You are on page 1of 2

Perkataan usahawan dalam bahasa inggeris ‘enterpreneur’ berasal daripada bahasa

perancis. Maksud enterprendre ialah memikul tugas atau mencuba. Selain itu,
usahawan adalah individu yang mengusahakan satu perusahaan manakala peniaga
ialah orang yang berniaga. Sebagai contoh, niaga adalah perkataan terbitan iaitu
secara gambaran kegiatan perniagaan kecil-kecilan. Sebaliknya, perusahaan dikaitkan
dengan saiz kegiatan yang besar kecuali perusahaan kecil. Disamping itu, usahawan
juga ditakrifkan sebagai seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga
lebih bermotif kepada keuntungan disamping mengamalkan amalan- amalan yang
strategik. Takrif bagi perkataan usahawan dan keusahawanan sangat luas dan berbeza
mengikut individu.

Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat mendefinisikan bahawa usahawan ini


merupakan seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan atau syarikat.
Usahawanan juga dikaitkan dengan keusahawanan atau kegiatan dan kemahiran
usahawanan seperti perlu mencari kaedah-kaedah baru yang boleh digunakan untuk
membantu mempercepatkan pembangunan pengurusan. Di samping itu juga,
usahawan ini berbeza dengan peniaga dimana peniaga merupakan individu yang
hanya berniaga. Manakala, usahawan ini merupakan individu yang paling dinamik
dan seorang yang sanggup berhadapan dengan risiko dalam mengusahakan
perusahaan mereka untuk mengejar impian. Usahawan juga menjadi penggerak dan
pendorong dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Hal ini demikian kerana,
usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah
negara.

Menurut tokoh Richard Cantillon, ahli ekonomi Perancis dan Irish dianggap oleh
Schumpeter (1934) ialah orang pertama yang mengeluarkan konsep keusahawanan.

REPORT THIS AD
REPORT THIS AD

Menurut Richard Cantillon, usahawan ialah sebagai ejen yang membeli alat-alat
pengeluaran untuk hasilkan barangan yang oleh dipasarkan.

Kamus Websters New World mendefinisikan usahawan ialah seseorang yang


mengorganisasi dan menguruskan pengambil alihan dan juga mengandaikan risiko
untuk keuntungan.

Kao (1995) percaya bahawa keusahawanan adalah proses penciptaan kekayaan dan
usahawan-usahawan tersebut adalah individu yang terlibat dalam proses ini. Selain
itu, keusahawanan juga adalah satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan
berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai
untuk mastarakat.
Satu proses dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu individu,
organisasi, persekitaran dan proses dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan,
pendidikan dan institusi-institusi. Semua posisimakro dan mikro pemikiran
keusahawan perlu dipertimbangkan sementara mengenal pasti dan mendapatkan
peluang-peluang yang boleh ditukar ke idea persaingan untuk pelaksanaan ekonomi
sekarang. Usahwan juga merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi yang
menggunakan pencarian berfaedah, perancangan berhati-hati dan mencari keadilan
apabila menjalankan proses keusahawanan. Dengan penuh komited dan optimistic,
usahawan-usahawan bekerja secara kreatif untuk mencari sumber-sumber baru atau
membiayai yang lama dengan kapasiti baru, kesemuanya dengan tujuan mencipta
kekayaan.

Menurut Coulter (2000) usahawan adalah satu proses di mana individu atau
sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang
mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehedak. Ianya
perlu inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada digunakan.
Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta dan mengoperasikan perniagaan
secara aktif.

REPORT THIS AD
REPORT THIS AD

Kesimpulannya, usahawan membawa pelbagai definisi yang luas bagi terma


keusahawan. Walaubagaimanapun, dalam konteks mencari pendekatan berbeza untuk
mempelajari dan memahami keusahawanan dan usahawan perlulah pencarian
spektrum yang luas

You might also like