You are on page 1of 14

Pengenalan

Sukuk merupakan instrumen kewangan Islam yang bertujuan bagi mendapatkan modal bagi
suntikan kewangan bagi sesebuah kerajaan mahupun entiti perniagaan (syarikat). Ia bergerak
berlandaskan asas-asas aturan syariah yang membezakan ia dari istrumen konvensional yang
bergerak atas elemen riba, spekulasi, hutang, perjudian dan keuntungan. Sukuk sering disalah
tafsir dengan bon yang sebenarnya adalah satu salah faham yang akan dijelaskan di sini.

BAB 1
Definasi Sukuk
Sukuk ( ‫) ﺻﻜﻮك‬ adalah kata jama’ (plural) dalam bahasa Arab “Sukk” ( ‫ ) ﺻﻚ‬yang bererti
dokumen,sijil, atau instrumen bertulis mengenai pemilikan secara undang-undang. Secara
ringkasnya sukuk didefinisikan sebagai sijil bernilai yang merupakan bukti pemilikan terhadap
suatu asetyang tidak dibahagikan, hak manfaat atau pemilikan ke atas projek atau kegiatan
pelaburan tertentu.

Pada perinsipnya sukuk adalah obligasi atau kewajipan berupa aplikasi konsep mendapatkan
modal bagi pembiayaan perniagaan dan pembangunan infrastruktur atau aset untuk tujuan
perniagaan dan pelaburan berdasarkan perinsip syariah (instrumen kewangan) yang bebas
riba,gharar dan judi.

Pensekuritian adalah satu proses penukaran aset tidak mudah tunai (illiquid) kepada sekuriti iaitu
sebagai instrumen yang boleh diterbitkan dan diniagakan di pasaran modal. Pensekuritian
menjadikan pulangan pinjaman, caj terima dan aset-aset kewangan lain (aliran tunai aset) sebagai
sokongan kepada pembayaran kepada pemegang sekuriti yang diterbitkan. Ia melibatkan
dokumen sah yang menjadi bukti penyertaan modal atau bukti pelaburan terhadap pemilikan
sesuatu harta yang boleh dipindah milik

Terdapat pelbagai bentuk sekuriti yang dihasilkan melalui pensekuritian, termasuklah


bersandarkan gadai janji iaitu Mortgage Backed Sekuries (MBS), aliran tuai iaitu Asset-Backed
Sekurities (ABS) dan kewajipan hutang bercagaran iaitu Collateralised Debt Obligation (CDO -
*hawalah)

1
BAB 2
Proses Penerbitan Sukuk

Oleh kerana sukuk merupakan suatu pembiayaan kewangan bersandarkan aset (asset-backed)
maka proses penerbitan sukuk adalah proses bagi merealisasikan sukuk untuk mendapatkan
modal berlandaskan undang-undang perniagaan dan kepatuhan pada syariah dengan beberapa
proses dan pihak yang terlibat.

Bayaran

PengeluarSukuk
Senior Investor
PenjualanAset

Originator SPV PelangganSukuk

PembelianAset
Subordinate Investor
(originator)

T & R Account

Bayaran
Pulangan
Sewa
(pungutan)
Bayaran
Pulangan
Perjanjian
Obligors Sewa Servicer
(pungutan) Pembelian / Pulangan

Proses penerbitan sukuk melibatkan pihak-pihak seperti berikut :

 Originator (Pemula) : pihak yang memerlukan dana bagi tujuan perniagaan


 Special Purpose Vehicle (SPV) :Badan khusus yang diwujudkan bagi menerbitkan sukuk

2
 Senior Investor (pelabur utama) : pihak pemegang sukuk yang memiliki hak kepentingan
atas underlying asset melalui SPV
 T&R Account (Wakil Amanah) : pihak yang mewakili kepentingan pemegang sukuk
 Servicer : Pihak yang menyediakan perkhidmatan bagi mendapatkan hasil perniagaan
 Obligor: Pihak yang dipertanggungjawab atas pengunaan aset -pembayaran sewa dan kos
 Shariah Advisor : Penasihat agar prinsip-prinsip syariah diikuti dalam proses sukuk

Carta di bawah mengenai “Malaysia Global Sukuk Ijarah” akan dijadikan contoh bagi
menerangkan proses penerbitan sukuk dan pihak yang terlibat secara ringkas.

