You are on page 1of 10

BAB 2

PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN


PASARAN

2.1 Menghuraikan Permintaan

2.1.1 Mendefinisikan Permintaan


 Permintaan  sejumlah kuantiti sesuatu barang & perkhidmatan yang sanggup &
mampu dibeli oleh pengguna pada beberapa tingkat harga alternatif dalam masa
tertentu.
 Menunjukkan kuantiti sesuatu produk yang akan dibeli pada beberapa tingkat harga
yang mungkin.
 Terbahagi pada 2 :-

 Individu
− Permintaan individu menunjukkan perhubungan antara tingkat harga & kuantiti brg
tertentu yang diminta oleh seseorg pengguna pada masa tertentu.

 Pasaran
− Jumlah kuantiti sesuatu brg yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran
terhadap brg itu pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu.
2.1.2 Menerangkan Hukum Permintaan
i. Hukum permintaan menerangkan semakin tinggi harga barang,
semakin kurang kuantiti barang yang diminta dan sebaliknya,
semakin rendah harga barang, semakin banyak barang yang
diminta. Ini beerti harga dan kuantiti barang diminta mempunyai
hubungn yang songsang atau negatif. Oleh itu, keluk permintaan
mencerun ke bawah dari kiri dan ke kanan.

 Fungsi Permintaan

Qd = a – bP

Qd = kuantiti diminta
P = harga
a = pintasan pada paksi harga
b = kecerunan keluk DD

2.1.3 Mengenalpasti faktor-faktor Permintaan


Faktor-faktor permintaan terdiri daripada harga barang itu sendiri, harga
barang lain, citarasa atau perubahan citarasa, saiz dan struktur
penduduk, ramalan atau jangkaan harga masa depan (spekulasi),
pendapatan isi rumah atau pengguna, dasar atau polisi kerajaan, musim,
kadar bunga atau kadar faedah dan kemudahan kredit agihan
pendapatan dan agihan pendapatan.

11
i. Harga barang itu sendiri
 Dengan andaian lain adalah tetap atau ceteris paribus,
perubahan sesuatu barang akan menyebabkan kuantiti
diminta barang tersebut turut berubah.
 Apabila harga sesuatu barang jatuh, permintaan akan
meningkat dan sebaiknya, apabila sesuatu barang naik,
permintaan akan berkurangan.

ii. Harga barang lain (Pn)


Barang-barang dalam ekonomi saling berkait. Perubahan harga
sesuatu barang akan mempengaruhi permintaan terhadap
barang lain.
a) Barang pengganti
 Barang pengganti adalah barang yang dapat
menggantikan fungsi penggunaan barang lain.
Kenaikan harga salah satu barang ini akan
menyebabkan permintaan terhadap barang yang
lagi satu meningkat.
 Contoh barang pengganti ialah margerin dan
mentega, minyak kelapa sawit dan minyak jagung,
atau kopi dan teh.
b) Barang penggenap
 Barang penggenap ialah barang yang perlu
digunakan bersama-sama dengan barang lain bagi
melengkapkan fungsi penggunaan sesuatu barang.
Kenaikan harga salah satu barang akan
mengakibatkan permintaan terhadap barang yang
satu lagi berkurangan.
 Contoh barang penggenap ialah kamera dan filem,
kereta dan petrol, printer dan dakwat.

iii. Citarasa atau perubahan cita rasa


 Citarasa merupakan kegemaran isi rumah terhadap sesuatu
barang. Citarasa berubah dari semasa ke semasa dan
dipengaruhi oleh perubahan fesyen terbaru, iklim, kesedaran
kesihatan, pengaruh pengiklanan, dan galakan jualan.

iv. Saiz dan struktur penduduk


 Bilangan penduduk di sesuatu kawasan turut mempengaruhi
permintaan. Apabila penduduk di sesuatu kawasan
bertambah, permintaan terhadap sesuatu barang secara
umunya akan bertambah.
 Struktur penduduk seperti umur, jantina dan bangsa turut
mempengaruhi permintaan.

v. Ramalan atau jangkaan harga masa depan


 Jika pengguna menjangka harga sesuatu barang akan
naik pada masa depan, pengguna akan membeli lebih
banyak barang tersebut pada masa kini. Ini menyebabkan
permintaan terhadap barang tersebut bertambah.

