCII EBCDIC Simbol ASCII EBCDIC


A 0100 0001 1100 0001 ! 0010 0001 0101 1010
B 0100 0010 1100 „ 0010 0010 0111 1111
C 0100 0011 1100 # 0010 0011 0111 1011
D 0100 0100 1100 $ 0010 0100 0101 1011
E 0100 0101 1100 % 0010 0101 0110 1100
F 0100 0110 1100 & 0010 0110 0101 0000
G 0100 0111 1100 ( 0010 1000 0100 1101
H 0100 1000 1100 ) 0010 1001 0101 1101

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  31

I 0100 1001 1100 1001 * 0010 1010 0101 1100


J 0100 1010 1101  0010 1011 0100 1110
K 0100 1011 1101 0 0011 0000 1111 0000
L 0100 1100 1101 1 0011 0001 1111 0001
M 0100 1101 1101 2 0011 0010 1111 0010
N 0100 1110 1101 3 0011 0011 1111 0011
O 0100 1111 1101 4 0011 0100 1111 0100
P 0101 0000 1101 5 0011 0101 1111 0101
Q 0101 0001 1101 6 0011 0110 1111 0110
R 0101 0010 1101 7 0011 0111 1111 0111
S 0101 0011 1110 8 0011 1000 1111 1000
T 0101 0100 1110 9 0011 1001 1111 1001
U 0101 0101 1110
V 0101 0110 1110
W 0101 1011 1110
X 0101 1000 1110 0111
Y 0101 1001 1110
Z 0101 1010 1110

SEMAK SENDIRI 2.5

Kita tahu bahawa manusia berinteraksi menggunakan bahasa.


Bagaimana pula komputer berinteraksi? Terangkan.

2.5 UNIT SISTEM


Unit Sistem adalah unit perkakasan atau ruang di mana pemproses, cip ingatan,
port, bas, slot tambahan, papan (perkakasan di mana cip dan litar berkaitan
diletakkan) dan komponen elektrikal lain ditempatkan. Unit ini juga dipanggil
„Kabinet Sistem‰ untuk kerangka utama atau „Papan Sistem‰ untuk
mikrokomputer. Walaupun Unit Sistem juga terdiri daripada cakera keras,
cakera liut, CD-ROM dan lain-lain, kita tidak akan menyentuh peranti ini kerana
mereka terletak di luar CPU. Kita akan memfokuskan kepada subtopik berikut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
32  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

2.5.1 Bekalan Kuasa


Bekalan kuasa memainkan peranan mengubah tenaga elektrik daripada Arus Ulang
Alik (Alteranting Current ă AC) kepada Arus Terus (Direct Current ă DC). Biasanya,
ada kipas untuk menyejukkan transformer dan komponen lain. Jika kuasa elektrik
tidak seragam iaitu terdapat voltan tinggi dan rendah atau pusuan (surge) kuasa, ia
mungkin merosakkan papan induk, cakera keras dan lain-lain. Oleh itu, adalah lebih
baik peralatan istimewa digunakan seperti Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan
(Uninterrupted Power Supply ă UPS), pengatur voltan dan sebagainya.

2.5.2 Papan Induk


Papan induk (juga dikenali sebagai papan sistem, papan utama, papan logik dan
papan satah) adalah rangkaian komunikasi untuk keseluruhan sistem komputer.
Setiap komponen dalam Unit Sistem berhubungan terus ke papan induk. Fungsinya
sebagai bas data yang membolehkan pelbagai komponen berkomunikasi antara satu
sama lain. Peranti luaran seperti papan kekunci, tetikus dan monitor tidak boleh
berkomunikasi dengan unit sistem tanpa papan induk.

Papan induk adalah papan litar nipis yang dipenuhi oleh soket dan komponen
elektronik termasuk pelbagai jenis cip. Satu cip mengandungi papan litar yang
sangat kecil yang dibenamkan di atas kepingan silikon bersaiz setem. Cip ini juga
dikenali sebagai cip silikon, semikonduktor atau litar bersepadu. Cip ini dipakej dan
dimasukkan ke dalam soket bagi papan induk. Komponen elektronik ini dan cip
dimuatkan ke atas papan induk sebagaimana digambarkan dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Papan Induk dalam Unit Sistem

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  33

2.5.3 Cip Ingatan Baca Sahaja


Cip ROM mengandungi program yang dibangun atau dihasilkan di kilang iaitu
program yang diperlukan untuk komputer beroperasi atau memulakan operasi
komputer ă seperti pemeriksaan perkakasan, Sistem Input Output Asas (Basic
Input Output System ă BIOS) dan sebagainya. Cip BIOS biasanya digunakan,
yang sebahagiannya terdiri daripada perkakasan dan juga perisian.

BIOS menyediakan servis yang membolehkan perisian berkomunikasi dengan


peranti input dan output. BIOS ROM mengandungi arahan khusus. Bila
komputer dihidupkan, BIOS akan menjalankan Swaujian Hidup Bekalan Kuasa
(Power-On Self-Test ă POST) seperti ujian diagnostik untuk CPU dan ingatan.
Kemudian ia akan menguji komunikasi dengan perkakasan seperti papan
kekunci, pemacu cakera dan lain-lain. Akhir sekali, BIOS akan menghidupkan
sistem pengoperasian dan menghantar kawalan kepada sistem pengoperasian.

2.5.4 Slot dan Papan Tambahan


Kebanyakan komputer mempunyai seni bina terbuka, di mana kita boleh
membuka dan menambahkan peranti baru, dan kemudian mempertingkatkan
keupayaannya. Penambahan bermaksud menambah lebih ingatan, peranti atau
perisian. Ia boleh direalisasikan melalui slot tambahan dan papan tambahan.

Slot tambahan adalah soket di atas papan induk yang membolehkan kad
tambahan dimasukkan. Kad tambahan, papan tambahan, penyesuai atau kad
mudah sebenarnya adalah papan litar yang memberikan lebih ingatan atau
kawalan peranti input/output atau perisian.

Kad tambahan dimasukkan ke dalam slot yang terdapat di dalam Unit Sistem.
Port pada kad membolehkan pengkabelan dihubungkan daripada kad tambahan
kepada peranti yang berada di luar Unit Sistem. Kita akan melihat pelbagai
fungsi papan atau kad seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Jadual 2.8: Fungsi Papan atau Kad

Papan atau Kad Fungsi


Kad penyesuai Menghubungkan satu komputer dengan komputer yang lain. Ini
rangkaian merupakan rangkaian komunikasi yang mana pengguna dapat
berkongsi data, program dan perkakasan. Kad ini biasanya
menghubungkan Unit Sistem kepada kabel yang
menghubungkan peranti lain di dalam rangkaian. Kad penyesuai
rangkaian dimasukkan ke dalam slot di dalam Unit Sistem
Kad antara muka Kebanyakan komputer mempunyai slot tambahan yang terhad.
sistem komputer Kad SCSI menggunakan hanya satu slot tetapi ia boleh
kecil (small menghubungkan sehingga tujuh peranti kepada Unit Sistem. Kad
computer system ini digunakan untuk menghubungkan peranti seperti pencetak,
interface ă SCSI) peranti cakera keras dan CD-ROM ke Unit Sistem
Kad pelaras TV Papan TV yang mengandungi pelaras TV dan video yang boleh
mengubah isyarat TV kepada bentuk yang boleh dipaparkan ke
atas monitor
Kad PC (PC card) Disebabkan saiz dan had komputer mudah alih, papan tambahan
bersaiz kad kredit telah dihasilkan. Kad ini boleh dimasukkan
secara mudah dan diubah dari luar komputer mudah alih. Ia
dipanggil kad PC atau Komputer Peribadi Memori Kad
Persatuan Antarabangsa (Personal Computer Memory Card
International Association ă PCMCIA)
Ekspansi memori Ia berguna untuk meningkatkan ingatan dan menyatukan
(memory dengan komputer lain. Membolehkan penambahan cip RAM
expansion)
Kad penyesuai Membolehkan pelbagai paparan video berwarna untuk monitor
paparan yang digunakan
Kad kawalan Membolehkan CPU berfungsi dengan pelbagai peranti perisian
seperti kad kawalan cakera
Kad pemecut Meningkatkan kelajuan komputer
Kad pelagak Membolehkan komputer melagakkan peranti lain seperti
(emulator) terminal
Kad faks modem Menerima faks, data atau maklumat melalui talian telefon
Penyesuai grafik Membolehkan komputer menggunakan piawaian grafik yang
tertentu
Kad bunyi Menukarkan data kepada output bunyi
Kad suara Membolehkan output suara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  35

2.5.5 Port
Port adalah soket penghubung yang terletak di luar Unit Sistem. Port membolehkan
peranti perisian atau peranti input/output dipalamkan untuk sambungan kepada
komputer, supaya mereka boleh berkomunikasi dengan sistem komputer. Kabel
boleh digunakan untuk menyambungkan peranti input/output ke Unit Sistem
melalui port, sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Port

Ada pelbagai jenis port dan fungsinya seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.9.

Jadual 2.9: Pelbagai Jenis Port

Jenis Port Fungsi


Port selari Ia digunakan untuk menghubungkan peranti luaran yang
menghantar atau menerima data dalam jumlah yang besar pada
jarak yang pendek. Port ini biasanya menghantar secara serentak
data 8-bit melalui lapan wayar selari. Port selari digunakan
untuk menghubungkan pencetak ke Unit Sistem
Port bersiri Ia menghubungkan tetikus, papan kekunci, modem dan peranti
lain ke Unit Sistem. Port bersiri menghantar satu bit pada satu
masa dan sesuai untuk menghantar maklumat pada jarak jauh
Port grafik terpecut Port ini digunakan untuk berhubung ke monitor, dan boleh
(accelerated graphic menyokong grafik berkelajuan tinggi dan input video yang lain
port ă AGP)
Port bas bersiri Ia diramalkan untuk menggantikan port bersiri dan selari. Ia
semesta (universal pantas dan satu port USB boleh menghubungkan beberapa
serial bus ă USB) peranti ke Unit Sistem
Port wayar elektrik Port terbaru yang lebih pantas daripada port USB, dan
digunakan untuk menghubungkan pencetak berkelajuan tinggi
dan kamera video ke Unit Sistem

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

2.5.6 Kad Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan


Antarabangsa (PCMCIA) dan Slot
Ini adalah piawaian bas baru untuk komputer riba, komputer bimbit dan
komputer mudah alih. Kad PCMCIA telah digunakan secara meluas untuk
komputer meja. Ia membolehkan peranti bersaiz kad kredit seperti kad ingatan
(sehingga 100MB), modem dan cakera keras dipalamkan. Ada empat jenis slot
PCMCIA, ditunjukkan dalam Jadual 2.10.

Jadual 2.10: Slot Komputer Peribadi Memori Kad Persatuan Antarabangsa

Slot PCMCIA Fungsi


Jenis I  Kerap digunakan untuk kad ingatan (RAM, ingatan kilat,
EEPROM) terutamanya untuk komputer riba dan Personal
Digital Assistant (PDA)
 Ketebalannya sekitar 3.3mm
Jenis II  Input/output berkeupayaan penuh, digunakan untuk modem
atau faks dan penyesuai untuk LAN
 Ketebalannya sekitar 5mm
Jenis III  Kerap digunakan untuk peranti seperti cakera keras mudah
alih
 Ketebalannya sekitar 10.5mm
Jenis IV  Digunakan untuk pemacu cakera berjilid tinggi
 Kira-kira 18mm tebal

SEMAK SENDIRI 2.6

1. Apakah fungsi-fungsi kad penyesuai grafik? Berikan contoh.

2. Apakah papan induk? Terangkan kandungan papan induk yang


terdapat pada komputer peribadi anda.

2.6 JAM SISTEM


Jam Sistem ialah cip litar yang menjana denyut elektrik pada kadar tetap untuk
menyelaraskan atau mengawal masa aktiviti pemprosesan. Unit Kawalan sangat
bergantung kepada Jam Sistem untuk melaksanakan kerjanya. Jam Sistem
mengawal kelajuan operasi di dalam komputer. Kelajuannya diukur dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  37

megahertz (MHz). Satu megahertz bersamaan dengan satu juta kitaran sesaat.
Semakin laju jam tersebut, semakin pantas komputer memproses maklumat.

2.7 TALIAN BAS


Talian bas juga dikenali sebagai bas data atau secara mudahnya adalah „bas‰
yang menghubungkan komponen CPU dengan yang lain. Ia juga
menghubungkan CPU dengan pelbagai komponen lain di atas papan induk. Bas
adalah laluan data di mana bit bergerak. Laluan data ini sama seperti lebuh raya.
Semakin besar laluannya, semakin pantas pergerakan trafiknya. Begitu juga,
semakin besar kapasiti bas, semakin pantas perlaksanaan komputer. Rajah 2.8
menunjukkan talian bas pada CPU.

Rajah 2.8: Talian bas

Apabila cip mikropemproses berubah, talian bas juga turut berubah.


Kebanyakan peranti seperti papan tambahan akan berfungsi dengan hanya satu
jenis bas sahaja. Ada tiga jenis talian bas (lihat Jadual 2.11) seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Jadual 2.11: Tiga Jenis Talian Bas

Jenis Talian Bas Penerangan


Seni Bina Piawaian Bas ISA telah dibina untuk komputer peribadi IBM. Ia ada
Industri (Industrial kapasiti 8-bit dan 16-bit. Biarpun tidak berapa pantas untuk
Standard Architecture kebanyakan aplikasi komputer pada masa kini, bas ISA
ă ISA) masih digunakan dengan meluas
Antara Sambung PCI telah dibina pada asalnya untuk memenuhi keperluan
Komponen Persisian video hasil penggunaan Antara Muka Pengguna (General
(Peripheral User Interface ă GUI). Bas PCI mempunyai kapasiti 32-bit
Component dan 64-bit, di mana ianya 20 kali ganda lebih pantas daripada
Interconnect ă PCI) bas ISA. PCI digunakan untuk menghubungkan CPU,
ingatan dan papan tambahan
Port Grafik Terpecut AGP adalah bas terkini dengan kelajuan dua kali ganda
(Accelerated Graphics daripada bas PCI. AGP digunakan terutamanya untuk
Port ă AGP) mempercepatkan prestasi grafik. Ia kerap digunakan untuk
memecut prestasi grafik dan animasi 3D, dan juga
menggantikan bas PCI dalam pemindahan data video

SEMAK SENDIRI 2.7

Terangkan tiga jenis talian bas dari segi ciri dan kegunaannya.

AKTIVITI 2.3

Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana data bergerak di dalam


komputer. Persembahkannya dalam kelas tutorial anda.

 CPU dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Unit Kawalan dan Unit
Aritmetik Logik.
 Unit Kawalan pemproses boleh dibandingkan dengan „otak manusia‰. Ia
memaklumkan keseluruhan komputer bagaimana untuk melaksanakan
arahan program.
 Unit Aritmetik Logik melaksanakan dua jenis operasi iaitu operasi aritmetik
dan operasi logikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)  39

 Kedua-dua Unit Pemprosesan Pusat dan ingatan saling memerlukan antara


satu sama lain. Bagaimanapun, ingatan bukanlah sebahagian daripada CPU.
 Ingatan Capaian Rawak menyimpan program dan data yang sedang diproses
oleh CPU.
 Cip ROM mengandungi program yang dimuatkan di kilang. Cip ROM tidak
meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna.
 Unit Sistem adalah unit perkakasan atau ruang di mana pemproses, cip
ingatan, port, bas, slot tambahan, papan (perkakasan di mana cip dan litar
berkaitan ditempatkan), dan komponen elektrik lain ditempatkan.
 Jam Sistem ialah cip litar yang menjanakan denyut elektrik pada kadar tetap
untuk menyelaraskan atau mengawal masa aktiviti pemprosesan.
 Talian bas juga dikenali sebagai bas data atau mudahnya „bas‰ yang
menghubungkan komponen CPU antara satu sama lain.

Ingatan Baca Sahaja (Read Only Port


Memory  ROM)
Perisian
Ingatan Capaian Rawak (Random
Access Memory ă RAM) Perkakasan

Ingatan Capaian Rawak Dinamik Semikonduktor Oksida Logam


Pelengkap (Complementary Metal
(Dynamic Random Access Memory 
DRAM) Oxide Semiconductor  CMOS)

Ingatan Capaian Rawak Statik (Static Talian bas


Random Access Memory  SRAM) Unit Aritmetik Logik (Arithmetic Logic
Unit ă ALU)
Komputer Peribadi Memori Kad
Persatuan Antarabangsa (Personal Unit Kawalan
Computer Memory Card International
Association ă PCMCIA) Unit Pemprosesan Pusat (Central
Processing Unit ă CPU)
Papan induk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Input dan
3 Output
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pelbagai kaedah input dan peranti; dan
2. Menerangkan pelbagai kaedah output dan peranti.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelum ini, anda telah diperkenalkan kepada pemproses dan
ingatan, sebagai dua komponen terpenting bagi perkakasan komputer. Bagi
membolehkan pemproses memproses data dan membolehkan ingatan untuk
menyimpannya, data perlu dibawa ke dalam komputer. Selepas pemprosesan,
hasil maklumat tersebut perlu dibawa keluar daripada komputer. Dua tugasan
membawa masuk dan membawa keluar ini dilakukan oleh unit input/output
sistem komputer.

Dalam topik ini, anda akan mempelajari pelbagai kaedah input dan output.
Papan kekunci ialah peranti input yang paling popular digunakan. Di samping
papan kekunci, terdapat pelbagai jenis peranti input dan output yang terkini dan
berada di pasaran. Peranti tersebut juga akan dibincangkan di sini.

3.1 INPUT DAN OUTPUT


Input adalah seperti jambatan antara data dan pemprosesan yang membolehkan
data dibawa daripada pengguna ke komputer. Input mungkin diperlukan untuk
menjawab soalan dan kemudiannya diproses. Output pula seperti pautan antara
pemprosesan komputer dan pengguna. Output yang dihasilkan adalah
ditentukan oleh analisis keperluan pengguna. Peranti input dan output juga
dirujuk sebagai persisian (peripheral). Kita akan membincangkan bagaimana
peranti input dan output berfungsi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  41

AKTIVITI 3.1
Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana kita boleh berinteraksi
dengan komputer.

3.2 KAEDAH INPUT


Pelbagai jenis dokumen sumber memerlukan pelbagai kaedah input dan peranti
(rujuk Rajah 3.1). Kemasukan data secara langsung terdiri daripada data yang
boleh dibaca oleh mesin (komputer) dan dipindahkan sebagai input terus ke
dalam komputer. Kemasukan data secara tidak langsung memerlukan pelbagai
media dan pemprosesan sumber data sebelum pemprosesan komputer sebenar
berlaku. Secara amnya, terdapat tiga pendekatan untuk kemasukan data, seperti
ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Rajah 3.1: Peranti input

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

Jadual 3.1: Tiga Pendekatan Kemasukan Data

Pendekatan Deskripsi
Kemasukan data Setelah data dimasukkan, ia akan diubah kepada bentuk yang
secara luar talian sesuai dan akan disahkan. Data akan diperbetulkan jika
terdapat ralat. Semua data yang telah disahkan akan diproses.
Kaedah ini kurang digunakan sekarang dan ia juga dirujuk
sebagai kaedah kelompok
Kemasukan data Sama dengan kemasukan data luar talian, perbezaannya adalah
secara dalam talian data yang dimasukkan akan diperiksa secara langsung dan
diperbetulkan. Setelah semua data dimasukkan, pemprosesan
akan dilaksanakan terhadap data tersebut
Kemasukan data Bersamaan dengan kemasukan data dalam talian, kecuali data
secara interaktif diperiksa setiap kali ia dimasukkan dan pemprosesan ke atas
data dilakukan dengan segera. Tiada keperluan untuk
menunggu semua data dimasukkan terlebih dahulu

Peranti input mengambil data dan program yang boleh dibaca atau difahami oleh
manusia dan menukarkannya kepada bentuk yang boleh diproses oleh komputer.
Bentuk baru ini terdiri daripada isyarat elektronik „0‰ dan „1‰ yang boleh dibaca
oleh mesin sebagaimana diterangkan dalam bahagian perwakilan data.

Ada dua jenis peranti input:


(a) Kemasukan melalui papan kekunci ă Data dipindahkan sebagai input ke
dalam komputer melalui papan kekunci yang serupa dengan papan
kekunci mesin taip tetapi mengandungi beberapa kekunci tambahan.
Untuk kemasukan jenis ini, pengguna membaca dokumen asal, dipanggil
dokumen sumber. Kandungan dokumen ini akan dimasukkan melalui
papan kekunci; dan
(b) Kemasukan langsung ă Data tersedia dalam bentuk boleh dibaca oleh
mesin dan ia dimasukkan secara serentak ke dalam komputer, tanpa
menggunakan papan kekunci.

Contoh bagi peranti input yang menggunakan kedua-dua jenis kemasukan


(melalui papan kekunci dan kemasukan langsung) adalah terminal tempat jualan
(point-of-sale ă POS). Ia adalah sejenis daftar tunai elektronik yang digunakan
dengan meluas dalam bidang perniagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  43

SEMAK SENDIRI 3.1

1. Namakan sekurang-kurangnya lima peranti input.


2. Apakah perbezaan antara kemasukan data secara luar talian dan
kemasukan data secara interaktif?

3.2.1 Papan Kekunci


Peranti yang kerap digunakan adalah papan kekunci untuk memasukkan data,
dan terminal untuk memaparkan apa yang telah dimasukkan. Ada pelbagai
bentuk, gaya, saiz, aturan, sentuhan atau rasa dan bilangan kekunci.
(a) Bilangan kekunci ă Biasanya ada 101 kekunci tetapi ia bergantung kepada
jenis komputer terutamanya jenis mikrokomputer, sama ada komputer
meja atau komputer tangan (handheld). Komputer tangan menyediakan
bilangan kekunci yang kurang kerana saiznya yang kecil.
(b) Kumpulan atau jenis kekunci ă Ada tiga jenis kekunci seperti ditunjukkan
dalam Jadual 3.2

Jadual 3.2: Tiga Jenis Kekunci di Atas Papan Kekunci

Jenis Kekunci Deskripsi


Alphanumerik Terdiri daripada angka dan abjad, sama seperti mesin taip
Pergerakan Kursor adalah simbol pada skrin paparan yang menunjukkan ruang
kursor untuk data dimasukkan; juga dipanggil anak panah
Numerik Juga dipanggil pad kekunci angka; ia adalah kekunci berasingan
untuk nombor 0ă9 yang disusun seperti kalkulator. Kadangkala ada
dua objektif, bergantung kepada kekunci Num Lock (kunci nombor)
iaitu kursor atau pergerakan angka

(c) Fungsi ă Kekunci yang dilabelkan sebagai F dan biasanya F1ăF12 ada
fungsi yang ditentukan oleh perisian.
(d) Objektif istimewa ă Biasanya dipanggil kekunci tambahan, kekunci ini
mempunyai tugas khusus seperti Backspace (undur ruang), Delete (hapus),
Insert (sisip), Escape (keluar), Home (rerumah), Pause (jeda), Print Screen
(cetak skrin) dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(e) Susunan ă Susunan kekunci alphanumerik, kebiasaannya mengikut aturan


QWERTY kerana lima kekunci terawal pada baris teratas untuk huruf
alphanumerik adalah Q, W, E, R, T, dan Y. Susunan baru adalah aturan
DVORAK. Susunan kekunci baru ini dibuat mengikut penggunaan kekunci
iaitu kekunci yang sering digunakan akan ditempatkan pada lokasi yang
senang dicapai. Contohnya, huruf-huruf vokal A, E, I, O dan U biasanya
ditempatkan di kiri, manakala D, H, N, S dan T di kanan. Lima kekunci
berikutnya yang paling kerap digunakan akan ditempatkan pada baris
paling atas dan seterusnya.
(f) Sentuh atau rasa ă Kini, kelembutan menekan kekunci dan bunyinya yang
dihasilkan boleh dikawal oleh perisian.
(g) Gaya (dan saiz atau bentuk) ă Papan kekunci direka bentuk mengikut gaya
penciptanya, menjadi mesra pengguna dan lebih ergonomik. Ergonomik
adalah kajian bagaimana untuk menjadikannya lebih mesra pengguna,
kurang terdedah kepada bahaya atau mengurangkan ketidakselesaan
kepada pengguna.

Rajah 3.2: Papan kekunci


Sumber: http://www.omgchrome.com

(h) Fizikal lawan maya ă Pada masa kini, mudah alih merupakan perkara
penting bagi kebanyakan pengguna. Semua pengguna mahu bergerak
bebas. Dengan mengambil kira perkara ini, papan kekunci maya (rujuk
Rajah 3.3) telah dicipta dan dibangunkan. Papan kekunci maya berfungsi
dengan cara memancarkan imej papan kekunci ke atas permukaan (seperti
meja). Ketukan kekunci yang betul akan dicekup apabila pengguna
menekan kawasan yang dilitupi oleh imej kekunci.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  45

Rajah 3.3: Papan kekunci maya


Sumber: http://en.wikipedia.org

Papan kekunci ini mengandungi kekunci kawalan dan penimbal. Apa juga yang
ditaip akan disimpan ke dalam penimbal (yang boleh menyimpan lebih daripada
satu simbol) dan kemudiannya diimbas oleh pemproses komputer selepas
menerima isyarat sampukan daripada kekunci kawalan.

3.2.2 Terminal
Terminal adalah peranti input (dan output) yang menghubungkan anda kepada
kerangka utama atau sebarang jenis komputer, dipanggil komputer hos atau
pelayan. Ada tiga jenis terminal, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Jenis Terminal

Terminal Deskripsi
Terminal Digunakan untuk input dan menerima data tetapi tidak boleh memproses
dungu data itu sendiri. Mereka digunakan hanya untuk mencapai maklumat
daripada komputer dan kerap ditemui di syarikat penerbangan, pejabat
pos dan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Terminal Mereka ada unit pemprosesan, ingatan dan storan sekunder seperti
cerdas cakera magnetik. Asasnya, terminal cerdas adalah mikrokomputer
dengan perisian komunikasi dan modem atau sebarang sambungan
komunikasi. Ia menghubungkan terminal ke komputer lebih besar atau
Internet

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

Terminal Juga dikenali sebagai komputer rangkaian, mereka adalah alternatif yang
lebih murah berbanding terminal cerdas. Kebanyakan terminal rangkaian
tidak ada pemacu cakera keras, dan mesti bergantung kepada komputer
hos atau pelayan untuk perisian sistem dan aplikasi mereka

3.2.3 Peranti Penunjuk


Menggunakan penunjuk adalah aktiviti semula jadi manusia. Ada lima peranti
yang menggunakan kaedah ini, seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Lima peranti penunjuk

(a) Tetikus ă Gerakkan (guling) untuk mengarahkan penunjuk, kursor atau


ikon di atas skrin. Bila bebola di bawah tetikus berguling, koordinat (posisi)
menegak dan mengufuk kursor tetikus akan berubah. Dengan memeriksa
koordinat, komputer dapat menentukan posisi kursor dan memaparkan
kursor pada skrin. Ia dianggap sebagai peranti paling mesra pengguna
(rujuk Rajah 3.5).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  47

Rajah 3.5: Tetikus

Ada empat jenis tetikus seperti digambarkan dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Empat Jenis Tetikus

Jenis Tetikus Deskripsi


Tetikus bebola Ia menggunakan bebola untuk bergerak dan juga dikenali sebagai
tetikus mekanikal
Tetikus optik Ia menggunakan cahaya dan memerlukan pad tetikus yang dapat
bertindak balas dengan cahaya. Tetikus ini mengandungi bahagian
yang dipanggil pengesan foto. Fungsinya adalah seperti tetikus
bebola dan biasanya digunakan pada komputer berkuasa tinggi
seperti pelayan
Tetikus sensitif Ia mempunyai pad yang sensitif kepada sentuhan jari untuk
sentuhan mengerakkan ikon atau kursor
Tetikus tanpa Ia berkomunikasi dengan komputer dengan mengeluarkan isyarat
wayar inframerah atau isyarat radio berkeamatan rendah (rujuk Rajah 3.6)

Rajah 3.6: Tetikus tanpa wayar


Sumber: http://www.microsoft.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(b) Skrin sentuh ă Ia adalah skrin monitor yang dilapisi oleh lapisan plastik. Di
belakang lapisan, ada cahaya inframerah yang tidak kelihatan tetapi
bersimpang-siur. Susunan ini membolehkan pengguna memilih sama ada
tindakan atau arahan pada skrin menggunakan jejari. Skrin sentuh senang
digunakan, terutamanya bila seseorang memerlukan maklumat dengan
segera. Skrin ini biasanya digunakan di mesin teler automatik (automatic
teller machine ă ATM), kios maklumat, restoran dan stesen minyak.

(c) Pen cahaya ă Ia adalah pen atau peranti seakan pen yang sensitif pada
cahaya dan dihubungkan melalui kabel ke komputer. Lokasi (atau pilihan)
dikenal pasti dengan menekan butangnya setentang dengan posisi spesifik
pada skrin. Biasanya ia digunakan untuk melukis imej dan memilih menu.

(d) Papan digital ă Ia adalah peranti yang boleh digunakan untuk memplot
atau membuat salinan bagi lukisan atau gambar tertentu. Butiran yang
hendak disalin diletakkan di atas tablet digital. Kemudian, stilus khas yang
bersambung dengan komputer digunakan untuk memplot bahan tersebut.
Apabila stilus bergerak dari satu posisi ke posisi lain, komputer
merekodkan posisi tersebut daripada tablet digital. Apabila bahan telah
diplotkan, imej boleh dipaparkan di skrin, dicetak ke atas kertas atau
disimpan di dalam sistem komputer untuk kegunaan masa hadapan.
Pendigit (digitisers) biasanya digunakan oleh pereka bentuk, arkitek dan
jurutera.

(e) Sistem berasaskan pen ă Ia menggunakan pen untuk memasukkan tulisan


tangan atau tanda ke dalam komputer yang mengandungi perisian untuk
mengenal pasti dan mendigitkan tulisan tangan dan juga lukisan tangan.
Ada empat jenis sistem berasaskan tangan seperti digambarkan dalam
Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Empat Jenis Sistem Berasaskan Pen

Sistem Berasaskan Pen Deskripsi


Pengecaman pergerakan isyarat Sistem yang dapat mengecam pelbagai pembacaan
atau pemeriksaan elektronik tanda, huruf dan nombor bercetak
Tulisan tangan disimpan sebagai Tulisan tangan disimpan secara ringkas dan
lakaran atau ringkasan bukannya jenis teks bertulis
Tulisan tangan berubah kepada Sistem yang boleh dilatih untuk mengecam tulisan
jenis teks bertulis melalui latihan tangan dengan jelas dan baik
Tulisan tangan berubah kepada Sistem ini adalah yang paling sukar dan kompleks
jenis teks bertulis tanpa latihan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  49

SEMAK SENDIRI 3.2

1. Bagaimana komputer menerima data daripada tetikus?


2. Nyatakan dua jenis peranti penunjuk yang biasa digunakan.

AKTIVITI 3.2

Biasanya, data dimasukkan ke dalam komputer menggunakan papan


kekunci. Adakah anda tahu kaedah lain untuk memasukkan data?
Senarai dan terangkan bagaimana kaedah ini berfungsi.

3.2.4 Peranti Pengimbas


Peranti pengimbasan menterjemahkan imej, teks, lukisan, gambar dan butiran
yang sama ke dalam bentuk digital untuk kemasukan terus ke komputer. Imej
yang telah diproses boleh dipaparkan pada skrin, disimpan dalam peranti storan
dan dihantar ke komputer lain. Ada dua teknologi ă pengecam optik dan
pengecam magnetik, seperti digambarkan dalam Rajah 3.7.

Pengecaman Magnetik Pengecaman Optik

Rajah 3.7: Teknologi pengecaman


Sumber: http://bcdata.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(a) Pengecaman optik ă Peranti berteknologi ini juga dikenali sebagai pembaca
optik, menggunakan cahaya untuk mengimbas imej. Contoh peranti
pengecaman optik ini digambarkan dalam Rajah 3.8.

Rajah 3.8: Pengecaman optik

(i) Pembaca tanda optik (optical mark reader ă OMR) ă OMR digunakan
sebagai peranti yang membaca tanda pensil dalam peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR), dan boleh digunakan untuk menandakan soalan objektif bagi
Seksyen A, peperiksaan akhir OUM.

(ii) Mesin faks ă Mesin faks (rujuk Rajah 3.9) digunakan untuk
mengimbas imej dan menghantarnya secara elektronik melalui talian
telefon ke destinasinya (mesin faks). Ia ada dua jenis:
● Mesin faks khas atau hanya dikenali sebagai mesin faks; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  51

● Modem faks yang dipasang dalam komputer untuk membolehkan


dokumen elektronik dihantar terus kepada penerimanya (sama ada
mesin faks atau komputer). Ia lebih pantas tetapi tidak dapat
mengimbas dokumen bukan elektronik.

Rajah 3.9: Mesin faks

(iii) Pembaca kod bar - Ia digunakan untuk membaca input dalam bentuk
bar ă tanda berbentuk menegak seperti jalur kuda belang.

(iv) Pembaca aksara optik (optical character reader ă OCR) ă OCR


digunakan untuk membaca aksara pra-bercetak khusus (dalam font
khusus), sebagai contoh fon OCR-A (yang disempurnakan oleh
ANSI).
(v) Pembaca tulisan tangan optik ă Pembaca tulisan tangan optik
digunakan untuk membaca tulisan tangan tetapi keupayaannya tetap
terhad.
(vi) Sistem pengimejan ă Ia adalah peranti pengimbasan imej yang
menukarkan semua teks, lukisan, gambar dan lain-lain ke dalam
bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencipta industri
pengimejan dengan menggabungkan penggunaan pengimbas,
kamera dan lain-lain.

(b) Pengecaman magnetik ă Ia menggunakan kaedah magnetik untuk


mengimbas tulisan magnetik. Peranti teknologi yang digunakan adalah
Pembaca Aksara Dakwat Magnetik (Magnetic Ink Character Reader ă
MICR). MICR membaca nombor (dalam bentuk yang aneh) yang dicetak
menggunakan dakwat magnetik. MICR selalu digunakan dalam cek untuk
memudahkan pengisihan, sebagaimana dilakukan oleh Bank Pusat
Malaysia dan bank-bank lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(c) Peranti pengecaman suara ă Ia menukarkan suara atau ucapan manusia


kepada kod digital. Suara manusia dipindahkan melalui mikrofon yang
dihubungkan ke komputer. Apabila peranti input ini digabungkan dengan
kad suara dan perisian yang sesuai, sistem pengecaman suara dapat
dibentuk. Sistem ini membolehkan pengguna mengoperasi mikrokomputer
untuk membangunkan dokumen dengan memberikan arahan
menggunakan suara manusia. Ia ada potensi untuk digunakan sebagai
kaedah keselamatan.

(d) Kad pintar dan optik ă Kad pintar merujuk kepada kad pelbagai guna atau
MyKad, diedarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), juga kad kredit
dan kad debit diagihkan oleh pelbagai bank komersial seperti bank
Maybank dan CIMB. Penggunaan kad optik masih dihadkan walaupun
keupayaannya untuk menyimpan sehingga 2,000 muka surat berbanding
kad pintar (berupaya menyimpan maklumat sehingga 30 muka surat,
bergantung kepada keupayaan mikropemproses) dan kad magnetik
(berupaya menyimpan maklumat sehingga separuh muka surat).

3.2.5 Lain-lain Peranti Input


Ada peranti input lain yang dapat menerima input dalam bentuk audio, video,
gambar elektronik, deria dan biologi manusia. Kebanyakan alatan ini
membolehkan penggunaan multimedia dan banyak juga digunakan untuk
objektif keselamatan, seperti konsep biometri. Kita dapat melihat pelbagai
peranti input lain dalam Rajah 3.10.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  53

Rajah 3.10: Lain-lain peranti input

(a) Peranti input audio ă Ia digunakan untuk merekod atau memainkan muzik
analog ke dalam bentuk digital. Secara amnya, ia boleh menerima pelbagai
bentuk bunyi sebagai input, manakala peranti pengecaman bunyi hanya
boleh menerima satu jenis input audio iaitu input bunyi. Ada dua kaedah
pendigitan audio:
(i) Papan audio ă Papan ini menukarkan bunyi analog kepada bunyi
digital dan menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan; dan
(ii) Papan Antara Muka Digital Alatan Muzik (Musical Instrument
Digital Interface ă MIDI) ă Ia mengeluarkan muzik digital, biasanya
dengan menggunakan papan kekunci MIDI.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(b) Peranti input video ă Ia membolehkan gambar video ditukarkan ke dalam


bentuk digital melalui kad khusus. Ada dua jenis kad video:
(i) Cekupan bingkai ă Boleh mendigitkan satu bingkai pada satu masa;
dan
(ii) Pergerakan penuh ă Boleh menukarkan video pada kadar 30 bingkai
sesaat.

Masalah utama di sini adalah storan, bukan input. Kini, kamera video
digital mudah didapati di pasaran di mana outputnya adalah dalam bentuk
digital. Perakam video digital akan memudahkan persembahan
multimedia atau bentuk baru penyiaran di Internet, contohnya, televisyen
web.

(c) Kamera elektronik atau digital ă Peranti ini sama dengan kamera
tradisional kecuali imej direkodkan secara digital dalam kamera atau di
dalam ingatan kamera, bukan di atas filem. Anda boleh menangkap
gambar, melihat dan meletakkannya di laman web dalam hanya beberapa
minit (rujuk Rajah 3.11).

Rajah 3.11: Kamera digital


Sumber: http://www.whatdigitalcamera.com

(d) Pengesan ă Peranti input ini mengumpulkan data dalam bentuk khusus
Pengesan boleh digunakan untuk menjejak data seperti kelajuan, berat,
suhu, imej, bentuk, cahaya, pencemaran udara dan sebagainya. Pernahkah
anda menimbang berat badan anda menggunakan penimbang skala
berasaskan audio di pasar raya? Ia adalah contoh peranti pengesan yang
digunakan untuk mengukur berat dan juga ketinggian anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  55

SEMAK SENDIRI 3.3


1. Apakah jenis peranti input yang paling biasa digunakan?
Mengapa ada pelbagai jenis peranti input?

2. Nyatakan dua contoh pengecaman optik dan teknologi-teknologi


pengecaman magnetik.

3.3 KAWALAN INPUT


Perlu ada kawalan input untuk menjaga integriti data dan menghalangnya
daripada menjadi „sampah masuk sampah keluar‰ (garbage in garbage out -
GIGO). Kawalan input adalah koleksi manual dan kaedah kawalan komputer
yang telah direka bentuk untuk memastikan semua data input adalah
sebenarnya tepat bila dimasukkan ke komputer.

AKTIVITI 3.3

Bagaimana kita tahu data yang dimasukkan ke dalam komputer adalah


betul?

3.4 KAEDAH OUTPUT


Output boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk, seperti output skrin, kertas
bercetak, sinar katod, isyarat, suara, mikrofilem dan sebagainya. Secara
umumnya, ada dua jenis output (rujuk Rajah 3.12).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

Rajah 3.12: Dua jenis output

Di samping salinan lembut dan salinan keras, keputusan bagi output banyak
bergantung kepada beberapa faktor, seperti:
(a) Kekerapan output yang diperlukan ă Sama ada sentiasa, tetap, atas
permintaan atau tidak dapat dijangka;
(b) Melibatkan kos;
(c) Berapa banyak output dihasilkan;
(d) Berapa pantas maklumat diperlukan; dan
(e) Situasi pengguna.

AKTIVITI 3.4

Bagaimana kita dapat melihat hasil pemprosesan yang telah


dilakukan oleh komputer? Cuba kenal pasti bagaimana hasil tersebut
dapat dipaparkan dan bincangkannya dengan rakan sekelas anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  57

3.5 PERANTI OUTPUT


Data yang dimasukkan perlu diproses oleh komputer supaya ia dalam bentuk
boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke dalam
bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. Peranti output yang digunakan bersama
dengan mikrokomputer adalah monitor, pencetak, pemplot dan peranti output
suara. Kita dapat melihat contoh peranti output ini seperti digambarkan dalam
Rajah 3.13.

Rajah 3.13: Peranti Output

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

3.5.1 Pencetak
Imej yang dipaparkan di monitor kerap dirujuk sebagai salinan lembut.
Maklumat yang dihasilkan di kertas, sama ada daripada pencetak atau pemplot,
dipanggil salinan keras (rujuk Rajah 3.14).

Rajah 3.14: Pencetak

Tiga jenis pencetak popular yang sering digunakan bersama mikrokomputer


adalah seperti berikut:

(a) Pencetak semburan dakwat ă Menghantar keluar titisan dakwat pada


kelajuan tinggi ke atas permukaan kertas. Proses ini tidak hanya
menghasilkan imej bagi huruf berkualiti tinggi tetapi juga membenarkan
cetakan dalam pelbagai warna. Pencetak semburan dakwat adalah
pencetak yang boleh diharap, senyap dan murah.
(b) Pencetak laser ă Menggunakan pancaran alur laser ke atas dram dan
dipindahkan ke atas kertas menggunakan toner (seperti dalam mesin
fotokopi). Ada pencetak laser yang diklasifikasikan sebagai pencetak
Poskrip (PostScript). Poskrip adalah bahasa pencetak, juga dipanggil
Bahasa Perihalan Halaman (Page Description Language ă PDL) yang telah
diterima sebagai piawaian untuk pencetak laser.
(c) Pencetak terma ă Menggunakan elemen haba untuk menghasilkan imej di
atas kertas sensitif haba. Asalnya pencetak ini digunakan di makmal
saintifik untuk merekodkan data. Pencetak ini digunakan secara khusus
untuk menghasilkan output yang hampir sama dengan fotograf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  59

Ukuran kelajuan pencetak bergantung kepada jenis pencetak atau kaedah


percetakan iaitu sama ada berdasarkan aksara, baris atau halaman. Kelajuannya
adalah aksara sesaat, baris per minit atau halaman per minit. Kebanyakan model
pencetak adalah pencetak komputer meja yang sukar dialih (bergantung kepada
saiz). Penggunaan komputer riba membawa kepada penggunaan pencetak
mudah alih.

Antara kriteria dalam pemilihan pencetak adalah kualiti imej, kelajuan, tahap
hingar dan kos operasi seperti kos dakwat, alat ganti dan sebagainya.

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Apakah faktor yang mempengaruhi kelajuan pencetak?


2. Berikan dua jenis pencetak yang popular pada masa kini.

3.5.2 Monitor
Monitor digunakan untuk output, juga sebagai input. Ada dua jenis monitor ă
tiub sinar katod (rujuk Rajah 3.15) dan paparan panel rata (rujuk Rajah 3.16).

(a) Tiub sinar katod (cathode ray tube ă CRT) ă Ia adalah tiub vakum yang
digunakan sebagai skrin paparan untuk komputer atau terminal paparan
video. Teknologi ini adalah sama seperti yang digunakan di dalam
televisyen. CRT adalah peranti output yang biasa digunakan bersama
dengan komputer. Unit paling kecil pada skrin dipanggil piksel (unsur
gambar).

Rajah 3.15: Monitor tiub sinar katod

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(b) Paparan panel rata ă Ia lebih ringan, nipis dan kurang menggunakan kuasa
elektrik berbanding CRT. Panel ini dihasilkan daripada dua keping plastik
atau gelas yang mempunyai bahan aktif di dalamnya.

Rajah 3.16: Monitor paparan panel rata


Sumber: http://support.gateway.com

Kejelasan monitor ditentukan oleh resolusi yang diukur dalam piksel. Piksel
adalah dot atau „unsur gambar‰ yang membentuk imej pada monitor. Bagi saiz
monitor tertentu, semakin tinggi resolusi (lebih piksel), semakin jelas imej. Bagi
darjah kejelasan tertentu, monitor yang lebih besar memerlukan resolusi yang
lebih tinggi.

Piawaian
Beberapa piawaian telah dibangunkan untuk menentukan darjah resolusi
komputer. Empat piawaian yang biasa digunakan ditunjukkan dalam Jadual 3.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  61

Jadual 3.6: Empat Piawaian Resolusi Komputer

Piawaian Definisi
Super Tatasusunan Grafik Video Resolusi minimum 800  600 piksel
(Super Video Graphics Array ă
SVGA)
Penyesuai Grafik Diperluas Resolusi sehingga 1,024  768 piksel; kini
(Extended Graphics Array ă XGA) piawaian popular

Super Penyesuai Grafik Diperluas Resolusi 1,280  1,024 piksel


(Super Extended Graphics Array ă
SXGA)
Ultra Penyesuai Grafik Diperluas Ia adalah piawaian paling terkini dan tertinggi.
(Ultra Extended Graphics Array ă Penggunaannya terus meningkat, terutamanya
UXGA) untuk reka bentuk kejuruteraan paras tinggi dan
untuk seni halus grafik

3.5.3 Pemplot
Pemplot digunakan secara khusus untuk menghasilkan carta bar, peta, lukisan
arkitek dan ilustrasi tiga-dimensi. Pemplot boleh menghasilkan dokumen pelbagai
warna berkualiti tinggi dan juga dokumen yang lebih besar daripada apa yang
dihasilkan oleh pencetak lain. Ada empat jenis pemplot seperti yang berikut:

(a) Pemplot pen ă Ia mengerakkan pen atau pensil di atas draf kertas. Pemplot
ini sangat murah dan mudah diselenggarakan, tetap perlahan dan kurang
berupaya untuk menghasilkan imej yang banyak dan berbayang.
(b) Pemplot elektrostatik ă Ia menggunakan caj elektrostatik yang lebih pantas
daripada pemplot pen atau pemplot semburan dakwat. Pemplot elektrostatik
digunakan untuk aplikasi yang memerlukan jumlah output berkualiti tinggi
yang banyak, seperti dalam pengiklanan dan reka bentuk seni grafik.
(c) Pemplot semburan dakwat ă Ia menghasilkan garis seni dan output
pelbagai warna dengan mengeluarkan titisan dakwat ke atas permukaan
kertas. Ciri-ciri terbaiknya adalah laju, tinggi kualiti outputnya dan
beroperasi secara senyap. Kelemahannya adalah kebarangkalian
semburannya tersumbat dan memerlukan lebih penyelenggaraan.
(d) Pemplot pengimejan terus atau pemplot terma ă Ia menghasilkan imej
dengan menggunakan kertas sensitif haba dan pin yang dipanaskan oleh
elektrik. Kosnya hampir sama dengan pemplot elektrostatik. Ia boleh
diharapkan dan sesuai untuk jumlah kerja yang banyak. Kelemahannya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

adalah ia memerlukan kertas yang mahal dan biasanya menghasilkan


output dengan dua warna sahaja. Ia sesuai untuk aplikasi pembuatan peta.

