Professional Documents
Culture Documents
Konsep Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Konsep Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan penting
di Malaysia. Menurut Tun Mohamed Salleh Abas di dalam buku beliau yang
berjudul “Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia”, pemerintahan
Beraja merupakan salah satu daripada unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan
Malaysia.
Kedudukan Raja-raja
Raja berperanan sebagai Ketua Negeri di bawah Perlembagaan Negeri pada masa
kini. Sistem Kerajaan di negara kita dibahagikan kepada 13 buah kerajaan negeri
dan sebuah kerajaan pusat kerana Malaysia merupakan sebuah negara
Persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri. Setiap negeri mempunyai
seorang Raja(Sultan) atau Yang Dipertua Negeri yang merupakan Ketua Negeri
seperti mana yang disebutkan dalam perenggan 5 Suruhanjaya Reid: “Yang di-
Pertuan Besar akan menjadi ketua negeri, tetapi dia mesti menjadi seorang
pemerintah yang berperlembagaan. Beliau mesti bertindak atas nasihat menteri
dalam segala perkara berkaitan dengan kuasa eksekutif. Beliau akan menjadi
symbol perpaduan negara.”
Malaysia terdiri daripada 9 buah negeri yang diperintah oleh Raja (Sultan) iaitu
Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor,
dan Perak.
Tetapi terdapat 4 buah negeri diperintah oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Pulau
Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana 4 buah negeri ini tidak
mempunyai Raja(Sultan). Maka Yang Dipertua Negeri yang akan memerintah
serta menjadi lambang kepada kepada negeri yang tidak mempunyai raja.
Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja Perlembagaan, baginda
mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam
Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang
Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
Raja merupakan ketua agama islam bagi negeri masing-masing, tetapi bagi
negeri Pulau Pinang dan Melaka, ketua agam Islamnya ialah Yang Dipertuan
Agong dan ini diperuntukkan dalam Perkara 3(3)Perlembagaan Persekutuan
Pemilihan YDPA
Pemilihan YDPA akan dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan 9 Raja-Raja
Melayu mengikut peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan
dalam Perlembagaan Persekutuan.
1. Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan
untuk dipilih.
2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.
3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan,
seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mngundi
sebagai proksi.
(Seseorang Raja itu tidak layak dipilih berdasarkan kepada Seksyen 1 Bahagian 1
Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang merupakan peruntukkan
berkenaan dengan ketidaklayakan menjadi YDPA.)
Pemecatan YDPA
Kuasa Eksekutif
Perkara 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-
Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang di
Malaysia dan Jadual Ke-2. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Menteri atau
Menteri-Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.
Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
YDPA hendaklah melantik sebuah Jemaah Menteri untuk
menasihatkannya dalam menjalankan peranannya.
Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan
bahawa YDPA dalam menjalankan pemerintahannya hendaklah mengikut
nasihat Jemaah Menteri serta menimbangkan nasihat yang diberi oleh ahli
Jemaah Menteri.
YDPA juga mempunyai kuasa dalam semua perkara di mana Parlimen
membuat undang-undang di bawah Senarai Persekutuan dan Senarai
Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan serta
setakat dalam perkara yang disebut dari Perkara 93 hingga Perkara 95
Perlembagaan Persekutuan.
YDPA juga mempunyai kuasa untuk melantik Yang Dipertua Negeri Pulau
Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak bawah butiran 19 A(1) Jadual Kelapan
Perlembagaan Persekutuan.
YDPA boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat (Proclamation of
Emergency) di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Perkara
150(1) Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan bahawa jika YDPA
berpuas hati bahawa keadaan darurat yang serius berlaku serta
mengancam ekonomi, ketenteraman boleh mengeluarkan perisytiharan
tersebut.
Berdasarkan kes Teh Cheng Poh lwn Public Prosecutor (1979) 1 MLJ
50 dan N.Madhavan Nair lwn Government of Malaysia , YDPA akan
bertindak untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan atas nasihat
Jemaah Menteri.
Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas
berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain
Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara
dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:
Kuasa Legislatif
Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong sebagai
sebahagian daripada Parlimen.
Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan , YDPA boleh memanggil
Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa dan menangguh sidang
Parlimen.
Perkara 40(2)(b) & Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, YDPA
boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh memberi ucapan
dalam mana-mana Majlis Parlimen.
Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA juga berfungsi dalam
memperkenankan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.
Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh membatalkan
kelayakan ahli Parlimen.
Perkara 45(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
berperanan untuk melantik Senator ke Dewan Negara. YDPA melantik dua
orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang
untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai
kuasa melantik 40 orang senator lain.
Kuasa Kehakiman
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman.
Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah :
Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA melantik Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Mahkamah Tinggi di Persekutuan Melayu, Hakim Besar Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agong, Hakim Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah
Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan.
Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh memanjangkan
perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 66 tahun.
Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan
setelah mencapai umur 66 tahun.
Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, YDPA tidak mempunyai kuasa
untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui
representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara
dan selepas menerima laporan tribunal, maka YDPA boleh menyingkirkan
seseorang hakim itu daripada jawatannya.
Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA mempunyai kuasa
pengampunan bagi semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah
Tentera, semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan, semua
kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Melaka,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Agama Islam
Mengikut Perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan-perlembagaan
negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah membuat
peruntukan bagi memberi YDPA kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam
negeri-negeri ini.
Per. 40 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada YDPA untuk
memanggil mesyuarat dengan ahli Majlis Raja-Raja untuk membincangkan
keistimewaan ,kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran Raja-Raja Melayu.
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 seiring dengan
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Raja-Raja merupakan tempat
bagi semua Raja dan Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang.
