You are on page 1of 9

PERANAN FELDA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN

LUAR BANDAR

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah

Pembangunan rancangan FELDA adalah merupakan pembangunan tanah secara terkawal


dan berkelompok. Fungsi utama FELDA ialah untuk mengalakkan dan membantu kajian
,perancangan dan perlaksanaan tanah dalam Persekutuan. Kerajaan negeri telah
menyerahkan kawasan tanah rancangan FELDA untuk dimajukan dan diwartakan mengikut
peruntukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 sebagai Kawasan
Pembangunan atau “Development Area”. Tujuan pembangunan tanah mengikut peruntukan
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 ialah supaya pulangan ekonomi
dinikmati oleh peneroka melalui perkhidmatan yang disediakan oleh FELDA. FELDA telah
dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pembangunan atau “Development Authority” yang
berperanan untuk memaju dan mentadbirkan kawasan rancangan. Antara tugas yang
dilaksanakan oleh Felda dalam membangunkan kawasan luar bandar adalah mengenal
pasti kawasan yang akan dimajukan,membangunkan kawasan rancangan kepada kawasan
pertanian ( Rural Settlement Area ) dan kawasan perkampungan (Urban Settlement Area ).
Felda juga berperanan dalam menyediakan “ By-Laws” mengenai penggunaan tanah
kawasan pertanian yang tidak sesuai di tanam dengan tanaman utama dan kawasan
perkampungan yang belum digunakan bagi tujuan pembangunan.

FELDA juga berperanan untuk membuka dan memajukan tanah bagi tujuan kawasan
perladangan dan menempatkan rakyat yang tidak memiliki tanah dengan tujuan untuk
meningkatkan taraf hidup sosiol ekonomi peneroka. Melalui permukaan tanah baru,
golongan miskin dipindahkan ke skim pembangunan tanah baru. FELDA memberi jaminan
mana-mana peneroka yang tidak memiliki tanah memperoleh tanah melalui skim tanah
berkelompok yang ditawarkan dan kehidupan yang lebih sempurna melalui aktiviti sosial
ekonomi yang dirancang. Projek ini melibatkan eksplotasi tanah secara besar-besaran
seperti skim pertanian kelapa sawit dan getah oleh FELDA. Sebagai contoh felda telah
membangunkan dan menanam kira-kira 400 ribu hektar tanah baru dan menempatkan
semula 41288 keluarga dan kini felda telah menjadi salah satu agensi m=pembangunan
tanah yang paling besar di Malaysia. Walau bagaimanapun, berdasarkan Ordianan
Pembanguan Tanah 1957 telah menetapkan bahawa felda tidak akan mengalakkan,
melaksanakan ,membantu atau menyertai sebarang projek pembangunan tanah dalam
man-mana negeri sebelum ia dirunding atau dijemput oleh Lembaga-lembaga Tempatan
yang bertanggungjawab bagi penubuhan dan pentadbiran rancangan itu.
Memaju,memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan
di dalam pelbagai sektor di kawasan dimana FELDA diberikan kuasa melaksanakan
projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.

Pembangunan dan pengurusan yang dilaksanakan adalah meliputi pelbagai sektor seperti
ekonomi,sosial,pertanian,penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan
yang lain. Sistem pentadbiran, khidmat pentadbiran, kemudahan ,institusi sosial yang
disediakan oleh FELDA dapat meningkatkan kualiti hidup peneroka. Terdapat tiga jenis guna
tanah industri yang dirancangkan di kebanyakkan kampung FELDA iaitu untuk industri
ringan dan perkhidmatan. Antaranya industri ringan dan perkhidmatan yang dibangunkan di
pusat kampung, di tapak yang terpisah daripada pusat membeli belah. Selain itu, ia juga
melibatkan projek perancangan pembangunan kilang kelapa sawit atau kilang getah yang
disediakan di kampung yang mempunyai saiz penduduk yang besar. Projek pembangunan
ini biasanya terletak di kawasan pinggir kampung untuk mengurangkan gangguan dan
kesan-kesan yang tidak diingini kepada penduduk kampung. Pengasingan kawasan industri
daripada projek pembangunan adalah selaras dengan prinsip dan amalan perancangan
yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran bunyi,air dan udara ,serta gangguan lalu
lintas. Di samping itu, pembinaan tapak kilang yang dilakukan oleh FELDA di pilih di kwasan
tanah datar dan mempunyai hubungan jalan raya yang baik.

FELDA juga memainkan peranan dalam pembangunan komuniti luar Bandar.