SEMAK KENDIRI 3.5

1. Apakah kegunaan pemplot? Huraikan.


2. Nyatakan perbezaan antara monitor „tiub sinar katod‰ dan
monitor „paparan panel rata‰.

AKTIVITI 3.5

Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara pencetak dan pemplot?

3.5.4 Peranti Output Suara


Ada dua jenis teknologi iaitu teknologi output suara (rujuk Rajah 3.17) yang
melibatkan pengekodan dan penjanaan pertuturan, dan teknologi output bunyi
(rujuk Rajah 3.18) yang melibatkan penjanaan modulasi frekuensi (frequency
modulation ă FM) dan akustik maya.

Rajah 3.17: Output suara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT  63

Rajah 3.18: Output bunyi

 Input adalah seperti jambatan antara data dan pemprosesan yang


membolehkan data dibawa dari pengguna ke komputer.

 Output adalah seperti pautan antara pemprosesan komputer dan pengguna.

 Kemasukan data langsung terdiri daripada data yang boleh dibaca oleh
mesin (komputer) dan dipindahkan sebagai input secara terus ke komputer.

 Kemasukan data secara tidak langsung memerlukan pelbagai media dan


pemprosesan sumber data sebelum pemprosesan komputer sebenar.

 Harus terdapat kawalan input untuk keselamatan integriti data dan


menghalangnya daripada menjadi sampah masuk sampah keluar.

 Output boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk, seperti output skrin, kertas
bercetak, isyarat, suara, mikrofilem dan sebagainya.

 Peranti output digunakan bersama dengan mikrokomputer adalah monitor,


pencetak, pemplot dan peranti output suara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

Akustik Peranti penunjuk


Kemasukan data Terminal
Monitor Terminal tempat jualan (point-of-sale
Papan kekunci  POS)

Pemplot Pencetak

Pengecaman magnetik Peranti pengimbas

Pengecaman optik Salinan keras

Peranti input Salinan lembut

Peranti output Sampah masuk sampah keluar


(garbage in garbage out  GIGO)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Storan
4 Sekunder

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan lima kelebihan storan sekunder;
2. Menerangkan dua jenis storan magnetik;
3. Mengenal empat jenis storan optik; dan
4. Mengenal pasti lain-lain jenis peranti storan.

 PENGENALAN
Setelah membincangkan input dan output dalam topik sebelum ini, sekarang kita
akan menyentuh pula komponen lain dalam komputer iaitu storan sekunder.
Anda akan diperkenalkan kepada pelbagai jenis storan sekunder di pasaran
bersama dengan perbandingannya.

4.1 STORAN ASAS


Storan di dalam komputer menyimpan data dan maklumat untuk dicapai pada
kemudian hari. Pengguna biasanya menyimpan gambar digital, video, audio dan
dokumen. Sebagai pelajar, keupayaan komputer untuk menyimpan bahan
pembelajaran, seperti nota digital dan tugasan adalah sangat penting. Selain
digunakan oleh pengguna, komputer juga turut memerlukan storan untuk
menyimpan perisian sistem dan aplikasi.

Storan primer menyimpan data untuk sementara tetapi storan sekunder adalah
sebaliknya. Storan sekunder adalah ruang atau bahan fizikal di mana komputer
menyimpan data, arahan dan maklumat. Peranti storan direka untuk
menyimpan data atau arahan secara kekal dan mencapainya kemudian. Storan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
66  TOPIK 4 STORAN SEKUNDER

ini tidak hilang kerana data disimpan dalam bentuk magnetik, optik atau
magnetik optik seperti digambarkan dalam Rajah 4.1. Ia juga adalah kaedah
penyimpanan data, maklumat dan arahan di luar komputer.

Rajah 4.1: Pelbagai jenis peranti storan sekunder


Sumber: http://digisupersonic.com

Dalam perkembangan teknologi terkini, storan primer sedang menuju ke arah


kapasiti lebih besar menggunakan litar mikro elektrik yang kecil, manakala
storan sekunder sedang menuju ke arah kapasiti lebih besar menggunakan
medium magnetik dan optik. Contoh storan sekunder adalah cakera keras,
pemacu keadaan pepejal (solid state drive), kad ingatan, pemacu bas bersiri
semesta (universal serial bus ă USB), cakera optik, kad pintar, kad jalur magnetik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 STORAN SEKUNDER  67

dan mikrofilem. Storan awan (cloud storage) merupakan pilihan peranti storan
yang terkini di mana media storan ini tidak kelihatan kepada pengguna.

Kapasiti simpanan medium storan merujuk kepada jumlah bilangan bait (aksara)
yang boleh disimpan. Rajah 4.2 menunjukkan kapasiti medium storan.

Rajah 4.2: Kapasiti storan

Kelajuan peranti storan ditentukan melalui masa capaian. Masa capaian


mengukur jumlah masa yang diperlukan untuk mencari data yang diperlukan
dalam media storan.

Lima kelebihan storan sekunder ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Lima Kelebihan Storan Sekunder

Ciri-ciri Kelebihan
Saiz  Boleh menampung jumlah data yang besar
 Data disimpan boleh mencecah gigabait (GB) atau
terabait (TB)
Kebolehpercayaan Ia boleh dianggap selamat
Keselesaan Data boleh dicapai dengan segera
Jimat Kos storan boleh dikurangkan
Jangka hayat  Ia adalah kekal dan boleh digunakan untuk
pengarkiban
 Beberapa storan mempunyai jangka hayat sehingga
100 tahun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 STORAN SEKUNDER

AKTIVITI 4.1

Mengapa kita perlukan storan di dalam komputer? Terangkan.

4.2 PERANTI STORAN MAGNETIK


Peranti storan magnetik merujuk kepada peralatan yang menggunakan kepala
magnetik untuk membaca dan menulis data. Ia mendapatkan dan menghantar
data dari medium yang boleh dimagnetkan. Medium ini mungkin pita plastik
yang disalut jirim logam yang sangat halus. Dua jenis peranti magnetik adalah
pita magnetik dan cakera keras.

4.2.1 Pita Magnetik


Pita magnetik adalah medium storan sekunder di mana datanya disimpan di
dalam gulungan pita. Secara khususnya, pita magnetik adalah pita plastik nipis
yang telah disaluti dengan bahan bermagnet. Data pada pita ini diwakili oleh
partikel magnet yang merupakan data digital dalam bentuk diskret „0‰ dan „1‰.
Pita mengandungi sejumlah trek dan saluran yang biasa digunakan untuk
menyimpan data. Biasanya ada tujuh hingga sembilan trek. Data pada pita akan
dihapuskan sebelum data baru ditulis ke atasnya. Jumlah trek pada pita
bergantung kepada jumlah kepala baca atau tulis yang terdapat pada unit
pemacu pita tersebut.

Oleh kerana pita adalah dalam bentuk gulungan, data akan disimpan secara
bersiri. Setiap jalur pita (tujuh hingga sembilan trek) akan mewakili satu aksara.
Untuk data yang disimpan secara bersiri, kaedah storan digunakan adalah
bengkang-bengkok di mana data disimpan satu demi satu sepanjang satu atau
dua trek pada satu masa. Data akan ditulis daripada permulaan hingga ke akhir
trek yang berkenaan dan ia akan berterusan ke atas bahagian yang masih belum
digunakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 STORAN SEKUNDER  69

Rajah 4.3: Pita Magnetik

Di samping itu, terdapat juga data yang disimpan secara selari. Untuk jenis
selari, data akan ditulis blok demi blok atau rekod demi rekod. Setiap blok data
akan diasingkan dengan ruang yang dipanggil sela antara blok. Untuk rekod
demi rekod, ruang tersebut dipanggil sela antara rekod. Ruang ini diperlukan
kerana pita tidak boleh berhenti dengan segera setelah pita digulung. Biasanya,
penggunaan pita hanyalah 35%70% bergantung kepada faktor halangan.

Pita magnetik diukur melalui banyaknya data yang boleh disimpan pada pita
magnetik dan juga kelajuan pita melepasi kepala baca atau tulis. Kombinasi
kedua-duanya menentukan kadar pemindahan atau bilangan aksara sesaat yang
boleh dihantar ke storan primer. Kepadatan pita diukur dengan aksara per inci,
atau bit per inci. Kepadatan data berbeza-beza daripada 800bpi ke 7,000bpi.
Panjang pita biasanya 600m, 366m atau 731m.

Oleh itu, pita sepanjang 366m dengan 6,250bpi boleh menyimpan sehingga
180MB data. Saiz data boleh disimpan biasanya antara 40MB hingga 5GB.
Pemacu yang boleh meningkatkan pemuatan maksimumnya adalah pita audio
digital (digital audio tape ă DAT). Pemacu pita audio digital terdiri daripada dua
kepala baca dan dua kepala tulis yang baca atau tulis satu jenis kutub magnet
sahaja. Data pada pita akan dicapai dan ditulis secara bersiri.

Ada dua jenis pita magnetik ă unit pita magnetik untuk komputer besar dan unit
katrij pita untuk komputer peribadi. Kini, kebanyakan pita digunakan untuk
storan selamat dan storan salinan kerana ia mudah alih dan murah. Saiz storan
untuk pita magnetik biasa adalah antara 20GBă40GB.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 STORAN SEKUNDER

Kekurangan pita magnetik adalah kadar yang perlahan bagi capaian data bersiri.
Kelebihannya adalah murah, mudah alih dan tahan lama.

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Berikan dua kelebihan storan sekunder.
2. Pelbagai jenis storan terdapat di pasaran. Nyatakan tiga jenis
storan magnetik yang biasa menjadi pilihan pengguna.

4.2.2 Cakera Keras


Cakera keras merupakan peranti storan yang mengandungi satu atau lebih
piring metalik yang berbentuk membulat, tebal, tidak boleh dilenturkan dan kuat
yang mengandungi jirim magnetik untuk menyimpan data, arahan dan
maklumat. Cakera disimpan di dalam bekas yang kedap udara dan dimaterikan.
Cakera keras yang dipasang di dalam unit sistem sebuah komputer dipanggil
cakera keras dalaman (rujuk Rajah 4.4). Ia tidak bersifat mudah alih seperti
cakera keras luaran.

Rajah 4.4: Cakera keras dalaman

Cakera keras dapat menyimpan dan mencapai data dengan lebih pantas dan
mempunyai kapasiti yang lebih besar. Cakera keras adalah peranti yang sangat
sensitif. Kepala baca atau tulisnya terapung di atas permukaan cakera pada jarak
0.000001inci. Walaupun jarak ini adalah sangat rapat, ia masih membenarkan
debu, atom asap, rambut manusia dan cap jari merosakkan kepala baca atau
tulis. Kerosakan ini boleh menyebabkan banyak data atau keseluruhan data pada
cakera keras dimusnahkan sama sekali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 STORAN SEKUNDER  71

Cakera keras luaran merupakan suatu cakera keras yang terpisah dan
disambungkan kepada port USB di unit sistem dengan menggunakan kabel atau
berkomunikasi secara tanpa wayar. Sementara itu, cakera keras mudah alih
adalah cakera keras yang dimasukkan dan dikeluarkan daripada pemacu.
Berbanding cakera keras dalaman, cakera keras luaran dan cakera keras mudah
alih (rujuk Rajah 4.5) adalah lebih baik dari segi:

(a) Kebolehan mengangkut bilangan fail yang besar;

(b) Kemudahan menyimpan saiz audio dan video yang besar;

(c) Menjamin keselamatan data; dan

(d) Menambah ruang storan kepada komputer riba atau komputer meja, tanpa
perlu membuka sistem unit.

Rajah 4.5: Cakera keras luaran dan mudah alih

AKTIVITI 4.2

Bagaimanakah rupa di dalam pemacu cakera keras? Layari pautan


berikut untuk melihat komponen pemacu cakera keras:

http://www.youtube.com/watch?v=kdmLvl1n82U

Bolehkah anda menerangkan secara ringkas komponen-komponen ini?

4.2.3 Storan Optik


Peranti storan optik menyediakan alternatif untuk menyimpan banyak data.
Peranti ini menggunakan prinsip cahaya berbanding prinsip magnetik dalam
menyimpan data. Pancaran sinar laser menentukan data ditulis atau dibaca.

Semasa penulisan data ke atas permukaan peranti optik, sinar laser berkuasa
tinggi digunakan untuk membentuk lubang mikroskopik (pit) di cakera. Setiap
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
72  TOPIK 4 STORAN SEKUNDER

pit mewakili data „0‰ sementara bahagian cakera tanpa pit mewakili data „1‰.
Semasa bacaan cakera optik, sinar laser berkuasa rendah diarahkan ke
permukaan cakera. Pantulan sinar laser bergantung kepada lubang di
permukaan. Jika terdapat lubang, pantulan sinar itu diserakkan dan tidak dapat
dikesan oleh pengesan cahaya. Ini menggambarkan keadaan „0‰. Jika tidak ada
lubang atau jika permukaan adalah rata, pantulan sinar tertumpu dan boleh
dikesan oleh pengesan cahaya. Ini menggambarkan keadaan „1‰.

Terdapat empat teknologi cakera optik yang digunakan oleh komputer, seperti
ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Empat Jenis Storan Optik

Storan Optik Deskripsi


Cakera Padat Ingatan Baca Ia bersamaan dengan cakera padat (CD) muzik di pasaran.
Sahaja (Compact Disc-Read Baca sahaja bermaksud ia tidak boleh ditulis atau
Only Memory ă CD-ROM) dipadamkan oleh pengguna. Pengguna hanya boleh
mencapai data yang telah ditulis oleh kepala baca atau
tulis. CD-ROM juga digunakan untuk penyebaran
pangkalan data, pakej perisian aplikasi dan rujukan yang
besar
Cakera Padat Boleh Rakam Ia juga dikenali sebagai tulis sekali, baca berkali-kali (write
(Compact Disc-Recordable once, read many  WORM). CD-R bermaksud cakera
ă CD-R) padat yang boleh digunakan untuk merekodkan data dan
maklumat. Kita hanya boleh menulis sekali sahaja ke atas
cakera. Ia sesuai digunakan untuk storan multimedia dan
pengarkiban. Pemacu khas diperlukan untuk merekodkan
data ke atas CD-R
Cakera Padat Boleh Tulis Ia juga dikenali sebagai cakera optik boleh padam seperti
Semula (Compact Disc- dalam Rajah 4.6. Cakera ini sama seperti CD-R kecuali
Rewriteable ă CD-RW) permukaannya diubahsuai bilamana data direkodkan.
Oleh kerana ia boleh diubah suai, CD-RW biasanya
digunakan untuk membangun dan menyunting
persembahan multimedia
Cakera Video Digital Cakera digital sepenuhnya dengan jenis storan hampir
(Digital Video Disk ă DVD) sama seperti CD-ROM. Ia mempunyai keupayaan
menyimpan 135 minit data video dalam bentuk digital. Ia
juga boleh digunakan sebagai storan untuk komputer.
Pemacu DVD boleh membaca CD-ROM tetapi pemacu
CD-ROM tidak boleh membaca DVD. Setiap DVD boleh
menyimpan sehingga 17GB data

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 STORAN SEKUNDER  73

Rajah 4.6: Cakera padat-boleh tulis semula

4.2.4 Storan Ingatan Kilat


Storan ingatan kilat adalah medium jenis keadaan pepejal yang diperbuat
sepenuhnya daripada komponen elektronik seperti litar bersepadu; tidak ada
bahagian yang bergerak. Storan ingatan kilat lebih lasak dan anti-gegaran
berbanding medium lain seperti cakera keras magnetik atau cakera optik kerana
tidak mengandungi bahagian yang bergerak.

Contoh storan ingatan kilat (rujuk Rajah 4.7) adalah pemacu keadaan pepejal,
kad ingatan dan pemacu kilat USB.

Rajah 4.7: Storan ingatan kilat

(a) Pemacu keadaan pepejal adalah peranti storan yang menggunakan ingatan
kilat untuk menyimpan data, arahan dan maklumat. Ia digunakan pada
semua jenis komputer dan peranti mudah alih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 STORAN SEKUNDER

Pemacu keadaan pepejal adalah lebih baik berbanding cakera keras


magnetik dari segi:

(i) Masa capaian adalah 80 kali lebih pantas berbanding cakera keras;

(ii) Kadar pertukaran data lebih pantas;

(iii) Menghasilkan kurang haba dan menggunakan kurang kuasa; dan

(iv) Tahan tiga ke lima tahun lebih lama berbanding jangka hayat cakera
keras

(b) Kad ingatan membenarkan pengguna membuat pemindahan kandungan


digital dari kamera, pemain audio atau video dan peranti lain dari
komputer dan sebaliknya dengan mudah. Kad ingatan adalah peranti
ingatan kilat mudah alih yang biasanya dimasukkan dan dikeluarkan dari
slot di komputer, peranti mudah alih atau pembaca atau penulis kad.

(c) Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang dipalamkan
kepada port USB yang terdapat pada komputer dan peranti mudah alih. Ia
adalah salah satu storan mudah alih yang popular pada masa kini kerana
faktor saiz dan berat. Ia kecil dan ringan, dan ada kapasiti storan antara
512MB sehingga 64GB.

4.2.5 Storan Awan


Storan awan merupakan perkhidmatan Internet yang menyediakan storan cakera
keras kepada pengguna komputer. Perkhidmatan yang disediakan oleh storan
awan adalah berbilang jenis.

Tidak seperti jenis storan yang lain, storan awan adalah lebih digemari kerana:
(a) Fail boleh dicapai dari peranti yang mempunyai capaian ke Internet;
(b) Mudah berkongsi fail dengan pengguna lain; dan
(c) Sandaran data boleh dibuat secara luar tapak.

Antara penyedia perkhidmatan storan awan adalah seperti yang ditunjukkan


dalam Rajah 4.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 STORAN SEKUNDER  75

Rajah 4.8: Penyedia perkhidmatan storan awan

4.2.6 Lain-lain Jenis Storan


Selain daripada jenis storan yang telah dibincangkan, ada pelbagai pilihan lain
yang boleh digunakan untuk menyimpan data, arahan dan maklumat untuk
kegunaan khusus. Ini termasuk kad jalur bermagnet, kad pintar, mikrofilem dan
mikrofis.

(a) Kad jalur magnetik (rujuk Rajah 4.9) adalah kad yang ada jalur yang
mengandungi maklumat mengenai anda dan kad. Maklumat yang
disimpan di dalam jalur biasanya mengandungi nama anda, nombor akaun
atau tarikh tamat kad. Pembaca kad jalur magnetik membaca maklumat
yang ada di atas jalur ini. Contoh kad jalur magnetik adalah kad keahlian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 STORAN SEKUNDER

.
Rajah 4.9: Kad Jalur Magnetik dan Kad Pintar

(b) Kad pintar (rujuk Rajah 4.9) yang sama saiznya dengan kad ATM atau kad
kredit, menyimpan data di dalam mikropemproses nipis yang terbenam di
dalam kad. Kad pintar mengandungi pemproses dan mempunyai
keupayaan input, proses, output dan storan. Apabila kad pintar
dimasukkan ke dalam pembaca kad khas, maklumat di dalam kad akan
dibaca dan jika perlu, akan dikemaskinikan. Contoh kad pintar adalah
MyKad.

(c) Mikrofilem dan mikrofis (rujuk Rajah 4.10) menyimpan imej mikroskopik
dokumen di atas gulungan atau helaian filem. Perakam mikrofilem
berkomputer adalah peranti yang merakam imej di dalam filem.
Mikrofilem dan mikrofis biasanya digunakan di perpustakaan untuk
menyimpan akhbar dan majalah keluaran lepas. Penggunaan mikrofilem
dan mikrofis telah mengurangkan penggunaan kertas. Ia murah dan
mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding dengan medium
storan lain.

Rajah 4.10: Mikrofilem dan mikrofis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 STORAN SEKUNDER  77

AKTIVITI 4.3
Adakah anda tahu mengenai sejarah storan komputer? Layari pautan
berikut:
http://www.zetta.net/history-of-computer-storage
Catatkan isi-isi penting. Bandingkan nota anda dengan rakan sekelas.

4.3 HIERARKI ORGANISASI DATA


Data disimpan dalam storan sekunder mengikut kaedah hierarki. Kita boleh juga
melihat kapasiti bagi pelbagai jenis storan seperti dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Perbandingan Jenis Storan

Kos atau Saiz


Jenis Storan Kos Per MB Jangka Hayat Saiz
Storan
Disket RM1 atau 1.44MB RM0.69/MB 35 tahun 1.44 B
Cakera Keras RM400 atau 8GB RM0.05/MB 35 tahun 320GBă500 GB
CD-R RM5 atau 650MB RM0.0076/MB 100 tahun 650MB
CD-RW RM30 atau 650MB RM0.046/MB 100 tahun 650MB
Pita Magnetik   510 tahun 10GBă30GB
DVD   100 tahun 17GB
RAM RM200 atau 64MB RM3.13/MB Meruap 64MBă1GB
Zip RM60 atau 250MB RM0.24/MB 510 tahun 250MBă750MB

Hierarki organisasi data dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

(a) Bit ă Ia diwakili oleh „0‰ dan „1‰ yang dioperasi oleh perkakasan.

(b) Aksara atau bait ă Satu bait dibentuk oleh lapan bit. Satu aksara dibentuk
oleh sekumpulan bit dan tidak semestinya dihasilkan oleh lapan bit; ia
bergantung kepada jenis sistem pengekodan seperti ASCII dan EBCDIC.
Contohnya, aksara A, B, D, U dan L.

(c) Medan ă Ia adalah unit data yang terhasil daripada satu atau lebih aksara.
Ini adalah peringkat logik terendah bagi unit data. Contoh medan adalah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 STORAN SEKUNDER

(i) Nama: Ia ditetapkan sebanyak 40 aksara, misalnya, MOHD AKIL;


dan
(ii) Nombor kad pengenalan (identity card ă IC): Ia ditetapkan sebanyak
lapan aksara (IC lama) dan 10 digit atau aksara (IC baru), misalnya,
740820-03-1233.

(d) Rekod ă Ia adalah koleksi beberapa medan yang berhubungan. Ia juga


boleh menerangkan sesetengah acara, misalnya, sejumlah medan
berhubungan bagi acara tertentu digabungkan bersama secara logik untuk
membentuk rekod. Contohnya, rekod peribadi pelajar dihasilkan daripada
beberapa medan maklumat peribadi pelajar seperti:
(i) Nombor pendaftaran: 7192.
(ii) Nama: Mohd Najmuddin bin Kamal.
(iii) Tempat: Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia.
(iv) Nombor IC: 780402-11-1438.
(v) Negeri atau tempat lahir: Johor.
(vi) Alamat semasa: Kolej Pertama, Open University Malaysia.

(e) Fail ă Ia adalah koleksi beberapa rekod berhubungan. Contoh bagi fail ialah
fail peribadi pelajar, mengandungi beberapa rekod peribadi pelajar.

4.4 PENINGKATAN PRESTASI


Tiga langkah untuk meningkatkan prestasi cakera keras adalah pemparaan
cakera (disc racking), tatasusunan lewah cakera tak bersandar (redundant arrays
of independent disks  RAID), dan pemampatan dan penyahmampatan fail.

(a) Pemparaan cakera


Ini boleh meningkatkan prestasi cakera keras dengan menjangkakan data
yang dikehendaki. Ia adalah kombinasi perkakasan dan perisian. Ketika
pemproses senyap, data yang selalu digunakan akan dibaca daripada
cakera keras ke dalam ingatan cache. Bila data diperlukan, ia akan dicapai
secara terus dari ingatan. Kadar pemindahan dari ingatan adalah lebih
pantas berbanding dengan cakera keras. Hasilnya adalah prestasi sistem
biasanya meningkat 30%.

(b) Tatasusunan lewah cakera tak bersandar (RAID)


Kaedah ini meningkatkan prestasi dengan mempunyai lebih banyak storan
luaran. Koleksi cakera keras yang murah disusun dengan menggunakan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 STORAN SEKUNDER  79

rangkaian dan perisian khas. Kumpulan cakera keras ini dianggap seperti
cakera keras yang besar. Walau bagaimanapun, ia berfungsi lebih baik
daripada cakera tunggal dengan kapasiti yang sama (lihat Rajah 4.11).

Rajah 4.11: RAID boleh membuat jilid cakera lebih dipercayai dan cepat

(c) Pemampatan atau penyahmampatan fail


Kaedah ini diperlukan untuk membuang ruangan berlebihan daripada fail
komputer yang telah berkurangan jumlah ruang storan yang ada. Situasi
ini penting kerana:
(i) Ia menjimatkan masa sambil menghantar fail menerusi rangkaian;
(ii) Ia mengurangkan saiz storan fail; dan
(iii) Ia adalah bertujuan untuk pengarkiban.

Fail data yang telah dimampatkan perlu dinyahmampatkan sebelum ia boleh


digunakan secara normal. Kaedah ini dipanggil „penyahmampatan data‰.

Biasanya data yang telah dimampatkan mempunyai akhiran khas seperti


.zip, .tgz, .Z, .gz, .lha, .arc, .zoo dan .rar. Teknik pemampatan dan
penyahmampatan dipanggil „kodek‰ (codec). Kadangkala, proses ini juga
dipanggil „zip‰ dan „nyahzip‰ (unzip).

Dua kaedah utama pemampatan data ditunjukkan dalam Jadual 4.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 STORAN SEKUNDER

Jadual 4.4: Dua Teknik Utama Pemampatan Data

Teknik Penerangan

Teknik Di mana pemampatan data dilakukan dengan memelihara semua


pemampatan tak data input. Dengan kata lain, semua data input akan digunakan
hilang (lossless) dalam proses pemampatan. Ini membolehkan data yang telah
dinyahmampatkan menjadi sama seperti data input.
Teknik ini hanya mempakejkan semula data untuk tujuan storan
atau transmisi. Contoh produk perisian yang menggunakan teknik
ini adalah Winzip, Stacker, Superstor dan DriveSpace. Imej grafik
dalam format saling tukar grafik (graphic interchange format ă .gif)
adalah dalam bentuk pemampatan tak hilang

Teknik Ini adalah teknik pemampatan yang membuang data secara kekal
pemampatan semasa proses pemampatan tetapi pengguna tidak terasa sebarang
hilang (lossy) kehilangan. Data yang hilang adalah tidak penting dan boleh
dihasilkan kembali dengan menggunakan fungsi khas. Misalnya,
membuang beberapa warna atau bunyi kecil yang tidak disedari
oleh pengguna.
Warna dan bunyi ini dibayangi oleh warna dan bunyi yang lebih
jelas. Data dalam format kumpulan pakar fotografi bergabung (joint
photographic experts group ă .jpeg), audio MPEG aras tiga (MPEG
level tiga audio ă .mp3), kumpulan pakar gambar bergerak (moving
picture experts group ă .mpeg) menggunakan format pemampatan
hilang

SEMAK KENDIRI 4.2


1. Hierarki organisasi data dibahagikan kepada lima peringkat.
Nyatakan peringkat-peringkat ini.
2. Namakan tiga jenis storan ingatan kilat.
3. Terangkan dua teknik pemampatan data.

Ć Storan sekunder adalah peranti storan yang telah direka bentuk untuk
menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal.
 Storan sekunder mempunyai lima kelebihan iaitu saiz, kebolehpercayaan,
keselesaan, jimat dan jangka hayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 STORAN SEKUNDER  81

 Ada dua jenis storan magnetik: pita magnetik dan cakera keras.
Ć Pita magnetik adalah media storan sekunder di mana datanya disimpan di
dalam gulungan pita.
Ć Cakera keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kuat. Cakera keras
ini boleh menyimpan dan mencapai data dengan pantas, dan ada kapasiti
yang lebih besar.
Ć Peranti storan optik menyediakan alternatif untuk keperluan storan data
yang banyak. Peranti ini menggunakan prinsip cahaya berbanding prinsip
magnetik untuk menyimpan data.
 Ada empat jenis storan optik iaitu CD-ROM, CD-R, CD-RW dan DVD.
Ć Tiga langkah untuk meningkatkan prestasi cakera keras adalah dengan
pemparaan cakera, tatasusunan lewah cakera tak dan pemampatan dan
penyahmampatan fail.

Bit Pemampatan atau penyahmampatan

Cakera keras Pemampatan hilang (lossy)

Cakera Padat Boleh Rakam Pemampatan tak hilang (lossless)


(Compact Disc-Recordable ă CD-R)
Pemparaan cakera (disc racking)
Cakera Padat Boleh Tulis Semula
Rekod
(Compact Disc-Rewriteable ă CD-
RW) Storan sekunder

Cakera Padat Ingatan Baca Sahaja Storan magnetik


(Compact Disc-Read Only Memory Storan optik
ă CD-ROM)
Tatasusunan lewah cakera tak bersandar
Cakera Video Digital (Digital Video (redundant arrays of independent disks ă
Disk ă DVD) RAID)
Medan Tulis sekali, baca berkali-kali (write once,
Fail read many ă WORM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perisian
Komputer
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan empat peranan perisian sistem;
2. Mengenal pasti empat kategori perisian sistem;
3. Membincangkan fungsi dan ciri-ciri sistem pengoperasian;
4. Menerangkan kekuatan dan kelemahan sistem pengoperasian;
5. Membincangkan empat kategori perisian aplikasi lanjutan; dan
6. Membincangkan empat jenis pangkalan data.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelum ini, anda telah dimaklumkan bahawa sistem komputer
terdiri daripada perkakasan dan perisian. Perkakasan ialah manifestasi fizikal
komputer, manakala perisian ialah program yang memberikan arahan kepada
perkakasan. Perisian komputer boleh dibahagikan kepada perisian sistem dan
perisian aplikasi. Kedua-dua perisian ini boleh dibahagikan selanjutnya kepada
beberapa kategori seperti digambarkan dalam Rajah 5.1. Kemudian, setiap
kategori ini akan diterangkan secara lebih lanjut dalam topik ini.

Rajah 5.1: Perisian komputer

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  83

5.1 PERISIAN
Bagi kebanyakan orang, bila mereka fikirkan tentang komputer, mereka biasanya
berfikir tentang perkakasan seperti papan kekunci, monitor, pemproses dan lain-
lain. Mereka tidak menyedari kehadiran dan kepentingan perisian. Perisian
komputer sebenarnya adalah set arahan terancang dan tindakan langkah demi
langkah yang diperlukan untuk menukarkan data kepada maklumat dan
membuatkan komputer berfungsi.

Secara amnya, perisian boleh dikategorikan kepada perisian sistem dan perisian
aplikasi. Perisian sistem juga jarang diperkatakan tetapi perbincangan tentang
perisian tersebut biasanya berkisar kepada subset perisian sistem, dikenali
sebagai sistem pengendalian (operating system ă OS). Sistem pengendalian
adalah perisian asas yang boleh ditemui dalam semua komputer.

Perisian sistem sebenarnya dibahagikan kepada sistem pengendalian, program


utiliti, pemacu peranti dan penterjemah bahasa. Sistem pengendalian ada
pelbagai fungsi dan ciri seperti multitugas (multitasking), multipengguna (multi-
user), multipemproses (multiprocessor) dan lain-lain. Ada banyak sistem
pengendalian di pasaran dan setiap perisian tersebut mempunyai kekuatan dan
kelemahannya. Windows adalah sistem pengendalian komputer peribadi yang
paling popular dan telah dibangunkan oleh Microsoft Corporation. UNIX pula
paling banyak digunakan di sistem pelayan. Linux ada pelbagai ciri UNIX dan
makin popular kerana ia adalah sistem pengendalian yang percuma dan boleh
dipercayai.

Perisian komputer dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.


Ada banyak jenis bahasa pengaturcaraan seperti bahasa imperatif, bahasa
berorientasikan objek, bahasa berasaskan logik dan bahasa berasaskan fungsi.
Setiap bahasa mempunyai kekuatan dalam menyelesaikan masalah tertentu. Ada
beberapa generasi bahasa pengaturcaraan, bermula daripada bahasa mesin
sehinggalah ke bahasa tabii. Pelbagai bahasa pengaturcaraan popular seperti C,
C++, Java dan lain-lain akan dibincangkan di sini bersama dengan contohnya.

Perisian aplikasi digunakan oleh kebanyakan orang untuk menyelesaikan


masalah spesifik seperti menyediakan dokumen, menjana laporan, membuat
persembahan, melaksanakan pengiraan dan lain-lain. Komputer memerlukan
arahan daripada manusia untuk melaksanakan tugas tertentu. Pada masa kini,
ada pelbagai jenis perisian aplikasi di pasaran. Perisian yang kerap digunakan
adalah pemprosesan kata (word processing), hamparan (spreadsheet), pangkalan
data dan perisian grafik. Rajah 5.2 menggambarkan hubungan antara perkakasan
komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.2: Hubungan antara perkakasan komputer, sistem pengendalian


dan perisian aplikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  85

5.2 PERISIAN SISTEM


Perisian terdiri daripada arahan yang dilaksanakan di dalam komputer. Perisian
sistem digunakan untuk memulakan komputer dan ia terletak di belakang
perisian aplikasi. Ia juga menyelaraskan komponen perkakasan dan perisian
aplikasi. Perisian sistem membolehkan pengguna untuk berinteraksi secara
langsung dengan komputer.

Perisian sistem beroperasi melalui kekompleksan perkakasan komputer. Antara


peranan utama perisian sistem adalah untuk memaklumkan komputer
bagaimana untuk menterjemahkan data dan arahan, bagaimana untuk
mengendalikan peranti komputer seperti pencetak dan pemacu cakera, dan
bagaimana untuk menggunakan perkakasan komputer. Perisian sistem
dibahagikan kepada empat kategori, seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Kategori perisian sistem

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Jadual 5.1 menerangkan peranan setiap kategori perisian sistem yang di


terangkan dalam Rajah 5.3 tadi.

Jadual 5.1: Empat Kategori Perisian Sistem dan Peranannya

Perisian Sistem Peranan


Sistem Program yang menjalankan mikrokomputer. Ia
pengendalian mengkoordinasikan sumber, menyediakan antara muka antara
pengguna dan komputer, dan menjalankan (runs) aplikasi

Program utiliti Ia melaksanakan tugas khas berkaitan dengan pengurusan sumber


komputer dan fail. Ini termasuk program yang membantu
pengguna untuk mengenal pasti masalah perkakasan, mencari fail
yang hilang dan membuat salinan data. Dengan kata lain, program
utiliti berfungsi sebagai pengimbas virus, pemformatan cakera
keras, perisian pemampatan dan perisian pembuat salinan

Pemacu peranti Pemacu peranti adalah program yang direka bentuk khusus untuk
membenarkan peranti input dan output berkomunikasi dengan
sistem komputer yang lain

Penterjemah bahasa Penterjemah bahasa menterjemahkan arahan atur cara yang telah
ditulis oleh pengaturcara ke dalam bahasa yang difahami dan
diproses oleh komputer. Penterjemah bahasa akan diterangkan
secara lebih lanjut dalam bahagian bahasa pengaturcaraan.
Penterjemah bahasa termasuklah pengkompil, penterjemah dan
penghimpun

SEMAK KENDIRI 5.1


Apakah kegunaan utama perisian sistem? Terangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  87

5.3 SISTEM PENGENDALIAN


Setiap sistem komputer, sama ada besar atau kecil, mempunyai sistem
pengendaliannya dan bagi setiap sistem pengendalian, mempunyai tiga fungsi
asas, seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Tiga fungsi asas sistem pengendalian

Sumber yang diuruskan oleh sistem pengendalian termasuklah tetikus, pencetak,


papan kekunci, peranti storan dan ingatan. Antara muka pengguna disediakan
oleh sistem pengendalian untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan
program aplikasi dan perkakasan. Sistem pengendalian memuat dan
melaksanakan aplikasi seperti pemprosesan kata.

Sistem pengendalian mengurus dan mengawal semua aktiviti pemprosesan


dalam komputer. Ia menentukan bagaimana ingatan capaian rawak (random
access memory  RAM) diperuntukkan kepada program, menentukan
kepentingan tugas yang diperlukan dan mengawal aliran maklumat ke
pemproses dan aliran keluar daripada pemproses. Sistem pengendalian adalah
program komputer yang kompleks dan sangat penting kepada komputer.
Misalnya, sistem pengendalian Windows 2000 dikatakan ada 30 juta baris kod
atur cara, dibina oleh lebih 5,000 pengaturcara dalam masa lebih tiga tahun
dengan kos menghampiri RM3.8 bilion. Sistem pengendalian Linux pula ada 2.5
juta baris kod atur cara, dibina oleh 150 pengaturcara.

Sistem pengendalian membolehkan komputer melaksanakan pelbagai jenis


tugas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Sistem pengendalian juga membolehkan komputer melaksanakan lebih daripada


satu tugas secara serentak. Ia membolehkan komputer mengenal pasti
pemproses (unit pemprosesan pusat), ingatan utama (ingatan capaian rawak),
papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dan lain-lain. Sistem
pengendalian juga menyediakan kemudahan untuk pengguna berkomunikasi
dengan komputer dan bertindak sebagai penggerak untuk menjalankan perisian
aplikasi.

Sistem pengendalian biasanya ada sebilangan atur cara asas. Atur cara penting di
dalam sistem pengendalian dipanggil penyelia. Atur cara ini juga dikenali
sebagai pengawas, eksekutif, kernel atau pemproses arahan. Misalnya, atur cara
penyelia dalam Windows 98 ialah win32.dll dan dalam Linux ialah vmlinux.

Sistem pengendalian biasanya disimpan dalam cakera keras. Bila komputer


dihidupkan, ia akan melaksanakan Swaujian Hidup Bekalan Kuasa (Power On
Self-Test  POST). Kemudian Sistem Input/Output Asas (Basic Input/Output
System  BIOS) di dalam ingatan baca sahaja (Read Only Memory ă ROM) akan
mencari sistem pengendalian untuk memulakan sistem. BIOS akan mencarinya
pada sektor „Rekod But Induk‰ (Master Boot Record ă MBR) cakera liut. Jika
tiada sistem pengendalian di dalam cakera liut, BIOS akan mencarinya di dalam
sektor rekod but induk cakera keras.

Sektor rekod but induk mengandungi maklumat sistem pengendalian komputer.


Setelah membaca data daripada rekod but induk dan menemui atur cara
penyelia, BIOS akan memuatkan atur cara penyelia ke dalam ingatan utama
(RAM). Kemudian, BIOS akan menghulurkan tugas pengurusan komputer
kepada atur cara penyelia. Sekarang, komputer berada di bawah kawalan sistem
pengendalian dan boleh menerima sebarang arahan daripada pengguna.

Sebahagian daripada sistem pengendalian akan kekal di dalam ingatan utama


selagi komputer dihidupkan. Bahagian ini akan selalu berada dalam ingatan dan
dikatakan menghuni (secara kekal) dan terhasil daripada atur cara penyelia. Atur
cara penyelia akan mengawal keseluruhan sistem pengendalian dan akan
memuatkan atur cara sistem pengendalian yang lain ke dalam ingatan utama
daripada cakera keras bila diperlukan. Atur cara sistem pengendalian yang
ditempatkan dalam cakera keras adalah bukan penghuni kekal.

Sistem pengendalian membentuk teras yang membolehkan komputer berfungsi.


Ia berkerja di sebalik tabir dan menjadi perantara bagi permintaan pengguna dan
atur cara. Ia mengurus dan memacu perkakasan komputer, dan membaca serta
menulis data daripada dan ke atas cakera keras. Apabila pengguna
menggunakan program aplikasi, aturcara penyelia akan memuatkan perisian
tersebut ke dalam ingatan utama sebelum program tersebut dilaksanakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  89

Apabila pengguna menggunakan komputer, ingatan utama ada atur cara


penyelia, perisian aplikasi untuk dijalankan dan data atau maklumat yang
sedang diproses. Oleh itu, saiz RAM yang lebih besar dalam sesetengah
komputer akan membolehkan ia berfungsi lebih pantas dan selesa. Jika
komputer tidak mempunyai cukup RAM untuk menjalankan perisian, maka
komputer akan menjalankannya secara perlahan atau tergantung (hang).

5.4 FUNGSI SISTEM PENGENDALIAN


Umumnya, fungsi sistem pengendalian adalah:

(a) Menyediakan antara muka untuk pengguna


Ada dua jenis antara muka ă antara muka baris perintah (command line
interface) dan antara muka pengguna grafik (graphical user interface).
Dengan menggunakan antara muka baris perintah, pengguna perlu menaip
arahan seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Contoh sistem pengendalian
yang menggunakan baris perintah ini ialah MS-DOS yang sangat popular
sekitar tahun 1980an.

Rajah 5.5: Antara muka baris perintah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Sebagai contoh, lihat baris perintah berikut:

C:\> copy c:\myfile a:\yourfile

Baris perintah ini mengarahkan komputer untuk menyalin fail daripada


cakera keras (C:) ke cakera liut (A:). Anda akan perlukan arahan yang jelas
bila menggunakan baris perintah. Baris perintah ini juga menunjukkan
bahawa anda perlu maklumkan kepada komputer di mana untuk mencari
fail MYFILE dan ke mana untuk meletakkan salinannya iaitu YOURFILE.
Jika anda terlupa maklumat penting atau menggunakan format yang salah,
mesej ralat akan dipaparkan pada skrin.

Umumnya, antara muka baris perintah ini lebih sesuai untuk pengguna
berkemahiran yang telah menggunakan komputer untuk tempoh yang
lama dan boleh mengingati arahan yang diperlukan. Sistem pengendalian
UNIX dan Linux juga menggunakan baris perintah. Antara muka ini juga
dikenali sebagai antara muka pengguna aksara (character user interface ă
CUI). Biasanya, sistem pengendalian berasaskan antara muka pengguna
aksara mempunyai satu lagi lapisan yang bertindak sebagai penterjemah
arahan kepada atur cara penyelia. Lapisan ini dikenali sebagai cangkerang
(shell). Contoh cangkerang bagi Linux adalah C Shell (csh) dan Born Again
Shell (bash).

Kini, jumlah komputer yang menggunakan antara muka baris perintah


semakin berkurangan. Ia masih digunakan dalam sistem kerangka utama
dan juga dalam sistem pelayan yang menggunakan pelantar UNIX. Trend
sistem pengendalian sedang bergerak ke arah persekitaran yang mesra
pengguna dan berorientasikan objek, dikenali sebagai antara muka
pengguna grafik (graphical user interface ă GUI). GUI bergantung kepada
perisian berasaskan grafik yang membolehkan teks diintegrasikan bersama
imej grafik.

Antara komponennya adalah ikon, kotak dialog dan menu. Contoh perisian
yang menggunakan GUI adalah Windows, Macintosh dan BeOS. Pengguna
GUI berinteraksi dengan sistem pengendalian dan pakej perisian lain
menggunakan peranti penunjuk seperti tetikus dan papan kekunci untuk
memasukkan arahan.

Kini, pengguna tidak perlu lagi menaip setiap baris arahan; pengguna
hanya perlu memilih daripada paparan skrin. Pengguna menggunakan
tetikus untuk memanipulasi ikon, kotak dialog dan menu. Dalam GUI, ikon
adalah imej grafik yang mewakili aktiviti pemprosesan. Sebagai contoh,
pengguna boleh memilih ikon „Recycle Bin‰ (tong kitaran semula) untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  91

memadamkan fail daripada storan. GUI pertama kalinya diperkenalkan


pada tahun 1983 dalam komputer Macintosh. GUI memudahkan banyak
perkara kepada pengguna di mana mereka tidak perlu lagi mengingati dan
memasukkan arahan (lihat Rajah 5.6).

Rajah 5.6: Antara muka pengguna grafik

(b) Menguruskan perkakasan


Ia termasuk komponen input (tetikus, papan kekunci, pengimbas),
komponen output (pencetak, skrin, audio, video), storan sekunder (cakera
keras) dan ingatan utama. Sistem pengendalian mengkoordinasi dan
menjalankan program, bergantung kepada perkakasan diperlukan.

(c) Menguruskan sistem fail cakera keras


Sistem pengendalian menguruskan pergerakan data dari komponen input
(papan kekunci) ke komponen output (monitor) dan dari storan sekunder
ke ingatan utama selain dari ingatan utama ke storan sekunder.

