You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 4

Jalan Kuala Rui


33300 Gerik
PERAK DARUL RIDZUAN
Kod Sekolah: AEA 7008 Telefon: 057914201
Fax: 057911676
Email : smkbatu4gerik@gmail.com
_____________________________________________________________________________

LAPORAN DIALOG PRESTASI

1.0 TAJUK PROGRAM : DIALOG PRESTASI JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID


SEKOLAH BIL 1/2020

2.0 TARIKH & TEMPAT :

TARIKH : 27 Disember 2019 (Jumaat)


TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Batu 4, Gerik, Perak
MASA : 2.45 Petang

3.0 FOKUS DIALOG PRESTASI JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID BIL 1/2020 :
1. Pengurusan Hal Ehwal murid

4.0 KUMPULAN SASARAN : Semua Guru SMK Batu 4, Gerik, Perak.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN:

Bil. Perkara Perbelanjaan

1. OS21000 RM 0.00

2. OS27000 RM 0.00

3. OS29000 RM 0.00

JUMLAH RM 0.00

6.0 KEPUTUSAN DIALOG PRESTASI:

(Lampirkan keputusan sebagaimana format)

7.0 LAMPIRAN (Jika ada)


i. LAMPIRAN AGENDA : Agenda Dialog Prestasi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Bil 1/2020
ii. LAMPIRAN 1: Keputusan Dialog Prestasi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Bil 1/2020
iii. LAMPIRAN 2: Kehadiran
iv. LAMPIRAN 3: Gambar
v.
i. LAMPIRAN AGENDA : Agenda Dialog Prestasi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Bil 1/2020

Agenda Tindakan
1. Ucapan Pengerusi Pengetua
2.Kata Aluan PK HEM PK HEM
3.Taklimat PK HEM Semua Guru

4.Pengurusan JK Pengurusan Kelas Guru Kelas

5.Pengurusan Data Murid(APDM) Guru Kelas


6.Pengurusan Disiplin dan Sahsiah Semua Guru
Murid(SSDM)
7.Pengurusan SPBT Guru SPBT
8.Pengurusan Kantin Sekolah AJK Kantin Sekolah
9.Pengurusan Badan Kebajikan AJK Badan Kebajikan
10.Pengurusan Iklim Sekolah AJK Iklim Sekolah
11.Pengurusan Dakwah & Surau dan AJK Badan Dakwah
Pengurusan Nilai Murni
12.Pengurusan Majlis Ketua Majlis Ketua Tingkatan
Tingkatan
13.Pengurusan Bimbingan dan Guru Kaunselor
Kauseling
14.Pengurusan Kesihatan AJK Kesihatan
15. Program 2020 Makluman Semua
16.Hal-hal lain Makluman Semua

ii. LAMPIRAN 1: Keputusan Dialog Prestasi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Bil 1/2020

KEPUTUSAN DIALOG PRESTASI TINDAKAN


1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi menjelaskan hala tuju SMK Batu 4 dalam Unit
HEM dan segala pencapaian sekolah adalah dari Makluman Semua
Guru
pembangunan manusia
1.2 Masalah disiplin utama ialah kehadiran murid, sekolah tidak
mencapai 95% peratus kehadiran (KPI KPM)
1.3 Fokus utama ialah mengatasi masalah ponteng yang
disebabkan oleh pengaruh gadget.
1.4 Data 2019 menunjukkan pertatus kehadiran ialah 91.90%
1.5 Guru kelas perlu ambil data pelajar yang tidak hadir ke
sekolah disebabkan masalah kewangan(tidak mampu
membawa duit belana ke sekolah)
1.6 Guru bertugas perlu menulis laporan perhimpunan
mingguan ke dalam buku laporan perhimpunan yang
disediakan.
1.7 Latihan kebakaran akan diadakan 3 kali setahun dan perlu
disediakan sebelum bulan Julai.
1.8 Semua guru perlu memastikan kelas sentiasa bersih
sebelum memulakan PdPc.
1.9 Anugerah atau Sijil akan diberikan kepada guru yang paling
tinggi memasukkan data dalam SSDM dari segi amalan baik.
1.10 Guru Kesihatan perlu ambil rekod pelajar yang membuat
rawatan gigi
2. Kata Aluan PK HEM

