You are on page 1of 7

Majlis Malam Sambutan Tahun Baharu Cina 2017

Mengumumkan ketibaan

Yang Berhormat Datuk Hj. Sapawi Bin Hj. Ahmat,

Ahli Parlimen P178 Sipitang,

Dan semua tetamu kehormat Pesta Angpau 2017.

Bagi memulakan majlis pada malam ini, marilah kita

sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu

Sabah Tanah Airku.

Hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berhormat Datuk Hj. Sapawi Bin Hj. Ahmad,

Ahli Parlimen P178 Sipitang,

Yang Berhormat Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Bujang,

ahli DUN N28 Sindumin,

Tuan. Latip Haji Amat, Pegawai Daerah Sipitang,

En. Yeo Boun Kiat, Presiden Dewan Perniagaan dan

Perindustrian Tionghua Sipitang,

En. Wong Ket Siang, Pengerusi penganjur Pesta

Angpau 2017.

Dan hadirin hadirat yang dihormati sekalian.


Selamat datang ke Majlis Malam Sambutan Tahun

Baharu Cina 2017.

Bagi meneruskan majlis kita pada malam ini, majlis

menjemput En. Wong Ket Siang, Pengerusi penganjur

Pesta Angau 2017 untuk menyampaikan ucapan alu-

aluan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi penganjur.

Seterusnya, majlis menjemput En. Yeo Boun Kiat,

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian

Tionghua Sipitang untuk menyampaikan ucapan

beliau.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang

Berhormat Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Bujang, ahli DUN

N28 Sindumin, untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada Yang Berhormat

Datuk.
Seterusnya, majlis dengan hormatnya menjemput

tetamu khas kita pada malam ini, Yang Berhormat

Datuk Hj. Sapawi Bin Hj. Ahmad, Ahli Parlimen P178

Sipitang, untuk menyampaikan ucapan seterusnya

merasmikan majlis pada malam ini dengan upacara

memukul gendang dan upacara ‘Lau Shang’ .

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis memohon Yang Berhormat Datuk untuk singgah

di atas pentas untuk menyempurnakan upacara

memukul gendang dan ‘Lau Shang’ sebagai tanda

perasmian Pesta Angpau 2017.

Majlis juga menjemput semua tetamu kehormat untuk

naik ke atas pentas dan sama-sama melakukan

upacara perasmian ini.


Majlis seterusnya menjemput

____________________________________________

Untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang

Berhormat Datuk Sapawi Bin Hj. Ahmat,

Ahli Parlimen P178 Sipitang.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu

kehormat.
Persembahan tarian oleh SJK(C) Chung Hwa Sipitang.

Persembahan lagu Tahun Baharu oleh adik

_______________________________________.

Nyanyian dari adik ____________________ dari

SJK(c) Chung Hwa Mesapol.

Tarian dari Tadika SJK (c) Chung Hwa Sipitang.

Nyanyian dari adik Kong Yi Chi, adik Thea, adik Alisa

dan adik Jacenta untuk menyampaian sebuah lagu.

Kini, kita akan dihiburkan oleh jemputan khas daripada

Gabungan Persatuan Brunei dan Sk Pekan Sipitang

yang akan memeprsembahkan Tarian Brunei- Joget

Ampuk-ampuk Bulan.

Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan

ini.
Seterusnya, acara pemberian Ang Pau kepada warga

emas yang berumur 60 tahun ke atas akan dijalankan.

Oleh itu, majlis menjemput Tetamu kehormat kita,

Yang Berhormat Datuk Sapawi Bin Hj. Ahmat,

Ahli Parlimen P178 Sipitang, untuk menyempurnakan

acara ini.

Dipersilakan yang berhormat datuk.

Terima kasih diucapakan kepada Yang berhormat

datuk.

Cabutan bertuah.

Pemberian Ang Pau kepada kanak-kanak yang

berumur 12 tahun ke bawah.

Oleh itu, majlis menjemput Tetamu kehormat kita,

Yang Berhormat Datuk Sapawi Bin Hj. Ahmat,

Ahli Parlimen P178 Sipitang, untuk menyempurnakan

acara ini.

Dipersilakan yang berhormat datuk.

Terima kasih diucapakan kepada Yang berhormat

datuk.
Cabutan bertuah.

Maka dengan ini, berakhirlah majlis malam sambutan

tahun baharu cina 2016.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas

kehadiran semua tetamu kerana kehadiran anda

semua telah memeriahkan majlis pada malam ini.

Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan

sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang

pengendalian majlis pada malam ini.

semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Sekian, terima kasih.

You might also like