(d) Menguruskan pemprosesan atau larian perisian lain


Andaikan perlaksanaan satu program sebagai satu proses. Jika pengguna
menggunakan tiga program secara serentak ă (contohnya, menghasilkan
graf menggunakan CorelDraw, melayari Internet menggunakan Internet
Explorer dan mendengar muzik di Internet menggunakan RealAudio) ă
maka, ada tiga proses berbeza sedang dilaksanakan oleh komputer.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Sistem pengendalian bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tiga


proses tersebut dilaksanakan dengan baik dan tidak menyebabkan operasi
komputer tergantung. Keupayaan menggunakan tiga program secara
serentak ini dikenali sebagai „multitugas‰. Ciri-ciri yang paling penting
bagi sistem pengendalian dalam menguruskan multitugas ini adalah
keteguhan; jika satu program gagal, ia tidak akan menyebabkan komputer
atau proses lainnya tidak berjalan. Sistem pengendalian yang ada ciri-ciri
keteguhan ini adalah UNIX, Linux dan BeOS.

Fungsi utama lain bagi sistem pengendalian adalah:


(a) Menolong interaksi antara komputer dan pengguna;
(b) Menolong komunikasi antara komputer dan komponen;
(c) Mengurangkan masa perlaksanaan arahan;
(d) Mengoptimumkan penggunaan sumber sistem komputer;
(e) Mencapai semua fail dalam storan cakera;
(f) Memastikan keselamatan sistem komputer; dan
(g) Memeriksa semua aktiviti sistem dan memberikan amaran kepada
pengguna dalam semua perkara.

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Nyatakan kelebihan antara muka pengguna grafik berbanding


dengan antara muka baris perintah.
2. Nyatakan dua kaedah membuka fail menggunakan antara muka
pengguna grafik.
3. Terangkan tiga fungsi utama sistem pengoperasian.

5.5 CIRI-CIRI SISTEM PENGENDALIAN


Setiap sistem pengendalian mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Bahkan
keupayaan bagi setiap sistem juga berbeza. Antara ciri-ciri utama sistem
pengendalian adalah multitugas, multipengguna, multipemprosesan,
pemprosesan berkelompok dan ingatan maya seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  93

Rajah 5.7: Ciri-ciri sistem pengendalian

5.5.1 Multitugas

Multitugas adalah keupayaan sistem komputer untuk melaksanakan lebih


daripada satu tugas pada setiap masa (secara serentak).

Jika sistem pengendalian membenarkan satu tugas dilaksanakan pada satu masa,
sistem tersebut dikenali sebagai tugas tunggal (single tasking). Multitugas
membenarkan pengguna melaksanakan tugas baru tanpa perlu keluar daripada
tugas semasa yang sedang dilaksanakan dan bahkan boleh menggunakan hasil
daripada tugas kedua untuk tugas pertama. Misalnya, pengguna boleh
menghasilkan carta dalam perisian hamparan sambil menggunakan perisian
pemprosesan kata dan kemudian memasukkan carta tersebut ke dalam dokumen
yang sedang ditaip. Multitugas dibahagikan kepada dua jenis, seperti
ditunjukkan dalam Rajah 5.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.8: Dua jenis multitugas

Pengguna biasanya tidak nampak perbezaan yang ketara antara dua jenis
multitugas ini. Perbezaan ketara mungkin boleh dilihat dalam aplikasi masa
nyata. Multitugas preemptif lebih teguh dan stabil berbanding dengan
multitugas kooperatif.

5.5.2 Multipengguna

Jika sistem pengendalian berupaya menerima lebih daripada satu pengguna


untuk mencapai komputer pada satu masa, ia dikenali sebagai sistem
multipengguna.

Kadangkala, multitugas juga dirujuk sebagai „perkongsian masa‰ (time-sharing).


Biasanya, sistem pengendalian multipengguna membenarkan multitugas juga.
Setiap pengguna mendapat bahagian masa yang sama. Contoh sistem
pengendalian yang mempunyai keupayaan multipengguna adalah UNIX,
Windows 8 dan Linux.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  95

5.5.3 Multipemprosesan

Multipemprosesan merujuk kepada sistem pengoperasian yang berupaya


mengendalikan lebih daripada satu pemproses secara serentak.

Penggunaan lebih daripada satu pemproses sesuai untuk komputer saintifik


kerana komputer jenis ini melaksanakan banyak pengiraan dan pemprosesan.
Contohnya, komputer saintifik memerlukan sistem pengendalian yang dapat
mengurus lebih daripada satu pemproses. Contoh sistem pengendalian
multipemproses adalah UNIX (Solaris), Linux, BeOS dan Windows 8. Jadual 5.2
menggambarkan empat sistem pengendalian dan bilangan pemproses
maksimum masing-masing.

Jadual 5.2: Empat Sistem Pengendalian dan Bilangan Maksimum Pemproses

Sistem
Bilangan Maksimum Pemproses
pengendalian
BeOS 8

Solaris 64

Linux 16

IRIX 128

5.5.4 Pemprosesan Kelompok

Pemprosesan kelompok merujuk kepada mod pemprosesan sistem


pengendalian.

Semasa peringkat awal era komputer, pemprosesan data telah dilakukan


menggunakan mod kelompok. Ini bermaksud data dan program disediakan
mengikut mod kelompok untuk pemprosesan. Pengguna tidak dapat
memasukkan data semasa program dijalankan. Data dan program dikumpulkan
dan disediakan terlebih dahulu, dan kemudian dimasukkan satu per satu untuk
pemprosesan oleh komputer. Pemprosesan kelompok masih digunakan sehingga
sekarang dalam persekitaran sistem kerangka utama. Kini, jenis pemprosesan
interaktif bagi sistem pengendalian adalah sangat popular di mana pengguna
boleh memasukkan data ketika program sedang dilaksanakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

5.5.5 Ingatan Maya


Biasanya sistem pengendalian akan memuatkan perisian aplikasi ke dalam
ingatan utama (RAM) untuk melaksanakan perisian aplikasi tersebut. Jika saiz
RAM kecil atau jika saiz perisian besar, perisian tersebut mungkin tidak muat
dan tidak dapat dijalankan. Untuk mengatasi masalah ini, sistem pengendalian
akan menggunakan storan sekunder (cakera keras) sebagai sebahagian daripada
ingatan utama.

Dalam kaedah ini, sistem pengendalian memuatkan sebahagian daripada


perisian aplikasi ke dalam ingatan utama dan sebahagian lagi ke dalam ingatan
maya. Bila keadaan ini berlaku, pelarian komputer akan menjadi perlahan
kerana capaian kepada storan sekunder lebih perlahan berbanding ingatan
utama.

Misalnya, pengguna kerap mendapati komputer berjalan secara perlahan bila dua
atau tiga perisian dilarikan secara serentak. Ini kerana sistem pengendalian perlu
memindahkan data daripada ingatan utama (RAM) ke storan sekunder (cakera
keras) dan sebaliknya. Proses pemindahan data ini perlahan dan kerap melibatkan
bunyi bising yang menandakan komputer sedang mencapai cakera keras.

Proses pemindahan data daripada ingatan maya ke ingatan utama dan


daripada ingatan utama ke ingatan maya dipanggil „silih" (swap).

Ruang silih (halaman) pada cakera keras adalah saiz storan yang digunakan
sebagai ingatan maya, sebagaimana digambarkan dalam Rajah 5.9.

Rajah 5.9: Silih halaman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  97

5.6 JENIS SISTEM PENGENDALIAN


Kita telah pun mengenal pasti fungsi dan ciri-ciri sistem pengendalian di dalam
subtopik sebelum ini. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa tidak ada
satu pun sistem pengendalian yang sesuai digunakan untuk semua jenis
komputer. Seperti yang kita ketahui, pada masa kini, komputer wujud dalam
pelbagai bentuk daripada yang kecil seperti telefon bimbit sehinggalah pelayan
yang besar. Oleh itu, sistem pengendalian yang berlainan diperlukan untuk
memastikan kesemua jenis komputer ini beroperasi.

Umumnya, sistem pengendalian boleh dikategorikan kepada empat kategori


(lihat Jadual 5.3).

Jadual 5.3: Empat Kategori Sistem Pengendalian

Sistem pengendalian Deskripsi


Sistem pengendalian Ia juga dikenali sebagai sistem pengendalian komputer meja
peribadi (desktop) dan dipasangkan di dalam komputer tunggal
Sistem pengendalian Ia biasanya dirujuk sebagai sistem pengendalian rangkaian dan
pelayan direka untuk pelayan rangkaian dan membenarkan capaian
multipengguna kepada rangkaian dan juga sumber

Sistem pengendalian Ia direka untuk kegunaan peranti bergerak seperti telefon


bergerak bimbit, telefon pintar dan tablet
Sistem pengendalian Ia dipasangkan di dalam komputer seperti mesin daftar tunai,
terbenam kios dan kebanyakan peralatan elektronik pengguna

Sekarang, kita akan lihat lebih lanjut mengenai setiap kategori komputer pada
subtopik seterusnya.

5.6.1 Sistem Pengendalian Peribadi dan Pelayan


Ada pelbagai jenis sistem pengendalian peribadi dan pelayan pada masa kini.
Antara yang sering digunakan adalah seperti dalam Jadual 5.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Jadual 5.4: Sistem Pengendalian Peribadi dan Pelayan

Sistem pengendalian Deskripsi


Sistem Pengendalian Cakera Sistem pengendalian yang dominan sekitar tahun
(Disk Operating System ă 1980an dan awal tahun 1990an. Pada awalnya, DOS
DOS) hanya menyokong antara muka baris perintah dan
kemudian turut menyokong antara muka berasaskan
menu. Ada dua jenis DOS: PC-DOS yang direka untuk
komputer peribadi IBM dan MS-DOS untuk komputer
peribadi serasi IBM
Windows Windows dibangunkan oleh Microsoft dan pada jangka
masa yang lama, sistem pengendalian ini menguasai
hampir 90% bahagian pasaran. Ada pelbagai versi
sistem pengendalian Windows:
 Windows 1.0 hingga Windows 3.1.1 ă Ia bukannya
sistem pengendalian yang berfungsi sepenuhnya
tetapi hanya sekadar persekitaran pengoperasian
untuk cangkerang grafik DOS bagi memudahkan
penggunaan DOS;
 Windows 95 hingga Windows 98 ă Kedua-dua versi
menggabungkan antara muka grafik, mudah
diguna berbanding Windows 3.1 dan menyokong
multitugas, integrasi Internet, pelangganan
(customisations), nama fail yang panjang, pemacu
DVD, cakera keras yang besar dan pemacu USB;
 Windows NT (New Technology) ă Direka sebagai
versi Windows 32-bit yang menyokong stesen kerja
yang canggih dan komputer pelayan;
 Windows ME (Millennium Edition) ă
Diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada
Windows 98 dengan ciri baru: perkongsian
sambungan Internet dan rangkaian rumah;
keupayaan multimedia yang lebih baik,
perlindungan sistem, proses but yang cepat dan
lebih banyak aktiviti dan permainan berasaskan
Internet;
 Windows 2000 ă Ia diperkenalkan sebagai ganti
kepada Windows NT dan digabungkan dengan
keupayaan untuk peranti tanpa wayar dan lain-lain
perkakasan baru untuk kegunaan pelayan dan
stesen kerja yang canggih;
 Windows XP (eXPerience) ă Sebagai pengganti
kepada Windows 2000 dan Windows ME, ia
merupakan versi Windows yang paling diterima
pakai oleh pengguna dengan keupayaan untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  99

perkongsian dan penyuntingan foto, video dan


muzik, keupayaan rangkaian yang diperbaharui,
dan sokongan untuk input suara dan tulisan
tangan;
 Windows Vista ă Menggantikan Windows XP dan
menggabungkan konsep baru iaitu antara muka
Aero yang mempunyai paparan lut sinar seperti
kaca; warna yang bertenaga dan elemen dinamik
seperti butang palang tugas (taskbar) dengan Live
Thumbnails dan ciri-ciri Flip 3D yang
membolehkan tetingkap dibuka dalam mod 3D.
Walau bagaimanapun, sistem pengendalian ini
memerlukan perkakasan tahap tinggi
membuatkannya kurang diterima oleh pengguna
akhir;
 Windows 7 ă Ia diperkenalkan sebagai pengganti
Windows Vista, dengan keupayaan
dipertingkatkan dan keserasian dengan pelbagai
jenis komputer peribadi, terutamanya komputer
buku (netbook);
 Windows Server ă Sistem pengendalian ini direka
khas untuk kegunaan pelayan. Ia menggabungkan
Pelayan Maklumat Internet (Internet Information
Services ă IIS) sebagai pelayan tersedia (default)
untuk melaksanakan aplikasi berasaskan web dan
khidmat web, termasuklah teknologi virtualisasi,
alatan keselamatan dan pengurusan yang lebih
baik; dan
 Windows 8 ă Sistem pengendalian Windows yang
terkini untuk komputer peribadi, termasuk untuk
kegunaan di rumah dan syarikat perniagaan,
komputer riba, tablet dan komputer peribadi teater
rumah. Ia turut menawarkan perubahan besar dari
segi pengalaman pengguna menggunakan sistem
pengendalian, terutama tablet menerusi pengenalan
konsep reka bentuk Metro di dalam antara muka
penggunanya.
Mac OS Dibangunkan oleh Apple Corporation dan merupakan
sistem pengendalian hak milik komputer Apple yang
berasaskan UNIX. Sistem pengendalian ini menekankan
aplikasi baru „gaya hidup digital‰, seperti iLife suite,
aplikasi perniagaan dipertingkatkan menerusi iWork
dan hiburan di rumah bersepadu menerusi pusat media
FrontRow. Versi terkini sistem pengendalian Mac
adalah OS X Mountain Lion

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

UNIX Dibangunkan di makmal AT&T Bell pada lewat tahun


1960an untuk pelayan kelas pertengahan. Sebagai
sistem pengendalian yang menawarkan multitugas dan
multipengguna, semua jenis komputer daripada
komputer mikro sehinggalah kerangka utama boleh
menggunakannya. Walaupun begitu, UNIX sukar
untuk dipasang, diselenggara dan dipertingkatkan
berbanding sistem pengendalian lain yang biasa
digunakan. Oleh itu, ia adalah lebih mahal dan
memerlukan pengetahuan teknikal yang lebih tinggi.
Contoh sistem pengendalian UNIX adalah Hewlett-
Packard UNIX (HP-UX)
Linux Linus Torvalds membangunkan Linux pada tahun 1991
berdasarkan UNIX. Linux merupakan sistem
pengendalian sumber terbuka yang membenarkan
pengguna awam untuk mengubah dan memperbaiki
kod. Linux lebih digemari oleh individu dan organisasi
kerana kos yang rendah. Antara sistem pengendalian
Linux yang terkenal adalah Ubuntu, Fedora dan
Elementary

5.6.2 Sistem Pengendalian Bergerak dan Terbenam


Sistem pengendalian bergerak dan terbenam (mobile and embedded) berbeza
dengan sistem pengendalian peribadi dan pelayan dari segi ia direka khusus
untuk peranti bergerak bergantung kepada penggunaannya. Ini kerana sistem
pengendalian untuk sistem bergerak atau sistem terbenam perlu bersedia
dengan beberapa aspek seperti: keupayaan menerima input sentuhan, paparan
yang boleh berputar secara automatik apabila peranti berpusing daripada
orientasi menegak ke mendatar, antara muka yang digunakan dan aplikasi yang
boleh dilaksanakan menggunakan peranti tersebut.

Jadual 5.5 menjelaskan sembilan jenis sistem pengendalian popular untuk


kegunaan sistem komputer bergerak dan terbenam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  101

Jadual 5.5: Sembilan Jenis Sistem Pengendalian Bergerak dan Terbenam

Sistem Pengendalian Deskripsi


Windows Embedded Ia direka oleh Microsoft untuk peranti industri dan
konsumer, seperti bingkai gambar digital, mesin daftar
tunai, mesin teler automatik (automated teller machine ă
ATM) dan peranti sistem kedudukan sejagat (global
positioning system ă GPS)
Windows Mobile Juga dibangunkan oleh Microsoft, elemen Windows juga
digabungkan di dalamnya tetapi penekanan diberikan
kepada fungsi peranti bergerak. Ciri-ciri piawai termasuk
Internet Explorer Mobile sebagai pelayar web tersedia,
Windows Media Player sebagai pemain media tersedia
(untuk memainkan media digital) dan Microsoft Office
Mobile (versi mobil Microsoft Office) sebagai sut Office
tersedia
Windows Phone Ia adalah sebagai pengganti Windows Mobile yang
menggabungkan antara muka pengguna yang baru dan
menampilkan reka bentuk moden. Perisian digabungkan
dengan parti ketiga dan khidmat Microsoft. Versi terkini
adalah Windows Phone 8
Android Ia merupakan sistem pengendalian berasaskan Linux yang
dibangunkan oleh Google dan merupakan sistem
pengendalian platform terbuka. Ia menyokong multitugas
dan membenarkan aplikasi bergerak menggunakan
sepenuhnya ciri yang ditawarkan oleh peranti bergerak. Ia
boleh dipasang di dalam tablet dan juga telefon pintar. Versi
terkini Android adalah Android Jelly Bean 4.3.
iOS Ia merupakan sistem pengendalian yang dibangunkan oleh
Apple untuk peranti bergerak khas keluarannya seperti
iPod, iPhone dan iPad. Nama iOs diperoleh dari OS X dan
versi terkini adalah iOS 6
Sistem pengendalian Ia direka khas untuk peranti Blackberry. Seperti sistem
Blackberry pengendalian yang lain, ia juga menyokong multitugas,
komunikasi e-mel, pelayaran web, pengurusan muzik,
rakaman video dan peralatan kalendar
Sistem pengendalian Pada asalnya ia direka khas untuk peranti Palm. Pada tahun
Palm dan sistem 2009, sistem pengendalian Palm Web telah dilancarkan,
pengendalian Palm yang berasaskan Linux. Versi ini ditujukan untuk peranti
Web baru Palm dan tersedia dengan sinkronisasi kalendar,
termasuklah pelayaran web

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Symbian Ia digunakan dengan meluas di dalam telefon Nokia dan


menawarkan pelbagai fungsi: multijalur dan multitugas,
pelayaran web, e-mail, pengecaman tulisan tangan,
sinkronisasi dan lain-lain aplikasi bergerak. Pembangun
boleh menghasilkan antara muka mengikut kemahuan
pengguna melalui rangka kerja antara muka yang fleksibel
Embedded Linux Ia adalah alternatif kepada sistem pengendalian yang
digunakan untuk peranti bergerak yang lain, seperti GPS
dan pemain media digital bergerak. Ia juga turut boleh
didapati dalam pelbagai variasi dari syarikat berlainan

5.7 PERISIAN APLIKASI


Perisian aplikasi mengandungi program yang dibangunkan untuk memenuhi
keperluan pengguna tertentu. Perisian aplikasi dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu perisian aplikasi asas dan perisian aplikasi lanjutan. Perisian asas
terdiri daripada perisian yang digunakan untuk meningkatkan produktiviti
pengguna, manakala perisian lanjutan terdiri daripada perisian untuk objektif
yang lebih khusus dan memerlukan sedikit kepakaran untuk menjalankannya.
Melalui bantuan komputer, pelbagai operasi boleh dilaksanakan yang mana
dahulunya dilakukan oleh pengguna dengan kepakaran dan latihan. Perisian
aplikasi terdiri dari program yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan
spesifik pengguna.

Jika perisian sistem dianggap sebagai program „di sebalik tabir‰, perisian
aplikasi dianggap sebagai program untuk melaksanakan kerja bermanfaat seperti
menaip, mengira dan melukis. Perisian aplikasi asas juga dikenali sebagai
program aplikasi „bertujuan umum‰. Objektifnya adalah untuk meningkatkan
produktiviti pengguna dengan membantu mereka melaksanakan tugas biasa. Ia
boleh dirujuk sebagai pakej produktiviti, seperti pemprosesan perkataan,
hamparan, pengurusan pangkalan data, perisian kelompok, perisian kumpulan
(groupware), komunikasi dan kelengkapan komputer meja.

Perisian aplikasi boleh wujud dalam pelbagai jenis, bergantung kepada


keperluan individu, kumpulan atau organisasi. Jadual 5.6 menggambarkan tujuh
jenis perisian aplikasi:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  103

Jadual 5.6: Tujuh Perisian Aplikasi

Perisian Penerangan
Aplikasi
Perisian pakej Perisian yang dibangunkan dan dijual untuk mendapatkan
atau perisian keuntungan. Dihasilkan secara besar-besaran dan mempunyai hak
komersial cipta untuk pengguna yang pelbagai. Contohnya, termasuk Microsoft
Office, Adobe Photoshop dan Norton Antivirus
Perisian Perisian yang melakukan fungsi tertentu untuk sebarang perniagaan
langganan atau industri. Perisian jenis ini diperlukan apabila tidak wujud
(custom sebarang pakej perisian yang memenuhi keperluan tertentu. Oleh itu,
software) syarikat tersebut perlu mengupah pembangun perisian untuk
menghasilkan perisian khusus yang memenuhi keperluan perniagaan.
Contohnya, sistem e-perolehan (e-procurement) dan sistem e-
perekrutan (e-recruitment)
Perisian kongsi Perisian yang diagihkan dan boleh dicuba secara percuma. Walaupun
(shareware) tidak memerlukan pembayaran dalam masa percubaan, ia masih
tertakluk kepada hak cipta terpelihara. Untuk terus menggunakan
perisian ini, pengguna masih perlu membayar fi tertentu kepada
pembangun perisian. Contoh popular perisian kongsi adalah WinZip
dan WinRar
Perisian Perisian yang diagihkan secara percuma. Pengguna masih tidak
percuma mempunyai capaian kepada kod sumber untuk membuat sebarang
(freeware) perubahan kerana ia masih tertakluk kepada hak cipta terpelihara.
Contoh perisian adalah QuickTime Player dan Yahoo! Messenger
Perisian Perisian yang percuma dan boleh digunakan, disalin, diubah dan
domain awam diagihkan kepada pengguna lain tanpa ada sebarang sekatan.
Disebabkan ia adalah pemilikan awam, perisian ini tidak tertakluk
kepada sebarang hak cipta. Pine dan Lynx adalah contoh bagi perisian
domain awam
Aplikasi web Perisian yang di hos oleh pelayan dan membenarkan pengguna
mencapai dan berinteraksi dengan mana-mana komputer melalui
sambungan Internet
Perisian Perisian yang tidak mempunyai sekatan hak cipta. Oleh itu, ia boleh
sumber terbuka diguna, diubah dan diagih secara percuma. Ia juga boleh dimuat turun
dari Internet tanpa sebarang bayaran. Contohnya, Blender dan Moodle

Perisian aplikasi lanjutan terdiri daripada program bertujuan khusus dan


memerlukan sedikit kepakaran untuk mengoperasinya. Kategori perisian ini
adalah khusus dan boleh dikategorikan lebih lanjut seperti ditunjukkan dalam
Rajah 5.10.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.10: Empat kategori perisian aplikasi lanjutan

(a) Perisian perniagaan ă Membantu pengguna memastikan urusan


perniagaan seharian berjalan dengan lancar dan berkesan. Ia terdiri
daripada program seperti pemprosesan kata, hamparan, pangkalan data,
persembahan, pengurus maklumat peribadi, pakej perisian perniagaan,
pengurusan projek dan perakaunan. Contohnya, Microsoft Word,
Microsoft Excel, Oracle Database, Apple Keynote dan Oracle Primavera.

(b) Perisian grafik dan multimedia ă Menawarkan keupayaan untuk berurusan


dan bekerja dengan grafik yang rumit dan multimedia. Ia meliputi perisian
reka bentuk berbantukan komputer , penerbitan atas meja, suntingan imej,
suntingan foto, suntingan audio dan video, pengarangan multimedia, dan
pengarangan laman web. Contohnya, Autodesk AutoCAD, Adobe
Illustrator dan Adobe Dreamweaver.

(c) Perisian kediaman, peribadi dan pendidikan ă Perisian aplikasi jenis ini
menawarkan fungsi untuk kegunaan peribadi dan juga tujuan pendidikan.
Antaranya adalah kewangan peribadi, suntingan foto, rujukan, reka bentuk
rumah, pembelajaran-kendiri dan suntingan video. Contohnya, Microsoft
Windows Movie Maker, Broderbund Instant Architect dan Intuit Quicken.

(d) Perisian komunikasi ă Membenarkan pengguna berkongsi dan


berkomunikasi dengan efektif antara satu sama lain menerusi pelbagai
media. Ia turut menawarkan keupayaan seperti semakan laman web, e-mel,
pesanan segera, berbual, blog dan persidangan video atau audio.
Contohnya, Mozilla Firefox, Skype, Yahoo! Messenger, dan Microsoft
Outlook

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  105

SEMAK KENDIRI 5.3


Apakah perbezaan antara perisian aplikasi asas dan perisian aplikasi
lanjutan? Terangkan.

5.8 PERISIAN PEMPROSESAN KATA


Bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan menggunakan pemproses kata ini
untuk menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan,
surat, minit mesyuarat dan apa sahaja keperluan bertaip. Pengguna bagi
persekitaran dalam rumah menggunakannya untuk menaip tugasan, surat,
jurnal, tajuk tayangan filem dan banyak lagi.

Perisian pemprosesan kata membolehkan anda mencipta, mengedit,


menformat, menyimpan dan mencetak teks dan grafik dalam satu dokumen.
 
Oleh kerana anda dapat menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke
dalam cakera, anda boleh mencapainya pada sebarang masa untuk
mengubahsuainya, mencetak semula atau membuat apa sahaja yang dimahukan
dengannya. Bahagian mana yang tidak perlu diubah, tidak perlu ditaip semula;
keseluruhan dokumen yang telah diperiksa boleh dicetak semula sebagai
dokumen baru. Tugas yang kerap dilakukan oleh pengguna komputer adalah
untuk menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen. Perisian pemprosesan
kata ialah perisian paling banyak digunakan oleh pengguna komputer. Lima
aktiviti penting perisian pemprosesan kata adalah seperti digambarkan dalam
Rajah 5.11.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.11: Lima aktiviti perisian pemprosesan kata

Konsep pemprosesan kata dalam komputer peribadi adalah berasaskan konsep


Apa Yang Dilihat Itu Yang Dapat (What You See Is What You Get ă WYSIWYG)
dan disebut sebagai „wihzeewig‰. Apa yang dilihat di skrin adalah bagaimana
dokumen tertentu akan dihasilkan oleh pencetak ă fon, grafik dan lain-lain. Fon
merujuk kepada jenis, saiz dan bentuk aksara. Kebanyakan pemproses perkataan
mengandungi ciri-ciri tambahan untuk mempertingkatkan keupayaannya. Ciri-
ciri ini termasuklah penyemak ejaan, penyemak tatabahasa, tesaurus, makro,
isihan dan penggarisan bawah bagi sesuatu idea.

Aktiviti yang boleh dilakukan dalam pemprosesan kata adalah penyuntingan


dokumen, pencarian dan penggantian, percantuman e-mel, pembawah atau
pengepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana
kandungan dan import dan eksport dokumen. Anda boleh mencari sebarang
perkataan dengan cepat di dalam dokumen dengan menggunakan arahan carian
di dalam pemproses kata. Arahan ganti boleh menggantikan satu perkataan
dengan perkataan lain. Di samping itu, ejaan boleh disahkan dengan program
penyemak ejaan. Penyemak tatabahasa akan mengenal pasti penggunaan ayat
yang tidak tepat, tatabahasa yang salah atau ayat yang terlalu panjang. Perisian
pemprosesan kata terawal adalah Wordstar. Contoh perisian pemprosesan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  107

perkataan yang terkini dan digunakan dengan meluas adalah seperti


WordPerfect, Ami Pro dan Microsoft Word.

Dengan penambahan lebih banyak ciri-ciri ke dalam pakejnya, pemprosesan kata


telah merentasi sempadan ke arah penerbitan atas meja (desktop publishing).
Pakej penerbitan atas meja biasanya lebih baik berbanding dengan pakej
pemprosesan kata dalam memenuhi keperluan penerbitan peringkat tinggi,
terutamanya dalam pemilihan aksara dan penerbitan semula warna. Banyak
majalah dan akbar pada hari ini bergantung kepada perisian penerbitan atas
meja. Bidang perniagaan menggunakannya untuk menghasilkan surat khabar
yang kelihatan profesional, laporan dan risalah yang boleh memperbaiki
komunikasi dan memberikan gambaran terbaik kepada dunia di luar sana.

Bila dokumen disunting oleh pengguna, perisian pemprosesan kata akan


memuatkan salinan dokumen tersebut daripada storan sekunder (cakera keras)
ke dalam ingatan utama (RAM). Semua aktiviti penyuntingan akan dilakukan ke
atas salinan ini di dalam ingatan utama. Ini kerana capaian data daripada
ingatan utama lebih pantas berbanding dengan capaian data daripada storan
sekunder. Bila pengguna melengkapkan penyuntingan, mereka boleh
menyimpan semula dokumen tersebut ke dalam storan sekunder dengan
menggantikan salinan yang lama.

Dokumen yang dihasilkan dengan perisian pemprosesan kata komersial seperti


Word Perfect dan Microsoft Word adalah dalam format tertentu dan tidak dalam
bentuk teks atau Kod Piawaian Amerika Bagi Saling Tukaran Maklumat
(American Standard Code for Information Interchange ă ASCII). Misalnya,
Microsoft Word menggunakan formatnya sendiri untuk menyimpan dokumen.
Oleh itu, dokumen Microsoft Word tidak mudah alih kerana dokumen tersebut
tidak boleh dibaca pada platform selain Windows.

Format dokumen boleh alih (portable document format ă PDF) adalah format
dokumen yang mudah alih.

Perkara ini menimbulkan masalah dalam persekitaran bercampur di mana


sistem pengendalian seperti UNIX, OS/2, BeOS, Windows dan Linux digunakan
di tempat yang sama. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menghasilkan
bentuk dokumen yang mudah alih. Antara kaedahnya adalah dengan
menghasilkan dokumen dalam format PDF, postscript (ps) atau dalam bahasa
tandaan seperti Bahasa Penanda Umum Piawai (Standardised Markup Language
ă SGML), Bahasa Tandaan Boleh Diperluas (Extensible Markup Language ă
XML) atau TeX.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Pengguna boleh menggunakan format ini untuk menghasilkan dokumen mudah


alih antara sistem pengendalian yang berbeza. Semua bentuk dokumen seperti
hamparan, persembahan PowerPoint, pemprosesan kata dan grafik boleh
ditukarkan kepada format PDF menggunakan perisian Adobe Distiller.
Dokumen PDF yang dihasilkan mempunyai keupayaan hiperteks, boleh dicetak,
dipaparkan pada komputer tetapi tidak boleh disunting. Format PDF telah
diperkenalkan oleh syarikat Adobe. Kebanyakan artikel percuma di Internet
adalah dalam format postscript atau PDF.

Dokumen dengan format postscript atau PDF boleh dipaparkan dengan perisian
Ghostview yang boleh diperoleh secara percuma di
http://www.cs.wisc.edu/~gost. Adobe memberikan perisian paparan PDF
secara percuma, iaitu Adobe Acrobat di http://www.adobe.com. Pengguna juga
boleh menggunakan format postscript. Sebenarnya, postscript adalah bahasa
pemerihalan halaman (page description language) dan ia banyak digunakan
dalam pencetak laser untuk menghasilkan percetakan berkualiti tinggi.

Contoh dokumen dalam format postscript adalah seperti dalam Rajah 5.12.
Dokumen ini akan menghasilkan dokumen lain yang menyatakan „Selamat
datang ke OUM‰ jika dicetak oleh pencetak dengan keupayaan postscript.

Rajah 5.12: Contoh format postscript

Pengguna juga boleh menghasilkan dokumen dalam bahasa tandaan seperti


Bahasa Penanda Hiperteks (Hypertext Markup Language ă HTML), Bahasa
Penanda Umum Piawai (Standardised Markup Language) dan Bahasa Tandaan
Boleh Diperluas (Extensible Markup Language). Objektif utama menghasilkan
dokumen dalam bahasa tandaan ini adalah untuk mengasingkan maklumat
daripada format dokumen. Konsep ini adalah sama seperti konsep pengasingan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  109

program daripada data dalam pangkalan data. Melalui cara ini, format dokumen
boleh diubahsuai dengan mudah tanpa melibatkan maklumat yang telah ada
dalam dokumen.

Bahasa Penanda Umum Piawai adalah piawaian antarabangsa untuk


menghasilkan dokumen elektronik yang bebas platform dan bebas perkakasan.
Maksudnya, dokumen dalam Bahasa Penanda Umum Piawai boleh digunakan
dalam UNIX, Windows, Linux dan platform lain tanpa perlu diubah. Dokumen
dalam bentuk Bahasa Penanda Umum Piawai juga boleh diubah kepada pelbagai
jenis format seperti PDF, CD-ROM, postscript, pangkalan data, sistem maklumat,
hiperteks atau apa juga format yang diperlukan. Ia mula diperkenalkan pada
tahun 1960an. Bahasa Penanda Hiperteks ialah subset kepada SGML untuk
digunakan di Internet. Bahasa Tandaan Boleh Diperluas telah diperkenalkan
untuk mengatasi masalah kelemahan Bahasa Penanda Hiperteks; Bahasa
Tandaan Boleh Diperluas merupakan superset kepada Bahasa Penanda
Hiperteks dan subset kepada Bahasa Penanda Umum Piawai.

Pengguna juga boleh menggunakan perisian TeX untuk menghasilkan dokumen


mudah alih dari dokumen dalam bentuk bahasa tandaan TeX. Dokumen
berasaskan TeX boleh diproses untuk menghasilkan dokumen lain dalam bentuk
PDF, postscript dan device independent (DVI). TeX kebanyakannya digunakan
dalam penghasilan dokumen matematik dan saintifik.

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Apa yang anda faham tentang konsep WYSIWYG?


2. Senaraikan beberapa ciri tambahan pemproses perkataan yang
anda tahu.

5.9 PERISIAN HAMPARAN


Lembaran hamparan yang terdiri daripada baris dan lajur telah digunakan
sebagai alatan perniagaan untuk beberapa abad. Hamparan yang dibuat secara
manual ini sukar untuk disediakan dan bila berlaku perubahan, banyak
pengiraan terpaksa dilakukan semula. Perisian hamparan boleh melaksanakan
pengiraan semula secara automatik bila mana nombor berubah. Misalnya, fungsi
hamparan elektronik adalah untuk mengira jarak berdasarkan kelajuan dan masa
ă perubahan dalam kelajuan akan menyebabkan pusingan seterusnya bagi
pengiraan automatik untuk perubahan jarak. Keupayaan ini membolehkan ahli
perniagaan mencuba pelbagai set nombor yang berbeza dan memperoleh
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
110  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

keputusannya dengan segera. Keupayaan untuk bertanya „Bagaimana jika?‰ dan


kemudian melihat hasilnya di komputer sebelum menyatakan kesanggupan
membeli sumber yang membolehkan ahli perniagaan membuat keputusan lebih
baik dan pantas. Secara ringkasnya, perisian hamparan adalah perisian untuk
melakukan analisis, pengiraan, perancangan dan permodelan matematik di
komputer.

Bagaimana pula dengan perisian hamparan elektronik bagi pengguna di rumah?


Keupayaannya memasukkan satu set nombor dengan cara yang bermakna,
seperti set deposit dan kadar faedah untuk membeli rumah dan menawarkan
idea kewangan kepada pengguna yang tidak dapat melakukannya sendirian.
Pengguna di rumah boleh menggunakan hamparan elektronik ini untuk
melakukan pelbagai tugas daripada penyediaan bajet ke pertimbangan untuk
menerima atau tidak tawaran baru.

Ia boleh digunakan untuk membina model berasaskan matematik dan aktiviti


perniagaan yang lain. Kini, perisian ini telah menggantikan lembaran hamparan
kertas, kalkulator dan pensil.

Antara fungsi tradisional yang disokong oleh perisian hamparan adalah:


(a) Menyimpan data secara automatik;
(b) Menerima data mentah yang diringkaskan dan menghasilkan maklumat;
dan
(c) Melaksanakan analisis dan memperbaiki perancangan.

Kekuatan hamparan adalah keupayaannya mengira secara automatik, pantas


dan tepat. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk melaksanakan analisis
„bagaimana jika‰, analisis sensitif, keperluan perbelanjaan, peramalan
keuntungan, penciptaan grafik dan simulasi. Sebarang masalah melibatkan data
yang boleh dimasukkan ke dalam baris dan lajur adalah sesuai untuk hamparan
elektronik. Contoh bagi perisian jenis ini adalah Quattro Pro dan Lotus 1-2-3.

Hamparan dibahagikan kepada baris dan lajur. Setiap baris dinomborkan,


manakala setiap lajur diberikan nama. Persilangan antara setiap baris dan lajur
dipanggil sel. Setiap sel mengandungi alamat rujukan dan alamat kekal. Dalam
setiap sel, pengguna boleh menaip ke dalamnya nombor, teks atau formula
matematik. Secara asasnya, penyelesaian kepada masalah penggunaan
hamparan elektronik boleh dibahagikan kepada empat langkah:

(a) Peringkat pendefinisian masalah  Meliputi objektif hamparan elektronik,


jenis output diperlukan, jenis pemboleh ubah input, andaian dalam
pengiraan dan jenis formula digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  111

(b) Peringkat perancangan untuk persembahan  Meliputi bagaimana


menyusun label, data, formula dan arahan lain untuk mencapai
keberkesanan maksimum, kejelasan dan keanjalan.

(c) Peringkat kemasukan data  Melibatkan jenis arahan yang diperlukan


untuk input, sunting dan menyimpan nilai, label, formula dan fungsi
dalam persembahan yang diperlukan.

(d) Peringkat pengujian dan penggunaan  Peringkat ujian penentuan sama


ada hamparan elektronik menghasilkan keputusan yang tepat apabila data
dimasukkan.

Ciri-ciri lain yang terdapat dalam hamparan elektronik adalah makro (program
kecil yang boleh digunakan untuk mengulangi langkah-langkah khusus), fungsi
matematik, plot 3D, fungsi aktif dan integrasi dengan aplikasi lain. Rajah 5.13
menggambarkan hamparan elektronik Excel.

Rajah 5.13: Hamparan elektronik Excel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

SEMAK KENDIRI 5.5

Nyatakan kegunaan hamparan elektronik dalam perniagaan.

5.10 PERISIAN PANGKALAN DATA


Perisian ini boleh menyimpan, mengemaskinikan, memanipulasi, mencapai dan
melaporkan dalam pelbagai pandangan dan mencetak data dalam pelbagai
bentuk.

Bila data boleh didapati sebagai laporan, iaitu bentuk yang berguna kepada
pengguna, data telah menjadi maklumat.

Penganjur konsert, misalnya, boleh menyimpan dan mengubah data bagi tarikh
konsert berikutnya, nombor tempat duduk, harga tiket dan jualan. Bila semua ini
telah dilakukan, penganjur boleh menggunakan perisian untuk mencapai
maklumat, seperti jumlah tiket terjual dalam setiap julat harga atau peratusan
tiket telah terjual pada hari sebelum konsert dijalankan.

Perisian pangkalan data berguna untuk seseorang yang perlu mencapai sejumlah
besar pengguna. Misalnya, sukarelawan yang mencari penderma darah bagi
Bank Darah Nasional boleh menyimpan fail semua penderma dalam
kawasannya supaya dia dapat mencapai nama dan nombor telefon mereka
untuk menanyakan jenis darah yang telah didermakan, poskod atau tarikh
terakhir mereka mendermakan darah.

Perisian sistem pengurusan pangkalan data (database management system ă


DBMS) juga dikenali sebagai pengurus pangkalan data. DBMS adalah sistem
berasaskan komputer untuk mendefinisikan, memanipulasi, mengawal,
mengurus, menyelenggarakan dan menggunakan pangkalan data.

Pangkalan data boleh didefinisikan sebagai:


(a) Koleksi data atau maklumat dan hubungan antara mereka; atau
(b) Koleksi data dengan set entiti yang berhubungan.

Data boleh dalam bentuk teks, video, grafik, audio dan lain-lain. Pangkalan data
disimpan dalam storan sekunder. Untuk memenuhi kehendak organisasi, data
perlu dikumpulkan, disimpan dan dicapai secara berkesan. Pangkalan data

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  113

boleh membantu dengan tiga proses ini. Ia juga membolehkan data diproses dan
dikongsi dengan pelbagai pihak. Data juga boleh diedit, ditambah dan
dipadamkan dengan mudah. Pengguna boleh membuat pertanyaan kepada
pangkalan data untuk menyelesaikan masalah. Beberapa istilah penting dalam
pangkalan data adalah entiti, atribut, medan, rekod dan hubungan.

(a) Entiti adalah benda, manusia, tempat atau peristiwa di mana data dan
maklumat disimpan adalah berkenaan entiti ini. Contoh entiti adalah
universiti, pelajar, pekerja, kereta dan doktor.

(b) Atribut atau medan adalah data atau maklumat yang menerangkan ciri-ciri
atau sifat entiti tertentu. Untuk entiti pelajar, contoh atribut adalah nama,
alamat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor matriks dan jantina.

(c) Rekod adalah koleksi atribut berhubungan untuk entiti tertentu. Ia juga
boleh menerangkan peristiwa tertentu, di mana beberapa medan
berhubungan tentang peristiwa tertentu yang dikumpulkan bersama secara
logik untuk membentuk rekod. Contoh rekod yang dikumpulkan bersama
beberapa atribut bagi entiti pelajar dipersembahkan seperti berikut:

Nama : Abdullah Adam


Nombor matrik : 789
Alamat : No. 7, Jalan Sephia 2, Taman Sephia Permai, 43600
Bangi, Selangor
Tarikh lahir : 1 Januari 1977

(d) Fail adalah koleksi pelbagai rekod mengandungi atribut yang sama.
Contohnya, fail Pelajar Tahun Pertama mengandungi semua rekod pelajar
Tahun 1 di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia.

(e) Pangkalan data adalah koleksi beberapa fail yang berhubungan antara satu
sama lain. Sumber utama data untuk sistem maklumat berasaskan
komputer adalah pangkalan data. Objektif lain pangkalan data adalah
untuk mengurangkan pertindanan data. Misalnya, pangkalan data pelajar
boleh terdiri daripada kombinasi fail peribadi pelajar, fail kursus
ditawarkan di OUM, fail aktiviti ko-kurikulum dan fail kewangan pelajar,
seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.14. Rajah 5.15 menggambarkan pelbagai
peringkat data di dalam pangkalan data.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.14: Pangkalan Data

Rajah 5.15: Peringkat data di dalam pangkalan data

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  115

5.10.1 Jenis Pangkalan Data


Ada empat jenis pangkalan data, seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.16.

Rajah 5.16: Empat jenis pangkalan data

Pangkalan data jenis hubungan digunakan dengan paling meluas pada hari ini.
Dalam pangkalan data jenis ini, data disusun dalam jadual dengan baris dan
lajur. Setiap lajur membentuk satu atribut dan setiap baris membentuk satu
rekod.

Jadual data juga mempunyai ciri-ciri berikut:


(a) Setiap lajur menerangkan satu atribut sahaja;
(b) Susunan turutan lajur dan baris tidak penting; dan
(c) Setiap baris adalah unik.

5.10.2 Organisasi Sistem Pengurusan Pangkalan Data


Sistem pengurusan pangkalan data ada fungsi menguruskan data dan maklumat
yang tersimpan di dalam pangkalan data. Ia boleh dianggap sebagai antara
muka antara pengguna dan pangkalan data di mana ia bertindak sebagai
pemudah cara yang membenarkan pengguna mencapai dan memanipulasi
elemen data yang terdapat di dalam pangkalan data. Contoh sistem pengurusan
pangkalan data untuk komputer peribadi adalah Microsoft Access, dBase V,
FileMaker Pro, FoxPro, Visual Fox Pro dan Paradox.

Sistem pengurusan pangkalan data adalah berbeza daripada pengurusan fail


secara tradisional. Pengurusan fail tradisional adalah sistem yang mengandungi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

fail yang berasingan antara satu sama lain. Misalnya, fail pelajar dan fail kursus
ditawarkan setiap semester adalah berbeza dan tidak berhubungan antara satu
sama lain. Ini membuatkan pemprosesan menjadi sukar jika maklumat daripada
beberapa fail diperlukan

Sebagai contoh, kita mempunyai satu rekod dan atribut seperti berikut:
(a) Fail pelajar ă Nama, matrik, kad pengenalan jabatan;
(b) Fail pendaftaran kursus TZ1443 ă Matrik, nama, jabatan;
(c) Fail pendaftaran kursus TU2983 ă Matrik, nama, jabatan; dan
(d) Fail bilik pensyarah ă Nama pensyarah, no. bilik.

Melalui sistem fail tradisional, kita boleh berdepan dengan masalah dalam
mendapatkan senarai nama pelajar berdasarkan jabatan atau senarai kursus yang
diambil oleh pelajar kerana maklumat ada dalam tiga fail yang berasingan.

Sistem pemprosesan fail tradisional ada kelemahan berikut:

(a) Pertindanan data ă Atribut data yang sama wujud berulang kali dalam fail
yang berbeza;

(b) Masalah integriti data ă Data perlu dikemaskinikan dalam semua fail untuk
memastikan ia konsisten secara keseluruhan; dan

(c) Masalah program dan kebebasan data ă Program dan data berhubungan
rapat kerana data diwujudkan untuk diberikan kepada program.

