Professional Documents
Culture Documents
Modul ABK PA2 2018 PDF
Modul ABK PA2 2018 PDF
TINGKATAN :………………………………………………………………
GURU :………………………………………………………………
1
PENGAJIAN AM ALIH BENTUK KOMUNIKASI
BAHAGIAN B PERINCIAN SKEMA PEMARKAHAN
PA KT KI KJ JUMLAH
Markah Penuh 5 5 5 5 20
markah
A Salah Media : Rujuk Jadual - - - - 1/20
B Maklumat salah :
1. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada 2 2 2 2 8/20
tahun pada tajuk/tiada tempat
2. Tiada petunjuk/petunjuk pada
muka surat lain 2 2 2 2 8/20
3. Tiada peratus/salah nilai atau
unit di paksi/jumlah besar/tiada 2 2 2 2 8/20
label
C 1. Sumber tidak lengkap 4½ 4½ 4½ 4½ 18/20
2. Tiada sumber 4½ 4½ 3½ 3½ 16/20
3. Salah unit/nilai pada paksi 4½ 4½ 4½ 4½ 18/20
tetapi skala betul
D 1. Jika jawapan hanya jadual - - - - 5/20
sahaja
Butiran- 3 markah
Tajuk - 1 markah
Sumber- 1 markah
5 markah
2. Jadual tanpa tajuk/unit/nilai - - - -
yang lengkap tidak diterima 4 /20
3. Ada tajuk, tetapi salah
E Graf Bar Memesong
1. Semua data positif/negatif 2 2 2 2 8/20
2. Data terbalik (%), calon
- - - - 1/20
menggunakan angka mutlak
3.Data terbalik, +ve jadi -ve, atau 2 2 2 2 8/20
Sebaliknya
4. Skala + ve dan -ve tidak 2 2 2 2 8/20
seragam
5. Sekiranya lebih bar 4½ 5 5 3½ 18/20
2
MEDIA - i) Graf Bar
ii) Graf Garis
iii) Carta Pai
CARTA PAI
i) Carta Pai Bertingkat
ii) Carta Pai Perbandingan
MENGENAL PASTI MEDIA
3
Jumlah isi rumah (ribu orang) bagi kesalahan imigresen warganegara asing
dan kadar kemiskinan (%) dari negara-negara terpilih bagi setiap
warganegara yang ditangkap pada tahun 1995,
2000 dan 2005, dan jumlah keseluruhan
kompaun yang dipungut pada setiap tahun yang
dilaporkan.
Tangkapan – bar, kompaun – garis (1 garis
sahaja)
Graf Menunjukkan adanya Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah,
bar/garis perubahan positf dan negative sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
memesong kadar perubahan ketibaan pelancong mengikut
beberapa negara asal ke Semenanjung Malaysia
bagi tahun 2004 berbanding dengan tahun 2005.
Graf bar Terdapat 3 elemen dalam Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan
piramid soalan dan 1 elemen mesti graf yang sesuai untuk menunjukkan kepanjangan
berpasangan jalan raya mengikut jenis binaan dan bidang
Menunjukkan bilangan kuasa pada tahun 2002 hingga 2004
kelahiran, jantina atau
kumpulan etnik
Carta Pai Menunjukkan Berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam
Bertingkat perbezaan/perbandingan petikan di bawah, bina carta yang sesuai untuk
misalnya tahun yang berbeza, menunjukkan eksport komoditi terpilih Malaysia
Negara yang berbeza, pada tahun 2000 dan 2002.
Carta Pai Menunjukkan pembolehubah Berdasarkan maklumat yang diberikan, bina carta
Perbandingan berbeza bagi satu carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penagih
(jumlah besar sama) dadah mengikut etnik dan pekerjaan pada tahun
i) jumlah eksport Malaysia 2010.
mengikut jenis komoditi &
Negara pengimport
ii) Jumlah pengambilan
pelajar mengikut jurusan
dan negeri
4
Checklist/ Mnemonik Untuk Graf Sebelum Hantar .
TPM ditulis sebagai semakan oleh calon sendiri sebelum menghantar tugasan
kerjanya supaya tidak berlaku kesilapan serta juga terlupa menulis.
5
1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan
carta yang sesuai untuk menunjukkan kes kemalangan maut jalan raya di Malaysia
antara tahun 2004 dengan 2005.
Pejalan kaki juga tidak ketinggalan daripada menghadapi maut kerana terlibat
dalam kecelakaan di jalan raya. Jumlah kematian pejalan kaki yang direkodkan pada
tahun 2004 sebanyak 807 kes, tetapi tahun berikutnya kematian pejalan kaki
direkodkan berkurang sebanyak 44 kes. Angka yang dilaporkan banyak melibatkan
golongan kanak-kanak dan warga emas.
Pemandu kereta juga banyak menemui ajal di jalan raya. Begitu juga pemandu
lori, teksi dan bas. Walau bagaimanapun bilangan pemandu kereta yang maut dalam
kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi berbanding dengan pemandu lori, teksi
dan bas. Pada tahun 2004, bilangan kematian yang dicatatkan ialah sebanyak 409
kes, iaitu melebihi sebanyak 166 kes berbanding dengan pemandu lori, bas dan
teksi. Bilangan ini terus meningkat sebanyak 38 kes, sedangkan bilangan kematian
pemandu lori, bas dan teksi berkurang menjadi 217 kes pada tahun berikutnya.
6
2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan
sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran bilangan kakitangan pendidik di
Malaysia bagi tempoh yang dinyatakan.
Guru bahasa Inggeris sangat kecil bilangan berbanding dengan guru matematik.
Pada tahun 2009 bilangannya hanya 2144 orang, bertambah sebanyak 81 orang
pada tahun 2010. Pada tahun 2011 terus meningkat menjadi 2297 orang. Dengan
dasar dan sokongan kerajaan bilangan ini dijangka meningkat lagi kepada 2418
orang pada tahun 2012.
Kakitangan pendidik yang agak ramai diperlukan oleh negara ialah guru sains.
Pada tahun 2009 bilangannya ialah 23256 orang daripada seluruh kakitangan
pendidik tahun berkenaan yang berjumlah 54585 orang. Bilangan ini telah
meningkat sebanyak 5.5% pada tahun berikutnya. Bilangannya terus meningkat
pada tahun 2011 dan 2012 masing-masing menjadi 35280 orang dan 36784 orang.
Guru bahasa Melayu adalah kakitangan yang sedikit pada tahun 2012 ialah
seramai 7033 orang daripada seluruh kakitangan pendidik yang seramai 76036
orang pada tahun tersebut. Pada tahun 2009 bilangannya hanya 5819 orang
berkurang menjadi 5325 orang pada tahun 2010. Namun pada tahun 2011,
bilangannya meningkat kepada 7319 orang.
Kakitangan yang berikutnya ialah guru agama yang tidak kurang pentingnya
kepada masyarakat terutamanya di bandar. Pada tahun 2010 bilangannya
meningkat sebanyak 1000 orang dari tahun 2009 menjadi 8747 orang manakala
pada tahun 2011, bilangannya ialah 9360 orang.
7
3. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai bagi menunjukkan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan mengikut
jenis stesen di Semenanjung Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menghasilkan tenaga elektrik. Negara
melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R & D) telah menemukan
beberapa cara yang sesuai untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah
kaedah wap, diesel, hidro, gas, dan lain-lain.
Pada tahun 2006, stesen diesel telah menjana sebanyak 500.5 juta kilowatt
(kw) berbanding dengan hanya 416.5 juta kilowatt yang dihasilkan oleh stesen
hidro atau 12.1 peratus. Turbin gas pula menjanakan tenaga elektrik paling banyak,
iaitu 2 142.7 juta kilowatt atau lebih 60 peratus daripada jumlah tenaga elektrik
yang telah dijanakan. Jumlah tenaga elektrik yang dijanakan pada tahun 2006 ialah
3 454.7 juta kilowatt.
Pada tahun 2007 pula, jumlah tenaga elektrik yang dijanakan telah meningkat
sebanyak 198.5 juta kilowatt berbanding dengan tahun sebelumnya. Stesen diesel
menjanakan sebanyak 284.3 juta kilowatt lebih rendah sebanyak 219.3 juta kilowatt
berbanding dengan stesen hidro yang menjanakan tenaga elektrik sebanyak 503.6
juta kilowatt atau 13.8 peratus. Stesen turbin gas menjanakan sebanyak 2 384.6 juta
kilowatt daripada keseluruhan jumlah tenaga elektrik pada tahun tersebut.
Pada tahun 2009, penjanaan kuasa melalui stesen hidro meningkat kepada 683
juta kilowatt berbanding tahun sebelumnya. Kedudukan turbin gas sebagai sumber
kuasa terbesar terus bertambah kukuh dengan penjanaan kuasa sebanyak 4 000
juta kilowatt daripada keseluruhan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan pada
tahun ini iaitu sebanyak 5817 juta kilowatt. Penggunaan sumber-sumber lain
bertambah ketara menjadi 667 juta kilowatt pada tahun 2009 berbanding 395 juta
kilowatt dan 480.7 juta kilowatt pada tahun 2006 dan 2007.
8
4. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah penagih dadah di negeri-negeri terpilih di Malaysia dan jumlah tanggungan
pengurusan Pusat Serenti pada tahun-tahun yang dilaporkan
Pada tahun 2009, Johor mempunyai sebanyak 2081 orang penagih dadah dan
daripada jumlah tersebut 1686 orang terdiri daripada kaum Melayu. Namun, pada
tahun 2010 jumlah penagih dadah di Johor didapati menurun sebanyak 671 orang.
Pada dua tahun yang berikutnya bilangan penagih dadah di negeri tersebut semakin
menurun iaitu masing-masing berkurang sebanyak 27 orang dan 372 orang
berbanding jumlah penagih pada tahun 2010.
9
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan jumlah peruntukan kewangan Persekutuan kepada
sektor negara dan peratus kepada KDNK pada tahun dinyatakan.
Pada tahun 2008, jumlah perbelanjaan berjumlah RM42 847 juta, iaitu
kurang sebanyak RM10 717 juta berbanding pada tahun 2009 dan sebanyak
RM8373 juta pada tahun 2010. Sementara itu, peratus kepada KDNK pada tahun
10
2010 berjumlah 7.1% berbanding hanya sebanyak 5.8% pada tahun 2008 dan
meningkat sebanyak 1.9% pada tahun 2009.
