You are on page 1of 11

Konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia

Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan penting
di Malaysia. Menurut Tun Mohamed Salleh Abas di dalam buku beliau yang
berjudul “Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia”, pemerintahan
Beraja merupakan salah satu daripada unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan
Malaysia.

Walaubagaimanapun, semasa zaman penjajahan British, keadaan telah berubah


kerana kuasa mutlak Raja-Raja telah mula hilang secara beransur-ansur. Bermula
daripada Sistem Residen yang menghendaki Raja-Raja Melayu menerima seorang
penasihat British hinggalah penubuhan Malayan Union pada tahun 1946, dapat
dilihat bahawa pihak British telah mengurangkan kuasa dan kedudukan Raja-
Raja Melayu.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan


beraja telah dikekalkan. Walaubagaimanapun, ia telah disesuaikan dengan
konsep demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita. Muncullah
Konsep Raja Berperlembagaan yang bermakna, kuasa raja yang dibatasi oleh
perlembagaan.

Kedudukan Raja-raja
Raja berperanan sebagai Ketua Negeri di bawah Perlembagaan Negeri pada masa
kini. Sistem Kerajaan di negara kita dibahagikan kepada 13 buah kerajaan negeri
dan sebuah kerajaan pusat kerana Malaysia merupakan sebuah negara
Persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri. Setiap negeri mempunyai
seorang Raja(Sultan) atau Yang Dipertua Negeri yang merupakan Ketua Negeri
seperti mana yang disebutkan dalam perenggan 5 Suruhanjaya Reid: “Yang di-
Pertuan Besar akan menjadi ketua negeri, tetapi dia mesti menjadi seorang
pemerintah yang berperlembagaan. Beliau mesti bertindak atas nasihat menteri
dalam segala perkara berkaitan dengan kuasa eksekutif. Beliau akan menjadi
symbol perpaduan negara.”

Malaysia terdiri daripada 9 buah negeri yang diperintah oleh Raja (Sultan) iaitu
Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor,
dan Perak.

Tetapi terdapat 4 buah negeri diperintah oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Pulau
Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana 4 buah negeri ini tidak
mempunyai Raja(Sultan). Maka Yang Dipertua Negeri yang akan memerintah
serta menjadi lambang kepada kepada negeri yang tidak mempunyai raja.

Pilihan Seorang Raja

Pilihan seorang Raja adalah ditentukan oleh perkembangan negeri masing-


masing dan biasanya mengikut adat istiadat negeri itu. Manakala setiap Yang
DiPertua Negeri pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicaranya,
tetapi perlantikan itu hendakalah dibuat selepas berunding dengan Ketua
Menteri negeri masing-masing.
Yang diPertua Negeri menyandang jawatannya selama 4 tahun.
Walaubagaimanapun, seorang Yang Dipertua Negeri itu boleh meletakkan
jawatannya atau dilucutkan daripadanya jawatannya oleh Yang DiPertuan Agong
mengikut usul Dewan Undangan Negeri, dan disokong oleh undi tidak kurang
daripada dua pertiga jumlah ahli dewan itu.

Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mewujudkan jawatan Yang


Di-Pertuan Agong berdasarkan kepada cadangan dalam Suruhanjaya Reid yang
memasukkan peruntukan mengenai “Yang Dipertuan Besar di sisi perlembagaan
bagi Persekutuan yang akan dipilih dari kalangan Duli Yang Maha Mulia Raja-
Raja. “Yang Diper-tuan Agong dikatakan akan menjadi symbol perpaduan negara.
Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA adalah Utama Negara
bagi Persekutuan yang memperuntukkan bahawa baginda adalah Utama Negara
bagi Persekutuan yang mempunyai keutamaan dan mengatasi segala orang
dalam Persekutuan dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana
mahkamah sekalipun kecuali dalam Mahkamah Khas.

Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja Perlembagaan, baginda
mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam
Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang
Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

Raja merupakan ketua agama islam bagi negeri masing-masing, tetapi bagi
negeri Pulau Pinang dan Melaka, ketua agam Islamnya ialah Yang Dipertuan
Agong dan ini diperuntukkan dalam Perkara 3(3)Perlembagaan Persekutuan

 Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, namun pada hakikatnya kuasa


eksekutif ini dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Menteri-menteri yang
diberi kuasa oleh Jemaah Menteri .
 Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
YDPA hendaklah melantik sebuah Jemaah Menteri untuk
menasihatkannya dalam hal menjalankan tugas-tugasnya
 Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA
dikehendaki mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Menteri-menteri.