Sistem pengurusan pangkalan data dibina untuk menyelesaikan masalah. Ia ada


objektif berikut:
(a) Integrasi data daripada pelbagai sumber fail atau pangkalan data;
(b) Mengelakkan pertindanan data;
(c) Perkongsian data antara aplikasi yang berbeza;
(d) Integriti data boleh disimpan untuk maksud keselamatan dan
kebolehpercayaan; dan
(e) Data di dalam pangkalan data boleh diubah sebagaimana yang diperlukan.

Di dalam pangkalan data, setiap fail mempunyai hubungan dengan fail lain.
Hubungan antara fail dilakukan melalui medan utama. Dalam pangkalan data,
kamus data menyimpan maklumat dalam data dan struktur pangkalan data.
Dalam membina sebuah aplikasi pangkalan data, tujuh langkah berikut
diperlukan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.17.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  117

Rajah 5.17: Tujuh langkah membina aplikasi pangkalan data

Langkah-langkah ini biasanya dibincangkan dengan lebih terperinci dalam


kursus Analisis dan Reka Bentuk Sistem. Sistem pengurusan pangkalan data
diperlukan untuk membebaskan data dan program aplikasi dan membuatkan
mereka tidak bergantung kepada satu sama lain. Ini akan memudahkan akses
dan penyuntingan data, meminimumkan pertindanan data, mentakrifkan data,
mengurus keselamatan data dan mengekalkan integriti data. Ia boleh dianggap
sebagai lapisan perisian sekitaran pangkalan data. Perisian ini termasuklah
bahasa pertanyaan, penjana laporan dan utiliti, dan grafik.

Sistem pengurusan pangkalan data ada beberapa kelemahan. Pertama,


perisiannya adalah mahal. Untuk komputer peribadi, perisian sistem
pengurusan pangkalan data bernilai antara RM1,000 hingga RM2,500 setiap satu.
Perisian ini dikhususkan untuk pengguna tunggal dan mempunyai bilangan fail
yang terhad yang boleh diwujudkan.

Untuk komputer kerangka utama seperti perisian pangkalan data yang


digunakan dalam pendaftaran pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), pendaftaran kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pendaftaran
pesakit di Pusat Perubatan UKM, kos perisian DBMS adalah tinggi. Contoh
sistem pengurusan pangkalan data dengan kapasiti tinggi adalah Sistem
Pengurusan Pangkalan Data Bersepadu (Integrated Database Management

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

System ă IDMS), DB2, Oracle, Sybase dan Informix. Penggunaan sistem


pengurusan pangkalan data memerlukan storan sekunder yang besar dan unit
pemprosesan pusat berkuasa tinggi. Terdapat juga keperluan untuk kakitangan
mahir untuk menguruskan perisian sistem pengurusan pangkalan data. Orang
yang menguruskan sistem pengurusan pangkalan data dikenali sebagai
pentadbir pangkalan data (database administrator ă DBA). Pembangunan sistem
maklumat berdasarkan sistem pengurusan pangkalan data adalah lebih rumit,
memakan masa dan mahal.

Walau bagaimanapun, sistem pengurusan pangkalan data adalah perisian teras


bagi mana-mana organisasi, sama ada besar atau kecil, dalam menguruskan
maklumat. Hampir semua organisasi besar dalam pelbagai industri
menggunakan perisian sistem pengurusan pangkalan data untuk menguruskan
maklumat. Sesetengah orang mengatakan bahawa organisasi tidak dapat
berfungsi tanpa sistem pengurusan pangkalan data yang baik.

Ada tiga jenis hubungan yang boleh wujud di dalam pangkalan data  satu-ke-
satu, satu-ke-banyak dan banyak-ke-banyak seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.18.

Rajah 5.18: Contoh tiga jenis hubungan

Sebagai contoh, mari kita lihat pangkalan data syarikat yang mengandungi ada
pelanggan, fail jualan, fail inventori dan fail pembekal, seperti yang berikut:
(a) Hubungan satu-ke-satu ă Satu data hanya boleh mempunyai hubungan
dengan satu data sahaja, contohnya, hubungan antara fail pelanggan dan
fail jualan;
(b) Hubungan satu-ke-banyak ă Satu data boleh mempunyai hubungan
dengan lebih dari satu data lain, contohnya, fail pelanggan dengan fail
jualan, jika pengguna membuat banyak pembelian; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  119

(c) Hubungan banyak-ke-banyak ă Satu atau lebih data boleh mempunyai


hubungan dengan satu atau lebih data lain, contohnya, ramai pembekal
boleh membekalkan banyak item barangan

Ada beberapa jenis organisasi pangkalan data. Ia terdiri daripada hierarki,


berangkaian dan hubungan dan kesemuanya akan dibincangkan di sini.

Dalam pangkalan data hierarki, rekod disusun atau digabungkan dalam


kumpulan berkaitan yang menyerupai pohon keluarga, iaitu konsep bapa dan
anak. Pangkalan data ini berfungsi dengan baik jika ia mempunyai hubungan
satu-ke-banyak. Strukturnya perlu ditakrifkan dari awal. Setiap anak hanya
boleh mempunyai satu bapa dan tidak terdapat hubungan dalam kalangan anak-
anak. Hubungan banyak-ke-banyak tidak dapat diwujudkan di sini. Jenis
pangkalan data ini telah diperkenalkan pada tahun 1960an. Rajah 5.19
menunjukkan contoh pangkalan data hierarki.

Rajah 5.19: Contoh pangkalan data hierarki

Dalam pangkalan data rangkaian, setiap anak boleh mempunyai lebih daripada
satu bapa. Aturan ini boleh dibengkokkan dengan mudah berbanding dengan
pangkalan data hierarki tetapi terdapat had pada bengkokkan dan ia
memerlukan definisi sebelum menggunakannya. Jenis pangkalan data ini boleh
mempunyai semua jenis hubungan. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1970an.
Kedua-dua jenis hierarki dan rangkaian ini tidak digunakan secara meluas hari
ini. Rajah 5.20 menunjukkan satu contoh pangkalan data rangkaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.20: Contoh pangkalan data rangkaian

Pangkalan data hubungan adalah pangkalan data yang paling stabil dan
fleksibel. Model ini pertama kali diperkenalkan oleh E. F. Codd. Ia tidak
memerlukan pentakrifan awal terhadap struktur pangkalan data. Data disusun
dalam bentuk jadual dengan baris dan lajur. Nama diberi kepada setiap jadual
dan setiap lajur. Setiap jadual diberi lajur yang unik, yang dikenali sebagai kunci
utama. Kunci utama ini digunakan untuk menghubungkan jadual yang berbeza.
Pangkalan data hubungan digunakan secara meluas pada masa kini. Rajah 5.21
menunjukkan satu contoh pangkalan data hubungan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  121

Rajah 5.21: Contoh pangkalan data hubungan

Dalam pangkalan data hierarki, berangkaian atau hubungan, data disimpan di


dalam pangkalan data. Program untuk memproses data disimpan secara
berasingan di luar pangkalan data. Walau bagaimanapun, terdapat pendekatan
baru di mana data dan program disimpan di dalam pangkalan data secara
serentak. Ini dikenali sebagai pangkalan data berorientasikan objek. Jenis
pangkalan data baru ini belum digunakan secara meluas lagi. Sekarang, terdapat
juga pangkalan data hubungan berorientasikan objek. Rajah 5.22 menunjukkan
empat jenis organisasi sistem pengurusan pangkalan data.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.22: Empat jenis organisasi sistem pengurusan pangkalan data

5.10.3 Pelanggan-Pelayan
Kebanyakan sistem pengurusan pangkalan data disimpan di dalam pelayan.
Perisian sistem pengurusan pangkalan data akan menyimpan dan menguruskan
data dalam komputer pelayan. Komputer pelanggan akan digunakan oleh
pengguna untuk mencapai dan memproses data yang terdapat di dalam
pangkalan data komputer pelayan. Kaedah ini dikenali sebagai sistem
pelanggan-pelayan. Sistem ini membolehkan pangkalan data dikongsi dengan
ramai pengguna. Contoh sistem pengurusan pangkalan data berasaskan pelayan
adalah Oracle, Informix dan Sybase. Contoh perisian yang boleh digunakan
untuk membangunkan antara muka pengguna adalah PowerBuilder. Contoh
sistem pelanggan-pelayan adalah sistem pendaftaran pelajar di OUM dan
pendaftaran pekerja asing di Jabatan Imigresen Malaysia.

Sistem pelanggan-pelayan mempunyai kelebihan berikut:


(a) Pelayan mempunyai fungsi utama sebagai storan dan pemprosesan
dilakukan oleh pelanggan;
(b) Keselamatan data pada pelayan adalah lebih terjamin; dan
(c) Keperluan perkakasan boleh ditambah dengan mudah pada pelayan.

Pangkalan data boleh disusun dalam tiga cara ă berpusat, teragih dan
pelanggan-pelayan. Rajah 5.23 menunjukkan tiga kategori pangkalan data.
Dalam pangkalan data berpusat, segala organisasi pangkalan data wujud dalam
satu komputer sahaja, biasanya dalam komputer kerangka utama. Teknik ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  123

memudahkan pengurusan tetapi mempunyai risiko jika komputer rosak.


Contohnya, di OUM, semua pangkalan data berkenaan pelajar, pekerja,
kewangan dan sebagainya disimpan di dalam satu pelayan. Teknik ini dikenali
sebagai pangkalan data berpusat.

Rajah 5.23: Tiga kategori pangkalan data

Dalam pangkalan data teragih, semua pangkalan data disimpan dalam beberapa
pelayan yang terletak di beberapa tempat berasingan (bangunan, bilik, kawasan).
Misalnya, di OUM, maklumat berkenaan pelajar Fakulti Pendidikan dan Bahasa
disimpan dalam pangkalan data Fakulti Pendidikan dan Bahasa, dan maklumat
berkenaan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi disimpan dalam pangkalan data
Fakulti Sains dan Teknologi. Kaedah ini dikenali sebagai pangkalan data teragih.
Kaedah ini lebih sukar untuk diselenggara.

Dalam pangkalan data pelanggan-pelayan, pelanggan menggunakan aplikasi


pangkalan data manakala pelayan melaksanakan tugasnya di sebahagian atau
keseluruhan sistem pengurusan pangkalan data yang sebenar. Contoh pangkalan
data pelanggan-pelayan ialah pendaftaran pelajar di OUM.

Ada dua cara bagaimana untuk mencapai data dalam pangkalan data, iaitu
melalui bahasa pertanyaan dan melalui program aplikasi seperti ditunjukkan
dalam Rajah 5.24.

Rajah 5.24: Dua cara bagi capaian data

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Bahasa pertanyaan (query language) adalah bahasa yang digunakan oleh


pengguna untuk mendapatkan data daripada pangkalan data.

Melalui bahasa ini, pengguna boleh menambah, mengedit, memadam dan mencapai
pangkalan data. Contoh bahasa pertanyaan adalah Bahasa Pertanyaan Berstruktur
(Structured Query Language ă SQL) yang boleh digunakan untuk mencapai
pangkalan data jenis hubungan. Contoh arahan SQL adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.25.

Rajah 5.25: Contoh arahan SQL

Pengguna juga boleh mencapai pangkalan data melalui program yang ditulis
dalam bahasa pengaturcaraan seperti COBOL atau C yang mengandungi
pernyataan SQL yang dimasukkan ke dalam program. Teknik ini dikenali
sebagai SQL terbenam (embedded SQL) seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.26.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  125

Rajah 5.26: Contoh SQL terbenam

Konsep yang digunakan dengan meluas pada hari ini adalah gudang data (data
warehouse), iaitu kombinasi beberapa pangkalan data yang besar di dalam
organisasi dalam bentuk yang sesuai digunakan oleh pengguna. Gudang data
boleh ada jumlah data yang besar dan ini boleh menyebabkan kesukaran kepada
pengguna untuk menganalisa data.

Ini menggerakkan ke arah teknik perlombongan data (data mining) iaitu teknik
penganalisisan sejumlah besar data menggunakan teknik statistik, pembelajaran
mesin, kecerdasan buatan dan sebagainya.

SEMAK KENDIRI 5.6

1. Apakah kelebihan mempunyai pangkalan data?


2. Apakah dimaksudkan dengan pengurusan pangkalan data?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

5.11 PERISIAN PEMPROSESAN DOKUMEN


TeX adalah sistem pemprosesan dokumen untuk menghasilkan dokumen yang
berkualiti tinggi. Ia banyak digunakan dalam penerbitan jurnal akademik atau
majalah. Sistem ini sesuai untuk kegunaan utama dalam dokumen yang
melibatkan banyak formula matematik. Dokumen TeX adalah dalam bentuk
ASCII yang mengandungi tandaan seperti dokumen HTML. Dokumen ini
kemudiannya diproses untuk menghasilkan dokumen mudah alih seperti
postscript atau PDF. Rajah 5.27 menunjukkan perisian Ghostview yang boleh
digunakan untuk memaparkan dokumen .ps dan .pdf .

Rajah 5.27: Perisian Ghostview yang memaparkan dokumen postscript

5.12 PERISIAN GRAFIK


Memaparkan grafik kepada ahli perniagaan boleh kelihatan tidak bermanfaat
pada awalnya kerana terdapat percetakan nombor yang biasanya dilakukan oleh
komputer. Bagaimanapun, graf, peta dan carta boleh membantu manusia untuk
membandingkan data, mengenal pasti jalan laluan dengan senang dan membuat
keputusan lebih cepat. Kajian menunjukkan bahawa manusia mempelajari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  127

sesuatu dengan lebih cepat melalui maklumat yang dipersembahkan secara


visual. Tambahan pula, maklumat visual lebih bermakna berbanding muka surat
dipenuhi nombor. Di samping mewakili nombor dan fakta, graf juga kerap
digunakan bersama dengan mesej oleh ahli perniagaan atau sesiapa sahaja
sebagai sebahagian daripada persembahan mereka.

Perisian grafik menggabungkan pelbagai objek visual untuk menghasilkan


persembahan yang menarik dan menyeronokkan.

Penggunaan perisian grafik sangat memuaskan jika kerja dilakukan oleh artis
grafik yang ada keupayaan dalam aspek artistik dan juga keupayaan
menggunakan perisian grafik yang sofistikated untuk menterjemahkan sebarang
idea. Artis menggunakan perisian sebagai alatan untuk menghasilkan seni
berasaskan komputer yang sangat menarik. Perisian grafik adalah perisian yang
menukarkan data numerik ke dalam bentuk paparan grafik, seperti carta bar,
carta pai dan sebagainya. Ia membolehkan pengguna menghasilkan pelbagai
jenis bentuk grafik. Lima jenis perisian grafik dipaparkan dalam Rajah 5.28.

Rajah 5.28: Lima jenis perisian grafik

(a) Grafik dekoratif  Digunakan untuk memperbaiki penerbitan dokumen


dan tidak menyampaikan maklumat. Ia biasanya dimasukkan ke dalam
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
128  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

pemproses perkataan seperti klip lukisan. Contoh perisian dekoratif adalah


Paint (diberikan percuma di dalam sistem pengendalian Windows seperti
ditunjukkan dalam Rajah 5.29), Paint Shop Pro dan Adobe Photoshop.

Rajah 5.29: Microsoft Paint

(b) Grafik perniagaan atau analitikal  Memudahkan pemahaman data


numerikal. Contoh grafik adalah seperti carta bar, carta pai, carta kawasan
berdot, graf baris, piktogram dan sebagainya. Semua ini biasanya diperoleh
dengan menggunakan perisian hamparan elektronik atau statistik.

(c) Grafik persembahan  Digunakan untuk mempersembahkan data atau idea


kepada pelanggan. Persembahan ini boleh terdiri daripada teks, jadual, klip
lukisan, gambar atau grafik perniagaan. Contoh perisian grafik ini adalah
Microsoft PowerPoint seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.30, Freelance dan
Harvard Graphic.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  129

Rajah 5.30: Microsoft PowerPoint

(d) Grafik ilustrasi  Jenis grafik persembahan yang digunakan secara


profesional. Tiga jenis perisian ilustrasi adalah pelukisan, pengecatan dan
penyuntingan imej. Contoh perisian jenis ini ialah Adobe Illustrator seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 5.31.

Rajah 5.31: Adobe Illustrator

(e) Grafik animasi  Menambahkan pergerakan kepada imej dan lukisan.


Contoh perisian grafik yang digunakan untuk animasi adalah MAYA
(untuk animasi 3D) dan Adobe Flash Professional CS6. Kedua-dua jenis
perisian ini digunakan untuk menghasilkan Toy Story dan Toy Story 2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

5.13 PERISIAN SET


Set perisian adalah koleksi unit perisian yang dijual sebagai kumpulan dengan
harga yang rendah berbanding membeli setiap daripada mereka secara
berasingan. Contoh perisian seperti itu adalah Microsoft Office, Lotus
SmartSuite, Novell PerfectOffice dan Sun StarOffice. Perisian set Microsoft Office
biasanya terdiri dari Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint dan
Microsoft Access.

5.14 PERISIAN KUMPULAN


Perisian kumpulan (groupware) adalah perisian yang digunakan di dalam
rangkaian atau sekumpulan pengguna yang bekerja dalam satu projek. Ia terdiri
daripada empat jenis yang berbeza, contohnya, perisian kumpulan asas seperti
Lotus Notes, perisian aliran kerja seperti Action Workflow, perisian mesyuarat
seperti VetanaÊs Group dan perisian penjadualan seperti Microsoft Project.

5.15 PERISIAN PENERBITAN ATAS MEJA


Perisian penerbitan atas meja adalah perisian yang digunakan untuk percetakan
atau penerbitan dan ia lebih berkuasa berbanding perisian pemprosesan perkataan.
Ciri-ciri perisian ini adalah ia berupaya untuk mencampur dan memadankan teks
dan grafik, pelbagai jenis gaya dan persembahan, mengimport elemen dalam format
yang berbeza dan bahasa penerangan halaman. Contoh perisian penerbitan atas
meja adalah Microsoft Publisher, PageMaker, FrameMaker dan QuarkXpress DAN
Scribus. Rajah 5.32 menunjukkan contoh antara muka perisian Scribus, perisian
sumber terbuka untuk penerbitan atas meja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  131

Rajah 5.32: Perisian Scribus

5.16 PERISIAN MULTIMEDIA


Perisian persembahan multimedia atau komposisi multimedia membolehkan
pengguna menggabungkan teks, grafik, animasi, video, muzik, suara dan bunyi
dalam persembahan mereka. Perisian ini memudahkan pembangunan perisian
berasaskan multimedia. Contoh perisian multimedia adalah Multimedia
ToolBook, Authorware, Flash dan Director. Rajah 5.33 menunjukkan contoh
perisian Flash.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.33: Adobe Flash

 Biarpun perisian sistem jarang diperkatakan tetapi kepentingannya tidak


boleh diabaikan.

 Ada empat kategori perisian sistem: sistem pengendalian, program utiliti,


pemacu peranti dan penterjemah bahasa.

 Perisian aplikasi terdiri daripada pemproses perkataan, hamparan elektronik,


pangkalan data, perisian persembahan dan lain-lain.

 Sistem pengendalian menguruskan sumber, menyediakan antara muka dan


melaksanakan aplikasi.

 Windows, Mac OS, UNIX dan Linux adalah contoh sistem pengendalian
yang biasa digunakan.

 Lima ciri sistem pengendalian adalah multitugas, multipengguna,


multipemprosesan, pemprosesan berkelompok dan ingatan maya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER  133

 Selain itu, kita juga telah melihat perisian aplikasi yang kerap digunakan
untuk meningkatkan produktiviti organisasi dan individu seperti
pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, perisian
kumpulan dan sebagainya.

 Perisian aplikasi lanjutan dibahagikan kepada empat kategori: perisian


perniagaan, perisian grafik dan multimedia, perisian rumah, peribadi dan
pendidikan, dan perisian komunikasi.

Antara muka pengguna Pemprosesan kelompok


Hamparan elektronik (electronic Pengkompil
spreedsheet)
Perlombongan data (data mining)
Ingatan maya
Program utiliti
Multitugas (multitasking)
Sistem pengendalian (operating
Pangkalan data (database) system ă OS)
Pemacu peranti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bahasa
6 Pengaturcaraan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep bahasa pengaturcaraan;
2. Menyatakan lima generasi bahasa komputer;
3. Mengenal pasti enam ciri bahasa pengaturcaraan; dan
4. Mengenal pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan mengetahui dengan mendalam tentang bahasa
pengaturcaraan. Atur cara komputer dibangunkan dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan. Atur cara adalah set arahan yang diikuti oleh komputer supaya
data dapat diproses. Proses menghasilkan atur cara dipanggil pengaturcaraan.
Pengaturcaraan merupakan sebahagian daripada keseluruhan proses
pembangunan perisian yang terdiri daripada spesifikasi masalah, reka bentuk
atur cara, pengaturcaraan, pengujian atur cara dan penyelenggaraan atur cara.

6.1 BAHASA PENGATURCARAAN


Secara umumnya, komputer adalah pekak dan dungu dan tidak boleh berfikir
dengan sendirinya. Ia memerlukan arahan daripada manusia untuk
melaksanakan tugas tertentu, daripada tugas yang mudah (seperti melaksanakan
operasi aritmetik 2  2) sehinggalah kepada tugas yang kompleks (seperti
melancarkan kapal angkasa ke planet Marikh). Oleh itu, kita menggunakan
bahasa pengaturcaraan untuk berkomunikasi dan mengarahkan komputer untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  135

melaksanakan tugas tertentu. Arahan di dalam atur cara disusun secara logik
melalui proses pengaturcaraan. Ada banyak jenis bahasa pengaturcaraan yang
boleh digunakan oleh pengaturcara untuk berkomunikasi dengan komputer.

Bahasa pengaturcaraan mempunyai persamaan dengan bahasa tabii seperti


bahasa Inggeris dalam beberapa aspek. Contohnya, ia terdiri daripada perkataan,
simbol dan sintaks. Untuk menulis satu atur cara, seorang pengaturcara perlu
mengetahui perkataan, simbol dan sintaks bahasa pengaturcaraan yang
digunakan. Ada banyak bahasa pengaturcaraan seperti APL, Pascal, Java, Perl,
Eiffel, C, C++, Basic, Fortran, Lisp, Scheme, BETA, Lua, Visual Basic, Prolog,
Haskell, Hugs dan COBOL.

Setiap bahasa pengaturcaraan diciptakan pada fasa masa yang berbeza, seperti
ditunjukkan dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Evolusi Bahasa Pengaturcaraan

Tahun Bahasa Pengaturcaraan


1950an Lisp, Fortran
1960ană1970an Basic, C, SmallTalk, Pascal, Scheme
1990an C, C++, BETA, Java, Prolog

Ada juga bahasa pengaturcaraan untuk tujuan khusus, seperti Concurrent-C,


Orca dan Leda untuk pengaturcaraan selari dan Android untuk pengaturcaraan
mobile. Rajah 6.1 menunjukkan model hubungan antara pengguna, bahasa
pengaturcaraan dan komputer.

Rajah 6.1: Model hubungan antara pengguna, bahasa pengaturcaraan dan komputer

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN

6.2 MENGAPA KITA PERLU MENGETAHUI


BAHASA PENGATURCARAAN?
Pengguna boleh menggunakan apa sahaja bahasa pengaturcaraan yang mereka
tahu untuk menyelesaikan masalah. Bagaimanapun, jika mereka hanya tahu satu
bahasa pengaturcaraan sahaja, penyelesaian yang disediakan mungkin tidak
optimal dan tidak berkesan. Oleh itu, pengguna perlu memahami potensi bahasa
pengaturcaraan tertentu supaya dia dapat menilai kekuatan dan kelemahan
bahasa tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setelah membuat
penilaian, pengguna boleh menggunakan kaedah paling berkesan daripada
senarai penyelesaian yang mungkin boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah. Ada lima manfaat memahami bahasa pengaturcaraan yang dijelaskan
dalam Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Lima Manfaat Memahami Bahasa Pengaturcaraan


Manfaat Penghuraian
Mengetahui keunggulan Misalnya, jika pembangunan melibatkan prototaip
bahasa pengaturcaraan dan pantas, maka adalah lebih berkesan jika menggunakan
di mana ia sesuai digunakan bahasa penskripan seperti Python daripada
menggunakan C atau C++
Memahami kelemahan Setiap bahasa sesuai untuk satu bidang. Contohnya,
bahasa pengaturcaraan untuk membangunkan antara muka grafik (graphical
user interface ă GUI) adalah lebih berkesan
menggunakan C++ atau Java daripada menggunakan
C. Untuk membuat banyak pengiraan, Fortran lebih
sesuai daripada Java atau C
Menghasilkan penyelesaian Jika pengguna memahami beberapa bahasa
yang lebih berkesan pengaturcaraan, dia boleh menggunakan bahasa yang
paling berkesan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapinya. Misalnya, jika penyelesaian memerlukan
capaian ke pangkalan data, adalah lebih baik
menggunakan bahasa penskripan seperti Python untuk
pautan berbanding menggunakan C atau C++
Bahasa pengaturcaraan akan Misalnya, bahasa berorientasikan objek akan
mempengaruhi pemikiran membuatkan pengguna berfikir penyelesaian
pengguna dalam berasaskan konsep objek, manakala bahasa berasaskan
menyelesaikan masalah logik akan membuatkan pengguna berfikir
penyelesaiannya berdasarkan logik
Bahasa pengaturcaraan Kebanyakan masalah dapat diselesaikan dengan
adalah alatan untuk berkesan oleh pakar dalam bidang yang berkenaan.
menyelesaikan masalah Oleh itu, pakar dalam bidang tertentu boleh
dengan menggunakan mempelajari bahasa pengaturcaraan yang bersesuaian
komputer dalam usaha menyelesaikan masalah mereka

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  137

Ia adalah perkara biasa bagi pengaturcara untuk mengetahui lebih daripada satu
bahasa pengaturcaraan. Biasanya setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai ciri-
ciri yang sama. Setelah mempelajari salah satu bahasa pengaturcaraan, adalah
lebih mudah untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan yang lain kerana konsep
pengaturcaraan adalah sama ă hanya sintaks bahasa sahaja yang berbeza. Ada
pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan dan bidang aplikasi penggunaannya
adalah berdasarkan keperluan dan kecenderungan semasa. Contoh bahasa
pengaturcaraan dan bidang aplikasinya adalah ditunjukkan dalam Jadual 6.3.

Jadual 6.3: Contoh Bahasa Pengaturcaraan dan Bidang Aplikasi Penggunaannya

Bahasa
Bidang Tahun
Pengaturcaraan

Fortran Pengiraan saintifik 1956


Lisp Pengiraan simbol, kecerdasan buatan 1957

C Pembangunan sistem 1974


COBOL Pembangunan sistem berorientasikan perniagaan 1960
Visual basic Pembangunan sistem, antara muka pengguna grafik 1990
C++ Pembangunan sistem yang besar dan rumit 1984
Java Aplikasi Internet, antara muka pengguna grafik, 1995
pembangunan sistem perniagaan
Perl Internet, antara muka get laluan sepunya (common 1990
getaway interface  CGI) dan pemprosesan teks

6.3 GENERASI BAHASA PENGATURCARAAN


DAN CONTOH
Secara umumnya, bahasa pengaturcaraan boleh dikategorikan kepada lima
generasi. Generasi pertama dikenali sebagai bahasa mesin. Bila komputer
diperkenalkan buat pertama kali, bahasa yang digunakan adalah bahasa mesin,
menggunakan digit binari „0‰ dan „1‰ untuk mewakili arahan dan data. Atur
cara yang telah ditulis dalam bahasa mesin tidak memerlukan penterjemahan
kepada kod objek sebelum komputer melaksanakannya kerana format bahasa
mesin telah pun mematuhi seni bina komputer.

Generasi bahasa pengaturcaraan dikatakan bermula daripada peringkat rendah


ke peringkat lebih tinggi. Bahasa pengaturcaraan dikatakan berada pada
peringkat rendah bila ia menggunakan bahasa yang sebenarnya digunakan oleh
komputer. Manakala, bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi menggunakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN

bahasa yang digunakan oleh manusia seperti bahasa Melayu. Jadual 6.4
menunjukkan lima generasi bahasa pengaturcaraan dan bagaimana ia diwakili
dalam setiap generasi.

Jadual 6.4: Lima Generasi Bahasa Pengaturcaraan

Generasi Bahasa Perwakilan Bahasa Pengaturcaraan


Pertama Mesin 10010001
Kedua Himpunan ADD 210(8,13), 02B(4,7)
Ketiga Algoritma Over_time := 0
Keempat Pertanyaan FIND Name = „MAZLAN‰
(cari nama = „MAZLAN‰)
Kelima Tabii IF patient is sick THEN examine body temperature
(jika pesakit sakit, maka periksa suhu badan)

(a) Generasi pertama  Bahasa pengaturcaraan untuk generasi ini adalah


bahasa mesin. Dengan bahasa mesin, pengaturcara boleh menulis atur cara
yang optimal. Bagaimanapun, kaedah ini agak sukar kerana pengaturcara
perlu mengingati kod binari dan nombor. Oleh itu, bahasa mesin jarang
digunakan pada hari ini. Bahasa mesin juga bergantung pada jenama
komputer dan ini menambahkan kesukaran untuk menggunakannya.

Contoh bahasa mesin yang digunakan untuk mewakili arahan dan data
adalah:

01011010 00010000 01111100 11101001

(b) Generasi kedua  Terdiri daripada bahasa himpunan. Penciptaan bahasa


himpunan adalah langkah pertama dalam pembangunan perisian yang
lebih mudah dan lebih berkesan. Bahasa himpunan lebih mudah diingati
kerana bentuknya lebih ringkas. Ia juga bergantung kepada jenis komputer.

Ia menggunakan simbol dan perkataan mewakili arahan dan data, dan ia


tidak menggunakan digit binari seperti bahasa mesin. Contoh atur cara
dalam bahasa himpunan adalah seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  139

V86_signal_return :
Call SYMBOL_NAME (save_v86_state)
movl
xorl
call SYMBOL_NAME (do_signal)
jmp restore_all
ALIGN

Oleh kerana atur cara yang menggunakan bahasa himpunan adalah bukan
dalam bahasa mesin yang difahami oleh komputer, ia perlu ditukarkan
kepada bahasa mesin terlebih dahulu sebelum ia dapat diproses oleh
komputer. Perisian yang dipanggil „penghimpun‰ digunakan untuk
menukarkan atur cara daripada bahasa himpunan kepada bahasa mesin.

(c) Generasi ketiga  Bahasa pengaturcaraan terdiri daripada bahasa yang


diperkenalkan pada tahun 1950an iaitu bahasa paras tinggi. Bahasa ini
masih digunakan sehingga ke hari ini, contohnya, C, COBOL dan Fortran.
Ia lebih menyerupai bahasa tabii. Ini memudahkan pengaturcara dalam
menulis atur cara mereka. Generasi bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa
paras tinggi dan direka bentuk untuk kegunaan dalam pelbagai mesin,
dengan sedikit perubahan. Melalui bahasa generasi ketiga, pengguna tidak
perlu lagi menulis banyak arahan seperti dalam bahasa mesin atau bahasa
himpunan. Sebaliknya, pengguna hanya perlu menulis satu arahan untuk
melaksanakan sesuatu yang memerlukan banyak arahan dalam bahasa
mesin.

Antara alasan untuk penciptaan bahasa paras tinggi adalah untuk:

(i) Memudahkan penulisan, tidak seperti bahasa mesin atau himpunan;

(ii) Membolehkan atur cara dijalankan (run) lebih daripada satu mesin,
dengan hanya perlu dikompil semula sebelum dilarikan pada mesin
yang berlainan; dan

(iii) Membolehkan pengaturcara menumpukan kepada usaha memenuhi


keperluan pengguna.

Contoh bahasa pengaturcaraan yang dihasilkan dalam generasi ini adalah


Algol-68, Fortran, C, ADA, COBOL, Simula, APL, BCPL, Basic, PL/1,
Pascal, Logo dan Modula.

Kebanyakan bahasa paras tinggi adalah bahasa berdasarkan algoritma atau


prosedur. Melalui bahasa berasaskan prosedur, pengaturcara perlu
menggunakan logik pengaturcaraan untuk menyelesaikan masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN

Dengan kata lain, pengaturcara perlu menulis arahan dalam urutan


tertentu untuk diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah.

Kod sumber adalah atur cara yang ditulis menggunakan bahasa paras
tinggi.

Bahasa ini perlu ditukarkan kepada bahasa mesin yang dipanggil kod
objek, membolehkan atur cara dilaksanakan oleh komputer. Proses
pertukaran ini dilakukan oleh pemproses bahasa.

Ada tiga jenis pemproses bahasa seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Tiga pemproses bahasa

(d) Generasi keempat  Dikenali sebagai bahasa berorientasikan objek. Bahasa


generasi ini juga dikenali sebagai bahasa generasi keempat (fourth
generation language  4GL), memerlukan arahan yang sedikit berbanding
bahasa generasi ketiga bila melaksanakan tugas tertentu. Definisi generasi
ini berbeza mengikut vendor. Biasanya bahasa ini digabungkan dengan
pakej perisian seperti sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Biasanya
generasi keempat digunakan untuk mencapai maklumat dari fail dan
pangkalan data.

Arahan bahasa generasi keempat menyerupai arahan bahasa Inggeris


untuk mencapai dan memformatkan data. Bahasa generasi ini lebih senang
digunakan. Ia membolehkan pengguna profesional atau bukan profesional
membangunkan perisian dengan mudah. Ada juga orang yang
menganggap 4GL sebagai bahasa berorientasikan prosedur kerana ia
menekankan kepada apa yang perlu dilakukan dan tidak bagaimana ia
dilakukan (kaedah). Bahasa generasi keempat tidak akan menggantikan
bahasa generasi ketiga kerana ia lebih fokus kepada satu tugasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  141

Kebanyakan prosedur 4GL dijanakan secara automatik oleh komputer dan


pengguna hanya perlu menyatakan apakah yang perlu dilakukan dan tidak
bagaimana untuk melakukannya.

Beberapa contoh bahasa generasi keempat adalah seperti berikut:


(i) Bahasa pertanyaan seperti Bahasa Pertanyaan Berstruktur (Structured
Query Language ă SQL), Pertanyaan dengan Contoh (Query by
Example ă QBE) dan Intellect. Bahasa ini digunakan untuk
mengubah, menyunting, mencipta dan mencapai maklumat dari
pangkalan data;
(ii) Penjana laporan adalah bahasa yang digunakan untuk menjana
pertanyaan dan laporan dari pangkalan data; dan
(iii) Penjana aplikasi yang melaksanakan tugas lebih daripada bahasa
pertanyaan dan penjana laporan. Ia adalah alatan yang menjana
perisian mengikut keperluan pengguna berasaskan keperluan data
yang perlu diproses dan dilaporkan.

(e) Generasi kelima  Bahasa tabii untuk bahasa pengaturcaraan iaitu bahasa
yang sama dengan bahasa pertanyaan tetapi pengguna tidak perlu
mempelajari kamus, tatabahasa dan sintaks. Ia menggunakan bahasa tabii
seperti bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa tabii menyentuh bidang
pengajian kecerdasan buatan iaitu bidang kajian tentang bagaimana untuk
membuat komputer berfikir seperti manusia

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Apakah yang menyebabkan pengaturcaraan „paras rendah‰


berbeza daripada pengaturcaraan „paras tinggi‰?
2. Berikan dua manfaat yang akan diperoleh jika anda memahami
bahasa pengaturcaraan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN

6.4 PENDEKATAN: PENGELASAN BAHASA


PENGATURCARAAN
Bahasa pengaturcaraan boleh dikelaskan berdasarkan kepada enam ciri bahasa,
seperti dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Enam ciri bahasa pengaturcaraan

Setiap ciri mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Bahagian berikut akan


membincangkan kekuatan dan kelemahan setiap ciri-ciri tersebut.

Selain daripada ciri-ciri penting yang dinyatakan tadi, masih ada ciri-ciri lain
bagi bahasa pengaturcaraan seperti:

(a) Pengaturcaraan kekangan;

(b) Pengaturcaraan berorientasikan capaian;

(c) Pengaturcaraan struktur data tunggal, contohnya, bahasa APL yang


melayan semua data dalam bentuk matriks atau susunan berjujukan;
bahasa Icon yang melayan semua data dalam bentuk pernyataan; dan

(d) Bahasa pangkalan data seperti SQL.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  143

6.4.1 Bahasa Imperatif

Imperatif bermaksud susunan arahan atau perintah.

Oleh itu, bahasa imperatif adalah bahasa di mana setiap arahan untuk
menyelesaikan masalah perlu dinyatakan dengan jelas. Setiap arahan untuk
menyelesaikan masalah akan dilaksanakan langkah demi langkah. Bahasa
imperatif boleh disamakan dengan resipi untuk memasak. Dalam bahasa ini,
teknik yang digunakan adalah dalam "Lakukan A, kemudian lakukan B". Tiga
belas contoh bahasa imperatif adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.4.
Satu ketika dahulu ia juga dikenali sebagai bahasa prosedur. Idea asas dalam
bahasa imperatif ialah pengguna perlu menyatakan setiap langkah yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Rajah 6.4: Tiga belas contoh bahasa imperatif

6.4.2 Bahasa Berorientasikan Objek

Bahasa berorientasikan objek telah dicipta untuk membangunkan sistem yang


besar dan rumit.

Keperluan untuk bahasa berorientasikan objek timbul apabila bahasa yang sedia
ada tidak lagi dapat memenuhi keperluan sistem yang semakin rumit. Kelebihan
berorientasikan objek adalah memudahkan pengurusan sistem, keupayaan
untuk menukar sistem dengan betul dan kebolehgunaan semula komponen di
dalam sistem yang baru. Struktur bahasa berorientasikan objek membuatkan
atur cara mudah direka bentuk dan difahami. Bahasa berorientasikan objek
dapat mengendalikan imej, audio, video dan bunyi lebih mudah daripada
bahasa prosedur (generasi ketiga). Idea asasnya ialah untuk memberi tumpuan
kepada objek di dalam sistem, bukan pada fungsi yang berlaku di dalam sistem.

Ada empat konsep di dalam bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek,


seperti diterangkan dalam Jadual 6.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN

Jadual 6.5: Empat Konsep Bahasa Pengaturcaraan Berorientasikan Objek

Konsep Penerangan
Kelas Cetakan biru yang mentakrifkan pemboleh ubah (atau atribut) dan
kaedah yang umum kepada semua objek tertentu
Objek Setiap objek merupakan tika (instance) bagi kelas tertentu. Banyak
objek unik yang boleh dihasilkan daripada kelas yang sama
Pengkapsulan Istilah yang diberikan kepada proses yang menyembunyikan semua
butiran objek yang tidak menyumbang kepada ciri-ciri pentingnya.
Pengkapsulan menyembunyikan butiran perlaksanaan objek dan
yang tinggal hanyalah antara muka objek (iaitu set mesej yang boleh
berinteraksi dengan objek)
Pewarisan Keupayaan kelas untuk menggunakan sifat dan kaedah kelas lain
sementara menambah fungsinya sendiri

Kelebihan bahasa berorientasikan objek adalah kebolehgunaan semula. Sebarang


objek yang telah diisytiharkan sebagai boleh diguna semula, boleh digunakan di
dalam atur cara lain. Ini memudah dan mempercepatkan pembangunan aplikasi.
Bahasa berorientasikan objek mula diperkenalkan pada tahun 1970 dalam bahasa
Simula, diikuti dengan Smalltalk dan C++. Contoh bahasa berorientasikan objek
adalah C++, Smalltalk, Java dan Objective-C, Pascal, Delphi, BETA, HyperTalk,
Limbo, Python dan Eiffel.

SEMAK KENDIRI 6.2


Apakah yang dimaksudkan dengan pengaturcaraan berorientasikan
objek?

6.4.3 Bahasa Berasaskan Logik


Bahasa berasaskan logik memberi lebih tumpuan kepada pernyataan masalah,
bukan bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Sistem perisianlah yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bahasa ini adalah
berdasarkan kepada logik iaitu fakta dan peraturan. Fakta dan peraturan
dinyatakan dalam bentuk pernyataan IF-THEN. Sebagai contoh, pengguna boleh
menyatakan fakta dan peraturan seperti berikut:

IF X is-father-of Y AND Y is-father-of Z, THEN X is-grand-father-of Z.


(Jika X ialah ayah Y dan Y ialah ayah Z, maka X ialah datuk Z.)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  145

Dalam menulis atur cara berasaskan logik, pengguna memanfaatkan logik Horn
iaitu pernyataan yang menggunakan IF-THEN. Semua fakta dan peraturan akan
dinyatakan dalam bentuk logik Horn. Seterusnya, pengguna akan menyatakan
masalah yang perlu diselesaikan. Sistem akan cuba menyelesaikan masalah
tersebut berdasarkan fakta dan peraturan yang telah diberikan. Misalnya, kita
boleh menghasilkan maklumat berikut berdasarkan logik Horn:

gembira (x) <– kaya (x), terkenal (x)


gembira (x) <– muda (x), dilamun cinta (x)
gembira (x) <– tua (x), bijak (x)
terkenal (x) <– pelakon (x)
terkenal (x) <– penyanyi (x)

Selepas itu, kita boleh menyatakan fakta berikut:

pelakon {ali}
kaya {ali}

Akhirnya, kita boleh bertanyakan pada sistem, soalan berikut yang bermaksud
adakah ali gembira?:

? – gembira (ali)

Sistem ini akan menjawab ya atau tidak berdasarkan maklumat yang diberikan
sebelum itu. Contoh bahasa logik adalah Prolog.

6.4.4 Bahasa Berasaskan Fungsi


Bahasa berasaskan fungsi menekankan apa yang perlu dikira dan bukannya
bagaimana untuk mengira. Atur cara ini adalah dalam bentuk fungsi iaitu fungsi
yang hampir sama dengan fungsi matematik. Kod yang ditulis dalam bahasa
fungsi biasanya ringkas dan padat. Sebagai contoh, untuk mendapatkan semua
nombor ganjil di antara 1 dan 20, atur cara berasaskan fungsi ini diberikan:

[x|x <– [1..20]; x mod 2 = 1]

Contoh bahasa fungsi adalah Lisp, FP, Scheme, Common Lisp, Hope, Standard
ML, Miranda, Haskell, Hugs dan Lucid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN

6.4.5 Skrip
Bahasa skrip adalah bahasa terjemahan yang biasanya dihasilkan untuk objektif
tertentu. Ia boleh digunakan untuk membangunkan prototaip secara pantas.
Bahasa jenis ini adalah mudah alih antara pelbagai jenis platform komputer.
Sistem yang telah dibangunkan dalam bahasa skrip berjalan dengan lebih
perlahan. Contoh bahasa skrip adalah awk, sed, Perl, Python, REXX, rebol dan
ruby.

HTML dan XML adalah bahasa skrip berasaskan Internet yang digunakan untuk
membangunkan aplikasi Internet.

6.4.6 Bahasa Visual


Pengaturcaraan menggunakan bahasa visual menggantikan arahan berdasarkan
teks dengan simbol ikon. Setiap ikon mewakili sesuatu objek atau fungsi
pengaturcaraan umum seperti salin, hapus, buka fail dan sebagainya. Contoh
bahasa visual adalah Visual Basic dan ia adalah bahasa visual yang paling
popular digunakan dalam kalangan pengguna biasa dan profesional. Bahasa
visual lain dalam pasaran adalah Visual FoxPro dan Visual C++.

6.5 BAHASA PENGATURCARAAN SEPUNYA


Sekarang, mari kita belajar mengenai bahasa pengaturcaraan sepunya dalam
subtopik ini.

6.5.1 C
Ia adalah bahasa kecil dengan ciri-ciri yang menarik. Bahasa C kebanyakannya
digunakan dalam pembangunan perisian sistem dan perisian aplikasi.

Atur cara dalam C adalah mudah alih, di mana pengguna hanya perlu
mengkompil semula atur cara sistem pengoperasian yang baru untuk
menghasilkan kod objek yang sesuai.

Sebagai contoh, sistem pengoperasian Linux dan UNIX telah dibangunkan


dalam bahasa C. Kursus pengaturcaraan C merupakan mata pelajaran teras
dalam program sains komputer di kebanyakan universiti. Bahasa C agak sukar
untuk dipelajari oleh pengguna baru tetapi ia adalah bahasa yang mempunyai
pelbagai keupayaan dan sangat berkuasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  147

6.5.2 C++
C++ menambah ciri-ciri objek kepada bahasa C yang berasaskan idea daripada
bahasa Simula. Pada mulanya, ia dikenali sebagai C dengan bahasa Kelas.
Bahasa ini kebanyakannya digunakan dalam pembangunan sistem yang besar
dan rumit, seperti pensuisan telefon, sistem GUI, kawalan trafik di jalan raya dan
sebagainya.

6.5.3 Java
Java adalah bahasa berasaskan objek yang dicipta pada tahun 1995 oleh James
Gosling. Ia mempunyai ciri-ciri C++ dan Simula.

Java menukarkan atur cara Java kepada kod bait, bukan kepada kod objek, di
mana kod bait boleh dijalankan dalam mana-mana sistem pengoperasian dengan
menggunakan mesin maya Java tanpa sebarang perubahan. Teknik ini
membolehkan mana-mana atur cara Java bersifat mudah alih di kebanyakan
sistem komputer. Pada mulanya, Java kerap digunakan untuk menghasilkan
grafik dan animasi di laman web. Ia dikenali sebagai bahasa pengaturcaraan
yang paling kerap digunakan di serata dunia. Java popular dengan slogan „Tulis
sekali, dijalankan di mana sahaja‰ (write once, runs everywhere).