11
6. Berdasarkan kepada maklumat dalam petikan berikut, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di negeri-negeri
terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan.
Sebanyak 57.6% orang penagih dadah di Malaysia telah berjaya dikesan pada
tahun 2007 di negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor,
Perak dan Kelantan. Keadaan ini menggambarkan bahawa masalah penagihan
dadah terutama dalam kalangan remaja hari ini berada pada tahap yang
membimbangkan.
Pada tahun 2007, terdapat sejumlah 21 342 orang penagih yang dikesan di
lima buah negeri berkenaan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 6486 orang atau
29.53% penagih telah dapat dikesan di Pulau Pinang. Walaupun Kuala Lumpur
merupakan pusat bandar raya utama di Malaysia, namun jumlah penagihnya
hanyalah 4964 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Pulau Pinang. Bilangan penagih
dadah yang dikesan di negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang paling sedikit
berbanding dengan negeri- negeri yang dinyatakan di atas, iaitu seramai 2603
orang. Jumlah ini menunjukkan pengurangan sebanyak 477 orang berbanding
dengan tahun 2009.
Pada tahun 2007, juga bilangan penagih yang telah berjaya dikesan di negeri
Johor seramai 3927 orang. Walaupun negeri Perak lebih luas saiznya berbanding
dengan negeri Johor, tetapi bilangan penagih dadah yang dikesan berkurang
sebanyak 565 orang jika dibandingkan dengan negeri Johor. Pengurangan bilangan
penagih yang dikesan oleh pihak berkuasa di negeri ini menunjukkan satu kejayaan
yang membanggakan dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah
dalam kalangan masyarakat.
Pada tahun 2009, bilangan penagih yang dikesan di negeri Pulau Pinang
masih lagi menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri
lain. Walau bagaimanapun, bilangan tersebut telah berkurang sebanyak 439 orang
atau 6.8% berbanding tahun 2007, manakala di Perak bilangan penagih yang dapat
dikesan berjumlah 3250 orang. Situasi yang berbeza ditunjukkan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan. Kesemua negeri ini mencatatkan
bilangan penagih dadah yang lebih ramai berbanding tahun 2007.
Pada tahun 2009, pihak berkuasa telah berjaya mengesan sejumlah 5760
orang penagih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menunjukkan
peningkatan sebanyak 796 orang atau 16.03% berbanding dengan tahun 2007.
Peningkatan ini sering dikaitkan dengan kemasukan warga asing yang ramai untuk
mencari peluang pekerjaan di sekitar ibu negara. Negeri Johor yang merupakan
12
pintu masuk utama dari Singapura memperlihatkan pertambahan jumlah penagih
dadah yang dikesan, iaitu sebanyak 392 orang berbanding tahun 2007.
Dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan
masyarakat terutamanya golongan remaja hari ini, pihak kerajaan telah
melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kegiatan negatif ini.
13
7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan
carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan
Persekutuan mengikut objek bagi tempoh yang diliputi
Pada tahun 2012, perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah bagi objek
emolumen, iaitu merangkumi 32.62% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan,
manakala perbelanjaan mengurus yang terkecil adalah bagi objek pemberian dan
serahan kepada Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM 5846 juta atau 3.22%. Objek
subsidi menduduki tempat kedua dari segi besarnya perbelanjaan yang dibuat oleh
kerajaan pada tahun 2012, iaitu sebanyak RM 42401 juta atau 23.37% daripada
perbelanjaan keseluruhan.
14
8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan
sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak
langsung Kerajaan Persekutuan bagi tempoh yang dinyatakan.
Kutipan ke atas duti import juga dijangka meningkat kepada RM3513 juta
pada tahun2003 berbanding dengan RM3385 juta pada tahun 2002. Begitu juga
dengan duti eksport
yang meningkat kepada RM863 juta pada tahun 2003 berbanding dengan RM821
juta pada tahun 2002.
15
Selebihnya ialah lain-lain cukai tidak langsung iaitu masing-masing sebanyak
RM1686 juta dan RM2066 juta bagi tahun 2002 dan 2003.
( Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Ekonomi 2002 )
16
9. Berdasarkan petikan di bawah , lukiskan graf yang sesuai bagi menunjukkan
aliran jumlah perbelanjaan mengurus di Malaysia mengikut sektor bagi tahun 2002
hingga 2005.
Sektor yang menjaga kebajikan rakyat turut diberi perhatian oleh kerajaan
iaitu sektor perkhidmatan sosial. Pada tahun 2002, perbelanjaan sektor ini ialah RM
24 799 juta meningkat kepada RM 28 707 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun
2005, jumlahnya meningkat sebanyak RM 3029 juta berbanding tahun 2003. Pada
tahun 2004, jumlahnya mencecah RM 31 226 juta berbanding jumlah perbelanjaan
mengurus tahun tersebut yang bernilai RM 91 524 juta.
17
Perbelanjaan dalam sektor-sektor lain juga menunjukkan keadaan tidak
stabil kerana telah berlaku peningkatan pada tahun 2003 dan 2004 , namun
menurun pada tahun 2005. Perbelanjaan pada tahun 2005 meningkat sebanyak RM
9936 juta berbanding RM 20 581 juta pada tahun 2002.
( Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2005 )
18
10. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
eksport barangan Malaysia dan arah perdagangan ke Negara-negara Asia terpilih
pada tahun 2009.
Petroleum dan gas asli pula menduduki tangga kedua dengan nilai eksport
sebanyak RM8.31 bilion. Getah pada suatu ketika dahulu merupakan eksport
utama tetapi kini hanya menyumbang kira-kira 14.4 % sahaja daripada
keseluruhan jumlah eksport pada tahun 2009.Eksport minyak sawit pula hanya
mencatatkan RM3.79 bilion sahaja pada tahun 2009 dan bakinya adalah eksport
barangan keluaran tekstil.
19
11. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan satu
graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perubahan nilai eksport setiap barang
pembuatan bagi tempoh tahun 2008 hingga tahun 2011.
20
Sementera itu, eksport galian bukan logam telah meningkat sebanyak RM252
juta pada tahun 2009 tetapi merosot sedikit ke paras RM1498 juta pada tahun 2010.
Pemulihan ekonomi menyebabkan berlaku peningkatan semula permintaan
barangan galian bukan logam kepada RM1645 juta pada tahun 2011.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia,Tahun 2012)
21
12. Berdasarkan maklumat di bawah,sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perbezaan jumlah aduan awam terhadap kakitangan awam di pejabat kerajaan
Persekutuan mengikut jenis aduan antara tahun 2010 dengan tahun 2011.
Elemen penting dalam urus tadbir baik dalam sektor adalah integriti dan
akauntibiliti kakitangan dan organisasi dan imej sesebuah organisasi bergantung
kepada kualiti kerja.
Dalam usaha kerajaan “bekerja keras” untuk mencapai status negara maju
menjelang 2020,terdapat beberapa kakitangan awam yang masih mengamalkan
budaya kerja yang tidak berkualiti.Pada tahun 2010,lewat mengambil tindakan
masih rendah dengan jumlah aduan lambat mengambil tindakan sebanyak 1134
kes.Pelbagai kempen perkhidmatan cemerlang dan penerapan kualiti kerja telah
menunjukkan berlaku penurunan jumlah aduan yang sama pada tahun 2011 kepada
814 kes.
Integriti amat penting untuk membina imej sektor awam sesuai dengan
slogan dan visi kerajaan.Masih terdapat kakitangan yang mengamalkan sikap pilih
kasih dalam tadbir urus awam.Berlaku peningkatan juga meningkat sebanyak 167
kes kepada 987 kes pada tahun 2011 berbanding tahun 2010.Salah laku kakitangan
juga meningkat sebanyak 24.59% daripada 724 kes aduan pada tahun
2010.Kebanyakan kes salah laku kakitangan melibatkan perlakuan dan tindakan
yang kurang professional dilakukan semasa bekerja.
22
13. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes kebakaran yang terpilih mengikut
punca dan nilai kerugian yang ditanggung pada tahun 2002 hingga tahun 2005.
Pada tahun 2002, terdapat sebanyak 2274 kes kebakaran yang berpunca
daripada kuasa elektrik dan kemudiannya meningkat menjadi RM 2614 kes dan
meningkat berterusan menjadi RM3418 pada tahun 2005. Data yang dicatat pada
tahun 2005 itu merupakan kenaikan sebanyak 235 kes.
Kebakaran melibatkan kerugian yang besar kepada pihak yang terbabit dan juga
pihak yang lain pula.Pada tahun 2004, nilai kerugian adalah yang paling ketara
berbanding tahun-tahun yang lain. Daripada jumlah kerugian yang dicatatkan
sepanjang tempoh tersebut yang berjumlah RM 23.8 juta, jumlah kerugian pada
tahun 2004 adalah sebanyak RM 7 juta. Jumlah ini adalah lebih tinggi sebanyak RM
500 ribu berbanding tahun selepasnya. Jumlah nilai kerugian pada tahun 2002
hanyakah sebanyak RM5.0 juta tetapi meningkat kepada RM5.3 juta pada tahun
berikutnya. (Dipetik dan diseseuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan
Malaysia, 2007, Jabatan Perangkaaan Malaysia.)
23
14. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
menunjukkan bilangan pekerja dalam industri pembuatan terpilih dan perubahan
gaji yang dibayar bagi tahun- tahun yang dinyatakan.
Pakej strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2001 dan
diteruskan ke tahun berikutnya telah menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kesannya, sektor perindustrian khususnya industri pembuatan semakin meningkat
dan merupakan antara sektor terpenting. Pada tahun 2003, jumlah pekerja yang
terlibat dalam industri ini sebanyak 409410 orang, bertambah sebanyak 15370
orang berbanding tahun 2001.
Pada tahun 2001 gaji yang diterima oleh pekerja bagi industri makanan dan
minuman ialah RM 1321 sebulan. daripada jumlah keseluruhan pembayaran gaji
pada tahun berkenaan iaitu RM 5246 juta Walaupun berlaku kemerosotan bilangan
pekerja, tetapi jumlah gaji dibayar menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada
tahun 2002, jumlah gaji yang dibayar bagi sektor ini ialah RM 1390 juta. Seterusnya
upah pekerja terus meningkat sebanyak RM 57.27% pada tahun berikutnya.
