You are on page 1of 2

Mengenai Ketuanan Melayu, Pertembungan Peradaban dan Asabiyyah

(Malay Civilization/Peradaban Melayu)

Awal perbahasan ingin saya tekankan bahawa idea memburukkan ketuanan melayu/malay
custudionship/malay civillization merupakan satu cubaan mengasosiasikan atau mengkonotasikan
bahawa perkataan 'Asabiyyah' merupakan satu perkataan yang negatif, tercela dan jahat oleh
pejuang sekular, gerakan sivil liberal dan DAP. Malah ada cubaan mengasosiasikan Ketamadunan
Melayu dan White Supremacy. Idea ini juga tidak ditentukan oleh mana-mana parti politik seperti
UMNO/PPBM mahupun PAS akan tetapi idea peradaban/ketuanan melayu ini merupakan idea yang
telah bertapak didalam kesedaran minda melayu semenjak dahulu. Idea ketuanan
melayu/peradaban melayu ini juga tidak terbentuk berdasarkan ekonomi yang disebut oleh YB Syed
Saddiq.

Pemikiran memburukkan asabiyyah kesatuan ini dapat dilihat dari susur galur panjang perjuangan
DAP & PAP, pejuang sekular yang berusaha untuk membawa idea bahawa Malaysia merupakan
negara Sekular dan bukan berasaskan identiti Tamadun Melayu Islam. Malah ini juga merupakan satu
usaha memecah belahkan asabiyyah tamadun Melayu sehingga tamadun melayu ini hanyut
dihapuskan oleh arus peradaban lain.

Sesuatu yang perlu difahami juga setelah kehadiran British yang membawa rakyat Cina dan India ke
Tanah Melayu ini adalah apa yang dibawa bukan sahaja batang tubuh mereka, malah dibawa identiti
ketamadunan mereka didalam kesedaran minda dan akal mereka. Kesedaran ini terzahir melalui
wujudnya kebudayaan dan gaya hidup mereka di sini.

Asabiyyah merupakan satu kuasa hubungan/social cohesion/group feeling/perasaan kekitaan yang


wujud secara semula jadi didalam masyarakat yang lahir samaada disebabkan oleh ikatan ahli
keluarga, kaum, masyarakat dana apa-apa yang mempunyai hubungan rapat dengan sesorang
manusia. Asabiyyah ini yang akan melahirkan satu 'social order' atau kehidupan berstruktur.
Asabiyyah dalam erti kata moden ini boleh juga diungkapkan sebagai ‘power’/kuasa namun tidak
boleh lari dari asas bahawa asabiyyah ini lahir dari perasaan kekitaan sesuatu kaum/bangsa/keluarga.

Asabiyyah bukanlah boleh secara mudahnya disebut sebagai perasaan melampau perkauman atau
kekitaan. Ini jelas sekali tidak menepati maksud assabiyah ibn khaldun. Bahkan mendefinisikan
asabbiyah secara simplistik sebagai sikap perkauman yang melampau atau sifat yang buruk adalah
satu kesilapan besar dalam memahami hakikat sebenar asabiyyah yang dimaksudkan ibnu khaldun.
Juga asabiyyah bukan bermakna menindas kaum lain serta mencabul hak mereka.

Asabiyyah yang dibawa ibn khaldun bererti satu perasaan kekitaan, satu perasaan kecintaan
hubungan disebabkan kekeluargaan, pertalian darah atau pertalian perkauman, Frank Rosenthal
menterjemahkan asabiyyah sebagai ‘social cohesion’ dan lebih tepat asabiyyah boleh disebut sebagai
satu pengikat yang mengikat keluarga, kaum, masyarakat yang akhirnya membawa kepada
pembinaan satu negara kemudiannya tamadun yang maju. Asabiyyah ini penting bagi menyusun
sturktur kehidupan secara beroganisasi yang mengelakkan dari berlaku ketidak aturan dalam
masyarakat.

Peradaban atau ketamadunan pula perlu difahami dengan betul. Di era moden ini peradaban dan
ketamadunan dilihat sebagai satu perkara yang kolot dan tinggalan sejarah oleh orang melayu serta
para pemimpin politik sedangkan maknanya yang memberikan seribu satu erti yang besar malah
bersangkut paut bersama kedaulatan tamadun melayu dan islam. Peradaban yang sebenar
merupakan satu identiti, satu sistem dan satu makna yang terhasil dari minda sedar atau secara tidak
sedar yang terzahir melalui cara hidup, kebudayaan, hasil binaan, pemakaian dan kuasa
pemerintahan. Maka secara umumnya peradaban merupakan satu bentuk yang menyeluruh meliputi
sosial, ekonomi, ideologi dan politik. Peradaban juga hanya akan terbentuk dengan asas asabiyyah,
tanpanya tidak akan terbentuk satu ketamadunan.

Melalui kefahaman tentang peradaban dan asabiyyah, perlu kita fahami adalah mustahil berlaku
power-sharing diantara tiga peradaban di dalam satu bentuk negara kini terutama Malaysia. Setiap
peradaban akan hanya memilih ketua berdasarkan peradaban mereka(Ibn Khaldun). Pemimpin yang
memegang tampuk bukan berasaskan asabiyyah, akan menghadapi tentangan yang kuat serta akan
mudah dipindahkan kuasanya kepada mereka yang mempunyai asabiyyah yang lebih kuat. Tanpa
satu peradaban yang berkuasa secara mutlak, akan berlaku pergelutan kuasa dan ketidakstabilan
didalam negara ini.

Bagi mencapai kestabilan yang berpanjangan masyarakat kesemuanya perlu memahami asas negara
ini iaitu tertubuhnya diatas ketamadunan/peradaban Melayu. Malah berasaskan kefahaman ini
sepatutnya difahami oleh ahli politik adalah kedaulatan negara ini tertubuhnya diatas ketamadunan
Melayu. Asas mendirikan ketamadunan melayu ini sama sekali tidak menafikan kewujudan
masyarakat lain didalam negara malah, telah terbukti peradaban Melayu Islam ini sangat bertoleransi
dan menjaga kehadiran masyarakat lain kedalam alam melayu sepertimana masyarakat baba nyonya
yang diterima baik oleh masyarakat alam melayu kerana mereka sanggup berasimilasi bersama orang
melayu.

Kepimpinan diatas asas ketamadunan Melayu bukanlah satu bentuk rasisme malah bukanlah satu
bentuk penghinaan kepada masyarakat lain malah kepimpinan dan kekuasaan ini adalah satu
tanggungjawab buat ketamadunan melayu memelihara keamanan dan kesejahteraan diantara setiap
mereka yang hadir ke tanah ini bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari negara asal
mereka.

Ketuanan Melayu/Peradaban Melayu adalah satu bentuk yang terbina dari asabiyyah ini merupakan
satu bentuk sosial semula jadi yang memang merupakan hasil dari tabiat manusia iaitu bersosial
(Manusia secara tabiatnya bersosial) dan juga tabiat manusia itu perlu kepada satu bentuk organisasi
sosial dan dipimpin oleh mereka yang paling kuat asabiyyahnya dari komuniti tersebut. Ketuanan
Melayu/Peradaban melayu ini juga merupakan asas yang telah lama terbentuk didalam negara ini
dan didalam identiti orang melayu.

Muhamad Amirul Asyraf Bin Ahmad Kamal Zulkhairi

Penyelidik Zaaba Institute of Leadership

You might also like