6.5.4 Perl
Perl adalah bahasa skrip yang boleh digunakan untuk pemprosesan teks, CGI,
komunikasi pangkalan data dan sebagainya. Perl mempunyai ciri mudah alih.

Sebagai tambahan, Perl boleh digunakan untuk tujuan berikut:

(a) Membangunkan aplikasi web;

(b) Mentadbirkan sistem; dan

(c) Memproses data angka atau teks.

6.5.5 Python

Python adalah bahasa skrip berasaskan objek yang boleh digunakan untuk
membangunkan prototaip, memproses data berasaskan teks, berkomunikasi
dengan pangkalan data dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN

Antara aplikasi yang telah dibina menggunakan Python adalah aplikasi web,
buku alamat, pengurusan rangkaian komputer dan perisian astronomi. Python
merupakan alternatif kepada Perl.

6.6 PENGKOMPIL, PENGHIMPUN, PENTAFSIR


Program yang telah ditulis dalam bahasa pengaturcaraan dikenali sebagai kod
sumber. Kod sumber adalah dalam bentuk teks atau ASCII. Ia boleh ditulis
dengan menggunakan penyunting serba guna, seperti pad nota (notepad) atau
penyunting persekitaran pembangunan bersepadu (integrated development
environment ă IDE). Contoh IDE yang sering digunakan adalah Borland C++
dan Visual Studio. Sekarang, mari kita lihat satu contoh kod sumber yang
digunakan untuk bahasa pengaturcaraan C seperti ditunjukkan berikut. Atur
cara akan memaparkan output „helo dunia‰ apabila ia dilaksanakan.

main ( )
{
printf (“helo dunia \n”);
}

Kod sumber ini perlu dikompil atau ditukarkan kepada kod objek sebelum ia
boleh dilaksanakan pada mana-mana komputer. Proses pengkompilan dilakukan
oleh pengkompil. Jika program ini dikompil dalam Linux, ia hanya boleh
dijalankan dalam Linux sahaja. Jika ia dikompil dalam Windows, ia hanya boleh
dijalankan dalam Windows sahaja.

Masalah ini dikatakan tidak mudah alih iaitu mana-mana perisian yang dikompil
dalam sistem pengoperasian jenis A tidak boleh dilaksanakan dalam sistem
pengoperasian jenis B. Masalah tidak mudah alih ini timbul kerana kod objek
yang dihasilkan daripada proses pengkompilan adalah berbeza untuk sistem
pengoperasian yang berbeza. Kod objek ini adalah khusus untuk satu jenis
sistem pengoperasian sahaja.

Ketika kod sumber dikompil, ia akan dipaut dengan pustaka iaitu satu set
arahan yang sedia ada di dalam sistem pengoperasian. Dalam sistem
pengoperasian Windows, pustaka ini diberikan sambungan perpustakaan
pautan dinamik (dynamic loading library  .dll). Contoh pustaka dalam sistem
pengoperasian Windows adalah vb200.dll dan vb3000.dll. Perisian (atau kod
objek) yang dihasilkan memerlukan pustaka ini untuk menjalankan perisian
tersebut. Oleh kerana kehadiran pustaka ini adalah dalam sistem pengoperasian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  149

yang khusus (contohnya, Windows), kod objek yang dihasilkan hanya boleh
dijalankan dalam sistem Windows itu sahaja.

Setiap pemproses (unit pemprosesan pusat) dibina menggunakan seni bina yang
berbeza. Setiap seni bina mengandungi set arahan yang berbeza daripada satu
jenis kepada jenis yang lain. Oleh kerana set arahan adalah berbeza, bahasa
mesin bagi setiap pemproses juga berbeza. Kod objek yang dihasilkan daripada
proses pengkompilan adalah dalam bentuk bahasa mesin. Oleh kerana bahasa
mesin adalah berbeza, kod objek yang dihasilkan juga berbeza. Oleh itu, kod
objek boleh dijalankan dalam pemproses yang menghasilkannya sahaja.

Sebagai contoh, dua jenis seni bina pemproses adalah RISC dan CISC. Contoh
pemproses CISC adalah Intel, AMD dan Cyrix, manakala contoh pemproses
RISC adalah Alpha, Motorola 6800 dan PowerPC. Mana-mana perisian yang
dikompil bagi pemproses Intel tidak boleh dijalankan di atas pemproses Alpha
kerana kedua-duanya mengandungi kod objek berlainan.

Untuk menukar atur cara bahasa himpunan kepada kod objek, kita perlu
menggunakan penghimpun. Kod objek yang dihasilkan adalah tidak mudah alih.
Kita boleh menggunakan bahasa himpunan untuk menulis atur cara. Bahasa
himpunan kebanyakannya digunakan dalam pembangunan sistem pengoperasian
dan ia digunakan secara khusus dalam sistem pengoperasian tertentu.

Penterjemah adalah atur cara komputer yang menterjemah arahan peringkat


tinggi baris demi baris ke dalam bentuk pertengahan yang kemudiannya akan
dilaksanakan. Sebaliknya, satu pengkompil pula akan menterjemah arahan
peringkat tinggi terus kepada bahasa mesin. Atur cara yang telah dikompil
adalah lebih laju dijalankan berbanding atur cara yang telah diterjemahkan.
Kelebihan penterjemah adalah ia tidak perlu melalui fasa pengkompilan di mana
arahan mesin dihasilkan. Proses ini boleh mengambil masa yang lama jika atur
cara terlalu panjang. Penterjemah tidak menukar atur cara kepada kod objek.
Atur cara di dalam penterjemah adalah mudah alih dan boleh digunakan oleh
mana-mana sistem pengoperasian. Atur cara di dalam penterjemah dikompil dan
dijalankan di dalam bentuk kod objek. Basic dan Lisp adalah contoh bahasa
pengaturcaraan yang menggunakan penterjemah.

 Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa buatan untuk berkomunikasi dengan


komputer.

 Atur cara adalah set arahan yang diikuti oleh komputer supaya data dapat
diproses.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN

 Kepentingan memahami bahasa pengaturcaraan tertentu adalah dengan


menilai kekuatan dan kelemahan bahasa itu untuk menyelesaikan masalah
dengan berkesan.

 Bahasa pengaturcaraan boleh dibahagikan kepada peringkat atau lima


generasi (mesin, himpunan, algoritma, pertanyaan dan tabii), bermula dari
peringkat paling bawah ke paling atas.

 Semakin tinggi paras bahasa pengaturcaraan, semakin hampir ia kepada


bahasa manusia.

 Kebanyakan bahasa paras tinggi adalah bahasa berasaskan algoritma atau


prosedur.

 Arahan bahasa generasi keempat menyerupai arahan bahasa Inggeris untuk


mencapai dan memformatkan data.

 Bahasa pengaturcaraan boleh dikelaskan mengikut enam ciri: imperatif,


berorientasikan objek, fungsian, logik, selari, skrip dan visual.

 Bahasa imperatif adalah bahasa di mana setiap arahan untuk menyelesaikan


masalah perlu dinyatakan secara jelas.

 Bahasa berorientasikan objek dicipta untuk membangunkan sistem yang


besar dan rumit.

 Tiga konsep penting dalam bahasa berorientasikan objek adalah kelas, objek,
dan pewarisan.

 Bahasa berasaskan logik adalah berdasarkan logik yang diwakili oleh fakta
dan peraturan yang berbentuk pernyataan IF-THEN.

 Bahasa berasakan fungsian menekankan kepada apa yang perlu dikira dan
bukannya bagaimana untuk mengira.

 Bahasa skrip adalah bahasa terjemahan yang biasanya dihasilkan untuk


memenuhi objektif tertentu.

 Pengaturcaraan menggunakan bahasa visual menggantikan arahan


berdasarkan teks dengan simbol ikon.

 Ada dua jenis bahasa skrip Internet  HTML dan XML.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BAHASA PENGATURCARAAN  151

 Penghimpun digunakan untuk menukar atur cara dari bahasa penghimpun


kepada bahasa mesin.

 Pengkompil digunakan untuk menukar bahasa paras tinggi (contohnya,


Basic, C, Pascal) kepada kod mesin.

 Penterjemah digunakan untuk menterjemah dan melaksanakan arahan satu


demi satu di dalam bahasa paras tinggi.

Atur cara Logik


Bahasa berasaskan fungsi Penghimpun
Bahasa berasaskan objek Pengkapsulan
Bahasa imperatif Pengkompil
Bahasa mesin Penterjemah
Bahasa visual Pewarisan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Internet
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan istilah „Internet‰;
2. Membincangkan sejarah (lima fasa generasi), pembangunan, isu
dan evolusi Internet;
3. Mengenal pasti kandungan Internet dan bagaimana
menguruskannya; dan
4. Membincangkan kecenderungan Internet pada masa kini dan masa
hadapan.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Internet. Anda
mungkin sudah biasa melayari Internet tetapi adakah anda tahu apakah
keupayaan sebenar Internet? Adakah anda tahu apakah definisi, sejarah,
pembangunan, isu dan evolusi Internet? Dalam topik ini, kita akan belajar semua
perkara ini dan juga mengenali nod pelayan dan pelanggan di dalam Internet.
Selain itu, anda juga akan mengenal pasti proses pencarian dan pengurusan
maklumat yang berkesan melalui Internet. Akhir sekali, kita akan meneroka
kecenderungan Internet pada masa kini dan masa hadapan. Ayuh kita mulakan!

7.1 DEFINISI INTERNET


Dalam sebarang organisasi seperti pejabat kerajaan, syarikat swasta atau
universiti, komputer biasanya dipautkan dengan rangkaian komputer yang
dipanggil rangkaian kawasan setempat (local area network ă LAN). Ini
membolehkan pengguna untuk berkongsi sumber seperti pencetak,
berkomunikasi melalui mel elektronik (e-mel), berkongsi pangkalan data dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  153

sebagainya. Apabila dua atau lebih LAN (dan rangkaian lain) digabungkan ke
dalam satu rangkaian yang besar, ia dikenali sebagai antara rangkaian atau
Internet. Rajah 7.1 menunjukkan struktur Internet.

Rajah 7.1: Struktur Internet

Internet merupakan ringkasan kepada „international networking‰ (perangkaian


antarabangsa) yang merujuk kepada jenis rangkaian global yang terbesar.
Sekarang, bayangkan bahawa semua rangkaian komputer di dunia dipautkan
dengan membentuk satu rangkaian besar yang bersifat global. Rangkaian yang
terbentuk ini dipanggil Internet iaitu rangkaian yang dibentuk oleh gabungan
rangkaian komputer di seluruh dunia. Dengan Internet, komputer di Kuala
Lumpur boleh mengakses komputer di China, India, Amerika, Jepun, Arab Saudi
dan semua tempat lain di dunia.

Internet adalah kumpulan rangkaian komputer yang sangat besar dan


meliputi seluruh dunia. Ia beroperasi menggunakan protokol Protokol
Kawalan Penghantaran/Protokol Internet (Transmission Control
Protocol/Internet Protocol ă TCP/IP).

Ada pelbagai rangkaian proprietari yang menghubungkan beberapa negara


sebelum era Internet, seperti rangkaian Penerbangan Malaysia (Malaysian
Airlines ă MAS) yang menghubungkan pejabat di seluruh dunia tetapi ini
bukannya Internet. Internet telah menerima pakai protokol TCP/IP untuk
membolehkan pelbagai jenis komputer untuk bekerja bersama-sama. Internet
telah berjaya dalam mewujudkan perkampungan global di mana masyarakat
boleh berkomunikasi dengan masyarakat lain dengan mudah tanpa sempadan
fizikal dan masa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 INTERNET

Istilah "Intranet" merujuk kepada sebahagian Internet yang terletak di dalam


satu organisasi. Intra bermakna dalam.

Sebagai contoh, bahagian Internet yang terletak di semua fakulti di Open


University Malaysia (OUM) merupakan satu intranet. Bahagian ini perlu dijaga
oleh tembok api (firewall) khas memastikan bahawa orang luar tidak boleh
mengakses fail sulit OUM dengan mudah. Jadi, intranet benar-benar merupakan
subset Internet ă satu pada peringkat organisasi, manakala yang lain pada
peringkat global.

Ketika intranet banyak dibina, syarikat menemui kelebihan berdaya saing jika
mereka menghubungkan intranet bersama-sama. Oleh itu, ekstranet dibentuk
dengan menghubungkan dua atau lebih intranet.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, berikan definisi bagi


istilah berikut:
(a) Internet;
(b) Intranet; dan
(c) Ekstranet.

2. Berdasarkan jawapan di atas, terangkan perbezaan antara istilah-


istilah tersebut.

7.2 SEJARAH
Rangkaian Internet ada sejarah yang menarik. Dengan melihat sejarah, kita dapat
menilai kelebihan, kekurangan, kelemahan, pembangunan yang lalu dan masa
hadapan Internet dengan lebih baik. Rangkaian Internet telah dilahirkan di
Amerika pada tahun 1969. Jabatan Pertahanan Amerika telah menubuhkan
Agensi Projek Penyelidikan Termaju (Advanced Research Project Agency ă
ARPA) yang telah memulakan rangkaian. Organisasi ini bertanggungjawab
untuk menaik taraf aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
teknologi untuk bersaing dengan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Union of
Soviet Socialist Republic ă USSR), negara yang dikenali sebagai Rusia pada hari
ini. Ini adalah jawapan kepada kejayaan kerajaan USSR dalam pelancaran
komunikasi satelit Sputnik. Pada tahun 1970an, Amerika dan USSR berada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  155

dalam suasana Perang Dingin. Ramai orang beranggapan bahawa kejayaan


USSR telah membangkitkan Amerika dari tidur.

7.2.1 Bagaimana Internet Bermula?


Dua penyelidikan utama di Agensi Projek Penyelidikan Termaju adalah
perkongsian intelek dan perkongsian sumber komputer. Penyelidikan
perkongsian intelek menyentuh mengenai bagaimana penyelidik boleh
berkongsi pendapat dalam kalangan mereka tidak kira di mana mereka berada.
Penyelidikan perkongsian sumber komputer menyentuh mengenai bagaimana
seorang penyelidik boleh menggunakan sumber komputer di tempat-tempat lain
dengan mudah. Perlu diambil perhatian bahawa, pada dekad itu, komputer
adalah sangat mahal, terhad dan besar. Sebuah komputer sering menelan belanja
berjuta-juta dolar dan memerlukan satu bilik yang besar. Hanya organisasi
seperti Jabatan Pertahanan Amerika dan syarikat besar yang mampu memiliki
komputer. Komputer peribadi belum lagi wujud pada masa itu.

Hasil daripada penyelidikan tersebut, rangkaian komputer yang dikenali sebagai


ARPANET telah ditubuhkan pada tahun 1969. Ia telah menyambungkan empat
komputer yang terdapat di lokasi yang berbeza ă University of California, Los
Angeles (UCLA), University of California, Santa Barbara (UCSB), Universiti Utah
dan Stanford Research Institute (SRI). Pada tahun 1971, sejumlah 23 buah
komputer menyertai ARPANET, kebanyakannya universiti dan pusat
penyelidikan. Pada tahun 1973, bilangannya meningkat beberapa kali ganda.
Pada tahun 1971, kemudahan e-mel telah diperkenalkan ke dalam ARPANET.

Pada tahun 1970an, inisiatif telah diambil untuk mewujudkan piawaian


perkongsian data dalam kalangan pelbagai jenis rangkaian komputer. Pada masa
itu, setiap syarikat komputer memperkenalkan sistem rangkaian yang berbeza
antara satu sama lain. Inisiatif ini membolehkan semua komputer dengan jenama
yang berbeza dan juga pelbagai jenis rangkaian untuk berkongsi data atau
berkomunikasi sesama sendiri dengan mudah. Pada tahun 1974, satu teknik
perkongsian data yang dipanggil Protokol Kawalan Transmisi (Transmission
Control Protocol ă TCP) telah diperkenalkan. Kemudian, pada tahun 1978, teknik
ini telah diperluaskan kepada apa yang dipanggil Protokol Kawalan
Penghantaran/Protokol Internet (Transfer Control Protocol/Internet Protocol ă
TCP/IP).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 INTERNET

AKTIVITI 7.1

Seperti yang kita tahu, Internet menguasai hampir setiap aspek


kehidupan manusia hari ini. Buat satu peta minda untuk menunjukkan
bagaimana semuanya bermula. Bentangkannya semasa sesi tutorial.

7.2.2 Internet sebagai Fenomena


Pada tahun 1982, rangkaian ARPANET menggunakan TCP/IP sepenuhnya
sebagai piawaian dalam perkongsian data. Ia telah membolehkan pelbagai jenis
komputer dalam ARPANET berkongsi data sesama mereka. Istilah "intranet" dan
"Internet" telah digunakan bermula daripada tahun tersebut dan seterusnya.
Istilah "intranet" merujuk kepada rangkaian komputer yang menggunakan
TCP/IP, manakala "Internet" merujuk kepada kumpulan rangkaian komputer
yang menggunakan TCP/IP. Kejayaan ARPANET dalam menggunakan TCP/IP
menyebabkan banyak universiti dan organisasi lain menyertai ARPANET. Pada
tahun 1984, ada kira-kira 1,000 komputer di dalam ARPANET. Aktiviti utama
Internet pada masa itu adalah e-mel, pemindahan fail, log-masuk jauh dan
Usenet.

Pada tahun 1986, National Science Foundation Network (NFSNET), rangkaian


berkelajuan tinggi telah ditubuhkan. Rangkaian ini menjadi rangkaian tulang
belakang yang menyambungkan universiti, pusat penyelidikan dan agensi-
agensi kerajaan dengan pusat komputer super. Pada tahun 1990, rangkaian
ARPANET telah ditamatkan dan fungsinya telah diambil alih oleh NFSNET.
Pada tahun 1997, NFSNET yang berfungsi sebagai rangkaian tulang belakang
telah diambil alih oleh pihak swasta.

Pada tahun 1980an dan awal 1990an, penggunaan Internet masih terbatas kepada
universiti, pusat penyelidikan dan organisasi kerajaan. Aplikasi utamanya
adalah e-mel, Protokol Pemindahan Fail (File Transfer Protocol ă FTP) dan
Usenet. Pada tahun 1989, satu kejadian besar berlaku di Pertubuhan Eropah bagi
Penyelidikan Nuklear (European Organisation for Nuclear Research ă CERN),
pusat penyelidikan yang besar di Switzerland yang ditakdirkan menukar
Internet buat selama-lamanya. Tim Berners-Lee, penyelidik di CERN,
mencadangkan teknik perkongsian maklumat berdasarkan hiperteks untuk
persekitaran Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  157

Pada tahun 1990, Berners-Lee telah memperkenalkan protokol atau teknik


yang dipanggil Protokol Pemindahan Hiperteks (Hypertext Transfer Protocol
 HTTP) iaitu teknik yang boleh digunakan untuk membangunkan sistem
multimedia teragih berdasarkan pada rangkaian.

Sistem multimedia ini mengandungi grafik, teks, audio dan video yang boleh
diindeks dan dicapai dengan mudah oleh pengguna di seluruh dunia. Sistem ini
telah diberi pelbagai nama seperti web, World Wide Web, W3, web atau WWW.
Seperti yang kita tahu ketika ini, Internet telah dilahirkan! Web boleh ditakrifkan
sebagai rangkaian pelbagai jenis maklumat seperti grafik, audio, video dan teks
adalah berdasarkan pada hiperteks. Istilah asal untuk hiperteks telah
diperkenalkan oleh Ted Nelson pada tahun 1967. Asalnya, hiperteks hanya
melibatkan teks dokumen tetapi kini ia melibatkan dokumen yang berdasarkan
grafik, audio, video dan lain-lain.

Ted Nelson telah bekerja untuk membangunkan sistem hiperteks yang


dinamakan Xanadu. Idea asas hiperteks pernah dibentangkan oleh Vannevar
Bush dalam artikel bertajuk As We May Think pada tahun 1947. Menurut
Nelson, hiperteks bermaksud koleksi dokumen atau nod yang mempunyai
hubungan atau rujukan di kalangan mereka. Pengguna boleh membaca
dokumen dan mencapai dokumen lain melalui pautan interaktif. Konsep asas
dalam hiperteks adalah pautan, kebolehcapaian dan interaktiviti. Melalui
hiperteks, maklumat yang diberikan akan dikaitkan sesama mereka seperti
sarang labah-labah.

Teknik Protokol Pemindahan Hiperteks telah diperkenalkan ke Internet pada


tahun 1991.

Pada tahun 1992, terdapat 70 laman web yang menawarkan perkhidmatan HTTP
dan web di seluruh Internet. Protokol HTTP masih tidak digunakan secara
cukup meluas kerana tidak ada pelayar Internet yang baik dan menarik untuk
pengguna. Kebanyakan pelayar Internet pada masa itu berdasarkan teks.

Pada tahun 1993, pelayar yang berdasarkan grafik telah dibangunkan oleh Marc
Andreessen dan Eric Bina di National Centre for Supercomputing Application
(NCSA) di Amerika. Pelayar ini dipanggil Mosaic dan diberikan secara percuma
kepada pengguna. Ia mengandungi ciri-ciri antara muka yang menarik dan
mesra pengguna. Gabungan idea hiperteks daripada Berners-Lee dan pelayar
Mosaic akhirnya berjaya mempopularkan protokol HTTP di Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 INTERNET

Perisian Mosaic dianggap ciptaan utama iaitu aplikasi hebat yang telah berjaya
mempopularkan Internet dengan segera kepada pengguna umum. Pada akhir
tahun 1993, dalam tempoh dua tahun HTTP diperkenalkan, ada 700 laman web.
Internet telah mula menarik minat media dan orang awam. Banyak berita
mengenai Internet telah ditemui dalam majalah, surat khabar dan TV.

Dari segi aspek komersial, Internet mula menarik perhatian organisasi komersial
yang besar. Ramai orang berfikir bahawa Internet adalah kunci kepada kejayaan
masa depan mereka dalam perniagaan. Banyak syarikat berasaskan Internet
telah dibentuk dalam jumlah yang besar. Marc Andreessen dan beberapa orang
kawan telah menubuhkan sebuah syarikat teknologi Internet dan menghasilkan
pelayar Internet yang dipanggil Netscape. Pelayar ini diberi percuma kepada
semua pengguna. Gergasi Microsoft Corporation agak lewat memasuki Internet.
Syarikat ini menghasilkan pelayar Internet Explorer sebagai satu cara untuk
mendominasi Internet. Persaingan antara kedua-dua jenama perisian pelayar
Internet dalam menarik pasaran pengguna Internet adalah sangat menarik.
Ramai orang berfikir bahawa sesiapa yang menguasai perisian pelayar akan
mendominasi Internet. Rajah 7.2 mempersembahkan cerita yang menarik
mengenai Netscape/Microsoft.

Rajah 7.2: Cerita menarik mengenai Netscape/Microsoft

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  159

SEMAK KENDIRI 7.2

Bincangkan peranan ARPANET dalam sejarah Internet.

7.2.3 Pembangunan Internet


Dianggarkan bahawa bilangan pengguna Internet akan berganda setiap 18 bulan.
Tempoh dari tahun 1997 hingga 1999 adalah tempoh ledakan Internet di mana
Internet menjadi topik hangat dalam ceramah dan perbincangan. Demam
Internet mula meresapi setiap pengguna yang mahu menubuhkan laman web
dan akaun e-mel persendiriannya. Pelbagai manfaat dan kepakaran Internet
telah dicadangkan oleh pihak media dan pihak lain. Antara manfaat Internet
adalah ia boleh mewujudkan sebuah perkampungan global, menghapuskan
sempadan antara negara, memberi maklumat dengan cepat, merapatkan jurang
antara negara yang maju dengan yang membangun, membuka pendidikan
dalam talian dan mewujudkan ekonomi tanpa sempadan. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kenyataan ini tidak tercapai sepenuhnya atau masih boleh
dibahaskan.

Walaupun kepopularan Internet semakin meningkat dan banyak syarikat


dotcom ditubuhkan, tahun 2000 adalah tahun yang sukar bagi Internet.
Kelemahan Internet telah dirasai oleh pengguna. Antara masalah yang timbul
adalah kesukaran dalam mencari maklumat yang relevan, kesesakan rangkaian,
berita tidak ditapis, pelbagai khabar angin, penyebaran virus melalui e-mel,
tahap keselamatan yang rendah apabila kad kredit telah digunakan dalam urus
niaga, pencerobohan komputer dan bahan pornografi berleluasa dalam talian.
Banyak syarikat dotcom mengalami kerugian dan terpaksa ditutup. Berdasarkan
penyelidikan, syarikat yang membuat keuntungan di Internet adalah mereka
yang mengoperasi laman web yang menjual bahan pornografi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 INTERNET

AKTIVITI 7.2

1. Layari web untuk mendapatkan artikel berkaitan Internet antara


tahun 1997 dan 1999. Dalam keghairahan mereka untuk
mempopularkan Internet, beberapa kenyataan telah diperbesarkan.
Berdasarkan fakta semasa yang manakah kenyataan yang benar dan
kenyataan yang palsu?
2. Pada pendapat anda, apakah perubahan kepada Internet dalam
tempoh tujuh tahun akan datang?
3. Dapatkan senarai syarikat dotcom di Malaysia. Apakah masalah
yang dihadapi untuk memulakan syarikat dotcom di Malaysia?

7.3 EVOLUSI INTERNET


Sesetengah orang berfikir bahawa Internet membuka era baru dalam ekonomi.
Dalam era ekonomi baru ini, syarikat tidak lagi memerlukan bangunan atau
tapak fizikal. Sebaliknya, ia hanya memerlukan laman web untuk berurusan
dengan pelanggan. Semua urus niaga boleh dilakukan melalui Internet. Banyak
syarikat berasaskan Internet, juga dikenali sebagai syarikat dotcom, ditubuhkan
di seluruh dunia. Banyak syarikat ini disenaraikan di bursa saham dan mendapat
sambutan luar biasa daripada para pelabur. Ada syarikat yang disenaraikan
pada harga RM2 tetapi pada keesokan harinya, mereka diurusniagakan pada
harga RM200 sesaham. Internet akan terus berkembang. Jadual 7.1 menunjukkan
sejarah Internet (lima fasa) dan bagaimana ia telah mengalami perubahan
sehingga masa kini.

Jadual 7.1: Lima Fasa Perubahan Internet

Evolusi Tahun Penerangan


Fasa Sebelum Kelahiran ARPANET bagi tujuan penyelidikan dan
pertama 1969 perkongsian sumber komputer di Amerika sahaja. Kebanyakan
pengguna adalah saintis, pelajar dan ahli akademik. Internet
telah digunakan sebagai alat untuk perkongsian sumber
komputer
Fasa 1970ă1990 Komunikasi seperti e-mel, FTP dan Usenet telah digunakan
kedua secara meluas. Penggunaan masih terhad kepada universiti
dan agensi kerajaan. Penggunaan Internet tertumpu di
Amerika, Eropah dan Jepun. Internet telah digunakan sebagai
alat komunikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  161

Fasa 1990ă1997 Teknik hiperteks telah digunakan secara meluas dalam


ketiga rangkaian maklumat. Internet mula menarik perhatian orang
ramai kerana pelayar Internet mempunyai antara muka yang
menarik dan mesra pengguna
Fasa 1997ă2000 Ledakan Internet. Bilangan pengguna telah berkembang pesat.
keempat Internet telah digunakan untuk transaksi perniagaan. Ia
menjadi topik perbualan dan banyak artikel mengenai Internet
telah ditulis dalam pelbagai majalah
Fasa 2001 ă Realiti Internet. Banyak syarikat dotcom ditutup. Realiti
kelima seterusnya kelebihan dan kekurangan Internet telah dirasai. Beberapa
inisiatif untuk memperbaiki Internet diteruskan

7.3.1 Garis Masa Internet


Sekarang, kita akan meneruskan pembelajaran dan menumpukan kepada garis
masa Internet, seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Garis Masa Internet dan Peristiwa

Tahun Peristiwa
1969 Empat komputer telah dihubungkan pada rangkaian ARPANET di Amerika.
Komputer tersebut adalah dari University of California, Los Angeles;
University of California, Santa Barbara; Stanford Research Institute dan
University of Utah
1971 Bilangan komputer dalam ARPANET meningkat sehingga 21. Teknik
komunikasi e-mel telah diperkenalkan
1973 University College of London telah disambungkan ke ARPANET, sambungan
pertama ARPANET di luar Amerika
1978 Teknik perkongsian data TCP/IP telah dihasilkan
1979 Usenet telah diperkenalkan. Ia melibatkan dua buah komputer dalam
ARPANET
1982 ARPANET menggunakan TCP/IP sepenuhnya. Takrifan Internet dan intranet
telah diperkenalkan. "Internet" merujuk kepada kumpulan (seluruh dunia)
rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP manakala "intranet" merujuk
kepada rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP
1984 Bilangan komputer di Internet melebihi 1,000 unit

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 INTERNET

1988 Internet telah diserang secara besar-besaran oleh cecacing Internet yang
merupakan perisian komputer yang tersebar dengan cara tersendiri. Kejadian
ini menunjukkan tahap keselamatan yang rendah di Internet. Pasukan
Tindakan Kecemasan Komputer (Computer Emergency Response Team ă
CERT) telah ditubuhkan bagi memantau keselamatan di Internet
1989 Bilangan komputer melebihi 100,000 unit. Buku bertajuk Cuckoo Nest telah
diterbitkan. Buku ini menjelaskan bagaimana sekumpulan penceroboh dari
Jerman berjaya memasuki beberapa komputer tentera Amerika tanpa
kebenaran melalui Internet
1990 ARPANET telah ditamatkan dan digantikan dengan rangkaian NFSNET
1991 Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP) telah dihasilkan oleh Tim Berners-Lee
di CERN. Ini menjadi asas bagi pembangunan web di Internet
1992 Bilangan komputer di Internet melebihi satu juta unit. Malaysia juga menyertai
Internet. Rangkaian Internet di Malaysia diuruskan oleh Institut Sistem
Mikroelektronik Malaysia (Malaysian Institute of Microelectronic Systems ă
MIMOS). Rangkaian ini dikenali sebagai JARING dan disertai oleh beberapa
universiti tempatan seperti OUM
1996 Perang pelayar antara Netscape Communicator dan Internet Explorer. Pada
masa itu, hampir 80% pengguna menggunakan Netscape
1997 Fungsi tulang belakang rangkaian NFSNET untuk peruntukan pelayaran
Internet telah diambil alih oleh syarikat komersial. Bahasa pengaturcaraan
komputer yang berasaskan objek, Java, telah dilancarkan oleh Sun
Microsystems pada 23 Mei 1997. Bahasa ini mendapat sambutan luar biasa.
Java membolehkan laman web mempunyai pelbagai animasi yang menarik.
Enjin carian turut diperkenalkan. Terdapat 17,618 forum perbincangan yang
berdasarkan e-mel
1998 Internet dianggarkan mempunyai berjuta-juta laman web. E-dagang dan portal
teknologi mula menarik perhatian ramai
1999 Bilangan komputer di Internet telah dianggarkan berjumlah 76 juta unit.
Bilangan pelayan web dianggarkan berjumlah tujuh juta unit
2000 Dianggarkan satu bilion laman web di Internet

Dalam sejarah Internet dan garis masanya, kita dapati bahawa perkembangan
pesat Internet hanyalah dalam tempoh 30 tahun. Internet bermula sebagai
rangkaian penyelidikan. Kemudian, ia menjadi rangkaian komunikasi dan
rangkaian perkongsian data (yang akhirnya berubah menjadikan Internet sebagai
platform untuk media sosial dan rangkaian sosial) dan akhirnya rangkaian untuk
e-dagang. Internet telah menghapuskan sempadan fizikal yang membahagikan
dunia dan mewujudkan perkampungan global yang melampaui masa dan ruang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  163

Komputer memerlukan alamat Protokol Internet (Internet Protocol ă IP) untuk


berkomunikasi dengan komputer lain di Internet. Tanpa alamat IP, komputer
tidak boleh mengakses Internet. Tahukah anda bahawa nombor IP untuk seluruh
Internet diselaraskan oleh badan yang berpusat di http://www.internic.net
manakala bagi komputer di Asia, ia diselaraskan oleh Asia Pacific Network
Information Centre (APNIC) yang berpusat di Jepun. Pengagihan nombor IP di
Malaysia diuruskan oleh MIMOS.

AKTIVITI 7.3

Internet banyak mempengaruhi kehidupan manusia pada hari ini, sama


ada di Malaysia atau seluruh dunia. Bayangkan kesan Internet kepada
masyarakat sama ada di Malaysia atau seluruh dunia. Juga bayangkan
jika Internet tidak wujud pada hari ini. Apakah aktiviti-aktiviti yang
pengguna tidak boleh lakukan tanpa Internet? Bincangkan.

7.4 KOMPUTER DI INTERNET


Terdapat dua jenis komputer di Internet iaitu komputer hos dan komputer
pelayan. Komputer hos adalah komputer unik di Internet yang mempunyai
alamat IP. Alamat IP adalah terdiri daripada empat nombor berurutan a.b.c.d.
Contoh alamat IP adalah 202.187.48.7, 202.187.46.197 dan 192.228.128.18. Urutan
setiap a, b, c, d terdiri daripada nombor antara 0 dan 255. Sebagai contoh, alamat
IP untuk Universiti Kebangsaan Malaysia terdiri daripada nombor antara
202.187.40.X dan 202.187.46.Y. Perumpamaan yang baik untuk alamat IP adalah
nombor kad pengenalan. Ia unik kepada hos tertentu sahaja. Tidak ada dua hos
di Internet yang mempunyai alamat IP yang sama. Komputer perlu mempunyai
alamat IP untuk mengakses Internet.

Mengikut peraturan yang mudah, jika komputer tersebut adalah komputer


peribadi dan mempunyai alamat IP, maka komputer tersebut adalah komputer
hos. Jika pengguna mengakses Internet dengan menggunakan perkhidmatan
yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan Internet (Internet service provider
ă ISP) seperti tm.net.my, jaring.my atau maxis.my melalui komputer di rumah,
pengguna tidak memerlukan alamat IP. Komputer pengguna akan diberikan
alamat IP yang dinamik oleh pembekal perkhidmatan Internet.

Komputer juga boleh berfungsi sebagai pelayan iaitu komputer yang boleh
diakses oleh pengguna di Internet. Pelayan merupakan komputer berkuasa
tinggi yang digunakan sebagai platform untuk laman web, e-mel, perbincangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 INTERNET

elektronik, arkib, pelayan fail dan sebagainya. Biasanya pelayan akan


menggunakan UNIX, Linux, Solaris atau Windows 2000 Server sebagai sistem
pengoperasiannya.

Pelayan ada dua bentuk pengenalan ă iaitu alamat IP dan nama domain lulus
penuh (fully qualified domain name ă FQDN). Contoh nama domain lulus
penuh untuk pelayan adalah www.jaring.my (192.228.128.18) atau oum.edu.my
(202.187.48.7). Analoginya adalah individu ada nombor kad pengenalan dan
nama, jadi pelayan juga ada nombor IP dan nama FQDN. Mengikut peraturan
ringkas, jika komputer tersebut berkuasa tinggi dan mempunyai alamat IP dan
nama domain lulus penuh, maka komputer tersebut adalah pelayan.

Nama domain lulus penuh digunakan untuk membantu pengguna Internet


kerana ia lebih mudah untuk mengingati nama FQDN sebagai www.jaring.my
berbanding dengan alamat IP 192.228.128.18. Oleh itu, setiap pelayan di Internet
mempunyai alamat IP dan nama untuk pengenalan. Nama domain lulus penuh
memberikan banyak maklumat mengenai pelayan tertentu. Sebagai contoh,
nama pelayan lms.oum.edu.my memberikan maksud berikut ă lms ialah
komputer, oum ialah nama organisasi dan my ialah nama negara. Oleh itu,
secara umum, nama lms.oum.edu.my merujuk kepada pelayan yang terletak di
OUM

Bahagian akhir nama pelayan biasanya menunjukkan lokasi atau jenis organisasi
di mana pelayan ditempatkan. Sebagai contoh:
 .edu merujuk kepada institusi pengajian;

 .gov merujuk kepada organisasi kerajaan

 .org merujuk kepada organisasi bukan komersial;

 .com merujuk kepada syarikat;

 .my merujuk kepada Malaysia; dan

 .uk merujuk kepada UK;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  165

Disebabkan Internet berasal dari Amerika, nama domain untuk komputer di


sana tidak mempunyai nama negara. Sebagai contoh:

 www.facebook.com

Kita boleh lihat contoh alamat Internet dalam Rajah 7.3, sementara penerangan
domain ditunjukkan dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.3: Alamat e-mail

Rajah 7.4: Internet domain

Tahukah anda kebanyakan nama pelayan adalah dalam bentuk Penempatan


Sumber Semesta (Uniform Resource Locator ă URL) yang telah menjadi asas
protokol HTTP? Contoh nama URL adalah http://www.oum.edu.my:

 http merujuk kepada protokol http;


 www merujuk kepada laman web;
 oum merujuk kepada OUM;
 edu merujuk kepada institusi pengajian; dan
 my merujuk kepada negara, Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 7 INTERNET

Berdasarkan kepada contoh tadi, istilah web merujuk kepada kombinasi hos
pelayan di Internet yang menawarkan maklumat berdasarkan protokol HTTP.
Seperti yang telah dibincangkan, HTTP merupakan protokol yang digunakan
untuk menghantar dan menerima maklumat berdasarkan hiperteks. Maklumat
dalam bentuk hiperteks ini boleh dipautkan dengan maklumat lain untuk
membentuk pautan atau laman web dengan maklumat yang lebih meluas.
Pelayan HTTP mempunyai „awalan‰ www seperti www.oum.edu.my,
www.jaring.my dan www.um.edu.my. Pelayan HTTP juga dikenali sebagai
pelayan web.

SEMAK KENDIRI 7.3

Apakah yang anda faham dengan komputer pelayan? Terangkan.

7.5 APAKAH KANDUNGAN INTERNET?


Internet adalah rangkaian yang pada asalnya bertujuan untuk membuat
penyelidikan. Kebanyakannya digunakan di universiti, pusat penyelidikan dan
agensi kerajaan. Itulah sebabnya mengapa ada banyak dokumen yang bersifat
akademik di dalamnya. Ini termasuklah buku, laporan teknikal, hasil
penyelidikan, terjemahan, data, artikel, perbincangan, kod sumber atur cara,
perisian penyelidikan, nota kuliah, panduan perisian, gambar dan bunyi.
Biasanya maklumat ini adalah percuma dan boleh diakses melalui laman web.
Berdasarkan senario ini, Internet boleh disamakan dengan perpustakaan maya
yang sangat besar dan ada pelbagai jenis maklumat.

Internet turut menawarkan pelbagai bentuk komunikasi seperti e-mel,


perbincangan dalam talian, Usenet dan perbincangan berasaskan e-mel. Teknik
komunikasi ini telah berjaya mewujudkan perkampungan global.

Melalui e-mel, pengguna boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja, di mana


jua mereka berada. E-mel adalah sejenis komunikasi yang murah dan cepat. E-
mel yang dihantar dari OUM mengambil masa hanya tujuh saat untuk sampai ke
UK. Dengan menggunakan e-mel, pengguna boleh menghantar lampiran seperti
dokumen Microsoft Word, perisian, fail zip, grafik atau audio.

Internet juga menawarkan pelbagai topik perbincangan dalam talian melalui


Usenet. Ada lebih daripada 7,000 topik yang dibincangkan di dalam Usenet dan
pengguna boleh memilih daripada pelbagai topik yang mereka berminat. Dalam
perbincangan Usenet, sesiapa sahaja dari serata dunia boleh memberi pendapat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  167

atau idea secara bebas. Salah satu cara untuk menggunakan perkhidmatan ini
adalah dengan mencapai pelayan Usenet seperti http://dotsrc.org/usenet.

Internet juga menawarkan perbincangan berdasarkan e-mel. Perbincangan


biasanya memberi tumpuan kepada topik tertentu. Pengguna perlu mempunyai
akaun e-mel untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Ada beberapa
lokasi yang menawarkan perbincangan yang berdasarkan e-mel percuma seperti
di http://www.groups.yahoo.com.

Internet telah menjadi platform atau hos kepada pelbagai jenis media sosial dan
laman rangkaian sosial, seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, YouTube dan
banyak lagi. Semua laman ini mempunyai ciri Web 2.0, suatu istilah yang
merujuk kepada laman yang membenarkan pengguna berhubung, berinteraksi,
menyumbang dan bekerjasama dengan pengguna lain, dan bukannya seperti
laman web biasa dengan halaman statik atau sekadar mendapatkan maklumat.
Web 2.0 menyediakan pengguna dengan peluang untuk menonjolkan idea,
membuat perbincangan, berkongsi bahan pembelajaran dan fail dokumen serta
bekerjasama dengan pengguna lain dalam masa nyata. Contoh aplikasi Web 2.0
adalah Google Docs, Prezi, Pinterest dan lain-lain lagi.

Di Internet, anda juga boleh mencari dan mendapatkan pelbagai jenis maklumat
untuk rujukan dan bacaan. Ada pelbagai jenis maklumat di Internet. Pengguna
boleh mendapatkan keseluruhan karya sastera William Shakespeare, terjemahan
al-Quran, Hadis Nabi Muhammad, karya sastera klasik Melayu, resipi membuat
kek, nota kuliah, laporan Agensi Perisik Pusat (Central Intelligence Agency ă
CIA) berkenaan Malaysia dan sebagainya. Banyak universiti luar negara dan
tempatan telah meletakkan sumber kuliah mereka seperti nota, sampel kertas
peperiksaan dan perisian dalam talian ke dalam Internet untuk dicapai dan
semua ini memberikan faedah kepada pelajar. Contoh laman web kuliah adalah
http://www.vlib.org.

Internet juga merupakan arkib perisian komputer yang besar. Ia ada pelbagai
jenis perisian seperti grafik, pemprosesan kata, pangkalan data, permainan dan
lain-lain. Sejenis perisian yang mendapat perhatian meluas di Internet pada masa
kini adalah perisian sumber terbuka (open source). Perisian sumber terbuka
adalah perisian berkualiti tinggi dan boleh diperoleh bersama dengan kod atur
cara.

Internet juga menawarkan pelbagai sumber berita yang terkini dan cepat melalui
laman web akhbar dan televisyen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 7 INTERNET

Contoh laman web berita adalah:


(a) http://www.cnn.com
(b) http://www.thestar.com.my
(c) http://www.bharian.com.my

Pengguna juga boleh membeli pelbagai perkara melalui Internet. Contohnya,


pengguna boleh membeli buku rujukan daripada syarikat di Jerman melalui
Internet. Pembelian melalui Internet biasanya memerlukan kad kredit.
Dianggarkan jumlah jualan melalui Internet, juga dikenali sebagai e-dagang,
boleh mencapai sehingga bilion dalam masa terdekat.

Contoh laman web e-dagang yang popular adalah:


(a) http://www.amazon.com
(b) http://www.ebay.com
(c) http://www.lelong.com.my

Internet juga menawarkan pelbagai jenis hiburan seperti sembang (chat), muzik,
video, wayang, blog dan permainan. Di Internet, anda juga boleh menjumpai
laman web yang telah dibina oleh pengguna untuk tujuan promosi, pengiklanan
dan sebagainya. Pengguna juga boleh melawat laman web muzium, universiti,
syarikat atau individu dan melihat pelbagai jenis maklumat dipaparkan. Laman
web ini mengandungi pelbagai jenis maklumat dalam bentuk teks, audio, video,
grafik , wayang, perisian dan sebagainya. Dengan kata lain, ada pelbagai jenis
bahan di dalam ratusan laman web yang boleh dicapai melalui Internet.

Berdasarkan perbincangan ini, kita bolehlah menganggap Internet sebagai


persekitaran maya yang sangat besar, tanpa sempadan, tanpa peta yang jelas dan
tanpa sesiapa dalam kawalan, dan meliputi seluruh dunia. Boleh dikatakan
bahawa Internet adalah wadah maklumat tentang dunia. Ia juga menawarkan
cara komunikasi kepada manusia dengan cekap dan cepat.

Kita dapat melihat ringkasan tentang perkara yang ada di Internet seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  169

Rajah 7.5: Perkara yang boleh didapati di Internet

AKTIVITI 7.4

Pada pendapat anda, apakah sebenarnya yang terdapat di Internet yang


boleh memberi faedah kepada pengguna? Apa yang boleh dilakukan di
Internet? Proses apakah yang boleh diperbaiki di Internet? Hantar
pendapat anda di dalam forum. Bandingkan pendapat anda dengan
pendapat rakan forum.

7.6 MENGURUSKAN MAKLUMAT INTERNET


Internet adalah sumber maklumat yang besar. Bagaimana kita menguruskan
maklumat di Internet dengan cekap? Pengguna perlu memahami pendekatan ini
kerana ia akan membantu pengguna untuk mencari maklumat dan
menggunakan maklumat ini dengan cekap.

Pencarian maklumat melibatkan proses mencari tempat di mana terdapatnya


maklumat yang diperlukan itu. Ia merupakan proses yang penting. Ramai
pengguna menghabiskan banyak masa meneroka Internet untuk mencari
maklumat tetapi tidak menjumpainya. Pengguna memperoleh maklumat yang
tidak relevan dan telah lapuk.

