Professional Documents
Culture Documents
Laporan Majlis Pelantikan Watikah Pengawas SPBT Sekolah 2018
Laporan Majlis Pelantikan Watikah Pengawas SPBT Sekolah 2018
Aktiviti :
7.25 pagi
7.30 pagi
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah serta
Nyanyian Lagu “tamil vazhtu”.
7.45 pagi
Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dibimbing oleh N.Nevasni , murid Tahun 6.
7.50 pagi
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengerusi majlis. Seterusnya beliau menyatakan
tanggungjawab dan amanah yang diberi sebagai pengawas harus digalas dengan baik tanpa rasa
ragu-ragu. Setiap pengawas baharu yang terpilih dinasihatkan supaya menggalas tanggungjawab
yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan diharapkan dapat memupuk sifat kepimpinan
yang tinggi dan bakal menjadi pemimpin yang berwibawa kelak. Akhir sekali beliau amat
berharap agar generasi muda sekarang pandai memilih rakan dan tahu batas-batas agama dalam
pergaulan . Kesimpulan yang dapat beliau berikan, sekolah merupakan platform yang terbaik dan
menjadi tempat pelajar menyemai ciri-ciri sebagai pemimpin.
7.55 pagi
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian mengundang beliau untuk merasmikan
Majlis Pelantikan Pengawas SPBT bagi lantikan Tahun 2018. Beliau turut menjelaskan bahawa
sekolah merupakan tempat bagi pelajar melatih diri untuk menjadi pemimpin serta menjadi batu
loncatan kepada semua pelajar untuk mendapatkan ilmu. Oleh itu, setiap pelajar harus
mengambil peluang untuk menunjukkan kemampuan, tanggungjawab yang padu serta jitu
terhadap sekolah agar dapat menjadi seorang yang berilmu dan komited terhadap tugasan yang
diberi. Beliau juga menyeru semua pelajar agar tidak sesekali melibatkan diri dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Beliau seterusnya menyarankan agar pelajar meluangkan
masa dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan memanfaatkan segala maklumat
yang didapati untuk kecemerlangan diri. Dengan itu, beliau merasmikan Majlis Pelantikan
Pengawas SPBT Tahun 2018.
8.00 pagi
8.15 pagi
Majlis Bersurai.
LAMPIRAN
(PN.S.THANESWARI) (PN.K.KUMUTHA)