You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDPS3603
AWAL SAINS UNTUK KANAK-KANAK/ EARLY SCIENCE FOR CHILDREN
SEMESTER JANUARI 2019

NAME :

MATRICULATION NO. :

IC NO. :

PHONE NO. :

E-MAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

JANUARI 2019
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

01 PENGENALAN 2

02 FENOMENA SIANG DAN MALAM 4

03 JUSTIFIKASI DAN SALAH FAHAM KANAK - KANAK 5

02 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 8

03 KESIMPULAN 12

04 RUJUKAN 13

1
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang


menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun
sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta
Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk
masuk ke sekolah rendah.

Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam


mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan
seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana
pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan
prasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat
mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti masa
awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa akan
datang.

Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat
alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph
Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi
mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi.

Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik.
Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat
membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan
awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan
prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus

2
membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan
dalam jangka masa panjang.

Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori
dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains.
Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak
setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais,
menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah
sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu
kanak-kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.

Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif.
Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan
mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka.
Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui
proses ini, kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan
fonomena yang dialami.

Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep
pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang
mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan
pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada
pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik.

Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan
hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina
kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains
adalah membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak, memberi
peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat, membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat
penakulan, membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

3
Di dalam tugasan ini, salah faham yang selalu berlaku di kalangan kanak-kanak bagi topik
fenomena siang dan malam akan dibincangkan dan dijustifikasi. Selain itu, 3 rancangan
pengajaran harian akan di rangka yang mana ia dilakukan di dalam kelas dan juga luar kelas.

2.0 FAKTA SAINS TENTANG FENOMENA SIANG DAN MALAM

Kejadian siang dan malam berlaku kerana hanya sebahagian sahaja bumi yang menghadap ke
arah matahari ketika ia berputar di atas paksinya. Bahagian bumi yang menghadap ke arah
matahari mengalami siang, manakala bahagian yang membelakanginya akan mengalami malam.
Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka bahagian timur bumi akan menerima
cahaya matahari atau mengalami siang terlebih dahulu berbanding sebelah barat. Putaran bumi
semasa membuat perkelilingan dengan matahari yang berlaku pada kecondongan 23.5o,
menyebabkan satah bumi-matahari juga condong pada kadar yang sama.

Perubahan kedudukan matahari di ekliptiknya, memberi kesan terhadap kedudukan terbit dan
terbenam matahari serta panjang slang dan malam. Berdasarkan paksi kutub, yang ditentukan
oleh nilai latitud sesuatu tempat, panjang siang dan malam setiap tempat di bumi berbeza-beza di
sepanjang tahun. Saiz lengkungan siang terletak di sebelah atas ufuk, manakala lengkungan
malam terletak di bawah ufuk. Apabila matahari berada di langit utara, penduduk di hemisfera
utara akan mengalami slang yang lebih panjang berbanding ketika matahari berada di selatan.

Selepas bulan Mac, waktu siang lebih panjang daripada waktu malam. Manakala pada bulan
Disember, waktu malam lebih panjang daripada waktu siang. Siang dan malam menjadi hampir
sama panjang pada masa masa berdekatan ekuinoks, iaitu bulan Mac dan September. Kesan ini
lebih ketara bagi negara-negara yang berada pada latitud tinggi. Perubahan ini juga menjelaskan
bagaimana waktu solat berubah-ubah di sepanjang tahun.

3.0 JUSTIFIKASI DAN SALAH FAHAM KANAK – KANAK MENGENAI FENOMENA


SIANG DAN MALAM

Di dalam buku Kaedah Mengajar Sains yang ditulis oleh Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed
Idros dan Mohd. Ali Samsudin menerangkan salah tanggapan atau miskonsepsi dapat
dikategorikan kepada beberapa jenis (National Academy of Science 1997) iaitu idea awal yang
diperoleh daripada pengalaman harian, kepercayaan bukan saintifik yang diperoleh daripada
sumber-sumber ilmu lain seperti pendidikan agama dan kepercayaan, pemahaman konseptual

4
hasil pengajaran dan pembelajaran konsep-konsep sains yang kurang kukuh, miskonsepsi
vernakular yang oleh penggunaan yang mempunyai maksud yang berlainan dalam kegunaan
harian pelajar dibandingkan dalam konteks saintifik dan miskonsepsi fakta yang disebabkan oleh
pembentukan konsep yang tidak betul dan dikekelkan terus sehingga diperingkat dewasa.