Dua cara utama pencarian maklumat melalui Internet adalah melalui enjin carian
dan portal. Pendekatan lain yang juga boleh digunakan adalah Usenet, FAQ,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 7 INTERNET

forum perbincangan e-mel dan laman arkib. Contoh komponen yang digunakan
untuk pencarian maklumat di Internet boleh dilihat dalam Rajah 7.6.

Rajah 7.6: Komponen dalam pencarian maklumat di Internet

Memanipulasi maklumat melibatkan proses menukar maklumat yang telah


diperoleh dan menggunakan maklumat dengan bijak. Selalunya, pengguna
menghabiskan masa mereka untuk mendapatkan maklumat yang pada akhirnya
tidak boleh digunakan kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk memanipulasi
maklumat tersebut. Ini secara tidak langsung membazir masa dan tenaga.

Tahap keselamatan Internet telah banyak dipertingkatkan. Ini boleh dilihat pada
laman perbankan dalam talian seperti cimbclicks.com dan maybank2u.com.
Sungguhpun begitu, masih ada penceroboh yang berjaya memasuki komputer hos
tanpa kebenaran. Jika ia berjaya dicerobohi, mereka akan mencuri data, menukar
laman web, mencuri nombor kad kredit, membuat transaksi dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  171

AKTIVITI 7.5
Bincangkan strategi untuk mengatasi isu berikut:
Tahap keselamatan data untuk transaksi e-dagang melalui Internet
masih dipersoalkan oleh pengguna. Apakah jaminan yang boleh
diberikan oleh syarikat bahawa nombor kad kredit yang digunakan
dalam e-dagang adalah selamat? Ada banyak cerita di mana beribu
nombor kad kredit pengguna dicuri oleh penceroboh dari komputer
pelayan syarikat.

7.6.1 Enjin Carian


Langkah pertama dalam mencari maklumat adalah menggunakan enjin carian.
Pengguna akan menggunakan satu atau lebih kata kunci untuk mencari
maklumat yang dikehendaki. Kemudian, enjin carian akan mencari laman web
berdasarkan kepada kata kunci tersebut. Bolehkah anda namakan beberapa enjin
carian yang popular? Rajah 7.7 menunjukkan contoh enjin carian yang popular
iaitu Google.

Rajah 7.7: Enjin carian Google


Sumber: http://www.google.com.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 7 INTERNET

Enjin carian tidak pintar tetapi mereka juga tidak dungu sama sekali. Mereka
berfungsi berdasarkan robot dan indeks.

Robot adalah sejenis perisian yang dihantar oleh enjin carian untuk
berkeliaran di Internet.

Bagaimanakah robot ini berfungsi? Enjin carian akan menghantar robot yang
banyak untuk berkeliaran di dalam Internet. Robot ini akan membawa balik data
daripada pelayan web yang dilawati.

Berdasarkan data yang dibawa balik oleh robot, indeks akan dibina. Indeks ini
pada dasarnya ada kata kunci dan lokasi pelayan bagi kata kunci tersebut. Setiap
enjin carian mempunyai teknik yang berbeza dalam membina indeks. Oleh itu,
dua enjin carian yang berbeza akan memberikan jawapan yang berbeza untuk
kata kunci yang sama. Oleh kerana saiz Internet begitu besar, tidak semua
pelayan Internet diakses oleh robot. Apabila pengguna membuat permintaan
berdasarkan kata kunci di laman enjin carian, enjin carian akan merujuk kepada
indeks untuk mendapatkan pelayan yang berkaitan. Enjin carian akan sentiasa
melakukan proses pengemaskinian ke atas indeks.

7.6.2 Portal
Cara kedua terbaik untuk mengakses maklumat adalah menggunakan portal.
Portal adalah pelayan yang mengandungi direktori beberapa pelayan di Internet
berdasarkan kategori maklumat yang terdapat pada pelayan tersebut. Pengguna
boleh mencari maklumat dengan mengakses pelayan bagi kategori yang
berkaitan.

Contoh portal popular adalah:


(a) http://www.google.com
(b) http://www.yahoo.com
(c) http://www.wikipedia.org

Portal memerlukan pengguna mengatur dan mengklasifikasikan pelayan kepada


beberapa kategori tertentu. Kaedah ini menghasilkan senarai pelayan yang lebih
teratur dan boleh digunakan dengan mudah. Contohnya, jika pengguna ingin
mengetahui lebih lanjut mengenai bahasa pengaturcaraan Java, beliau boleh
mengakses pelayan yang ada dalam kategori bahasa pengaturcaraan komputer.
Kaedah ini sering menghasilkan maklumat yang sesuai dan relevan. Portal
(laman) di http://www.dmoz.org ialah inisiatif sukarelawan Internet dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  173

membina portal. Portal komersial adalah seperti http:// www.yahoo.com dan


http://netscape.aol.com. Contoh portal (laman web) untuk BlueHyppo
ditunjukkan dalam Rajah 7.8.

Rajah 7.8: Portal BlueHyppo


Sumber: http://www.bluehyppo.com

7.6.3 Kaedah Lain


Selain enjin carian dan portal, pengguna juga boleh mencari maklumat melalui
forum dan soalan kerap ditanya (frequently asked questions ă FAQ), seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 7.9.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 7 INTERNET

Rajah 7.9: Laman web arkib soalan kerap ditanya


Sumber: http://www.faqs.org

Perlu diingatkan bahawa Usenet mempunyai sudut perbincangan dalam talian.


Ada pelbagai sudut perbincangan dalam Usenet. Dalam sudut perbincangan,
pengguna baru boleh bertanya soalan yang remeh di mata pengguna
berpengalaman. Selalunya, apabila soalan remeh ditanya dalam sudut
perbincangan, pengguna berpengalaman akan berkata ă "RTFM atau FAQ".
Adakah anda tahu apakah makna kedua-dua singkatan ini?

Singkatan RTFM bermaksud "Read the Fine Manual" (baca manual) iaitu
pengguna baru seharusnya membaca terlebih dahulu manual sebelum bertanya
soalan remeh. Soalan kerap ditanya iaitu dokumen dalam bentuk soalan dan
jawapan. Soalan dalam FAQ adalah soalan yang sering ditanya dalam sudut
perbincangan Usenet. Usenet dan FAQ akan dibincangkan lebih lanjut dalam
topik seterusnya.

Selain FAQ dan RTFM, pengguna juga boleh mencari maklumat pada pelayan
arkib iaitu pelayan yang ada banyak maklumat mengenai topik tertentu. Alamat
arkib biasanya boleh diperoleh daripada portal FAQ atau dokumen. Banyak hos
di Internet berkhidmat sebagai arkib atau pusat pengumpulan maklumat dalam
bidang tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  175

Contoh laman web yang berfungsi sebagai arkib atau pusat pengumpulan
maklumat dalam bidang tertentu adalah:

(a) http://lib.stat.cmu.edu ă Arkib dalam bidang statistik;

(b) http://www.ibiblio.org (dahulunya dikenali sebagai metalab.unc.edu) ă


Arkib bagi perisian sumber terbuka; dan

(c) http://www.filehippo.com ă Arkib untuk perisian Windows.

SEMAK KENDIRI 7.4


1. Bagaimana pengguna boleh mencari maklumat yang berguna di
Internet dalam tempoh masa yang singkat?

2. Terangkan kelebihan komunikasi melalui:


(a) E-mel.
(b) Usenet.

7.7 UNDANG-UNDANG INTERNET


Internet tidak mempunyai undang-undang dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa
pun. Oleh kerana setiap negara mempunyai undang-undang Internet mereka
sendiri, Internet sukar untuk dikawal dari segi undang-undang. Contohnya,
penyebaran perbuatan tidak bermoral, kontroversi politik dan bahan yang
menyalahi undang-undang dibenarkan di laman web di Amerika kerana
penyebaran tersebut adalah berdasarkan kepada konsep kebebasan bersuara
yang diamalkan di sana. Walau bagaimanapun, laman web tertentu boleh
diakses di mana-mana sahaja di Internet, termasuk di Malaysia, walaupun
sebahagian besar kandungannya mungkin salah dari perspektif undang-undang.
Akibatnya, walaupun bahan tersebut mungkin salah di sisi undang-undang,
pengguna di Malaysia masih boleh mengaksesnya.

Secara ringkasnya, Undang-undang Siber di Malaysia tidak boleh digunakan


untuk menghentikan penyiaran bahan yang menyalahi undang-undang di luar
Malaysia. Undang-undang ini hanya dapat dikuatkuasakan bagi laman web
yang beroperasi di Malaysia sahaja. Selaras dengan kemajuan Internet, kerajaan
Malaysia telah mewartakan Akta Jenayah Komputer 1999 untuk menangani
aktiviti yang tidak sihat di Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 7 INTERNET

Pada masa kini, banyak jenayah dilakukan di Internet. Ada individu yang
menyalahgunakan Internet sebagai sumber rujukan untuk melakukan jenayah.
Contohnya, penyalahgunaan laman sembang atau laman rangkaian sosial untuk
menggoda wanita atau remaja bagi tujuan yang tidak bermoral. Bukankah
perbuatan begini agak berbahaya?

7.8 INTERNET MASA KINI DAN MASA


HADAPAN
Pada asalnya, Internet merupakan rangkaian untuk tujuan penyelidikan dan
akademik. Oleh itu, kebanyakan maklumat asal dalam Internet adalah jenis
akademik. Apabila Internet mula dibina, wujud kepercayaan antara pengguna
Internet. Isu keselamatan di Internet tidaklah begitu penting. Internet
menyediakan infrastruktur untuk berkomunikasi dan perkongsian intelektual
menerusi e-mel, Usenet dan sudut perbincangan.

Hari ini, aktiviti Internet termasuklah e-dagang, berita, bahan multimedia,


hiperteks, laman web, hiburan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan isu yang
dahulunya tidak penting seperi capaian, penapis maklumat, privasi pengguna,
kesesakan laman Internet dan keselamatan data menjadi lebih penting. Ia
diramalkan bahawa Internet akan menjadi keperluan asas untuk setiap rumah,
seperti telefon atau TV dalam jangka masa terdekat.

Perniagaan juga akan turut berkembang maju menerusi Internet. Pelbagai


langkah telah diambil untuk meluaskan penggunaan Internet serta mudah
digunakan oleh pengguna, contohnya, capaian Internet melalui TV, pendekatan
generasi ketiga (3G) untuk telefon pintar, penggunaan gentian optik dan
sambungan wayar berkuasa tinggi ke rumah. Berdasarkan perbincangan
sebelum ini, kita dapati Internet juga ada banyak masalah. Dengan memahami
masalah ini, pengguna akan sedar kekurangan, masa depan Internet dan tidak
mudah percaya segalanya yang boleh dijumpai di Internet. Internet merupakan
ruangan maya dan ada liputan yang meluas.

Ada lima kecenderungan berkaitan masa hadapan Internet, seperti ditunjukkan


dalam Jadual 7.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  177

Jadual 7.3: Lima Kecenderungan Berkaitan dengan Masa Hadapan Internet

Kecenderungan Deskripsi
Kita selalu Contoh paling mudah adalah kita menggunakan e-mel di
berkomunikasi pejabat atau di rumah menggunakan komputer riba. Jika kita
menggunakan dalam perjalanan, contohnya, di lapangan terbang, kita masih
pelbagai peranti di boleh berhubung melalui e-mel menggunakan peranti lain,
pelbagai tempat seperti telefon pintar atau tablet untuk proses menyunting e-mel
Setiap hari, kita akan Contohnya, perbankan dalam talian, permainan dalam talian,
menggunakan TV Internet, wayang digital, video atas permintaan, langganan
pelbagai majalah atau akhbar dalam talian, pembelian dalam talian,
perkhidmatan dalam pembelajaran dalam talian dan rangkaian sosial
talian
Internet telah Pengguna dibekalkan dengan alat dan peranti kos murah yang
berubah dengan membenarkan mereka mencipta kandungan sendiri dan
pantas dari konsep membuat produk dan perkhidmatan yang lebih berciri peribadi.
perkongsian Untuk menjadikan kandungan dan produk menjadi lebih
maklumat kepada menarik, konsep usaha sama dipraktikkan untuk penerbitan
penerbitan usaha dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini melahirkan fenomena
sama yang merubah etika kerja, aktiviti komersial dan sosial dalam
kalangan pengguna Internet
Bilangan produk Produk pintar digunakan untuk mengumpul dan memproses
pintar bertambah data. Data ini kemudiannya digunakan dalam penyediaan
setiap hari maklumat yang akan membolehkan sesuatu keputusan itu
dibuat
Maklumat peribadi Pada masa hadapan, peranti dan pengguna yang berlainan
tersebar di pelbagai boleh digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai
sistem dan rangkaian pengguna lain (seperti lokasi, masa dan kelakuan). Data yang
dikumpulkan akan digunakan sebagai set sistem untuk
menunjukkan pengguna tertentu. Jika ada permintaan, ia boleh
diberikan dengan segera kepada pengguna lain

Sumber: Carvalho et al. (2010)

Infographics daripada laman web berikut juga menyediakan gambaran


keseluruhan dan pembangunan masa hadapan Internet:

(a) http://buildtheresidual.com/27/the-internet-in-2015-
infographic/2013/02/

(b) http://dailyinfographic.com/2016-the-year-of-the-zettabyte-infographic

(c) http://www.smashingapps.com/wp-content/uploads/2011/01/The-
Internet-in-2020.jpg

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 7 INTERNET

Boleh dikatakan, jika anda mahu mengikuti perkembangan Internet dari banyak
aspek, anda juga boleh mendapatkannya dari Internet. Setuju?

AKTIVITI 7.6

Pada pendapat anda, adakah Internet pada masa kini berupaya


memenuhi keinginan pengguna Internet pada masa hadapan? Adakah
kesesakan Internet masih wujud? Cuba bincangkan dengan rakan anda.

Ć Bermula dari tahun 1969 sehingga hari ini, komputer dan Internet telah
melalui lima fasa (sebelum 1969, 1970ă1990, 1990ă1997, 1997ă2000 dan 2001ă
seterusnya) dan telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita.
Ć Internet adalah kumpulan rangkaian komputer yang sangat besar dan
meliputi seluruh dunia. Ia beroperasi menggunakan Protokol Kawalan
Penghantaran/Protokol Internet.
Ć Istilah "Intranet" merujuk kepada sekumpulan rangkaian kawasan setempat
di dalam sebuah organisasi sahaja (intra bermaksud dalam).
Ć Internet bermula di Amerika dengan kelahiran ARPANET untuk tujuan
penyelidikan dan perkongsian bahan akademik. ARPANET telah
berkembang pesat dan kemudian digantikan oleh National Science
Foundation Network.
Ć Protokol Pemindahan Hiperteks dan web meningkatkan kelajuan
pembangunan Internet.
Ć Ada dua jenis komputer di Internet iaitu komputer hos dan komputer
pelayan.
Ć Komputer hos adalah komputer yang unik di Internet yang mempunyai
nombor Protokol Internet.
Ć Alamat IP ada empat nombor berurutan a.b.c.d. Contoh alamat IP adalah
202.187.48.7, 202.187.46.197 dan 192.228.128.
Ć Komputer boleh berfungsi sebagai pelayan jika boleh dicapai oleh pengguna
di Internet.
Ć Pelayan mempunyai dua bentuk pengenalan iaitu alamat Protokol Internet
dan nama domain lulus penuh. Nama domain lulus penuh lebih mudah
diingati berbanding dengan alamat IP.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  179

Ć Ada banyak maklumat di Internet mengenai pelbagai perkara. Ini boleh


dicari menggunakan enjin carian dan portal.
Ć Undang-undang Siber di Malaysia tidak boleh digunakan untuk menghalang
penyiaran bahan tidak sah dari luar Malaysia. Tindakan hanya boleh diambil
ke atas laman web yang beroperasi di dalam Malaysia.
Ć Ada beberapa kecenderungan yang berkaitan dengan masa hadapan Internet
seperti kehadiran perkhidmatan dalam talian, bilangan produk pintar yang
semakin bertambah dan sebagainya.

ARPANET Protokol Internet (Internet Protocol ă


IP)
Domain
Ekstranet Protokol Kawalan Penghantaran/
E-mel Protokol Internet (Transmission
Control Protocol/Internet Protocol –
Enjin carian TCP/IP)
Hiperteks Protokol Pemindahan Hiperteks
Internet (Hypertext Transfer Protocol ă HTTP)
Intranet Soalan kerap ditanya (frequently
Keselamatan asked questions ă FAQ)
Maklumat Undang-undang Siber
Nama domain lulus penuh (fully Usenet
qualified domain name ă FQDN) Web
National Science Foundation Network
(NFSNET)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Perisian di
8 Internet

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tujuh jenis perisian yang boleh didapati di Internet;
2. Melihat perbezaan antara perisian kongsi dan perisian percuma;
3. Menghuraikan konsep dan kelebihan perisian sumber terbuka;
4. Menerangkan istilah Protokol Pemindahan Fail (FTP) dan telnet;
5. Melatih etika dan penggunaan ikon senyuman (smiley), akronim
dan tandatangan untuk menulis e-mel secara berkesan;
6. Membincangkan Usenet dan soalan kerap ditanya (FAQ); dan
7. Menganalisis fenomena Internet.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan mempelajari mengenai perisian yang boleh didapati di
Internet. Perisian boleh didapati secara percuma tetapi ada juga yang perlu
dibeli. Topik ini juga akan membincangkan teknik komunikasi Internet yang
popular iaitu e-mel. Pada mulanya, e-mel adalah berasaskan teks tetapi sekarang
anda boleh menghantar beberapa jenis data bersama-sama dengan e-mel seperti
dokumen teks, grafik, audio, persembahan PowerPoint dan banyak lagi. Kita
juga akan membincangkan perkara berkaitan e-mel seperti etika, ikon senyuman
(smiley) dan banyak lagi. Akhir sekali, kita akan membincangkan Usenet dan
soalan kerap ditanya (frequently asked questions ă FAQ). Adakah anda sudah
bersedia?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  181

8.1 PERISIAN INTERNET


Ada tujuh jenis perisian yang boleh didapati di Internet. Ini boleh dilihat dalam
Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Tujuh jenis perisian di Internet

Kita akan melihat kesemua jenis perisian ini dengan lebih mendalam dalam
subtopik seterusnya.

8.2 PERISIAN KONGSI DAN PERISIAN


PERCUMA
Berdasarkan Rajah 8.1, salah satu dari perisian Internet dikenali sebagai perisian
kongsi (shareware). Adakah anda tahu tujuan dan kegunaan perisian ini?

Perisian kongsi ialah sejenis perisian yang boleh digunakan oleh pengguna
secara percuma dalam tempoh tertentu.

Selepas tempoh itu, jika pengguna ingin terus menggunakan perisian ini, dia
perlu membuat pembayaran kepada pengaturcara perisian tersebut. Ini
membolehkan pengguna membuat pilihan sama ada ingin terus menggunakan
perisian kongsi tersebut atau bertukar kepada perisian lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

Adakah anda tahu beberapa contoh perisian ini? Contoh perisian kongsi adalah
WinZip (lihat Rajah 8.2) dan McAfee (antivirus).

Rajah 8.2: Winzip

Selain perisian kongsi, ada juga perisian percuma (freeware). Ia boleh diperoleh
secara percuma dari Internet. Selalunya, perisian ini ada caj tertentu untuk
pengguna yang ingin menambah fungsi atau menaik taraf perisian. Jika tidak,
pengguna akan kekal dengan fungsi asas atau fungsi normal perisian itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  183

Contoh perisian percuma adalah perisian antivirus AVG (rujuk Rajah 8.3).

Rajah 8.3: Perisian antivirus AVG

8.3 PERISIAN SUMBER TERBUKA


Perisian jenis lain yang kita akan belajar adalah perisian sumber terbuka. Adakah
anda tahu mengapa perisian ini mendapat banyak perhatian di Internet
sekarang? Apakah maknanya?

Perisian sumber terbuka adalah perisian yang boleh diperoleh tanpa sebarang
kos, bersama-sama dengan kod sumbernya yang berlesen untuk dikaji,
diubah dan diedarkan semula secara percuma kepada orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

Pengedaran perisian bersama-sama dengan kod sumbernya ada kelebihan


berikut:
(a) Pengguna boleh mengubah suai perisian dan tidak terikat atau terbatas
kepada sebarang syarikat;
(b) Pengguna mempunyai peluang untuk membuang kesilapan yang mungkin
wujud di dalam kod sumber; dan
(c) Pengguna juga boleh mempelajari bagaimana perisian itu dibina
berdasarkan kod sumber.

Perisian sumber terbuka bermula dengan projek GNU (GNU bukan UNIX) iaitu
projek yang diasaskan oleh Richard Stallman dari Massachusetts Institute of
Technology (MIT) pada awal tahun 1980an. Tujuan asal projek ini ialah untuk
menghasilkan sistem yang berasaskan UNIX secara percuma. Projek ini telah
berjaya dalam menghasilkan perisian yang berkualiti tinggi seperti Koleksi
Pengkompil GNU (GNU Compiler Collection ă GCC), pengkompil atur cara
LISP, penyunting Emacs dan lain-lain. Semua perisian GNU menggunakan hak
cipta yang dikenali sebagai Lesen Awam AM GNU (GNU General Public Licence
ă GPL) yang menyatakan bahawa sesiapa pun boleh mengubah suai kod sumber
atur cara tetapi pengubahsuaian itu perlu dikongsi semula dengan pengguna
lain. Pada asasnya, GNU menggalakkan perkongsian perisian dan kod sumber
dalam kalangan pengguna supaya perisian yang berkualiti tinggi boleh
dihasilkan.

Konsep Lesen Awam Am GNU adalah bertentangan dengan konsep perisian


komersial. Perisian komersial akan mengikat pengguna kepada syarikat perisian.
Jika perisian komersial itu ada ralat, pengguna perlu menunggu versi baru yang
akan dihasilkan dan ini mengambil masa yang lama. Jika syarikat perisian
komersial menaikkan harga perisian, pengguna terpaksa menerima kenaikan itu
dan membayar lebih untuk versi terbaru.

Pengguna boleh membuat sebarang pengubahsuaian kepada kod sumber


perisian terbuka tetapi pengguna diminta untuk berkongsi pengubahsuaian
tersebut dengan pengguna lain melalui Internet. Melalui perkongsian intelektual
ini, diharapkan perisian ini akan terus diubah suai supaya ia akan menjadi
perisian yang berkualiti tinggi.

Contoh perisian sumber terbuka yang digunakan secara meluas pada masa kini
adalah Linux (sistem pengoperasian), Apache (pelayan web), Koleksi
Pengkompil GNU (pengkompil bahasa C), Perl dan R (perisian statistik). Kita
boleh melihat definisi perisian GPL seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  185

Jadual 8.1: Enam Perisian Lesen Awam Am GNU

Perisian Lesen
Definisi
Awam Am GNU
Linux Sistem pengoperasian untuk komputer. Ia adalah alternatif kepada
perisian komersial seperti Windows 95, 98, ME atau NT, Mac OS
dan Sun Solaris. Ia digunakan secara meluas di universiti, pusat
penyelidikan, syarikat swasta dan orang ramai. Ia mengandungi
ciri-ciri kekal (Linux boleh beroperasi selama bertahun-tahun
tanpa henti), multipemprosesan, multipengguna dan ciri-ciri
canggih lain. Hari ini, sistem Linux mempunyai persekitaran atas
meja (desktop) yang ramah pengguna sebagaimana Windows 98,
ME atau NT. Ia boleh dipasang bersama dengan Windows 98 atau
ME di dalam satu komputer
TeX Sistem pemprosesan dokumen. Ia digunakan untuk
menghasilkan pelbagai jenis dokumen dan buku, terutamanya
yang melibatkan banyak ungkapan matematik. Maklumat
terperinci boleh diperoleh di laman web http://www.tug.org.
TeX dihasilkan oleh Donald Knuth, ahli matematik yang terkenal
dan saintis komputer. Salah satu tulisannya adalah The Art of
Computer Programming dalam tiga jilid
LibreOffice Perisian pejabat berkualiti tinggi yang mengandungi
pemprosesan kata, hamparan (spreedsheet), pangkalan data dan
perisian persembahan secara percuma. Ini adalah alternatif
kepada Microsoft Office atau Open Office. Semua jenis dokumen
dalam Microsoft Office boleh dibaca oleh LibreOffice. Banyak
organisasi kerajaan hari ini telah berubah kepada LibreOffice.
Pengguna memerlukan memori sekurang-kurangnya 64MB dan
sekurang-kurangnya pemproses Pentium untuk menggunakan
LibreOffice dengan selesa
GNU Projek yang dimulakan oleh Richard Stallman di Massachusetts
Institute of Technology pada tahun 1981 untuk menghasilkan
sistem UNIX yang percuma. Antara produk perisian daripada
projek ini adalah pengkompil C GCC, penyunting Emacs,
perisian statistik R, bahasa Perl, pemproses Awk dan
pengkompil Fortran g77. Semua perisian GNU menggunakan
Lesen Awam Am GNU (GPL)
Python Bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek. Ia boleh
digunakan untuk membina prototaip, Internet (atur cara),
pemprosesan data, pengiraan saintifik dan sebagainya. Antara
organisasi yang menggunakan bahasa ini adalah Pentadbiran
Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (National Aeronautics and
Space Administration ă NASA), Disney, Boeing dan Google.
Maklumat terperinci di www.python.org

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

R Perisian untuk analisis data. Ia boleh didapati untuk Windows 98


atau ME dan sistem UNIX. Ia mengandungi pelbagai kemudahan
untuk analisis statistik seperti analisis regresi, siri masa dan ujian
hipotesis. Laman web R ialah http://www.r-project.org. Ia
adalah alternatif kepada perisian komersial Statistical Product
and Service Solutions (SPSS) dan Statistical Analysis System
(SAS)

Ada beribu-ribu perisian sumber terbuka untuk pengguna yang boleh didapati
menerusi Internet.

Anda boleh melawat laman web berikut untuk maklumat terperinci mengenai
perisian sumber terbuka:

(a) http://www.opensource.org

(b) http://www.gnu.org

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Apakah yang anda faham dengan istilah Lesen Awam Am GNU


(GPL)? Terangkan.
2. Berikan dua contoh perisian kongsi yang terdapat di Internet.

8.4 PROTOKOL PEMINDAHAN FAIL (FTP)

Protokol Pemindahan Fail (File Transfer Protocol ă FTP) adalah teknik


memuat turun data dari sebarang pelayan ftp di Internet ke komputer
pengguna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  187

Kita boleh melihat contoh laman web ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.4:

Rajah 8.4: Protokol Pemindahan Fail menggunakan Firefox sebagai hos


Sumber: ftp://ftp.jaring.my

Banyak pelayan menawarkan perkhidmatan ftp tanpa nama iaitu pelayan yang
membolehkan sesiapa dan di mana sahaja untuk memuat turun data
daripadanya. Contoh pelayan yang menawarkan ftp tanpa nama ialah
ftp://ftp.jaring.my.

Pengguna boleh menggunakan pelbagai jenis perisian untuk menguruskan fail


dalam pelayan. Antara perisian yang biasa digunakan ialah CuteFTP (lihat Rajah
8.5).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

Rajah 8.5: Paparan CuteFTP


Sumber: www.bol.ucla.edu

8.5 TELNET
Telnet adalah teknik berkomunikasi dengan pelayan dan menggunakan
kemudahan yang terdapat pada komputer.

Untuk menggunakan telnet, pengguna perlu mempunyai akaun pengguna pada


pelayan yang akan dicapai. Teknik telnet boleh digunakan untuk mengakses
pelayan di perpustakaan universiti luar, pelayan Usenet, Pelayan Saling Bual
Internet (Internet Relay Chat ă IRC), pelayan MUD atau pelayan pangkalan data.

Contoh penggunaan telnet ialah apabila ada pengguna mahu melaksanakan


pengiraan kompleks yang memerlukan komputer berkeupayaan tinggi (super),
apa yang perlu dilakukannya? Pengguna boleh terus ke pusat superkomputer di
Malaysia iaitu di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
untuk melaksanakan tugas ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  189

Superkomputer adalah sejenis komputer dengan keupayaan dan kos yang tinggi.
Ia boleh digunakan untuk melaksanakan simulasi, pemodelan kereta, pengiraan
kompleks, ramalan cuaca dan lain-lain.

Selain itu, pengguna boleh mengakses superkomputer melalui Internet.


Pengguna boleh menggunakan telnet ke superkomputer dan membuat
pengiraan pada komputer dari jauh. Oleh itu, teknik telnet membolehkan
perkongsian sumber komputer super untuk semua pengguna di mana sahaja
mereka berada di Malaysia.

8.6 E-MEL
E-mel ialah teknik komunikasi antara pengguna di Internet. Pada peringkat
awal, e-mel hanya berasaskan teks. Hari ini, pengguna boleh menghantar
pelbagai jenis data bersama-sama dengan e-mel, seperti dokumen Microsoft
Word, persembahan PowerPoint, hamparan Excel, grafik .jpg, audio .mp3 dan
lain-lain. Pelayan komputer yang menguruskan e-mel dipanggil pelayan
Protokol Pindah Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol ă SMTP).

Untuk menggunakan e-mel, pengguna perlu ada akaun e-mel di pelayan e-mel.
Kebanyakan organisasi seperti universiti dan syarikat swasta memberikan akaun
e-mel percuma kepada kakitangan mereka. Jika pengguna menggunakan
perkhidmatan tm.net.my atau jaring.my, mereka juga diberikan akaun e-mel
secara percuma.

Ada laman web yang menawarkan akaun e-mel percuma seperti Gmail di
mail.google.com dan Yahoo! Mail di mail.yahoo.com. Pengguna boleh
mengakses laman web ini dan mendaftar untuk mendapatkan akaun e-mel
percuma. Laman web e-mel percuma ini popular dalam kalangan pelajar dan
individu.

Akaun e-mel ada dua bahagian ă nama akaun dan nama pelayan SMTP (nama
domain). Sebagai contoh, pengguna dengan nama Anis Shafiqah mempunyai
nama akaun anis_shafiqah pada hos pelayan SMTP oum.edu.my. Jika dia
mendaftar di www.oum.edu.my dengan akaun nama tersebut, akaun e-melnya
adalah anis_shafiqah@oum.edu.my. Nama akaun perlu sekurang-kurangnya 8
aksara dan maksimum 32 aksara, dengan syarat bahawa ia tidak ada aksara khas
atau jarak atau ruang.

Berikut adalah nama akaun e-mel yang tidak sah: „anis shafiqah‰, „a shafiqah‰;
manakala nama akaun berikut adalah sah: „anis_shafiqah‰ dan „a_shafiqah‰.
Pilih nama akaun yang baik, yang sesuai dan mudah diingati oleh pengguna

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

lain. Nama seperti „brutal99‰, „lanunlaut‰, „amy89810‰ dan „mahakaya‰ adalah


tidak sesuai. Bayangkan perasaan penerima e-mel apabila dia menerima e-mel
daripada seseorang dengan nama mat_brutal@hotmail.com.

Untuk membaca e-mel pada akaun pengguna di pelayan SMTP, pengguna boleh
menggunakan dua teknik iaitu:
(a) Pengguna boleh menggunakan perisian pelayan dan mengakses pelayan
SMTP itu; dan
(b) Pengguna boleh memuat turun e-mel dari pelayan SMTP ke komputer
peribadi dengan menggunakan teknik Protokol Pejabat Pos 3 (Post Office
Protocol 3 ă POP3).

Jika pengguna adalah pelanggan Internet dengan www.jaring.my, teknik atau


protokol POP3 digunakan untuk memuat turun e-mel dari pop.jaring.my ke
komputer peribadi mereka. Perisian e-mel pelanggan yang boleh digunakan
adalah Eudora, Pegasus dan Microsoft Outlook. Kita boleh melihat contoh laman
web komunikasi e-mel iaitu GMail seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.6.

Rajah 8.6: Laman web Gmail


Sumber: http://www.gmail.com

8.6.1 Perbincangan E-mel


Melalui e-mel, pengguna boleh mengambil bahagian dalam pelbagai sudut
perbincangan e-mel. Terdapat beribu-ribu sudut perbincangan yang meliputi
pelbagai topik menarik seperti ekonomi, sains, komputer dan agama. Sudut ini
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  191

boleh disertai dengan menulis e-mel kepada pelayan yang menguruskan sudut
perbincangan tersebut. Biasanya, perbincangan menerusi e-mel diuruskan secara
automatik oleh komputer tanpa campur tangan manusia. Diingatkan bahawa
pengguna berkomunikasi dengan komputer melalui e-mel. Oleh itu, mereka
mengikuti arahan untuk menyertai atau untuk keluar dari sudut perbincangan
dengan betul. Senarai sudut perbincangan menerusi e-mel boleh diperoleh di
laman web http://www.groups.yahoo.com dan http://www.tile.net.

Kelebihan dan kekurangan menyertai sudut perbincangan disenaraikan secara


ringkas dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2: Kelebihan dan Kekurangan Menyertai Sudut Perbincangan E-mel

Kelebihan Kekurangan
Boleh berbincang dengan mengemukakan Bilangan e-mel yang diterima mungkin
soalan kepada ramai pengguna Internet banyak. Sudut perbincangan tertentu yang
yang berpengetahuan dalam bidang aktif akan menerima lebih daripada 200 e-
tertentu mel sehari
Jawapan kepada soalan boleh diperoleh Pengguna perlu menghabiskan banyak
dengan cepat masa membaca e-mel
Boleh berkongsi pendapat dan maklumat Kebanyakan kandungan e-mel adalah
dengan orang yang mempunyai minat sampah dan tidak berfaedah
yang sama
Kos yang rendah 

8.6.2 Etika Perbincangan E-mel


Beberapa isu etika yang perlu dipatuhi semasa perbincangan e-mel adalah:
(a) Memerhatikan adat tradisi semasa perbincangan. Sentiasa menghormati
pendapat pengguna lain walaupun mereka tidak bersetuju. Bersetuju untuk
tidak bersetuju;
(b) Mengingati bahawa ia adalah sudut perbincangan maya. Pengguna tidak
mengenali pengguna lain atau latar belakang mereka. Pengguna lain
mungkin lebih tua atau mungkin ada lebih banyak pengalaman. Mereka
mungkin profesor, penyelidik, pakar atur cara, ketua pegawai eksekutif,
rakan kampus, jiran dan lain-lain;
(c) Menunjukkan tingkah laku yang baik. Ini menunjukkan keperibadian anda
kepada pengguna lain. Jika seseorang pengguna itu bising dan berkelakuan
menjelikkan semasa perbincangan, kemungkinan besar soalan dia tidak
akan dilayan oleh pengguna lain;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

(d) Berkongsi kepakaran anda dan bertanyakan soalan jika anda perlukan
kepakaran daripada pengguna lain. Menerusi perkongsian, pengguna
boleh memantapkan komunikasi dengan pengguna lain;
(e) Menghormati privasi pengguna lain dan tidak menyentuh mengenai isu
peribadi;
(f) Bersedia untuk memaafkan kesilapan pengguna lain dan bersedia untuk
membantu dalam menyelesaikan masalah. Jangan melayan orang yang
suka bertekak;
(g) Forum perbincangan diarkibkan. Mungkin dalam masa 10 tahun, jika
pengguna mencari di Internet, mereka menemui semula e-mel lama
mereka. Oleh itu, berhati-hati apabila menulisnya; dan
(h) Jangan poskan e-mel peribadi pengguna ke forum perbincangan tanpa
kebenaran pengguna berkenaan (sangat penting). Ini melanggar akta
privasi negara tertentu.

8.6.3 Senyuman (smiley)


Kandungan e-mel dalam bentuk teks menyukarkan pengguna untuk meluahkan
emosi seperti marah, gembira, mengantuk, benci, menangis dan ketawa. Oleh
itu, teknik senyuman digunakan. Senyuman mengandungi simbol berasaskan
teks yang digunakan di dalam e-mel untuk mewakili emosi tertentu seperti
marah, benci, ketawa dan lain-lain. Untuk melihat senyuman, pengguna perlu
condongkan kepala mereka 90 darjah ke arah kiri. Sekarang, kebanyakan e-mel
mempunyai pilihan untuk ikon senyuman (lihat Rajah 8.7).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  193

Rajah 8.7: Penggunaan ikon senyuman di dalam e-mel

Sekarang, nota e-mel berikut tidak mempunyai senyuman:

Apa yang perlu dibuat. Sudah nasib. Mungkin awak boleh membantu.

Adakah ia kurang mempengaruhi atau memberi kesan? Mari kita mengubahnya


menjadi e-mel yang lebih berkesan dan kesan mendalam dengan menggunakan
ikon senyuman:

Apa yang perlu dibuat. Sudah nasib. :-( Mungkin awak boleh membantu. :-)

Simbol senyuman adalah :-) dan :-(. E-mel kedua menunjukkan bahawa penulis
berasa sedih dan secara bergurau bertanya jika penerima boleh membantunya.
Ada beratus-ratus simbol senyuman dan antara simbol yang paling lazim adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

Jadual 8.3: Enam Simbol Senyuman

Simbol Makna Simbol Makna


:-) ;-) Senyum, kenyit
Senyum
mata
:-( Sedih, tidak :-p
Mengejek
bersetuju
8-) Memakai cermin :-O
Mata terkejut
mata

Adakah anda tahu bagaimana senyuman bermula? Anda boleh melawat laman
web berikut untuk mempelajari sejarah dan bagaimana ikon senyuman
dimulakan:
http://www.cs.cmu.edu/~sef/sefSmiley.htm

AKTIVITI 8.1

Anda boleh melayari laman web Yahoo! Messenger di


http://messenger.yahoo.com/features/emoticons/ untuk melihat
pelbagai jenis ikon senyuman yang menarik.

Pada pendapat anda, apakah ikon lain yang boleh ditambah? Cuba dan
cari ikon lain di laman web lain. Bandingkan cara dan kaedah mereka
ditulis.

8.6.4 Akronim
Apakah dimaksudkan dengan ASAP, ROTFL, RTFM, YMMV, BTW? Aksara ini
adalah akronim atau tulisan singkat yang digunakan untuk mewakili frasa yang
biasa digunakan di Internet. Dalam Jadual 8.4, sembilan akronim popular
dipaparkan. Akronim digunakan untuk memudahkan pengguna menulis
dengan cepat tanpa perlu menaip ayat penuh dalam e-mel, perbincangan dan
sembang (chat). Ini boleh menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan
dalam ejaan. Malah, ruangan e-mel juga boleh dikurangkan!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  195

Jadual 8.4: Sembilan Akronim Popular

Akronim Ungkapan Makna


ROTFL rolling on the floor laughing Ketawa sambil bergolek di atas lantai.
(bergolek di atas lantai Ungkapan yang sinis
ketawa)
BTW by the way Oh ya
RTFM read the fine manual Dinasihatkan membaca manual
(baca manual) sebelum bertanya

AFAIK as far as I know Setakat yang saya tahu


(setahu saya)
ASAP as soon as possible Nasihat untuk mempercepatkan
(secepat mungkin) tindakan

FYI for your information Untuk makluman anda


IMHO in my humble opinion Pada pandangan saya
OTOH on the other hand Sebaliknya
YMMV your mileage may vary Ia mungkin berbeza untuk awak

AKTIVITI 8.2

Terangkan pendapat anda mengenai pernyataan berikut:


Jika anda menerima e-mel berikut, apakah yang anda faham?

"Sila hantar atur cara ASAP. Cadangan anda membuatkan saya ROTFL.
Mengenai atur cara TEX itu, sila RTFM. Saya memperoleh peningkatan
kuasa sebanyak 20 kali selepas menambah lebih banyak RAM, YMMV.
BTW, saya akan ke Ipoh esok. IMHO, cadangan Sarah adalah lebih baik
daripada cadangan Anis."

8.6.5 Tandatangan E-mel


Tandatangan e-mel ialah mesej pada akhir e-mel. Ia mungkin ada alamat
pengguna, alamat web, kata-kata hikmah (words of wisdom), grafik, teks dan
sebagainya untuk memberi personaliti yang unik kepada e-mel. Contoh
tandatangan e-mel dipaparkan dalam Rajah 8.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

Rajah 8.8: Contoh tandatangan e-mel

8.6.6 E-mel Secara Berkesan


Lapan panduan untuk menggunakan e-mel secara berkesan adalah seperti
ditunjukkan dalam Jadual 8.5:

Jadual 8.5: Lapan Panduan Menggunakan E-mel Secara Berkesan

Panduan Penerangan
Pastikan bahawa Ini menjadikannya lebih mudah untuk penerima
kandungan e-mel anda membaca e-mel anda. Ia tidak wajar untuk menghantar e-
adalah pendek dan tepat mel yang panjang lebar dengan harapan penerima akan
membacanya. Ingat, penerima juga sibuk dengan kerja
yang lain dan boleh menerima beratus-ratus e-mel sehari
Pastikan tajuk yang tepat Ini akan membantu penerima menentukan kepentingan
digunakan e-mel yang diterima
Jangan sertakan lampiran Ini akan menyebabkan masalah kepada SMTP. Batas saiz
yang bersaiz besar lampiran anda kepada kurang daripada 1MB. Ada kes di
mana pengguna menghantar e-mel dengan lampiran
bersaiz 50MB

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  197

Pastikan bahawa e-mel Gunakan pengimbas virus untuk memeriksa e-mel yang
yang dihantar dan diterima
diterima tidak ada virus
Proses e-mel anda secara Contohnya, sebelum keluar makan tengah hari,
berkelompok selesaikan terus semua komunikasi e-mel anda. Jangan
berlengah
Arkibkan semua e-mel Untuk rujukan atau sebagai bukti pada masa hadapan
penting
Jangan melanggan terlalu Contohnya, jika anda menyertai lima sudut
banyak sudut perbincangan, setiap perbincangan ada 100 e-mel sehari.
perbincangan e-mel Jadi, anda akan menerima secara purata 500 e-mel sehari.
Hari anda digunakan hanya untuk membaca e-mel
Jangan balas e-mel ketika E-mel membolehkan anda membalas terus kepada
anda sedang marah sesiapa yang anda tidak sukai. Anda mungkin kesal
menghantar e-mel tersebut. Sekali dibalas, e-mel tidak
boleh ditarik balik

8.7 USENET
Usenet adalah sudut perbincangan di Internet yang terbuka, bebas dan
percuma.

Perbincangan di Usenet tidak melibatkan e-mel. Pengguna tidak perlu mendaftar


dengan sebarang pelayan untuk memasuki Usenet. Contohnya, jika pengguna
mengakses Internet melalui jaring.my, mereka boleh menggunakan pelayan
Usenet di news.jaring.my untuk menyertai dan membaca Usenet.

Perbincangan di Usenet dibahagikan kepada beberapa topik utama. Topik ini


kemudiannya dipecahkan kepada beberapa subtopik khusus. Oleh itu, pengguna
boleh mencari sudut perbincangan yang diminati dengan lebih mudah, seperti
ditunjukkan dalam Rajah 8.9.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

Rajah 8.9: Perbincangan Usenet

Contohnya, pengguna ingin membaca artikel di dalam sudut perbincangan


bahasa pengaturcaraan C. Pengguna ini boleh mengakses sudut perbincangan
comp.lang.c. Jika pengguna ingin membaca mengenai Malaysia, mereka boleh
mengakses soc.culture.malaysia. Contoh artikel dalam comp.lang.c ditunjukkan
dalam Rajah 8.10.

rom: holism (nolsen@nospam.myrealbox.com)


Message 18 in thread
Subject: Re: Learning C
Newsgroups: comp.lang.c
Date: 2001-04-11 21:43:55 PST

>> Anyone have any suggestions for a good introductory book on C?


>

The C Programming Language by Kernighan and Richie is a pretty


awesome book. Lots of short and sweet examples from the guys who
created the language. It’s just the C language minus most of the fat
you find in beginner books, so if you already know basic programming
concepts it should be a good book to get you into C.

Nick

Rajah 8.10: Contoh artikel di dalam comp.lang.c

Dalam forum perbincangan Usenet, pengguna boleh berkongsi pendapat,


meminta bantuan, berhujah, menyebarkan khabar angin, menjual barang,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  199

menyerang perasaan seseorang, mengkritik seseorang, mengenali satu sama lain


dan lain-lain. Tiada penapisan kandungan Usenet. Oleh itu, kandungan Usenet
mungkin benar atau palsu. Pengguna diingatkan supaya tidak mudah percaya
cerita seperti skim cepat kaya atau pil mencegah penuaan yang terdapat dalam
Usenet.

Dalam sudut perbincangan Usenet, soalan yang sama sekali sekala ditanya oleh
pengguna baru. Untuk mengelakkan perkara ini, pengguna veteran forum
perbincangan telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan dokumen yang
dipanggil soalan kerap ditanya (FAQ).

Soalan kerap ditanya adalah dokumen yang mengandungi soalan yang kerap
ditanya oleh pengguna dan jawapan mereka kepada soalan ini.

Oleh itu, FAQ berasal dari pelbagai sudut perbincangan Usenet. Contohnya, jika
ada pengguna baru yang terlibat dalam comp.text.tex membincangkan perisian
pemprosesan dokumen TeX, pengguna mungkin mahu tahu mengenai latar
belakang TeX, sejarah, bagaimana untuk menggunakan TeX dan lain-lain.
Pengguna baru boleh bertanya soalan ini di dalam comp.text.tex. Cara yang lebih
baik adalah pengguna membaca FAQ dari sudut perbincangan comp.text.tex.
Biasanya, setiap sudut perbincangan ada FAQ yang dihantar ke sudut berkenaan
setiap bulan.

