You are on page 1of 5

1

Senarai Kata Ganda


Nota tambahan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kata ganda.
Kata ganda yang biasa dan mudah difahami maksudnya tidak dimasukkan ke dalam
senarai ini.

Kata Ganda Penuh/Seluruh

Kata Ganda Makna


abuk-abuk sejenis kuih berbentuk bulat dan leper
aci-aci rod besi pada roda basikal dan motosikal
ampai-ampai sejenis haiwan laut yang berwarna putih dan badannya
seperti agar-agar, obor-obor
api-api kunang-kunang
asak-asak berhimpit-himpit
bari-bari sejenis lalat kecil yang mengerumuni buah-buahan
buli-buli bahagian pada sesuatu alat yang menyerupai mentol lampu
(contoh: pada hujung termometer)
dalu-dalu tumbuhan menumpang, dedalu
dekak-dekak alat mengira (sempoa)
duit-duit pokok menumpang yang daunnya bulat seperti duit syiling
epok-epok sejenis kuih berintikan sayur
gado-gado sejenis makanan yang dibuat daripada sayur-sayuran
ikut-ikut meniru, mencontohi
iram-iram payung ubur-ubur
iras-iras rupa yang seakan-akan
jari-jari • bahagian tangan
• lidi-lidi kecil pada roda basikal atau motosikal
• ukuran dari titik tengah ke luar bulatan
jentik-jentik anak nyamuk
kabu-kabu sesuatu yang lembut dan kelihatan seperti kapas
kali-kali daftar sifir, jadual sifir
kisi-kisi batang daripada kayu atau besi yang dipasang pada
tingkap
kuda-kuda • kedudukan kaki (dalam gerakan silat) yang
dibengkokkan supaya kukuh
• alatan kaki tiga yang digunakan untuk melukis
• haiwan tunggangan
labi-labi haiwan seperti kura-kura
langit-langit • bahagian atas dalam rongga mulut
• kain atau plastik yang dipasang pada bahagian atas di
dalam bilik atau mana-mana bahagian rumah.
mata-mata polis
molek-molek elok-elok, cantik-cantik
oleh-oleh buah tangan
onde-onde sejenis kuih yang mengandungi gula merah
orang-orang patung yang dibuat untuk menakutkan burung-burung di
sawah
otak-otak sejenis makanan yang dibuat daripada ikan dan dibalut
dengan daun
2

panji-panji bendera kecil yang berbentuk segi tiga


patung-patung pepatung, serangga yang mempunyai dua pasang kepak
yang lut sinar.
pijat-pijat haiwan kecil yang menghisap darah
rambut-rambut saluran darah yang halus
riang-riang pepatung
semut-semut • serangga kecil yang merayap
• anggota badan yang kebas kerana duduk terlalu lama
sibur-sibur pepatung
siku-siku alat untuk mengukur sudut tepat
sumpah-sumpah haiwan yang menyerupai cicak dan boleh bertukar warna
apabila terancam
tupai-tupai keratin kayu yang dipaku pada tiang atau dinding untuk
menyangga sesuatu
ubun-ubun bahagian atas kepala
umang-umang sejenis ketam laut yang kecil
unduk-unduk kuda laut
uruk-uruk ular berbisa yang mempunyai beberapa gelang pada
ekornya
urup-urup kedai tempat menukar wang

Kata Ganda Separa

Kata Ganda Makna


bebalai suatu kawasan dalam lingkungan istana
bebalang bekas untuk mengisi sesuatu
bebawang sejenis tumbuhan (bawang)
bebenang garis timbul yang berlilit-lilit di luar skru
bebendul kayu lurus yang digunakan untuk membuat tiang rumah
bebibir bahagian pada mulut
bebola makanan berbentuk bulat
bebotok lauk ikan yang dirempah dengan kelapa, dibungkus dengan
daun dan dikukus
bebuli bahagian pada sesuatu alat yang menyerupai mentol lampu
(contoh: pada hujung termometer)
bebuluh sesuatu yang menyerupai buluh seperti paip, saluran dan
pembuluh darah
dedalu sejenis pokok menumpang
gegelung sesuatu yang berlingkar
jejaka orang lelaki dewasa bujang
jejamang perhiasan yang dibuat daripada emas atau perak dan dipakai
di dahi atau di kepala
jejari • bahagian tangan
• lidi-lidi kecil pada roda basikal atau motosikal
• ukuran dari titik tengah ke luar bulatan
kekabu sesuatu yang lembut dan kelihatan seperti kapas (biasanya
digunakan sebagai isi bantal dan tilam)
kekaras sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras
3