Loo (1994) di dalam buku yang sama juga menyatakan terdapat tiga punca terjadinya
miskonsepsi dalam biologi dikalangan pelajar. Ketiga-tiga punca ini adalah kerangka kefahaman
alternatif sedia ada pelajar-pelajar yang jarang diberi perhatian oleh guru menyebabkan idea
tidak tepat berkekalan, bahasa harian yang tidak dapat dibezakan dengan bahasa sains dan
masalah perhubungan dengan perkembangan dan pendekatan yang digunakan pengajaran
memudah alam timbul sekiranya konsep-konsep yang difahami kanak-kanak mengandungi salah
tanggapan ataupun bercanggah dengan penjelasan saintifik. Salah tanggapan ini menjadi
penghalang dan menyukarkan kanak-kanak bagi memahami konsep yang ditaja dalam kelas
semasa pengajaran dan pembelajaran dalam berlaangsung. Malah salah satu masalah benar yang
sukar dialami dalam pengajaran konsep sains adalah memindahkan ataupun mengubah
pandangan ataupun pegangan awal pelajaran pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat
diterima oleh komuniti sains.

Di dalam buku Kaedah Mengajar Sains juga Gilbert, Osborne dan Fensham (1982) memberi
beberapa akibat yang mungkin timbul daripada keadaan itu. Pelajar mungkin tidak akan
mengubah konsep sedia ada ataupun mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai
perkara yang berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada. Kemungkinan
juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan ataupun konsep awal pelajar dan kerap
kali juga pengajaran guru akan hanya menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar.
Dalam keadaan ini, pelajar tidak mampu menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya
dengan pengetahuan sedia ada yang dipegangnya. Hasil paling ideal yang diharapkan adalah
pengajaran guru yang berhasil membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan
saintifik. Perkara ini adalah hasilan atau matlamat terakhir yang ideal bagi pengajaran sains.

Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada guru. Hal ini
menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin besar. Miskonsepsi juga terjadi pada
buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak
sebagai sumber belajar maka guru dan kanak-kanak tersebut akan mengalami konsepsi dan

5
makin memperkuat miskonsepsi yang sebelumnya sudah terjadi. Oleh kerana itu, memang tidak
mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaklah selalu berusaha untuk memperbaiki
penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat mengenali apa yang berlaku pada kanak-
kanak.

Satu putaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24 jam yang menyebabkan
berlakunya siang dan malam. Bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami waktu
siang dan sebaliknya pada bahagian yang membelakangkan matahari akan mengalamai waktu
malam. Memahami kejadian siang dan malam dianggap asas dalam ilmu falak kerana konsep
putaran bumi pada paksinya dianggap mudah berbanding konsep lain yang lebih abstrak. Namun
kajian di seluruh dunia menunjukkan masih terdapat salah faham yang meluas dalam kalangan
murid mahupun guru mengenai konsep ini.

Di Malaysia, banyak murid dalam kajian Zurida dan Mohd. Zaaba (2001) menganggap fenomena
siang dan malam terjadi disebabkan bumi beredar mengelilingi matahari. Apabila disoal ‘apakah
yang terjadi kepada matahari pada waktu malam?’, murid menjawab ‘matahari pergi ke tempat
lain’ atau ‘ matahari berada di sebelah hemisfera lain’. Ada juga yang mengatakan ‘matahari
akan turun ke laut, oleh itu matahari tidak dapat memancarkan cahayanya’. Murid dalam kajian
Mohd Zamani (2000) pula menganggap malam terjadi disebabkan matahari berada di sebalik
bukit atau awan. Malah apabila ditanya ‘apakah yang terjadi kepada bulan dan bintang pada
waktu siang?’ sebahagian besar murid memberikan jawapan ‘pada waktu siang bulan dan
bintang tiada’. Terdapat juga murid yang percaya pada waktu siang bulan ada tetapi bintang
tiada. Soalan ini juga kerap ditanya oleh kanak – kanak dan ada sesetengah mereka beranggapan
bulan dan bintang tidur pada waktu siang.

Kajian Dunlop (1999) terhadap murid-murid yang melawat Balai Cerap Auckland menunjukkan
dapatan menarik yang belum pernah dilaporkan sebelumnya iaitu murid menyatakan siang
disebabkan bumi beredar mengelilingi matahari manakala malam disebabkan bumi beredar
mengelilingi bulan. Selepas pengajaran menggunakan model 3 dimensi, didapati hanya
sebahagian murid sahaja boleh menyatakan bahawa siang dan malam disebabkan oleh putaran
bumi pada paksinya. Analisis gambar rajah putaran bumi yang dilukis oleh murid juga
menunjukkan murid tidak begitu memahami konsep cahaya bergerak lurus dan konsep putaran
bumi pada paksinya.

