You are on page 1of 2

UCAPAN SEMPENA HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum wr. wb dan salam sejahtera

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Pn Nor Azizah Binti Mohd Lazim


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Abdul Rashid Bin Abdul Wahab


Guru Penolong Kanan Kurikulum

En Mohd Aidilfitri Bin Ramelan


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Ajk PIBG, Guru-guru, ,dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat bersama-sama mengadakan


Sambutan Perayaan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah bagi tahun 2019.
Disamping itu, terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput
saya untuk merasmikan Sambutan Perayaan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini.

Hadirin yang dihormati sekelian.

Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak 8 Oktober


1959. Pada dasarnya , Hari Kanak-kanak sedunia mempunyai dua objektif utama
iaitu:

 merupakan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap


kanak-kanak dan hak mereka.
 Menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab
mereka dalam memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

Perayaan Hari kanak-kanak merupakan satu mekanisma atau cara bagi umat
manusia mewujudkan sebuah dunia yang aman dan sejahtera bagi kanak-kanak.
Atas kenyataan itu adalah sangat penting supaya segala keperluan rohani dan
jasmani mereka seperti kesihatan, makanan, belaian kasih sayang, pendidikan,
alam sekeliling yang sihat serta perlindungan daripada segala bentuk bencana
dan bahaya dapat disediakan kerana kanak-kanak merupakan aset amat
berharga serta bakal pelapis kepimpinan negara.
Maka dengan itu, saya ingin mengambil perhatian kepada semua yang berada
didewan yang indah ini, supaya lebih perihatin ke atas kesejahteraan kanak-
kanak supaya masa depan mereka lebih terjamin dalam suasana keluarga yang
bahagia dan harmoni dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam proses
tumbesaran kanak-kanak kerana mereka adalah masa depan kita. Sambutan ini
juga merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada golongan kanak-
kanak yang diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat secara
keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab dalam memelihara hak serta
masa depan kanak-kanak.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-
guru yang yang telah berusaha gigih bagi menjayakan sambutan hari kanak-
kanak pada tahun ini. Tahniah kepada semua murid yang hadir pada pagi ini
untuk sama-sama meraikan Hari Kanak-kanak peringkat Sekolah SK La Salle(1)
Sentul bagi tahun 2019. Dengan ini saya merasmikan Sambutan Hari Kanak-
Kanak SK La Salle Sentul (1) bagi tahun 2019.

Akhir kata

Anak Cina bakar setanggi


Bakar dalam periuk kera
Kanak-kanak perlu disayangi
Agar hidup aman bahagia

Sekian, terima kasih.

You might also like