You are on page 1of 13

KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

JLN TANJUNG KUBONG , PETI SURAT 80276,


87013 LABUAN,
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM WTP 1043- TEKNOLOGI PEMBINAAN
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK M04 CONCRETE WORKS
MODUL /MODULE NO. AND
TITLE
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE
WORKS REQUIREMENT
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO.DAN PERNYATAAN
AKTVITI KERJA
i. Obtain approved construction drawing
ii. Interpret building construction documents
WORK ACTIVITIES N0.
STATEMENT
NO. KOD / CODE NO. WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 1 Drp:14

TAJUK: MENGENALPASTI KEPERLUAN KERJA-KERJA KONKRIT BAGI


BANGUNAN KEDIAMAN

TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti keperluan kerja-kerja
konkrit bagi bangunan kediaman dengan pentafsiran dokumen pembinaan yang tepat
dan sesuai supaya hasil dapat mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan.

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 2 Drp:13
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Mengenalpasti keperluan kerja-kerja konkrit bagi bangunan kediaman merupakan
peringkat awal yang mesti disempurnakan. Pada peringkat ini dokumen kontrak perlu
dikumpul dan ditafsir dengan tepat supaya perincian yang relevan dapat di
muktamadkan

2.0 MENGENALPASTI KEPERLUAN KONKRIT BAGI RUMAH KEDIAMAN


Dokumen yang diperlukan adalah dokumen kontrak. Dokumen ini mengandungi
maklumat lengkap yang menjelaskan keperluan dalam pembinaan dan pembangunan
projek.
2.1 Dokumentasi Kontrak
 Secara prinsipnya setiap Dokumen Kontrak hendaklah diasaskan kepada Dokumen
Tender Pentender yang disetujuterima dan mengandungi dokumen dokumen yang
terkandung di dalam Dokumen Meja Tender.

 Lukisan  Senarai Kuantiti  tempoh


(Bill of Quantities)
 Spesifikasi  Kos

i) Lukisan teknikal serta pelan


 Lukisan-lukisan untuk pelaksanaan kerja menjadi sebahagian daripada Dokumen
Tender yang dikeluarkan kepada petender dan Dokumen Meja Tender. Untuk
kontrak berdasarkan senarai kuantiti, lukisan adalah di perlukan untuk memberikan
gambaran kepada petender secara keseluruhan tentang jenis dan skop kerja, dan
butiran-butiran lain yang diperlukan untuk mengharga kerja yang disenaraikan di
dalam senarai kuantiti.
 lukisan menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus
dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini
juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen.

 Lukisan Kerja mengandungi pelan ,pelan tegak (pelantegak hadapan ,pelan


tegak sisi dan pelan tegak belakang) dan pandangan keratan (lengkap dengan
dimensi,perincian dan nota) bagi memboleh item pembinaan digambarkan tanpa
maklumat tambahan.

 Jenis –jenis pelan yang diperlukan adalah:


a) Lukisan bangunan
Pelan Struktur
Pelan arkitek
Perpaipan dalaman
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 3 Drp:13
b) Lukisan Mekanikal dan Elektrikal

ii) Spesifikasi-spesifikasi
 Spesifikasi adalah set yang jelas tentang keperluan bagi sesuatu item,
bahan,komponen sistem atau perkhidmatan. Ia berguna untuk memformalkan
aspek-aspek teknikal berkaitan perjanjian perolehan atau kontrak.
 Spesifikasi boleh dirujuk kepada standard teknikal. Standard teknikal adalah
norma atau keperluan yang telah ditetapkan berkaitan sistem teknikal. Ia biasa satu
dokumen formal yang menetapkan kriteria,kaedah,proses dan amalan teknikal atau
kejuruteraan
 Bagi urusan kontrak, spesifikasi menentukan keperluan kerja yang tidak dijelaskan
di dalam lukisan dan juga keperluan-keperluan lain Kontrak yang tidak dinyatakan
dalam mana-mana dokumen lain.
 Spesifikasi Tambahan disediakan untuk kerja-kerja tertentu (Jika Kontrak
berasaskan Lukisan dan Spesifikasi digunakan)

