You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH

DAN TAKLIMAT PENGURUSAN KEAHLIAN


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2020

ACARA TEKS
PENGUMUMAN Assalammualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera. Majlis ingin
AWAL mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada petang ini
dan menjemput semua tetamu mengambil tempat duduk kerana majlis
kita akan bermula sebentar sahaja lagi.

Para hadirin yang dihormati, disini terdapat beberapa pengumuman


penting yang perlu dibuat bagi memastikan kelancaran majlis.

Pertama, tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk meletakkan telefon


bimbit ke mod senyap atau dimatikan bagi mengelakkan sebarang
gangguan sewaktu majlis berjalan.

Kedua, mohon tuan-tuan dan puan-puan terus berada di majlis ini


sehinggalah majlis berakhir bagi menghormati majlis pada petang ini.

Ketiga, tuan-tuan dan puan-puan dimohon untuk berdiri sewaktu


pengumuman perarakan masuk tetamu VIP dan terus berdiri bagi
menyanyikan lagu rasmi.

Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan majlis ini kami


dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

PERARAKAN Mengumumkan perarakan masuk:


MASUK PERASMI

Wakil Rasmi
Yang Berusaha,
Cikgu Haji Shaharudin Basri Bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat

dan dif-dif kerhomat.


LAGU & Yang Berusaha Tuan, hadirin dan hadirat sekalian diminta terus berdiri
PERSETIAAN bagi menyanyikan Lagu Bangsa Johor, Lagu Pengakap Malaysia dan
PENGAKAP melafazkan Persetiaan Pengakap.

***
Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu dan persetiaan pengakap
sebentar tadi yang diketuai oleh

En. Mohd. Faris Bin Adanan

Yang Berusaha Tuan, hadirin dan hadirit sekalian dipersilakan duduk.

SALUTASI MAJLIS Bunga Manggar Buat Merai


Selamat Datang Lagu Dendangan
Datanglah Tuan Kami Hargai
Seluas Dewan Buat Sambutan

Assalammualaikum W.B.T, Selamat Sejahtera, Salam Harapan Johor


dan Salam Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

Wakil Rasmi
Yang Berusaha,
Cikgu Haji Shaharudin Basri Bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat

Yang Berusaha,
En. Rahmad Bin Hj. Abd. Rahman
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat

 Pegawai-Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

 Pengetua-Pengetua Dan Guru Besar-Guru Besar Sekolah

 Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah

 Ahli-ahli jawatankuasa program

 Dhif-Dhif Jemputan Serta Sidang Hadirin Hadirat sekalian


BACAAN DOA Yang Berusaha Tuan, hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan mempersilakan


Encik Khairun Nizam Mohd Hassan

untuk memimpin bacaan doa agar majlis kita pada hari ini dapat
berjalan dengan jayanya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin dan limpah
PENGERUSI kurnianya dapat kita berkumpul beramai-ramai pada petang ini bagi
MAJLIS menjayakan:

MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH DAN


TAKLIMAT PENGURUSAN KEAHLIAN PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2020

Selamat datang kami ucapkan.

Untuk pengetahuan Yang Berusaha Tuan, hadirin dan hadirat sekalian,


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT
sentiasa komited dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti
dan program daripada peringkat daerah sehiinggalah ke peringkat
antarabangsa bagi membuka ruang dan peluang membentuk
kemenjadian murid yang holistik dalam kalangan anak-anak murid di
daerah Batu Pahat.

Majlis yang julung kali diadakan pada awal tahun ini bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada pemimpin pengakap daerah Batu
Pahat tentang pelbagai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan
sepanjang tahun 2020 juga membuka ruang pengenalan dan
perbincang profesional antara pemimpin pengakap untuk berkongsi
kepakaran dan ilmu pengetahuan.

UCAPAN Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


ALUAN Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Untuk itu, majlis seterusnya mempersilakan,

Yang Berusaha,
En. Rahmad Bin Hj. Abd. Rahman
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat

Untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan tuan.


***
Terima kasih diucapkan kepada
Yang Berusaha,
En. Rahmad Bin Hj. Abd. Rahman
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat
atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Emas tempawan buat puteri,


PERASMIAN Busana indah tampil bergaya,
MAJLIS Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata pujangga,

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis kini dengan segala takzim dan
hormatnya menjemput dan mempersilakan

Wakil Rasmi
Yang Berusaha,
Cikgu Haji Shaharudin Basri Bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat

Untuk menyampaikan ucaptama sekaligus merasmikan


MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH DAN
TAKLIMAT PENGURUSAN KEAHLIAN PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2020

***
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha tuan atas kesudian
tuan menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Sehabis Merah Daun Yang Sihat


MULTIMEDIA Dahan Melebar Sehijau Sakan
Majlis Perasmian Mohon Berehat
Persembahan Multimedia Kita Saksikan

Hadirin sekalian, tahun 2019 telah melabuhkan tirainya dan pelbagai


kenangan manis juga kejayaan demi kejayaan telah berjaya dilakar
oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Batu Pahat. Untuk itu,
marilah sama-sama kita saksikan tayangan multimedia yang akan
memaparkan kemeriah aktiviti dan program kepengakapan sepanjang
tahun 2019. Sama-sama kita saksikan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan multimedia sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Tuan-tuan dan puan-puan,


SIJIL
PENGHARGAAN Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata penghargaan
kepada pemimpin-pemimpin pengakap daerah Batu Pahat yang telah
memberikan pelbagai sumbangan dan mencatat pelbagai kejayaan
bagi mengharumkan nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah
Batu Pahat

Untuk itu, majlis mempersilakan

Diiringi oleh
Yang Berusaha,
En. Rahmad Bin Hj. Abd. Rahman
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat

Untuk menyempurnakan upacara penyampaian sijil penghargaan.

1. Sijil Penghargaan Pemimpin

2. Sijil Penghargaan Kumpulan


Sebagai tanda penghargaan dan apresiasi majlis kepada tetamu
kehormat kita atas kesudian menghadiri dan merasmikan majlis kita
pada petang ini,

majlis mempersilakan

Yang Berusaha
En. Rahmad Bin Hj. Abd. Rahman
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat

Untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada:

Wakil Rasmi
Yang Berusaha,
Cikgu Haji Shaharudin Basri Bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat

***
Terima kasih diucapkan atas upacara penyampaian cenderamata
sebentar tadi.

PENUTUP Yang Berusaha Tuan, hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderamata sebentar tadi,


maka berakhirlah sudah majlis kita pada petang ini.

Majlis ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin dan


ahli pengakap juga jawatankuasa program yang telah berjaya
menjadikan program ini sebagai program permulaan tahun 2020 yang
berjaya. Semoga pencapaian pemimpin-pemimpin pengakap daerah
batu pahat pada tahun 2019 akan dijadikan semangat untuk lebih
berjaya pada masa akan datang.

Saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan


sepanjang majlis berlangsung. Untuk mengakhiri majlis pada petang ini,
Yang Berusaha Tuan, hadirin dan hadirat sekalian diminta untuk berdiri
dan bersedia bagi menyanyikan lagu Negaraku.

***
Sekian sahaja,
Wabillahitaufikwalhidayah W.B.T
PERARAKAN Mengumumkan perarakan keluar:
KELUAR PERASMI

Wakil Rasmi
Yang Berusaha,
Cikgu Haji Shaharudin Basri Bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat

dan dif-dif kerhomat.

You might also like