You are on page 1of 15

SEMESTER II SIDANG AKADEMIK 2016/2017

YKT108 KOMUNIKASI VISUAL

NAMA AHLI KUMPULAN :


1. (133191) FARAH FARHANAH BINTI HISHAMUDIN
2. (133240) NURUL AFIFAH BINTI SAIDI

NAMA PENSYARAH : DR. LEE YUEN BENG


TARIKH PENYERAHAN : 21 APRIL 2017
1.0 Latar Belakang Penulis

Jaafar Taib ialah seorang kartunis tersohor di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 28 Julai

1952 di Alor Gajah, Melaka. Utusan Melayu dan Kumpulan Varia Pop adalah detik permulaan

kariernya dalam bidang penerbitan. Pada tahun 1976, beliau telah menubuhkan syarikat

Creative Enterprise bersama-sama Mishar, Azman Yusof dan Raja Hamzah dan menerbitkan

majalah komik seperti Murni dan Bambino. Jaafar mula melibatkan diri dalam bidang kartun

pada 1 April 1978 apabila karyanya dimasukkan ke dalam majalah Gila-Gila. Melalui majalah

Gila-Gila Jaafar dikenali melalui siri kartunnya iaitu ‘Kalau…’. Sekarang, beliau merupakan

Pengarah Urusan Creative Enterprise setelah Mishar meninggalkan syarikat tersebut. Jaafar

Taib bukan sahaja berbakat dalam melukis kartun tetapi beliau juga turut berbakat dalam

menghasilkan catan.

Lukisan-lukisan Jaafar Taib pada peringkat awal kemunculannya dalam majalah Gila-

Gila banyak dipengaruhi oleh Jack Davis dan Sergio Aragones. Karya-karya yang dihasilkan

beliau adalah terperinci kerana beliau berpendapat bahawa jika sesebuah lukisan itu berkualiti

maka ia akan membantu setiap karya. Siri Burung adalah karya beliau yang sangat dikenali

malahan karya beliau dianggap sebagai antara yang termahal jika ingin dibandingkan dengan

kartunis-kartunis lain di Malaysia. Kartun yang beliau hasilkan selalunya berbentuk loose dan

menghiburkan. Karya agung beliau iaitu Jungle Jokes berlatar belakangkan artistik. Jungle

Jokes mengandungi unsur humor yang imaginatif dan simbolik. Walau bagaimanapun, Jungle

Jokes adalah lebih memfokuskan kepada hubungan manusia, haiwan dan alam semulajadi.

Pencapaian terbaru Jaafar Taib ialah Anugerah Utama Kampung Boy 2015 yang

disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, setelah usahanya memartabatkan

1
industri kartun tempatan lebih 30 tahun akhirnya membuahkan hasil pada majlis Anugerah

Kampung Boy 2015.

2.0 Definisi Semiotik

Menurut Chandler (1994), semiotik mula menjadi satu pendekatan yang utama kepada

kajian budaya pada lewat 1960-an, sebahagiannya hasil daripada kerja-kerja Roland Barthes.

Semiotik berasal dari hasil kerja dua orang sarjana iaitu Ferdinand de Saussure dan Charles

Sanders Pierce. Istilah yang digunakan oleh Saussure adalah ‘semiologi’ manakala, Peirce

menggunakan istilah ‘semiotik’ (Halina Sendera Mohd. Yakin & Andreas Totu, 2014). Terma

semiotik dan semiologi adalah dari Bahasa Greek iaitu semeion yang bermaksud sign, dan

kedua-duanya merujuk kepada kajian bagaimana sign membawa sesuatu maksud. Saussure

menunjukkan bahawa Bahasa dihasilkan melalui signs (seperti perkataan) yang membawa

sesuatu maksud dan dia mengandaikan bahawa apa-apa sahaja yang membawa sesuatu maksud

berpotensi dikaji menggunakan cara yang sama seperti linguistic signs, dengan menggunakan

kaedah analisis yang sama.

