You are on page 1of 18

1.

0 PENDAHULUAN

Analisis ayat bermaksud meneliti sesuatu binaan atau struktur ayat itu
dirangkaikan.Pengetahuan tentang analisis ayat berguna kepada guru-guru bahasa bagi
meneliti cara kata-kata dirangkaikan secara berpola bagi membentuk unit yang lebih
panjang dalam bahasa,iaitu frasa, klausa dan ayat. Setiap unit itu akan diteliti berdasarkan
binaan, konstituen dan penggolongannya.

2.0 TEKS PETIKAN

Mereka kumpulan pencinta alam terkemuka. Mereka bertolak pada pagi tadi dalam
dua kumpulan. Kumpulan pertama membawa peta. Peta itu menunjukkan arah ke Gelang
Patah. Sebuah kompas juga dibawa bersama-sama oleh kumpulan itu. Kumpulan kedua
tidak dilengkapi dengan sebarang peta. Kompas juga tiada. Kepada seorang pemandulah
mereka bergantung. Kumpulan pertama dan kumpulan kedua bergabung di Gelang Patah.
Pergembaraan diteruskan. Letih lesu sungguh mereka.

3.0 FRASA, KLAUSA, AYAT DASAR, AYAT TERBITAN, AYAT TUNGGAL DAN AYAT
MAJMUK

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat
yang menjadi konstituen kepada ayat.

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa.
Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan
atau tranformasi daripada ayat dasar. Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu
penyusunan semula,peluasan dan pengguguran.

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai
satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.

4.0 ANALISIS AYAT

Singkatan bagi perkataan untuk rajah pohon :

Singkatan Singkatan
A Ayat FSN Frasa sendi nama
S Subjek KA Kata adjektif
P Predikat KN Kata nama
FN Frasa nama KSN Kata sendi nama
FK Frasa kerja KK Kata kerja
FA Frasa adjektif KSN Kata sendi nama

Ayat 1 : Mereka kumpulan pencinta alam terkemuka.

Rajah pohon :
A

S P

FN FN

KN FN

Mereka kumpulan pencinta alam terkemuka

Frasa :

Frasa Nama Frasa Nama


Mereka kumpulan pencinta alam terkemuka

Mereka kumpulan ialah frasa nama disebabkan mereka merupakan kata nama manakala
kumpulan ialah penerang bagi mereka. Pencinta alam terkemuka ialah frasa nama
disebabkan pencinta merupakan kata nama dan alam terkemuka merupakan penerang bagi
pencinta itu.

Klausa :

mereka kumpulan pencinta alam terkemuka

Klausa ini ialah klausa bebas. Klausa ini dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat dan
mengandungi makna yang tersendiri.

Ayat Dasar dan Ayat Tunggal :


Rajah pohon menunjukkan ayat tersebut mempunyai satu klausa yang terdiri daripada
subjek dan predikat. Ia juga merupakan ayat penyata yang lengkap.

Ayat Terbitan :

Ayat tersebut ialah kata nama terbitan iaitu pada perkataan pencinta yang menerima
imbuhan peN... itu.

Ayat 2 : Mereka bertolak pada pagi tadi dalam dua kumpulan.

Rajah pohon :

S P

FN FK

KK FSN

KSN FN

Mereka bertolak pada pagi tadi dalam dua kumpulan

Frasa :

Frasa Nama Frasa Kerja


Kata Kerja Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Mereka Bertolak pada Pagi tadi dalam dua kumpulan
Mereka merupakan frasa nama dan kata nama. Frasa kerja bermula pada perkataan
bertolak iaitu kata kerja. Frasa sendi nama pula ialah pada dan diterangkan oleh frasa nama
iaitu pagi tadi dalam dua kumpulan.

Klausa :

mereka bertolak pada pagi tadi dalam dua kumpulan

Klausa tersebut terdiri daripada klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah
mereka bertolak pada pagi tadi manakala klausa tak bebas ialah dalam dua kumpulan

Ayat tunggal dan ayat dasar :

Ayat tersebut ialah ayat tunggal dan merupakan ayat penyata. Hal ini kerana ayat tersebut
tidak mempunyai perkataan ayat majmuk dan mudah untuk difahami.

