You are on page 1of 11

PROGRAM PENINGKATAN KESELAMATAN SEKOLAH.

DEFINISI

Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga
Sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-
mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.

MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga da
n komuniti setempat.

RASIONAL

1. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.
2. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselantan fizikal, sosial , Emosi dan teknikal.
Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
3. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan Institusi pendidikan dari segi
keselamatan.
4. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas ,tanpa Sokongan keluarga dan
komuniti.

PERANCANGAN

Bagi melicinkan pelaksanaan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah yang keahliannya ter
diri daripada wakil sekolah , ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Jawatankuasa

1.Jawatankuasa Induk - Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri dari wakil-wakil ibu bapa, guru,
polis dan bukan kerajaan
2. Jawatankuasa Pelaksana
3. Kekerapan Mesyuarat
4. Kehadiran ahli-ahli dalam mesyuarat
5. Sistem Fail :
- surat panggilan mesyuarat
- minit mesyuarat
- surat perlantikan j/kuasa tahun semasa
- maklumat diri ahli jawatankuasa

Fungsi Jawatankuasa

1. Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah.


2. Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (komuniti, keluarga )
3. Mempromosikan secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat.
4. Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang a
da.
5. Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak akan isu ke arah peningkatan keselamatan
sekolah.
6. Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur peningkatan keselamatan seko
lah
dari masa ke semasa.

Polisi Keselamatan Murid Pergi dan Balik Sekolah

1. Data cara pelajar ke sekolah.


2. Kaedah Pemantauan yang terancang
3. Rekod Kemalangan
4. Tatacara Murid, Tatacara Guru dan Tatacara Ibu Bapa
5. Kaedah yang terancang mempromosikan semua polisi PPKS kepada warga sekolah , ibu bapa dan
komuniti
6. Pelan kawasan berisiko sekita sekolah
7. Pelajar mematuhi tatacara pergi dan balik sekolah
8. Polisi diterima , difahami ,dihargai dan penglibatan sepenuhnya oleh warga sekolah , ibu bapa, pelaj
ar dan
komuniti luar.
9. Polisis mematuhi kehendak undang-undang.
10. Semua tatacara tindakan menghadapi krisis dipamer , dijelaskan,difahami dan mesra pengguna.
11. Sistem kwalan lalu lintas di dalam dan di luar sekolah.

CONTOH POLISI.

POLISI 1 : PERGI DAN BALIK SEKOLAH DENGAN SELAMAT

A) MATLAMAT.

1- Mewujudkan keadaan yang selamat dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
2- Memupuk sikap toleransi di kalangan ibubapa dan murid.
3- Memastikan ibubapa dan murid menjaga keselamatan diri dan anak dalam perjalanan pergi dan
balik sekolah.
4- Meyakinkan ibubapa terhadap keselamatan diri dan anak mereka dalam perjalanan pergi dan
balik sekolah.

B) RASIONAL
1- Ramai ibubapa dan murid terdedah kepada bahaya akibat kecuaian ataupun sikap tidak
mementingkan aspek keselamatan.
2- Kesedaran ibubapa dan murid terhadap keselamatan pergi dan balik sekolah amat kurang
3- Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan keselamatan di luar kawasan
sekolah amat terbatan atas sikap acuh tak acuh ibubapa dan murid.
4- Mengadakan persekitaran yang selamat untuk ibubapa dan murid melalui pendidikan
keselamatn diri dalam perjalanan pergi dan balik sekolah mat diperlukan.

C) POLISI

Memastikan ibubapa dan murid sekolah selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1- Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan ibubapa dan
murid semasa pergi dan balik sekolah.
2- Mengenalpasti masalah berkaitan dengan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik
sekolah.
3- Supaya ibubapa dan murid peka terhadap keselamatan diri mereka semasa pergi dan balik
sekolah.
4- Meyakinkan ibubapa terhadap keselamatan diri mereka dan anak mereka berdasarkan
peraturan yang disediakan.

E) TATACARA AM

1- Penyediaan jadual bertugas guru dan pengawas serta dengan bantuan ibubapa di pintu masuk
di pintu masuk ( gate ) sebelum dan selepas masa persekolahan.
2- Kenderaan ibubapa dilarang memasuki kawasan sekolah.
3- Murid beratur semasa balik ke rumah.
4- Murid berada di tempat menunggu sekiranya kenderaan mereka belum tiba.