2.1 PK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua guru


yang telah membantu dalam aktiviti unit-unit HEM dan berharap
pada tahun 2020 semua guru dapat bersama-sama mengorak
kecemerlangan HEM.
2.2 Peranan semua guru terhadap Disiplin Sekolah kerana
Semua Guru adalah Guru Disiplin.
2.3 Semua guru dapat meningkatkan kehadiran pelajar-pelajar
ke sekolah dan dapat mengurangkan masalah disiplin yang
kecil.
2.4 Semua guru perlu mengamalkan amalan terpuji terhadap
pelajar-pelajar untuk menarik minat mereka melakukan
kebaikan dari melanggar disiplin sekolah.
2.5 Guru-guru perlu memasukkan sebanyak mungkin amalan
baik pelajar ke dalam SSDM

3. Taklimat PK HEM

3.1 3.1 Pendaftaran semula pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 ialah pada
28 Disember 2019(Sabtu) jam 9.00 pagi
3.2 3.2 Pendaftaran tingkatan 1 akan diadakan pada 30 Disember Makluman Semua
Guru
2019 (Isnin) jam 9 pagi.
3.3 3.3 Dialog Prestasi HEM akan dilaksanakan sebanyak 4 kali
setahun
3.4 3.4 Penekanan kepada Unit-unit HEM ialah penyediaan
dokumentasi aktiviti dari segi pelaporan bertulis dan bergambar
.Perlu disediakan oleh semua Unit-unit Hem sebagai satu
dokumen bukti pelaksanaan sesuatu program.
3.5 3.5 Fail perlu disediakan dan dikemaskini sebagai rujujkan dan
panduan pada masa hadapan
3.6 3.6 Sebarang masalah yang berlaku perlu ada tindakan yang
segera
3.7 3.7 Persediaan Fizikal Sekolah-kebersihan perlu
dijaga.Kebersihan adalah perkara asas untuk membentuk
sahsiah pelajar
3.8 3.8 Pemberian Insentif untuk sahsiah terpuji perlu disasarkan
kepada pelajar.Pada 2019 hanya dua orang pelajar layak
mendapat mata dalam mencapai peringkat sahsiah terpuji
.Disasarkan pada tahun 2020 lebih ramai lagi pelajar yang layak
3.9 3.9 Kerjasama semua guru diperlukan untuk memasukkan
amalan baik pelajar ke dalam SSDM

4.Pengurusan JK Pengurusan Kelas

4.1 E-Kehadiran perlu diambil pada hari pertama persekolahan


sebelum jam 10.00 pagi. Makluman Semua
4.2 Maklumat mestilah dikemaskini dan pelajar dikehendaki Guru Kelas dan
mengisi Borang Maklumat Murid.Maklumat mengenai alamat Penyelaras Tingkatan
,pendapatan dan status ibu bapa perlu dikemaskini pada setiap
tahun.
4.3 Hari pertama persekolahan (02 Jan 2020) kehadiran murid
diambil dan kehadiran adalah 100%. Murid yg tidak hadir
hendaklah dipadam dahulu dari sistem APDM.
4.4 Sekiranya pelajar tidak hadir sehingga 31 Jan 2020, pelajar
tersebut dimasukkan dalam senarai MURID CICIR.
4.5 Guru Kelas hendaklah mengeluarkan Surat Amaran
menggunakan aplikasi SSDM apabila cukup harinya.
4.6 Untuk Pengurusan Kelas, Guru Kelas hendaklah
memastikan kemudahan meja, kerusi dan buku teks mencukupi
untuk setiap murid.
4.7 Suasana kelas hendaklah kondusif dan dipamerkan carta
organisasi, jadual bertugas, jadual waktu dan lain-lain.
4.8 Guru Kelas juga perlu memastikan Fail Peribadi Pelajar
lengkap terutamanya pelajar baru dan pelajar tingkatan 1

5.Pengurusan Data Murid(APDM)