Bilangan pekerja dalam industri tekstil dan pakaian pula menunjukkan pola
yang berbeza dengan industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001 seramai
112766 orang pekerja terlibat dalam industri ini, dan berlaku peningkatan sebanyak
13151 pada tahun berikutnya sebelum merosot kepada 113484 orang pada tahun
2003.
Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian berbanding
industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001, gaji yang dibayar kepada pekerja
industri tekstil dan pakaian pada tahun 2002 adalah yang tertinggi bagi ketiga-tiga
tahun yang dilaporkan iaitu sebanyak RM 1629 juta. Jumlah ini meningkat sebanyak
10.89% daripada tahun sebelumnya. Namun, jumlah ini, merosot kepada RM 1647
juta pada tahun 2003
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia 2005)
24
15. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
menunjukkan bilangan pekerja dalam industri pembuatan terpilih dan perubahan
gaji yang dibayar bagi tahun- tahun yang dinyatakan.
Pakej strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2001 dan
diteruskan ke tahun berikutnya telah menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kesannya, sektor perindustrian khususnya industri pembuatan semakin meningkat
dan merupakan antara sektor terpenting. Pada tahun 2003, jumlah pekerja yang
terlibat dalam industri ini sebanyak 409410 orang, bertambah sebanyak 15370
orang berbanding tahun 2001.
Pada tahun 2001 gaji yang diterima oleh pekerja bagi industri makanan dan
minuman ialah RM 1321 juta. Walaupun berlaku kemerosotan bilangan pekerja,
tetapi jumlah gaji dibayar menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2002,
jumlah gaji yang dibayar bagi sektor ini ialah RM 1390 juta. Seterusnya upah
pekerja terus meningkat sebanyak RM 57.27% pada tahun berikutnya.
Bilangan pekerja dalam industri tekstil dan pakaian pula menunjukkan pola
yang berbeza dengan industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001 seramai
112766 orang pekerja terlibat dalam industri ini, dan berlaku peningkatan sebanyak
13151 pada tahun berikutnya sebelum merosot kepada 113484 orang pada tahun
2003.
Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian berbanding
industri makanan dan minuman. Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil
dan pakaian pada tahun 2002 adalah yang tertinggi bagi ketiga-tiga tahun yang
dilaporkan iaitu sebanyak RM 1629 juta. Jumlah ini meningkat sebanyak 10.89%
daripada tahun sebelumnya. Jumlah ini meningkat kepada RM 1647 juta pada
tahun 2003.
25
16. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
membandingkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut
sektor tahun 2006 dan tahun 2007.
Pada tahun 2007, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4 157 juta untuk
sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, iaitu meningkat sebanyak RM476
juta berbanding pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan ini merupakan 9.2 peratus
daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada tahun tersebut.
Sektor perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian menerima peruntukan
perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3 791 juta pada tahun 2006 dan
meningkat sebanyak RM1 311 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini sebanyak
34.6 peratus. Negara telah mensasarkan tiga strategi utama dalam pengurusan
ekonomi, iaitu mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan
modal insan dan menjamin kemakmuran rakyat.
Pada tahun 2006, sektor pengangkutan diperuntukkan sebanyak RM6 198 juta
atau 17.3 peratus. Perbelanjaan sektor ini ditambah kepada RM7 298 juta pada
tahun 2007. Perbelanjaan untuk sektor sosial iaitu bidang pendidikan dan latihan
diperuntukkan sebanyak RM8 731 juta. Sektor pendidikan dan latihan ini terus
ditingkatkan peruntukan perbelanjaan pada tahun 2007 kepada RM7 941 juta atau
17.6 peratus. Sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk prasekolah, RM3.0 bilion
untuk pendidikan rendah dan menengah sementara RM6.0 bilion untuk pendidikan
tinggi.
26
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Unit Perancang
Ekonomi, 2007)
17. Dengan berpandukan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah
graf bar yangsesuai untuk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama
antara tahun 1989 hingga tahun1992. Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan juga
jumlah pendapatan eksport tiga komoditi utama itu bagi tempoh yang dinyatakan,
dengan menggunakan graf garis.
Eksport lada hitam Malaysia berkurang 3.2 peratus menjadi 28 500 tan metrik
pada tahun 1990 berbanding dengan 29 440 tan metrik pada tahun 1989.
Kemerosotan ini disebabkan oleh permintaan luar negeri yang lemah akibat
pertambahan pengeluaran lada hitam dunia sebanyak 12.0 peratus. Selaras dengan
kejatuhan harga lada hitam, nilai eksportnya merosot sebanyak 29.4 peratus
daripada RM163 juta pada tahun 1989 kepada RMl15 juta pada tahun 1990.
Walaupun harga eksport lada hitam merosot dengan ketara (16.8 peratus), eksport
lada hitam Malaysia pada tahun 1991 masih menurun sebanyak 5.3 peratus
menjadi 27 000 tan metrik berbanding dengan tahun 1990. Ini disebabkan negara-
negara pengimport utama mengurangkan import lada hitam dari Malaysia kerana
negara-negara itu kini mengimport lada hitam dari negara-negara lain pada kos
yang lebih rendah. Dengan ini, pendapatan daripada eksport lada hitam
berkurang dengan ketara sebanyak 13.0 peratus menjadi RM100 juta. Selaras
dengan peningkatan pengeluaran dan penggunaan tempatan, eksport lada hitam
meningkat sebanyak 7.4 peratus menjadi 29 000 tan metrik pada tahun 1992
berbanding dengan tahun sebelumnya. Pendapatan eksport pula meningkat
sebanyak 10.0 peratus menjadi R M 1 1 0 juta selaras dengan peningkatan kecil
harga eksport lada hitam.
Eksport timah pada tahun 1990 merosot sebanyak 2.0 peratus menjadi 48
500 tan metrik berbanding dengan eksport pada tahun 1989 sebanyak 49 500 tan
metrik. Begitu juga pendapatan eksport daripada timah berkurang sebanyak 31.1
peratus menjadi RM800 juta berbanding dengan RM1161.4 juta pada tahun 1989.
Kejatuhan pendapatan eksport ini disebabkan oleh kemerosotan harga timah di
pasaran dunia. Ini menyebabkan sumbangan pendapatan eksport timah kepada
jumlah pendapatan eksport pada tahun 1990 berkurang sebanyak 0.6 peratus
berbanding dengan sumbangannya pada tahun 1989. Eksport timah pada tahun
1991 merosot sebanyak 5.0 peratus menjadi 46 075 tan metrik berbanding dengan
tahun 1990. Ini berikutan keadaan permintaan yang kurang menggalakkan dari
negara-negara pengguna akibat keadaan pertumbuhan ekonomi yang lebih
perlahan. Nilai eksport berkurang dengan ketara, iaitu sebanyak 3.1 peratus
27
menjadi RM775 juta berbanding dengan RM800 juta yang dicatatkan pada tahun
1990. In i disebabkan oleh kejatuhan jumlah dagangan dan harga eksport timah.
Kejatuhan harga sebanyak 5.8 peratus menjadi RM15.50 sekilogram disebabkan
oleh lebihan bekalan dan kedudukan stok timah dunia yang terus tinggi di
samping permintaan timah yang rendah. Kedudukan stok timah yang tinggi
dalam pasaran terus mempengaruhi dan melemahkan harga timah pada t a h u n
1992. Kedudukan harga timah yang rendah menyebabkan pengurangan
pengeluaran atau penutupan lombong-lombong kecil. Kekurangan bekalan ini
menyebabkan harga timah meningkat sedikit. Justeru , harga purata timah
meningkat sebanyak 3.2 peratus pada tahun 1992 menjadi R M 1 6 sekilogram, dan
pendapatan eksport timah meningkat sebanyak 3.2 peratus menjadi RM800 j ut a
hasil eksport 50 000 tan metrik.
Pada tahun 1990, eksport koko merosot akibat kelembapan prestasi eksport
komoditi pertanian secara keseluruhan. Eksport koko dari Malaysia meningkat
menjadi 170 000 tan metrik pada tahun itu berbanding dengan 169 200 tan metrik
pada tahun 1989. Walaupun jumlah eksport meningkat sebanyak 0.5 peratus,
pendapatan daripada eksport koko merosot sebanyak 13.3 peratus menjadi RM451
juta berbanding dengan RM520 juta pada tahun 1989. Bersesuaian dengan asas-
asas pasaran koko yang lemah, eksport koko dari Malaysia merosot dengan ketara
menjadi RM155 000 tan metrik pada tahun 1991. Pendapatan daripada eksport
koko pula merosot menjadi RM403 juta pada tahun itu berbanding dengan tahun
1990.Ini berpunca daripada kejatuhan jumlah eksport sebanyak 8.8 peratus, dan
kejatuhan harga eksport sebanyak 5.7peratus.Eksport koko pada tahun 1992
merosot dengan ketara kerana harga koko yang rendah.Eksport komoditi ini
merosot sebanyak 39.2 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Pendapatan
eksport juga dengan ini merosot sebanyak 39.9 peratus menjadi RM242.1 juta
berbanding dengan tahun 1991.
28
18. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan perubahan dalam eksport komoditi utama terpipih negara bagi
tahun 2008 hingga 2009
Pada tahun 2009, eksport Malaysia yang terdiri daripada pelbagai komoditi
utama telah menghasilkan pendapatan sebanyak RM588 949 juta, iaitu meningkat
sebanyak RM55 161 juta berbanding dengan tahun sebelumnya, 2008. Hal ini telah
dicapai hasil daripada usaha gigih kerajaan untuk terus memajukan ekonomi
negara.
Eksport minyak kelapa sawit berjumlah RM32 392.2 juta pada tahun 2009.
Angka ini menunjukkan sumber pendapatan kelima negara pada tahun tersebut dan
menjadikan peningkatan sebanyak RM4 101.44 juta berbading tahun 2008.
Perkembangan positif ini hasil kejayaan FELDA dalam menerokai pelbagai bidang
baru dalam sektor perladangan.
Eksport kayu gergaji merupakan nilai paling kecil yang hanya menyumbang
kepada pendapatan eksport sebanayk 4.0 peratus daripada nilai keseluruhan pada
tahun 2008. Walau bagaimana pun, eksport sektor ini meningkat sebanyak RM2
206.44 juta atau 10.34 peratus kepada RM 23 557.96 juta pada tahun berikutnya.
Selebihnya pendapatan eksport disumbangkan oleh lain-lain sektor komoditi yang
terdiri dari sekor pakaian, getah asli serta ubat-ubatan.