6
Mengubah salah konsep pelajar bukanlah perkara mudah kerana kajian menunjukkan murid
berpegang teguh dengan salah konsep mereka (Mestre 2002). Salah konsep ini akan diubah oleh
murid sekiranya didapati berbeza dengan pengajaran guru di bilik darjah (Vosnidau dan Brewer
1992). Walau bagaimanapun pengajaran dibuktikan hanya mampu mengubah sebahagian
daripada salah konsep murid manakala sebahagian yang lain masih kekal (Dunlop 1999). Jika
salah konsep diabaikan, murid mungkin keliru dan tidak dapat menerima pengajaran guru
(Mestre 2002). Selain itu murid mungkin menghafal fakta untuk lulus peperiksaan. Oleh sebab
fakta ini tidak digabungkan dengan pengetahuan sedia ada murid, fakta berkenaan hanya dapat
diingat dalam jangka waktu yang singkat (Dunlop 1999). Hal ini bermakna salah konsep murid
tidak berubah walaupun murid lulus dengan cemerlang.

Dalam usaha membantu murid mengubah dan membina semula konsep sedia ada mereka, guru
perlu menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomena-fenomena sains yang
menarik. Dunlop (1999) mencadangkan agar guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang
dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk menerangkan sesuatu fenomena
semula jadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru
dengan konsep sedia ada mereka. Oleh itu guru perlu mengenal pasti salah konsep murid,
merancang strategi untuk menangani salah konsep ini dan membina teknik penilaian yang
mengambil kira sejauh mana murid dapat menyerap konsep sains yang diajar (Trumper 1991).
Selain itu guru juga melakukan aktiviti sains yang boleh membantu murid dalam lebih
memahami fenomena siang dan malam. Proses Pendidikan Awal Sains awal kanak-kanak pada
peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang
perlulah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui
interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui
pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik.

4.0 Rancangan Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian 1 (Aktiviti di Dalam Kelas)

Masa : 40 minit

7
Standard kandungan : SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Standard pembelajaran: SA 5.1.3 Meneroka fenomena alam yangbiasa dijumpai seperti siang dan
malam

BM 1.4.3 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar.

Objektif : Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat :

1) Mengetahui kegunaan matahari dan bulan

2) Mengetahui matahari muncul pada waktu siang dan bulan pada waktu malam

Langkah-langkah aktiviti :

1) Guru mengajak kanak – kanak menyanyikan lagu “twinklw twinkle little star”

2) Guru bertanyakan kepada murid adakah mereka lihat matahari pada waktu itu.

3) Guru menunjukkan kad bergambar waktu siang dan waktu malam.

4) Guru bertanya kepada kanak-kanak apakah yang akan terjadi jika matahari tiada. Guru
juga bertanya pada waktu malam apa yang murid dapat lihat.

5) Kanak-kanak menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan menggunakan


andaian mereka. (analisa)

Rancangan Pengajaran Harian 2 (Aktiviti di Dalam Kelas)

8
Masa: 40 Minit

Standard Kandungan : SA5.1Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Standard Pembelajaran: SA5.1.1Menyatakan pelbagai sumber cahaya

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar.

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :

1. Menyatakan pelbagai sumber cahaya

2. Menceritakan pengalaman mengenai cahaya.

Standard Prestasi: Menyatakan sumber cahaya yang diketahui.

KBAT : Menganalisa, mengaplikasi dan menilai.

Langkah Aktiviti Pelajaran :

1. Guru membawa sebuah kotak hitam dan lampu suluh ke dalam kelas.

2. Kanak-kanak diminta untuk menyalakan lampu suluh ke dalam kotak hitam untuk
melihat objek yang terdapat di dalam kotak.

3. Guru meminta kanak-kanak menyatakan apa yang terdapat di dalam kotak.

4. Kanak-kanak diminta untuk membezakan keadaan di dalam kotak apabila disuluh dan
tidak disuluh dengan lampu suluh. (menilai)

5. Guru meminta kanak-kanak menerangkan mengapa mereka dapat melihat objek di dalam
kotak hitam apabila disuluh. (menganalisa)

6. Guru membuat penambahbaikan mengenai penerangan kanak-kanak dan mengaitkan


dengan pelbagai sumber cahaya.

7. Kanak-kanak dibimbing untuk melihat pelbagai sumber cahaya (mengaplikasi):

i. Guru membawa kanak-kanak ke tingkap untuk melihat cahaya matahari.