12
 Jika pengguna menjangka harga sesuatu barang akan
jatuh pada masa depan, pengguna akan menangguhkan
pembelian barang tersebut pada masa kini. Maka,
permintaan terhadap barang tersebut akan berkurangan.

vi. Pendapatan isi rumah atau pengguna


 Pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan
menentukan kuasa atau kemampuan membeli pengguna
dan corak perbelanjaan pengguna.
 Apabila kuasa membeli pengguna meningkat, permintaan
terhadap barangan akan turut meningkat.

vii. Dasar atau polisi kerajaan


 Dasar kerajaan juga dapat mempengaruhi permintaan
sama ada melalui kawalan cukai atau bantuan subsidi.
 Contohnya, apabila kerajaan meningkatkan kadar cukai
terhadap barang import, permintaan terhadap barang
import akan berkurangan. Ini disebabkan harga barang
import telah naik.

viii. Musim
 Musim turut mempengaruhi permintaan terhadap
barangan seperti musim hujan, musim perayaan dan musim
persekolahan. Contohnya, pada musim perayaan,
permintaan terhadap barang makanan, pakaian dan
pengangkutan akan meningkat.

ix. Kadar bunga atau kadar faedah dan kemudah kredit


 Apabila kadar faedah pinjaman perumahan meningkat,
kos meminjam juga akan meningkat, iaitu pengguna mesti
membayar balik pinjaman pada kadar faedah yang lebih
tinggi. Ini menyebabkan permintaan permintaan terhadap
rumah berkurangan.

x. Agihan pendapatan
 Sekiranya sebahagian besar daripada penduduk di sesuatu
kawasan terdiri daripada orang kaya, permintaan
terhadap barang mewah seperti banglo dan kereta
mewah akan meningkat.

xi. Kesan Pengiklanan


 Melalui pengiklanan yang dijalankan dalam media
elektronik dan media cetak, peniaga boleh menarik
pelanggan supaya membeli sesuatu barang seperti
minuman bertenaga dan telefon berkamera.

13
2.1.4 Melakarkan Keluk Permintaan
Keluk permintaan menggambarkan hubungan diantara kuantiti diminta
sesuatu barang atau perkhidmatan dengan tingkat harga.

Contoh:

Kuantiti diminta
Kombinasi Harga (RM)
(unit)
O 50 0
P 40 2
Q 30 4
R 20 6
S 10 8
T 0 10
Jadual Permintaan

60
0
50
P
40
Q
Harga (RM)

30
R
20
S
10
T
0
-5 0 5 10 15
-10
Kuantiti diminta (RM)

Keluk Permintaan

Merujuk rajah diatas, paksi mendatar menunjukkan kuantiti diminta dan paksi
menegak pula menunjukkan tingkat harga. Titik P, Q ,R dan S menunjukkan
kombinasi kuantiti barang diminta pada tingkat harga yang berlainan. Apabila
titik P,Q,R,dan S disambungkan, terbentuk keluk permintaan DD.

14
2.2 Menghuraikan Penawaran
2.2.1 Mendefinisikan Penawaran
 Penawaran  sejumlah kuantiti sesuatu barangan & perkhidmatan yang sanggup &
mampu ditawarkan oleh pengeluar pada sesuatu tingkat harga tertentu dalam masa
yang tertentu.

 Firma (Individu)
− Kuantiti brg tertentu yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga
dalam jangka masa tertentu.