29
19. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan pengeluaran dan purata perolehan eksport barangan utama
terpilih mengikut tempoh yang dinyatakan.
30
juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM19 079 juta pada tahun 2009 dan
dijangka meningkat lagi sebanyak RM1796 juta pada tahun 2010 berbanding
dengan tahun 2009.
(Sumber : Dipetik dan diubah suaikan daripada Laporan
Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, 2010/2011)
20. Berdasarkan petikan diberi, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan import kasar pelbagai barangan Kerajaan Persekutuan bagi tempoh
Januari hingga Jun 2006 dan Januari hingga Jun 2007
Import barang modal merangkumi sebanyak RM32 448 juta atau kira-
kira14.03% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2006. Barang modal yang
diimport terdiri daripada kapal, kapal terbang, lokomotif, dan sebagainya untuk
tujuan meningkatkan mutu pengangkutan negara. Nilai import barangan ini
merosot sebanyak RM923 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2007.
Walaupun merosot, tetapi nilai import barangan modal kekal kedua tertinggi
selaras dengan aktiviti perniagaan dan pelaburan yang mapan.
Dalam tempoh enam bulan pertama 2006, import barangan pengantara telah
mencatat sebanyak 68.82% atau RM159 134 juta. Bagi memenuhi permintaan
tempatan berikutan aktiviti pelaburan dan pengeluaran, nilai import barangan
pengantara telah meningkat kepada RM171 235 juta bagi tempoh yang sama pada
tahun 2007.
31
Kerajaan juga telah mengurangkan barangan import untuk eksport semula
sebanyak RM3832 juta pada tempoh Januari hingga Jun 2007. Komponen utama
import untuk eksport semula meliputi alat ganti dan aksesori untuk peralatan
mesin. Pada tempoh yang sama tahun 2006, nilai barangan import ini telah
menyumbang sebanyak RM163 84 juta atau kira-kira 7.09%. Manakala selebihnya
pula adalah untuk import barangan lain bagi tempoh Januari hingga Jun bagi kedua-
dua tahun
(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2007/2008,
Kementerian Kewangan Malaysia)
21. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan
graf yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan
Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi terpilih pada tahun-tahun yang
dinyatakan.
32
Secara keseluruhannya, perbelanjaan untuk pendidikan kekal besar
sungguhpun pada tahun 2002 perbelanjaan ini berkurang sebanyak 10.5% daripada
jumlah perbelanjaan sebanyak RM10 363 juta pada tahun 2001. Tahun 2003
menunjukkan peningkatan semula perbelanjaan untuk perkhidmatan pendidikan
sebanyak RM520 juta
33
22. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan jumlah peruntukan kewangan Persekutuan kepada
sektor negara dan peratus kepada KDNK pada tahun dinyatakan.
Sektor perkhidmatan ekonomi pada tahun 2008 sebanyak RM21 353 juta
meningkat kepada RM27 863 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010 sektor ini
mengalami pengurangan sebanyak RM2481 juta akibat kemelesetan ekonomi dunia.
Peruntukan ini bagi membiayai pembinaan, penyelenggaraan untuk menaik taraf
jalan dan jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti serta
infrastruktur luar bandar.
Pada tahun 2008, jumlah perbelanjaan berjumlah RM42 847 juta, iaitu
kurang sebanyak RM10 717 juta berbanding pada tahun 2009 dan sebanyak
34
RM8373 juta pada tahun 2010. Sementara itu, peratus kepada KDNK pada tahun
2010 berjumlah 7.1% berbanding hanya sebanyak 5.8% pada tahun 2008 dan
meningkat sebanyak 1.9% pada tahun 2009.
35
23. Berdasarkan kepada maklumat dalam petikan berikut, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di negeri-
negeri terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan.
Sebanyak 57.6% orang penagih dadah di Malaysia telah berjaya dikesan pada
tahun 2007 di negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor,
Perak dan Kelantan. Keadaan ini menggambarkan bahawa masalah penagihan
dadah terutama dalam kalangan remaja hari ini berada pada tahap yang
membimbangkan.
Pada tahun 2007, terdapat sejumlah 21 342 orang penagih yang dikesan di
lima buah negeri berkenaan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 6486 orang atau
29.53% penagih telah dapat dikesan di Pulau Pinang. Walaupun Kuala Lumpur
merupakan pusat bandar raya utama di Malaysia, namun jumlah penagihnya
hanyalah 4964 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Pulau Pinang. Bilangan penagih
dadah yang dikesan di negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang paling sedikit
berbanding dengan negeri- negeri yang dinyatakan di atas, iaitu seramai 2603
orang. Jumlah ini menunjukkan pengurangan sebanyak 477 orang berbanding
dengan tahun 2009.
Pada tahun 2007, juga bilangan penagih yang telah berjaya dikesan di negeri
Johor seramai 3927 orang. Walaupun negeri Perak lebih luas saiznya berbanding
dengan negeri Johor, tetapi bilangan penagih dadah yang dikesan berkurang
sebanyak 565 orang jika dibandingkan dengan negeri Johor. Pengurangan bilangan
penagih yang dikesan oleh pihak berkuasa di negeri ini menunjukkan satu kejayaan
yang membanggakan dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah
dalam kalangan masyarakat.
Pada tahun 2009, bilangan penagih yang dikesan di negeri Pulau Pinang
masih lagi menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri
lain. Walau bagaimanapun, bilangan tersebut telah berkurang sebanyak 439 orang
atau 6.8% berbanding tahun 2007, manakala di Perak bilangan penagih yang dapat
dikesan berjumlah 3250 orang. Situasi yang berbeza ditunjukkan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan. Kesemua negeri ini mencatatkan
bilangan penagih dadah yang lebih ramai berbanding tahun 2007.
Pada tahun 2009, pihak berkuasa telah berjaya mengesan sejumlah 5760
orang penagih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menunjukkan
peningkatan sebanyak 796 orang atau 16.03% berbanding dengan tahun 2007.
Peningkatan ini sering dikaitkan dengan kemasukan warga asing yang ramai untuk
36
mencari peluang pekerjaan di sekitar ibu negara. Negeri Johor yang merupakan
pintu masuk utama dari Singapura memperlihatkan pertambahan jumlah penagih
dadah yang dikesan, iaitu sebanyak 392 orang berbanding tahun 2007.
Dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan
masyarakat terutamanya golongan remaja hari ini, pihak kerajaan telah
melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kegiatan negatif ini.
(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan
Tahunan Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia
(PEMADAM), 2007-2009)
37
SOALAN & SKEMA JAWAPAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI
SET 1
Pada tahun 2005, jumlah aduan yang diterima ialah 3053 kes, meningkat
sebanyak 62 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2003 aduan kes ini
meningkat kepada 1 102 kes.
Pada tahun 2003, petunjuk ekonomi negara positif dan telah melonjakkan
sektor pembuatan dan perindustrian. Sebanyak 2990 kes yang telah dilaporkan
yang melibatkan pencemaran air dan jumlah ini telah bertambah sebanyak 882 kes
pada tahun 2004. Pencemaran air yang berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa
cecair dan pepejal terus mencatatkan peningkatan jumlah aduan. Pada tahun 2001
jumlah aduan adalah sebanyak 866 kes dan meningkat sebanyak 86.95% atau 753
kes kepada 1619 kes pada tahun berikutnya. Sebanyak 4625 kes yang dilaporkan
pada tahun 2005 dan jumlah ini melebihi sebanyak 2571 kes berbanding aduan kes
pencemaran lain-lain pada tahun yang sama.
38
775 kes dan menokok sebanyak 501 kes, pada tahun berikutnya. Walau
bagaimanapun jumlah aduan merosot sebanyak 251 kes pada tahun 2004
berbanding 1911 kes yang dilaporkan pada tahun 2003.
Akta Kualiti Alam Sekitar ( EQA ) dan Peraturan Penilaian Kesan Alam
Sekitar (EIA) mengandungi terma dan seksyen yang berkaitan dengan pencemaran
udara, bunyi , air dan lain-lain yang boleh dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa
jika bersabit kesalahan. Terma ini secara langsung dapat mengurang risiko dan
ancaman pencemaran kepada kehidupan dan alam sekitar.
Malaysia ialah sebuah negara yang aman dan mesra pengunjung. Pelbagai
jenis pas dan visa telah dikeluarkan kepada pelawat-pelawat asing seperti pas
pengajian, pas lawatan kerja sementara, pas tanggungan dan sebagainya.
Pada tahun 2002, daripada sejumlah 6 691 332 orang pelawat asing, warga
Singapura merupakan pelawat yang paling ramai menyeberang sempadan Malaysia,
sama ada untuk tujuan melancong, bekerja atau tinggal (terutamanya di Johor
Bahru). Jumlahnya ialah 3 925 598 orang atau 58.67%. Begitu juga pada tahun 2003,
jumlahnya terus meningkat lagi menjadikannya 5 463 552 orang berbanding jumlah
keseluruhan sebanyak 8 341 393 orang. Bagi warga Indonesia pula, kebanyakan
mereka mengambil pas lawatan kerja sementara untuk suatu tempoh tertentu. Pada
tahun 2002, data yang direkodkan ialah seramai 1 247 003 orang dan meningkat
sebanyak 24.88% pada tahun 2003 kepada 1 557 240 orang.
39
jumlahnya ialah 36 438 orang, iaitu pertambahan sebanyak 13003 orang
berbanding tempoh sebelumnya. Pertambahan sebanyak 26 215 orang warga India
yang memasuki Malaysia pada tahun 2003, ternyata menunjukan angka lebih tujuh
kali ganda berbanding warga Bangladesh pada tahun tersebut. Pada tahun tersebut
pelawat warga India ke Malaysia berjumlah 270 074 orang.
