You are on page 1of 3

PERBEZAAN KBSM DAN KSSM

suhaila Abdul 01:09 DUNIA GURU


Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum
persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah. KSSM akan
menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KSSM
telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah
bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017. Pelaksanaan KSSM
mengambil kira hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 yang menyarankan KBSM disemak semula.

KSSM diperkenalkan kerana terdapat keperluan untuk menjadikan


Kurikulum Kebangsaan lebih holistik dan relevan selaras dengan
keperluan abad 21. Di abad 21 , Negara memerlukan modal insan yang
berfikiran krritis,kreatif dan inovatof seterusnya boleh member
sumbangan kepada Negara dan mempunyai daya saing diperingkat
global. Murid yang mengukuti KSSM akan mempunyai cirri-ciri yang
dihasratkan seperti kemahiran berfikir,komunikasi, kerja
sepasukan,kepimpinan flexible, berinisiatif terarah kendiri,teknologi
maklumat dan komunikasi ,keusahawanan, belajar sepanjang hayat dan
kebolehan menyesuaikan diri.

Kurikulum standard dibangunkan mengikut suatu criteria yang


ditetapkan berdasarkan persekolahan. Ia diterjemahkan melalui Standard
Kandungan,Standard Pembelajaran dan Standard prestasi. Dokumen
yang Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) digunakan bagi
melaksanakan kurikulum semua mata pelajaran di bawah KSSM.
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di
sekolahsekolah mulai tahun 1989 seterusnya pada 1998 ia ditukar kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 2014 kepada
Kurikulum Standard Sekolah Menengah. KBSM digubal berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara. Ia selaras dengan matlamat
pendidikan Negara ke arah menghasilkan insan seimbang berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam rancangan
KBSM ,pendidikan bersepadu merupakan satu strategi penting bagi
menjalin dan mengadunkan unsure-unsur ilmu dan kemahiran,bahasa
dan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran.

Terdapat perbezaan diantara KBSM dan KSSM

1. Rekabentuk kurikulum

Kerangka kurikulum KBSM berdasarkan 3 bidang iaitu


komunikasi,manusia dan alam sekeliling dan pembangunan diri individu.
Manakala KSSM berasaskan kepada 6 tunjang iaitu
komunikasi,perkembangan fizikal dan estetika,kemanusiaan,keterampilan
diri, Sains Teknologi , engineering dan Matematik (STEM), serta
kerohanian ,sikap dan nilai. Rekabentuk kurikulum KBSM juga adalah
berasaskan hasil pembelajaran manakala KSSM berasaskan Standard
kandungan, satandard pembelajaran dan Standard prestasi

2. Dokumen kurikulum

KBSM menggunakan sukatan pelajran dan huraian sukatan pelajaran


manakala KSSM menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)

3. Peruntukan masa

KBSM memperuntukkan masa mengikut minit seminggu manakala KSSM


minimum jam setahun

4. Organisasi kurikulum

KBSM dan KSSM mempunyai organisasi kurikulum yang sama iaitiu mata
pelajaran teras, mata pelajaran wajib,mata pelajaran tambahan dan
matapelajaran elektif.

5. Elemen merentas kurikulum

KBSM dan KSSM masing masing menggunakan elemen Bahasa,Sains &


Teknologi,Tekonologi Maklumat & Komunikasi(TMK),kelestarian alam
,nilai murini dan patriotism. Walaubagaimanapun KSSM mempunyai
elemen tambahan iaitu kreativiti dan inovasi,keusahawanan dan
kelestarian global.
6. Penekanan pedagogi

KBSM dan KSSM menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri,


pembelajaran kontekstual,pembelajaran kolaboratif,pembelajaran
berasaskan projek. Tetapi tambahan di dalam KSSM ialah pembelajaran
berasaskan penyelesaian masalah, pendekatan konstruktivisme,
pendekatan Science Technology ,Engineering and Mathematics (STEM).

7. Jenis pentaksiran

Pentaksiran di dalam KBSM hanyalah secara sumatif dan formatif sahaja,


manakala pentaksiran KSSM adalah berdasarkan Pentaksiran disuratkan
dalan DSKP sebagai Standard Prestasi

http://akukaksu.blogspot.my/2017/12/perbezaan-kbsm-dan-kssm.html

You might also like