iii) Senarai Kuantiti/ Bills of Quantities


 Senarai Kuantiti adalah dokumen yang terkandung dalam Dokumen Tender, yang
mengandungi huraian serta kuantiti butir-butir kerja yang terlibat dalam pembinaan
sesebuah projek. Senarai kuantiti membolehkan kontraktor menghargakan setiap
butiran kerja yang terlibat untuk mendapatkan jumlah harga tawaran.
 Senarai Kuantiti mestilah disediakan oleh seorang yang terlatih dan berkelayakan.
Ini adalah sangat penting kerana sebarang kesamaran, percanggahan atau
kesilapan dalam Senarai Kuantiti akan membawa kepada permasalahan
pentadbiran kontrak dan boleh menimbulkan pertikaian antara kontraktor dan
Kerajaan.

iv) Jadual Kadar Harga


Petender perlu menyedia dan melengkapkan satu jadual kadar harga terkini yang
menjadi sebahagian daripada dokumen tender dan dokumen meja tender. Jadual
kadar harga ini diperlukan untuk tujuan penilaian kerja perubahan (bagi kontrak
berdasarkan lukisan dan spesifikasi,)

3.0 SIMBOL/LEGEND BAGI KERJA KONKRIT


Simbol dalam kerja konkrit adalah petunjuk yang diguna untuk menjelaskan
Komposisi bahan/structural dalam bentuk yang lebih ringkas. Simbol lebih kecil tetapi
mempunyai maksud yang boleh dikenalpasti segera. contohnya suatu pelan/lukisan
structural yang memerlukan maklumat yang yang banyak dalam ruang yang terhad

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 4 Drp:13
boleh mengunakan symbol untuk menjimatkan ruang dan menjelaskan maksud dengan
tepat.
Lagend diguna bersama dengan simbol.Tanpa lagend, nombor atau garisan yang ada
pada pelan atau lukisan tidak akan bermakna kepada seseorang yang tidak
memahaminya. Contohnya garisan pada pelan structural tidak akan difahami oleh
seseorang yang tidak memahaminya jika tidak disertakan dengan lagend .Jadi Lagend
yang dikenali sebagai kekunci adalah jadual yang menerangkan maksud simbol, warna
dan singkatan
Kesimpulan: Simbol dikenalpasti melalui legend yang mana ianya mengandungi satu
senarai simbol dan penerangan makna yang berkaitan dengan simbol
.
Simbol Dalam Kerja Konkrit
Simbol yang yang akan dibincang adalah berkaitan dengan bancuhan konkrit . Berikut
adalah diantara sImbol dan lagend yang digunakan untuk konkrit bagi meringkaskan
identifikasinya .

3.1 Jenis-jenis Kerja Konkrit


i) Bancuhan Khusus /Special mix
 Konkrit ini dibancuh secara khusus untuk dibawa ke tapak pembinaan dalam
keadaan segar dan berplastik. Konkrit dibancuh untuk kes-kes tertentu
menggunakan jenis batu baur yang berbeza untuk disesuaikan dengan projek.
Diantaranya ada menggunakan batu baur khusus seperti batu baur ringan
(lightweight aggregate), gentian keluli (steel fiber), gentian palstik , gentian kaca dan
batu baur berat khusus.
 Pemilihan bahan-bahan bancuhan yang sesuai dan penentuan jumlah yang diguna
untuk bancuhan adalah bertujuan mendapatkan kekuatan, ketahanan dan
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 5 Drp:13
kebolehkerjaan bagi struktur tertentu. Biasanya untuk struktur yang memerlukan
kekuatan tinggi seperti jambatan , jalan raya, menara dan sebagainya.
 Konkrit Siap Bancuhan atau Ready miix concrete adalah bancuhan khusus (Mix
Design Concrete) dengan campuran Portland cement, air dan batu baur (pasir
,kelikir atau batu hancur).

ii) Bancuhan Biasa (Normal Mix).


