You are on page 1of 12

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |1

UNIT PELAJARAN 1
PENGENALAN KEPADA BAHAN BANTU MENGAJAR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan konsep bahan bantu mengajar.


2. Menjelaskan ciri-ciri bahan bantu mengajar.
3. Menjelaskan teknik pemilihan dan penilaian bahan bantu mengajar.

PENGENALAN

Pembinaan bahan bantu mengajar memerlukan guru pemulihan khas yang kreatif dan
inovatif, khususnya dalam mengajar kemahiran asas 3M (membaca,menulis dan
mengira. Pembinaan BBM seharusnya diasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran
sedia murid pemulihan khas. BBM yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang fleksibel dan
mudah digunakan dalam sebarang situasi dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu BBM
yang berkesan akan menjadikan pembelajaran lebih produktif dan mempercepatkan
kadar pembelajaran serta menjadikan pengajaran lebih bersifat individu yakni
berasaskan keupayaan diri.

DEFINIS BAHAN BANTU MENGAJAR

B
ahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di
dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan
hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,
mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami
oleh murid-murid .Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar
kepada tiga kumpulan: alat bpendengaran, alat-alat pandangan dan alat
pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua
multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

Manakala Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 )


mengkelaskannyakepada dua iaitu “ software dan hardware”. Ngui Kuen Sang
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |2

(1981) m e n g e n a i B B M , k i t a t i d a k d a p a t m e m b e r i t a k r i f y a n g
t e t a p w a l a u p u n p a d a keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa
penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”

Atan Long (1982) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan
boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku,
carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat
penyampaiannya dinamakan BBM.” Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963)
…hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi
yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang
berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi
dan daya penghargaan.”
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM
boleh dibahagikankepada tiga kategori:

a. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,


filemjalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, p ita rakaman,
piring hitam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
b. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik
seperti suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih,
papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.
c. Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran,
bahanmaujud (realia) dan sebagainya

OBJEKTIF PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Penggunaan BBM yang berkesan berjaya menarik minat murid dan mengekalkan
situasi pengajaran yang lebih menarik. BBM yang menggunakan pelbagai deria akan
memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar, khususnya
konsep yang abstrak. Penggunaan multimedia yang terdiri daripala slaid,video dan
audio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara sendirian atau
berkumpulan. Jika BBM digunakan secara betul dan sesuai dengan pengalaman murid
objektif-objektif berikut akan tercapai.

Menyediakan asas yang kuat untuk sesuatu konsep

Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar

Objektif Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal


Penggunaan
Bahan Pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri
Bantu dikalangan pelajar
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |3

Mengajar Membina pemikiran yag berterusan terutama melalui multimedia

Membantu perkembangan dan perbendaharaan kata

KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM) DI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 ) kepentingan BBM
bolehlah dirumuskan seperti berikut:

 BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep


 Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
 Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
 Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di
kalanganpelajar
 Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
 Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
 Boleh memberi pengalaman baru dan m enjadikan pembelajaran lebih
mendalam danberagam.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

 memberi rangsangan dan minat murid-muird.


 menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada murid-murid.
 membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadik
a n p e m b e l a j a r a n mereka lebih kekal.
 menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-
cara lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
 dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
 ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkan lagi bacaan murid-murid.
 menjimatkan masa
 dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
 menyeronokkan murid-murid.

PRINSIP PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |4

3.1 Pelbagai bahan bantu mengajar berbagai BBM dapat mempelbagaikan


kegiatan ataupengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau
kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke
pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized ,demontrasi,
pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.

3.2 Mutu bahan bantu mengajar:

Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan


dan pemilihannya sebagaibahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan
bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat.
Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan
rupa– sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian
saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah
dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara
percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli
belah, pihak swasta dan sebagainya.

3.3 Kecekapan Menggunakan BBM:

Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya


menyebabkanpengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran
itu seluruhnya. Masa mengendalikanBBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan
apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa beradadi dalam keadaan baik,
boleh beroperasi dan menepati fungsinya.Guru harus pandai memilih butir-butir penting
yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan
keperluan muriddan masa yang diperuntukkan.

3.4 Kesesuaian BBM

BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yanghendak


disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalahsia-sia sahaja.