F) TATACARA UNTUK MURID.

a) Pergi dan balik dengan berjalan kaki.

1- Melintas Jalan.
- Murid dikehendaki berjalan kaki hingga berada dihadapan sekolah.
- Murid dikehendaki mengikut arahan pekerja sekolah yang mengawal
lalulintas di waktu pergi dan balik sekolah.
- Murid dikehendaki berdiri di atas kaki lima atau bahu jalan ketika hendak
melintas.
- Undur dua langkah ke belakang apabila anda melihat kenderaan besar.
- Tunggu sehingga pekerja lalulintas memberi arahan kepada kenderaan
supaya berhenti.
- Tunggu arahan daripada pekerja lalulintas.
- Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
- Melintas apabila menerima arahan daripada pekerja lalulintas dan
apabila sudah pasti kenderaan sudah berhenti.

2- Berjalan kaki di dalam kawasan sekolah.


- Murid dikehendaki menggunakan lorong pejalan kaki yang disediakan.
- Murid dikehendaki berhenti di lintasan pejalan kaki ( zebra )
- Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
- Melintas apabila sudah pasti tidak ada kenderaan atau kenderaan sudah
berhenti.

3- Berjalan kaki di waktu hujan.


- Murid dikehendaki memakai baju hujan.
- Jika memakai payung anda mesti memegang dengan betul supaya tidak
menghalang pandangan hadapan.
- Murid dikehendaki berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat
yang licin.
- Sekiranya hujan terlalu lebat, murid di minta menumpang teduh di tempat
Selamat seperti pondok menunggu bas atau lain-lain bangunan. Jangan
berteduh di bawah pokok.
- Murid dikehendaki tidak menggunakan payung ketika hujan ribut dan
angin kencang.
- Murid dikehendaki tidak bermain-main di dalam hujan.

4- Berjalan kaki di tempat sunyi dan semak.


- Murid dikehendaki berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua
orang
- Murid digalakkan mempunyai pengetahuan seni mempertahankan diri.
- Sekiranya berlaku kecemasan, anda jangan panik. Menjerit meminta
tolong, cuba pertahankan diri atau lari menyelamatkan diri.
- Laporkan kejadian tersebut kepada guru dengan segera untuk tindakan
seterusnya.

b) Pergi dan balik dengan menaiki bas.

Tidak terdapat murid yang menaiki bas.

c) Pergi dan balik dengan menaiki basikal.

- Murid dinasihatkan memahirkan diri menggunakan basikal sebelum


menunggang basikal ke sekolah.
- Murid-murid diminta memakai pakaian yang boleh memantulkan
Cahaya ( vest keselamatan).
- Murid dikehendaki memastikan basikal sentiasa dalam keadaan baik.
- Murid-murid dilarang mengayuh terlalu laju.
- Murid-murid dilarang bersaing atau bergandingan.
- Apabila sampai ke sekolah murid diminta berhenti dan turun di laluan
yang disediakan.
- Murid-murid dikehendaki menolak basikal mereka ke tempat meletak
basikal yang disediakan.
- Di waktu balik dari sekolah murid dikehendaki menolak basikal mengikut
lorong basikal yang disediakan hingga ke pintu pagar sekolah.
- Selepas pintu pagar sekolah, murid dibenarkan menunggang basikal
dengan cermat balik ke rumah.

d) Pergi dan balik dengan menaiki motosikal.

- Pastikan motosikal dalam keadaan baik dan sempurna.


- Murid-murid tidak dibenarkan menunggang motosikal ke sekolah.
- Murid-murid yang dihantar oleh ibubapa dengan motosikal dikehendaki
memakai topi keledar.
- Apabila sampai ke sekolah murid-murid dikehendaki turun di pintu
pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki.
- Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana
disebutkan di atas.
- Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat
menunggu sehingga motorsikal ibubapa / penjaga mereka sampai.
- Sekiranya berlaku kemalangan, anda dikehendaki memohon bantuan
orang terdekat dan laporkan segera kepada guru atau guru bertugas
atau pihak pentadbir.

e) Pergi dan balik menggunakan kereta atau van.

