You are on page 1of 14

Kolej Vokasional Besut

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TAJUK : BADMINTON

NAMA : MUHAMMAD AMIRUL FIRDAUS BIN SYUKRI

KURSUS : SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN

SUBJEK : PJK 101

SEMESTER : 1

NAMA PENSYARAH : EN MOHD ASRU SUHAIMI SULAIMAN


PENGENALAN

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain
bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasanganbertentangan (beregu), yang mana posisi
pemain ialah bertentangan di dalamsebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.
Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi
iadapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu
tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum
ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif, iaitu perseorangan
lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap
pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan
penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan,
kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan
koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.
SEJARAH

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini muladimainkan di Yunani silam dan
Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di
kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and
shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan
raket kecil. Sukanini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera
British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia
dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual
anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game"
pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki
oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton,"
dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di
England dibawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan
peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah
dicipta pada 1887. [3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set
peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara
rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England
pada 13 Septem bertahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton
Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton


Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis,
Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai
pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton
antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai
rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa Negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah.
China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai
pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi
pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak
kebelakangan ini.
UNDAND-UNDANG BADMINTON

 Ciri-ciri Peralatan

Gelanggang Badminton

Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap
gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, garisan
servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi. Gelanggang badminton untuk
permainan individu berbeza dengan permainan beregu. Untuk permainan individu garisan luar
tidak dikira jika ‘shuttlecock’ jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam
permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis
panjang dikira keluar atau ‘long’.
Raket

Raket adalah peralatan yang digunakan untuk memukul bulu tangkis. Beratnya adalah antara 75
dan 95 gram termasuk string. Raket diperbuatdaripada banyak bahan berbeza iaitu plastik yang
diperkuatkan dengan grafit, kayu, besi atau gentian karbon.

Bulu Tangkis

Terdapat dua jenis bulu tangkis yang selalu digunakan iaitu yang diperbuat daripada bulu angsa
dan juga jenis plastik.
 Membuat Undian

Undian dilakukan sebelum memulakan perlawanan bagi menentukan pihak yangmemenangi


undian membuat pilihan sama ada untuk:

 Membuat servis mula


 Memilih gelanggang

 Pertukaran Petak Gelanggang

Pemain hendaklah menukar petak gelanggang:

o Pada akhir permainan set pertama.


o Sebelum permulaan permainan set ketiga (jika ada)

 Sistem Permarkahan

1. Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.


2. Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
3. Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikankepada
pemain.
4. Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
5. Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapatmenambah
mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.
6. Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.
KEMAHIRAN ASAS BADMINTON

Terdapat dua cara memegang raket :

 Pegangan hadapan
 Pengangan kilas

A) Pukulan Servis

 Servis Rendah
 Servis Flik
 Servis Tinggi
 Pukulan Hadapan
 Pukulan Kilas
 Pukulan Lob
 Pukulan Smesy
B) Servis Rendah

 Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.


 Ayun raket ke belakang.
 Siku bengkok hampir ke badan.
 Tangan kiri pegang bulu tangkis.
 Ayun raket pantas ke hadapan.
 Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri.
 Pandang ke sasaran.
 Ikut lajak.

C) Servis Flik

 Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri.


 Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan.

D) Servis Tinggi

 Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.


 Ayun raket tinggi ke belakang.
 Pegang bulu tangkis di paras hadapan muka.
 Lepaskan bulu tangkis.
 Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.
 Pandang bulu tangkis.
 Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.
 Ikut lajak.

E) Pukulan Hadapan

 Pandang bulu tangkis.


 Ayun raket ke belakang.
 Sebelah tangan lagi diluruskan.
 Ayun raket dengan tangan lurus.
 Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tertinggi.
 Ikut lajak.
F) Pukulan Kilas

 Pandang bulu tangkis.


 Kaki kanan menyilang ke kiri.
 Kilas raket separas bahu.
 Pukul bulu tangkis.
 Ikut lajak.

G) Pukulan Lob

 Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob.Pukulan ini
digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakanggelanggang.

H) Pukulan Smesy

 Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Iadigunakan
untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah keruang kosong
gelanggang lawan.

 Pandang bulu tangkis.


 Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
 Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
 Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
 Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
 Pukul bulu tangkis dengan pantas.
 Ikut lajak
PAKAIAN DAN KASUT

Seperti atlet lain pada umumnya, setiap pemain badminton memiliki kelengkapan utama ketika
tampil di sebuah permainan atau pertandingan. Baju, seluar pendek, kasut tergolong dalam
aksesori utama, sedang pengikat tangan, ikat kepala, pelapik lutut biasa disebut tambahan. Kasut
badminton haruslah baik, namun selesa bila dipakai di lapangan agar pemain dapat bergerak,
baik maju mahupun mundur tanpa tergelecek. Kasut badminton umumnya berwarna putih
dengan garis-garis yang warnanya pelbagai.

Stokin kaki tidak wajib namun sebaiknya mempunyai daya serap peluh yang tinggi dan agak
tebal supaya lembut dan mengurangkan kemungkinan berlakunya iritasi kulit akibat pergeselan
kulit dengan kasut. Seluar pendek dan baju sebenarnya bebas, tetapi di peringkat antarabangsa
banyak baju yang dipakai jenis baju yang sejuk dan mampu menyerap peluh dengan cepat.
Kadangkala pemain menggunakan kain pengikat tangan, pengikat kepala, atau penjaga lutut,
baik untuk keperluan penting mahupun sekadar untuk mencantikkan penampilan.
KEJOHANAN

Kemuncak kepada pertandingan badminton dunia adalah untuk merebut kejuaraan Piala Thomas
yang diadakan dua tahun sekali. Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, China, Korea
Selatan, England, dan Denmark kerap bertanding di peringkat akhir Piala Thomas. Negara
Malaysia telah beberapa kali berjaya menjuarai Piala Thomas. Antaranya pada tahun 1992 di
Kuala Lumpur, Malaysia telah berjaya mengalahkan Indonesia. Kejohanan utama seperti :

Berpasukan

 Piala Thomas
 Piala Uber
 Piala Sudirman

Individu

 All England
 Terbuka Malaysia
 Terbuka Indonesia
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya, En Mohd Asru Suhaimi Sulaiman kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
RUJUKAN

INTERNET :

 http://www.scribd.com/doc/35722394/Badminton-Pjk
 http://www.scribd.com/doc/44570605/Badminton
 http://en.wikipedia.org/wiki/Badminton

You might also like