Dalam analisis beliau dalam linguistic signs, Saussure membuktikan bahawa ada dua

komponen untuk setiap sign. Ia sebagai satu alat untuk menyatakan sign tersebut seperti bunyi

yang membentuk perkataan, atau tanda pada kertas yang kita baca sebagai perkataan, atau pola

bentuk atau warna yang gambar gunakan untuk mewakili objek atau orang (Bignell, 2002).

Menurut Halina Sendera Mohd. Yakin & Andreas Totu (2014), ‘signifier’ merujuk kepada

sesuatu yang dalam bentuk material (fizikal), jelas wujud dan boleh dibezakan oleh deria

manusia. Satu lagi komponen adalah ‘signified’ iaitu melambangkan sesuatu secara literal dan

fizikalnya tidak wujud, yang berada dalam asas abstrak atau menurut Chandler (1994)

‘signified’ adalah suatu konsep yang diwakilinya. Manakala, Peirce mengutarakan trikotomi

iaitu ikon, indeks dan simbol (dipetik dari Faridah Ibrahim, Tika Nuraeni, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, & Normah Mustaffa, 2012).

2
Dalam komunikasi, teori semiotik memberi tumpuan kepada kaedah penstrukturan dan

pengoperasian sistem simbol, yang bermaksud cara sistem simbol adalah berstruktur dan

bagaimana sistem ini beroperasi. Hubungan antara semiotik dan komunikasi jelas ditunjukkan

melalui kenyataan atau tuntutan daripada beberapa sarjana, di antara mereka Wendy Leeds-

Hurwitz (1993) yang menyifatkan komunikasi sebagai aktiviti simbolik manusia, manakala

semiotik ditakrifkan sebagai kajian sistem tanda, yang berkuatkuasa sebagai simbol atau

isyarat. Malah, Leeds-Hurwitz (1993), telah menyatakan bahawa untuk memahami teori

semiotik, yang meliputi konsep seperti ‘signs’, kod dan budaya, beliau menegaskan bahawa

terdapat satu 'special fit' antara semiotik dan komunikasi bukan lisan.

2.1 Jenis-jenis ‘Signs’

Terdapat 3 jenis sign di ambil dari klasifikasi sign Peirce iaitu ikon, indeks dan simbol.

Ikon adalah sign yang sama dengan objek yang diwakilinya. Dalam erti kata yang lain, sign

adalah sesuatu yang memiliki ciri-ciri sama dengan apa yang dimaksudkan. Indeks pula

merupakan sign yang memiliki hubungan sebab dan akibat dengan apa yang diwakilinya atau

disebut juga tanda sebagai bukti. Misalnya, kesan tayar di tanah menunjukkan bahawa ada

kenderaan yang pernah melalui tempat itu. Akhir sekali, simbol merupakan sign berdasarkan

konvensional, peraturan, atau perjanjian yang dipersetujui bersama. Simbol baru dapat

difahami jika seseorang fahaman akan maksud yang telah dipersetujui sebelumnya. Sebagai

contoh, simbol ‘bunga raya’ bagi bangsa Malaysia melambangkan perpaduan. Tafsiran yang

berbeza mungkin dibuat oleh orang yang memiliki latar budaya yang berbeza (Sumbo

Tinarbuko, 2004).

3
3.0 Analisa kartun karya Jaafar Taib

Analisa yang dilakukan di antara kartun karya Jaafar Taib dengan keadaan sebenar

dalam masyarakat dibuat dengan mengaplikasikan teori Semiotik Peirce (1867).