Pengguna dicadangkan untuk melayari laman web http://groups.google.com


dan membaca beberapa muka surat perbincangan Usenet seperti
soc.religion.islam, soc.culture.malaysia, comp.lang.c, sci.math dan lain-lain untuk
melihat bagaimana perbincangan Usenet beroperasi. Selepas beberapa ketika,
anda boleh menyertai forum perbincangan yang sesuai untuk anda.

Adalah bijak untuk membaca FAQ terlebih dahulu sebelum bertanyakan soalan
kerana ia mengandungi maklumat yang berguna untuk rujukan dan
pengetahuan pengguna baru. Dokumen FAQ yang diarkibkan boleh didapati di
laman web http://www.faqs.org dan telah dibincangkan dalam Topik 7.

SEMAK KENDIRI 8.2

Bincangkan kebaikan dan keburukan Usenet. Bagaimana anda menilai


kesahihan kandungannya? Terangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

8.8 FENOMENA INTERNET


Pertumbuhan Internet dengan kemajuan perkakasan dan pembangunan perisian
dalam pelbagai peranti pengkomputeran seperti komputer peribadi, telefon
pintar, pengkomputeran awan dan peranti boleh dipakai (wearable devices)
telah mencipta fenomena dalam pelbagai cara.

Salah satu fenomena Internet pada masa kini adalah ketagihan menggunakan
laman web rangkaian sosial dan aplikasi seperti Facebook, Twitter, Instagram,
LINE, Google+ dan banyak lagi. Jadi, apa yang anda tahu mengenai laman web
rangkaian sosial?

Boyd dan Ellison (2013) dalam artikel mereka bertajuk Social Network Sites:
Definition, History and Scholarship telah mendefinisikan laman rangkaian sosial
sebagai perkhidmatan berasaskan web yang membolehkan individu untuk:

(a) Membina profil awam atau separa awam dalam sistem terbatas;
(b) Mengetahui secara jelas senarai pengguna lain dengan siapa mereka
berkongsi sambungan; dan
(c) Melihat dan merentasi senarai sambungan mereka dan yang dibuat oleh
orang lain dalam sistem.
Facebook adalah laman rangkaian sosial yang paling popular yang
membolehkan pengguna yang merupakan sebahagian daripada „rangkaian‰
yang sama untuk melihat profil lain, kecuali pemilik profil telah memutuskan
untuk menafikan kebenaran untuk mereka dalam rangkaian mereka. Rajah 8.11
menunjukkan antara muka laman web Facebook untuk Open University
Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  201

Rajah 8.11: Laman Facebook OUM


Sumber: www.facebook.com

Google+ ialah satu lagi alternatif untuk Facebook. Ia digunakan oleh peminat
Google yang ingin mempunyai daftar-diri tunggal menggunakan akaun Google.
Google+ datang dengan gaya antara muka yang berbeza berbanding dengan
Facebook. Rajah 8.12 menunjukkan contoh laman Google+.

Rajah 8.12: Laman Google+


Sumber: http://plus.google.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET

Lain-lain laman web rangkaian sosial yang popular, aplikasi geolokasi dan
aplikasi yang cenderung berdasarkan Internet dan storan awan adalah Twitter,
YouTube, Foursquare, Instagram dan banyak lagi. Perisian atau aplikasi ini telah
mencipta pendekatan yang unik dan fenomena bagi pengguna mereka.

Kecenderungan terkini di Internet yang menarik ramai pengguna adalah


pertumbuhan penggunaan telefon pintar yang membawa kepada pembangunan
secara aktif aplikasi mudah alih dalam mencapai data melalui Internet;
pengkomputeran awan yang membenarkan kebolehcapaian, storan dan
komunikasi dalam talian, seperti melalui Google Chrome OS atau Chromebook,
Box, Dropbox, Google Drive dan lain-lain; pengkomputeran boleh dipakai
(wearable computing) seperti Google Glass, jam tangan pintar dan lain-lain ă
semua teknologi yang telah dibangunkan untuk memenuhi pertumbuhan
Internet di seluruh dunia.

SEMAK KENDIRI 8.3

Bincangkan fenomena Internet dan ramalkan masa depan perisian dan


aplikasi yang digunakan untuk Internet.

 Ada pelbagai jenis perisian di Internet. Antaranya adalah perisian kongsi,


perisian percuma, perisian sumber terbuka, protokol, pemindahan fail, telnet,
e-mel dan Usenet.
 Perisian kongsi ialah perisian yang boleh digunakan oleh pengguna secara
percuma dalam tempoh masa yang tertentu.
 Perisian percuma juga boleh diperoleh secara percuma dari Internet.
 Perisian sumber terbuka bermula dengan projek GNU (GNU bukan UNIX)
iaitu projek yang diasaskan oleh Richard Stallman dari Massachusetts
Institute of Technology pada awal tahun 1980an. Tujuan asal projek ini ialah
untuk menghasilkan sistem berasaskan UNIX secara percuma.
 Antara kelebihan perisian sumber terbuka adalah pengguna boleh menukar
atau mengubah suai perisian dan mereka tidak terikat kepada sebarang
syarikat.
 Protokol Pemindahan Fail adalah teknik memuat turun data dari sebarang
pelayan Protokol Pemindahan Fail di Internet ke komputer pengguna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PERISIAN DI INTERNET  203

 Telnet adalah teknik untuk berkomunikasi dengan pelayan dan


menggunakan kemudahan yang ada pada komputer itu.
 E-mel ialah satu teknik komunikasi antara pengguna di Internet.
 Ada beberapa isu etika yang perlu dipatuhi semasa perbincangan e-mel.
 Senyuman ada simbol berasaskan teks yang digunakan di dalam e-mel untuk
mewakili emosi tertentu seperti marah, benci, ketawa dan lain-lain.
 Akronim atau frasa ringkas digunakan untuk mewakili frasa yang biasa
digunakan di Internet.
 Usenet adalah perbincangan sudut Internet yang terbuka, bebas dan
percuma.
 Usenet mengandungi soalan kerap ditanya. Ia adalah dokumen yang
mengandungi soalan dengan jawapan bagi soalan yang paling kerap ditanya
oleh pengguna.
 Internet telah berkembang menjadi fenomena dalam pelbagai aspek
kehidupan harian kita termasuk cara kita berkomunikasi, berkongsi, bekerja
dan sebagainya. Terdapat banyak perisian, aplikasi atau laman web yang ada
untuk rangkaian sosial, komunikasi, pengkomputeran awan,
pengkomputeran boleh dipakai dan banyak lagi teknologi yang boleh
digunakan untuk memenuhi keperluan kita.

E-mel Senyuman (smiley)


Perisian kongsi (shareware) Soalan kerap ditanya (frequently
asked questions ă FAQ)
Perisian percuma (freeware)
Telnet
Perisian sumber terbuka
Usenet
Projek GNU
Protokol Pemindahan Fail (File Transfer
Protocol ă FTP)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Komunikasi 
9
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan empat elemen asas komunikasi;
2. Mengenal pasti komunikasi sebagai komponen penting teknologi
maklumat (information technology ă IT);
3. Menerangkan pengekod-penyahkod dalam sistem komunikasi;
4. Menghuraikan dua jenis isyarat elektromagnetik untuk transmisi
data;
5. Mengenal pasti dua mod penghantaran data;
6. Mengenal pasti tiga teknik mengawal arah aliran data;
7. Mengenal pasti tiga jenis wayar yang digunakan sebagai media
penghantaran; dan
8. Menerangkan konsep teknologi radio selular.

 PENGENALAN
Komunikasi adalah pemindahan atau pertukaran mesej, idea, pemikiran,
maklumat atau pengetahuan dengan apa jua bentuk seperti perkataan,
penulisan, tingkah laku atau bahasa badan juga. Komunikasi data adalah istilah
yang lebih khusus yang disasarkan kepada pengumpulan dan pengedaran data
elektronik dalam bentuk teks, suara, gambar, grafik, video dan lain-lain melalui
rangkaian komunikasi.

Ada empat elemen penting yang perlu diketahui sebelum sebarang jenis
komunikasi boleh berlaku. Elemen ini adalah mesej, penghantar, penerima dan
media. Dalam topik ini, kita akan mengkaji setiap elemen asas ini dengan teliti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  205

9.1 ELEMEN PENTING KOMUNIKASI


Komunikasi ialah proses menghantar data atau maklumat dari seseorang (atau
peranti) kepada orang lain (atau peranti). Data atau maklumat boleh berada
dalam pelbagai bentuk, termasuk teks, imej, audio, isyarat, video, grafik dan
lain-lain. Komunikasi boleh berlaku antara manusia, komputer, antara komputer
dan manusia, alatan dan banyak lagi. Komunikasi tidak boleh berlaku jika
kedua-dua orang bercakap pada masa yang sama dan tidak ada seorang pun
daripada mereka yang mendengar. Contoh komunikasi harian adalah perbualan
bersemuka, membaca buku, melihat keindahan alam semula jadi, membaca atau
menerima surat, menonton TV, mendengar ucapan, dan tentunya mendengar
syarahan. Rangkaian ialah mekanisme untuk komunikasi.

Ada empat elemen bagi setiap jenis komunikasi untuk berlaku. Unsur tersebut
adalah mesej, penghantar, penerima dan media, seperti ditunjukkan dalam
komunikasi melalui telefon dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Komunikasi melalui telefon

Marilah kita belajar setiap elemen tersebut secara terperinci.

(a) Penghantar  Pengutus mesej atau tempat di mana mesej bermula.


Penghantar mungkin orang, aplikasi, mesin yang boleh menjana atau
membalas mesej tanpa bantuan manusia, pengguna sistem, pengesan,
pembaca kad kakitangan atau peranti input lain.

(b) Mesej  Sudah tentu apabila anda berkomunikasi, mesej diperlukan. Mesej
wujud dalam pelbagai bentuk dan format. Mesej boleh berada dalam
bentuk fail, permintaan, jawapan, status, kawalan atau mel. Apabila kita
bertanya kepada seseorang, mesej pertanyaan mungkin dalam bentuk
suara, surat pesanan, pergerakan mata atau pergerakan badan. Ada mesej
yang panjang seperti surat. Ada mesej yang pendek seperti arahan untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 9 KOMUNIKASI

"membaca". Apabila kita mengakses laman web, sebagai contoh, kita


menaip alamat laman web www.oum.edu.my. Alamat laman web ini
adalah mesej yang dihantar ke laman web berkenaan atau kita meminta
perisian komputer untuk mencari laman web yang berkenaan. Oleh itu,
kita ialah penghantar, komputer ialah penerima, alamat laman web ialah
mesej dan Internet ialah media.
(c) Penerima  Ia mungkin mesej, media dan penghantar tetapi tiada
penerima. Tanpa penerima, komunikasi tidak boleh berlaku. Contohnya,
kita boleh menangis meminta bantuan di dalam hutan, maka jika ada
mesej, penghantar, media tetapi tiada penerima; maka, komunikasi tidak
akan berlaku. Penerima adalah sasaran mesej. Penerima mungkin terdiri
daripada komputer, terminal, pencetak, manusia, peranti kawalan jauh,
dan lain-lain. Dalam rangkaian komputer, penerima dan penghantar boleh
hadir di dalam komputer yang sama. Contohnya, penghantar beralamat e-
mel mazlan@oum.edu.my menghantar e-mel kepada azly@oum.edu.my;
kedua-dua penghantar dan penerima ada di dalam pelayan e-mel
oum.edu.my yang sama.

(d) Media  Mesej dibawa dari penghantar ke penerima melalui media


komunikasi. Media adalah saluran atau pengangkut yang membawa mesej.
Sebagai contoh, dalam komunikasi yang melibatkan dua orang yang
bercakap secara bersemuka, mediumnya ialah udara; manakala dalam
komunikasi perbualan telefon, mediumnya mungkin talian telefon,
gelombang mikro, wayarles atau gabungan medium ini.

9.1.1 Pengekod dan Penyahkod


Fikirkan bagaimana mesej yang dihantar boleh difahami oleh penerima. Mesej
itu perlu diubah ke dalam bentuk yang sesuai supaya ia dapat melalui media
dan diubah lagi ke dalam bentuk yang boleh difahami oleh penerima. Dalam hal
ini, pengekod (coder) dan penyahkod (decoder) dikehendaki. Fungsi pengekod
adalah untuk mengekodkan mesej penghantar supaya ia diubah ke dalam
bentuk yang sesuai untuk media dan penyahkod menukarkannya kembali
kepada bentuk yang difahami oleh penerima. Rajah 9.2 menjelaskan situasi
umum bagi pengekod dan penyahkod dalam sistem komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  207

Rajah 9.2: Sistem komunikasi

9.1.2 Persefahaman Mesej


Walaupun empat elemen hadir (iaitu penghantar, penerima, media dan mesej)
tetapi mesej tersebut tidak dapat difahami, maka komunikasi sebenar masih
tidak berlaku. Dalam komunikasi manusia, bahasa menjadi penghalang utama
yang sering memerlukan pihak ketiga iaitu penterjemah. Dalam komunikasi
komputer, kod perwakilan data atau maklumat akan menjadi halangan. Oleh itu,
ada kod piawai untuk mewakili data seperti ASCII, EBCDIC dan yang terbaru
ialah Unikod (Unicode).

9.1.3 Pengesan Ralat


Dalam komunikasi antara penghantar dan penerima, ada keperluan
menggunakan pengesan ralat bagi memastikan bahawa data yang dihantar
adalah sama seperti yang diterima oleh penerima. Ralat ini boleh digambarkan
sebagai hingar atau gangguan dalam proses penghantaran melalui media, sama
seperti keadaan iklim apabila mediumnya adalah udara atau gelombang mikro.
Jika komunikasi berlaku sesama manusia, orang itu sendiri boleh menjalankan
pengesanan dan pembetulan ralat berdasarkan keupayaan manusia. Jika
komunikasi berlaku antara komputer, pengesanan ralat amat diperlukan untuk
menyediakan skim pengesanan dan pembetulan bagi ralat mesej dengan
melampirkan data atau maklumat tambahan apabila menghantar data dan sekali
gus ini meningkatkan peluang untuk pengesanan ralat. Skim ini akan
dibincangkan kemudian.

9.1.4 Keselamatan
Apabila data dihantar, ia akan menjadi tarikan untuk pasang telinga
(eavesdropping). Contohnya, membeli barangan melalui Internet menggunakan
kad kredit. Nombor kad kredit yang dihantar melalui medium ini akan mudah
dicuri jika langkah keselamatan tidak diambil. Antara langkah keselamatan yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 9 KOMUNIKASI

sering digunakan ialah enkripsi (encryption). Kita akan membincangkan isu ini
dalam topik seterusnya.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Bagi mewujudkan komunikasi, kita perlukan beberapa keperluan.


Antaranya ialah mesej. Apakah keperluan-keperluan yang lain?
2. Terangkan fungsi-fungsi elemen komunikasi berikut:
(a) Penerima; dan
(b) Pengesan ralat.
3. Apakah kerja pengekod dan penyahkod dalam sistem
komunikasi?
4. Nyatakan keperluan kod piawai dalam komunikasi antara
komputer.
5. Manusia berkomunikasi melalui pelbagai cara seperti bercakap,
bahasa isyarat dan lain-lain. Kemajuan teknologi maklumat
membolehkan manusia berkomunikasi melalui pelbagai cara
baru. Bolehkan anda nyatakan teknik-teknik berkomunikasi
melalui komputer?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  209

AKTIVITI 9.1

1. Kenal pasti penghantar, penerima dan media dalam komunikasi


berikut:

9.2 ASAS KOMUNIKASI DATA

Komunikasi data merujuk kepada bentuk komunikasi elektronik yang


biasanya melibatkan pemindahan data antara pengguna dan komputer,
komputer dan komputer, dan komputer dan peranti.

Ciri-ciri komunikasi data adalah jenis isyarat, mod transmisi, arah aliran data
dan kadar transmisi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 9 KOMUNIKASI

9.2.1 Jenis Isyarat


Bolehkah anda fikirkan bagaimana isyarat elektromagnetik yang membawa
maklumat disampaikan kepada penerima?

Isyarat elektromagnetik boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat


melalui pelbagai media transmisi. Dua bentuk isyarat yang boleh mewakili
maklumat untuk transmisi melalui talian komunikasi adalah:

(a) Isyarat analog  Ia adalah berterusan iaitu apabila isyarat dihantar melalui
media (contohnya, wayar telefon), isyarat elektrik yang dihantar diwakili
dalam bentuk gelombang sinus yang berterusan, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 9.3. Gelombang sinus terdiri daripada tiga parameter iaitu
frekuensi, amplitud dan fasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.4.

(i) Frekuensi  Bilangan gelombang berulang (rujuk Rajah 9.3). Ia diukur


dalam hertz (Hz) iaitu satu kitaran sesaat. Isyarat dengan 40Hz
memerlukan 40 kitaran sesaat.

Rajah 9.3: Frekuensi gelombang

Rajah 9.4: Gelombang sinus

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  211

(ii) Amplitud  Ketinggian gelombang atau tahap tenaga tertinggi


gelombang, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.5. Amplitud
diukur dalam pelbagai unit, contohnya, voltan (V) atau desibel (dB).
Semakin kuat isyarat, semakin tinggi amplitud bagi isyarat tersebut.

Rajah 9.5: Amplitud gelombang

(iii) Fasa  Kadar perubahan isyarat dengan masa, atau ukuran peralihan
masa gelombang yang diukur dalam darjah (). Isyarat dengan
frekuensi yang sama boleh mempunyai fasa yang berlainan, jika ia
dibandingkan. Dalam Rajah 9.6, gelombang bawah (b) mempunyai
fasa yang berlainan, iaitu fasa 180Ù berbanding dengan gelombang
atas (a). Satu kitaran gelombang lengkap bermula pada satu titik dan
berterusan sehingga ia mencapai titik tersebut sekali lagi. Peralihan
dalam fasa berlaku apabila satu kitaran belum lagi lengkap tetapi satu
kitaran baru telah bermula iaitu sebelum kitaran sebelumnya telah
siap sepenuhnya. Ini berlaku pada titik 1 dalam Rajah 9.6 (c).

Rajah 9.6: Fasa isyarat

Isyarat analog digunakan dalam talian telefon berkelajuan rendah.


Isyarat analog dihantar melalui rangkaian telefon bersuis awam
(public switched telephone network ă PSTN).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 9 KOMUNIKASI

(b) Isyarat digital  Ia seperti gelombang diskret apabila dibandingkan dengan


isyarat analog, di mana ia umpama gelombang sinus yang berterusan.
Dalam transmisi digital, siri denyutan diskret ditransmisikan atau dihantar,
contohnya, membawa angka 0 dan 1. Nilai 0 dan 1 adalah sama dengan
perwakilan data binari dalam komputer.
 
Isyarat digital adalah dalam dua keadaan sahaja iaitu voltan rendah
dan voltan tinggi, tutup (off) dan buka (on) atau 0 dan 1.

Biasanya, isyarat digital diwakili sebagai gelombang segi empat tepat


seperti ditunjukkan dalam Rajah 9.7.

Rajah 9.7: Isyarat digital

Isyarat digital tidak boleh ditransmisikan melalui PSTN, kecuali selepas


mengubahnya kepada isyarat analog. Proses perubahan isyarat digital
kepada analog dipanggil pemodulatan, manakala proses
menterbalikkannya dipanggil penyahmodulatan.

SEMAK KENDIRI 9.2


Terangkan perbezaan antara isyarat analog dengan isyarat digital.

9.3 MOD TRANSMISI DATA


Komputer yang telah dirangkaikan akan menjalankan tugas secara individu.
Komputer destinasi tidak tahu bila maklumat dari komputer sumber akan tiba.
Oleh itu, perlu ada strategi untuk membolehkan komputer destinasi menyedari
bahawa komputer sumber telah menghantar maklumat dan maklumat itu telah
tiba untuk membolehkannya bertindak atas maklumat tersebut. Strategi ini
dikenali sebagai mod penghantaran data.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  213

Penghantaran data antara dua titik atau antara dua komputer boleh berlaku
dalam dua bentuk iaitu secara selari atau bersiri. Data yang dihantar melalui
penghantaran selari akan dihantar sekali gus, biasanya dalam satu bait (8 bit)
secara serentak. Jika data 8-bit dihantar, 8 wayar selari digunakan untuk
menghantar data iaitu setiap bit dihantar melalui wayar berasingan, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 9.8. Wayar tambahan diperlukan untuk menghantar
data antara penghantar dan penerima. Isyarat ini membolehkan data dihantar
dalam urutan yang betul.

Rajah 9.8: Penghantaran selari

Pencetak, sebagai contoh, menerima data daripada komputer melalui port selari
yang dihantarkan secara selari iaitu aksara (bait) demi aksara (bait).
Penghantaran ini sesuai untuk jarak dekat. Penghantaran selari tidak praktikal
untuk komunikasi data. Komputer biasanya menghantar data dalam bentuk
bersiri kerana kelajuannya yang tinggi. Antara muka selari Centronics adalah
contoh format selari.

Transmisi bersiri adalah penghantaran data secara bersiri iaitu data yang
dihantar satu bit demi satu bit, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.9.

Rajah 9.9: Penghantaran bersiri

Penghantaran bersiri lebih perlahan berbanding dengan penghantaran selari


tetapi lebih sesuai untuk jarak jauh. Penghantaran bersiri adalah kaedah biasa
penghantaran data dalam rangkaian komunikasi. Dalam komunikasi data, data
dihantar secara bersiri. Dua mod penghantaran untuk data yang dihantar secara
bersiri adalah penghantaran segerak (synchronous transmission) dan
penghantaran tak segerak (asynchronous transmission).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 9 KOMUNIKASI

9.3.1 Penghantaran Tak Segerak


Jenis penghantaran ini telah menjadi popular selepas penciptaan mesin teletaip
(teletypewriters) yang digunakan untuk menghantar telegram. Aksara akan
dihantar satu demi satu. Masa penghantaran juga tidak boleh ditentukan; aksara
boleh dihantar pada bila-bila masa. Untuk membolehkan komputer destinasi
menyedari bahawa satu aksara telah tiba, setiap aksara diiringi oleh bit mula dan
bit henti serta satu bit pariti, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.10.

Bit pariti digunakan untuk mengesan kesilapan. Bit mula memberitahu


penerima bahawa data akan dihantar. Bit henti bermaksud semua data telah
dihantar.

Rajah 9.10: Penghantaran tak segerak

Setiap aksara boleh dipisahkan oleh ruang masa yang berlainan yang bermaksud
tidak ada penyelarasan antara penghantar dan penerima, terutamanya apabila
tiada data dihantar. Penyelarasan dapat dicapai hanya pada setiap aksara.
Penerima akan menyelaraskan dengan penghantar apabila bit mula diterima.
Beberapa persetujuan dibuat antara penghantar dan penerima adalah berupa
bilangan bit per perkataan, semakan pariti sama ada ganjil atau genap, kelajuan
penghantaran dan bagaimana mesej berakhir.

Untuk menghantar setiap aksara, dua bit tambahan juga dihantar. Sebagai
contoh, 100 aksara dihantar, jadi jumlah bit yang dihantar adalah 1,000bit (iaitu
8bit setiap aksara  2bit untuk mula atau henti  100). 1,000bit ini adalah
bersamaan dengan 125 aksara, di mana 25 aksara tambahan membentuk overhed
untuk penghantaran tak segerak. Penghantaran tak segerak adalah jelas tidak
cekap untuk menghantar sejumlah besar data. Ia sesuai untuk komunikasi data
berkelajuan rendah, biasanya sehingga 32,000bps.

9.3.2 Penghantaran Segerak


Satu kelemahan penghantaran tak segerak ialah overhed yang perlu dibawa
semasa penghantaran data. Dalam penghantaran segerak, tahap kecekapan yang
tinggi dicapai dengan menghantar kumpulan atau blok aksara pada satu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  215

pergerakan dan menggantikan bit pengiring (mula dan henti) dengan pengepala
(header) dan penghujung (trailer).

Rajah 9.11: Penghantaran segerak

Penerima akan menyemak bit data yang diterima sehingga pengepala ditemui
yang mengandungi Aksara Melahu Segerak (Synchronous Idle ă SYN) dan bit
mula, seperti ditunjukkan dalam Rajah 9.11 tadi. Seterusnya, kedua-dua
penghantar dan penerima akan saling menyelaraskan antara mereka. Penerima
akan menerima semua aksara sehingga penghujungnya didapati mengandungi
aksara terakhir dan aksara SYN. Saiz blok data (atau paket) berbeza daripada
beberapa aksara sehingga kepada beratus-ratus aksara. Semakin besar blok data,
semakin cepat penghantarannya.

Penghantaran segerak lebih pantas dan lebih berkesan berbanding dengan


penghantaran tak segerak. Paras keberkesanan penghantaran segerak adalah
sehingga 98%, manakala penghantaran tak segerak mencecah sehingga 80%
sahaja. Walau bagaimanapun, jika ada ralat dalam penghantaran segerak,
keseluruhan blok data (semua aksara) akan rosak, di mana hanya satu aksara
yang akan rosak dalam penghantaran tak segerak. Perkakasan yang digunakan
untuk melaksanakan penghantaran segerak adalah lebih mahal dan lebih
kompleks berbanding untuk penghantaran tak segerak. Sebarang data boleh
dihantarkan secara segerak, manakala hanya aksara sahaja yang boleh
dihantarkan melalui penghantaran tak segerak.

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Apakah yang anda faham tentang „mod transmisi‰? Terangkan.

2. Jelaskan perbezaan antara transmisi segerak dan transmisi tak


segerak.

9.4 ARAH ALIRAN DATA


Rangkaian komunikasi data mempunyai tiga kategori operasi talian untuk
mengawal aliran data iaitu talian simpleks (simplex), separa dupleks (half-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 9 KOMUNIKASI

duplex) dan dupleks penuh (full-duplex). Ketiga-tiga jenis aliran penghantaran


data ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

9.4.1 Simpleks
Penghantaran data simpleks membenarkan data bergerak dalam satu arah
sahaja, iaitu hampir sama dengan lalu lintas sehala, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 9.12.

Rajah 9.12: Penghantaran simpleks

Contohnya adalah penyiaran TV dan penyiaran radio. Contoh lain adalah


terminal yang menerima data (seperti TV biasa) yang memaparkan data harga
saham di pusat perdagangan saham dan memaparkan ketibaan pesawat di
lapangan terbang, peranti pengesan di persimpangan lampu isyarat yang
menjejak ketibaan kenderaan dan pencetak. Semua contoh ini mengesahkan
aliran data adalah dalam satu arah sahaja.

9.4.2 Separa Dupleks


Penghantaran data secara separa dupleks mengesahkan bahawa data bergerak
dalam dua arah tetapi hanya dalam satu arah pada satu masa. Sebagai contoh,
pergerakan melalui satu jambatan yang sangat sempit hanya dibolehkan untuk satu
kereta sahaja pada satu masa, pendakian ke Bukit Fraser di mana pergerakan turun
dan naik ditetapkan pada jam yang berlainan, perhubungan antara pengguna
walkie-talkie atau radio teksi, atau komunikasi antara dua komputer yang
menggunakan modem, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.13.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  217

Rajah 9.13: Penghantaran separa dupleks

Teknik ini agak perlahan kerana:


(a) Masa untuk peranti berubah peranannya daripada penghantar ke penerima
atau sebaliknya;
(b) Masa menunggu sementara peranti penghantar menghantar mesej untuk
mengesahkan kesediaan menerima data kepada peranti penerima; dan
(c) Masa menunggu oleh peranti penghantar sementara menunggu jawapan
kesediaan menerima data dari peranti penerima.

9.4.3 Dupleks Penuh


Penghantaran dupleks penuh membenarkan data dihantar dalam dua arah
bertentangan sepanjang masa, iaitu seperti jalan dua hala, seperti ditunjukkan
dalam Rajah 9.14.

Rajah 9.14: Penghantaran dupleks penuh

Teknik ini membolehkan peranti komunikasi berupaya menghantar dan


menerima data dengan lengkap dan tiada kebergantungan. Teknik ini juga
meningkatkan kecekapan sistem penghantaran berbanding dengan
penghantaran dengan mod separa dupleks. Peranti yang diperlukan untuk
teknik ini lebih mahal daripada dua teknik tadi tetapi teknik ini lebih cepat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 9 KOMUNIKASI

AKTIVITI 9.2

1. Berdasarkan jenis komunikasi simpleks, separa dupleks dan


dupleks penuh, bincangkan jenis komunikasi yang manakah
paling berkesan dari segi faktor kos.

2. Data bergerak dalam tiga jenis aliran. Bincangkan kelebihan dan


kekurangan bagi setiap jenis aliran tersebut.

9.5 KADAR PENGHANTARAN DATA


Kadar penghantaran boleh dikatakan dalam kadar bit atau kadar baud.

Kadar bit adalah ukuran sebenar bilangan bit ditransmisikan setiap saat.
Kadar bit atau kadar data diukur dalam bit sesaat (bps). Sebagai contoh,
kelajuan modem ialah 14,400bps.

Kadar baud adalah ukuran bilangan perubahan keadaan talian sesaat.


Perubahan keadaan talian bermaksud perubahan dari keadaan 0 kepada
keadaan 1 atau sebaliknya, untuk isyarat digital. Untuk isyarat digital binari,
kadar baud = kadar bit.

Kadar penghantaran bergantung kepada frekuensi dan lebar jalur.

Frekuensi adalah jumlah data yang dihantar melalui saluran atau talian pada
frekuensi gelombang  kitaran gelombang sesaat. Kekerapan dinyatakan
dalam Hertz (Hz) atau kitaran per saat.

Lebar jalur (bandwidth) adalah perbezaan antara kekerapan tertinggi dan


yang terendah yang disokong oleh saluran atau talian tertentu.

Data boleh dihantar pada pelbagai frekuensi dalam lebar jalur tertentu. Kelajuan
penghantaran maksimum bergantung kepada lebar jalur yang ada. Semakin
besar lebar jalur, semakin tinggi kadar penghantaran atau kelajuan
penghantaran. Ada tiga gred lebar jalur. Mari kita belajar lebih mendalam
mengenai setiap lebar jalur ini berdasarkan Jadual 9.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  219

Jadual 9.1: Tiga Gred Lebar Jalur

Lebar Jalur Deskripsi


Jalur suara Lebar jalur yang ada dalam rangkaian telefon bersuis awam. Ia dipanggil
jalur suara kerana rangkaian telefon bersuis awam dibina (dari sejarah)
untuk komunikasi suara dan bukannya data. Lebar jalurnya adalah
4000Hz, cukup untuk penghantaran suara. Oleh kerana lebar jalurnya
kecil, ia digunakan untuk komunikasi pada kadar sehingga 28.8Kbps
Jalur Biasanya digunakan untuk komunikasi yang melibatkan komputer
sederhana kerangka utama dan minikomputer. Kelajuan biasa adalah 56Kbps
sehingga 264Mbps
Jalur lebar Ia melibatkan satelit, gelombang mikro, kabel sepaksi dan gentian optik.
(broadband) Ia digunakan untuk komputer berkelajuan tinggi dan mempunyai
kelajuan 56Kbps sehingga 30Gbps

SEMAK KENDIRI 9.4


1. Bincangkan perbezaan antara kadar bit dan kadar baud. Bilakah
kedua-dua kadar ini mencapai kesamaan?

2. Nyatakan kelebihan dan kekurangan bagi setiap teknik arah


aliran data.

3. Senaraikan tiga jenis gred lebar jalur yang anda tahu.

9.6 MEDIA PENGHANTARAN DATA


Dalam subtopik ini, kita akan menumpukan kepada media penghantaran. Media
penghantaran bergantung kepada bentuk data yang telah diubah untuk tujuan
komunikasi. Antara bentuk asas data yang boleh diubah untuk komunikasi
adalah denyutan elektrik, denyutan cahaya, gelombang elektromagnet dan
gelombang inframerah (infrared).

Jenis media penghantaran bagi membawa isyarat bergantung kepada jenis


isyarat. Wayar pasangan terpiuh (twisted pair wire) dan kabel sepaksi (coaxial
cable) membawa isyarat dalam bentuk denyutan elektrik. Isyarat denyutan
cahaya boleh dibawa melalui kabel gentian optik. Bagi gelombang elektromagnet
yang menembusi udara, ia memerlukan sokongan sistem gelombang mikro dan
satelit. Tiga bentuk data ini ă denyutan cahaya, gelombang elektromagnet dan
gelombang inframerah ă adalah semua jenis gelombang tanpa wayar bagi media
penghantaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 9 KOMUNIKASI

Media penghantaran boleh dikelaskan sebagai berpanduan (melalui media


fizikal seperti wayar pasangan terpiuh, kabel sepaksi dan kabel gentian optik),
atau tanpa panduan (melalui udara, vakum dan air).

9.6.1 Wayar Pasangan Terpiuh


Wayar pasangan terpiuh adalah medium yang selalunya digunakan untuk
menghantar data dalam bentuk denyutan elektronik. Ia juga dikenali sebagai
kabel pasangan terpiuh. Wayar pasangan terpiuh terdiri daripada beberapa
wayar berwarna dan bertebat yang terpintal untuk mewujudkan medan magnet
dan seterusnya akan mengurangkan gangguan bunyi bising. Biasanya ada empat
atau lapan wayar (membentuk dua atau empat pasangan). Secara amnya, setiap
pasangan wayar menyokong satu saluran suara. Wayar jenis ini sering
digunakan untuk telefon. Wayar pasangan terpiuh adalah murah dan mudah
diperoleh tetapi isyarat yang melaluinya mudah terkeluar dan diganggu,
manakala kadar penghantarannya adalah rendah. Contoh wayar pasangan
berpiuh ditunjukkan dalam Rajah 9.15.

Rajah 9.15: Wayar pasangan terpiuh

Ada dua jenis wayar atau kabel, iaitu pasangan terpiuh tak bertebat (unshielded
twisted pair  UTP) dan pasangan terpiuh bertebat (shielded twisted pair  STP).
Wayar pasangan terpiuh tak bertebat lebih murah dan lebih mudah untuk
dikendalikan tetapi mudah terganggu dan mempunyai jarak liputan yang lebih
pendek berbanding dengan pasangan terpiuh bertebat.

Selain daripada dikelaskan kepada pasangan terpiuh tak bertebat dan pasangan
terpiuh bertebat, wayar pasangan terpiuh juga dikelaskan mengikut kategori
yang ditetapkan oleh EIA/TIA-568. Umumnya, faktor yang membezakan antara
kategori ini adalah ketebalan wayar mengikut kehendak standard ukuran kabel
Amerika (American wire gauge ă AWG) dan ciri-ciri ralat.

9.6.2 Kabel Sepaksi


Kabel sepaksi juga dikenali sebagai kabel bertebat, terdiri daripada satu atau
lebih tali wayar tembaga yang dilindungi oleh penebat dan ditutup dengan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KOMUNIKASI  221

jaringan besi. Kabel ini digunakan secara meluas untuk menyokong sambungan
jarak jauh. Kabel jenis ini menawarkan kadar penghantaran data yang lebih
tinggi berbanding dengan kabel pasangan terpiuh dan boleh digunakan untuk
menghantar semua jenis data (tidak terhad kepada suara atau teks sahaja).
Contoh kabel sepaksi adalah kabel TV, kabel yang digunakan untuk
menyambungkan TV dan penerima gelombang TV, dan pautan yang singkat
antara komputer dan rangkaian kawasan tempatan. Kabel ini boleh membawa
data atau isyarat jenis denyut elektrik.

Dalam sistem komunikasi suara, setiap kabel sepaksi boleh menyokong kira-kira
60 saluran suara. Kabel ini yang menyokong pelbagai suara dipanggil kabel
sepaksi lebar jalur dengan kelajuan sehingga 100Mbps. Kabel jenis ini dipanggil
kabel sepaksi tebal, thicknets atau 0Base5 yang juga dikenali sebagai Ethernet
tebal.

Sejenis lagi kabel seperti ini adalah kabel sepaksi jalur asas yang digunakan
untuk menghantar data pada kelajuan tinggi seperti di rangkaian kawasan
setempat. Kabel yang sering digunakan dalam rangkaian kawasan setempat
adalah kabel RG-58AU yang sering dipanggil kabel sepaksi nipis, thinnets atau
10Base2, yang juga dikenali sebagai Ethernet nipis ă dengan kelajuan sehingga
10Mbps. Contoh kabel sepaksi boleh dilihat dalam Rajah 9.16.

Rajah 9.16: Kabel sepaksi

Kabel sepaksi menawarkan lebar jalur dan tahap kekebalan tertentu daripada
isyarat yang sangat tidak stabil. Di samping itu, kabel ini adalah murah untuk
dipasang dan mengikut piawaian. Walau bagaimanapun, kabel ini memerlukan
kos yang tinggi untuk jarak jauh kerana perlu menggunakan pengulang. Tahap
keselamatan kabel ini belum lagi tinggi. Penamatan dan titik penyambungan
kabel ini perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan kerosakan yang
boleh menimbulkan kesesakan di rangkaian dan juga menghalang capaian ke
rangkaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 9 KOMUNIKASI

9.6.3 Kabel Gentian Optik


Gentian optik merupakan satu medium di mana data dihantar dalam bentuk
denyutan cahaya. Teknologi gentian optik adalah satu teknologi komunikasi
baru yang berkos rendah, penghantaran berkapasiti tinggi, kadar ralat yang
rendah dan selamat untuk penghantaran mesej. Isyarat ditukarkan kepada
denyut cahaya dan ditembak oleh laser melalui gentian optik bertebat. Cahaya
tersebut akan bergerak dan terbias sepanjang kabel bertebat tersebut. Gentian ini
boleh menghantar data pada kelajuan 80Gbps. Gambar kabel gentian optik boleh
dilihat dalam Rajah 9.17.

Rajah 9.17: Kabel gentian optik

Gentian optik diperbuat daripada gentian silikon atau silika yang lebih nipis
daripada rambut manusia. Ia boleh digunakan untuk menghantar pelbagai jenis
data seperti video, gambar, multimedia, muzik dan grafik. Oleh kerana data
dihantar melalui cahaya, ia tidak terjejas oleh gangguan elektronik dan ini akan
mengurangkan kesilapan dalam penghantaran data. Gentian ini juga lebih
ringan daripada kabel sepaksi. Kabel gentian optik digunakan untuk
menghubungkan jarak yang jauh atau yang menghubungkan antara benua.
Setiap gentian boleh menyokong pelbagai saluran suara atau saluran TV.

9.6.4 Sistem Gelombang Mikro


Gelombang mikro tidak menggunakan kabel sebagai media penghantaran tetapi
menggunakan ruang udara atau langit. Gelombang mikro menggunakan sistem
radio yang berfrekuensi tinggi untuk menghantar dan menerima data. Isyarat
gelombang mikro dihantar dalam bentuk garis penglihatan. Isyarat ini tidak
boleh dibengkokkan mengikut permukaan bumi atau untuk mengelak bukit,
gunung dan bangunan tinggi. Oleh itu, stesen geganti digunakan untuk
menghubungkan isyarat gelombang mikro. Bilangan stesen geganti bergantung
kepada bentuk bumi, biasanya 30km-50km antara satu sama lain. Stesen geganti
biasanya diletakkan di atas bangunan, bukit dan menara yang tinggi. Kekerapan
penghantaran gelombang mikro diukur dalam 2GHz hingga 40GHz. Contoh
stesen geganti boleh dilihat dalam Rajah 9.18.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  223

Rajah 9.18: Stesen geganti gelombang

Teknik gelombang mikro digunakan untuk komunikasi berkapasiti tinggi dan


jarak jauh. Cakera parabola dan menara memerlukan kos yang tinggi untuk
dibina. Oleh itu, kos sistem gelombang mikro sangat mahal dan ia adalah untuk
jarak yang jauh. Teknik ini sesuai untuk komunikasi antara bangunan tinggi di
kawasan bandar, terutamanya apabila kos memasang kabel gentian optik adalah
begitu mahal. Kini, sistem gelombang mikro sering digunakan untuk
menghubungkan rangkaian antara bangunan di dalam kampus dan bandar.

Untuk sistem gelombang mikro bersaiz sederhana, kosnya adalah sederhana,


boleh dibahagikan kepada subsaluran dan boleh dilanjutkan untuk jarak yang
jauh tetapi ia mudah terganggu oleh bunyi bising daripada cuaca dan elektrik,
dan perlu mengatasi masalah garis penglihatan dan juga masalah geografi.
Penggunaan gelombang mikro juga perlu mematuhi peraturan yang ketat untuk
mengelakkan pertindanan gelombang.

9.6.5 Sistem Satelit


Pendekatan satelit digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan wujud
banyak halangan. Data atau isyarat yang dibawa melalui satelit adalah dalam
bentuk gelombang mikro yang mewakili data, suara dan video. Satelit adalah
peranti elektronik yang mengandungi sehingga 100 transponder (radio yang
kecil dan khusus) yang menerima, menguatkan dan menghantar semula isyarat.

Satelit bertindak sebagai stesen geganti antara stesen bumi dengan stesen bumi
yang lain. Frekuensi isyarat yang dipaut naik (uplink) ke satelit adalah berbeza
daripada frekuensi isyarat yang dipaut turun (downlink) ke stesen bumi. Jenis
satelit dikelaskan mengikut lokasi mereka dari permukaan bumi dan juga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 9 KOMUNIKASI

frekuensi isyarat bagi pautan menaik dan pautan menurun. Contoh satelit
ditunjukkan dalam Rajah 9.19.

Rajah 9.19: Satelit

Sistem satelit adalah mahal tetapi berkesan dari segi kos untuk menghantar data
dalam jumlah yang besar. Kawasan liputan satelit di bumi dipanggil jejak.
Kedudukan antara satelit perlu mengikut peraturan tertentu untuk mengelakkan
gangguan isyarat antara satu sama lain. Terdapat tiga kebaikan dan tujuh
kekurangan menggunakan sistem satelit, seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Kebaikan dan Kekurangan Menggunakan Sistem Satelit

Kebaikan Kekurangan
Kawasan bumi yang luas Isyarat menjadi lebih lemah atau hingar pada jarak yang
dapat diliputi jauh
Muatan yang tinggi Berguna untuk tempoh 7 hingga 10 tahun, selepas itu ia
akan lari dari laluan orbit sebenar
Kos rendah untuk setiap Data dihantarkan boleh didengar oleh sesiapa sahaja,
pengguna kecuali untuk data yang dienkripkan
Penghantaran satelit boleh diganggu oleh orang lain
Kos yang tinggi untuk pemasangan dan penghantaran
Ia memerlukan parabola dan penyahkod
Ada kelewatan dalam penerimaan isyarat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  225

9.6.6 Inframerah
Teknologi inframerah adalah penghantaran data dalam bentuk sinaran
inframerah tanpa wayar. Pendekatan ini adalah terhad kepada satu kawasan
kecil sahaja dan berdasarkan garis penglihatan. Kadar penghantaran adalah
sekitar 10Mbps. Teknologi ini boleh digunakan untuk rangkaian komputer tanpa
wayar. Satu lagi contoh aplikasi adalah unit kawalan jauh TV.

9.6.7 Radio
Teknologi frekuensi radio yang menggunakan penghantaran tanpa wayar
terbahagi kepada dua, iaitu frekuensi tinggi dan frekuensi rendah. Teknologi
radio berfrekuensi tinggi, seperti radio selular boleh menembusi dinding pejabat
tetapi mempunyai liputan terhad. Teknologi radio berfrekuensi rendah
menggunakan teknologi spektrum radio, ada kuasa penembusan yang kuat,
liputan yang meluas tetapi mempunyai masalah gangguan. Teknologi spektrum
radio menggunakan frekuensi radio biasa seperti pemodulatan amplitud
(amplitude modulation ă AM), pemodulatan frekuensi (frequency modulation ă
FM) dan gelombang pendek. Teknologi ini biasanya digunakan untuk alat kelui.

Alat kelui sebenarnya adalah penerima radio yang menerima mesej atau
isyarat pada frekuensi tertentu yang dihantar oleh penghantar.

Teknologi radio selular direka untuk pengkomputeran mudah alih dan sering
digunakan pada telefon bimbit, juga dikenali sebagai telefon selular. Di Malaysia,
ada banyak operator telefon selular seperti Celcom, Digi dan Maxis. Teknologi
selular ini menggunakan frekuensi radio dan tapak sel. Tapak sel adalah
kawasan geografi berbentuk bulat yang mengoperasikan telefon bimbit di dalam
kawasan fizikal tertentu. Pengguna bergerak dari satu sel ke sel yang lain. Setiap
sel dipaut dengan tapak sel induk yang menyediakan pautan ke rangkaian
telefon biasa. Biasanya, kadar pemindahan data untuk radio selular adalah
sehingga 19,200bps.

Teknologi radio selular juga boleh menggunakan satelit orbit bumi yang rendah.
Contoh satelit radio selular adalah Iridium dan Teledesic. Teknologi radio selular
telah berkembang maju dan pelbagai teknologi selular terkini diperkenalkan di
seluruh dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 9 KOMUNIKASI

9.6.8 Rangkaian Telefon


Rangkaian telefon yang digunakan oleh orang awam dipanggil "rangkaian
telefon bersuis awam‰ yang mengendalikan suara. Rangkaian telefon bersuis
awam juga kadangkala dipanggil perkhidmatan telefon biasa (plain old
telephone service ă POTS). Sekarang, PSTN telah menggunakan pelbagai media
seperti gentian optik, sistem gelombang mikro dan sistem satelit. Data di dalam
PSTN boleh dihantar melalui talian dail, talian pajak atau talian khusus.