Bancuhan ini sesuai bagi galas yang rendah (tidak menanggung bebanan yang tinggi)
 Konkrit yang dibancuh menggunakan bahan lazim seperti batu baur,air, simen. Ia
jua dikenali sebagai Konkrit berat normal (normal weight concrete) atau konkrit
berkekuatan normal ( normal strength concrete)
 Masa setting cepat antara 30-90 minit bergantung kelembapan dalam atmospera,
kehalusan /kualiti simen dan sebagainya. Tidak taham lasak apabila terdedah
dengan keadaan cuaca yang melampau.
 Kekuatannya membangun bermula selepas 7 hari
 Dalam tempoh 90 hari, 96% kekuatan dicapai.

iii) Bancuhan Pam (Pump mix)


Bancuhan Pam direka untuk disesuaikan dengan kaedah tuangan cara pam. Bancuhan
pam juga merupakan bancuhan khusus dimana ia direkabentuk supaya ia mudah
disalurkan dengan tekanan melalui paip tegar hos fleksibel untuk dituang terus ke
kawasan struktur. Pozzocrete digunakan bagi menambahbaik karekteristik aliran
konkrit menjadikannya lebih mudah dipam

3.2 Penandaan Konkrit (Concrete Marking)


 Penandaan Konkrit adalah indikator dan simbol bagi produk konkrit pratuang yang
menjelaskan produk berkenaan mematuhi standard yang ditetapkan, contohnya CE
marking, menjelaskan produk mematuhi standard Eropah atau European Technical
Assessment. Bagi kebanyakan produk konkrit yang dipiawaikan, penandaan CE
menjadi keperluan tetap oleh peronel kawalan bangunan bagi menunjukkan
kesesuaian bahan yang digunakan.
 Pada setiap elemen konkrit,maklumat berikut hendaklah ditanda secara kekal pada
permukaan, Tarikh Pembuatan, No Identifikasi, Nama Pembuat/Pengilang
atau Tanda Daftar dan Jisim Maksimum elemen berkenaan

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 6 Drp:13

Gambarajah menunjukkan produk konkrit (Rasuk) yang dibuat tandaan .

3.3 Gred Konkrit


 Gred konkrit dinyatakan dalam 2 jenis bancuhan iaitu bancuhan Nominal dan
Bancuhan Rekabentuk. Bancuhan Nominal terdiri daripada gred M5 hingga M25 (1 :
5 : 10 hingga 1 : 1½ : 3 ) dimana M mewakili Mixed. Bancuhan Rekabentuk terdiri
daripada gred 30 dan keatas.
 Gred konkrit bancuhan Rekabentuk ditentukan dengan kekuatan mampatan konkrit
dalam tempoh 28 hari selepas dituang. Bancuhan diukur dengan gred konkrit yang
dikira dalam newtons per square millimeter (N/sq.mm) Contohnya konkrit khusus yang
direkabentuk dengan gred C25/30 diperlukan untuk sampai kekuatan mampatan 30
Newton selepas 28 hari

3.4 Penutup Konkrit mengikut Jenis Struktur


Ketebalan penutup konkrit atau Kulit konkrit bergantung kepada keadaan persekitaran dan
jenis struktur. Ketebalan minimum penutup konkrit dinyatakan dalam lukisan atau pelan ,
atau perlu diperolehi daripada kos amalan yang berkaitan. Dibawah adalah spesifikasi
untuk penutup konkrit bagi elemen-elemen struktur dalam keadaan yang berbeza.
a) Pada setiap hujung tetulang bar minimum adalah 25mm atau kurang daripada 2
kali garispusat bar
b) Bagi Kolum/Tiang, pada bahagian memajang tetulang, tebal penutupnya tidak
kurang daripada 40mm. Dalam kes dimana dimensi kolum 200mm atau kurang
dan bar tidak melebihi 12mm, tebal penutup konkrit 25mm diaplikasi
c) Bagi Rasuk, pada bahagian memanjang, tebal penutup tidak kurang daripada
30mm .
d) Bagi Asas dan anggota struktur utama dimana konkrit disokong secara langsung
oleh bumi, penutup bawah tetulangnya adalah 75mm. Jika konkrit dituang diatas
lapisan konkrit lean, penutup konkrit boleh dikurangkan sehingga 50mm

