You are on page 1of 1

Cemerlang

1 Citra Pelangi 1 Malaysia

Kita menyulam sejuta jiwa


yang bergetar dalam riak rasa berbeza
menjadi sebuah lagu cinta
lirik perpaduan seni senegara
rentak fikir bersama berpadu
inilah muzik satu hati sejiwa
rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
berlagu senada menari langkah sekata.
Dipetik daripada Puisi Moden dalam antologi Kubentang Sehelai Peta

Nyatakan dua pengajaran berserta contoh dari petikan di atas. (4 markah)

2.
Ini Tanah Kita

Kau tak perlu semutar


untuk menunjukkan alimmu didepan
Munkar
kau tak perlu sihir
untuk bersembunyi dari Nakir
yang perlu kau tahu
tanah ini asalmu.

Dipetik daripada Puisi Moden dalam antologi Kubentang Sehelai Peta

Nyatakan dua persoalan dari petikan di atas. (4 markah)

3. Menterjemah Bahasa

Setelah ratusan tahun dijunjung


malah sejak abad ke-7 Masihi
dari kerajaan Sriwijaya hingga
zaman kesultanan melayu Melaka
ledakannya telah menawan nur ilmu
martabatnya telah membina tamadun unggul
kudratnya telah mengkeramatkan maruah bangsa
sehingga mampu mengangkat perasa akal
menjangkau taksiran langit globalisasi.

Dipetik daripada Puisi Moden dalam antologi Kubentang Sehelai Peta

1.Nyatakan maksud gaya bahasa metafora. ( 2 markah )


2.Berikan dua contoh gaya bahasa tersebut dalam petikan di atas. (2 markah)

You might also like