You are on page 1of 4

LAPORAN MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS

SPBT SEKOLAH 201

Tarikh : 21 Januari 2017


Hari : Isnin
Masa : 7.30pagi hingga 8.15 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan SJK(T) Natesa Pillay

Kehadiran Guru : Semua guru


Guru Besar : Pn.K.Kumutha
GPK 1 : Pn.M.Vasanthi
GPK HEM : En.G.Rames
GPK KOKU : Pn.S.Santhi

Kehadiran Pelajar : Semua pelajar


Perasmi : Pn.K.Kumutha

Aktiviti :

7.25 pagi

Guru mengambil tempat serta pelajar berkumpul di tapak perhimpunan.

7.30 pagi

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah serta
Nyanyian Lagu “tamil vazhtu”.

7.45 pagi

Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dibimbing oleh N.Nevasni , murid Tahun 6.
7.50 pagi

Ucapan alu-aluan, Pn..S.Thaneswari (Penyelaras SPBT)

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengerusi majlis. Seterusnya beliau menyatakan
tanggungjawab dan amanah yang diberi sebagai pengawas harus digalas dengan baik tanpa rasa
ragu-ragu. Setiap pengawas baharu yang terpilih dinasihatkan supaya menggalas tanggungjawab
yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan diharapkan dapat memupuk sifat kepimpinan
yang tinggi dan bakal menjadi pemimpin yang berwibawa kelak. Akhir sekali beliau amat
berharap agar generasi muda sekarang pandai memilih rakan dan tahu batas-batas agama dalam
pergaulan . Kesimpulan yang dapat beliau berikan, sekolah merupakan platform yang terbaik dan
menjadi tempat pelajar menyemai ciri-ciri sebagai pemimpin.

7.55 pagi

Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, Pn.K.Kumutha.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian mengundang beliau untuk merasmikan
Majlis Pelantikan Pengawas SPBT bagi lantikan Tahun 2017. Beliau turut menjelaskan bahawa
sekolah merupakan tempat bagi pelajar melatih diri untuk menjadi pemimpin serta menjadi batu
loncatan kepada semua pelajar untuk mendapatkan ilmu. Oleh itu, setiap pelajar harus
mengambil peluang untuk menunjukkan kemampuan, tanggungjawab yang padu serta jitu
terhadap sekolah agar dapat menjadi seorang yang berilmu dan komited terhadap tugasan yang
diberi. Beliau juga menyeru semua pelajar agar tidak sesekali melibatkan diri dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Beliau seterusnya menyarankan agar pelajar meluangkan
masa dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan memanfaatkan segala maklumat
yang didapati untuk kecemerlangan diri. Dengan itu, beliau merasmikan Majlis Pelantikan
Pengawas SPBT Tahun 2017.

8.00 pagi

Acara penyampaian sijil pelantikan kepada Pengawas oleh Puan. K. Kumutha.

8.15 pagi

Majlis Bersurai.
LAMPIRAN

Laporan disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

(PN.S.THANESWARI) (PN.K.KUMUTHA)

You might also like