You are on page 1of 22

LANGKAH-LANGKAH DIAMBIL BAGI MENGELAKKAN TRAGEDI 13 MEI 1969 BERULANG

LANGKAH YANG DIAMBIL


Rukun Negara

Wawasan 2020

LANGKAHLANGKAH

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Pelajaran Negara


Rukun Negara
• Diisytiharkan pada tahun 31 Ogos 1970 • Ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk
menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang
berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya(Ismail Said, 2011)
LATAR BELAKANG
• Setelah rusuhan yang bermula pada 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
darurat. • Setelah darurat diisytiharkan pada 16 Mei, sistem kerajaan berparlimen
digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN @ NOC) ditubuhkan. • MAGERAN berjaya
mengawal keadaan rusuhan tersebut, namun, langkah yang lebih diperlukan bagi
mententeramkan ketegangan antara kaum.
• Bagi mengurangkan tekanan antara kaum ini, kerajaan telah menubuhkan Majlis
Muhibah Negara dan Jabatan Perpaduan Negara. • Kemudiannya digabungkan menjadi satu
agensi iaitu Kementerian Perpaduan Negara. • Selain agensi tersebut, MAGERAN juga
menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN).
• MPN telah membuat kesimpulan bahawa masyarakat Malaysia masih terpisah kerana
faktor keturunan, agama dan pekerjaan. • MPN menentukan bahawa bagi mensasarkan
pembangunan masyarakat, usaha pembangunan haruslah berpandukan kepadad prinsip asas
tertentu seperti kesetiaan kepada Raja dan negara, menghormati serta mempertahankan
Perlembagaan dan patuh kepada undangundang negara.
• Idea ini mencetus satu ideologi negara yang mampu mengatasi perpisahan kaum yang
boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia. • Dengan itu, Rukun Negara telah dicipta dan
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.

Dipetik dari buku Kenegaraan Malaysia


PRINSIP RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
i. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat ii.
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama iii. Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak iv. Membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Dipetik dari buku Sejarah Malaysia Moden(1945 – 1969) oleh Ismail bin Said.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”
-Falsafah Pendidikan Negara-
LATAR BELAKANG
• Jawatankuasa Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1956. • Tugas utama jawatankuasa
ini adalah bagi:
– Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam – Menjadikan bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan – Memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara
• Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960. • Matlamat utama adalah bagi mewujudkan persefahaman dan
perpaduan di kalangan rakyat.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
1. Menyediakan kurikulum yang sama kandungannya 2. Mewajibkan bahasa Malaysia
digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah dan institusi pengajian
tinggi 3. Menggunakan buku teks yang berlatarkan Malaysia 4. Memperluaskan
pendidikan vokasional dan teknik
5. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) yang
berasaskan 3M 6. Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Berseoadu
Sekolah Menengah(KBSM) yang menekankan persepaduan antara unsur-unsur intelektual ,
rohani, emosi dan jasmani.
DASAR EKONOMI BARU
• Tempoh pelaksanaan: 1970 – 1990 • Antara matlamat yang ingin dicapai termasuklah:
– Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum – Menyusun semula masyarakat bagi
mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

• Merupakan program pembangunan yang mesasarkan kemajuan dari sektor ekonomi.


STRATEGI MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
a) Memodenkan kawasan luar bandar bagi meninggikan produktiviti dan taraf hidup b)
Menyusun semula struktur guna tenaga dan penglibatan pelbagai kaum dalam sektor
ekonomi negara agar ia akan menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan dan
fungsi ekonomi c) Menanbah penguasaan dan pemilikan modal saham dalam kalangan
rakyat negara ini termasuk pemilikan kaum bumiputra dan kaum-kaum lain
• Memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan
orang Melayu dan kaum bumiputra yang lain dalam semua bidang kegiatan ekonomi
WAWASAN 2020
• Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 28 Februari 1991 • Merupakan visi yang
ditetapkan agar negara maju dengan mengikut acuan sendiri. • Langkah yang digunakan
bagi “membentuk

negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjungi masa depan yang bakal dikongsi
bersama.” (Ismail Said, 2011)
SASARAN WAWASAN 2020
• Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya,
bangga akan keadaanya dan segala sesuatu ang dicapainya dan cukup tangkas untuk
menghadapi segala macam rintangan • Membentuk dan memperkembangkan sebuah
masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokratik Malaysia
yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh
negara-negara membangun yang lain.
• Membentuk sebuah masyarakat yang matang dan bersifat toleran. • Membentuk
masyarakat yang bersifat sains serta progresif. • Mewujudkan masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang. Mewuudkan masyarakat yang mementingkan kebajikan semua insan
dan mempunyai sistem kekeluaraan yang kukuh.
• Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. • Mewujudkan
masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat
dinamik, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

You might also like