You are on page 1of 3

KUIZ KEUSAHAWANAN (KUWS3013)

NAMA : MUSTAKIM BIN MUSTAFA

KUMPULAN : KUMPULAN 2

NO. ANGKA GILIRAN :

SOALAN 1:

Sejak berubahnya kerajaan di Malaysia, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada


peningkatan bilangan usahawan dalam negara. Sebagai menteri sumber manusia terdapat
beberapa kepentingan usahawan kepada negara kita.

Pertama ialah sebagai pemangkin kepada pembangunan negara. Kegiatan


keusahawanan membolehkan usahawan menggunakan sumber yang sedia ada dengan dan
membanyakkan sumber yang ada. Sebagai contohnya, kawasan yang terbiar akan
diusahakan menjadi kawasan yang lebih baik dan boleh memberi manfaat kepada orang
ramai. Selain itu, ia juga mampu menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Kedua ialah mampu meningkatkan pendapatan negara. Kegiatan keusahawanan


menghasilkan cukai yang menjadi tunggak utama kepada pendapatan negara. Hal ini
meliputi cukai cukai jualan, duti eksport, duti import dan sebagainya.

Ketiga ialah mampu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Apabila lebih ramai usahawan dilahirkan dalam sesebuah negara, mereka bukan sahaja
mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk malah boleh meningkatkan kadar
KDNK negara dengan menggalakkan pertukaran mata wang asing.
SOALAN 2:

Kumpulan CEMPAKA ingin mencari idea perniagaan yang terbaharu, mereka


menggunakan kaedah sumbangsaran tetapi kurang berkesan. Selaku penasihat kepada
kumpulan tersebut, saya bertanggungjawab menasihati kumpulan tersebut mengenai
proses penjanaan idea perniagaan yang berkesan.

Kaedah pertama ialah analisis inventori masalah. Kaedsah menjana idea dengan
memfokuskan masalah-masalah. Pelanggan akan diberi senarai masalah umum untuk
kategori produk tertentu. Mereka diminta mengenal pasti dan membincangkan masalah
yang wujud dalam kategori produk tersebut. Kaedah ini lebih berkesan kerana produk
tersebut dikenali oleh pelanggan.

Kaedah kedua ialah dengan membuat pemerhatian. Kaedah menjana idea dengan
memantau persekitaran untuk menghasilkan idea baharu bagi memenuhi perubahan
persekitaran. Sebagai seorang usahawan yang baik, mereka mampu memenuhi keperluan
pengguna dan keadaan semasa.
SOALAN 3:

Anda dan rakan anda ingin membuka café baharu di IPGKTAA. Namun sebelum
memulakan café tersebut anda harus lakukan Analisis SWOT untuk menilai kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman persekitaran kepada perniagaan yang bakal anda pilih.

KEKUATAN

Menawarkan pelbagai jenis menu makanan. Ia adalah satu-satunya café yang


menawarkan pelbagai jenis makanan kepada pelanggan. Dengan ini pelanggan dapat
merasai pelbagai jenis makanan tradisional dan masakan panas.

Lokasi yang menarik. Lokasi perniagaan yang strategic iaitu terletak di kawasan yang
menjadi tumpuan warga IPGKTAA.

KELEMAHAN

Kurang dikenali. Selaku peniaga baru, warga IPGKTAA masih belum mempercayai
tender baru yang masuk. Hal ini akan menjadi satu kelemahan selaku peniaga café yang
baru.

PELUANG

Mempelbagaikan produk atau masakan. Hal ini kerana, café yang sedia ada tidak
mempunyai kepelbagaian menu. Perkara ini merupakan satu peluang kepada kami sebagai
peniaga café yang baru. Perkara ini juga boleh memberi lebih banyak kepercayaan kepada
pelanggan.

ANCAMAN

Kuasa dan kekuatan pesaing sedia ada. Pesaing dengan perniagaan yang
mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah
lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan
mereka.

You might also like