Menurut Perkara 38(1) Perlembagaan Persekutuan, Majils Raja-Raja adalah
ditubuhkan mengikut peruntukan dalam jadual kelima.
Semasa Krisis
Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa satu rang undang-undang yang
tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 15
hari setelah dipersembahkan akan terus menjadi undang-undang. (“If for
any reason whatsoever a bill is not assented by the king within 15 days of
its presentation the bill shall become law”.)
Namun pindaan ini mendapat tentangan oleh Majilis Raja-raja kerana
menurut Perkara 38(4) 2 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut
bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan Raja-Raja mestilah
mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Hal ini
disebabkan kedua-dua pindaan tersebut berkait dengan kedudukan raja-
raja.
Tun Dr Mahathir menginginkan kuasa terhadap dua perkara ini diberikan
kepada Perdana Menteri kerana beliau mula meragui kredebiliti raja-
raja akibat masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh keturunan
sultan tersebut. Beliau membuat sedemikian bukanlah untuk
menjatuhkan atau menghapuskan kedudukan Raja Berpelembagaan
namun ini akan menjelaskan lagi fungsi raja berpelembagaan dalam
pemerintahan demokrasi. Hal ini kerana, Perdana Menteri adalah pilihan
rakyat manakala Raja-Raja pula mengikut jurai keturunan.
Majlis tertinggi UMNO telah menghantar wakil untuk menemui Majlis
Raja-Raja untuk menjelaskan kenapa perlembagaan ini ingin diubah
pada 20 November 1983 di Kota Kinabalu . Antara wakil UMNO yang di
hantar seperti Abdul Ghafar Baba, Dato Harun Idris, Marina Yusof,
Kamaruddin Mat Isa dan Dato Mustafa Jabar. Namun pertemuan ini tidak
menghasilkan apa-apa keputusan, YDPA tetap tidak setuju tentang
pindaan perlembagaan ini.
Tun Dr Mahathir telah meraih sokongan rakyat dengan mengadakan sesi
penerangan rapat umum secara berterusan. Apabila hal ini berlaku,
menyebabkan Majlis Raja-raja mengubah keputusan mereka.
Cadangan Pindaan
Sebab Krisis
Latar belakang krisis ini adalah insiden Gomez atau Insiden di Istana Bukit
Serene. Douglas Gomez merupakan jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu
Bakar. Pasukan itu telah berjaya ke separuh akhir Kejohanan Hoki Malaysia
Russian Milo Champion School. Walau bagaimanapun, Gomez telah diarahkan
oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menarik diri daripada
perlawanan. Ini hanya salah satu daripada beberapa pengeluaran daripada
pasukan hoki Johor dari kejohanan selama beberapa bulan sebelum itu. Kecewa
dengan arahan itu, Gomez menggesa peletakan jawatan semua johor hoki
persatuan pemegang jawatan utama. Beliau juga mengkritik kepimpinan untuk
memusnahkan hocket di negeri ini. Selepas itu, Gomez telah dipanggil ke Istana
Bukit Serene di Johor Bahru. Beliau berada di sana selama 4 jam. Pada jam
pertama, beliau diberi taklimat mengenai etika istana dan bagaimana untuk
memohon ampun jika dia membuat kesilapan dalam tindakan atau komunikasi
beliau dengan Sultan. Selepas Sultan Johor tiba, Gomez berkata beliau dikelilingi
oleh enam lelaki dalam seluar jeans dan t-shirt dan sedozen Johore kakitangan
kuasa tentera. Pada hari berikutnya, Gomez mendapatkan rawatan di sebuah
klinik swasta tempatan untuk lebam di muka dan perutnya. Pada 6 Disember
1992, dia membuat laporan kepada pihak polis di mana dia mendakwa bahawa
dia telah menjadi mangsa serangan dan pada istana dan bahawa, walaupun
terdapat beberapa orang di istana pada masa itu, tetapi orang yang
bertanggungjawab untuk kecederaannya adalah Sultan sendiri.
Cadangan Pindaan
1. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan – hilang kuasa immuniti
2. Perkara 181 (2) Perlembagaan Persekutuan – boleh menjalani sebarang
prosiding
3. Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan – kuasa pengampunan
4. Perkara 63 & 72 Perlembagaan Persekutuan – keistimewaan ahli Parlimen
5. Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan – Penubuhan Mahkamah Khas
6. Perkara 33A Perlembagaan Persekutuan– kesan prosiding jenayah di
Mahkamah Khas
7. Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan– prosiding di Mahkamah Khas hanya
boleh dibuat dengan izin Peguam Negara
Kesan Krisis
YDPA hari ini tidak lagi mempunyai imuniti atau kekebalan daripada
proses kehakiman selepas pindaan dibuat kepada Perlembagaan pada
tahun 1993 (iaitu pindaan perlembagaan yang telah dibuat oleh Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Akta 848) ) yang berhubung dengan
penghapusan kekebalan YDPA dan Raja-raja Melayu.
Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda jelas sekali
memperuntukkan bahawa YDPA tdak boleh didakwa dalam apa-apa jua
pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam mahkamah
Khas.
Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan, YDPA hanya boleh didakwa di
mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Perkara 182 Perlembagaan
Persekutuan
Tiada prosiding samada sivil atau jenayah boleh dimulakan terhadap
YDPA kecuali dengan keiznan daripada Peguam Negara di bawah Perkara
183 Perlembagaan Persekutuan
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa pindaan perlembagaan pada tahun
1993 hanya menghapuskan kekebalan YDPA daripada proses
kehakiman atas sifat peribadinya sahaja. Ini telah disahkan dalam
kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg dan Twai Sli
[1967] 1 MLJ 46