You are on page 1of 8

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa sebutan baku akan digunakan sepenuhnya di


sekolah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun
1988. Yang tersirat dalam pengumuman itu ialah hasrat untuk mewujudkan penggunaan
bahasa Melayu yang seragam dalam sistem pendidikan negara, terutama dalam aspek
sebutan baku dalam kalangan pelajar.

Untuk mencapai hasrat ini dengan sempurna, para pelajar amat perlu didedahkan kepada
penggunaan bahasa baku, dan sudah semestinya pelbagai peluang serta wadah
senantiasa disediakan untuk menguasai bahasa baku.

Maka, sebagai suatu langkah untuk menggalakkan pelaksanaan dan penggunaan bahasa
baku ini, Kementerian Pelajaran menganjurkan Pertandingan Forum Remaja.

2.0 OBJEKTIF

Forum Remaja ini bertujuan mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa
Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, dan akhirnya melahirkan satu model
penggunaan bahasa baku. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang sempurna dari
segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

3.0 PENGELOLAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia

4.0 JENIS PERTANDINGAN

Tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.0 PENYERTAAN

5.1 Terbuka kepada murid tingkatan 4 hingga 6 Sekolah Bantuan Kerajaan,


Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan kecuali MRSM.

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Forum diselenggarakan dalam bentuk perbincangan. Peserta akan


membincangkan tajuk yang ditentukan oleh negeri masing-masing.
Perbincangan dalam bentuk main peranan tidak dibenarkan sama sekali.

98
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

6.2 Pemilihan tajuk peringkat kebangsaan berdasarkan 10 skop yang


disediakan.

1. Politik
2. Sosial
3. Budaya
4. Ekonomi
5. Pendidikan
6. Alam Sekitar
7. Bahasa dan Sastera
8. Sains dan Teknologi
9. Pelancongan
10. Integrasi
kokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

6.3 Penyertaan kumpulan yang menggambarkan kepelbagaian kumpulan etnik


di Malaysia amat digalakkan..

6.4 Adab semasa berforum juga diberi perhatian.

6.5 Bagi pusingan pertama, setiap ahli panel akan berforum mengikut urutan
bermula daripada ahli panel pertama, kedua dan ketiga. Untuk pusingan
pertama sahaja, ahli panel tidak boleh mengganggu atau menyampuk
semasa rakannya sedang menyampaikan hujah.

6.6 Sekiranya ada tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan
mestilah disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Tidak
dibenarkan menyampaikan dalam bahasa Arab. Markah penalti akan
dipotong sebanyak 5 markah.

6.7 Sebarang bentuk nyanyian dan puisi tidak akan diambil kira / akan
menjejaskan markah penyampaian.

6.8 Penilaian markah diberi keutamaan mengikut bahasa, isi,


penyampaian dan pengendalian forum.

6.9 Setiap pasukan perlu mengutarakan maksimum 5 isi. Markah penuh bagi
setiap isi ialah 8, iaitu:

a) penyataan isi : 3
b) huraian/penjelasan : 3
c) contoh : 2

Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40


adalah untuk prestasi pasukan.
98
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

6.10 Bahasa dikira daripada markah penuh (40) dan merangkumi empat
aspek seperti yang berikut:

a) sebutan baku (20 markah)


b) tatabahasa (10 markah)
c) diksi (5 markah)
d) pertautan (5 markah)

Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh
dan pertambahan markah dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan
baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada
maksud yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas.

6.11 Markah penuh bagi pengendalian forum ialah 20 markah dengan


pecahan seperti yang berikut:

a) memulakan perbincangan (5 markah)


b) menggendalikan perbincangan (10 markah)
c) menggulung perbincangan (5 markah)

6.12 Hanya Pengerusi sahaja dinilai dari aspek pengendalian forum.

6.13 Markah penuh bagi penyampaian forum ialah 30 markah dengan


pecahan seperti yang berikut:

a) Adab dan kesantunan bahasa (10 markah)


b) gaya perlakuan (10 markah)
c) kelancaran tutur kata (10 markah)

6.14 Markah penuh bagi soalan spontan ialah 1 markah (Pengerusi) dan
3 markah (Ahli Panel). Jumlah ialah 10 markah.

6.15 Markah maksimum bagi setiap ahli forum ialah 73 markah,


manakala markah maksimum bagi pengerusi pula ialah 91
markah.