JAWAPAN
40
Malaysia : Jumlah Aduan Kes Pencemaran yang Diterima oleh Jabatan
Alam Sekitar pada Tahun 2001 hingga 2005
Jumlah aduan
pencemaran (kes)
12000 Malaysia : Jumlah Aduan Kes Pencemaran Yang Diterima Oleh Jabatan
Alam Sekitar Pada Tahun 2001 Hingga 2005
10000
Jumlah aduan
pencemaran (kes)
12000
8000
10000
6000
8000
6000
4000
4000
2000
2000
0
2001
Skala
0 2002kes
: 1cm mewakili 1000 2003 2004 2005Tahun
Tahun
2001 2002 2003 2004 2005
Petunjuk:
Lain-Lain
AirLain-Lain
bunyi
Udara
Air
bunyi
Udara
41
SKEMA JAWAPAN
7.10% 3.24%
3.64% 0.44%
0.35% 5.63%
8.03% 2.37%
3.57%
18.67%
58.67%
18.64%
65.50%
6691332 orang
Nisbah jejari 8341393 orang
Singapura
Indonesia
Australia 1:1.2
China
Bangladesh Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada
India
Jepun Jabatan Imigresen Malaysia 2005
42
SET 2
Pada tahun 2003, di negeri Pahang bilangan murid sekolah rendah telah
bertambah sebanyak 4.73% berbanding dengan tahun 2000. Murid di sekolah
menengah pula turut menokok sebanyak 2.7 ribu murid berbanding tahun 2000.
Dua tahun berikutnya, bilangan murid sekolah rendah di negeri ini telah bertambah
kepada 171.0 ribu murid. Namun demikian, bilangan murid sekolah menengah
berkurangan sebanyak 400 orang berbanding tahun 2003.
Di Perak pula, bilangan murid turut bertambah menjadi 487.8 ribu murid
pada tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 54.92% ialah murid sekolah rendah
dan selebihnya ialah murid sekolah menengah. Bilangan murid sekolah rendah pada
tahun 2005 telah meningkat sebanyak 7.4 ribu murid sementara murid sekolah
menengah pula menurun kepada hanya 218.1 ribu murid.
Di Melaka pula, pada tahun 2003 bilangan murid sekolah rendah telah
bertambah kepada 79.8 ribu murid sedangkan murid sekolah menengah telah
berkurangan sebanyak 4.07 % berbanding tahun 2000. Pada tahun 2005, bilangan
murid telah bertambah menjadi 154.7 ribu murid. 43.05% daripada jumlah tersebut
ialah murid sekolah menengah manakala selebihnya ialah murid sekolah rendah.
Pada tahun 2005, jumlah murid di Pulau Pinang telah bertambah sebanyak
8,200 murid kepada 264.2 ribu murid berbanding tahun 2003. Daripada jumlah
43
tersebut, 152.9 ribu orang ialah murid sekolah rendah manakala selebihnya ialah
murid sekolah menengah. Pada tahun 2003 pula, 40.58% murid sekolah menengah
dan selebihnya ialah murid sekolah rendah.
Rakan dagang utama bagi eksport jentera dan kelengkapan Malaysia ialah
Singapura. Nilai eksport jentera dan kelengkapan Malaysia telah meningkat
sebanyak 21.6% kepada RM262.3 bilion iaitu 54.58% daripada jumlah eksport pada
tahun 2004. Namun begitu, import jentera dan kelengkapan Malaysia pada tahun
tersebut telah berkurangan kepada hanya RM 109.6 bilion.
44
Bahan-bahan mentah bukan makanan pula masih kekal menjadi eksport
utama Malaysia walaupun nilainya semakin merosot. Pada tahun 2004, eksport
bahan-bahan mentah telah menyumbang sebanyak 4.68% daripada jumlah eksport
kasar manakala nilai import barangan tersebut telah meningkat sebanyak 3.22%
kepada RM16.9 bilion. Dagangan dengan Negara-Negara Perindustrian Baru Asia
(NIE) telah menyebabkan import Malaysia bagi barangan tersebut semakin
meningkat.
JAWAPAN
45
Malaysia: Bilangan Murid di Sekolah Bantuan Kerajaan Mengikut Negeri pada
Tahun 2000, 2003 dan 2005 antara Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
2005
2003
2000
46
MALAYSIA: EKSPORT DAN IMPORT BARANGAN UTAMA, 2004
Eksport
Import
5.85%
3.75%
14.60%
4.68%
4.92% 7.68%
43.84%
6.76%
9.82% 54.58%
8.28%
11.72%
13.65%
9.88%
47
SET 3
1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-tahun yang
dinyatakan.
Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dijangka menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun 2010.
Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka meningkat dari 7.0
peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah disokong oleh galakan yang
diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti eksport komoditi tersebut. Maka tidak
menghairankan apabila berlakunya peningkatan nilai eksport industri makanan berasaskan
pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun 2005 kepada RM15,803 juta pada tahun 2010. Hasil
eksport industri minuman dan tembakau juga telah meningkat sebanyak 39.37 peratus kepada
RM2,446 juta pada tahun 2010.
Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji menyebabkan hasil
eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada RM2100 juta dan RM4051 juta
kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabut yang
berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah
menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri
keluaran kayu meningkat sebanyak RM4,244 juta kepada RM13,909 juta pada tahun 2010.
Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM8,454 juta pada tahun
2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta pada tahun
2010.
Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah meningkat
daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan kepada hasil eksport
komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156 juta pada tahun 2010. Hal ini
berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri hiliran untuk
menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah tempatan. Hasil eksport industri
kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM781 juta kepada RM2,799 juta pada tahun
2010. Peningkatan hasil eksport industri berasaskan pertanian menggambarkan pertumbuhan
yang baik bagi industri pertanian di negara ini.
48
JAWAPAN:
MALAYSIA: HASIL EKSPORT INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN PADA TAHUN 2005 DAN
JANGKAAN TAHUN 2010
(RMjuta) (RMjuta)
* jangkaan/anggaran
49
MALAYSIA: HASIL EKSPORT INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN PADA TAHUN 2005 DAN
JANGKAAN TAHUN 2010
Hasil Eksport
(RMjuta)
Tahun
50
2. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan kutipan
cukai tak langsung mengikut kategori di Malaysia pada tahun 2005 dan 2007.
Cukai memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Cukai yang
dikenakan tergolong dalam beberapa kategori termasuklah cukai langsung dan tidak langsung.
Dalam kategori cukai langsung, kerajaan telah berjaya mengutip RM 24 543 juta manakala
cukai tak langsung pula memperoleh kutipan hasil sebanyak RM 32 510 juta pada tahun 2005 dan
jumlah kutipan cukai tak langsung pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 38 897 juta, lebih 10.62%
tinggi berbanding tahun 2005. Kategori duti eksport berjaya mengutip hasil pada tahun 2005
sebanyak RM 4 669 juta atau 14.4% dan bagi duti import pula hasil yang diperoleh pada tahun
2007 adalah sebanyak RM 5 486 juta atau 14.1%.
Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan di pejabat kerajaan dan swasta
menambah pendapatan kerajaan dan pada tahun 2005 kutipan daripada cukai ini adalah sebanyak
RM 2 016 juta. Kutipan lain-lain dalam kategori cukai tak langsung mencatatkan perolehan
tertinggi sejak 2001, dan pada tahun 2005 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM 2 796 juta
atau 8.6% dan jumlah kutipan ini meningkat sebanyak 71.75% kepada RM 4 802 juta pada tahun
2007.
Sumber pendapatan negara sebahagian besar diperolehi daripada pelbagai jenis cukai.
Cukai pendapatan merupakan sumber utama cukai kerajaan untuk membangunkan negara dan
rakyat harus memahami keperluan membayar cukai demi pembangunan ekonomi negara.
CARA 1 :
CARA 2 :
Nisbah Jejari : √32 510 / √32 510 : √38 897 / √32 510
1 : 1.09
2005 2007
Duti Eksport
8.4%
8.6% Duti 12.3%
Import
14.4%
6.2% Duti Ekspo
Cukai Eksais 14.1%
9.6% Duti Impor
Cukai Jualan
Cukai Eksa
21.6% Cukai Perkhidmatan Cukai Jual
28.4%
Cukai Tak Langsung Lain- Cukai Perk
lain 20.6%
Cukai Tak
lain
35.0%
20.8%
8.4%
Petunjuk :
14.1% Duti Eksport
Duti Import
Cukai Eksais
Cukai Jualan
Cukai Perkhidmatan
20.6%
Cukai Tak Langsung Lain-lain
1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
membandingkan haluan import dan eksport negara pada tahun 2006.
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2007, haluan
perdagangan negara dalam kalangan negara ASEAN banyak tertumpu kepada negara Singapura
dan Thailand. Malaysia banyak mengeksport barangan berupa produk makanan dan barangan
elektrik berjumlah RM 45 201 juta pada tahun 2006. Perdagangan dengan Singapura
membolehkan negara untung bersih sebanyak RM 19 290 juta. Dengan kurang mengimport
barangan negara berkenaan, imbangan perdagangan negara menunjukkan positif.
Antara barangan yang banyak dieksport dan diimport oleh negara-negara ASEAN ialah
minyak atau lemak haiwan atau sayuran, bahan kimia, semikonduktor atau kelengkapan
elekronik, jentera atau barang pembuatan dan kelengkapan pengangkutan. Import negara untuk
barangan semikonduktor ialah sebanyak RM 173 329 juta dari negara-negara di seluruh dunia.
Eksport negara juga menunjukkan nilai positif apabila imbangan pembayaran berjumlah
RM 2 512 juta dengan negara Thailand. Malaysia telah mengimport produk dari negara Thailand
seperti beras dan kelengkapan jentera dan sebagainya berjumlah RM 12 715 juta. Negara juga
mengeksport barangan ke Brunei dengan nilai RM 627 juta atau 0.8% daripada jumlah eksport
negara.
Jumlah eksport negara mengatasi jumlah import dengan kelebihan RM 19 674 juta. Jumlah
import negara ialah RM 55 991 juta.
Eksport negara dengan Filipina ialah sebanyak RM 3 920 juta atau 5.2%. Dagangan negara
dengan Filipina mencatat nilai negatif sebanyak RM 1 458 juta. Negara juga mengimport barangan
daripada Indonesia berjumlah RM 9 289 juta berbanding hanya mengeksport sebanyak RM 6 441
juta. Nilai eksport negara mengatasi nilai import ke Laos dan Kemboja masing-masing sebanyak
RM 190 juta dan RM 140 juta. Sementara itu, nilai eksport negara ke Myanmar ialah sebanyak RM
313 juta dan Vietnam sebanyak RM 3 746 juta. Pengimport barangan Myanmar dan Vietnam
masing-masing ialah RM 266 juta atau 0.5% dan RM 2 198 juta atau 3.9%.
Haluan import dan eksport negara banyak dipengaruhi permintaan barangan dan kadar
tukaran asing. Negara perlu memastikan imbangan pembayaran yang positif bagi mengelakkan
berlaku terlalu banyak mata wang negara mengalir keluar dan seterusnya menjejaskan nilai
ringgit di pasaran dunia.