Carta Alir “Malaysia Global Sukuk Ijarah” (Nilai Sukuk : RM 600 juta)

Kerajaan
(obligor)
Pelabur
(Investor)
5)Penyewaan asset 6)Caj sewaan
Kerajaan pada kerajaan
(originator)

1)Jual tanah dan


aset (RM600 juta) 2)Jual Sukuk (RM600juta)

SPV
4) Bayar tunai (RM600 juta) 3)Bayar Tunai (RM600juta)
(Malaysia Global Sukuk
8) Jual-semula aset (RM600 juta) Incorporated) 7) Pendapatan sewa

9)Bayar tunai (RM600juta)


10) RM600juta –Matang

Aliran Wang
Proses

3
BAB 3
Jenis-Jenis Sukuk

Terdapat pelbagai jenis sukuk pada masa kini. Menurut Accounting and Auditing Organisation
for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) wujud 14 jenis sukuk yang berbeza. Jenis-jenis
sukuk wujud berasaskan halatuju dana yang diperolehi dilaburkan dalam prospek perniagaan
yang setiap satunya berbeza dari segi prinsip dan proses syariahnya. Antaranya ialah:

1) Sukuk Ijarah

Ijarah ialah menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh
yang disepakati. Ijarah adalah hak guna ke atas barang tanpa pemindahan pemilikan.

2) Sukuk Salam

Salam adalah kontrak jual beli sesuatu barang yang jumlah dan kriteria telah ditentukan secara
jelas dengan pembayaran dilakukan terlebih dahulu dan barangnya diserahkan kemudian pada
waktu yang dipersetujui bersama.

3) Sukuk Istisna

Istisna adalah jual beli aset berupa pembiayaan antara pihak dimana spesifikasi, cara dan jangka
waktu penyerahan, serta harga aset tersebut ditentukan berdasarkan kesepakatan banyak pihak.
Tujuan sukuk adalah mendapatkan dana yang akan digunakan untuk mengeluarkan barangan.

4) Sukuk Musyarakah

Musyarakah adalah kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk menggabungkan modal dalam
bentuk wang atau bentuk lain. Keuntungan akan dibahagikan sesuai dengan nisbah atau jumlah
yang telah dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung sesuai dengan jumlah pelaburan
modal masing-masing.

4
5) Sukuk Mudharabah

Mudharabah adalah kerjasama antara dua pihak atau lebih iaitu satu pihak sebagai penyedia
modal dan pihak lain sebagai pengusaha (mudharib). Keuntungan dari hasil kerjasama tersebut
dibahagi berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dan jika berlaku kerugian akan ditanggung
oleh pihak penyedia modal kecuali jika kerugian disebabkan oleh kelalaian pengusaha.

6) Sukuk Wakalah

Wakalah adalah akad pelimpahan kuasa oleh satu pihak kepada pihak lain dalam hal-hal yang
tertentu iaitu suatu projek atau kegiatan diuruskan oleh agen (wakil) tertentu yang diwakilkan
atas kepentingan pemegang sukuk.

7) Sukuk Musaqah
Musaqah adalah kerjasama di bidang penyiraman tanaman pertanian, dimana pemilik ladang
memberikan hak pengelolaan ladang kepada pihak lain (penggarap) untuk melakukan
penyiraman dan pemeliharaan tanaman. Keuntungan yang diperolehi dari hasil pertanian
dibahagi bersama mengikut perjanjian. penyiraman atas tanaman berbuah, membayar kepada
kegiatan operasi dan rawatan tanaman.

8) Sukuk Muzara’ah
Muzara’ah adalah kerjasama dibidang pertanian dimana pemilik ladang memberi hak
pelaksanaan kepada pihak lain iaitu petani manakala keuntungan dibahagi mengikut perjanjian.