- Murid dikehendaki memastikan pintu kereta ditutup dengan sempurna


sebelum kereta bergerak.
- Gunakan talipinggang keledar.
- Anda dilarang bergurau atau bermain semasa kenderaan bergerak.
- Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik
kenderaan.
- Apabila sampai ke sekolah murid-murid diminta turun di pintu pagar
yang dikhaskan untuk pejalan kaki.
- Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana
disebutkan di atas.
- Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat
menunggu sehingga kereta ibubapa / penjaga mereka sampai.

G ) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1- Menemani anak berjalan kaki dalan keadaan cuaca gelap, hujan dan sunyi sehingga sampai ke
sekolah.
2- Mengingatkan atau menasihatkan anak supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap
orang-orang yang tidak dikenali semasa pergi dan balik sekolah.
3- Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan menghubungi sekolah sekiranya anak
lewat balik.
4- Memastikan anak memakai pakaian cerak atau bahan reflektif jika jika berjalan dalam cuaca
gelap.
5- Elakkan anak dari menaiki kenderaan yang uzur atau kurang sempurna.
6- Mengingatkan anak supaya mematuhi peraturan lalulintas sebagaimana yang telah
disampaikan oleh pihak sekolah.

H ) TATACARA UNTUK GURU.

1- Memberi penerangan tentang risiko yang berada di sekitar sekolah atau sepanjang perjalanan
ke sekolah.
2- Membuat rondaan ke tempat yang berisiko tinggi atau tempat yang selalu dikunjungi oleh murid.
3- Memberi pertolongan cemas jika perlu.
4- Menelefon pihak ambulan, bomba atau polis jika berlaku kemalangan.
5- Menghubungi keluarga murid.
6- Membuat laporan kepada Guru Besar.

I) TATACARA BILA BERLAKU KEMALANGAN.

1- Murid dikehendaki jangan panik.


2- Catat nombor, jenis dan warna kenderaan yang terlibat.
3- Laporkan kepada guru.
4- Guru akan bertindak mengikut tatacara untuk guru.

POLISI 3 : BILIK-BILIK SELAMAT.

A) MATLAMAT

1- Memastikan bilik-bilik yang selamat dan kondusif untuk pendidikan dan pembelajaran bagi
melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
2- Mengurangkan kecederaan serius ketika sessi pengajajaran dan pembelajaran.

B) RASIONAL

1- Murid kurang kesedaran mengenai keslamatan di dalam bilik darjah dan bilik-bilik khas.
2- Keselamatan diri kerap diabaikan.
3- Terdapat beberapa kes murid mendapat kemalangan / cedera sewaktu mengikuti sessi
pembelajaran.

C) POLISI
Memastikan bilik-bilik di sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran agar melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.

C) TUJUAN / OBJEKTIF

1- Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai bilik-bilik yang selamat.


2- Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak boleh dielakkan.
3- Ibubapa tidak merasa gusar / bimbang sewaktu anak-anak mereka berada di dalam bilik darjah /
bilik-bilik khas.
4- Memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
5- Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan diri kepada warga sekolah.

D) TATACARA AM.

1- Penyediaan peraturan bilik darjah dan bilik-bilik khas.


2- Merekodkan peralatan.
3- Pemeriksaan fizikal terhadap kemudahan asas yang terdapat di dalam bilik-bilik tersebut.
4- Sentiasa membersihkan bilik-bilik supaya ianya selamat.
5- Penyediaan jadual bertugas untuk bilik darjah dan bilik tertentu.
6- Terdapat kotak ubat di bilik-bilik yang berisiko mendatangkan kecederaan.

E) TATACARA GURU.
1- Merangka satu peraturan yang sesuai dengan bilik masing-masing.
2- Menjumlahkan setiap keperluan asas yang ada dalam bilik masing-
masing.
3- Melekatkan peraturan dan jumlah keperluan asas pada tempat yang sesuai di dalam
bilik masing-masing.
4- Mewujudkan satu buku untuk staf atau individu yang ingin meminjam keperluan asas yang
terdapat di dalam bilik tersebut.
5- Menerangkan kepada murid setiap peraturan di dalam bilik masing-masing.
6- Memastikan peraturan tersebut difahami dan diikuti oleh murid-murid.

F) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1- Ibubapa dikehendaki mengingatkan dan menasihatkan anak-anak agar mematuhi setiap


peraturan di dalam bilik darjah dan bilik khas.
2- Mengingatkan anak-anak supaya berwaspasa terhadap bilik-bilik yang berisiko dan boleh
mendatang kecederaan.
3- Memeriksa peralatan yang dibawa pulang.
4- Mengingatkam anak-anak supaya memulangkan peralatan atau bahan yang dipijam dari pihak
sekolah sebelum tarikh tamat peminjaman.
5- Sentiasa menghubingi pihak sekolah jika terdapat sebarang kemusykilan.

