You are on page 1of 14

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA

MALAYSIA YANG BERDAULAT

1. Pengenalan

Konsep pembinaan negara dan bangsa sudah wujud sejak zaman kerajaan –

kerajaan awal di Kepulauan Melayu. Masyarakat Melayu tradisional

sememamgnya tinggal di bawah konsep negara dan bangsa. Pada masa itu,

kerajaan wujud di bawah pemerintahan raja atau sultan. Rakyat memberi

kesetiaan kepada pemerintah dengan memberi sebahagaian hasil ekonomi

mereka dan juga akan membantu raja jika ada perintah raja. Raja adalah

institusi tertinggi dan memberi perlindungan politik kepada rakyat. Wilayah

pengaruh sesuatu kerajaan mengambil kira kawasan dimana rakyat memberi

kesetiaan kepada raja. Kerajaan yang kuat akan menakluki kawasan wilayah

yang lebih besar. Misalnya kerajaan Melayu Melaka pernah menguasai hampir

keseluruhan Kepulauan Melayu pada abad ke 15.

Namun selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, British telah

menwujudkan negeri. Setiap wilayah dibuat sempadan dan dinamakan negeri.

Kemudian selepas Perang Dunia (11) , British memperkenalkan Malayan Unioan

untuk membina bangsa Malayan Union pada than 1946. Kemudian , British

memperkenalkan Perseketuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun

1957, Tanah Melayu diberi kemerdekaan oleh British. Selepas itu, pada tahun

1963,Sabah dan Sarawak telah menyertai Tanah Melayu untuk membentuk

sebuah negara yang berdaulat iaitu Malaysia.

Kini, di Malaysia, konsep negara dan bangsa merujuk kepada konsep bangsa 1

Malaysia yang melibatkan masyarakat berbilang kaum di bawah pemerintahan


sebuah kerajaan dan Yang Dipertuan Agung. Konsep bangsa Malaysia kini

berteraskan pengunaan bahasa nasional yang sama dan tolak ansur pelbagai

kaum untuk menuju ke mercu kejayaan bangsa dan negara.

2. Latarbelakang Pembinaan Bangsa dan Negara.

a) Itali

Itali pada mulaya terbahagi kepada beberapa wilayah. Orang Itali ingin

menyatukan rakyat Italy di bawah satu pemerintahan. Maka, rakyat

bangsa lain seperti Austria dari negara Italy. Pemimpin Italy Count

Camilio Benso Di Cavour telah menggunakan monarki dan amalan real

politik untuk menghalau rakyat bangsa lain dari Italy. De Cavour telah

meminta bantuan pemimpin Perancis, Napoleon (111) untuk menyerang

Austria untuk mengelakan ancaman. Kemudia Count Camilio telah

memenangi pungutan suara majoriti rakyat Italy. Apabila tentera Perancis

berundur dari Rom pada that 1870, Count Camilio merebut peluang

menyatukan Itali dan Rom untuk membentuk sebuah negara dan bangsa

Itali.

b) Jerman.

Di Jerman, Otto Edward Von Bismark mengamalkan real politik dan politik

darah dan besi untuk menyatukan Jerman. Bismark menggunakan pelbagai

teknik seperti ugutan, provokasi, pemalsuan dokumen untuk mencetuskan

peperangan. Bismark membangkitkan perasaan benci terhadap bangsa lain

di Jerman untuk menyatukan rakyat Jerman. Dalam proses ini Jerman

telah terlibat dalam beberapa siri peperangan seperti perang dengan

Perancis, Austria dan Denmark.


c) Madinah

Nabi Muhammad (s.a.w.) telah menyatukan penduduk di Madinah di bawah

kerajaan Islam yang pertama. Nabi telah merangka sebuah perlembagaan

sebelum mendirikan kerajaan. Semua rakyat yang berbilang bangsa dan

agama di Madinah mengiktiraf Nabi sebagai pemimpin Madinah dan

sanggup mempertahankan Madinah dari musuhnya. Penyatuan penduduk di

bawaj konsep persaudaraan membentuk satu ummah . Nabi telah

mengadakan musyarawah dan menjalankan politik diplomasi untuk mencari

solusi kepada sebarang masalah. Orang Yahudi dan Kristian telah

bersetuju dengan Piagam Madinah dan tinggal bersama-sama orang Islam

di bawah payung Kerajaan Islam Madinah.