 Industri (Pasaran)
− Jumlah kuantiti brg tertentu yang ditawarkan oleh semua firma pada satu tingkat harga
dalam jangka masa tertentu
2.2.2 Menerangkan Hukum Penawaran
i. Hukum penawaran menyatakan bahawa apabila harga sesuatu
barang meningkat, kuantiti barang yang ditawarkan juga akan
meningkat. Sebaliknya, apabila harga sesuatu barang jatuh,
kuantiti barang yang ditawarkan akan berkurangan.
ii. Mengikut hukum penawaran, harga barang itu kuantiti yang
ditawarkan adalah berhubungan positif (langsung).
 Fungsi Penawaran

Qs = a + bP
Qs = kuantiti ditawar
P = harga
a = pintasan pada paksi harga
b = kecerunan keluk SS

2.2.3 Mengenalpasti faktor Penawaran


Penentuan penawaran terdiri daripada:
a) Harga barang itu
b) Faktor lain

a) Harga barang itu


i. Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti yang ditawarkan
bagi barang itu akan meningkat. Sebaliknya, apabila harga
barang itu jatuh, kuantiti yang ditawarkan terhadap barang
tersebut akan berkurangan.
ii. Merujuk rajah diatas, menunjukkan hubungan antara harga
seunit buku dengan kuantiti yang ditawarkan. Jika harga naik
daripada RM 10 kepada RM 20 seunit, kuantiti buku yang
ditawarkan meningkat daripada 2 unit kepada 3 unit.

15
30

25
S
20

Harga (RM)
15
S
10

0
0 1 2 3 4
Kuantiti buku (RM)

Keluk penawaran terhadap buku


iii. Sebaliknya, jika harga jatuh daripada RM 20 kepada RM 10,
kuantiti yang ditawarkan menurun daripada 3 unit kepada 2
unit.
iv. Menurut hukum penawaran, hubungan antara harga dengan
kuantiti yang ditawarkan adalah positif.

b) Faktor-faktor lain
i. Faktor-faktor lain terdiri daripada harga barang lain, harga
faktor pengeluaran, tingkat teknologi, jangkaan harga pada
masa depan, cuaca, matlamat pengeluar dan dasar kerajaan.

a. Harga barang lain


Penawaran sesuatu barang dan perkhidmatan
dipengaruhi oleh perubahan harga barang laian iaitu
barang pengganti dan barang penggenap.
 Barang pengganti
 Barang pengganti merupakan barang yang
mudah ditukarkan dengan barang yang lain.
 Sebagai contoh, seorang pengeluar
mempunyai sebidang tanah untuk
mengeluarkan koko dan lada hitam adalah
barang pengganti. Jika harga koko
meningkat di pasaran manakal harga lada
hitam tidak berubah, sesetengah firma yang
mengeluarkan lada hitam besar
kemungkinan akan menukarkan kepada
pengeluaran koko.
 Barang penggenap
 Barang penggenap pula adalah barang
yang dikeluarkan bersama-sama.
 Sebagai contoh, kereta dan petrol
merupakan barang penggenap. Jika
permintaan terhadap kereta bertambah, hal
ini akan menyebabkan permintaan
terhadap petrol bertambah dan seterusnya
menaikkan harga petrol. Keadaan ini akan

16
mendorong firma menambahkan
penawaran petrol di pasaran. Maka keluk
penawaran petrol beralih ke kanan.

b. Harga faktor pengeluaran


 Perubahan kuantiti yang ditawarkan dipengaruhi
juga oleh perubahan faktor pengeluaran.
 Apabila hargaa faktor pengeluaran naik, maka kos
pengeluaran firma turut meningkat. Sebaliknya, jika
harga faktor pengeluaran jatuh, maka firma dapat
menggunakan lebih banyak faktor-faktor
pengeluaran.

c. Tingkat teknologi
 Kemajuan dalam teknologi seperti reka cipta mesin
atau pembangunan teknik pengeluaran yang lebih
efisen dan cekap akan meningkatkan daya
pengeluaran faktor-faktor pengeluaran dan
menurunkan kos pengeluaran firma.
 Dengan kemajuan teknologi, firma akan dapat
mengeluarkan barang dengan lebih banyak pada
kos pengeluaran yang lebih rendah. Keadaan ini
akan meningkatkan keuntungan firma.

d. Jangkaan harga masa depan


 Jangkaan harga sesuatu barang pada masa
depan dapat mempengaruhi pengeluaran barang
itu pada masa sekarang.
 Jika harga televisyen dijangka akan jatuh pada
masa depan, firma akan menambahkan
penawaran televisyen pada masa sekarang.
Maka, keluk penawarannya beralih ke kanan.

