You are on page 1of 1

Maksud kajian pasaran mengikut

kesesuaian.
Code EVJDYG Author Super User
Created Date 2016-08-08 23:56:27 Last Update 2016-08-08 23:56:27
Rating Votes 14

Soalan : Untuk makluman, berdasarkan soalan lazim pada 1PP (1 Pekeliling Perbendaharaan) para
6 menyatakan : 6. Apakah kaedah yang boleh diguna pakai sebagai Kajian Pasaran bagi perolehan
secara pembelian terus? Selaras dengan 1PP/PK2, Agensi perlu mendapatkan tiga (3) tawaran harga
daripada pembekal tempatan melalui kaedah kajian pasaran yang ditentukan Agensi sendiri. Agensi
boleh membuat kajian pasaran mengikut kesesuaian seperti dalam bentuk sebut harga quotation)
tidak formal, window shopping, carian dari laman web, harga pembelian lampau dan lain-lain.
Agensi boleh menentukan kaedah kajian pasaran yang paling sesuai dengan bekalan/perkhidmatan
yang ingin diperolehi. Mohon pencerahan daripada pihak tuan, maksud kajian pasaran mengikut
kesesuaian ? Adakah kajian pasaran melalui telefon dan dicatatkan (Tarikh, Nama Syarikat dan
butiran sebutharga yang diperolehi) boleh diterima sebagai salah satu kaedah kajian pasaran dan
sebutharaga yang diterima Jabatan.

Jawapan : 1PP, PK 2 adalah dirujuk bagi soalan berkaitan. Secara umumnya, kajian pasaran yang
berpatutan hendaklah dibuat supaya perolehan yang hendak dilaksanakan adalah paling sesuai dan
menguntungkan dengan mengambil kira aspek kualiti dan harga. Selaras PK 2, kajian pasaran bagi
pembelian terus hendaklah dibuat dengan mendapatkan sekurang-kurangnya tiga (3) tawaran harga
daripada pembekal tempatan. Pada pandangan Audit, Jabatan/Agensi boleh menentukan kaedah
kajian pasaran yang bersesuaian bergantung kepada bekalan/ perkhidmatan yang ingin diperoleh.
Sekiranya kajian pasaran dilaksanakan melalui panggilan telefon, Jabatan/Agensi hendaklah
menetapkan format rekod yang bersesuaian bagi pelaksanaan kaedah tersebut berbanding tawaran
harga berbentuk quotation, carian dari laman web dan harga pembelian lampau yang mempunyai
sumber dokumen secara fizikal sebagai bukti kajian pasaran telah dilaksanakan sewajarnya. Oleh
itu, format rekod atau daftar yang disediakan hendaklah mengandungi maklumat pembekal yang
terperinci seperti nama pembekal, tarikh, tawaran harga, nama pegawai yang menjalankan kajian
pasaran dan lain-lain maklumat yang bersesuaian. Bagaimanapun memandangkan kajian pasaran
dilaksanakan melalui panggilan telefon, Jabatan/Agensi boleh pada masa yang sama turut meminta
pembekal mengemukakan tawaran harga (quotation) tidak rasmi terutamanya pembekal yang
mempunyai syarikat. Ini adalah kerana kaedah tawaran harga (quotation) daripada pembekal adalah
lebih reliable berbanding panggilan telefon sahaja kerana ia mendedahkan Jabatan/Agensi kepada
risiko penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab mengikut
kepentingan masing-masing. Namun sekiranya Jabatan/Agensi menetapkan kajian pasaran
dilaksanakan melalui pangilan telefon, maka kawalan dalaman hendaklah diwujudkan secukupnya
bagi mengelakkan kaedah tersebut disalah guna.

You might also like