Pemilihan YDPA

Pemilihan YDPA akan dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan 9 Raja-Raja
Melayu mengikut peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan
dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan dalam pemilihan YDPA


hendaklah mengikut peruntukan-peruntukan yang terdapat di
bawah Bahagian 1, Jadual Ketiga iaitu Seksyen 2, 3 dan 4 Perlembagaan
Persekutuan. Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
YDPA hanya dipilih untuk menyandang jawatan ini bagi tempoh 5
tahun sahaja. Majlis Raja-Raja memainkan peranan yang penting dalam
pemilihan YDPA kerana mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan
Persekutuan, Majlis Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara
mereka dalam soal pemilihan YDPA.

 Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertua bagi


negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh menjadi
ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemilihan YDPA

Ciri-ciri Kelayakan Menjadi YDPA

1. Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan
untuk dipilih.
2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.
3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan,
seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mngundi
sebagai proksi.

Ciri-ciri Ketidaklayakkan Menjadi YDPA

(Seseorang Raja itu tidak layak dipilih berdasarkan kepada Seksyen 1 Bahagian 1
Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang merupakan peruntukkan
berkenaan dengan ketidaklayakan menjadi YDPA.)

1. Raja itu belum dewasa.


2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
bahawa baginda tidak berhasrat dipilih.
3. Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu
adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi YDPA disebabkan
oleh kelemahan akal dan tubuhnya atau kerana sebab-sebab lain. Ketetapan ini
memerlukan sekurang-kurangnya undian daripada lima orang Raja.

Pemecatan YDPA

YDPA hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja


mengikut Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula,
mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan, pemecatan YDPA
oleh Majlis Raja-Raja mestilah mengikut peruntukan-peruntukan dalam Seksyen
8, Bahagian 3, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut peruntukan yang terdapat dalam Seksyen 8 Jadual Ketiga


Perlembagaan Persekutuan, sesuatu ketetapan oleh Majlis Raja-Raja bagi
memecat YDPA dari jawatannya tidak boleh diludi bawah luskan kecuali
sekurang-kurangnya 5 orang ahli Majlis Raja-Raja telah mengundi menyokong
ketetapan itu.
Soal pemecatan YDPA juga adalah berdasarkan kepada budi-bicara Majlis Raja-
Raja yang diperuntukkan di bawah Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-
Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh
menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemecatan YDPA.

Fungsi dan Peranan YDPA

Kuasa Eksekutif
 Perkara 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-
Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang di
Malaysia dan Jadual Ke-2. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Menteri atau
Menteri-Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.
 Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
YDPA hendaklah melantik sebuah Jemaah Menteri untuk
menasihatkannya dalam menjalankan peranannya.
 Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan
bahawa YDPA dalam menjalankan pemerintahannya hendaklah mengikut
nasihat Jemaah Menteri serta menimbangkan nasihat yang diberi oleh ahli
Jemaah Menteri.
 YDPA juga mempunyai kuasa dalam semua perkara di mana Parlimen
membuat undang-undang di bawah Senarai Persekutuan dan Senarai
Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan serta
setakat dalam perkara yang disebut dari Perkara 93 hingga Perkara 95
Perlembagaan Persekutuan.
 YDPA juga mempunyai kuasa untuk melantik Yang Dipertua Negeri Pulau
Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak bawah butiran 19 A(1) Jadual Kelapan
Perlembagaan Persekutuan.
 YDPA boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat (Proclamation of
Emergency) di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Perkara
150(1) Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan bahawa jika YDPA
berpuas hati bahawa keadaan darurat yang serius berlaku serta
mengancam ekonomi, ketenteraman boleh mengeluarkan perisytiharan
tersebut.
 Berdasarkan kes Teh Cheng Poh lwn Public Prosecutor (1979) 1 MLJ
50 dan N.Madhavan Nair lwn Government of Malaysia , YDPA akan
bertindak untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan atas nasihat
Jemaah Menteri.
 Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas
berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain
Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara
dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:

1. Melantik seorang Perdana Menteri. (Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan


Persekutuan)
2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan
Parlimen (Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan)
3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil
tindakan dalam mesyuarat itu. (Perkara 40 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan)

Kuasa Legislatif
 Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong sebagai
sebahagian daripada Parlimen.
 Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan , YDPA boleh memanggil
Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa dan menangguh sidang
Parlimen.
 Perkara 40(2)(b) & Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, YDPA
boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
 Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh memberi ucapan
dalam mana-mana Majlis Parlimen.
 Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA juga berfungsi dalam
memperkenankan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.
 Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh membatalkan
kelayakan ahli Parlimen.
 Perkara 45(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
berperanan untuk melantik Senator ke Dewan Negara. YDPA melantik dua
orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang
untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai
kuasa melantik 40 orang senator lain.