Kemudahan komuniti boleh dibahagikaan kepada dua jenis iaitu kemudahan komuniti pusat
dan kemudahan komuniti bukan pusat. Kemudahan pusat ditempatkan dan dikelompokkan
di pusat kampung. Pusat kampung yang selalunya terletak di kawasan terdapatnya lembah
semula jadi dengan sungai yang mengalir deras atau anak sungai yang kecil yang dapat
memberikan satu pemandangan yang indah adalah satu kawasan tumpuan bagi sesuatu
komuniti dan dipusat kampung itulah segala kegiatan penting, seperti pernigaan,
sosial,budaya, agama, perkhidmatan dan pentadbiran tertumpu. FELDA berperanan
menyediakan tapak untuk setiap kemudahan komuniti pusat di pusat kampung seperti
Dewan orang ramai, tempat letak kereta, pos telekomunikasi, perhentian bas, pondok
polis ,pusat kesihatan, masjid dan sebagainya. Selain itu, bagi melengkapkan pembangunan
di kawasan luar Bandar FELDA juga menyediakan peruntukan dalaman mengikut
kemampuan kewangan semasa untuk membiayai beberapa projek yang difikirkan sesuai.
Projek yang dijalankan ini termasuklah projek pembinaan kemudahan asas yang utama
seperti sekolah, klinik, penambahbaikkan sistem perparitan, penyediaan ruang perniagaan
dan kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat rancangan. Selain itu, FELDA juga
mengambil pendekatan wilayah di dalam pembangunan kawasan luar Bandar yang
melibatkan pembinaan Bandar baru di kawasan desa. Sebagai contoh rancangan Jengka
Tiga Segi yang dibangunkan bertujuan sebagai pusat wilayah atau pusat perkhidmatan
tempatan yang mengadakan perkhidmatan peringkat tinggi kepada pusat petempatan yang
lain. FELDA juga berperanan dalam menyediakan banyak kemudahan kehidupan moden
kepada komuniti peneroka supaya kehidupan mereka menjadi lebih selesa. Kemudahan
komuniti, perkhidmatan awam dan utiliti awam dirancang disetiap kampung. Ini adalah
langkah-langkah fizikal yang diambil untuk membangukan kawasan luar Bandar bagi
mewujudkan persekitaran yang sesuai supaya perubahan –perubahan sosial dan ekonomi
dapat dicetuskan dalam setiap komuniti FELDA.

FELDA juga telah menjadikan sector pelancongan sebagai suatu sumber terhadap
ekonomi kumpulan FELDA. Banyak kawasan FELDA telah dijadikan tempat pelancongan
domestic dan antarabangsa. Secara tidak langsung ia dapat menjana ekonomi stempat
disamping dapat mewujudkan pembangunan serta peluang pekerjaan kepada warga
FELDA. FELDA telah mewujudkan beberapa rangkaian hotel dan resort melalui anak
syarikatnya iaitu FELDA travels dibeberapa kawasan strategic terutamanya dikawasan yang
mempunyai nilai pelancongan yang tinggi. Contohnya di FELDA Tekam (Pahang), Trolak
(Perak), Hot Spring (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu), Sahabat (Sabah) dan Tanjung
Leman (Johor). Di samping itu, FELDA travels turut menawarkan pelbagai pakej
pelancongan yang sesuai dengan kehendak semasa pelancong. FELDA juga antara
kumpulan syarikat pertama yang memajukan kawasan pertanian sebagai cabang
pelancongan iaitu melalui Agro-Pelancongan. Ini secara jelas dapat menyasarkan kawasan
FELDA sebagai hub pelancongan tardisional seterusnya memperkenalkan budaya Malaysia
ke peringkat global.
Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian
dikawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbir.

FELDA berperanan dalam membantu sektor pertanian terutamanya dalam kegiatan yang
berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan, dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan
ternakan. Peneroka turut memperolehi pendapatan melalui pelbagai aktiviti non-farm yang
dijalankan ditanah rancangan. FELDA juga turut menyediakan dana pusingan yang
dinamakan Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF). Skim ini diwujudkan pada tahun 2002
dengan tabungan pusingan RM50 juta. Skim ini bertujuan untuk membantu peneroka
terloibat dalam pelbagai projek yang dijalankan didalam rancangan seperti ternakan,
tanaman, akuakultur, perusahaan,perniagaan dan kraf. Melalui projek yang dijalankan,
FELDA telah memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan input projek untuk membiayai
kos modal. Melalui bantuan modal yang diberikan pihak peneroka dapat meningkatkan lagi
produktiviti dalam sector pertanian dan dapat membangunkan sesebuah kawasan
rancangan. Ini dapat dibuktikan lagi dengan penubuhan kilang-kilang, perusahaan Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) yang berorentasikan sumber pertanian contohnya getah dan
kelapa sawit.