3.1 Isu isu yang dibincangkan di dalam kartun Jaafar Taib dan hubungkait

dengan apa yang berlaku pada masa kini

a) Persahabatan

Dalam gambar 1 (rujuk lampiran), ungkapan ‘makan berkawan, bukan makan kawan’

jelas membayangkan mesej yang ingin disampaikan oleh Jaafar kepada pembaca. Dalam

kehidupan kita, kita memerlukan kawan untuk bergantung harap. Kawan yang boleh kita minta

tolong ketika menghadapi kesusahan. Kawan boleh kita anggap sebagai keluarga. Tetapi,

dalam senario yang cuba disampaikan oleh Jaafar, tidak semua persahabatan boleh

mendatangkan manfaat. Menerusi kartun dalam gambar 1, Jaafar bermaksud jika berkawan,

biarlah susah senang bersama. Kawan hanya dicari ketika senang, bila susah kawan hilang

entah kemana ibarat kacang lupakan kulit. Demikian lah persahabatan pada hari ini. Dengan

menggunakan imej orang dan harimau, Jaafar cuba menyampaikan bahawa harimau adalah

binatang buas dan manusia mungkin menjadi bahan makanannya. Jadi manusia tidak boleh

berkawan dengan harimau. Manusia yang makan kawan ini boleh diibaratkan sebagai harimau

yang membaham mangsanya. Jaafar secara sinis menyindir sikap sesetengah individu yang

mementingkan diri sendiri dan membelot terhadap kawan sendiri seperti mana harimau dalam

kartun itu yang berlari meninggalkan manusia itu ketika manusia itu terpekik terlolong

meminta tolong. Harimau dalam kartun (gambar 1) merupakan simbol yang menunjukkan

bahaya kerana harimau merupakan binatang yang bahaya kepada manusia. Dalam kartun

tersebut, indeks bahaya ditandakan menerusi bunyi lolongan sambil berlari ‘hah! Hah!’.

4
Lolongan dan pekikan memberi isyarat bahawa seseorang itu meminta pertolongan dan dalam

keadaan terdesak.

b) Kasih sayang

Jaafar Taib juga menyelitkan unsur unsur kasih sayang dalam kartun-kartun lakarannya.

Dalam gambar 2, wajah yang gembira dan tersenyum lebar dilakar oleh Jaafar untuk

menunjukkan bahawa si isteri berasa sangat gembira kerana di hadiahkan seutas rantai oleh si

suami. Riak wajah yang gembira dan ukiran senyuman lebar menepati unsur ikon menurut

Semiotik Pierce yang menyatakan tanda kesamaan atau kemiripan dengan secara nyata. Jika

secara nyata, manusia memang akan tersenyum gembira sekiranya menerima hadiah yang

disukai. Ini sangat bersesuaian dengan unsur indeks yang dikemukakan oleh Pierce.

Namun pada gambar 2 disebelah kanan, unsur yang dapat dilihat ialah unsur indeks.

Dimana Jaafar melukiskan mata si isteri besar membulat dan mengetap gigi menandakan dia

terkejut dan marah apabila mengetahui suaminya berhutang dengan ceti untuk membelikan

rantai tersebut kepadanya. Bertepatan dengan unsur indeks yang menjelaskan bahawa tanda

yang menunjuk kepada sebuah erti. Tanda mata membulat dan mengetap gigi rapat memberi

maksud bahawa isteri benar benar marah dan bengang degan tindakan si suami. Keadaan

sedemikian sememangnya berlaku dalam masyarakat. Pada gambar 2 dibahagian bawah pula,

si suami mula bercerita kisah cinta mereka yang manis tetapi kemudiannya si suami mula

bercerita kisah yang pahit dan memalukan menyebabkan isterinya berang. Lakaran yang

dipaparkan oleh Jaafar sangat menyerupai citra kehidupan masyarakat kita. Kita akan beriak

ceria senang hati jika gembira tetapi beriak berkerut jika marah dan tidak puas hati.

5
c) Perbezaan cara hidup

Dalam kartun yang dilukis oleh Jaafar gambar 3 (rujuk lampiran), menunjukkan kanak

kanak yang sedang bermandi mandi di sungai. Menerusi dialog tersebut yang berbunyi

“Apa pasal budak budak kampung suka berkubang sungai.” Dan dibalas “Orang bandar lagi

dahsyat, bangun pagi orang tua suka berada di kolam renang.” Berdasarkan dialog tersebut,

Jaafar menyindir gaya hidup orang berusia di bandar yang hidup dalam keadaan selesa

yang mandi dalam kolam renang dibandingkan dengan di kampung, kanak kanak suka

berkubang di sungai.