d) Negara Malaysia

- Kebijaksanaan pemimpin

- Mendapat kemerdekaan dari British tanpa pertumpahan darah

- Kemerdekaan melalui rundingan

- Pakatan murni- parti perikatan membentuk kerajaan perpaduan

- Kerajaan melibatkan 3 kaum terbesar


3. Ciri- ciri bangsa Malaysia

Dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara kita, Malaysia mendapat

kemerdekaan daripada British pada tahun 1957. Penglibatan rakyat berbilang

kaum telah mewujudkan sebuah negara merdeka. Sebuah negara dan bangsa

mesti mempunyai cirri-ciri tertentu iaitu,kerajaan, bangsa, kerajaan, dan

perlembagaan.

a) Negara

Negara bermaksud wilayah yang mempunyai sempadan. Negara Malaysia

termasuk lah Tanah Melayu dengan 13 buah negeri , Sabah dan Sarawak.

Setiap negeri mempunyai pemerintah iaitu Sultan atau Yang Dipertua

Negeri. Setiap negeri juga mempunyai Kerajaan negeri dan perlembagaan

negeri masing bagi menjalankan pentadbiran.

b) Bangsa

Bangsa merujuk kepada kumpulan manusia yang di sebuah lokasi geografi

dan mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat, agama dan cara hidup.

Di Malaysia, rumpun bangsa asal ialah kaum Melayu dan etnik Sabah ,

Sarawak. Namun bangsa Malaysi terdiri daripada rakyat berbilang kaum

yang hidup secara bertolak ansur.

c) Kerajaan

Kerajaan ialah institusi pemerintahan yang paling tinggi di negara kita, Do

negara kita Kerajaan pimpinan Parti Perikatan pada era pasca merdeka dan

kini Parti Barisan Nasional merupakan parti komponen parti-parti semua

kaum di Malaysia. Kerajaan ini bertanggungjawan dalam menentukan


dasar-dasar kerajaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Di negara

kita kerajaan terdiri daripada tiga entiti iaitu, Eksekutif ( Perdana

Menteri dan Kabinet), legislatif ( Dewan Rakyat dan Dewan Negara) dan

judisiari ( Badan Kehakiman). Kerajaan juga berfungsi sebagai pengaman

negara.

d) Perlembagaan

Perlembagaan ialah peraturan bertulis yang tertinggi di sebuah negara. Di

Malaysia perlembangaan telah dirangka oleh Suruhanjaya reid pada tahun

1957 dengan persetujuan pemimpin negara. Perlembagaan ini merupakan

dokumen bertulis yang menjad rujukan pemerintah dan rakyat semasa

menjalankan pentadbiran negara.

4. Langkah –langkah untuk memantapkan sistem pentadbiran negara dan bangsa

Malaysia

Malaysia harus menaik taraf sistem pendidikan negara bagi melahirkan lebih

ramai golongan intelek . Golongan intelek mampu untuk mengendalikan negara

dengan lebih baik. Mengikut kata-kata falsafah Yunani, Plato yang

menyatakan pentadbiran sebuah negara harus dijalankan oleh ahli falsafah

yang intelek. Jadi sistem pendidikan harus ditingkatkan supaya dapat

bersaing dengan negara –negara lain. Bakal para intelek mampu untuk

meminda perlembagaan mengikut masa untuk kepentingan negara. Bidang

pendidikan Sains Politik harus diberi keutamaan supaya lebih ramai pelajar

dapat mengikuti kursus ini.


Rakyat harus disedarkan dengan konsep 1 Malaysia kerana sebagai sebuah

negara berbilang kaum, dasar perpaduan amat penting untuk menjamin

kesejahteraan rakyat. Dari bangku sekolah lagi konsep 1 Malaysia harus

disemaikan dalam kalangan pelajar supaya mereka sematkan dalam sanubari

mereka. Konsep perpaduan negara kita sememangnya unik kerana pelbagai

kaum dapat hidup di bawah satu pemerintahan yang adil seperti yang berlaku

di Madinah pada masa dahulu.

