You are on page 1of 2

NOTA KBAT SAINS

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA SAINS

BAB 2 : SEL SEBAGAI UNIT ASAS KEHIDUPAN

S1 Mengapakah sel haiwan tidak mempunyai kloroplas?


J1  Haiwan tidak menjalankan proses fotosintesis seperti tumbuhan

S2 Adakah haiwan yang bersaiz besar mempunyai bilangan sel yang banyak berbanding
haiwan yang bersaiz kecil?
J2  Ya.
 Semakin besar haiwan, semakin bertambah bilangan sel.
 Haiwan yang besar mempunyai bilangan sel yang banyak berbanding haiwan yang kecil

S3 Adakah haiwan yang bersaiz besar mempunyai saiz sel yang besar berbanding haiwan
yang bersaiz kecil?
J3  Tidak
 Haiwan bersaiz besar dan kecil mempunyai saiz sel yang sama.
 Bilangan sel sahaja yang berbeza

S4 Mengapakah sel bawang tidak mempunyai kloroplas?


J4  Bawang merupakan bebawang yang bertumbuh di dalam tanah yang tiada cahaya
 Sel bawang tidak memerlukan kloroplas kerana tidak terdedah kepada cahaya

S5 Bagaimanakah sel membantu polis menyelesaikan kes jenayah?


J5  Polis menggunakan DNA yang terdapat dalam sel manusia.
 DNA manusia tidak sama antara satu sama lain
 DNA mengandungi maklumat genetik. Setiap sel badan mempunyai maklumat genetik yang
sama
 Polis menggunakan bahagian-bahagian sel badan seperti helaian rambut, titisan darah atau
kesan cap jari yang berada di kawasan jenayah
 Bahagian sel badan akan memberikan maklumat genetik suspek atau mangsa.
 Oleh itu, polis dapat mengesan dan mengenalpasti suspek dan mangsa bagi membantu
menyelesaikan kes.

You might also like