Gambar di sebelah kanan pula mengetengahkan isu penyimpanan wang di rumah.

Orang kampung memang diketahui menyimpan duit di bawah bantal tidur berbanding

orang bandar yang menyimpan wang di bank. Kartun tersebut menyindir sikap orang

kampung yang tidak mengendahkan aspek keselamatan. Sebenarnya, mesej yang cuba

disampaikan mempunyai unsur indeks menurut Semiotik Pierce iaitu mempunyai maksud

tersirat. Kawasan kampung kampung terutama di pedalaman tidak mempunyai prasarana

yang lengkap seperti bank untuk simpanan duit. Oleh itu, orang kampung mengambil jalan

mudah dengan menyimpan duit di bawah bantal dan berasakan itu adalah tempat yang

paling selamat.

Jika di bandar, barang barang terpakai seperti tin dan kertas akan dibuang begitu sahaja

selepas digunakan. Tetapi, di kampung, kanak kanak akan mengumpul tin tin susu

kemudiannya digunakan untuk menadah susu getah. Dalam kartun tersebut juga ada di

paparkan pembinaan kandang kambing di bawah rumah. Meskipun akan berhadapan

dengan bau bau yang busuk dan tidak menyenangkan namun pembinaan kandang di bawah

rumah adalah untuk mengelakkan kambing kambing itu dari di curi dan di jual. Bagi

masyarakat kampung, hasil ternakan mereka adalah harta yang paling berharga buat

mereka. Oleh itu, mereka tidak mahu berlaku kehilangan dan kerugian. Karya Jaafar Taib

6
ini jelas menggambarkan kehidupan sebenar di kampung dengan hasil lukisan suasana

kanak kanak mandi sungai, kanak kanak yang berbasikal tua serta ikon rumah kampung

dan kandang kambing. Pembaca dapat memahami dengan jelas mesej yang ingin

disampaikan beserta dialog dialog sinis yang dituturkan.

d) Realiti hidup di Kuala Lumpur

Karya Jaafar taib yang bertajuk KL Kita Punya banyak memberi sindiran pedas kepada

realiti kehidupan di Kuala Lumpur. Dalam gambar 4 (rujuk lampiran) Jaafar dilihat

mengkritik kehidupan sosial anak anak muda di Kuala Lumpur. Dengan menggunakan

dialog yang berbunyi “Apa bekalan yang perlu ada pada anak anak muda yang ingin hidup

di Kuala Lumpur” dan jawapan yang diberikan adalah “pil perancang keluarga”.

Berdasarkan dialog tersebut, Jaafar ingin mengatakan bahawa kemaksiatan yang berlaku

dalam kalangan remaja di Kuala Lumpur semakin berleluasa maka berlakulah kes-kes

pembuangan bayi. Imej lelaki dan wanita yang sedang berdua duaan digambarkan dalam

kartun di atas menonjolkan apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Anak anak muda yang suka

melepak dan bergaul bebas sehingga berlakunya masalah sosial yang sukar di bendung.

Masyarakat di sekeliling semakin tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku.

Selain itu, gambar yang dibawah pula, dilukis seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat

menunggang belakang seorang lelaki tua seolah olah sedang menunggang kuda dan latar

barang mainan bersepah. Disini Jaafar ingin memberi tahu bahawa realiti kehidupan di

Kuala Lumpur ialah, anak- anak bekerjaya menghantar anak mereka untuk dijaga oleh ibu

bapa yang telah bersara atau pencen. Sepatutnya, apabila bersara mereka mempunyai masa

untuk berehat tetapi terpaksa menjadi pengasuh cucu-cucu ekoran daripada upah pengasuh

pada masa kini sangat mahal. Lalu, anak anak ini mengambil jalan mudah dengan

meninggalkan anak mereka bawah jagaan ibu bapa mereka. Jaafar sebenarnya menyindir

7
anak-anak dan individu bekerjaya yang mempunyai sikap sedemikian. Dalam gambar ini,

indeks yang digunakan ialah orang tua yang berkain pelikat dan berkepala botak yang

bermaksud seorang lelaki tua.