Rakyat Malaysia juga harus membekalkan diri dengan pelbagai kemahiran

supaya dapat bersaing secara globalisasi. Kini teknologi maklumat sudah

menjadikan negara-negara tanpa sempadan dan hal ini telah menimbulkan

persaingan sihat dalam kalangan masyarakat dunia. Jadi, peluang ini harus

direbut oleh kerajaan dan rakyat negara kita untuk mencapai kejayaan dari

segi politik, sosial dan ekonomi.

Kerajaan pula harus mengenepikan karenah birokrasi pentadbiran yang

menyusahkan rakyat. Kerajaan harus mencari kaedah –kaedah baharu untuk

member keselesaan kepada rakyat untuk berurusan dengan rakyat. Misalnya,

pembayaran cukai oleh rakyat harus lebih mudah dan mendapatkan dokumen-

dokumen diri seperti kad pengenalan, paspot dan lesen-lesen perniagaan

harus lebih efektif dan effisien.

Sistem pilihanraya untuk memilih kerajaan juga harus lebih sempurna kerana

harus dipandang sebagai telus dan yakin oleh rakyat negara kita. Sistem

pilihanraya harus memcapai pembaruan dari segi pendaftaran pemilih dan

proses pengundian. Pengunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundi

“hantu” ialah satu langkah yang positif. Ada negara lain seperti India yang
sudah pun menggunakan sistem undi elektronik yang patut dicontohi oleh

negara kita. Apa pun segala penyesuaian haruslah selaras dengan kehendak

rakyat negara kita.

Pemimpim negara juga harus mempunyai wawasan yang jauh dan membuat

perancangan jangka panjang supaya tidak berlaku banyak perubahan dalam

pentadbiran dalam jangka masa pendek. Pemimpim negara juga harus

memastikan agihan ekonomi yang lebih adil kepada rakyat supaya semua

rakyat dapat menikmati kemakmuran negara. “Kronisme” dalam bidang

ekonomi harus dhapuskan dan miskin tegar mesti manjadi sifar. Hubungan

diplomatic dengan negara luar oleh pemimpin negara juga harus

dipertingkatkan .

5. Kejayaan Malaysia sebagai Negara dan Bangsa

a) Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mencapai konsep

perpaduan yang unik di bawah politik demokrasi. Semua kaum bertolak ansur

dan mematuhi perlembagaan serta di hidup di bawah payung demokrasi

negara. Konsep perpaduan negara kita bukan senang dicapai memandangakan

banyak negara lain di dunia menghadapi pelbagai masalah etnik dan pergolakan

yang membawa kepada pertumpahan darah. Namun di negara kita , rakyat

hidup bersatu padu dan dalam keadaan yang aman dan damai. Hal ini demikian

kerana sistem demokrasi menjanjikan kestabilan yang mantap.

b) Kestabilan politik juga telah meningkatkan ekonomi negara kita. Daripada

negara yang bergantung kepada bijih timah dan getah pada era pasca

merdeka, kini negara kita menjadi pemacu ekonomi dalam bidang perndustrian
, perlombongan dan pelancongan. Perindustrian negara kita telah berkembang

pesat dengan terbinanya kawasan Zon Perdagangan Bebas di Bayan Lepas,

Prai, Shah Alam, Senawang dan Johor Baharu. Ramai pelabur asing sperti

Jepun, China dan Korea Selatan telah melabur dalam bidang perindustrian di

negara kita kerana negara kita stabil dari segi ekonomi.