6.16 Ahli forum dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim


berpendapat ada peserta yang merujuk teks melebihi daripada
yang sepatutnya, (5 kali) markah maksimum yang boleh dipotong
ialah 5 markah daripada keseluruhan markah penyampaian.

6.17 Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng


amaran akan dibunyikan sekali, 3 minit sebelum masa tamat dan 2
kali apabila masa tamat. Apa-apa yang disampaikan oleh ahli
98
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

forum setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan


markah.

6.18 Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi


pasukan akan memberikan ruang kepada ketua hakim untuk
mengemukakan soalan. Ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada
pasukan yang bertanding pada peringkat kebangsaan. Masa tatkala ketua
hakim mengajukan soalan tidak akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit
diperuntukkan kepada peserta bagi menjawab soalan tersebut.

6.19 Ketiga-tiga ahli forum mestilah menjawab soalan yang diajukan secara
bergilir-gilir kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam
pemberian markah bonus kepada pasukan. Jawapan yang memuaskan
daripada setiap ahli forum diberikan 3 markah. Markah untuk pengerusi
pasukan ialah 1 markah. Markah penuh untuk pasukan ialah 10 markah.
Loceng amaran akan dibunyikan sekali, 2 minit sebelum masa tamat, dan 2
kali apabila masa tamat.

6.20 Jika berlaku gangguan kepada ahli forum semasa pertandingan, pengerusi
pasukan boleh menangguhkan pertandingan selama 5 minit untuk
membolehkan peserta simpanan mengambil tempat yang dikosongkan.

6.21 Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan
munasabah demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada
satu-satu masa, misalnya apabila berlaku putus bekalan elektrik, peserta
pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan.

6.22 Penilaian markah bagi pertandingan di peringkat kebangsaan akan dinilai


secara keseluruhan dari semua aspek.

6.23 Penentuan pasukan yang menjadi johan, naib johan, tempat ketiga,
pemenang sagu hati, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik di peringkat
negeri dan kebangsaan akan ditentukan dengan menggunakan sistem juri.
Pada peringkat awal, keputusan hakim akan diambil kira dengan sistem juri
dan jika keputusannya seri akan diambil secara agregat. Jika masih seri,
ketua hakim akan membuat keputusan.

6.24 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


Kementerian Pelajaran Malaysia

98
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

PETA KEDUDUKAN PASUKAN


PERTANDINGAN FORUM REMAJA

AHLI FORUM
2

PENGERUSI

AHLI FORUM AHLI FORUM


1 3

MEJA

HAKIM 1
(KETUA) HAKIM 2 HAKIM 3 HAKIM 4 HAKIM 5

98
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG MARKAH FORUM REMAJA


PERINGKAT KEBANGSAAN

NEGERI MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM

1/2/3/4/5

Tandatangan Hakim;

………………………………………
( )

98
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN FORUM REMAJA


PERINGKAT KEBANGSAAN

NEGERI HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM JUMLAH KEDUDUKAN


1 2 3 4 5

Pengesahan oleh Ketua Hakim;

………………………………………
( )

98
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

KEPUTUSAN AKHIR
PERTANDINGAN FORUM REMAJA
PERINGKAT KEBANGSAAN

JOHAN

SEKOLAH : …………………………………………………….
NEGERI : ……………………………………………………

NAIB JOHAN

SEKOLAH : …………………………………………………..
NEGERI : .............................................................................

TEMPAT KETIGA

SEKOLAH : ……………………………………………………….
NEGERI : ....................................................................................

PENGERUSI FORUM TERBAIK : ……………………………………………


NEGERI : ……………………………………………

AHLI FORUM TERBAIK : ……………………………………………


NEGERI : ……………………………………………

Tandatangan Ketua Hakim

………………………………………
( )

98

You might also like