STRATEGI MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR.

a . B B M d i c i p t a a t a u d i b u a t n y a s e n d i r i b u k a n d i b e l i di kedai-
kedai secara s e w e n a n g - w e n a n g n y a s a h a j a . A p a y a n g p e n t i n g n y a d i
s i n i i a l a h s e m a n g a t d a n kegigihan guru-guru itu sendiri yang perlu
ditiru. Contohnya di dalam pengajaran jawi, alat tulisnya dibuat sendiri dari
buluh atau rotan sahaja tetapi hasilnya adalah bermutu tinggi dan sukar ditandingi
sehingga sekarang.

b. Daya kreativiti yang tinggi. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius,
kerana s a l a h s a t u s y a r a t u n t u k m e n j a d i s e o r a n g g u r u y a n g b a i k
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |5

i a l a h i a m e m p u n y a i n i l a i kreativiti yang baik seperti di dalam seni


lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran
menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawiperlu dihidupkan semula.
Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik
dan j e l a s s u d a h t e n t u m e n g h a s i l k a n B B M y a n g m e n a r i k s e p e r t i
t u l i s a n p a d a k a d - k a d imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan
gulung, carta-carta dan sebagainya.Begitu juga hasil-hasil karya sastera
seperti puisi-pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri
dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa
mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.

c. Menggunakan bahan-bahan tradisional atau bahan terbuang sepenuhnya: Bahan-


bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti
rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki
lama, batu-batan,kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah,
guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu,
daun-daun kering dan sebagainya.

d. Cekap mengguna dan menyesuaikan BBM dengan kebolehan murid: Pengalaman


mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja
mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan
dan minat muridnya. Dapat dilaksanakan dengna bmelibatkan
pancaindera.

Sebagai guru kita perlu kembali kepada asas mengapa menggunakan


BBM. Bilangan murid sekolah rendah yang puratanya 30 -35 orang masih
belum mencukupi untuk disediakan BBM yang berbetuk elektronik khususnya
sekolah di luar bandar. Dengan terwujudnya kelas bestari telah menimbulkan
masalah ketidakcukupan komputer untuk menyokong pengajaran. Dalam hal
inilah kreativiti guru sagat diperlukan dalam menghasilkan BBM yang boleh
menjadi ganti kepada media elektronik ini.

Dengan sebab itulah guru p e r l u c e k a p , k r e a t i f d a n a k t i f m e n c i p t a B B M


sebagai gantinya seperti kegunaan kertasmahjong, kad-kad gambar, kad
sukukata, kad–kad ayat, kad huruf, kad imbasan, bahan maujud, model-
model dan sebagainya ganti. Masih ada sekolah di luar bandar yang tiada
kemudahan elektrik, bagaimanakah bahan-bahan elektronik hendak
digunakan di sekolah-sekolah berkenaan? Ini sudah tentu satu pilihan lain perlu
diadakan sebagai gantinya.

Huraikan ciri-ciri bahan bantu mengajar yang baik untuk


mengajar kemahiran membaca asas murid pemulihan khas

membaca asas murid pemulihan khas


Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |6

PRINSIP PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran dan prinsip -prinsip
pemilihan bahan pengajaran iaitu;

a. Sesuai

Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan,dimana konsep sesuatu


mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan keterangan berkaitan dengan
mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami
oleh pelajar seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan
bahan hendaklah mempunyai hubungan kes sesuai dengan perkara berikut:

a. Objektif dan matlamat pengajaran bahasa


b. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c. Keadaan pelajar
d. Suasana Pembelajaran
e. Minat pelajar bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat
pengajaran.

Guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu menentukan


objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan.Dengan
pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan -bahan yang sesuai dan dapat
membantu ke arah pencapaian objektif tersebut.Bahan yang dipilih hendaklah
sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negeri dan juga bersesuaian dengan
kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan. Faktor latar belakang
pengalaman sosial,pendidikan, ekonomi dan taraf pencapaian ketika menyediakan
bahan.Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar,isi pelajaran,
bahan dan guru.Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah
pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga
konsep yang penting.

b. Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan
pemikiran dan tingkahlaku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan
rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.Satu strategi
pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan
yang dipilih itu mestilah bahan yang mengandungi ciri-ciri:
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |7

Bahan kini kepada Ciri-ciri Bahan yang konkrit


akan datang bahan yang kepada bahan yang
Mencabar abstrak
Bahan umum kepada Bahan yang mudah
teori kepada yang
kompleks
Fakta terasing
kepada bersepadu
bahan khusus
kepada umum
Bahan khusus
kepada bahan umum

c. Menepati
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang
menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah
menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahan, proses pembelajaran dan pengajaran.
Ketepatan sesuatu bahan berdasarkan ciri-ciri berikut:
a. Kurikulum pengajaran sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b. Susunan bahan
c. Mengandungi maklumat atau fakta yang tepat
d. Maklumat yang kemaskini
e.Perbendaharaan kata yang sesuai
d. Bahan Pengajaran yang diperakui.