G) TATACARA UNTUK MURID

Murid dikehendaki mematuhi semua tatacara yang dirangka pada setiap bilik darjah dan
bilik-bilik khas oleh guru yang berkenaan.
POLISI 4 : PERSEKITARAN SELAMAT.

A) MATLAMAT

1- Memastikan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif untuk pertumbuhan dan
perkembangan bagi melahirkan murid yang sihat dan cemerlang.
2- Mengurangkan kecederaan serius ketika berada di dalam kawasan sekolah.

B) RASIONAL

1- Murid kurang kesedaran mengenai keslamatan ketika berada di dalam kawasan sekolah.
2- Keselamatan diri kerap diabaikan.
3- Terdapat beberapa kes murid mendapat kemalangan / cedera sewaktu berada di dalam
kawasan sekolah..

C) POLISI

Memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi merangsang proses
pertumbuhan dan perkembangan murid agar melahirkan murid yang sihat dan cemerlang.

C) TUJUAN / OBJEKTIF

1- Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai persekitaran sekolah yang selamat.


2- Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak boleh dielakkan.
3- Ibubapa tidak merasa gusar / bimbang sewaktu anak-anak mereka berada di dalam kawasan
sekolah.
4- Memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
5- Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan diri kepada warga sekolah.

D) TATACARA AM.

1- Mengenalpasti tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya.


2- Merekodkan tempat-tempat yang bahaya.
3- Pemeriksaan fizikal terhadap kemudahan asas yang terdapat di sekolah
4- Sentiasa kebersihan persekitaran agar ianya selamat.

E) TATACARA GURU.
1- Menyenaraikan tempat-tempat yang bahaya.
2- Melabelkan tempat-tempat yang bahaya tersebut agar mudah dikesan
oleh warga sekolah.
3- Memberi penerangan kepada murid tentang tempat-tempat yang boleh mendatangkan
kecederaan.
4- Memastikan peraturan tersebut difahami dan diikuti oleh murid-murid.
5- Guru yang bertugas memantau pergerakan murid agar mematuhi peraturan yang disediakan.
6- Memberi teguran dan nasihat kepada murid yang melanggar peraturan.
7- Merujuk kapada guru displin atau guru bimbingan dan kaunseling sekiranya seorang murid
melanggar peraturan tersebut lebih dari tiga kali.

F) TATACARA UNTUK IBUBAPA


1- Ibubapa dikehendaki mengingatkan dan menasihatkan anak-anak agar mematuhi setiap
peraturan keselamatan di sekolah.
2- Mengingatkan anak-anak supaya berwaspasa terhadap tempat-tempat yang berisiko di sekolah
yang boleh mendatang kecederaan.
3- Sentiasa menghubungi pihak sekolah jika terdapat sebarang kemusykilan.

G) TATACARA UNTUK MURID

1- Murid yang berjalan kaki dikehendaki mematuhi peraturan berjalan kaki apabila memasuki
kawasan sekolah.
2- Murid yang berbasikal dikehendaki mematuhi peraturan berbasikal dalam kawasan sekolah.
3- Murid yang menaiki kereta atau van dikehendaki mematuhi tatacara menaiki kerata arau van.
4- Murid dikehendaki sentiasa peka terhadap setiap papan tanda yang terdapat di persekitaran
sekolah.
5- Berhati-hati dengan tempat yang bahaya seperti longkang dan pokok berduri.
6- Murid dikehendaki tidak mencerobohi tempat yang berlabel kawasan larangan.
7- Murid dikehendaki tidak berlari-lari ketika menaiki dan menuruni anak tangga.
8- Murid dikehendaki mematuhi langkah-langkah keselamatan setiap masa.

H) TATACARA UNTUK PENGAWAS

1- Pengawas dikehendaki membantu guru di dalam melaksanakan keselamatan di persekitaran


sekolah.
2- Pengawas diminta merekodkan murid yang melanggar peraturan yang dietapkan.
3- Nama yang direkodkan hendaklah dirujuk kepada guru pengawas.
4- Murid yang melanggar peraturan melebihi tiga kali perlu diambil tindakan dengan merujuk
kepada guru displin atau guru bimbingan dan kaunseling.