kekili lingkaran rotan atau besi yang dipasang pada hidung kerbau
kekisi batang daripada kayu atau besi yang dipasang pada tingkap
kekuda • kedudukan kaki (dalam gerakan silat) yang dibengkokkan
supaya kukuh
• alatan kaki tiga yang digunakan untuk melukis
• haiwan tunggangan
kekudung tudung kepala
lelangit • bahagian atas dalam rongga mulut
• kain atau plastik yang dipasang pada bahagian atas di
dalam bilik atau mana-mana bahagian rumah.
peparam sejenis ubat atau bedak yang disapu pada kepala atau badan
pepenjuru garis lurus dari titik sudut ke satu titik sudut
pepuyu sejenis ikan
rerambut saliran darah halus
reriang sejenis serangga
sesentuh alat untuk mengalirkan arus elektrik
sesibur pepatung
sesiku alat untuk mengukur sudut tepat
sesondol bahagian yang keluar daripada roda
sesungut alat/deria perasa yang terdapat pada serangga
tetambak benteng
tetangga orang/jiran yang tinggal berdekatan
tetuban selaput yang membungkus bayi semasa dalam kandungan
tetulang rangka bentuk sesuatu binaan
tetupai keratin kayu yang digunakan untuk menyangga atau menahan
sesuatu
tetumpang sejenis tumbuhan paku pakis

Kata Ganda Berentak

Kata Ganda Makna


anak-pinak anak yang ramai
asal-muasal permulaan sesuatu
aman-gemawan pelbagai jenis/rupa awan
basa-basi sopan santun
batu-batan pelbagai jenis dan struktur batu
becang-becok bunyi yang bising
bedil-bedal berbalas tembak
belat-belit putar belit, tidak jujur
bengkak-bengkil bengkak yang banyak
bengkang-bengkok tidak lurus
bolak-balik berulang-alik, percakapan yang berbelit-belit dan berulang-
ulang
bongkar-bangkir kacau-bilau atau cerai-berai
calar-balar garisan calar yang tidak menentu dan banyak
carut-marut pelbagai perkataan yang kotor dan keji
celam-celum keadaan keluar dan masuk (berulang-ulang)
ceruk-meruk pelbagai jenis tempat atau pelosok
4

cobak-cabik/ cobra- koyak-koyak (banyak)


cabir
comot-momot keadaan yang sangat kotor
compang-camping/ koyak-koyak (banyak)
corak-carik
congak-cangit perbuatan mendongak dan menundukkan muka berkali-kali
copak-capik berjalan pincang
culang-caling tidak keruan atau tidak teratur
debak-debuk bunyi debak berkali-kali (seperti orang bertumbuk atau bunyi
barang jatuh)
dentam-dentum bunyi dentam yang berulang-ulang
desas-desus khabar angina tau cakap-cakap yang belum sah
dolak-dalik percakapan atau pendirian yang tidak tetap
gegak – gempita riuh-rendah, bunyi sangat bising
gelap-gelemat/ keadaan yang sangat gelap
gelap-gelita
geli-geleman jijik
gilang-gemilang bercahaya sangat terang, sangat elok dan cantik
gilap – gemilap cahaya yang berkilauan
gundah-gulana sangat resah dan sedih
halai-balai kacau bilau, tidak terpelihara dengan baik
hancur lebur/ hancur hancur sama sekali
luluh/ hancur mumur
hina – dina rendah martabat lagi miskin
hingar – bingar sangat bising, riuh-rendah
hiruk – pikuk keadaan riuh rendah, sibuk dan bising
huru – hara kacau bilau dan tidak tenteram
incang-incut tidak lurus, bengkak – bengkok atau tempang
jerih-perih susah payah
kacau-bilau tidak aman atau tidak tenteram
kayu-kayan pelbagai jenis kayu
keluh-kesah kata-kata yang melahirkan rasa sedih/susah hati
kering-kontang kering sama sekali(tiada setitik air pun)
kucar-kacir tidak teratur
kumat-kamit bibir yang bergerak-gerak seperti membaca doa tetapi tidak
bersuara
kusut-masai sangat kusut
lekak-lekuk tidak lurus dan tidak rata
lemah-gemalai pergerakan yang lembut
lentam-lentum bunyi yang kuat seperti mercun
liang-liuk pergerakan yang agak lembut seperti api lilin atau batang padi
yang ditiup angin
licin-licau sangat licin/habis langsung
lintang – kedak tidak teratur
lintang-pukang berlari bertempiaran – tidak tentu arah
morat-marit tidak teratur, kucar0kacir, kacau bilau, tidak keruan
mundar-mandir pergi dan balik berulang alik
orak-arik kacau bilau
pontang-panting bertaburan sana sini
5

porak-peranda kacau-bilau, kucar-kacir


punah-ranah rosak binasa atau rosak sama sekali
ramah-tamah mesra
remeh-temeh tidak mustahak/tidak penting
rempah-ratus pelbagai rempah
remuk-redam hancur/pecah menjadi kecil, perasaan sangat sedih
rumput-rampai pelbagai jenis rumput
serbah-serbih tidak kemas atau selekeh
sorak-sorai bunyi teriak atau pekik yang ramai
susup-sasap menyorok masuk ke sana ke mari
terang-benderang sangat terang

You might also like