Menarik

a. Reka letak;peta, lukisan,carta,jadual,graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun


berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan
pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

b. Saiz huruf cetak atau saiz haruslah sesuai dengan peringkat umum pelajar.
c. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran tetapi berfungsi
sebagai maifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau
mengukuhkan pembacaan pemahaman
d. Kualiti kulit dan cara buku dijilid.
e. Bahan Pengajaran menganadungi arahan yang jelas.
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |8

Jimat dan Mudah


Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidaksemestinya
mahal. Sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya
dengan menggunakan bahan terbuang.

Praktikal

Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya


praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhana
dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasi
sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasaa dalam komunikasi. Selain
daripada itu bahan itu mestilah tahan lasak jika digunakan berulang kali dan sekiranya
digunakan untuk lebih daripada satu mata pelajaran lain.

Mudah Alih

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa


kemana-mana, dan tidak t erlalu berat atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain
semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional,
perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih
ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri. Prinsip berikutnya adalah bahan yang telah
dipilih dan diolah,yang mana difikir sesuai untuk diketengah kepada murid-
murid, pembinaanbahan-bahan pengajaran bolehlah dimulakan. Dalam proses
pembinaan bahan pengajaran, banyak faktor yang harus difikirkan. Walau
bagaimanapun, dalam bahagian ini, aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi
perhatian oleh guru . Ini juga melibatkan bentuk dan fungsi bahasa, ketepatan,
kepelbagaian,kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan dan nilai, standardisasi dan
simplikasi.

Dalam hal sama Asmah Omar (1984) menjelaskan kriteria pemilihan bahan
mestilah merujuk kepada tiga sudut iaitu sudut guru, pelajar dan pedagogi dan bahasa.

Kriteria Pemilhan Bahan

Sudut Guru Sudut Pelajar Sudut Pedagogi dan Bahasa

Tujuan dan objektif Kesesuaian Peringkat Umur Penggunaan Bahasa dan


Pengajaran Penyampaian jangkamasa
Aspek lisan,tulisan dan
pemahaman
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |9

Senaraikan lapan (8) kriteria pemilihan bahan bantu mengajar mengikut perspektif guru,pelajar
dan keperluan pedagogi
a. _________________________________________
b._________________________________________
c. _________________________________________
d. _________________________________________
e. _________________________________________
f. _________________________________________
g. _________________________________________
h. _________________________________________

Rumusan
 Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang sangat penting sebagai media
dalam pengajaran.
 Sebagai guru pemilihan khas, anda perlu kreatif dan inovatif menghasilkan
bahan bantu mengajar terutamanya dalam kemahiran 3M.
 Pemilihan Bahan bantu mengajar bergantung kepada keperluan mata pelajaran
dan kemahiran yang hendak diajar.
 Prinsip-prinsip pemilihan bahan bantu mengajar mestilah dipatuhi agar ianya
berkesan dalam penggunaannya.

Rujukan
Otto,W & Smith,K (1980) Corective and remedial teaching. Houghton Miffllin.
Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemuilhan Khas
(Masalah Penguasaan 3M) Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan Pendidikan Khas.2001. Manual IPP3M Tahun 3 (Kegunaan Program


Pemulihan Khas) Kementerian Pelajaran Malaysia

Hallahan, D.P & Kaufman, J.M (1997). Exceptional Children: Introduction to Special
Education (7th ed.) Needham Heights M.A: Allyn & Bacon

Kirk, S.A & Gallanger, M.C (1989). Educating Exceptional Children. Boston: Houghton-
Mifflin

Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general education
classroom (6th. Ed.) Ohio: Prentice Hall
P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 10

Kathlen, L & Erik, C. 2010. Remedial and Special Education. Hammill Institute & Sage.

.
P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 11
P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 12

You might also like