You are on page 1of 5

PERANG DUNIA KEDUA

AHLI KUMPULAN:
B.Venghadanatha
Norman Shoghi Effendi
M.Sutharsan
2a. Jelaskan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. (6m)

Faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua ialah kemunculan ideologi atau tokoh baru iaitu, kemunculan
pemimpin-pemimpin nasionalisme yang memiliki fahaman politik yang melampau. Contohnya, di Itali, terdapat
Gerakan Fasisme dibawah Benito Mussolini. Beliau mengembangkan fahaman kepentingan individu dan
percaya kepada nasionalisme melampau termasuk berperang bagi meningkatkan imej negara.
Selain itu, faktor lain ialah ketidakpuasaan Perjanjian Versailles. Jerman berasa Perjanjian Versailles itu tidak
adil dan perjanjian itu menjejaskan kedaulatan negaranya. Jerman dipaksa membayar pampasan. Melalui ini,
Jerman mengalami kehilangan tanah jajahan dan kemelesetan ekonomi. Itali juga tidak puas hati kerana tidak
diberikan tanah jajahan seperti Peranchis dan Britain.
Akhir sekali, faktor terakhir ialah kegagalan Liga Bangsa. Badan pengaman gagal menyelesaikan konflik
yang berterusan. Ia gagal menguatkuasakan kandungan perjanjian Pelucutan Senjata 1934. Terdapat tiga bukti
kegagalan Liga Bangsa iaitu, Jepun menakluki Mnachuria wilayah bawah China, Jerman besarkan angkatan
tenteranya dan Itali menyerang Habsyah di Afrika.
2b. Terangkan peristiwa Perang Dunia Kedua.(6m)

Perang Dunia Kedua di Eropah Meletus apabila Jerman menyerang Poland pada bulan September 1939. Ini
menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Selepas peperangan diisytiharkan,
Jerman memulakan serangan Blitzkrieg bagi menakluki negara di Eropah Barat. Jerman Berjaya menawan
Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis. Selain itu, Jerman melancarkan
serangan udara dan laut terhadap Britain pada September 1940 hingga Jun 1941. Jerman menyerang Kawasan
perindustrian dan Pelabuhan Britain bagi melumpuhkan ekonomi Britain.Disamping itu, Itali, sekutu Jerman
mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Peranchis pada Jun 1940. Tentera Itali menyerang Perancis melalui
arah selatan, manakala tentera Jerman menyerang Perancis dan arah utara. Setelah menguasai Eropah Barat,
Jerman telah melancarkan Operasi Barbarossa, iaitu serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Hitler ingin
menguasai Ruisa, iaitu empayar terbesar di Eropah untuk mencapai cita-citanya menguasai seluruh Eropah.
Operasi ini menyasarkan bandar utama di Rusia, iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad.
2c. Bagaimana peperangan dapat dielakkan pada masa kini ? (8m)

Langkah untuk mengelakkan peperangan pada masa kini ialah mengkukuhkan hubungan diplomatik antara
negara dunia. Pemimpin negara mestilsh mengadakan lawatan kerjasama antara negara. Selain itu, langkah lain
ialah menggunakan cara perundingan dalam penyelesaian masalah antara negara. Misalnya, tuntutan bertindih
kepulauan antara dua negara dan konflik sempadan. Disamping itu, langkah seterusnya ialah haruslah bekerjasama
dalam melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Melalui ini, hubungan antara
negara dengan rakyat dapat diperkukuhkan. Akhir sekali, langkah terakhir ialah wajiblah memperkukuhkan
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai badan pengaman dunia. Rakyat dan negara mestilah
menghormati ketepatan badan antarabangsa dan piagam PBB.

You might also like