Bersesuaian dengan prinsip syariah yang menjadi asas maka dana hasil penerbitan sukuk
(proceeds) hanya dapat digunakan untuk hal-hal yang tidak bertentangan dengan prinsip syariah
seperti tidak boleh melibatkan urusan pelaburan dalam sektor perjudian, arak, riba, perbankan
konvensional dan lain-lain lagi.

5
BAB 4
Perbezaan Sukuk dan Bon

Perbezaan Sukuk dan Bon diteliti dari mekanisme pembentukan kedua-duanya. Proses
pembentukan Bon lebih ringkas berbanding proses pembentukan Sukuk. Pembentukan Bon
secara umumnya hanya memerlukan tiga peringkat sahaja (Walid Khairullah, 1994:28) iaitu:

i. Persekuritian aset (securitization)


ii. Pengeluaran Sijil Bon.
iii. Perdagangan Sijil Bon dalam pasaran

Harga bon dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya yang paling penting ialah kadar faedah,
inflasi, tarikh matang dan kualiti kredit.Jika kadar faedah naik keparas lebih tinggi berbanding
kupon bon, maka harga bon akan turun keparas lebih rendah berbanding nilai pokoknya. Oleh
kerana bon mudah dipengaruhi maka ia mewujudkan gharar dan spekulasi atau perjudian
menurut Islam.

Sukuk pula memerlukan proses yang agak rumit kerana ia melibatkan banyak pihak kerana
peralihan pemilikan aset (harta) perlu jelas dan tiada unsur gharar dan riba. Proses penerbitan
sukuk adalah seperti yang dinyatakan sebelum ini memerlukan proses yang pelbagai termasuk
penilaian dan pemantauan oleh panel syariah yang mahir dalam prinsip-prinsip syariah agar
sukuk yang diterbitkan adalah patuh syariah (syariah compliance) dan bukan sekadar strategi
membuat pinjaman hutang semata.

Ini disebabkan prinsip asas penerbitan sukuk ialah :

i. Sukuk adalah instrumen dana bagi perkembangan perniagaan atau aset


ii. Sukuk adalah tuntutan ke atas aset dan perolehan hasil aset dan bukan hutang (bon)
iii. Sukuk adalah instrumen kewangan Islam berasaskan syariah

6
Pengiraan keuntungan adalah berbeza kerana sukuk merupakan tuntutan pada aset khusus yang
jelas manakala bon ialah tuntutan pada aliran wang tunai semata-mata atau pemilikan sesuatu
entiti secara keseluruhan (umum) kerana ia adalah suatu hutang.

Struktur Sukuk dan penerbitan bukan sekadar pertukaran antara wang dengan sijil semata-mata
tetapi ianya berdasarkan kepada pertukaran aset (asset backed) dimana pelabur boleh menuntut
pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi jaminan sukuk. Manakala struktur bon
adalah berasaskan hutang (debt-claim) dimana hutang yang diniagakan dan bukan berasaskan
perniagaan sebenar (real-economy) yang bertentangan dengan syariah Islam mengenai larangan
urusniaga hutang atau urusniaga hak.

Perbezaan sukuk dan bon diringkaskan seperti berikut :

Bon Sukuk

Asas : Hutang Asas : Aset

Cagaran : Tiada Cagaran : Aset

Keuntungan : Pasti (dijamin) Keuntungan : Risiko (tanpa jaminan)

Harga : Berubah / Spekulasi Harga : Stabil / Perniagaan

Tuntutan : Hutang Tuntutan : Aset

7
BAB 5
Sukuk dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam
Sukuk bukan sekadar isntrumen kewangan atau modal malah ia lebih dari itu. Potensi dan
kebaikan instrumen ini mampu membawa banyak kemajuaan dan kesejahteraan untuk umat
Islam dan bukan Islam. Antara implikasi wujudnya sukuk sebagai alternatif dan instrumen ialah :

Entiti Pemohon Sukuk / Originator :


 Pembiayaan kos dengan murah -jauh dari riba, spekulasi, gharar
 Pembiayaan dari modal pasaran yang cair -peluang carian dana yang besar
 Perluasan sasaran pelabur -dana orang Islam dan bukan Islam