Di Malaysia, terdapat tiga jenis jalan raya yang utama iaitu berturap, kerikil dan tanah
merah yang dibina di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan telah membina jalan daripada pelbagai jenis bahan yang mencatatkan
jarak terpanjang sejauh 20 274 kilometer iaitu pada tahun 2004 manakala di bawah Kerajaan
Negeri keseluruhan panjang jalan raya yang dibina ialah 63 421 kilometer iaitu juga pada tahun
2004.
Pada tahun 2002, pembinaan jalan raya daripada jenis berturap bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri adalah sepanjang 41 457 kilometer berbanding hanya 11 659 kilometer daripada
jenis batu kerikil manakala bagi jalan jenis tanah merah pula mencatatkan jarak sepanjang 5 303
kilometer.
Panjang keseluruhan jalan yang dibina di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan pada tahun
2002 kurang iaitu sejauh 19 746 kilometer berbanding 58 419 kilometer oleh Kerajaan Negeri dan
daripada jumlah tersebut, jalan jenis berturap adalah sepanjan 14 891 kilometer yang di bawah
Kerajaan Persekutuan dan daripada jenis kerikil pula sejauh 2 352 kilometer manakala jalan
daripada jenis tanah merah pula hanya mencatatkan 2 503 kilometer. Hal ini membuktikan
bahawa Kerajaan Persekutuan banyak membina jalan jenis berturap yang menjadi penghubung
antara bandar-bandar utama dan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan Negeri mencatatkan pengurangan dalam projek pembinaan jalan dan memberi
tumpuan kepada projek ekonomi dan infrastruktur lain dan pada tahun 2004 jalan jenis tanah
merah berkurangan sebanyak 308 kilometer berbanding jenis yang sama pada tahun 2003,
manakala bagi jenis batu kerikil mencatatkan peningkatan dari tahun 2003 kepada 15 024
kilometer pada tahun berikutnya dan jalan jenis berturap pula berkurangan sebanyak 948
kilometer menjadi 43 337 kilometer pada tahun yang sama.
55
Pada tahun 2004, Kerajaan Persekutuan mengeluarkan peruntukan yang banyak untuk
membina jalan jenis berturap dan berlaku pertambahan jarak dari tahun 2003 kepada 15 917
kilometer pada tahun 2004, manakala jalan jenis kerikil pula mencatatkan jarak jalan sepanjang 2
114 kilometer dan jenis jalan yang dibina daripada tanah merah lebih sedikit sebanyak 129
kilometer berbanding jalan jenis batu kerikil pada tahun yang sama.
JAWAPAN:
( Jalan kerja = 55 991 = 0.7399 klik simbol √ pada calculator kemudian simbol =
75 665
56
MALAYSIA : PANJANG JALAN RAYA MENGIKUT JENIS BUATAN DAN KUASA ANTARA KERAJAAN
BAGI TAHUN 2002 HINGGA 2004
= 4025.90
1 cm = 5000 km ( bundarkan )
57
SET 5
1. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah aliran kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun
1998 hingga jangkaan tahun 2001.
Kutipan hasil cukai tidak langsung mengalami peningkatan bagi tempoh antara tahun 1998
hingga tahun 1999, tetapi merosot sedikit pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, jumlah ini
dijangka meningkat kepada RM18, 300 juta pada tahun 2001.
Pungutan duti eksport pada tahun 1998 ialah sebanyak RM623 juta dan meningkat secara
konsisten pada tahun 1999, 2000, dan 2001, iaitu masing-masing kepada RM670 juta, RM1032
juta dan dijangka menjadi RM1052 juta. Duti import turut menyumbang kepada hasil pendapatan
negara. Jumlah pungutannya untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola yang tidak konsisten.
Pada tahun 1998, sumbangan duti import ialah sebanyak RM3868 juta dan hasil ini meningkat
kepada RM4720 juta pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pungutan hasil daripada duti import
ini telah menurun dua tahun berturut-turut kepada RM3599 juta pada tahun 2000 dan dijangka
sebanyak RM3318 juta pada tahun 2001.
Pada tahun 1999, jumlah pungutan duti eksais ialah sebanyak RM4723 juta berbanding
dengan tahun RM3586 juta sahaja pada tahun 1998. Pada tahun 2001, jumlah pungutan duti
eksais dijangka sebanyak RM3916juta berbanding dengan RM3803 juta pada tahun 2000.
Sumbangan cukai jualan juga tidak kurang besarnya terhadap hasil pendapatan negara.
Pada tahun 2001, jumlah pungutan dijangka mencecah RM6269 juta berbanding dengan RM5968
juta pada tahun 2000. Jumlah kuipan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang empat
tahun berturut-turut. Pada tahun 1999, sumbangan cukai jualan ialah RM4488 juta, manakala
pada tahun 1998, sumbangan cukai ini cuma RM3845 juta.
Sementara itu, pungutan cukai perkhidmatan adalah sebanyak RM1447 juta pada tahun
1998, dan terus meningkat secara berterusan sepanjang tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1999,
sumbangan cukai perkhidmatan ialah RM1459 juta, meningkat kepada RM1701 juta pada tahun
2000 dan dijangka bertambah lagi kepada RM1734 juta pada tahun 2001. Sumbangan cukai tidak
langsung lain pada tahun 1998 ialah sebanyak RM1951 juta dan meningkat kepada RM2040 juta
pada tahun 1999. Pada tahun 2000, sumbangannya sebanyak RM1914 juta dan dijangka
meningkat pada tahun 2001 kepada RM2011 juta.
58
2. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai
untuk menunjukkan perbandingan hasil eksport utama Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2004
dan 2005.
Pada tahun 2004, hasil eksport utama negara adalah sebanyak RM390 000 juta. Jumlah ini
telah bertambah sebanyak RM25 000 juta pada tahun berikutnya. Pertambahan ini berlaku
disebabkan program-program untuk meningkatkan hasil eksport telah berjaya dilaksanakan oleh
pihak kerajaan. Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah
berusaha menambahkan hasil pendapatan negara melalui perdagangan.
Hasil eksport utama yang paling besar pada tahun 2004 adalah keluaran elektrik dan
elektronik, iaitu sebanyak RM241 483 juta atau sebanyak 61.92% daripada jumlah keseluruhan
eksport. Manakala, hasil eksport yang paling kecil sumbangannya adalah getah, iaitu sebanyak
RM5197 juta. Hasil eksport getah tidak berubah bagi tahun berikutnya.
Meskipun minyak kelapa sawit masih mendapat sambutan yang baik dalam kalangan
negara-negara pengimport, tetapi jumlah eksport pada tahun 2004 adalah sebanyak RM29 116
juta. Manakala pada tahun 2005 pula, eksport minyak kelapa sawit telah menurun sebanyak
RM2919 juta berbanding tahun sebelumnya.
Mutu petroleum mentah negara kita antara yang terbaik di dunia. Negara kita telah
memperoleh hasil eksport petroleum sebanyak RM21 762 juta pada tahun 2004 dan RM26 461
juta pada tahun 2005. Gas asli cecair pula telah menyumbang sebanyak 4.38% daripada jumlah
keseluruhan pada tahun 2004 dan meningkat sebanyak RM1493 juta pada tahun 2005.
Permintaan terhadap barangan elektrik dan elektronik telah menurun sebanyak RM1456
juta pada tahun 2005. Penurunan ini mungkin disebabkan saingan yang hebat antara negara-
negara pengeksport yang lain. Selebihnya adalah untuk eksport lain-lain. Hasrat kerajaan untuk
menambahkan hasil eksport negara hanya tercapai dengan kerjasama yang padu antara agensi-
agensi kerajaan dan pihak swasta.
59
JAWAPAN :
Angka dalam jalur 1 kekal, nilai tokokan hanya wujud apabila nilai asal dalam jalur 1 ditambah
dengan nilai asal dalam jalur 2 - contoh : 623 + 3868 = 4491 kemudian nilai baru 4491 + 3586
= 8077 dan seterusnya sehingga sampai nilai tokokan pada jalur 6 mesti nilainya sama dengan
jumlah besar (15320) =15320
60
Soalan 2 : Jawapan Carta Pai Bandingan
2004 2005
1 Keluaran elektrik dan 241 483 61.92 222.90 240 027 57.84 208.22
elektronik
1 : 1.03
61
SET 6
1. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
membandingkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor tahun 2006
dan tahun 2007.
Pada tahun 2007, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4 157 juta untuk sektor
pertanian dan pembangunan luar bandar, iaitu meningkat sebanyak RM476 juta berbanding pada
tahun sebelumnya. Perbelanjaan ini merupakan 9.2 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan
pembangunan kerajaan pada tahun tersebut. Sektor perkhidmatan, perdagangan dan
perindustrian menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3 791 juta pada
tahun 2006 dan meningkat sebanyak RM1 311 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini
sebanyak 34.6 peratus. Negara telah mensasarkan tiga strategi utama dalam pengurusan
ekonomi, iaitu mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan
menjamin kemakmuran rakyat.
Pada tahun 2006, sektor pengangkutan diperuntukkan sebanyak RM6 198 juta atau
17.3 peratus. Perbelanjaan sektor ini ditambah kepada RM7 298 juta pada tahun 2007.
Perbelanjaan untuk sektor sosial iaitu bidang pendidikan dan latihan diperuntukkan sebanyak
RM8 731 juta. Sektor pendidikan dan latihan ini terus ditingkatkan peruntukan perbelanjaan
pada tahun 2007 kepada RM7 941 juta atau 17.6 peratus. Sebanyak RM700 juta diperuntukkan
untuk prasekolah, RM3.0 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah sementara RM6.0 bilion
untuk pendidikan tinggi.
Bagi kategori gaji, jumlah yang diperuntukkan menunjukkan peningkatan. Peruntukan bagi
tahun 2001 adalah sebanyak RM12,084 juta. Pada tahun 2002, jumlahnya adalah sebanyak
RM12,488 juta dan berkurang sebanyak RM18 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004,
angka ini meningkat sebanyak RM2,024 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun
2005, perbelanjaan pembangunan dalam gaji adalah sebanyak RM14,807 juta. Kategori pencen
dan ganjaran pula menerima peruntukan sebanyak RM2,127 juta pada tahun 2001 dan
pertukaran ini meningkat kepada RM2,355 juta dan RM2,413 juta pada tahun-tahun yang
berikutnya. Pada tahun 2004 dan tahun 2005, jumlahnya adalah sebanyak RM3,864 juta dan
RM3,515 juta masing-masing.
