You are on page 1of 2

PENGURUSAN PANITIA 2020

1. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) dan kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR).

1.1 Semua guru tahun 1 hingga 6 diminta muat turun DSKP sendiri di
laman web BPK.

2. Rancangan Mengajar Harian Pendidikan Jasmani

2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP & RPT. Aktiviti yang dirancang
hendaklah berfokuskan murid dan mesti ada penilaian daripada guru

3. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah


Malaysia (SEGAK)

3.1 Program SEGAK berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama


yang mengalami obesiti.

3.2 Program SEGAK akan dilaksanakan dari bulan jan hingga mac untuk
tahun 4,5 dan 6.

3.3 Penilaian Program SEGAK mesti direkodkan bagi rujukan guru.

4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

4.1 Semua guru diminta merujuk atau merujuk buku teks untuk membuat
PBS. Penilaian dibuat bila-bila masa.

4.2 Peperiksaan bagi tahun 4,5 dan 6 akan di adakan 2 kali bagi tahun 2020.

4.3 pembahagian markah untuk pendidikan jasmani akan dipecahkan kepada


60% peperiksaan dan 40% penglibatan murid dipadang dan buku
latihan.
5 Stor, Peralatan dan keceriaan

5.1 Semua peralatan yang akan digunakan wajib direkod didalam


sistem online.

5.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa mengambil


peralatan di dalam stor sukan. Pastikan guru mengiring murid semasa
mengambil dan menghantar peralatan di stor sukan. Guru bertanggung
jawab terhadap peralatan untuk disusun atur mengikut keadaan asal.

5.3 Semua guru hendaklah memastikan peralatan sukan disimpan dengan


baik ditempat asal

6 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani

6.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang
lengkap semasa proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani di padang.

7 Program

7.1 Kursus kejurulatihan kepada guru guru pj dan latihan mengajar


teknik- teknik kepada murid.

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Semua guru boleh memohon untuk membeli barang atau


peralatan PJK.

You might also like