Kuasa Kehakiman
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman.
Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah :
 Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA melantik Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Mahkamah Tinggi di Persekutuan Melayu, Hakim Besar Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agong, Hakim Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja.
 Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah
Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan.
 Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh memanjangkan
perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 66 tahun.
Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan
setelah mencapai umur 66 tahun.
 Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, YDPA tidak mempunyai kuasa
untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui
representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara
dan selepas menerima laporan tribunal, maka YDPA boleh menyingkirkan
seseorang hakim itu daripada jawatannya.
 Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA mempunyai kuasa
pengampunan bagi semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah
Tentera, semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan, semua
kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Melaka,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Pemberian Bintang Kebesaran dan Ketua Angkatan Tentera


YDPA merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
mengikut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, baginda mempunyai kuasa pengampunan dan mengurangkan


hukuman atas kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah
Tentera mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
YDPA juga akan mengurniakan Bintang Kebesaran kepada pihak-pihak yang
layak.

Di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan , YDPA mempunyai


tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
kepentingan orang bukan Melayu.

Pelantikan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya


Sebelum menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas, mereka akan
mengangkat sumpah taat dan setia di hadapan YDPA.

Jawatan yang akan dilantik berdasarkan nasihat adalah seperti:


 Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan – Suruhanjaya Pilihanraya
 Perkara 137(3) Perlembagaan Persekutuan – sebahagian ahli Majlis
Angkatan Tentera
 Perkara 138 (2)(c) Perlembagaan Persekutuan -sebahagian ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
 Perkara 139 (4) Perlembagaan Persekutuan – Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam
 Perkara 140 (3) Perlembagaan Persekutuan – Suruhanjaya Perkhidmatan
Polis
 Perkara 141A (2) Perlembagaan Persekutuan -Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan.

Agama Islam
Mengikut Perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan-perlembagaan
negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah membuat
peruntukan bagi memberi YDPA kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam
negeri-negeri ini.

Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan YDPA adalah


Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
serta bahawa Parlimen boleh menubuhkan Majlis untuk menasihat YDPA
mengenai perkara berkaitan dengan Agama Islam.
Majlis Raja-Raja

Per. 40 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada YDPA untuk
memanggil mesyuarat dengan ahli Majlis Raja-Raja untuk membincangkan
keistimewaan ,kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran Raja-Raja Melayu.

Perkara-perkara yang TIDAK Boleh Dibuat oleh YDPA


Mengikut Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan,
 Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan.
 Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perniagaan.
 Tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan
Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan
negara ke suatu negara lain.
 Tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali
1. Tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam
2. Bagi meminda Perlembagaan Negerinya atau
3. Bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja

Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 seiring dengan
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Raja-Raja merupakan tempat
bagi semua Raja dan Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang.
Menurut Perkara 38(1) Perlembagaan Persekutuan, Majils Raja-Raja adalah
ditubuhkan mengikut peruntukan dalam jadual kelima.

Mengikut seksyen 1, Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja


terdiri daripada Raja-Raja dan juga Yang Dipertua negeri bagi negeri-negeri yang
tidak mempunyai Raja.

Keanggotaan Majlis Raja-Raja


Pada tahun 1948 hingga 1957, keanggotaan Majlis Raja-Raja adalah terdiri
daripada 9 orang sultan. Pada 31 Ogos 1957, keanggotaan Majlis Raja- Raja
mempunyai sedikit perubahan ialitu teridiri daripada 9 orang sultan dan 2 orang
ketua-ketua negeri. Mulai tahun 1963 pula, keanggotaan Majlis Raja-Raja terdiri
daripada 9 orang sultan dan 4 orang ketua-ketua negeri.

Fungsi dan Peranan Majlis Raja-Raja


Menurut Perkara 38(2) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja- Raja hendaklah
menjalankan fungsinya bagi:
 memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
mengikut peruntukan Jadual Ketiga;
 mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
 memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang
dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan
yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis
Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja;
 melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182
Perlembagaan Persekutuan;
 memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan,
menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara
42 Perlembagaan Persekutuan, dan boleh menimbang teliti soal-soal
mengenai dasar negara (misalnya perubahan tentang dasar imigresen)
dan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut
.
Menurut Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, tiada undang-undang yang
secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Kuasa-kuasa Majlis Raja-Raja