FELDA juga berperanan dalam mengeksploitasikan hutan utama dan hutan sekunder
Negara yang belum diusahakan yang didapati sesuai untk pembangunan. Penubuhan
FELDA dirancang bagi meningkatkan sumber ekonomi Negara yang berkaitan dengan
pertanian melalui pasca perniagaan pada skop tertentu. Hal demikian, FELDA ditubuhkan
bagi menyuntik dana untuk meneruskan agenda pertanian seperti yang termaktub dalam
Dasar Pertanian Negara. FELDA juga diberi inisiatif baharu bagi memperluaskan skop
bidang fungsinya bagi menyediakan kerja-kerja kepada masyarakat bumiputera yang belum
mahir dalam apa jua bidang untuk bergerak bersama dengan FELDA bagi merealisasikan
hasrat kerjaan. FELDA juga telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) yang telah mengkhususkan bidang pertanian sebagai satu cabang utamanya bagi
meningkatkan sektor pertanian.
Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-
kegiatan social, penempatan, pertanian, industry dan komersial dalam kawasan
FELDA.

Didalam membangunkan kawasan luar Bandar, terdapat satu lagi projek penting iaitu
program pembangunan social yang bertujuan untuk menyediakan keperluan asas kepada
masyarakat luar Bandar terutamanya dalam bidang pendidikan, kesihatan, serta bekalan air
dan elektrik. Selain kemudahan asas social ini, masayrakat luar bandar juga diperkenalkan
kepada rancangan kemajuan masayarakt, antara lain rancangan ini bertujuan memupuk
nilai-nilai positif kepada masyarakat luar bandar. Berdasarkan konsep pembangunan social
yang sebenar, matlamat ini adalah bersesuaian dengan kehendak rancangan pembangunan
pertanian kerana ianya merangkumi konsep pembangunan sumber manusia masyarakat
luar Bandar. Hal ini kerana peningkatan taraf hidup masyarakat bukan sahaja bergantung
kepada pembolehubah-pembolehubah ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap factor
pembangunan sosial. Oleh itu, FELDA telah memainkan peranan dalam menyediakan
kemudahan pendidikan asas, kesihatan, perancangan keluarga, perumahan dan
sebagainya.

Selain itu, FELDA bukan sahaja berperanan sebagai egen pemodenan tetapi juga
sebagai agen pembandaran. Petempatan FELDA mempunyai taraf pembandaran yang lebih
tinggi daripada kampung tradisional dan petempatan FELDA ini juga dikenali sebagai
Bandar didesa. Peranan FELDA sebagai agen pembandaran dikawasan luar Bandar
bermula sejak akhir tahun 1960- an, apabila rancangan Jengka Tiga Segi dilaksnakan di
Pahang. FELDA juga menumpukan perhatian kepada pembinaan Bandar-bandar baru
dalam rancangannya dan beberapa buah perkampungan telah digabungkan untuk
membentuk sebuah petempatan Bandar. Petempatan-petempatan Bandar yang dibina oleh
FELDA, telah membolehkan FELDA menyediakan kemudahan dan perkhidmatan Bandar
yang ;ebih baik daripada unit perkampungan tunggal. Rancangan petempatan FELDA
adalah berdasarkan konsep bahawa ia adalah satu komuniti baru yang cukup keperluan
sendiri dan berdikari. Sebagai satu komuniti baru, petempatan-petempatan ini dibina
dikawasan baru yang belum lagi diteroka dan terpisah daripada masyarakat sedia ada.
Tapak yang dipilih untuk pembangunan ini adalah kawasan yang mempunyai tanag yang
sesuai untuk pembangunan pertanian moden, sebagai asas ekonomi utama dan juga
keluasan yang cukup besar untuk mengagihkan tanah pertanian itu mengikut suatu saiz
yang ekonomis kepada semua ketua keluarga.
FELDA juga berperanan dalam memberikan bimbingan dan latihan kemahiran
kepada generasi baru FELDA. Program Latihan Kemahiran Generasi Baru dilaksnakan
mulai tahun 2005 khusus untuk generasi baru peneroka lepasan SPM yang belum
mempunyai pekerjaan tetap dan masih berada di rancangan. Program ini bertujuan untuk
melatih generasi baru dalam pelbagai bidang latihan kemahiran dengan harapan generasi
baru peneroka mendapat peluang pekerjaan yang sesuai selepas menamatkan latihan.
Pelbagai bidang latihan kemahiran yang berdaya maju dan kompetitif disediakan mengikut
keperluan semasa. Melalui program ini ia member peluang kepada generasi baru FELDA
untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi serta mampu menyambung
kepada peningkatan ekonomi keluarga peneroka FELDA. Terdapat tiga peringkat latihan
disediakan iaitu peringkat sijil kemahiran Malaysia (SKM), peringkat diploma dan peringkat
kursus profil tinggi. Pusat-pusat industri juga dibangunkan dipusat petempatan FELDA
seperti penubuhan industry ringan dan industri berasaskan pertanian. Antara beberapa
kegiatan industry yang dijalankan adalah membaiki basikal, radio, televisyen kereta dan
perusahaan kotej. Manakala industry yang berasakan pertanian adalah kilang getah dan
kelapa sawit, tetapi tidak semua kawasan mempunyai kilang tersebut kerana ia memerlukan
pelaburan modal yang banyak. Walaupun begitu, FELDA menggalakkan penubuhan industri
kecil yang berasaskan pertanian supaya peluang pekerjaan dalam sesebuah komuniti dapat
dipelbagaikan dan sebab itulah kebanyakan petempatan FELDA mempunyai tanah rizab
untuk tapak perindustrian.