c) Kestabilan politik juga telah mendorong negara kita untuk mencapai

peningkatan dalam bidang sosial. Pelbagai prasarana telah dibina di negara

kita untuk kebajikan dan keselesaan penduduknya. Antaranya ialah pembinaan

Bandar pentadbiran di Putrajaya di mana bangunan –bangunan kerajaan

ditempatkan di satu lokasi. Hal ini memudahkan pentadbiran negara dan juga

memudahlan rakyat berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

d) Seterusnya pembinaan pelbagai prasarna pengangkutan seperti Lebuhraya

Utara Selatan (PLUS) , Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang,

perkhidmatan keretapi dibandar seperti Monorel, LRT dan PUTRA serta

pembinaa Terowong SMART yang boleh digunakan untuk menampung bilangan

kenderaan yang banyak dan juga untuk mengalirkan air banjir semasa hujan

lebat di bandaraya Kuala Lumpur. Terowong ini merupakan lencongan air

terpanjang di Asia Tenggara sepanjang 9.7 km. Terowong ini telah

menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur.

e) Tidak dapat dinafikan perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan

dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia terdapat dua buah syarikat

yang menghasilkan kereta nasional iaitu PROTON dan PERODUA. Syarikat

PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada

tahun 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa Malaysia berupaya

mengeluarkan kereta sendiri setanding dengan kereta asing. Melalui


PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa,

Myvi, Viva dan lain-lain.

f) Malaysia juga melangkah ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya

mnelancarkan dua satelit iaiatu MEASAT I DAN MEASAT II . Malaysia juga

melancarkan mikrosatelit yang pertama, TIUNG SAT ke angkasa lepas.

Kemudian program menghantar angkasawan negara , Dr Sheikh Musazapharke

angkasa lepas bersama angkasawan Amerika dan Russia melalui program usaha

sama.

g) Malaysia juga diitiraf sebagai negara yang berdaulat kerana Malaysia menjadi

ahli dalam banyak pertubuhan dunia seperti OIC, PBB, NAM, Komanwel dan

ASEAN. Malaysia terlibat aktif dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh

pertubuhan-pertubuhan ini. Misalnya Malaysia pernah membantu askar

pengaman PBB di Somali dan Bosnia. Malaysia juga memainkan peranan penting

dalam ekonomi serantau di ASEAN.

6. Cabaran – cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia dalam abad ke 21.

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi sebuah

negara yang boleh menghasilkan pelbagai produk hasil idea, ciptaan dan

kreativiti.

a) Kurang bidang penyelidikan (Research & Development)

Negara kita masih jauh ketinggalan dari segi penyelidiakan untuk

menghasilkan produk-produk baru. Pendidikan kita masih kurang


mementingkan aspek ini, seterusnya membantutkan perlembangan minda

yang kreatif untuk menghasilkan ciptaan baru.

b) Tahap pendidikan

Tahap pendidikan negara kita juga masih belum dapat bersaing dengan

negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh

itu, pendidikan kita masih tidak mampu melahirkan modal insan yang

kreatif dan inovatif demi menghasilkan ciptaan baru.

c) Kemasukan tenaga buruh asing

Kemasukan buruh asing tanpa kawalan telah menjejaskan peluang

pekerjaan. Di samping itu, mereka tidak mahir dan tidak mampu untuk

melahirkan idea baru dalam sektor perindustrian. Kemasukan imigran

tanpa kawalan juga telah mengakibat pelbagai isu sosial seperti jenayah.

d) Terlalu bergantung kepada teknologi negara lain

Banyak produk indutsri kita masih dibantu oleh teknologi luar. Kita

terpaksa meminjam teknologi dan kepakaran kerana kita masih ketandusan

idea, teknologi dan kreativiti.

e) Gejala sosial

Keruntuhan akhlak anak muda di negara kita juga semakin runcing.

Ledakan informasi melalui internet juga mempengaruhi anak-anak supaya

cenderung ke budaya hedonisme dan alpa dengan budaya ketimuran kita.

Masalah penagihan dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut adalah antara

bukti keruntuhan nilai moral dalam kalangan anak muda. Baru-baru ini,

negara digemparkan dengan berita anak-anak muda meninggal dunia akibat


menagih dadah semasa menyaksikan konsert muzik Barat. Hal ini

menunjukkan segelintir remaja masih kini sudaj mula rosak akhlak dan

moral mereka

f) Ancaman anasir subversif

Ada golongan tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan kerajaan untuk

mencapai motif mereka yang tersendiri. Melalui media elektronik ,

golongan ini mempengaruhi rakyat untuk menjatukan kerajaan.

