You are on page 1of 2

Tugasan SBLM 1053 – Bahasa Melayu Pengurusan

Semester Pertama sesi 2018/2019 (A191)

Tugasan 1 – Kumpulan (25%)


Tugasan 2 – Individu (15%)
Kuiz 1 – Objektif (10%)
Kuiz 2 – Esei (10%)

TUGASAN 1 – VIDEO BAHASA MELAYU (15%), Pembentangan (10%) dan Laporan


(10%)

Pelajar dikehendaki menghasilkan SATU video berkaitan bahasa Melayu yang berdurasi 10-
15 minit. Tema tugasan akan ditentukan oleh pensyarah masing-masing. Pelajar perlu
membentuk kumpulan yang terdiri daripada TIGA hingga LIMA orang bagi setiap kumpulan.
Tugasan ini perlu dihasilkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Tugasan hendaklah dimuat naik dalam youtube.

Penggunaan bahasa Inggeris tidak digalakkan.

Pastikan tugasan anda ASLI.

Tarikh pembentangan dan serahan : Minggu ke-8

TUGASAN 2- PENULISAN ILMIAH (15%)

Pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah tugasan ilmiah berkaitan Penggunaan Kaedah


Iklan oleh Asmah Haji Omar (1984). Anda perlu menerapkan LIMA (5) kaedah tersebut
dalam mana-mana iklan yang dipersetujui oleh pensyarah anda berdasarkan gaya dokumentasi
American Psychological Association (APA).

Penulisan ilmiah ini perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

Panduan Menulis Tugasan


Format
 Bertaip langkau dua baris
 Menggunakan kertas bersaiz A4
 Saiz huruf 12
 Jenis huruf Times New Roman
 Birai kiri 1.25”; birai atas/kanan/bawah 1.0”
 Nombor halaman di sudut kanan bahagian atas
 Dokumentasi berdasarkan gaya American Psychological Association(APA) dengan
merujuk tujuh (7) sumber/bahan rujukan.
 Jumlah halaman 8-10 halaman
Tugasan anda mesti mengandungi
 Tajuk
 Pengenalan
 Analisis dan perbincangan
 Kesimpulan
 Rujukan
 Lampiran

Peringatan

 Anda digalakkan merujuk buku, majalah, artikel atau laman sesawang yang berkaitan.
 Anda boleh merujuk majalah yang diterbitkan khas dalam bidang yang anda pilih.
 Anda boleh menggunakan bahan bercetak dan elektronik.
 Pastikan anda juga merujuk bahan yang terkini.
 Pastikan setiap rujukan, kutipan dan maklumat didokumentasikan mengikut gaya
APA.
 Patuhi tuntutan dalam penulisan akademik.

Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk cetakan.


Penggunaan bahasa Inggeris tidak dibenarkan.
Tarikh serahan tugasan kedua adalah pada minggu ke-10.

You might also like