Bagi kategori khidmat bayaran hutang pula, jumlahnya adalah sebanyak RM7,248 juta pada
tahun 2001. Pada tahun 2002, peruntukannya adalah sebanyak RM7,136 juta dan meningkat
sebanyak RM95 juta pada tahun berikutnya dan berkurang sebanyak RM720 juta pada tahun 2004
berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, jumlah perbelanjaan pembangunan
dalam khidmat bayaran hutang adalah sebanyak RM6,463 juta. Kategori pemberian kepada
Kerajaan Negeri menerima peruntukan sebanyak RM1,334 juta, RM1,378 juta dan RM1,406 juta
bagi tahun 2001 hingga tahun 2003. Pada tahun 2004 dan tahun 2005, jumlahnya adalah
RM1,683 juta dan RM1,525 juta.
Bagi tahun 2001, peruntukan bagi bekalan dan perkhidmatan, subsidi, dan perbelanjaan
mengurus yang lain ialah RM4,367 juta, RM576 juta, dan RM4,579 juta masing-masing.
Seterusnya, pada tahun-tahun 2002, 2003, 2004, dan 2005, jumlah perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan meningkat kepada RM5,047 juta, RM5,241 juta, RM5,975 juta, dan RM6,309 juta.
Subsidi pula mendapat peruntukan sebanyak RM548 juta, RM660 juta, RM708 juta dan RM934
juta. Manakala perbelanjaan mengurus yang lain menerima peruntukan sebanyak RM4,801 juta,
RM4,974 juta, RM8,730 juta, dan RM10,456 juta bagi keempat-empat tahun tersebut.
63
JAWAPAN :
Nilai Nilai
Mutlak Mutlak
Sektor % Sudut % Sudut
(RM juta (RM juta
) )
64
65
Jawapan 2 : Graf Garisan Komponen
Tahun
Kategori 2001 2002 2003 2004 2005
(RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM Juta) (RM Juta)
Gaji 12 084 12 488 12 470 14 494 14 807
66
MALAYSIA: KOMPOSISI JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN
DARI TAHUN 2001 HINGGA TAHUN 2005
Jumlah perbelanjaan
mengurus (RM juta)
50,000
45,000
40,000
35,000
30,000
25,000
20,000
15,000
10,000
5,000
0
2001 2002 2003 2004 2005
Tahun
Petunjuk:
Gaji
Khidmat bayaran hutang
Bekalan dan perkhidmatan
Perbelanjaan mengurus yang lain
67
SET 7
2.. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perubahan
dalam penggunaan minyak dan lemak beberapa negara terpilih dalam tempoh yang dinyatakan.
Pengguna minyak dan lemak kedua terbanyak adalah negara China yang mencatat nilai
penggunaan sebanyak 17 528 ribu tan bagi tahun 2001. Kesatuan Eropah (EU) merupakan negara
terbanyak yang menggunakan minyak dan lemak sehingga tahun 2003, sebelum dipintas oleh
negara China mulai tahun 2004 dengan nilai penggunaan sebanyak 22 321 ribu tan dan
mengatasi negara EU sebanyak 887 ribu tan. Bagi tahun 2005, penggunaan minyak dan lemak
negara China dan EU meningkat masing-masing sebanyak 1951 ribu tan dan 483 ribu tan
berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2002 dan 2003, negara China menggunakan minyak
dan lemak sebanyak 19 090 ribu tan dan 20 430 ribu tan dan dikuti oleh EU sebanyak 20 464
ribu tan dan 20 845 ribu tan.
Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga dalam penggunaan minyak dan lemak dunia
dengan jumlah penggunaan sebanyak 14 412 000 tan, 14 336 000 tan, 14 282 000 tan dan 14 535
000 tan sepanjang tempoh 2002 hingga 2005. Penggunaan bagi tahun 2001 oleh negara
berkenaan adalah sebanyak 14 239 000 tan, nilai ini berkurangan sebanyak 5440 ribu tan
berbanding dengan penggunaan oleh negara-negara EU.
Negara India, mencatat penggunaan minyak dan lemak hampir sama dengan Amerika
Syarikat. Pada tahun 2002, negara India telah menggunakan minyak dan lemak sebanyak 12 092
ribu tan, iaitu peningkatan sebanyak 360 ribu tan berbanding tahun sebelumnya, dan merosot
sebanyak 159 ribu tan untuk tahun 2003. Penggunaan minyak dan lemak merosot lagi sebanyak
241 ribu tan kepada 12 010 ribu tan untuk tahun 2004 sebelum meningkat semula sebanyak 3.74
peratus untuk tahun 2005.
Catatan penggunaan di negara Brazil sebanyak 4485 ribu tan bagi tahun 2001 sebelum
merosot untuk dua tahun bertutut-turut. Jumlah penggunaan untuk tahun 2003 adalah sebanyak
4 365 ribu tan iaitu peningkatan sebanyak 13 000 tan berbanding dengan tahun sebelumnya.
Penggunaan terus meningkat sehingga tahun 2005 dengan peningkatan sebanyak 34 ribu tan
kepada 4567 ribu tan pada tahun 2005, berbanding tahun 2004.
68
Malaysia merupakan negara membangun yang paling maju menunjukkan penggunaan
minyak dan lemak semakin bertambah. Penggunaan bagi tahun 2001 adalah sebanyak 2475 ribu
tan meningkat kepada 2590 ribu tan dan 2669 ribu tan bagi tahun 2002 dan 2003. Pada tahun
2005, penggunaan sebanyak 2989 ribu tan yang merupakan kadar peningkatan 6.75 peratus
berbanding dengan penggunaan bagi tahun 2004.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Majalah Visi, Bil. 88, April 2008,
Kuala Lumpur)
2.. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia
pada tahun-tahun yang dinyatakan.
Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan
memperoleh keuntungan yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada tahun
2004 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong sehari.
Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2005. Namun, pada tahun 2006,
pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan kepada 300 ribu tong sehari.
Pengeluaran minyak mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling besar iaitu sebanyak
50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada tahun 2007.
Pada tahun 2008, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari.
Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import
sepanjang tempoh 2004 -2008. Walaupun harga minyak mentah pada tahun 2004 ialah US$75
setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun
tersebut iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari.
Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar
daripada kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran
dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2005 apabila kuantiti eksport petroleum mentah ialah 212
ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu tong sehari. Harga
minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88 setong. Begitu juga pada
tahun 2006, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong
sehari, manakala kuantiti importnya adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada
tahun tersebut harga minyak mentah adalah US$ 75 setong.
Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2006 hingga
tahun 2008 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran
dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2007 ialah 390 ribu
69
tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2008 kuantiti eksport minyak
mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari selaras dengan penurunan harga minyak mentah
kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.
JAWAPAN :
1. Cadangan jadual:
NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2001, 2002, 2003, 2004 DAN 2005 (Ribu tan)
Negara
China 17528 19090 20430 22321 24272
EU 19679 20464 20845 21434 21917
USA 14239 14412 14336 14282 14535
India 11732 12092 12251 12010 12459
Brazil 4485 4352 4365 4533 4567
Malaysia 2475 2590 2669 2800 2989
Jumlah 51445 ? ? ? ?
(Dipetik dan disesuaikan daripada Majalah Visi, Bil. 88, April 2008, Kuala Lumpur)
? sila lengkapkan
70
Cadangan graf:
PENGGUNAAN MINYAK DAN LEMAK OLEH BEBERAPA NEGARA TERPILIH PADA TAHUN
2001, 2002, 2003, 2004 DAN 2005
30000
25000
20000
15000
10000
5000
0
1
2001 2
2002 3
2003 4
2004 5
2005
Tahun
Petunjuk:
China
EU
A Syarikat
India
Brazil
Malaysia
(Sumber :………………………………………)
71
Nota tambahan:
1. Label paksi menegak – mesti ditulis lengkap seperti dlm skema. Tiada perkataan
”minyak dan lemak” – rujuk B(3)
2. Dalam tajuk mesti ada perkataan ‘terpilih’, sekiranya tiada – salah tajuk rujuk B(1)
MALAYSIA : KUANTITI PENGELUARAN, EKSPORT DAN IMPORT SERTA HARGA MINYAK MENTAH
PADA TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2008
Kuantiti import 92 73 48 48 48
Pengiraan :
72
73
Kuantiti pengeluaran,
eksport dan import Harga pasaran
(ribu tong sehari ) (US$ setong)
100
500
450
400 80
350
300 60
250
200 40
150
100 20
50
0 0
2004 2005 2006 2007 2008 Tahun
Skala 1cm : 50 ribu tong sehari Skala 1 cm : US$ 10 setong
Petunjuk :
Kauntiti pengeluaran
Kuantiti eksport
Kuantiti import ( Sumber dipetik dan diubahsuaikan
Harga pasaran (US$ setong) Laporan Ekonomi 2007/2008)
daripada
73
74
SET 8
1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, bina carta pai yang sesuai
bagi menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut bidang utama bagi tahun 2004 dan 2005 di
Malaysia.
Setelah pulih daripada kegawatan ekonomi, jumlah guna tenaga dalam pelbagai bidang di
negara ini telah menunjukkan perkembangan yang positif. Pada tahun 2005, jumlah guna
tenaga telah bertambah sebanyak 1783.06 ribu orang berbanding dengan tahun sebelumnya
yang hanya mencatatkan jumlah sebanyak 9704.2 ribu orang. Pertambahan ini telah memberi
petanda yang baik kepada kumpulan pencari kerja yang aktif.
Pada tahun 2004, sebanyak 766.70 ribu orang guna tenaga telah berkhidmat dalam bidang
profesional dan teknikal. Kepentingan bidang ini dalam menjana pembangunan negara dapat
dibuktikan melalui pertambahan bilangan siswazah dalam bidang ini pada setiap tahun.
Sehubungan dengan itu, pada tahun 2005 bilangan guna tenaga dalam bidang ini telah
bertambah sebanyak 210.19 ribu orang lagi berbanding dengan tahun sebelumnya.
Bidang pentadbiran dan pengurusan pula semakin diminati selaras dengan perkembangan
semasa negara. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan yang tinggi pada tahun 2005, iaitu
sebanyak 621.29 ribu orang berbanding dengan tahun 2004 yang hanya mencatatkan angka
sebanyak 271.70 ribu orang.