Demonstrasi jalanan dianjurkan bagi mengugat keamanan negara. Pelbagai

propaganda disebarkan untuk menanamkan perasaan benci terhadap

kerajaan.

g) Pemcerobohan sempadan

Sempadan negara kerap dicerobohi oleh pendatang asing. Kadang-kadang

pencerobohan ini mengancam keselamtan negara. Misalnya, baru-baru ini,

terdapat sekumpulan askar militan dari Kepulauan Sulu telah menceroboh

Lahad Datu, Sabah. Askar negara kita terpaksa berperang dengan mereka

untuk mengekalkan kedaulatan negera kita.

7. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran

a) Perkembangan ICT

Masyarakat negara kita harus didedahkan kepada kemajuan ICT. Hal ini

penting kerana tanpa penguasaan kemahiran ICT, kita tidak mampu

bersaing dengan masyarakat lain yang celik ICT


b) Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Kita harus mengurangkan pekerja asing separuh mahir dan tidak mahir.

Orang tempatan harus diberi pendidikan dan latihan yang sewajarnya

supaya mereka boleh member idea yang kreatif untuk menghasilkan

ciptaan baru.

c) Menubuhkan lebih banyak institusi pendidikan tinggi

Kerajaan harus menubuhkan lebih banyak pusat-pusat pendidikan tinggi

yang berkualiti tinggi. Dengan ini para graduan kita dapat bersaing minda

dengan masyarakat lain. Prasarana di universiti tempatan juga harus

ditingkatkan untuk member lebih pendidikan berkualiti.

d) Kestabilan politik

Kita harus sentiasa memelihara kestabilan politik supaya negara boleh

bertambah maju dalam bidang sains dan teknologi. Anasir-anasir jahat

yang cuba mengganggu negara haruslah dibanteras segera. Penguatkuasaan

undang-undang harus lebih mantap agar tidak ada kumpulan yang berbeza

idealogi mempengaruhi rakyat.

e) Mematuhi undang-undang

Rakyat harus mematuhi undang-undang negara dan jangan mudah

terpengaruh dengan propaganda kumpulan-kumpulan yang ingin

menjatuhkan negara. Segala masalah yang timbul harus diselesaikan

dengan melalui saluran yang sah dan bukannya dengan menentang proses

pentadbiran yang sedia ada.


8. Iktibar

Sebagai individu yang patriotik dan bertanggungjawab, kita harus

bekerjasama untuk memajukan negara. Semua kemahiran dan pengetahuan

yang kita timba harus dikongsi bersama untuk kemajuan negara kita bak kata

pepatah bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat. Anggota

masyarakat yang bekerjasama demi kemajuan negara sangat penting untuk

mengangkat prestij sebuah negara di persada antarabangsa.

Kita boleh belajar cara untuk kerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara

bagi mengatasi kelemahan kita, Kita tidak harus bersikap sombong malah

harus menerima kelemahan kita dan berusaha untuk mencari idea untuk

membaiki kelemahkan kita. Kerjasama dengan pihak luar ke arah pembangunan

minda dan fizikal mampu melahirkan modal insan yang innovatif dan kreatif

bagi menghasilkan ciptaan, produklatau sistem yang memajukan masyarakat

kita.

Kita harus bersikap positif menerima idea daripada luar. Perkara yang

berfaedah boleh kita terima dan kita harus bersikap optimis kerana bukan

semua perkara dari luar negara mempunyai cirri-ciri negatif, bak kata

pepatah buang yang keruh ambil yang jernih. Selain itu kita harus berani

untuk menyahut cabaran baru yang berasal dari luar negara. Pengenalan

teknologi baru harus diterima secara terbuka supaya kita tidak terpinggir

daripada arus pemodenen dunia. Seterusnya kita harus sentiasa yakin diri

yang kita adalah satu bangsa Malaysia yang mampu bersaing dengan

masyarakat lain
Kita harus menghormati semua bangsa di negara kita. Sama ada bangsa

majoriti atau minority kita harus bertolak ansur dan menyelesaikan segala

maslah yang timbul dengan cara rundingan.

You might also like