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 7 Drp:13

3.5 Sambungan Konkrit,


Tiga jenis sambungan atau dikenali juga sendi renggang dalam konkrit
a) Sambungan Binaan
b) Sambungan Pengecutan
c) Sambungan Pengembangan

a) Sambungan Binaan
Sambungan binaan dilakukan pada tempat dimana kerja menempatkan konkrit
dihentikan buat sementara dan muka struktur berkenaan telah membeku dan
mengeras. Secara ringkas sambungan binaan dibuat apabila menyambung konkrit baru
kepada kenkrit lama.
Tujuannya, untuk memastikan konkrit baru dan lama melekat dengan kuat dan
mengelakkan dari gerakan

Sambungan binaan
pada tiang atau
tembok

Hari ke2 penempatan konkrit disambung


Hujung Konkrit ditahan bagi menyediakan Antara konkrit lama dan baru
permukaan yang tegak

b) Sambungan Pengembangan dan Pengecutan


Sambungan ini dibuat pada sesuatu binaan konkrit yang mengalami perubahan
kembang kecut disebabkan
o Perubahan cuaca
o Perubahan kandungan air

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 8 Drp:13
o Pengecutan konkrit semasa membeku dan mengeras

 Lazimnya Sambungan Pengembangan dan Pengecutan ini dibuat pada binaan


yang terdedah seperti tempat letak kereta,koridor, lantai,jambatan ,bumbung ,jalan
dan sebagainya.
 Konkrit akan mengembang apabila berada dalam cuaca panas dan mengecut
dalam cuaca sejuk. Proses ini akan mengakibatkan keretakan pada konkrit. Bagi
mengelakkan keretakan, sambungan konkrit dibina . Sambungan berkenaan
adalah Sambungan Pengembangan dan Pengecutan yang terdiri dari lurah
diantara dua binaan konkrit yang diisi dengan bahan kenyal seperti bitumen dan
polysulphide compound.
 Sambungan –sambungan ini mempunyai fungsi yang sama iaitu mengelak dari
keretakan dengan membenarkan konkrit mengembang dan mengecut dengan
bebas.

Sambungan Pengembangan

Bahagian atas sambungan diisi dengan


pengedap/sealant yang bersesuaian .
Apabila meletak pengedap antara slab
atau tembok, pengedap diisi
Semasa penempatan konkrit, bahan fleksibel menggunakan pistol
diletak diantara dua bahagian konkrit secara
menegak sehingga
Sambungan ke paras 30mm dibawah
pengembangan
permukaan. Beloti
menggunakan sementara bar
bar penetap/dowel diletak diatas
papan fleksibel bagi memastikannya bebas dari
konkrit semasapenempatan konkrit. beloti
Sambungan
sementara iniPengecutan
dikeluarkan setelah konkrit
mengeras bagi mengisi pengedap/sealant

Sambungan dibentuk dengan


membenamkan
Dibina kayu 25b Ibrahim
oleh Che Mohd Supardi x 25 pada bahagian
KVKT
konkrit basah, kemudian mengeluarkannya
setelah mengeras dan isikan dengan Sambungan pengecutan menggunakan
pengedap/sealant bar penetap/dowel bar
No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 9 Drp:13