9
ii. Guru membawa kanak-kanak ke tandas untuk melihat cahaya daripada lampu
pijar atau lampu pendaflour.

iii. Guru membawa kanak-kanak ke peti sejuk untuk melihat cahaya di dalam peti
sejuk.

iv. Guru menghidupkan mancis untuk menunjukkan cahaya daripada api.

8. Guru menayangkan video mengenai pelbagai sumber cahaya.


https://www.youtube.com/watch?v=LCEqlvHFIhM

9. Kanak-kanak diminta untuk berkongsi pengalaman mengenai sumber cahaya.

10. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak.

Alat Bantu Mengajar : Kotak hitam, Lampu suluh, Video


https://www.youtube.com/watch?v=LCEqlvHFIhM

Rancangan Pengajaran Harian 3 (Aktiviti di Luar Kelas)

Masa : 40 minit

Standard kandungan :SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Standard pembelajaran: SA 5.1.3 Menyiasat kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan


seharian.

BM 1.4.3 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar.

Objektif : Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat :

10
1) Mengetahui kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan seharian dengan betul.

2) Mengetahui matahari muncul pada waktu siang

Kemahiran berfikir aras tinggi: Mengaplikasi kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan
seharian.

Langkah-langkah aktiviti:

1) Guru terlebih dahulu menyembunyikan sapu tangan kecil di beberapa tempat disekitar
bilik darjah. (tepi meja, belakang papan putih, tepi meja guru dan sudut bacaan).

2) Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan dan meminta kanak-kanak


untuk mencari sapu tangan kecil di sekitar kawasan bilik darjah. (pemahaman)

3) Guru meminta kanak-kanak untuk merendamkan sapu tangan kecil ke dalam sebuah baldi
dan menyidainya diluar kelas yang terkena matahari dan meminta kanak-kanak menunggu
selama satu jam. (analisa)

4) Guru bertanya kepada kanak-kanak apakah yang akan terjadi kepada sapu tangan kecil itu
apabila didedahkan kepada cahaya matahari. (penilaian)

5) Kanak-kanak menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan menggunakan


andaian mereka. (analisa)

6) Guru menerangkan tentang kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan seharian kepada
kanak-kanak.

Langkah Keselamatan:

1. Pastikan kanak – kanak membasuh tangan selepas menjalankan aktiviti.

2. Pastikan kawasan aktiviti selamat dari benda bahaya.

5.0 Kesimpulan

Sains Awal menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka
menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Penerokaan alam sekitar yang dijalankan semasa

11
aktiviti bermain ini akan membentuk sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, teliti dan
sistematik. Semasa penerokaan ini berlaku, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran
memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan
berkembang. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan seperti tumbuhan dan haiwan; alam
bahan seperti objek yang tenggelam dan timbul, air dan magnet; dan alam fizikal seperti pelangi
dan cuaca (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2016). Kemahiran proses Sains
membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap
ingin tahu dan suka menyiasat. Membuat pemerhatian atau pencerapan adalah kemahiran paling
asas dalam proses Sains. Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi, membuat
inferens dan membentuk hipotesis (Worth 2010). Menurut Worth dalam jurnalnya “Science in
Early Childhood Classrooms: Content and Process”, kefahaman konsep asas serta penguasaan
kemahiran proses diperolehi melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti-
aktiviti seperti bermain dengan blok, air dan pasir serta bahan-bahan manipulatif dan aktiviti-
aktiviti seperti bernyanyi, berlakon dan mendengar atau menonton cerita kanak-kanak.
Tuntasnya, pendidik perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran dan
peluang-peluang yang membolehkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan
melalui eksperimen ringkas dan membuat rumusan.

(2782 patah perkataan)

Rujukan

Kejadian Siang dan Malam http://bongmeengoh.blogspot.com/2014/03/bab-11-pelajaran-25-


kejadian-siang-dan.html diakses pada 1 Februari 2019

Kanak – Kanak dan Pembelajaran Sains https://www.scribd.com/doc/59291183/SCE3102-


KANAK-KANAK-DLM-PEMBELAJARAN-SAINS diakses pada 1 Februari 2019

Pendekatan dan Teknik Pengajaran http://nansetphene.blogspot.com/2012/08/pendekatan-dan-


teknik-pengajaran.html diakses pada 1 Februari 2019

Kebaikan Bahan Bantu Mengajar http://mohdshamsurizal.blogspot.com/p/kebaikan-bahan-


bantuan-mengajar-bbm.html diakses pada 1 Februari 2019

12
Salah Konsep dalam Sains https://dokumen.tips/documents/salah-konsep-dalam-sains-siap.html
diakses pada 1 Februari 2019

13

You might also like