e. Cuaca
 Perubahan cuaca dapat mempengaruhi
penawaran sesuatu barang.
 Pada musim tengkujuh, penawaran ikan akan
berkurang. Sebagai kesannya, keluk penawaran
ikan akan beralih ke kiri.

f. Matlamat pengeluar
 Matlamat pengeluar yang berbeza akan
mempengaruhi penawaran terhadap sesuatu
barang.
 Jika matlamat pengeluar adalah untuk
memaksimumkan keuntungan, maka firma akan
mengurangkan penawaran barang itu.

g. Dasar kerajaan
 Kerajaan dapat mempengaruhi penawaran
sesuatu barang melalui cukai dan subsidi.
 Sebagai contoh, apabila kerajaan menaikkan
cukai atas komputer, kos pengeluaran komputer

17
akan naik. Sebagai kesannya penawaran
komputer akan berkurang dan keluk
penawarannaya akan beralih ke kiri.

2.2.4 Melakarkan Keluk Penawaran


i. Keluk penawaran ialah graf yang menunjukan hubungan antara
harga dengan kuantiti yang ditawarkan dalam suatu tempoh
tertentu.

Jadual Penawaran Individu


Kuantiti yang
Titik Harga (RM/unit)
ditawarkan (unit)
E 5 40
F 10 50
G 15 60
H 20 70
Jadual Penawaran album oleh firma X

ii. Jadual di atas menunjukkan hubungan antara harga dengan


kuantiti album yang ditawarkan oleh syarikat X.
iii. Semakin tinggi harga album, semakin banyaklah kuantiti album yang
ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah harga, semakin kurang
kuantiti album yang ditawarkan.
iv. Sebagai contoh, apabila harga album naik daripada RM 5 kepada
RM 10 seunit, firma menambah kuantiti yang ditawarkan daripada 40
kepada 50 unit. Sebaliknya, apabila harga album jatuh daripada
RM 20 kepada RM 15 seunit, firma mengurangkan kuantiti yang
ditawarkan daripada 70 unit kepada 60 unit
v. Harga album dan kuantiti album yang ditawarkan mempunyai
hubungan yang positif.

80
G
70
G
60
Harga album (RM/unit)

F
50
E
40

30

20

10

0
0 5 10 15 20 25
Kuantiti album yang ditawarkan (unit)

Keluk Penawaran album oleh firma X

2.3 Menghuraikan Keseimbangan Pasaran

18
2.3.1 Menerangkan Keseimbangan Pasaran
i. Sesuatu pasaran berada dalam keseimbangan apabila keluk
permintaan pasaran bersilang dengan keluk penawaran
pasaran.
ii. Keseimbangan pasaran tercapai apabila keluk permintaan
pasaran (DD) bersilang dengan keluk penawaran pasaran (SS)
dititik E.

2.3.2 Menerangkan Penentuan Keseimbangan Pasaran


i. Keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan
bersilang dengan keluk penawaran.

Qd = Qs
Di mana,
Qd = Kuantiti diminta (unit)
Qs = Kuantiti ditawarkan (unit)

ii. Sesuatu pasaran tidak akan berada dalam keseimbanan


sekiranya kuantiti tidak sama dengan kuantiti ditawarkan. Ini
mungkin disebabkan oleh
a) Lebihan penawaran
b) Lebihan permintaan

Contoh :

Harga Kuantiti diminta Kuantiti Kesan kepada pasaran


(RM) (unit) ditawarkan
(unit)
1 32 18 Lebihan Permintaan
2 28 21
3 24 24 Berlakunya
keseimbangan Pasaran
4 20 27 Lebihan Penawaran
5 16 30

19
6
D S
5 Lebihan
Penawaran
4
Harga (RM)
E
3

2 Lebihan
S D Permintaan
1

0
0 10 20 30 40
Kuantiti (Unit)

Pada tingkat harga RM 3, didapati kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan,
iaitu sebanyak 24 unit. Oleh itu, harga keseimbangan ialah RM 3 dan kuantiti
keseimbangan ialah 24 unit.

20

You might also like