You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN DISKUSI DAN PEMUAFAKATAN IBU-IBU, MAMA TASKA

SERTA TADIKA HIRA JERAM 2020

MUQODDIMAH

Langkah mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di premis Sekolah


Menengah dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ dapat memberi sokongan secara
langsung kepada semua staf wanita dan sebilangan staf lelaki yang bekerja di sini.

Menurut Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan


Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, berkata ia selari
hasil kajian mengenai kepuasan wanita bekerja pernah dijalankan organisasi itu
bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Pusat Penyelidikan dan Advokasi
Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

OBJEKTIF

1. Merapatkan ukhuwwah serta saling kenal antara mama taska, ibu dan bapa
serta guru-guru tadika.

2. Memupuk kesefahaman antara mama taska dengan semua staf yang bertugas di
SMITQ Hira’ Jeram, khusus terhadap penjagaan anak-anak ketika program
melibatkan seluruh kakitangan diadakan.

3. Memohon bantuan serta kerjasama daripada pihak Tadika Islam Hira’ turut sama
menyalurkan tenaga mereka apabila diperlukan (dengan token dikeluarkan oleh
pihak SMITQ Hira kepada pekerja Tadika).

SASARAN PESERTA

1. Semua Pembantu taska/ nurseri


2. Semua Kakitangan yang mendaftar anak di bawah penjagaan Taska Hira’
Jeram.
3. Semua Kakitangan yang mempunyai anak berusia 6 tahun dan ke bawah, tetapi
tidak berdaftar di bawah Taska Hira’ Jeram
4. Semua Kakitangan yang munyai anak bersekolah di Tadika Islam Hira’ Jeram
5. Penyelia Taska
6. Eksekutif Nurseri dan Transit
7. Penyelia Tadika Islam Hira’ Jeram
8. Timbalan Pengetua SMITQ Hira
9. Pengurus Sumber Manusia
AGENDA

4..15 – 4.30 pm Kehadiran tetamu


4.30 – 4.35 pm Ucapan pengerusi majlis (Pn Sarina)
4.35 – 4.40 pm Kata-kata aluan Penyelia Tadika Islam Hira’
4.40 – 4.45 pm Kata-kata aluan Timbalan Pengetua SMITQ Hira’
4.45 – 5.00 pm Ucapan aluan Pengurus Sumber Manusia
5.00 pm Minum Petang

BAJET

- Seperti dalam lampiran –

PENUTUP

Semoga dengan adanya pertemuan ini, dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama staf
di Jeram dan juga pihak pengurusan Tadika Islam Hira’. Dengan tautan yang erat
sebegini, semoga akan membantu mengukuhkan lagi rasa mahabbah dan saling
berkasih sayang antara sesama kakitangan

Disediakan oleh:

(WAN SURIANA WAN HUSSAIN)


Pengurus Sumber Manusia

You might also like