FELDA juga telah melaksanakan Perumahan Warga FELDA (PWF) sebagai


memenuhi permintaan anak-anak peneroka yang tinggal di rancangan yang memerlukan
rumah kediaman. Projek PWF ini menekankan aspek mampu milik disamping dapat
member keselesaan dengan menyediakan kemudahan infrasuktur yang lebih baik kepada
generasi peneroka FELDA. Dalam melaksanakan projek perumahan ini, FELDA mengambil
kira keluasan tanah yang sesuai untuk projek perumahan. Kawasan yang sesuai ialah
sekurang-kurangnya 30 hektar bagi menampung jualan unit rumah dan kos infrasuktur.
Tujuan penubuhan PWF ialah memajukan tanah kosong yang sesuai dan mempertingkatkan
kualitim hidup masyarakat yang berpendapatan rendah supaya berpeluang memiliki rumah
kediaman dengan kualiti yang terjamin. Disamping itu, member peluang kepada anak-anak
peneroka untuk terus menetap di rancangan dan membantu pertumbuhan ekonomi.
Menggalakkan dan membantu penyiasatan, perancangan dan pelaksanaan projek-
projek bagi pembangunan dan petempatan tanah Persekutuan.

Dalam pembangunan petempatan FELDA kemudahan infrasuktur dan utiliti disediakan oleh
berbagai-bagai kementerian dan jabatan kerajaan berdasarkan konsep kerjasama. Cara
pendekatan yang digunakan dalam pembangunan FELDA ialah peneroka ditempatkan
kedalam rancangan setelah rumah mereka dan jalan raya siap dibina, kemudahan social,
kebudayaan dan agama dan utility awam telah disediakan serta tanaman telah ditanam.
Petempatan FELDA disediakan dengan infrasuktur yang sesuai untuk kesejahteraan
ekonomi dan social para peneroka (Jamaluddin Lamin, 1976). Unit-unit petempatan ini,
mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk
pendidikan anak mereka, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk
kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk
memenuhi keperluan harian, dan bekalan elektrik untuk rumah dan jalan raya. Penyediaan
infrasuktur di petempatan FELDA menggambarkan usaha untuk membawa modenisasi ke
kawasan desa, iaitu berasaskan kepercayaan bahawa perubahan sosioekonomi tidak dapat
dicapai jika pusat-pusat petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal.

Perancangan petempatan FELDA adalah berdasarkan konsep bahawa reka


bentuknya mestilah mengabungkan ciri-ciri bandar dan desa. Pembangunan dikawasan
FELDA dirancang berselang-seli dengan guna tanah lain-lain dipusat petempatan.
Penyediaan ruang terbuka adalah sebahagian daripada seluruh pelan guna tanah kampong
atau bandar. Ia digunakan sebagai zon penampanan untuk mengasingkan kawasan
kediaman dengan kawasan kediaman yang lain, kawasan kediaman dengan pusat kampung
atau bandar dan kawasan kediaman dengan kegunaan industri
SUMBANGAN FELDA

Sejak penubuhan FELDA pada tahun 1956, terdapat banyak sumbangan yang telah
diberikan oleh FELDA kepada Negara. Sumbangn FELDA telah memberi pelbagai manfaat
kepada penduduk luar Bandar samada dari segi ekonomi atau social. Antara sumbangan
FELDA ialah:

 FELDA telah membelanjakan sejumlah RM 10.4 bilion bagi perbelanjaan


pembangunan rancangan, perbelanjaan infrasuktur, perbelnjaan tanam semula
kebun peneroka, pembiayaan sosioekonomi, perbelnjaan asset tetap dan lain-lain.
 FELDA juga memperutukkan sejumlah RM 5.433 juta untuk proses menaik taraf dan
pembaikkan masjid, surau, taska dan sekolah agama serta lain-lain.
 FELDA telah membina sebanyak 65 buah dewan baru jenis A dan B dikawasan
rancangan dengan kos RM 37.01 juta.
 Peruntukkan berjumlah RM 188.8 juta telah dibelanjakan untuk member latihan
kemahiran dan kursus kepada generasi baru. Sejumlah RM 9.85 juta disediakan bagi
tahun 2010. Disamping itu, peruntukkan berjumlah RM 11.8 juta disediakan bagi
Skim Tuisyen FELDA (STF) pada tahun 2010. Matlamat STF adalah untuk
meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di rancangan FELDA dalam
peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR dan SPM. Guru pakar dari sekolah luar turut
disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi menigkatkan penguasaan bahasa
tersebut di kalangan anak-anak peneroka.
 Pembinaan Maktab Rendah Sains MARA FELDA di Trolak, Perak yang terbesar dan
termoden dengan kos RM 123 juta adalah untuk kemudahan generasi baru FELDA
mendapat pendidikan yang sempurna. Peruntukkan tahunan adalah berjumlah 10
juta disediakan bagi membiayai pendidikan generasi baru yang tinggal di tiga buah
asrama FELDA di Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta Maktab Rendah
Sains MARA FELDA.
 Menjayakan program hadiah biasiswa pelajar cemerlang untuk ditawarkan kepada
pelajar generasi baru melanjutkan pelajaran dalam bidang professional di universiti
luar Negara. Bidang pengajian yang ditaja oleh FELDA adalah dalam bidang sains
dan teknologi, teknologi makanan, bioteknologi dan perladangan, kejuruteraan, sains
computer dan ICT, perakaunan, perundangan dan perubatan.
 FELDA memberikan bantuan pelajaran tinggi kepada generasi FELDA yang layak
dan Berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Bantuan ini bertujuan untuk
meringankan beban kewangan serta menggalakkan generasi FELDA meneruskan
pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Pemohon yang Berjaya memasuki IPTA dan
IPTS samaada dalam peringkat diploma, ijazah atau luar Negara hendaklah menigsi
maklumat diri melalui system SKB-SIAP dirancangan. Status kelayakan pemohon
akan disemak oleh Pengurus rancangan sebelum dihantar ke Jabatan Inovasi dan
Pembangunan Generasi Baru, ibu pejabat FELDA untuk kelulusan bayaran.
 FELDA juga telah melaksanakan Skim Bantuan Pembaikan Rumah Peneroka yang
didapati daif dan perlu diperbaiki bagi memastikan peneroka dan keluarga tinggal
dalam keadaan sempurna.
 Mewujudkan tabung bentuan kebajikan peneroka untuk membantu warga peneroka
yang menghidapi penyakit kronik yang memerlukan alat bantuan kesihatan dan
bencana alam. Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang
terpaksa dipikul oleh peneroka. Disamping itu, antara tabungan yang lain diwujudkan
sebagai tanda keperihatinan FELDA dan konglomerat kebajikan FELDA adalah
Tabung Pinjaman Perumahan Peneroka, Skim Pinjaman Pembelian Saham Koperasi
Permodalan FELDA (KPF), Skim Pinjaman Komouter Peneroka dan sebagainya.
 FELDA telah memperkenalkan Pelaburan Dalam Koperasi Permodalan FELDA
Berhad (KPF) untuk menjalankan kegiatan pelaburan dan kewangan.. KPF
menguasai 51% pemilikan dalam FELDA Global Ventures (FGV) dan segala
keuntungan dipulangkan kepada peneroka dalam bentuk dividen. FGVH telah
ditubuhkan pada 19 Disember 2007 bertujuan menguruskan pelaburan FELDA diluar
Negara dan melancarkan urusan pentadbiran, operasi serta pematuhan kepada
keperluan perundangan.
 Peruntukkan berjumlah RM 7 juta disediakan bagi menjalankan projek pertanian dan
penternakan sebagai printis dan model untuk dikembangkan dan dilaksanakan
secara komersial oleh peneroka seluruh Negara. Diantara projek perintis yang
dijalankan ialah lembu fidlot, kambing boer, pembiakan lermbu, burung walet,
tanaman vanila, betik, pisang, jagung nelson, serai peha ayam, nangka madu, OPF
dan lain-lain.

You might also like