Merujuk kepada gambar 4 juga, terdapat gambar kartun yang di lukis dengan imej

budak sekolah. Tetapi budak budak sekolah tersebut tidak berada di sekolah sebaliknya

kelihatan seperti sedang melepak di kompleks membeli belah. Memaparkan situasi

tersebut, Jaafar ingin menyampaikan bahawa pelajar pelajar sekolah di Kuala Lumpur

gemar ponteng sekolah dan menghabiskan waktu persekolahan dengan melepak di

kompleks membeli belah bersama kawan kawan. Secara sinikalnya, ibu bapa menghantar

anak anak ke sekolah untuk belajar tetapi anak anak telah ponteng sekolah. Namun, ibu

bapa tidak tahu perangai sebenar anak-anak mereka. Begitu lah realiti yang dihadapi ibu

bapa di Kuala Lumpur. Lukisan budak budak sekolah yang memakai baju seragam sekolah

dan menyandang beg sekolah merupakan ciri ikon yang menurut Peirce iaitu lukisan

menyerupai ciri sebenar.

8
RUJUKAN

Bignell, J. (2002). Media semiotics: An introduction. Retrieved from

http://classes.dma.ucla.edu/Winter16/8/bignell.pdf

Chandler, D. (1994). Semiotics for beginners. Retrieved from

https://mthoyibi.files.wordpress.com/2011/10/semiotics-for-beginners_the-basics_da

niel-chandler.pdf

Cleau, A. (1977). Cartoon animation for everyone. Great Britain: The Anchor Press Ltd.

Faridah Ibrahim, Tika Nuraeni, Fauziah Ahmad, Chang Peng Kee, & Normah Mustaffa.

(2012). Bahasa komunikasi visual dan pengantaraan produk: Satu analisis semiotik.

GEMA: Online Journal of Language Studies, 12(1), 257-273. Retrieved from

http://journalarticle.ukm.my/3274/1/pp_257_273.pdf

Halina Sendera Mohd. Yakin, & Andreas Totu. (2014). The semiotic perspectives of

Peirce and Saussure: A brief comparative study. Procedia-Social and Behavioral

Sciences, 155, 4-8. Retrieved from http://repo.uum.edu.my/12976/1/1-s2.0.p

Harrison, R, P. (1981). The cartoon communication to the quick. London: Sage

Publications.

Jaafar Taib menang Anugerah Perdana Kampung Boy 2015 (2015, 13 Oktober), Berita

Harian. Retrieved from http://www.bharian.com.my/node/88578

Jaafar Taib. (2008, Januari 18). Retrieved from

http://darialmarikartun.blogspot.my/2008/01/jaafar-taib.html?view=classic

Leeds-Hurwitz, W. (1993). Semiotics and communication: Signs, codes, cultures.

Routledge.https://books.google.com.my/books?id=BNuQncARtCsC&printsec=front

over#v=onepage&q&f=false

Sebeok, T. A. (2001). Signs: An introduction to semiotics. Retrieved from

9
http://teleensm.ummto.dz/pluginfile.php/201059/mod_resource/content/1/T.%20Seb

ok%20-%20Signs.pdf

Sumbo Tinarbuko. (2004). Semiotika Analisis Tanda Pada Karya Desain Komunikasi

Visual. Nirmana, 5(1). Retrieved from

http://nirmana.petra.ac.id/index.php/dkv/article/view/16093/16085

10
LAMPIRAN

Gambar 1 (makan berkawan, bukan makan kawan)

11
Gambar 2 (anda merasa sayang tapi anda merasa benci)

12
Gambar 3 (Orang bandar vs orang kampung)

13
Gambar 4 (KL Kita punya)

14

You might also like