Pelabur / Investor :
 Diversifikasi portfolio pelaburan dalam pasaran berbeza
 Pulangan yang lebih tinggi berbanding konsep Murabaha
 Pengurusan kecairan yang disediakan
 Pelaburan dan keuntungan yang patuh syariah (halal)
 Penilaian risiko yang mahir -oleh panel penilai yang diwujudkan
 Tempoh matang yang fleksibel -tempoh berbeza antara sukuk-sukuk
 Unjuran pulangan (tailored-cash flow) -lebih stabil dan selamat bersandarkan aset

Kepentingan kewujudan Sukuk


 Perluasan pasaran modal Islam
 Kawalan yang lebih cekap dalam proses dan penyenaraian
 Penyeragaman standard patuh shariah melangkaui ruang sempadan
 Pertumbuhan pasaran modal Islam
 Dana bagi projek pembangunan dan infrastruktur bagi negara Islam
 Alternatif bagi penyenaraian-silang
 Pengukuhan entiti perniagaan Islam bagi melawan dominasi pasaran konvensional

8
BAB 6
Isu dan Perbahasan Sukuk

Sukuk juga tidak terlepas dari kritikan dan perbahasan yang melibatkan proses terbitan dan
mekanisme penjualan dan pembelian aset semula. Ini disebabkan kerana beberapa faktor :

1. Fiqh mazhab-mazhab yang berbeza melatari asas penafsiran dan pengeluaran hukum
 Malaysia dan Asia Tenggara bersumberkan kaedah fiqh shafie
 Timur Tengah, Eropah dan Afrika bersumberkan fiqh hambali, malik dan hanafi

2. Instrumen kewangan baru yang masih belum disepakati bersama

3. Kelonggaran lembaga pemantau shariah dalam penguatkuasaan dan penilaian kepatuhan

4. Konsep Bai’ al-Dayn dan Bai’ al-‘Inah yang terbahagi kepada beberapa pandangan

Antara isu yang utama ialah Bai’ al-Dayn iaitu urusniaga hutang yang mana menurut jumhur
ulama hanya dibenarkan sekiranya berlaku hawalah (pertukaran hutang) dimana hutang yang
sama nilai bertukar tangan. Namun modus operandi ini agak mustahil dilakukan dalam pasaran
maka helah (fiqh syafie) digunapakai dalam hal ini seperti mana penerbitan sukuk di Malaysia
yang menjadi perbahasan.

Ringkasan perbahasan Bai’ al-Dayn adalah seperti berikut :

Bai’ al-Dayn

potongan nilai /diskaun potongan nilai/diskaun


sama nilai pada pihak ketiga pada pihak pertama
(trader) (issuer)

Timur Tengah Jumhur ulama sepakat


Jumhur ulama Haram Halal
sepakat
Halal Malaysia *dhawa ta’jjal
Halal (early settlement)

9
Isu utama yang kedua ialah Bai’ al-‘Inah iaitu urusniaga yang dibuat antara kedua-dua belah
pihak yang dipersetujui bagi membenarkan kontrak secara helah bagi mendapatkan keuntungan
pada sebelah pihak (pemberi hutang/pemegang sukuk) manakala premium bayaran pada sebelah
pihak (penghutang/originator) agar kedua-dua belah pihak dapat berurusniaga walaupun ia
berlaku secara rekaan (fictitious) dan tanpa niat untuk menggunapakai manfaat objek (mahallul
‘aqdi) yang digunapakai dalam kontrak.

Gambarajah di bawah merupakan contoh Bai’ al-‘Inah bagi tujuan pemahaman :

1) Jual aset X = RM10 000

2) Bayar tunai = RM10 000

Bank Pelanggan

3) Jual aset X = RM15 000

4) Bayaran ansuran = RM15 000

Ini kerana Mazhab Syafie membenarkan helah kerana niat yang tersembunyi (tidak dilafazkan)
tidak membatalkan kontrak dan masih sah. Manakala Mazhab Hambali melarang dan
menghukum ia adalah haram seperti Mazhab Maliki (hanya kontrak sahaja masih sah). Mazhab
Hanafi terbahagi dua pandangan di atas.