5.1 PK HEM mengingatkan Guru Kelas mengenai APDM e-


Kehadiran hendaklah dimasukkan ke dalam sistem sebelum
10.00 pagi. Sekiranya guru kelas tidak hadir sila maklumkan
kepada penyelaras tingkatan untuk mengambil kehadiran
pelajar pada hari tersebut.
5.2 Bagi Kemasukan dan Pertukaran Murid, buku pendaftaran
dan APDM hendaklah sentiasa dikemaskini oleh Guru Kelas.
APDM mempunyai link dengan SSDM,Biasiswa dan
Bantuan-bantuan yang lain jadi diharapkan guru kelas sentiasa
mengemaskini maklumat pelajar.
5.3 Guru Kelas perlu mengisi maklumat dan membuat
pendaftaran pelajar baru ke dalam Buku Pendaftaran
Sekolah(Buku Hijau) kerana ianya sangat penting untuk sijil
berhenti sekolah.
5.4 Sekiranya terdapat pelajar yang berpindah atau dibuang
sekolah,guru kelas perlu memaklumkan kepada Cik Nursyida
dan En.Rashidi selaku guru APDM dan SSDM
5.5 Semua guru bertanggungjawab mengisi masalah
disiplin/nilai positif pelajar menggunakan aplikasi SSDM.
5.6 Retan hendaklah sentiasa dikemaskini setiap bulan.

6.Pengurusan Disiplin dan Sahsiah Murid(SSDM)

6.1 Semua guru hendaklah memastikan semua pelajar


berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sekolah kerana
semua guru adalah Guru Displin.
6.2 semua guru perlu membuka dan mengisi SSDM samada
dari segi disiplin pelajar ataupun dari segi sahsiah mereka.
6.3 Data SSDM juga penting bagi sekolah kerana pelajar boleh
dicalonkan dalam tokoh pelajar tingkahlaku sahsiah terpuji di
peringkat PPD atau JPN.
6.4 Login ID untuk SSDM ialah AEA7008 dan katalaluan ialah
DISPAEA7008
6.5 Bagi pelajar yang digantung atau dibuang sekolah,guru
kelas perlu maklumkan pada En.Rasyidi untuk diambil
tindakan.Guru kelas perlu mencetak salahlaku di dalam sistem
SSDM
7.Pengurusan SPBT
7.1 Guru Kelas hendaklah memastikan semua pelajar
mendapat buku teks mengikut bilangan mata pelajaran yang
diambil.
7.2 Bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, agihan buku teks akan Makluman Semua
dijalankan pada hari Orientasi. Guru
7.3 Bagi pelajar tingkatan 2,3 dan 5 agihan buku teks telah
dilakukan tetapi ada sebilangan pelajar yang tidak cukup
buku.Jawatankuasa SPBT sedang berusaha mencari buku dari
sekolah lain .

8.Pengurusan Kantin Sekolah

8.1 Status kantin sekurang-kurangnya Gred B dan Pemantauan


Berkala perlu dilaksanakan.
8.2 Kerjasama daripada Pengusaha Kantin dan JK Kantin
Sekolah perlu untuk pengisian Borang Penilaian Kendiri.

9.Pengurusan Badan Kebajikan

9.1 Fail perlu dikemaskini bagi setiap Unit Badan Kebajikan


berkaitan dengan KWAMP, Takaful, Biasiswa, JAKOA, Tabung
Kebajikan, MAIP/Zakat dan Elaun OKU supaya tiada
pertindanan bantuan yang diperolehi pelajar.
9.2 Guru kelas perlu mengemaskini maklumat pendapat pelajar
yang terkini kerana maklumat pendapatan ibubapa/penjaga
digunakan dalam permohonan mendapatkan KWAMP,Biasiswa
dan sebagainya.

10.Pengurusan Iklim Sekolah

10.1 Untuk Latihan Kebakaran, semua warga SMKBT4 JK Pencegahan


diharapkan dapat memberi kerjasama lebih baik pada Tahun
2020.Latihan kebakaran perlu dilakukan 3 kali setahun dan Kebakaran
dilaksanakan sebelum bulan Julai

10.2 PK HEM menjelaskan JK Pengurusan Krisis&Bencana JK Pengurusan


adalah bertanggungjawab dengan bencana alam seperti banjir Krisis&Bencana
dan Tsunami.