Kedudukan bar Penetap Pengedap/Sealant yang telah diisi

3.6 Sumber Bagi Kerja-Kerja Konkrit


Sumber bermaksud sebarang perkara yang boleh digunakan untuk memenuhi
keperluan membangunkan sesuatu pembinaan diantaranya
 Kewangan
 Tenaga Kerja (Sumber manusia)
 Mesin/Peralatan
 Bahan

3.6.1 Kewangan
Kewangan melibatkan pelaburan, bajet, perbankan dan percukaian.
Sumber Kewangan terdiri daripada :
 Modal Ekuiti
 Modal Keutamaan (Preference Capital)
 Pinjaman Terma
 Subsidi Modal & Pinjaman Pembangunan
Kewangan diperlukan untuk menampung keperluan kerja konkrit melibat aspek berikut :
a) Kadar Buruh ( Labor Rate)
Merupakan jumlah yang dibayar kepada pekerja berdasarkan pada waktu kerja dengan
kerja yang telah dilakukan.

b) Harga Bahan (Material prices)


Harga bagi setiap unit bahan mengikut harga pasaran terkini

c) Kos Peralatan
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 10 Drp:13
Kadar peralatan bergantung kepada keadaan projek bagi menentukan saiz atau kapasiti
peralatan yang betul dan diperlukan bagi melakukan kerja. Apabila berkerja dengan
peralatan, tempoh kitaran dan kapasiti peralatan mengawal kos projek. Kos akan
berbeza jika peralatan dimiliki oleh kontraktor berbanding dengan menyewa.

3.6.2 Tenaga Kerja (Sumber manusia)


Bagi industri pembinaan, pekerja/ buruh adalah individu ang terlibat secara langsung dalam kerja-
kerja pembinaan dan melakukan kerja-kerja tapak berdasarkan kemahiran dan kepakaran. Fungsi
tenaga kerja dalam kerja pembinaan adalah melakukan kerja pembinaan dari mula sehingga projek
siap. Terdapat 3 kategori pekerja/buruh dalam sector pembinaan iaitu:
i) Pekerja Mahir
ii) Pekerja Separuh Mahir
iii) Pekaerja Tidak Mahir

i) Pekerja Mahir
Pekerja yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang kerja tertentu
dimana mereka hanya melakukan kerja-kerja spesifik. Biasanya mereka mempunyai
aras pengetahuan yang tinggi tentang skop kerja.dan mampu membuat keputusan
dalam menentukan cara kerjanya. Contoh tenaga kerja mahir disenaraikan dibawah:
 Penerap Bata  Tukang Jubin

 Tukang Paip  Pembekok besi

Biasanya upah yang diterima ini lebih tinggi daripada tenaga kerja am dan separa
mahir. Proses untuk menjadi tenaga kerja mahir memerlukan masa yang lama dan
panjang. Ini memberi implikasi terhadap penghasilan tenaga kerja mahir berjalan
dengan perlahan dan tidak mampu memenuhi permintaan semasa. Pembayaran
perkhidmatan terhadap tenaga kerja mahir ini adalah paling tinggi berbanding
dengan kategori tenaga kerja lain mengikut kepakaran mereka.
ii) Pekerja Separa Mahir
Adalah pekerja yang memiliki kemahiran atau kepakaran pada aras sederhana
dalam ketukangan tertentu . Mereka ini tidak mencapai tahap prasyarat untuk
dibayar sebagai pekerja mahir dan tidak boleh membuat keputusan dalam
menentukan cara kerjanya . Mereka bertugas sebagai pembantu kepada pekerja
mahir walaupun dalam keadaan tertentu mereka boleh melakukan kerja-kerja mahir
bersendirian

iii) Pekerja Tidak Mahir

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 11 Drp:13
Pekerja yang tidak memiliki sebarang kemahiran, pengetahuan dan kepakaran bagi
melakukan kerja-kerja.Mereka hanya melakukan kerja-kerja umum, membantu
dalam kerja -kerja tertentu seperti pembancuh konkrit, pembersih tapak dan
sebagainya.
Dalam kerja pembinaan, pekerja ini mempunyai tugas penting untuk menyiapkan
dan melaksanakan pemibinaan di tapak bina kemajuan