 Komunikasi biasanya melibatkan manusia sahaja. Selain itu, ia juga berlaku


antara manusia dan komputer, dan antara komputer dan komputer  bentuk
komunikasi elektronik ini dikenali sebagai komunikasi data.

 Penghantar adalah pengutus mesej atau tempat di mana mesej bermula.


Penghantar mungkin orang, aplikasi perisian, mesin yang boleh mencipta
mesej atau jawapan tanpa bantuan manusia, pengguna sistem, pengesan,
pembaca kad kakitangan, atau peranti input lain.

 Mesej boleh dalam bentuk fail, permintaan, jawapan, status, kawalan atau
mel.

 Penerima boleh berupa komputer, terminal, pencetak, manusia, peranti


kawalan jauh dan lain-lain.

 Mesej dibawa dari penghantar ke penerima melalui media komunikasi.


Media adalah saluran atau pengangkut mesej.

 Konsep teknologi radio selular telah menjadi semakin popular sekarang.


Banyak syarikat komunikasi seperti Maxis, Celcom dan DiGi menggunakan
teknologi ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI  227

Dupleks penuh (full-duplex) Penghantaran tak segerak


(asynchronous transmission)
Isyarat analog
Penyahkod (decoder)
Isyarat digital
Radio
Kabel gentian optik
Rangkaian
Kabel sepaksi (coaxial cable)
Rangkaian telefon
Komunikasi
Separa dupleks (half-duplex)
Komunikasi data
Simpleks (simplex)
Media
Sistem gelombang mikro
Penerima
Sistem inframerah (infrared)
Pengekod (coder)
Sistem satelit
Penghantar
Wayar pasangan terpiuh (twisted
Penghantaran segerak (synchronous
pair wire)
transmission)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Isu dan Peluang
10 Teknologi
Maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan tujuh impak teknologi maklumat (information
technology  IT) dan etika penggunaannya;
2. Mengenal pasti ancaman kepada keselamatan komputer;
3. Menghuraikan empat jenis keselamatan komputer;
4. Membincangkan isu peribadi dalam IT; dan
5. Menerangkan konsep ergonomik dan pengkomputeran hijau
dalam IT.

 PENGENALAN
Sekarang, kita semua bersungguh-sungguh melalui proses revolusi maklumat di
mana teknologi maklumat (information technology ă IT) telah merevolusikan
keupayaan kita dalam mengekstrak, memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat. Seperti yang dibincangkan dalam topik-topik terdahulu,
IT bukan sahaja terdiri daripada perkakasan dan perisian komputer, tetapi juga orang
yang mempunyai pengetahuan dan orang sebagai pengguna teknologi.

Oleh kerana sifat manusia dengan tingkah laku berbeza, IT dan sistem maklumat
(information system  IS) boleh digunakan untuk perkara baik dan buruk. Dalam
topik ini, kita akan mengkaji dan melihat bagaimana elemen manusia mencipta
pelbagai isu dan peluang yang disediakan melalui bidang IT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  229

Seterusnya, kita akan berbincang mengenai empat jenis keselamatan komputer


dan isu peribadi. Akhir sekali, kita akan melihat konsep ergonomik dan
pengkomputeran hijau dalam IT.

10.1 PROFESIONALISME, ETIKA DAN


MASYARAKAT
Revolusi IT mencetuskan banyak kontroversi. Kontroversi ini menimbulkan persoalan
mengenai apakah aktiviti melibatkan IT yang beretika (dan tidak beretika).

Etika adalah mengenai tingkah laku dan kelakuan moral; sama ada ia
membawa pengaruh baik atau buruk ke atas manusia.

Dengan kata lain, etika adalah falsafah yang berkaitan dengan prinsip perbuatan
baik dan buruk terutamanya dalam konteks moral.

Moraliti (morality) adalah kepercayaan tradisional atau kepercayaan agama


dalam menjalankan perlakuan yang betul dan salah.
 

Apabila isu ini dibangkitkan, anda mungkin bertanya, apakah hubungan antara
etika dan IT? Kemajuan IT telah mewujudkan dunia tanpa sempadan. Kini, kita
boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira lokasi, manakala data
juga boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Malah, data sulit
anda yang sepatutnya disimpan di dalam laci anda sebelum ini, boleh dibuka
dengan mudah sekarang, jika ia telah ditukar ke dalam bentuk elektronik. Di
sebalik kemudahan yang tersedia dalam bidang IT, kita perlu berhati-hati
dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan
daripada kelalaian kita menggunakan IT dalam aktiviti seharian kita. Jadi,
adalah sangat penting untuk menekankan aspek etika IT kepada pengguna
teknologi ini.

Dalam kebanyakan organisasi, komputer digunakan untuk membantu pihak


pengurusan memastikan kelancaran dan kecekapan operasi. Pengurusan atasan
juga boleh menggunakan IT dalam membuat keputusan penting dan strategik.
Masalah etika sering dibincangkan dalam pengurusan sumber manusia, di mana
IT telah membuka cara baru menjalankan perniagaan sama ada beretika atau
tidak beretika secara elektronik. Pengguna IT kini berhadapan dengan isu etika,
terutamanya apabila mereka menjalankan tugas di pejabat. Contohnya adalah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

(a) Adakah pihak pengurusan perlu memantau aktiviti kakitangan secara


elektronik?
(b) Adakah ada keperluan untuk melihat semua e-mel di kakitangan junior untuk
memastikan bahawa mereka tidak menggunakan e-mel untuk tujuan peribadi?
(c) Adakah semua kakitangan dibenarkan mengakses fail orang lain?
(d) Adakah mungkin untuk menjual maklumat pelanggan kepada orang lain?

Ada banyak aspek amalan etika dalam masyarakat kita berhubung aplikasi IT.
Sebagai contoh, menggunakan IT mewujudkan kesan ke atas masyarakat, dan ini
meningkatkan pertimbangan etika dalam banyak bidang lain. IT mempunyai
kedua-dua kesan positif dan negatif kepada masyarakat dalam pelbagai bidang.
Sekarang, mari kita lihat dengan lebih lanjut kesan IT kepada masyarakat seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 10.1.

Jadual 10.1: Tujuh Kesan IT terhadap Masyarakat

Kesan Penerangan
Penyelesaian IT boleh menangani keperluan pengguna di jalanan dan menyediakan
masyarakat penyelesaian kepada beberapa masalah dalam masyarakat kita. Perisian
rangkaian sosial seperti e-mel, Facebook dan berbual membantu orang
ramai untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan mudah dan cepat,
sekali gus membuatkan jarak bukan lagi perkara remeh. Dunia telah
berubah menjadi sebuah perkampungan global tanpa sempadan
Pekerjaan Impak ke atas pekerja yang berasa terancam dari segi kewangan, seperti
tindakan pengurusan di kilang yang mengurangkan jumlah kakitangan
dan menggantikan proses sedia ada dengan robot. Begitu juga dalam
bidang perbankan apabila mereka menggunakan mesin teler automatik
(automated teller machine ă ATM) dan perbankan dalam talian
menyebabkan juruwang tradisional tidak diperlukan
Keadaan Apabila penggunaan IT meningkat, begitu juga dengan kualiti kerja dan
pekerjaan persekitaran. Pekerjaan yang dahulunya berbentuk fizikal kini telah
menjadi kerja yang sebahagian besarnya berasaskan penggunaan mental
Kesihatan Penggunaan perkakasan IT boleh membahayakan pengguna, seperti
merosakkan penglihatan, pendedahan kepada sinaran dan sakit belakang
Privasi Maklumat peribadi, perbandingan berkomputer, perlombongan
maklumat dan e-mel terdedah kepada pencerobohan peribadi
Keindividuan Dalam pembangunan sistem, beberapa perkara perlu difikirkan
termasuk faktor manusia, faktor ergonomik dan kemungkinan
kegagalan sistem maklumat
Jenayah Ini boleh berlaku akibat penggunaan IT secara meluas, seperti
pengklonan kad kredit dan aliran keluar wang dari akaun bank

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  231

Contoh isu etika dalam IT diterangkan seperti berikut: 

„Seorang jurutera perisian mendakwa bahawa dia dapat melengkapkan kerja


pembangunan perisian dalam tempoh 10 bulan, manakala untuk
menyempurnakannya dengan baik, dia memerlukan kira-kira 12 hingga 15
bulan. Sebab utama adalah jika dia memberitahu 12 atau 15 bulan, dia
mungkin tidak dapat diterima oleh pelanggan.‰

Ini telah dilakukan secara tidak beretika atas kepentingan perniagaan. Banyak
risiko etika mungkin timbul apabila IT dilaksanakan hasil daripada kesilapan
maklumat, pencerobohan privasi dan pencemaran alam sekitar.

Menyedari bahawa individu memerlukan piawaian tertentu untuk


menggunakan komputer secara beretika, beberapa organisasi berkaitan
komputer telah menubuhkan kod perlakuan IT. Kod perlakuan IT adalah garis
panduan bertulis yang membantu menentukan sama ada tindakan komputer
tertentu beretika atau tidak beretika.

Sepuluh perkara yang telah dicadangkan oleh Institut Etika Komputer


(Computer Ethics Institute) sebagai panduan untuk pengguna komputer yang
biasa dan profesional adalah:

Rajah 10.1: Panduan etika untuk pengguna biasa komputer dan professional

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

Jika semua pengguna komputer mematuhi semua garis panduan yang


dicadangkan, kita tidak perlu bimbang tentang isu keselamatan. Oleh itu, seperti
yang telah dibincangkan, etika merupakan tingkah laku standard moral,
manakala etika komputer adalah garis panduan penggunaan komputer yang
dapat diterima secara bermoral dalam masyarakat kita. Kita boleh menganggap
secara umumnya etika penggunaan komputer terbahagi kepada empat isu
utama, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2. dan Jadual 10.2.

Rajah 10.2: Empat etika bagi penggunaan komputer

Jadual 10.2: Empat Isu Etika bagi Penggunaan Komputer

Isu Penerangan
Individualiti Pengumpulan dan penggunaan data untuk individu
Ketepatan Tanggungjawab pengumpul data untuk memastikan data adalah
benar dan tepat
Pemilikan Seseorang yang memiliki data dan mempunyai hak ke atas perisian
Kebolehcapaian Tanggungjawab seseorang yang mempunyai data untuk dikawal,
mengenai siapa yang boleh menggunakan data tersebut

Pusat Demokrasi dan Teknologi (Centre for Democracy and Technology)


mengawal isu keindividuan dan kesahan. Untuk mengetahui maklumat
organisasi ini, sila layari laman web www.cdt.org.

AKTIVITI 10.1

Pada masa kini, ada syarikat yang memantau aktiviti Internet dan laman
web. Kebanyakan firma ini menjual senarai mel dan perincian profil
peribadi tanpa kebenaran. Bagaimana anda dapat melindungi diri anda?
Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekelas anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  233

10.2 KAWALAN SISTEM KOMPUTER DAN ISU


KESELAMATAN
Adakah akan ada kesan buruk disebabkan oleh kemajuan teknologi? Pakar IT
bersetuju bahawa masyarakat kita perlu lebih berhati-hati dengan potensi kesan
negatif teknologi terhadap isu keselamatan dan individu. Kita juga perlu
memberi perhatian kepada kesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh
produk yang dihasilkan oleh komputer. Mari kita memberi perhatian kepada isu
ini satu demi satu.

10.2.1 Ancaman terhadap Keselamatan Komputer


Keselamatan boleh ditakrifkan dalam beberapa cara. Dalam konteks komputer
dan sistem maklumat, keselamatan ditakrifkan sebagai:

Keselamatan komputer dan maklumat adalah perlindungan data daripada


ancaman yang disengajakan atau tidak disengajakan yang mungkin
menyebabkan pengubahsuaian tanpa kebenaran, pendedahan, atau
pemusnahan data. Ia juga merujuk kepada perlindungan sistem maklumat
daripada degradasi (atau kehilangan) perkhidmatan.

Sumber yang paling penting dalam komputer adalah data. Oleh itu, ia perlu
dilindungi dan disimpan dengan baik dan betul. Kerahsiaan data dan maklumat
yang disimpan bergantung kepada bagaimana komputer dikawal daripada
ancaman jenayah, bencana alam dan ancaman lain.

Oleh itu, secara keseluruhannya, kita boleh katakan bahawa keselamatan sistem
komputer dan maklumat adalah penting bukan sahaja dalam mencegah
pencerobohan tetapi juga untuk mencegah ancaman dalaman daripada menjadi
lebih teruk.

Jadi, bolehkah anda senaraikan apakah perkara-perkara yang boleh mengancam


keselamatan komputer? Antara perkara yang boleh mengancam keselamatan
komputer adalah jenayah komputer, virus komputer, vandalisme elektronik,
bencana alam dan malapetaka lain. Ancaman kepada keselamatan komputer
ditunjukkan dalam Rajah 10.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 10.3: Ancaman kepada keselamatan komputer

Sekarang, mari kita lihat ancaman ini dengan lebih mendalam, bermula dengan
penjenayah komputer, diikuti dengan jenayah komputer dan bencana.
(a) Penjenayah komputer  Jenayah komputer adalah kerja tanpa kebenaran
yang dilakukan oleh penjenayah dengan menggunakan pengetahuan
khusus dalam bidang teknologi komputer. Penjenayah komputer boleh
diklasifikasikan berdasarkan kepada deskripsi dalam Jadual 10.3

Jadual 10.3: Empat Kategori Penjenayah Komputer

Kategori Deskripsi
Kakitangan Kategori terbesar penjenayah komputer dilakukan oleh
orang yang ada kemudahan mengakses komputer. Mereka
biasanya terdiri daripada kakitangan yang tahu rahsia
syarikat. Setakat ini, penjenayah sebegini merupakan
ancaman terbesar kepada keselamatan ă pekerja yang tidak
jujur dan tidak cekap. Pengauditan seharusnya berupaya
mengesan masalah ini sebelum terlewat
Pengguna luar Bukan hanya kakitangan tetapi pembekal dan pelanggan
juga boleh mengakses sistem komputer syarikat, sebagai
contoh, pelanggan bank yang menggunakan ATM. Sama
seperti kakitangan, pengguna diberi kuasa boleh
mendapatkan kata laluan rahsia atau mencari kaedah
alternatif untuk melakukan jenayah komputer
Perekah (crackers) Perekah adalah orang yang mendapat akses tanpa
kebenaran kepada sistem komputer untuk tujuan
keseronokan dan berdepan dengan cabaran komputer

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  235

Pelaku musnah Pelaku musnah adalah mereka yang melakukan perkara


(vandals) yang sama seperti penggodam tetapi untuk tujuan
membalas dendam. Mereka mungkin berniat untuk mencuri
maklumat teknikal atau untuk memperkenalkan apa yang
dipanggil bom logik iaitu program komputer yang
merosakkan komputer

(b) Jenayah komputer  Bagaimana pula dengan jenayah komputer? Apa yang
anda faham tentang perkara ini? Jenayah komputer adalah kerja yang
dilakukan oleh penjenayah yang mempunyai pengetahuan khusus dalam
bidang teknologi komputer. Adakah anda tahu bagaimana jenayah
komputer diklasifikasikan? Anda boleh merujuk kepada Jadual 10.4.

Jadual 10.4: Empat Kategori Jenayah Komputer

Kategori Deskripsi
Pemusnahan Pekerja yang tidak berpuas hati dengan majikan mereka mungkin
cuba untuk memusnahkan komputer, program atau fail. Perekah dan
pelaku musnah boleh menghasilkan dan menyebarkan program
berbahaya seperti virus. Virus adalah program yang tersebar melalui
sistem rangkaian dan sistem pengoperasian. Ia sentiasa bergerak dari
satu komputer kepada yang lain melalui salinan cakera liut, program
yang dimuat turun dari Internet atau edaran e-mel
Kecurian Kecurian boleh berlaku ke atas perkakasan, perisian, data dan
perkhidmatan. Kecurian perkakasan boleh berlaku di dalam makmal
komputer di mana pencuri boleh masuk dan mencuri peralatan
komputer di dalam makmal. Pencuri profesional boleh mencuri data
syarikat dan maklumat yang penting dan menjualkannya kepada
orang luar. Mereka juga boleh mencuri perkhidmatan yang
disediakan oleh syarikat itu dan menggunakannya untuk keuntungan
peribadi. Tanpa disedari, kita juga boleh mencuri perisian. Ini berlaku
apabila kita meminjam Microsoft C atau perisian lain daripada rakan-
rakan dan menyalinnya ke dalam komputer kita sendiri di rumah.
Sebenarnya, penyalinan yang telah kita lakukan itu adalah tanpa
kebenaran. Menurut Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997, pelakunya boleh
didakwa mengikut undang-undang dan boleh dihukum,
dipenjarakan atau dihukum dan dipenjarakan pada masa yang sama
Manipulasi Perekah boleh memasuki rangkaian dan meninggalkan mesej,
merosakkan paparan, data atau maklumat. Ini boleh menyebabkan
kemarahan kepada pengguna komputer. Mengikut Akta Jenayah
Komputer 1997, akses tanpa kebenaran terhadap bahan komputer
boleh dihukum sehingga RM50,000, penjara sehingga lima tahun atau
kedua-duanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pengklonan Jenayah ini dibawa masuk oleh ahli-ahli kumpulan jenayah yang
menjalankan perniagaan tetapi menggunakan teknologi komputer
untuk tujuan jahat, contohnya, menyalin, mengklon dan meniru
pasport, kad pengenalan, lesen memandu dan hak cipta

(c) Bencana  Ada juga faktor lain yang boleh membahayakan sistem
komputer dan keselamatan data. Berikut adalah empat bencana lain yang
boleh mengancam keselamatan sistem komputer dan data (Jadual 10.5).

Jadual 10.5: Empat Bencana yang Boleh Mengancam Keselamatan


Sistem Komputer dan Data

Kategori Deskripsi
Bencana Bencana alam tidak boleh dielakkan dan diramal, contohnya,
alam kebakaran, banjir, angin, taufan dan gempa bumi. Salinan program,
data dan maklumat perlu disimpan di lokasi yang selamat untuk
mengelakkan kehilangan maklumat penting
Sabotaj Dalam negara yang mempunyai masalah politik, rusuhan,
peperangan atau sabotaj, ini mungkin melibatkan kemusnahan
sistem komputer yang disabotaj oleh pihak yang tidak berpuas hati
Kegagalan Penggunaan sistem komputer menyebabkan kita menjadi terlalu
teknologi bergantung kepada teknologi dan kadangkala teknologi ini tidak
dapat melaksanakan kerja yang diperlukan. Ini mungkin disebabkan
oleh voltan berlebihan disebabkan petir, ketiadaan elektrik, litar
pintas dan faktor lain. Jika kita tidak membuat salinan, data
mungkin hilang
Kesilapan Sebagai manusia, kita mungkin membuat banyak kesilapan. Data
manusia yang dimasukkan mungkin ada kesilapan. Atur cara yang
dibangunkan juga mungkin ada ralat. Ada beberapa kesilapan
dalam reka bentuk sistem dan ini boleh menyebabkan prosedur
sistem menjadi tidak teratur

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Apakah tiga jenis jenayah komputer? Mana yang paling
melampau dari segi ekonomi dan pembangunan sosial?
Terangkan.
2. Apakah perbezaan antara perekah dan pelaku musnah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  237

10.2.2 Kawalan Sistem Keselamatan Komputer


Keselamatan maklumat, perkakasan dan perisian perlu dilindungi daripada
penggunaan tanpa kebenaran dan kemusnahan kerana pencerobohan, sabotaj
dan bencana alam. Kita dapat lihat mengapa isu keselamatan adalah bidang
yang sentiasa berkembang. Empat jenis kawalan untuk memastikan kualiti dan
keselamatan sistem berasaskan komputer ditunjukkan dalam Rajah 10.4.

Rajah 10.4: Empat jenis kawalan keselamatan komputer

(a) Kawalan sistem maklumat  Kawalan dilaksanakan ke atas sistem


maklumat itu sendiri. Kawalan jenis ini menggunakan kaedah atau alatan
yang memastikan ketepatan, keaslian dan pemilikan sistem maklumat.
Kawalan sistem maklumat ditunjukkan dalam Jadual 10.6.

Jadual 10.6: Kawalan Sistem Maklumat

Kawalan Contoh
Kod keselamatan, skrin kemasukan data, isyarat ralat dan
Kawalan input
jumlah kawalan
Kawalan Kawalan perisian, kawalan perkakasan dan kawalan pusat
pemprosesan pemeriksaan
Kod keselamatan, jumlah kawalan, kawalan senarai dan
Kawalan output
maklum balas pengguna
Kawalan storan Kod keselamatan, fail storan, kaedah perpustakaan dan
pentadbiran pangkalan data

(b) Kawalan program  Kawalan ini dilaksanakan ke atas program yang


berjalan dalam komputer. Kawalan jenis ini adalah kaedah untuk
menentukan bagaimana organisasi perkhidmatan maklumat beroperasi
dengan jaminan keselamatan. Antara kawalan yang dilakukan adalah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

(i) Pembahagian kerja ă Terhadap pembangunan sistem, operasi


komputer dan lain-lain sebagai kumpulan yang berlainan;
(ii) Kaedah standard dan dokumentasi ă Sentiasa dikemaskinikan,
contohnya, sistem ISO 9002;
(iii) Keperluan kebenaran ă Digunakan bagi semua permintaan untuk
pembangunan sistem, atur cara dan pengubahsuaian komputer yang
perlu diluluskan terlebih dahulu dan pengubahsuaian itu perlu
ditandatangani oleh orang yang melakukannya supaya mudah
dikenal pasti; dan
(iv) Pemulihan bencana ă Perlu dirancang bagi menghadapi bencana
alam, kesilapan manusia dan kegagalan teknikal sistem berkomputer.

(c) Kawalan perkomputeran pengguna akhir  Ini adalah kaedah untuk sistem
yang dibangunkan selaras dengan dasar organisasi iaitu kaedah untuk
memaklumkan pengguna apabila perubahan berlaku dan terdapat
keperluan untuk latihan. Kawalan ini amat diperlukan bagi aplikasi
kritikal.

(d) Kawalan ke atas kemudahan fizikal  Kawalan ini adalah kaedah untuk
melindungi kemudahan fizikal dan kandungannya daripada kehilangan
atau dimusnahkan. Ia biasanya berdasarkan kepada perkara yang:
(i) Kita miliki seperti kunci dan kad pengenalan;
(ii) Kita tahu seperti kata laluan, nombor kad pengenalan (identity card ăIC);
(iii) Kita lakukan seperti tandatangan; dan
(iv) Berkaitan dengan anggota badan kita seperti suara dan cap jari.

Berikut adalah empat contoh kawalan kemudahan fizikal yang dinyatakan


dalam Jadual 10.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  239

Jadual 10.7: Empat Contoh Kawalan Kemudahan Fizikal

Kategori Deskripsi
Enkripsi Enkripsi ialah kaedah yang digunakan untuk mengubah mesej
(encryption) kepada bentuk tertentu supaya tiada siapa yang boleh membaca
dan tembok api mesej tersebut kecuali penerimanya. Isu enkripsi adalah penting bagi
(firewall) perlaksanaan e-dagang. Contoh perisian percuma untuk
mengenkripsikan dokumen adalah Pretty Good Privacy (PGP).
Tembok api ialah program komputer atau komputer hos dengan
fungsi untuk mengawal rangkaian komputer daripada serangan luar.
Teknik ini digunakan secara meluas oleh organisasi untuk
mengelakkan serangan oleh pelaku musnah daripada Internet
Kawalan Ia diberikan bagi perlindungan fizikal bagi menghadapi bencana
perlindungan alam, seperti menggunakan beg yang lembut untuk komputer riba
fizikal yang kecil demi mengurangkan kerosakan daripada goncangan dan
apabila jatuh
Kawalan Ia menggunakan ciri-ciri keselamatan cap jari, suara dan lain-lain
biometrik berdasarkan profil biometrik individu
Kawalan ke Ia menggunakan teknik tahan rosak untuk mengatasi kegagalan yang
atas kegagalan mungkin disebabkan oleh arus elektrik, kerosakan litar elektrik,
komputer pengaturcaraan, peranti dan kesilapan manusia

Sebagai pengguna komputer, kita dinasihatkan untuk menggunakan komputer


dengan cara yang betul dan beberapa garis panduan yang baik yang perlu
diikuti adalah:

(a) Apabila berkongsi maklumat atau data, pastikan ia dilakukan dengan


berhati-hati untuk mengelakkan virus daripada merebak;

(b) Berhati-hati semasa memuat turun dan memasang perisian dari sumber yang
diragui kerana ia mungkin mengandungi trojan, perisian hasad (malware),
aplikasi mengintip atau apa-apa aplikasi yang cuba untuk mencuri data secara
senyap atau menyebabkan kerosakan kepada komputer;

(c) Jangan membuat salinan bagi perisian yang tidak dibenarkan;

(d) Periksa dan padam virus secara berkala dengan menggunakan perisian
antivirus;

(e) Jika maklumat sensitif, pastikan bahawa komputer dan failnya adalah selamat;

(f) Jika ada maklumat sensitif, kawal komputer dan failnya;

(g) Kerap membuat salinan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

(h) Semasa menghantar maklumat sensitif melalui Internet, enkrip (encrypt)


maklumat itu; dan

(i) Bersedia untuk situasi paling buruk, contohnya:


(i) Komputer tidak boleh but (boot) kerana virus;
(ii) Cakera keras tidak boleh dicapai;
(iii) Fail penting tiba-tiba tidak boleh dibaca kerana sistem pengoperasian
gagal untuk mengenal pasti format fail;
(iv) Komputer tertutup tiba-tiba atau kegagalan pencetak;
(v) Semua fail diserang oleh virus dan tidak boleh diselamatkan; dan
(vi) Pemproses, papan kekunci dan pelbagai kegagalan perkakasan
utama.

SEMAK KENDIRI 10.2

Nyatakan beberapa tindakan yang boleh diambil untuk melindungi


keselamatan komputer.

10.2.3 Kerahsiaan Maklumat


Kerahsiaan maklumat merujuk kepada hak individu dan syarikat untuk
menafikan atau menyekat pengumpulan dan penggunaan maklumat tentang
mereka. Pada masa lalu, kerahsiaan maklumat adalah lebih mudah untuk
diselenggarakan kerana maklumat disimpan di lokasi yang berasingan. Setiap
kedai runcit mempunyai fail kredit sendiri. Setiap agensi kerajaan menyenggara
rekod yang berasingan. Doktor ada fail pesakit mereka sendiri.

Hari ini, pangkalan data yang besar menyimpan data secara dalam talian.
Kebanyakan data adalah jenis peribadi dan sulit dan hanya boleh dicapai oleh
pengguna yang dibenarkan. Ramai individu dan organisasi bagaimanapun,
mempersoalkan sama ada data ini benar-benar adalah peribadi kerana beberapa
syarikat dan individu mengumpul dan menggunakan maklumat ini tanpa
kebenaran anda. Laman web sering mengumpul data tentang anda, supaya
mereka dapat menyesuaikan iklan dan menghantar mesej ke e-mel peribadi
anda. Sesetengah majikan memantau penggunaan komputer dan e-mel anda.

IT telah memudahkan proses pengumpulan dan storan data. Sebagai contoh,


bank menyimpan data setiap pelanggan yang merangkumi umur, status
perkahwinan, jumlah simpanan, jumlah pinjaman, pengendalian simpanan dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  241

lain-lain. Universiti menyimpan rekod pelajar yang meliputi pencapaian


akademik, aktiviti ko-kurikulum, bidang pengajian, bantuan kewangan, umur,
pekerjaan ibu bapa, kerakyatan dan lain-lain. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
menyimpan nama pemilik kereta dan butiran terperinci mereka. Semua ini
merupakan kes di mana kerahsiaan individu boleh disalahgunakan oleh
penyimpan maklumat.

Jika pelanggan ada kad kredit, bank akan mempunyai data mengenai tabiat
berbelanja, kaedah pembayaran balik hutang, jenis pembelian, pendapatan dan
lain-lain. Oleh itu, pegawai bank dan pegawai pengangkutan jalan boleh
menggunakan data ini dengan menjualkannya kepada pihak yang berminat bagi
tujuan pemasaran dan tujuan lain. Semua data daripada bank, universiti dan JPJ
ini adalah data peribadi yang boleh digunakan untuk menilai cara hidup
individu.

Antara isu privasi adalah:


(a) Siapakah yang mempunyai hak ke atas data ini?
(b) Bolehkah bank menjual data peribadi individu kepada syarikat lain untuk
tujuan pemasaran?
(c) Bolehkah bank menyediakan maklumat mengenai simpanan individu
kepada bank lain untuk tujuan kelulusan pinjaman?
(d) Bagaimanakah individu boleh menentukan bahawa data peribadinya
adalah tepat?
(e) Bolehkah JPJ menjual maklumat tentang kereta dan pemiliknya?

Internet telah membuka isu privasi ini menjadi lebih luas. Melalui Internet,
pengguna boleh menggunakan e-mel untuk berkomunikasi.

Isu privasi yang mungkin timbul daripada penggunaan e-mel adalah:


(a) Sama ada kandungan e-mel adalah selamat daripada pencerobohan?
(b) Sama ada kandungan e-mel dianggap sebagai item peribadi yang tidak
boleh dihebahkan kepada pihak lain?
(c) Sama ada majikan ada hak untuk membaca e-mel pekerjanya?
(d) Sama ada kerajaan ada hak untuk menapis kandungan e-mel?
(e) Bolehkah kandungan e-mel digunakan sebagai bukti di mahkamah?

Sebenarnya, e-mel yang dihantar melalui Internet adalah tidak selamat kerana
sesiapa pun dari mana-mana sahaja boleh membacanya dengan mudah. E-mel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

adalah seperti sekeping poskad. Semua mesej e-mel adalah terbuka untuk semua
orang membacanya. Beberapa teknik telah diperkenalkan untuk memastikan
keselamatan mesej di dalam e-mel. Teknik ini digunakan untuk mengenkripkan
mesej, di mana mesej asal ditukar ke dalam bentuk kod tetapi kod tersebut akan
ditukarkan kembali ke mesej asal apabila sampai ke destinasinya. Penyelidikan
ke atas kaedah enkripsi masih berterusan dan pelbagai teknik telah dirangka
untuk berterusan melindungi pengguna daripada pencerobohan oleh orang yang
tidak bertanggungjawab.

Satu lagi contoh ialah penggunaan kad pintar serba guna. MyKad adalah projek
utama yang telah dibangunkan di bawah projek Koridor Raya Multimedia
Malaysia (Multimedia Super Corridor Malaysia ă MSC Malaysia). Kad ini ada
maklumat mengenai nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu,
maklumat pasport, ATM, Touch Ân Go dan maklumat kesihatan. Kad pintar yang
telah diperkenalkan ini adalah sejenis kad pintar serba guna. Sebelum ini,
kebanyakan kad pintar serba guna yang telah diperkenalkan di seluruh dunia,
seperti untuk sistem perjalanan kereta api transit, bayaran tol dan panggilan
telefon pra-bayar. Kad pintar yang digunakan di Malaysia sedikit berbeza kerana
ada maklumat peribadi. Kad jenis ini telah cuba diperkenalkan oleh negara lain
sebelum ini tetapi tidak berjaya.

Isu privasi yang timbul akibat penggunaan kad pintar adalah:


(a) Kesahihan maklumat yang terkandung di dalam kad pintar;
(b) Keselamatan data terhadap pencerobohan oleh pihak-pihak lain jika kad
hilang atau dicuri; dan
(c) Bagaimana caranya untuk mengemaskinikan data di dalam kad pintar?

Pada masa kini, privasi merupakan isu etika kerana kebanyakan rekod yang
disimpan oleh pertubuhan bukan kerajaan tidak dilindungi oleh undang-undang
yang sedia ada. Sebaliknya, individu telah menunjukkan bahawa mereka amat
prihatin dengan kawalan ke atas hak maklumat peribadi mereka dan bagaimana
ia digunakan.

10.3 KOMPUTER DAN KESIHATAN


Pengguna adalah komponen penting dalam mana-mana sistem maklumat. Oleh
itu, melindungi pengguna adalah sama pentingnya melindungi perkakasan,
perisian dan data. Penggunaan komputer secara meluas telah membawa kepada
beberapa masalah kesihatan pengguna yang merisaukan. Pengguna perlu
proaktif dan mengurangkan risiko kesihatan mereka. Subtopik yang berikut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  243

membincangkan risiko kesihatan dan pencegahan, bersama-sama dengan


langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan persekitaran yang sihat.

10.3.1 Komputer dan Risiko Kesihatan


Kecederaan ketegangan berulang (repetitive strain injury – RSI) adalah
kecederaan atau gangguan terhadap otot, saraf, tendon, ligamen dan sendi.
Kecederaan dan ketegangan yang berulang-ulang berkaitan komputer
termasuklah tendonitis dan sindrom terowong karpus (carpal tunnel syndrome –
CTS). Kecederaan dan ketegangan yang berulang-ulang adalah kecederaan yang
paling besar berkaitan dengan kerja pada masa kini.

Atas sebab ini, Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (Occupational


Safety and Health Administration – OSHA) telah membangunkan garis panduan
yang khusus untuk industri dan tugasan untuk mencegah kecederaan di tempat
kerja yang berkaitan dengan penggunaan komputer.

Tendonitis adalah radang tendon yang disebabkan oleh gerakan berulang atau
tekanan pada tendon itu. Sindrom terowong karpus adalah radang saraf yang
menghubungkan lengan kepada telapak pergelangan tangan. Lenturan
pergelangan tangan secara berulangan atau secara paksa boleh menyebabkan
sindrom terowong karpus atau tendonitis pergelangan tangan. Gejala tendonitis
pergelangan tangan termasuk sakit melampau yang bermula dari lengan ke
tangan, bersama-sama dengan rasa mencucuk-cucuk di jari. Tanda sindrom
terowong karpus termasuk sakit terbakar apabila saraf dimampatkan, bersama-
sama dengan kebas dan sesemut di ibu jari dan dua jari pertama.

Penggunaan komputer untuk jangka masa berpanjangan boleh membawa


kepada tendonitis atau sindrom terowong karpus. Faktor yang menyebabkan
gangguan ini termasuk menaip berpanjangan, penggunaan tetikus yang
berpanjangan atau peralihan berterusan antara tetikus dan papan kekunci. Jika
tidak dirawat, gangguan ini boleh menyebabkan kerosakan fizikal kekal.

Anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah kecederaan


sebegini. Ambil rehat yang kerap semasa sesi menggunakan komputer untuk
menggerakkan tangan dan lengan anda. Untuk mengelakkan kecederaan akibat
menaip, letakkan pelapik pergelangan tangan antara papan kekunci dan tepi
meja anda. Untuk mengelakkan kecederaan semasa menggunakan tetikus,
letakkan tetikus sekurang-kurangnya enam inci dari tepi meja. Pada kedudukan
ini, pergelangan tangan anda rata di atas meja. Akhir sekali, kurangkan bilangan
anda bertukar antara tetikus dan papan kekunci, dan mengelakkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

menggunakan tapak tangan anda sebagai titik pangsi semasa menaip atau
menggunakan tetikus.

Satu lagi jenis keadaan kesihatan berkaitan penggunaan komputer adalah


sindrom penglihatan komputer (computer vision syndrome – CVS). Anda
mungkin ada sindrom penglihatan komputer jika anda mempunyai mata yang
sakit, letih, membakar, gatal-gatal atau kekeringan; penglihatan kabur atau
berganda; jarak penglihatan kabur selepas berpanjangan merenung peranti
paparan; sakit kepala atau sakit leher; kesukaran mengalih tumpuan antara
peranti dan dokumen paparan; kesukaran memfokus kepada imej skrin;
mengalami pinggir warna atau masih terlihat imej sebelumnya apabila anda
melihat keluar dari peranti paparan; dan peningkatan sensitiviti terhadap
cahaya. Sakit mata yang berkaitan dengan sindrom penglihatan komputer tidak
dianggap ada kesan yang serius atau berpanjangan.

Orang yang menghabiskan hari kerja mereka menggunakan komputer


kadangkala mengadu sakit bahagian bawah belakang badan, keletihan otot dan
keletihan emosi. Sakit pinggang (lower back pain) kadangkala disebabkan oleh
postur yang lemah. Sentiasa duduk dengan betul di kerusi semasa anda bekerja.
Untuk mengurangkan sakit pinggang, keletihan otot dan keletihan emosi, ambil
masa 15 hingga 30 minit rehat setiap dua jam untuk berdiri, berjalan-jalan,
meregang dan berehat. Satu lagi cara untuk membantu mencegah kecederaan ini
ialah pastikan tempat kerja anda direka secara ergonomik.

10.3.2 Ergonomik
Adakah anda tahu bahawa penggunaan komputer membolehkan seseorang
menjadi lebih produktif dalam kerja yang dilakukan atau sebaliknya? Kesan
daripada itu, saintis dan pakar telah melakukan lebih banyak penyelidikan
dalam bidang ini yang dikenali sebagai ergonomik.

Ergonomik adalah kajian bagaimana untuk memastikan bahawa manusia


boleh mengendalikan komputer dan peralatan lain dengan cara yang mudah
untuk mengurangkan pergerakan, tenaga, tegangan dan memastikan
kehidupan yang lebih sihat.

Adakah anda tahu mengapa peralatan perlu disesuaikan dengan keperluan


pengguna? Pelarasan peralatan mengikut keperluan pengguna adalah penting
kepada pengguna supaya kes yang bertentangan tidak akan berlaku di mana
pengguna terpaksa menyesuaikan diri dengan sebarang kelengkapan yang ada
untuk melakukan kerja itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  245

Ia berkaitan dengan menyesuaikan kerja (peralatan) dengan pekerja dan


bukannya memaksa pekerja untuk menyesuaikan diri dengan kerja (peralatan).
Ia juga dikenali sebagai kejuruteraan faktor manusia iaitu kajian atau sains reka
bentuk untuk memastikan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan
menghiburkan. Persekitaran sedemikian akan meningkatkan moral kakitangan,
produktiviti dan mengelakkan risiko kesihatan.

Rajah 10.5 menunjukkan suatu lakaran cadangan situasi yang ideal semasa
menggunakan komputer.

Rajah 10.5: Situasi ideal semasa menggunakan komputer

10.3.2 Pengkomputeran Hijau


Pengkomputeran hijau melibatkan mengurangkan elektrik dan sisa alam sekitar
semasa menggunakan komputer. Pengguna sering mengguna dan membazir
sumber, seperti elektrik dan kertas semasa menggunakan komputer. Masyarakat
telah menyedari pembaziran ini dan mengambil langkah-langkah untuk
mencegahnya.

Di Amerika, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (Environmental Protection


Agency  EPA) dan Jabatan Tenaga (Department of Energy  DOE) telah
menubuhkan program Energy Star untuk menggalakkan penggunaan tenaga
yang cekap dalam industri komputer. Pernahkah anda melihat atau mendengar
tentang Energy Star? Rajah 10.6 menunjukkan logo untuk program ini. Biasanya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

logo akan dilampirkan kepada mana-mana peralatan atau perkakasan yang


terlibat dalam program ini.

Rajah 10.6: Pelekat atau logo Energy Star


Sumber: http://en.wikipedia.org

Program ini menggalakkan pengeluar untuk mencipta peranti yang cekap tenaga
dan hanya memerlukan sedikit kuasa apabila tidak digunakan. Sebagai contoh,
banyak peranti beralih kepada mod tidur atau menjimatkan kuasa selepas tidak
aktif selama beberapa minit atau jam yang telah ditentukan.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, 30%-
40% daripada pengguna komputer mengendalikan mesin mereka pada siang
hari, malam dan hujung minggu. Agensi Perlindungan Alam Sekitar juga
menganggarkan bahawa dalam 80% daripada masa penggunaan monitor, ia
dibiarkan sahaja tanpa sesiapa melihatnya.

Adakah anda tahu apakah elemen asas konsep hijau ini? Elemen asas
pengkomputeran hijau terdiri daripada unit sistem, paparan dan pengeluar.
Maklumat lanjut mengenai kaedah "hijau" yang digunakan oleh setiap unsur ini
dihuraikan dalam Jadual 10.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  247

Jadual 10.8: Tiga Kaedah Pengkomputeran Hijau

Kategori Penjelasan
Unit sistem Biasanya digunakan dalam komputer mudah alih, di mana unit sistem:
 Menggunakan pemproses yang memerlukan jumlah minimum
penggunaan tenaga
 Menggunakan pemproses dan pemacu cakera yang menjimatkan
tenaga dan dapat berada dalam mod melahu apabila tidak
digunakan
 Tidak mempunyai kipas udara
Paparan  Gunakan paparan yang menjimatkan tenaga elektrik
 Gunakan unit paparan yang menggantikan tiub sinar katod (cathode
ray tube ă CRT) dengan panel rata menggunakan monitor bertenaga
rendah
 Gunakan perisian yang boleh mengubah paparan skrin ke dalam
mod melahu (idle mood) apabila tidak digunakan
Pengeluar  Pengeluar komputer seperti Intel, Apple dan Compaq menggunakan
sebatian kimia dan lain-lain elemen yang kurang berbahaya dalam
pengeluaran mereka seperti klorofluorokarbon (CFC)
 Nikel beracun dan lain-lain logam berat telah mula dihapus atau
dikurangkan dalam proses pembuatan

SEMAK KENDIRI 10.3

1. Apakah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan


tekanan pada mata, sakit kepala, sakit belakang dan leher yang
berkaitan dengan penggunaan komputer?
2. Nyatakan beberapa masalah kesihatan fizikal yang berkaitan
dengan kekerapan menggunakan komputer.

Untuk mengurangkan kesan pengkomputeran terhadap alam sekitar, pengguna


boleh mengubah beberapa tabiat mereka. Rajah 10.7 menyenaraikan 11 cadangan
pengkomputeran hijau untuk anda untuk menyumbang kepada usaha
pengkomputeran hijau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 10.7: Sebelas cadangan pengkomputeran hijau

 Ada banyak kesan teknologi maklumat kepada masyarakat, sama ada positif
atau negatif. Antaranya adalah kesan ke atas kerja, kesihatan, peribadi dan
jenayah. Oleh itu, kita perlu mempunyai etika dalam penggunaan IT.
 Etika adalah mengenai tingkah laku dan kelakuan moral; sama ada ia
membawa pengaruh baik atau buruk ke atas manusia.
 Ada empat etika kegunaan komputer: keindividuan, ketepatan, pemilikan
dan kebolehcapaian.
 Banyak risiko etika mungkin timbul apabila IT dilaksanakan kerana mungkin
ada maklumat yang salah, pencerobohan peribadi dan pencemaran alam
sekitar.
 Ada 10 item yang dicadangkan oleh Institut Etika Komputer sebagai
panduan kepada pengguna dan profesional komputer. Antaranya adalah
tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain, jangan
mengganggu kerja komputer orang lain dan tidak menceroboh ke dalam fail
komputer orang lain.
 Ada tiga perkara yang boleh mengancam keselamatan komputer:
− Penjenayah komputer: Kakitangan atau pekerja, pengguna luar, perekah,
pelaku musnah;
− Jenayah komputer: Kemusnahan, kecurian, manipulasi dan pengklonan; dan
− Bencana: Alam, sabotaj, kegagalan teknologi dan kesilapan manusia.
 Keselamatan maklumat, perkakasan dan perisian perlu dilindungi daripada
penggunaan tanpa izin dan kemusnahan kerana pencerobohan, sabotaj dan
bencana alam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU DAN PELUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT  249

 Ada empat jenis kawalan dalam keselamatan komputer: kawalan sistem


maklumat, kawalan program, kawalan ke atas pengguna akhir dan kawalan
kemudahan fizikal.
 Enkripsi adalah kaedah yang digunakan untuk mengubah mesej ke dalam
bentuk tertentu supaya tiada siapa yang boleh membaca mesej kecuali
penerima.
 Isu peribadi adalah berkisar pengumpulan dan penyimpanan data pengguna
yang ada hak, kegunaan, keselamatan, kebolehpercayaan dan sebagainya.
 Ergonomik adalah kajian tentang bagaimana untuk memastikan manusia
boleh mengendalikan komputer dan peralatan lain dengan mudah dan cekap
dengan mengurangkan pergerakan, tenaga dan ketegangan atau beban.
 Penggunaan komputer boleh menyebabkan pengguna mengalami masalah
kesihatan. Ini boleh diatasi dengan teknik dan kaedah yang betul.
 Konsep pengkomputeran hijau adalah menggunakan tenaga perkakasan
komputer dengan cekap dan berkesan.
 Ada tiga elemen asas pengkomputeran hijau: unit sistem, paparan dan
pengeluar di mana elemen ini menggunakan pelbagai kaedah mesra alam,
penjimatan tenaga dan lain-lain.

Ancaman Kesihatan
Enkripsi (encryption) Pengkomputeran hijau
Ergonomik Privasi
Etika Risiko
Hak cipta Sindrom penglihatan komputer
Isu (computer vision syndrome  CVS)

Jenayah Sindrom terowong karpus (carpal tunnel


syndrome  CTS)
Kecederaan ketegangan berulang
(repetitive strain injury  RSI) Vandalisme elektronik

Keselamatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like