10.3 PK HEM menjelaskan JK Pengurusan Aktiviti Murid JK Pengurusan


adalah berkaitan dengan keselamatan pelajar pergi dan balik Aktiviti Murid
sekolah.

10.4 PK HEM menjelaskan JK Pengurusan Infrastruktur JK Pengurusan


Sekolah adalah berkaitan dengan keselamatan infrastruktur Insfrastruktur Sekolah
dan bangunan sekolah.
10.5 PK HEM menjelaskan JK Pengurusan Risiko adalah JK Pengurusan Risiko
bertanggungjawab mengenalpasti kawasan berisiko
mendatangkan bahaya kepada semua.
10.6 PK HEM menjelaskan JK Pengurusan Keceriaan adalah
bertanggungjawab dengan keceriaan kawasan sekolah dan JK Pengurusan
kelas. Pada bulan Februari akan bermula pertandingan Kecerian Sekolah
Keceriaan Kelas.Guru-guru kelas akan diberikan insentif
sebanyak RM 15 .Guru bertugas mingguan bertanggungjawab
dalam memberikan markah kebersihan.Hadiah dan sijil
pemenang bagi menengah atas dan bawah akan diberikan
pada setiap bulan.

11.Pengurusan Dakwah & Surau dan Pengurusan Nilai


Murni

11.1 Pengurusan Pelajar Islam dan Bukan Islam adalah lebih


kepada aktiviti pembangunan modal Islam dan aktiviti
penerapan nilai murni.

12.Pengurusan Majlis Ketua Tingkatan

12.1 Ketua Tingkatan memainkan peranan penting dalam


membantu Guru Kelas dari segi pengurusan kelas.
12.2 Majlis Ketua Tingkatan akan menyediakan kad keluar Makluman Semua
Guru
kelas kepada setiap kelas dan buku disiplin akan diedarkan
pada setiap bulan.

13.Pengurusan Bimbingan dan Kauseling

13.1 Terdiri daripada Program UBK (Bimbingan individu dan


kelompok), Psikometrik(Mengurus data), Program Orientasi (
Tingkatan Peralihan,1 dan 4), Pembimbing Rakan Sebaya ,
lain-lain urusan yang berkaitan dengan agensi luar dan dapat
merancang dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di mana target sekolah adalah
sifar kes

14.Pengurusan Kesihatan

14.1 Terdiri daripada JK Pergigian, JK Suntikan HPV(Tingkatan


1) dan Talasemia (Tingkatan 4), JK ATT (Tingkatan 3), JK
Denggi (Laporan Bulanan) perlu dihantar setiap bulan kepada
Jabatan Kesihatan dan JK Penarafan Tandas (Laporan 2 Kali
Setahun).

15. Program 2020


15.1 Tindakan guru kelas bagi mengatasi kadar ponteng kelas
masing-masing dengan kerjasama ahli kelas.
15.2 PK HEM mengharapkan kerjasama dari semua guru
untuk memasukkan data ke dalam SSDM dan APDM kerana Makluman Semua
Guru
ianya perkara penting dalam pengurusan Unit HEM
15.3 Program Skor Sahsiah Terpuji akan dilaksanakan.Guru
yang mencatatkan skor sahsiah terpuji dalam SSDM akan
diberi ganjaran
15.4 Program Sekolahku Bersih akan dilaksanakan pada tahun
ini.
15.5 Program Pertandingaan Keceriaan kelas diteruskan dan
akan bermula bulan Februari.
16. Hal-hal lain
16.1 En. Wi Chin Hin juga memberi respon mengenai
kedudukan kelas 5BT dan memohon agar kelas 5BT
dikekalkan di kelas 5BT tahun 2020
16.2 Pengetua mengharapkan kerjasama semua guru dalam Makluman Semua
Guru
mengatasi masalah Disiplin dan guru mencari inisiatif untuk
menarik minat pelajar dalam mengawal kelas.
iii. LAMPIRAN 2: Kehadiran
iv. LAMPIRAN 3: Gambar

Disediakan oleh;

(Nurul Atiqah binti Tahir)


Setiusaha Hal Ehwal Murid
Tarikh:13 Januari 2020

You might also like