Bidang perkeranian pula telah menyumbang sebanyak 9.80 peratus daripada jumlah
keseluruhan guna tenaga pada tahun 2004 itu. Bilangan ini telah meningkat kepada 1251.11
ribu orang, iaitu bertambah sebanyak 300.01 ribu orang guna tenaga lagi pada tahun 2005.
Pertambahan premis jualan dan kegiatan jualan langsung juga telah memberi peluang
pekerjaan kepada rakyat di Malaysia. Pada tahun 2004, bidang ini telah mencatat bilangan
guna tenaga sebanyak 1504.20 ribu orang atau sebanyak 15.50 peratus daripada jumlah
keseluruhan pada tahun tersebut. Seterusnya, pada tahun 2005 bilangan guna tenaga dalam
bidang ini telah meningkat kepada 1745.89 ribu orang.
Sektor swasta pula lebih cenderung untuk mengaplikasikan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam semua urusan harian. Justeru, bidang perkhidmatan telah menunjukkan
penurunan sebanyak 29.71 ribu orang pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004 yang
mencatatkan bilangan sebanyak 1261.0 ribu orang. Bidang pertanian juga mengalami
perubahan yang besar selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga yang bermatlamat untuk
memodenkan sektor pertanian. Keadaan ini telah menggalakkan penggunaan jentera moden
74
75
bagi menggantikan guna tenaga manusia. Sehubungan dengan itu, bilangan guna tenaga dalam
bidang ini telah menyusut kepada 1622.66 ribu orang pada tahun 2005, manakala bilangan
guna tenaga bidang ini pada tahun 2004 ialah 2038.0 ribu orang, iaitu kira-kira 21.0 peratus
daripada jumlah keseluruhan guna tenaga pada tahun tersebut.
2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang
sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan pengeluaran sektor pembuatan mengikut produk
utama terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan.
Pengeluaran beras campur pula adalah sebanyak 50,110 tan metrik pada tahun 2004
dan berkurang kepada 46,200 tan metrik iaitu merosot sebanyak 3,910 tan metrik pada tahun
2005. Penurunan itu berlaku kerana kitaran permintaan global yang menurun bagi produk-
produk tersebut sehingga para pengilang terpaksa membuat penyesuaian terhadap pengeluran
dan inventori.
75
76
Pelbagai usaha dan kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan tentang bahaya
merokok telah mempengaruhi pengeluaran produk ini di pasaran. Pengeluaran rokok pada
tahun 2004 adalah sebanyak 24,669 tan metrik tetapi merosot kepada 21,635 tan metrik pada
tahun berikutnya. Bagi produk benang kapas, pengeluarannya pada tahun 2005 adalah
sebanyak 40,409 tan metrik iaitu lebihan sebanyak 9,813 tan metrik berbanding dengan tahun
2004. Pola pengeluaran yang sama juga boleh dilihat pada produk dawai besi yang
mencatatkan pengeluaran sebanyak 62,397 tan metrik pada tahun 2004 dan meningkat
kepada 75,790 tan metrik setahun kemudian.
MALAYSIA: GUNA TENAGA MENGIKUT PELBAGAI BIDANG BAGI TAHUN 2004 DAN 2005
Tahun
Bidang Pekerjaan 2004 (Ribu orang) 2005 (Ribu orang)
Nilai Peratus Sudut Nilai Peratus Sudut
Pengeluaran 2911.5 30.00 108.0 3766.43 32.79 118.0
4
Profesional dan 766.7 7.90 28.44 976.89 8.50 30.61
Teknikal
Pentadbiran dan 271.7 2.80 10.08 892.99 7.77 27.99
Pengurusan
Perkeranian 951.1 9.80 35.28 1251.11 10.89 39.21
Jualan 1504.2 15.50 55.80 1745.89 15.20 54.71
Perkhidmatan 1261.0 13.00 46.80 1231.29 10.72 38.59
Pertanian 2038.0 21.00 75.60 1622.66 14.13 50.85
Jumlah 9704.2 100 360 11487.26 100 360
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006)
76
77
77
2.
78
Perhatian:
Bar bagi Sabun mandi sepatutnya ialah nilai negatif (tersalah plot). Harap Maklum.
79
SET 9
2. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk membandingkan kemasukan
warga asing daripada pelbagai negara ke Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.
“Daripada sejumlah 6691332 orang pelawat asing pada tahun 2002, warga Singapura
merupakan pelawat paling ramai berkunjung ke Malaysia iaitu kira-kira 58.67% atau kira-kira
3925598 orang. Pada tahun berikutnya, jumlah ini terus meningkat lagi menjadi 5463552 orang
berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 8341393 orang. Warga Indonesia pula, kebanyakannya
mengambil Pas lawatan kerja sementara untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2002, data
yang direkodkan seramai 1247003 orang dan meningkat sebanyak 24.88% pada tahun 2003
kepada 1557240 orang.
Kemasukan pelawat Australia dan China menunjukkan penurunan. Pada tahun 2002,
kemasukan warga Australia hanyalah berjumlah 239151 orang iaitu sebanyak 3.57% berbanding
warga China sebanyak 537400 orang, iaitu 8.03%. Walaupun penurunan warga Australia
sebanyak 41746 orang, penurunan kemasukan warga China lebih ketara iaitu sebanyak 12.58%
kepada 469772 orang untuk tempoh selepas tahun 2002.
Kemasukan warga Jepun pula turut membantu sektor pelancongan. Kebanyakan mereka
menyertai aktiviti pelancongan terutama pelancongan kesihatan. Pada tahun 2002, jumlah
kemasukan mereka adalah seramai 474886 orang berbanding 346912 orang pada tahun 2003.
Secara keseluruhan kemasukan warga asing ini turut membantu peningkatan ekonomi iaitu
melalui pertukaran wang asing dan juga sumbangan mereka dalam pelbagai bidang pekerjaan.”
80
2. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar
kelahiran dan kematian secara kasar di beberapa buah negara terpilih dari tahun-tahun yang
diliputi.
Antara tahun 2000 hingga 2002, terdapat peningkatan dalam jumlah penduduk di
beberapa buah negara. Jepun umpamanya mempunyai jumlah penduduk yang menunjukkan
pertambahan daripada seramai 126.926 juta orang pada tahun 2000 kepada 127.435 juta orang
pada tahun 2002. Pertumbuhan penduduk di Amerika Syarikat (AS) pula merupakan yang
terbesar. Manakala Republik Korea mencatat pertumbuhan penduduk sebanyak 1.35%. United
Kingdom (UK) juga mencatat pertambahan jumlah penduduk daripada 58.817 juta orang pada
tahun 2000 kepada 59.232 juta orang pada tahun 2002.
Pada tahun 2000, kadar kelahiran kasar penduduk Jepun yang dicatat ialah 9.5% dan
turun tahun demi tahun. Pada tahun 2002, kadar kelahiran kasarnya adalah sebanyak 9.2% iaitu
penurunan 0.1% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2000, kadar kelahiran kasar
penduduk AS pula ialah sebanyak 14.4% iaitu lebih 1.0% berbanding pertumbuhan kelahiran
kasar penduduk Republik korea. Pertumbuhan kelahiran kasar di UK hanyalah sebanyak 11.5%
pada tahun 2000.
Dalam tahun 2000, kadar kematian kasar UK menunjukkan kadar yang tertinggi iaitu
sebanyak 10.3% berbanding AS hanya 8.7% sahaja. Kadar kematian di UK ini ialah 5.1% lebih
tinggi berbanding Republik Korea. Kadar kematian kasar di Jepun pula berjumlah 7.8% sahaja.
Kadar kematian kasar di Jepun terus kekal sebanyak 7.7% dalam tahun 2001 dan 2002. Hal
tersebut menunjukkan bahawa kadar kelahiran kasar penduduk di semua negara adalah lebih
tinggi daripada kadar kematiannya.
Kadar kelahiran kasar di Republik Korea menurun sebanyak 1.8% pada tahun 2001 tetapi
masih berada dalam kedudukan kedua selepas AS. Pada tahun tersebut, penduduk Republik
Korea berjumlah 47.343 juta orang. Walaupun kadar kelahiran kasar penduduk di Republik
Korea menurun lagi menjadi 10.3% pada tahun 2002, namun kadar kematian kasarnya pula
menunjukkan sedikit penurunan kepada 5.1% pada tahun 2001 dan terus kekal pada tahun 2002.
Pada tahun 2001, jumlah penduduk AS berjumlah 285.318 juta orang iaitu pertambahan
sebanyak 3.896 juta orang berbanding tahun sebelumnya. Meskipun berlaku pertambahan jumlah
penduduk, namun kadar kelahiran kasarnya telah menurun berbanding tahun 2000 kepada hanya
14.1%. Akan tetapi, kadar kelahiran kasar penduduk AS menunjukkan peningkatan 0.1% pada
tahun 2002. Sementara itu, kadar kematian kasar di negara ini merosot kepada 8.5%, iaitu
kemerosotan 0.2% berbanding tahun 2000. Pada tahun 2002 pula, kadar kematian kasarnya
meningkat menjadi 8.6%. Pada penghujung tahun 2002, jumlah penduduk AS berjumlah 288.369
juta orang.
81
Pada tahun 2001, penduduk UK berjumlah 59.051 juta orang. Kadar kelahiran dan
kematian kasar adalah berbeza sebanyak 1.1%. Kedua-dua kadar tersebut menunjukkan
penurunan, kadar kelahiran kasar menurun sebanyak 0.2% manakala kadar kematian kasar juga
menurun, iaitu pada kadar 0.1%. Pada tahun 2002 pula, terdapat pertambahan kadar kelahiran
kasar penduduk UK kepada 11.7% tetapi diiringi dengan kadar kematian kasar yang turut
meningkat menjadi 10.3% pada tahun 2002 dan menjadikan jumlah penduduknya seramai 59.232
juta orang.
82
JAWAPAN :
83
Sila catat Label Paksi dan unit nilai:
Kadar Penduduk / Kadar Kelahiran
/ kadar kematian kasar penduduk
(%) [Jika kadar @ % saja akan
mendapat markah maksimum
08/20]
BAHAN INI COPY N PASTE DARIPADA BAHAN LAIN…KESILAPAN DAN KECUAIAN AMAT
DIKESALI…TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG ASAL
84