Menurut Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan, anggota Majlis Raja-Raja
boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang
berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong
daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong
(b) memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan;
(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-
undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;
(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
(e) pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182
Perlembagaan Persekutuan; atau
(f) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan,
menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara
42 Perlembagaan Persekutuan

Krisis Perlembagaan 1983


Latar belakang krisis ini adalah PP v Tengku Mahmood Iskandar [1973]1 MLJ
128 dan PP v Tengku Mahmood Iskandar [1977]2 MLJ 123. Fakta kes ialah
responden didapati bersalah kerana menyebabkan kematian seorang kedi golf
kerana beliau bermain gold di Cameron Highlands. Oleh kerana dia adalah anak
kepada Sultan Johor, hukuman telah dikurangkan. Tetapi keputusan itu terikat ke
atas dan hukuman berat diberikan. Kes ini adalah berkaitan dengan isu
kesamarataan yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Krisis ini bermula apabila Tun Dr Mathahir memegang tampuk pemerintahan


Malaysia pada tahun 1983 sebagai Perdana Menteri, dimana beliau telah
mencadangkan untuk membuat pindaan tentang beberapa perkara
dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pindaan sebahagian besar rang
undang-undang 38(4), 66(1), (5), dan 150 (1).

Namun perkara yang telah menimbulkan krisis perlembagaan iaitu


berkaitan Perkara 66 dan 150 Perlembagaan Persekutuan dimana ia berkait
dengan kedudukan YDPA.
Perkara 66 dan 150 Perlembagan Persekutuan, adalah berkaitan dengan rang
undang-undang iaitu tentang pengisytiharan darurat dan perkara mengenai
perkenan oleh YDPA dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan
Persekutuan serta Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan Negeri.
Sebelum Krisis
 Segala rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen akan
dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada YDPA, jika YDPA
tidak memberi perkenan maka undang-undang tersebut dinyatakan tidak
sah.

Semasa Krisis
 Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa satu rang undang-undang yang
tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 15
hari setelah dipersembahkan akan terus menjadi undang-undang. (“If for
any reason whatsoever a bill is not assented by the king within 15 days of
its presentation the bill shall become law”.)
 Namun pindaan ini mendapat tentangan oleh Majilis Raja-raja kerana
menurut Perkara 38(4) 2 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut
bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan Raja-Raja mestilah
mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Hal ini
disebabkan kedua-dua pindaan tersebut berkait dengan kedudukan raja-
raja.
 Tun Dr Mahathir menginginkan kuasa terhadap dua perkara ini diberikan
kepada Perdana Menteri kerana beliau mula meragui kredebiliti raja-
raja akibat masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh keturunan
sultan tersebut. Beliau membuat sedemikian bukanlah untuk
menjatuhkan atau menghapuskan kedudukan Raja Berpelembagaan
namun ini akan menjelaskan lagi fungsi raja berpelembagaan dalam
pemerintahan demokrasi. Hal ini kerana, Perdana Menteri adalah pilihan
rakyat manakala Raja-Raja pula mengikut jurai keturunan.
 Majlis tertinggi UMNO telah menghantar wakil untuk menemui Majlis
Raja-Raja untuk menjelaskan kenapa perlembagaan ini ingin diubah
pada 20 November 1983 di Kota Kinabalu . Antara wakil UMNO yang di
hantar seperti Abdul Ghafar Baba, Dato Harun Idris, Marina Yusof,
Kamaruddin Mat Isa dan Dato Mustafa Jabar. Namun pertemuan ini tidak
menghasilkan apa-apa keputusan, YDPA tetap tidak setuju tentang
pindaan perlembagaan ini.
 Tun Dr Mahathir telah meraih sokongan rakyat dengan mengadakan sesi
penerangan rapat umum secara berterusan. Apabila hal ini berlaku,
menyebabkan Majlis Raja-raja mengubah keputusan mereka.

