You are on page 1of 17

BML 3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

INOVASI PENGAJARAN SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU:


MAKNA TERSURAT DAN TERSURAT

Oleh:

SITI NURFATIN FARIHA BINTI JAMSARI (D20161073358)


NURUL AIN BINTI ABD GAHNI @ GAHNI (D20161073397)

KUMPULAN B

Pensyarah Kursus:
DR ABDULLAH BIN YUSOF

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
SEMESTER 1 18/19
JENIS INOVASI

1. Gamifikasi

Inovasi pertama yang terdapat dalam pembelajaran ini merupakan gamifikasi.


Gamifikasi ini direka dengan ringkas dan diberikan nama sebagai “Balingan Rangkap”.
Gamifikasi ini dihasilkan menggunakan sebuah kotak yang dibahagikan kepada beberapa
bahagian. Bahagian-bahagian ini kemudiannya diberikan tanda kepada nombor satu
sehingga nombor tujuh. Pada setiap nombor tersebut terkandung subtajuk-subtajuk yang
terdapat dalam puisi tradisional yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut.
Seterusnya, wakil setiap kumpulan akan diminta untuk membaling bola pinpong
kedalam kotak tersebut dan lihat bahagian yang mana yang dimasukki oleh bola tersebut.
Jarak antara murid dengan kotak tersebut ditentukan oleh guru semasa balingan dijalankan.
Subtajuk puisi akan diberikan berdasarkan balingan murid. Gamifikasi ini diberikan nama
sebagai “Balingan Rangkap” kerana balingan yang dibuat oleh murid ini yang akan
menentukan rangkap diperoleh oleh murid tersebut dan ahli kumpulannya.
2. Quizizz

Penggunaan aplikasi ini memerlukan pembelajaran tersebut berlangsung di makmal


komputer memandangkan aplikasi ini perlu diakses menggunakan komputer dan jaringan
internet. Aplikasi Quizizz digunakan selepas aktiviti memberi makna pada rangkap-
rangkap puisi. Seperti yang telah diberitahu tadi, setiap kumpulan akan mendapat subtajuk
menerusi Puisi “Beberapa Petua Hidup”. Selepas kesemua kumpulan berjaya memberikan
makna tersurat dan tersirat subtajuk puisi kumpulan sendiri, mereka perlu mendapatkan
makna tersurat dan tersirat daripada kumpulan lain melalui aktiviti “3 Stray, 1 Stay”.
Aplikasi ini digunakan untuk menguji tahap kefahaman semua murid dengan
menjawab soalan-soalan berkaitan makna tersurat dan makna tersirat puisi tersebut yang
telah disediakan oleh guru. Murid-murid akan mencapai log masuk ke aplikasi ini
menggunakan nombor kod yang dipaparkan di skrin projektor.setelah murid-murid berjaya
log masuk, mereka akan menjawab kesemua soalan dan satu soalan diperuntukkan hanya
lebih kurang 10 saat sahaja. Setelah kesemua soalan berjaya dijawab oleh murid, keputusan
mereka akan dipaparkan di skrin. Penggunaan aplikasi Quizizz ini juga mampu menjadi
instrumen pentaksiran pada hari tersebut. Sebagai contoh,
3. Poll.ev

Aplikasi ini juga mengkhendaki murid-murid untuk menggunakan komputer dan


jaringan internet. Apliasi ini digunakan oleh guru pda akhir pmbelajaran iaitu pada fasa
penutup. Penggunaan apliasi ini adalah untuk mengetahui pandangan, perasaan dan
cadangan yang ingin dikatakan oleh murid-murid. Aplikasi ini akan dibina oleh guru
sebelum proses pembelajaran berlaku.
Link bagi aplikasi ini akan dipaparkan di skrin dan murid akan mengakses aplikasi
ini menggunakan link yang diberikan. Setelah itu, mereka akan mendaftar menggunakan
nama mereka dan mereka bebas memberikan pendapat,cadangan mahupun perasaan
mereka mengenai pembelajaran pada hari tersebut. Setiap komen-komen yang diberikan
oleh murid akan terpapar di skrin. Murid dan guru boleh membaca komen tersebut
bersama-sama.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Tarikh : 27/11/18
Tingkatan : Tingkatan 5
Masa : 8.10 - 8.50 pagi (40 minit)
Jumlah murid : 27 orang (17 P, 10 L)
Matlamat
Kurikulum : Keperluan pendidikan dan urusan harian