Oleh kerana Malaysia menggunapakai Mazhab Syafie sebagai rujukan utama maka panel syariah
di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) membenarkan urusan
berdasarkan konsep Bai’ al-‘Inah dalam proses penerbitan sukuk kerana berpandangan bahawa
niat sebenar adalah bertujuan bagi membenarkan kontrak berlangsung (istiqrar al-ta’mul).
Malahan tidak ada pihak yang boleh memantau dan menilai niat sebenar yang tersembunyi di
dalam hati pihak yang terlibat dan jika ia dilaksanakan maka akan timbul haru-biru dalam
kontrak.

10
SOAL - JAWAB : Pembentangan

Soalan 1 : Adakah harga atau nilai sukuk diapungkan?


Sukuk adalah diapungkan seperti mana bon. Perbezaannya ialah sukuk lebih stabil kerana ia
berdasarkan aset, perniagaan atau projek tertentu (asset-backed). Bon lebih anjal dan mudah
mengalami penurunan dan kenaikan yang drastik kerana ia tidak bersandar aset.

Soalan 2 : Bagaimanakah sukuk hendak dilanggan atau dibeli?


Sukuk adalah satu instrumen kewangan maka proses pembelian-penjualan diuruskan oleh bank
yang menguruskan sukuk (Akta Bank Negara) sebagai perantara bagi kutipan wang dan
pembayaran imbuhan pulangan sukuk. Ini kerana syarikat yang menerbitkan sukuk (originator)
akan memohon pihak bank menguruskan penerbitan, jual-beli sukuk dan proses-prosesnya.

Soalan 3 : Apakah hukum pelaburan di dalam Bon?


Bon adalah satu instrumen kewangan yang tidak berlandaskan prinsip syariah. Maka mekanisme
dan prosesnya tidak mengikut garis panduan syariah dan mungkin melibatkan gharar dan riba. Ia
adalah sah dari segi undang-undang negara dan kewangan. Namun pelaburan di dalam bon
adalah tidak disahkan halal. Pelabur muslim diseru untuk memilih produk patuh syariah.

Soalan 4 : Apakah badan yang memantau sukuk?


Sukuk adalah satu instrumen pelaburan maka ia dikawalselia dan diselenggara oleh Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia (Securities Commission) iaitu badan berkanun biaya kendiri yang memiliki
autoriti kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. Laman web : www.sc.com.my

11
Rujukan

Saiful Azhar Rosly (2005), Critical Issues on Islamic banking and Financial Markets- Islamic
Economics, Banking & Finance, Investment, Takaful and Finacial Planning, Dinamas
Publishing, Kuala Lumpur

Muhammad Ayub (2007), Understanding Islamic Finance, Wiley Finance, West Sussex,
England

Nafis Alam dan Bala Shanmugam (2007), Islamic Finance -The Challenges Ahead, Universiti
Putra Malaysia (UPM) Serdang

Hassanuddin Abdul Aziz (2009), Islamic Banking, International Islamic University Of Malaysia
(IIUM), Gombak

Roderick Millar dan Habiba Anwar, Islamic Finance -A Guide For International Business and
Investment, GMB Publishing, London

12
KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1. Pengenalan & Bab 1 –Definasi Sukuk 1

2. Bab 2 – Proses Penerbitan Sukuk 2-3

3. Bab 3 – Jenis-Jenis Sukuk 4-5

4. Bab 4 – Perbezaan Sukuk dan Bon 6–7

5. Bab 5 –Sukuk dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam 8

6. Bab 6 –Isu dan Perbahasan Sukuk 9 – 10

7. Soal - Jawab : Pembentangan 11

8 Rujukan 12

13
SARJANA MUDA SAINS PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN ISLAM (SPI)

EKONOMI ISLAM ( SLQ 2342 )

SUKUK : PENJANA EKONOMI UMAT

Bil Nama Pelajar No. Matrik


1 MOHD HAIDHIR BIN MD YUSOF SX106 113 PID04

NAMA PENSYARAH :
DR HUSSIN SALOMON

14

You might also like