You are on page 1of 6

AH30903

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT INDUSTRI

LAPORAN INDIVIDU

KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KEKAUMAS)

NAMA PENSYARAH :

ENCIK AZIZAN BIN MORSHIDI

DISEDIAKAN OLEH :

Bil. NAMA NO. MATRIK

1 JULKI BIN MARZUKI BA17110413

TARIKH SERAHAN

14 OKTOBER 2019
KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KEKAUMAS)

1.0 LATAR BELAKANG KEKAUMAS

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) ditubuhkan


adalah atas cadangan ramai daripada kakitangan sokongan yang berkhidmat pada
sekitar tahun 1998. Akhirnya matlamat tersebut tercapai apabila pada 5hb Ogos 1998
tepat pada pukul jam 11.30 pagi bertempat di Dewan Seri Sabah, Paras 1, Bangunan
Pentadbiran UMS Jalan Tuaran telah diadakan Mesyuarat Pembentukan Ahli
Jawatankuasa Penaja.

Ahli Jawatankuasa yang telah dipersetujui dan diamanahkan bagi menjayakan


penubuhan Kesatuan ini adalah seperti berikut:
AJK Penaja Kesatuan
• Encik Amat Jutrah Bin Hj. Musnih (Pengerusi)
• Puan Nurul Jasmine Binti Abdullah (Setiausaha)
• Encik Jideh Bin Jurin (Bendahari)
AJK Kerja
• Encik Ahmad Bin Manik
• Encik Hasan Bin Insi
• Puan Rusiah Binti Yaakob
• Puan Marianie Binti Kuntong

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik telah berusaha membuat peraturan berdasarkan
pengalaman yang ada daripada beberapa orang AJK untuk diguna pakai dalam
Kesatuan Kakitangan UMS. Peraturan yang telah siap diatur telah dihantar ke Jabatan
Kesatuan Sekerja Sabah. Pada peringkat awalnya Kesatuan ini hanya mempunyai
seramai 93 orang sahaja yang telah memohon masuk untuk menjadi ahli.

Diawal penubuhan dan pembentukan Kesatuan di atas ialah pada 05 Ogos


1998 dan telah mendapat kelulusan Pendaftaran Kesatuan pada 12 Februari 2001
dengan nombor Sijil Pendaftaran S77.

MISI
Kesatuan meletakkan misi bertekad untuk membantu semua ahli Kesatuan di dalam
mempertingkatkan ilmu pengetahuan, memperjuangkan hak-hak pekerja,

2
menjalankan aktiviti berfeadah, membantu para ahli dalam menyelesaikan pertikaian
dengan majikan dan menjaga imej para ahli serta Membantu pihak majikan di dalam
memajukan Universiti Malaysia Sabah hingga ke Peringkat Antarabangsa.

WAWASAN
KEKAUMAS adalah didefinasikan daripada singkatan perkataan berikut;
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah dan merupakan sebuah Kesatuan
yang bersemangat juang tinggi serta memiliki wawasan tersendiri iaitu bertekad
menjadi sebuah Kesatuan yang cemerlang di dalam Universiti serta di rantau ini.

CARTA ORGANISASI KEKAUMAS TAHUN 2019 DAN LOGO RASMI

Gambar 1: Carta Organisasi Gambar 2: Logo KEKAUMAS

3
2.0 CABARAN KEKAUMAS

KEKAUMAS memainkan peranan yang penting dalam membela dan memperjuangkan


kepentingan ahli-ahlinya. Peranan yang dimainkan oleh KEKAUMAS menyentuh
kepada tiga aspek utama iaitu dari segi ekonomi, sosial dan hak asasi pekerja.
Antaranya;
1. MEMPERTAHANKAN HAK PEKERJA
• Memperjuangkan perkara-perkara yang dicadangankan oleh ahli.
2. MEMANTAPKAN KEWANGAN KESATUAN
• KEKAUMAS dicadangkan meneliti kembali perlembagaan kesatuan tersebut
agar dapat menjana kewangan untuk digunakan bagi menjaga kebajikan
ahlinya. Dengan adanya penjanaan kewangan daripada kesatuan, wang
tersebut boleh digunakan untuk menjaga kebajikan ahli dan tidak hanya
bergantung kepada bantuan kewangan universiti semata-mata.
3. MENAIKTARAF KUALITI MODAL INSAN
• KEKAUMAS) terus komited dalam usaha membela nasib ahli-ahlinya melalui
sumbangan bantuan kebajikan kepada kakitangan Universiti Malaysia Sabah
(UMS) yang telah berpencen serta sumbangan khairat kematian kepada
kakitangan yang kehilangan ahli keluarga.
4. MEMANTAPKAN TADBIR URUS KESATUAN
• KEKAUMAS memainkan peranan utama menjaga kebajikan dan hak-hak ahli di
UMS Kampus Induk, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan Kampus
Sandakan.
5. JARINGAN LUAR
• KEKAUMAS bergabung dengan Gabungan Majlis Presiden Dan Kesatuan
Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM).

3.0 DATA AHLI KESATUAN MENGIKUT JANTINA DAN ETNIK DARI TAHUN 2015
SEHINGGA 2018

2015

MELAYU CINA INDIA BUMIPUTRA JUMLAH


LELAKI 28 2 - 70 100
PEREMPUAN 79 15 8 190 292

4
JUMLAH 107 17 8 260 392

2016

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH


LELAKI 79 4 2 95 180
PEREMPUAN 86 15 8 200 309
JUMLAH 165 19 10 295 489

2017

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH


LELAKI 82 10 3 156 251
PEREMPUAN 80 15 5 241 341
JUMLAH 162 25 8 397 592

2018

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH


LELAKI 83 14 3 160 280
PEREMPUAN 86 13 3 270 372
JUMLAH 168 27 6 430 652

4.0 MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Telefon: (+6088) 320000 (ext: 1448) Email: jalil@ums.edu.my

RUJUKAN

PORTAL RASMI KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.


https://www.ums.edu.my/kekaumas/v2/ Dilayari pada 6 Oktober 2019.

5
KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KEKAUMAS).
http://www.ums.edu.my/kekaumas/lbelakang.htm Dilayari pada 6 Oktober 2019.

KEKAUMAS Sampai Bantuan Kebajikan Kepada Pesara Dan Khairat Kematian Keluarga.
http://www.6693.org/v5//ms/banner-link/7820-kekaumas-sampai-bantuan-
kebajikan-kepada-pesara-dan-khairat-kematian-keluarga Dilayari pada 6 Oktober
2019.

KEKAUMAS UMS sentiasa jaga kebajikan ahlinya


http://eprints.ums.edu.my/12618/1/nc0000005538.pdf Dilayari pada 6 Oktober
2019.

You might also like