You are on page 1of 10

CHARITY

RIGHT
Profil Projek
M E N G E NA I
KA MI

Kemiskinan adalah antara faktor-faktor utama anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah
berada pada risiko yang lebih tinggi untuk keciciran di sekolah, dan sekaligus mengurangkan
peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Kami berhasrat untuk
menyelesaikan masalah ini melalui program 'Feed to Educate' kami.

Program ini adalah unik kerana kami akan memastikan keluarga yang menerima bantuan makanan
bulanan ini tidak akan bergantung harap kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan
pendapatan tambahan, seterusnya membolehkan anak-anak mereka untuk ke sekolah dan
memberi tumpuan kepada pelajaran mereka.
C A RTA
O R GA N I S A S I
DOLORE
Lorem

Mohd Nurhisyam Shamil Hassaan


Shamsir Mohd Alauddin Izhar
Pengarah Projek Penolong Pengarah Pengurus Kewangan
Projek & Operasi
DOLORE
Lorem
Mengenal Pasti Keperluan
Kami mengenal pasti sekolah-sekolah yang mempunyai masalah
ketidakhadiran pelajar yang tinggi disebabkan oleh kedaifan, dan menapis
senarai penerima manfaat yang akan menerima bantuan makanan melalui
program Feed To Educate kami.

Menyediakan Bantuan
Kami menyediakan bantuan makanan mentah bulanan kepada
keluarga melalui dana yang dikumpulkan daripada sektor-sektor
awam dan swasta. Bekalan makanan tersebut bertujuan untuk
mengimbangi perbelanjaan yang diperlukan oleh keluarga untuk
menghantar anak-anak ke sekolah.

Memantau Kemajuan
Kami sentiasa memantau kemajuan akademik anak-
anak yang kami bantu melalui pihak sekolah dan
memastikan anak-anak ini tidak hadir ke sekolah tanpa
P R OS E S sebab yang munasabah. Kami percaya pendidikan
adalah salah satu cara yang terbaik untuk memimpin
KA M I kanak-kanak ini keluar daripada lembah kemiskinan.
TA PA K
P R OJ E K
KA M I

benefisiari benefisiari

benefisiari
benefisiari

benefisiari benefisiari
DOLORE
P R OJ E K - P RO J EK
Lorem
KA M I ( S EK O LA H )

Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat,


Perlis
Bantuan diagihkan kepada 100 pelajar, 69 orang
daripadanya terdiri daripada golongan miskin, 19
orang anak yatim dan 12 orang pelajar kelainan
upaya. Purata pendapatan per kapita adalah RM
122.70 sebulan.

Mutiara Aman School Cyberjaya,


Selangor
Fokus sekolah adalah untuk menawarkan
pendidikan berdasarkan kurikulum IGCSE kepada
masyarakat setempat pada harga yang
berpatutan.
DOLORE
P R OJ E K- P R O JE K
Lorem
KA M I ( R UM A H AN AK
YATI M )

Rumah Gemilang (ADIK),


Sik, Kedah
Buat masa ini, rumah anak yatim ini menempatkan lebih
daripada 70 orang lelaki dan perempuan. Komitmen pihak
pengurusan terhadap pencapaian akademik anak-anak yatim
ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan mereka
disenaraikan sebagai salah satu daripada benefisiari kami

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak


Yatim & Miskin Nur Hidayah,
Baling, Kedah
Ditubuhkan dengan tujuan untuk melindungi anak-
anak perempuan yang yatim atau daripada
keluarga yang miskin. Kini, terdapat hanya kira-
kira 20 orang pelajar yang tinggal di sini, manakala
beberapa orang pelajar yang lain telah pun
melanjutkan pelajaran ke menara gading
DOLORE
P R OJ E K- P R O JE K
Lorem
KA M I ( S EK O LA H
P E R LA R I A N )

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwaniah,


Puchong, Selangor
Sekolah ini menempatkan kira-kira 80 orang pelajar
dari umur 4 hingga 15 tahun. Charity Right
membantu 140 orang pelarian (keluarga dan anak-
anak) dari sekolah ini.

Akademi Rohingya Malaysia,


Kajang, Selangor

Akademi Rohingya Malaysia adalah sebuah


syarikat sosial yang mempunyai visi untuk
membina dan memperkasakan masyarakat
Rohingya di Malaysia melalui pembangunan
komuniti dan pendidikan.
DOLORE
Lorem

KEYNOTE THEME
Mirum est notare quam littera gothica

Company name, 5647 Street


Address, Country

youremail@myemail.com
Phone: 1(355)979 68 76

You might also like