Tema : Puisi Tradisional


Tajuk : Maksud Tersurat dan Tersirat Puisi “Beberapa Petua Hidup”

Bidang : Estetik

Hasil Pembelajaran :
Hasil Pembelajaran
HP Standard HHP (Aras 1)
HPU: Memahami dan memberikan respons Menyatakan makna kata dan ungkapan
peribadi tentang karya sastera berdasarkan konteks untuk meningkatkan
apresiasi
HPK: Menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan
unsur bunyi dalam puisi.
HP Sokongan HHP (Aras)
HPU: Memahami dan memberikan respons Memahami dan menghayati nilai dalam karya
peribadi tentang karya sastera untuk dijadikan iktibar dalam kehidupan.
HPK: Menyatakan jenis, ciri, tema dan
persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan maksud keseluruhan puisi menerusi subtajuk daripada puisi “Beberapa Petua
Hidup” yang diberikan dalam aktiviti “Balingan Rangkap” secara berkumpulan dalam
lembaran kerja yang diberikan.
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 isi tersurat dan tersirat daripada Puisi “Beberapa
Petua Hidup” ke dalam lembaran kerja yang diberikan melalui aktiviti “3 Stray, 1 Stay”.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mempelajari tentang nilai murni


Penilaian / Pentaksiran : Soal jawab, lembaran kerja, kuiz atas talian
KBT : Konstruktivisme
Nilai Murni : Kasih sayang, kebijaksanaan, belas kasihan/simpati, dedikasi,
tanggungjawab, kesabaran, keinsafan, rasional dsb
Sistem Bahasa : Tatabahasa
KBAT : Menganalisis dan mengaplikasi
ABM/BBM : Kotak Balingan Rangkap, komputer, Lembaran yang
mengandungi subtajuk puisi, komputer, LCD, projektor, jaringan
internet
Aktiviti PA-21 : Gamifikasi, 3 Stray 1 Stay, dan Quizizz

Fasa/Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi (5 minit) Permulaan Pengajaran:


Ilmu : Pendidikan Moral
Antara contoh soalan: - Guru bersoal jawab dengan murid-murid
mengenai filem-filem yang terbaharu yang Nilai:
1. Berikan pendapat anda pernah ditontoni oleh mereka. - kebijaksanaan
mengenai filem “Fast And - rasional
- Guru meminta murid memberikan
Furious dan Paskal”? Apakah pandangan mereka terhadap filem-filem - kerajinan
maksud tersirat didalam kedua- tersebut. - mengenang jasa
dua filem tersebut - kerjasama
- Murid memberikan pandangan mereka - baik hati
Jangkaan jawapan murid: melalui soalan yang diberikan oleh guru. - setia kawan

1) filem-filem ini - Guru mengaitkan soalan tersebut dengan Kemahiran Bernilai


menunjukkan terdapat pembelajaran hari ini. Tambah:
banyak nilai -Kemahiran berfikir kritis
pengajaran yang boleh (menjana idea)
dicontohi. Misalnya, -Kecerdasam interpersonal
dalam “Fast and -Kecerdasan emosi
Furious”, menunjukkan
nilai persahabatan,
persaingan juga Teknik Pengajaran:
terdapat nilai-nilai Sumbang saran.
yang tidak baik.
Manakala, filem Instrumen Pentaksiran:
“Paskal” pula Soal jawab
mempamerkan sifat-
sifat seperti cinta akan
negara, jati diri dan
sebagainya.

Langkah 1 (10 minit) ABM/BBM:


Fasa 1: Memberitahu -Bahan gamifikasi
- Guru menerangkan puisi yang akan -Lembaran yang
dipelajari pada hari ini yang bertajuk mengandungi subtajuk
-Murid mendeklamasikan “Beberapa Petua Hidup”. puisi
puisi.
- Beberapa murid diminta untuk Nilai Kemanusian:
- maksud tersurat dan tersirat mendeklamasi puisi “Beberapa Petua -Kegigihan
yang terdapat dalam puisi Hidup” di hadapan kelas. -Keberanian
-Bekerjasama
-subtajuk yang terdapat dalam - Murid dipilih secara rawak oleh untuk -Tangggungjawab
puisi mendeklamasikan puisi.
(Rujuk Lampiran 1). Kemahiran bernilai
- Guru menerangkan aktiviti yang akan tambah:
-Lembaran kerja yang dijalankan pada hari tersebut. -Kecerdasan ruang
diberika (Rujuk Lampiran 2) -Pembelajaran secara
- Murid memberi perhatian sepenuhnya konstruktivisme
kepada penerangan guru untuk -Kecerdasan kinestitik
menjalankan aktiviti tersebut.
Kaedah:
- Murid akan dibentuk kepada 7 - Berkumpulan
kumpulan dan dianggotai dengan 3
orang ahli untuk setiap kumpulan. Teknik:
Gamifikasi
- Guru meminta wakil kumpulan untuk
membuat sekali balingan ke dalam
kotak “Balingan Rangkap” yang telah
disediakan oleh guru.
- Melalui balingan tersebut, murid
mendapat sub tajuk rangkap puisi
(Lampiran 1) masing-masing.