Cadangan Pindaan

Perkenan kepada perundangan yang diluluskan (Perkara 66 Perlembagaan


Persekutuan) – kuasa menolak perkenan pada Rang Undang-undang oleh YDPA
Kuasa mengisytiharkan darurat (Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan) -
memindahkan kuasa daripada YDPA kepada Perdana Menteri
Kesan Krisis
 Pada 15 Disember 1983, Majlis Raja-raja dengan persetujuan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong bersetuju agar Tun Dr Mahathir membawa balik
cadangan tersebut ke Parlimen supaya dimasukan ke dalam Rang Undang-
Undang. Tempoh yang dipersetujui oleh baginda memberi perkenan pada
rang undang-undang ditambah 30 campur 30 hari dan bukanlah 15
hari yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir.
 Di mana sesudah satu rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen
kemudian akan dikemukakan kepada YDPA, 30 hari yang pertama baginda
akan memberi perkenan atau untuk mengembalikannya semula kepada
Parlimen bagi pindaan selanjutnya, apabila parlimen tetap meluluskan
maka 30 hari yang seterusnya tempoh YDPA untuk memberi pekenan atau
tidak sekali lagi. Selepas itu, undang-undang tersebut secara automatik
akan menjadi undang-undang tidak kira sama ada ia mendapat perkenan
baginda atau tidak.
 Manakala Perkara berkenaan dengan perisytiharaan kemerdekaan
dibawah Perkara 150 kekal seperti sebelumnya namun atas nasihat
Kabinet.

Krisis Perlembagaan 1993


Krisis ini adalah berkaitan dengan kehilangan kekebalan dan immuniti Raja yang
termaktub dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.

Sebab Krisis

Latar belakang krisis ini adalah insiden Gomez atau Insiden di Istana Bukit
Serene. Douglas Gomez merupakan jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu
Bakar. Pasukan itu telah berjaya ke separuh akhir Kejohanan Hoki Malaysia
Russian Milo Champion School. Walau bagaimanapun, Gomez telah diarahkan
oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menarik diri daripada
perlawanan. Ini hanya salah satu daripada beberapa pengeluaran daripada
pasukan hoki Johor dari kejohanan selama beberapa bulan sebelum itu. Kecewa
dengan arahan itu, Gomez menggesa peletakan jawatan semua johor hoki
persatuan pemegang jawatan utama. Beliau juga mengkritik kepimpinan untuk
memusnahkan hocket di negeri ini. Selepas itu, Gomez telah dipanggil ke Istana
Bukit Serene di Johor Bahru. Beliau berada di sana selama 4 jam. Pada jam
pertama, beliau diberi taklimat mengenai etika istana dan bagaimana untuk
memohon ampun jika dia membuat kesilapan dalam tindakan atau komunikasi
beliau dengan Sultan. Selepas Sultan Johor tiba, Gomez berkata beliau dikelilingi
oleh enam lelaki dalam seluar jeans dan t-shirt dan sedozen Johore kakitangan
kuasa tentera. Pada hari berikutnya, Gomez mendapatkan rawatan di sebuah
klinik swasta tempatan untuk lebam di muka dan perutnya. Pada 6 Disember
1992, dia membuat laporan kepada pihak polis di mana dia mendakwa bahawa
dia telah menjadi mangsa serangan dan pada istana dan bahawa, walaupun
terdapat beberapa orang di istana pada masa itu, tetapi orang yang
bertanggungjawab untuk kecederaannya adalah Sultan sendiri.
Cadangan Pindaan
1. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan – hilang kuasa immuniti
2. Perkara 181 (2) Perlembagaan Persekutuan – boleh menjalani sebarang
prosiding
3. Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan – kuasa pengampunan
4. Perkara 63 & 72 Perlembagaan Persekutuan – keistimewaan ahli Parlimen
5. Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan – Penubuhan Mahkamah Khas
6. Perkara 33A Perlembagaan Persekutuan– kesan prosiding jenayah di
Mahkamah Khas
7. Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan– prosiding di Mahkamah Khas hanya
boleh dibuat dengan izin Peguam Negara

Kesan Krisis
 YDPA hari ini tidak lagi mempunyai imuniti atau kekebalan daripada
proses kehakiman selepas pindaan dibuat kepada Perlembagaan pada
tahun 1993 (iaitu pindaan perlembagaan yang telah dibuat oleh Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Akta 848) ) yang berhubung dengan
penghapusan kekebalan YDPA dan Raja-raja Melayu.
 Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda jelas sekali
memperuntukkan bahawa YDPA tdak boleh didakwa dalam apa-apa jua
pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam mahkamah
Khas.
 Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan, YDPA hanya boleh didakwa di
mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Perkara 182 Perlembagaan
Persekutuan
 Tiada prosiding samada sivil atau jenayah boleh dimulakan terhadap
YDPA kecuali dengan keiznan daripada Peguam Negara di bawah Perkara
183 Perlembagaan Persekutuan
 Bagaimanapun, perlu diingat bahawa pindaan perlembagaan pada tahun
1993 hanya menghapuskan kekebalan YDPA daripada proses
kehakiman atas sifat peribadinya sahaja. Ini telah disahkan dalam
kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg dan Twai Sli
[1967] 1 MLJ 46

You might also like