POLISI 6 : KESELAMATAN DI WAKTU PAGI DAN REHAT.

1- KESELAMATAN DI WAKTU PAGI.

A) MATLAMAT

1- Mewujudkan suasana yang selamat di waktu pagi.


2- Memupuk minat membaca di kalangan murid.
3- Memastikan murid-murid menjalankan aktiviti yang berfaedah semasa waktu pagi.
4- Meyakinkan ibubapa terhadap a]keselamatannya anaknya di waktu pagi.

B) RASIONAL.

1- Murid-murid suka kejar mengejar di waktu pagi.


2- Murid-murid membuat kerja yang sia-sia di waktu pagi.
3- Harta benda murid hilang di waktu pagi.
4- Terdapat ibubapa yang risau terhadap keselamatannya anaknya semasa di sekolah.
C) POLISI

Memastikan murid menggunakan waktu pagi dengan bijak dan optimis dalam suasana yang
selamat pada waktu pagi.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1- Mengurangkan / mengelakkan kadar kecederaan murid-murid pada waktu pagi.


2- Melatih murid agar memurnikan masa pagi dengan betul dan optimis.
3- Memupuk dan mengukuhkan budaya berdisplin dalam diri murid-murid.
4- Mewujudkan keyakinan di kalangan ibubapa terhadap keselamatan anak mereka ketika berada
di sekolah.

E) TATACARA UNTUK MURID

1- Sebaik sahaja murid berada di SK Behor Empiang, murid tertakluk dengan peraturan-peraturan
yang termaktub di dalam buku peraturan sekolah.
2- Murid yang berbasikal hendaklah meletakkan basikal di tempat yang disediakan
3- Murid dkehendaki meletakkan beg di dalam kelas.
4- Murid yang bertugas dibenarkan berada di dalam kelas untuk membersihkan kelas sehingga
loceng dibunyikan.
5- Murid-murid lain hanya dibenarkan berada di kantin ( terutamanya murid RMT ), Dataran Murni
dan Dataran SKBE.
6- Murid-murid menggunakan masa tersebut dengan berkualiti seperti berbincang dan membaca
nota atau apa saja perkara yang berkaitan dengan persekolahan.
7- Murid-murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan selepas loceng dibunyikan.
8- Perhimpunan harian akan dimulakan dengan bacaan doa selamat.
9- Murid akan mendengar dan meneliti buku displin / peraturan sekolah yang akan di bacakan
sekurang-kurangnya seminggu sekali oleh guru mengikut keadaan semasa.
10- Murid diminta membawa buku peraturan sekolah setiap kali ke perhimpunan.
11- Guru bertugas akan memberi taklimat mengenai senario semasa.
12- Perhimpunan akan diakhiri dengan ikrar murid untuk mematuhi peraturan sekolah.

F) PERANAN PENGAWAS.

1- Pengawas bergerak ke tempat-tempat bertugas seperti yang ditetapkan.


2- Pengawas dikehendaki mengawasi tingkahlaku murid-murid supaya berdisplin di waktu pagi.
3- Mereka juga akan memastikan murid-murid membuat perkara yang berfaedah di waktu pagi.
4- Pengawas dikehendaki menghubungi dan melaporkan kepada guru bertugas sekiranya
berlakunya kecederaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

G) PERANAN GURU BERTUGAS.

1- Guru bertugas perlu memastikan murid-murid mematuhi tatacara di waktu pagi supaya tidak
berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini.
2- Guru dikehendaki meronda kawasan sekolah untuk memerhatikan tingkahlaku murid.
3- Guru perlu menasihati murid supaya membuat sesuatu yang berfaedah seperti membaca buku
dengan senyap, perbincangan dan sebagainya.
4- Jika terdapat murid yang tidak mematuhi peraturan, guru perlu segera menegur atau memberi
amaran kepada murid tersebut.
5- Jika kemalangan berlaku, guru perlu mengambil tindakan segera.

H) TATACARA UNTUK IBUBAPA.

1- Ibubapa hendaklah memastikan anaknya sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi.


2- Ibubapa yang menghantar anak perlu meninggalkan anak di luar pintu pagar sekolah.
3- Ibubapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa urusan.
4- Ibubapa dikehendaki mematuhi tatacara di waktu pagi.

You might also like