- Murid diminta untuk menganalisis dan


memberikan makna tersirat daripada
setiap sub tajuk yang diberikan.

- Murid diberikan masa selama 5 minit


untuk mengisi makna tersirat rangkap
yang diberikan dalam lembaran kerja
(Lampiran 2).

- Murid berbincang bersama ahli


kumpulan untuk mencari isi tersurat dan
tersirat dalam puisi tradisional tersebut.

Langkah 2 (10 minit) ABM/BBM:


Fasa 2: Transisi -Lembaran kerja
(Lampiran 2)
Makna setiap subtajuk dalam - Guru menerangkan kepada murid
puisi “Beberapa Petua Hidup” tentang aktivti seterusnya iaitu “3 Stray, Nilai Kemanusian:
1 Stay”. -Tanggungjawab
-Bekerjasama
-Lembaran Kerja (Rujuk - Murid memberi perhatian terhadap -Keberanian
lampiran 2) penerangan guru dan duduk bersama
rakan kumpulan yang sama dalam Kemahiran bernilai
aktiviti pertama tadi. tambah:
Kemahiran berfikir kritis
- Dua orang ahli kumpulan akan berjalan (penyelesaian masalah)
-Kecerdsan interpersonal
kepada kumpulan lain untuk
-Pembelajaran secara
mendapatkan isi tersurat dan isi tersirat konstekstual.
subtajuk puisi dari kumpulan lain.
Kaedah:
- Seorang ahli yang tinggal dalam - Berkumpulan
kumpulan akan menjelaskan isi tersurat
dan isi tersirat kumpulan mereka Teknik:
kepada wakil kumpulan yang datang -3 stray, 1 stay
mengunjungi. -Menerangkan

- Setiap kumpulan diminta untuk


memenuhkan tempat kosong yang
terdapat dalam (Lampiran 2) tersebut.
- Aktiviti ini berterusan sehingga setiap
ahli kumpulan berjaya memenuhi
lembaran kerja (Lampiran 2) yang
diberikan tersebut.

Fasa 3 Langkah 3 (10 minit) ABM/BBM:


-komputer
- Menjawab soalan - Guru meminta murid-murid duduk secara -LCD
menggunakan aplikasi berpasangan -projektor
Quizizz -jaringan internet
- Guru menerangkan aktiviti seterusnya iaitu
- Quizziz tersebut
menjawab kuiz melalui aplikasi “quizizz”.
berkenaan keseluruhan Nilai Kemanusian:
puisi -Tanggungjawab
- Murid diminta untuk bersedia dihadapan -Hormat-menghormati
komputer bagi menjawab kuiz tersebut. -Kesabaran
-Persaingan secara sihat
- Aktiviti ini berlangsung selama 10 minit. -Cekap

Kemahiran bernilai
- Sepanjang sesi ini berlangsung tiada sesi tambah:
soal jawab dijalankan -Kemahiran Teknologi
Maklumat dan
- Setelah tamat sesi menjawab guru akan Komunikasi.
memaparkan markah yang diperolehi oleh
setiap murid di skrin pancaran LCD.
Kaedah:
- Berpasangan