3.6.3 Mesin /Peralatan


Mesin merupakan kelengkapan yang sentiasa digunakan dalam operasi pembinaan
dan ianya hendaklah dtempatkan dilokasi yang sesuai bagi memenuhi 3 keperluan
berikut:
 Kemudahan untuk mendapatkan bahan mentah
 Memproses bahan mentah menjadi bahan siap
 Mengedarkan barang siap kepasaran
Berikut adalah senarai peralatan yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja
konkrit seperti membancuh, mengangkut, menempat dan memadat

BIL KATEGORI JENIS


1 Jentera Pengangkat Kren Bergerak
Kren Statik
2 Lif Pengangkat Pengangkat Bahan
Lif Pengangkat Peranca

3 Jentera Pengangkut Lori dan Trak


Jentera Pembancuh dan Trak Penggaul Konkrit
Pam Konkrit Bergerak
4 pemampat Konkrit
Mesin pembancuh konkrit
Mesin Getar Konkrit

3.6.4 Bahan
 Satu dari perkara paling asas semasa membangunkan projek adalah bahan apakah
yang akan digunakan dan berapa banyak yang diperlukan. Senaraikan bahan yang
akan digunakan bagi pengeluaran produk,cth dalam kes projek pembinaan kotak
bentuk , bahan seperti kayu,papan, papan lapis, keluli dan plastik akan digunakan.
 Bahan-bahan lazimnya di bahagi kepada 3 kumpulan:

Bahan perekat Bahan Solid Bahan–bahan pelindung


Kapur Batu Cat
Simen Bata Varnis
Mortar Kayu Plaster
Keluli

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 12 Drp:13
 Berapa banyak bahan diperlukan ditentukan melalui aktivit-aktiviti dalam
pengurusan/pentadbiran yang terdiri daripada berikut:
i) Perancangan keperluan bahan
ii) Pembelian
iii) Perancangan inventori
iv) Penstoran
v) Kawalan inventori
vi) Bekalan bahan,
vii) Pengangkutan
viii) Pengendalian bahan

 Ciri-ciri kualiti yang perlu ada pada bahan


Bahan-bahan yang akan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri kualiti yang diperlukan
Berikut adalah ciri-ciri kualiti yang seharus ada pada Konkrit Bertetulang. Analisa dan
penilaian boleh dilakukan berpandukan ciri-ciri berikut:
a) Integriiti,kebersihan, gred saiz batu hancur
b) Saiz dan kebersihan pasir
c) Kebersihan air
d) Kualiti simen
e) Ratio rekabentuk bancuhan ( batu, pasir,simen dn kadar air simen)
f) Kaedah dan tempoh bancuh semua bahan
g) Cara yang sesuai mengangkut, menuang dan set konkrit basah
h) Bahan, kualiti permukaan, kelegaan dimensi dan sokongan yang cukup untuk
shuttering.
i) Pengawitan yang dilakukan dalam tempoh mendapatkan kekuatan, biasanya 28
hari

Rujukan.

1. TYPES OF CONCRETE WITH APPLICATIONS - The Constructor


theconstructor.org › Concrete

2. CE marking and concrete - The Concrete Centre


www.concretecentre.com/Concrete-Design/.../CE-Marking-and-
Concrete.aspx

3. Pavingexpert - Concrete Movement Joi


http://www.pavingexpert.com/concjnt1.htm

4. Manpower - IDSC
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 1022/ M02/P/(2/1) Muka: 13 Drp:13
www.idsc.com.sg/services_ihrm.htm

5. Plant and Equipment Procedure


https://www.eduweb.vic.gov.au/.../dee_ehu-1_plant_and_equipment_procedure

6. Machinery usage record sheets


https://sielearning.tafensw.edu.au/toolboxes/

7. Material Handling - MHI


www.mhi.org/fundamentals/material-handling

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT

You might also like