Teknik:
Kuiz dalam talian

Instrumen Pentaksiran:
-Quizizz
Penutup (5 minit) Rumusan Pengajaran (5 minit) Ilmu:
Pendidikan Moral
Sesi refleksi dan soal jawab - Guru memilih seorang murid untuk bersoal
jawab tentang rumusan keseluruhan aspek Nilai Kemanusian:
Rumusan isi PdP pengajaran & pembelajaran berkenaan -kreatif
makna yang terdapat dalam setiap rangkap
-keberanian
dalam puisi tersebut.
Soalan: -kebijaksanaan
- Guru memilih seorang murid yang lain -rasional
1)Apakah yang anda dapat untuk mengaitkan pembelajaran pada hari
rumuskan tentang ini dalam kehidupan mereka Kemahiran Bernilai
pembelajaran pada hari ini? Tambah:
- Guru meminta murid untuk memberi -Kemahiran berfikir kritis
pandangan masing-masing mengenai (Penyelesaian masalah)
2) bagaimanakah anda akan pembelajaran hari ini melalui aplikasi -Kecerdasan interpersonal
mengaplikasikan isi tersirat poll.ev secara atas talian. -kecerdasan emosi
yang terdapat dalam puisi Kemahiran Teknologi
tersebut ke dalam kehidupam - Guru merumuskan keseluruhan Maklumat dan
anda? pengajaran dan pembelajaran tentang Komunikasi
makna keseluruhan puisi “Beberapa
3) Apakah nilai negatif yang Petua Hidup” Kaedah:
wujud dalam puisi ini dan - -Individu
bagaimana anda menjadikan
nilai tersebut sebagai Teknik:
pengajaran ? -Soal jawab

Jangkaan Jawapan:

1) Saya dapat mengetahui


isi tersirat iaitu nilai-
nilai murni yang
terkandung disebalik
makna tersurat pusi
tersebut.

2) Saya akan
menggunakan nilai-
nilai baik seperti nilai
kerjasama dalam
kehidupan saya.
Sebagai contoh, saya
dapat bekerjasama
dengan rakan untuk
menyelesaikan tugasan
yang diberikan oleh
guru.

3) Nilai negatif yang


terdapat ialah
perbuatan khianat dan
membuat fitnah. Saya
tidak akan membuat
khianat kepada kawan-
kawan saya dan saya
tidak akan menabur
fitnah kepada orang
lain.
RUMUSAN

Kesimpulannya, Pembelajaran abad ke-21 ataupun lebih dikenali sebagai PAK21


merupakan usaha kerajaan untuk membuat perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia
pendidikan. Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan
globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu
membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan
dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM
telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014. Inovasi yang
dilakukan mengikut selaras dengan arus pembelajaran abad ke-21 akan dapat membantu
meningkatkan penglibatan murid sepenuhnya kedalam setiap sesi pengajaran.

Penglibatan aktif murid-murid kedalam sesi pengajaran adalah matlamat utama kerajaan.
Hal ini dapat membantu murid-murid untuk mengingati serta memahami isi pengajaran dan
seterusnya mencapai objektif pengajaran guru. Jika murid-murid aktif dan sentiasa menjadi
pemimpin dalam setiap pembelajaran, hal ini dapat merangsang ingatan jangka masa panjang dan
kognitif mereka. PAK21 ini telah memberikan banyak peluang dan ruang kepada murid-murid
untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang sesuatu topik ataupun isu yang akan dipelajari
disekolah. Setiap guru yang perlulah mahir untuk menyelitkan teknik-teknik pembelajaran ke-21
kedalam sesi PdPc yang akan dijalankan. PAK21 telah menyenaraikan kurang lebih 100 teknik
ataupun kaedah yang sesuai digunakan untuk pengajaran. Hal ini adalah untuk menarik minat
murid-murid supaya dapat merangsang pemikiran mereka

RUJUKAN

Alizah Lambri (2018). Nota Kuliah KPD 3016: Kuliah 10-3 Format RPH. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
LAMPIRAN 1: SUBTAJUK PUISI

1 FIKIR DAN KATA

2 SILANG SENGKETA

3 ILMU

4 DUNIA PERGAULAN

5 SIFAT-SIFAT YANG BAIK

6 PERBUATAN YANG BAIK

7 SIFAT-SIFAT YANG JAHAT


LAMPIRAN 2: MAKNA TERSURAT DAN TERSIRAT SUBTAJUK PUISI

Tajuk Subtopik Puisi: FIKIR DAN KATA

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT

Tajuk Subtopik Puisi: SILANG SENGKETA

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT


Tajuk Subtopik Puisi: ILMU

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT

Tajuk Subtopik Puisi: DUNIA PERGAULAN

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT


Tajuk Subtopik Puisi: SIFAT-SIFAT YANG BAIK

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT

Tajuk Subtopik Puisi: PERBUATAN YANG BAIK

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT


Tajuk Subtopik Puisi: SIFAT-SIFAT YANG JAHAT

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT

You might also like