Ayat terbitan :

Ayat ini juga telah menerima imbuhan ber.. pada perkataan bertolak itu. Jadi ayat tersebut
merupakan ayat terbitan.
Ayat 3 : Kumpulan pertama membawa peta.

Rajah pohon :

S P

FN FK

KK KN

Kumpulan pertama membawa peta

Frasa :

Frasa Nama Frasa Kerja


Kata Kerja Kata Nama
Kumpulan pertama membawa peta

Ayat tersebut mengandungi frasa nama dan frasa kerja. Frasa nama ialah kumpulan yang
diterangkan oleh pertama. Manakala bagi frasa kerja ialah membawa peta iaitu membawa
ialah kata kerja dan peta sebagai penerang bagi membawa.

Klausa :

kumpulan pertama membawa peta

ayat ini ialah klausa bebas. Hal ini kerana ayat tersebut mampu berdiri sendiri dan
mempunyai makna yang tersendiri.
Ayat tunggal dan ayat dasar :

Ayat tersebut merupakan ayat tunggal. Ia adalah sebuah ayat penyata yang memberitahu
bahawa kumpulan pertama itu membawa peta.

Ayat terbitan :

Ayat tersebut merupakan ayat terbitan kerana kata kerjanya telah menerima imbuhan
mem... pada perkataan membawa itu.

Ayat 4 : Peta itu menunjukkan arah ke Gelang Patah.


Rajah pohon :

S P

FN FK

KK KN FSN

KSN FN

Peta itu menunjukkan arah ke Gelang Patah


Frasa :

Frasa Nama Frasa Kerja


Kata kerja Kata nama Frasa Sendi Nama
Kata sendi Frasa nama
nama
Peta itu menunjukkan arah ke Gelang Patah

Ayat diatas diwakili oleh frasa nama dan frasa kerja. Di dalam frasa kerja tersebut, terdapat
di dalamnya frasa sendi nama yang menerangkan frasa kerja tersebut. Hal ini akan
melengkapkan ayat tersebut dengan makna yang difahami.

Klausa :

peta itu menunjukkan arah ke gelang patah

Klausa bagi ayat tersebut adalah klausa tak bebas. Hal ini kerana ayat tersebut dapat berdiri
dengan sendiri dan mempunyai makna yang difahami.

Ayat tunggal dan ayat dasar :

Ayat tersebut merupakan ayat tunggal. Ia juga merupakan ayat penyata yang menyatakan
peta itu hanya menunjukkan arah ke Gelang Patah sahaja.

Ayat terbitan :

Ayat tersebut ialah ayat terbitan kerana kata kerjanya telah menerima imbuhan meN..kan
pad perkataan menunjukkan. Jadi ayat tersebut merupakan ayat terbitan.

Ayat 5 : Sebuah kompas juga dibawa bersama-sama oleh kumpulan itu.


Rajah pohon :

S P

FN FK FN

Sebuah kompas juga dibawa bersama-sama oleh kumpulan itu

Frasa :

Frasa bagi subjek ialah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja. Sebuah kompas juga ialah
frasa nama dan dibawa ialah frasa kerja. Bersama sama oleh kumpulan itu merupakan
objek bagi kata kerja.

Klausa :

sebuah kompas juga dibawa bersama-sama oleh kumpulan itu

Klausa bag ayat diatas ialah klausa bebas. Ayat ini mampu untuk berdiri sendiri dan mudah
difahami.

Ayat terbitan :

Ayat ini merupakan ayat terbitan kerana kata kerja dibawa telah menerima imbuhan awalan
di. Jadi, kata kerja tersebut merupakan kata terbitan.

Ayat 6 : Kumpulan kedua tidak dilengkapi dengan sebarang peta.


Rajah pohon :

S P

FN FK

Kumpulan kedua tidak dilengkapi dengan sebarang peta

Frasa :

Subjek bagi ayat tersebut ialah frasa nama dan predikat bagi ayat tersebut ialah frasa kerja.

Kumpulan kedua ialah kata nama manakala dilengkapi merupakan kata kerja yang mewakili
frasa kerja bagi ayat tersebut.

Klausa :

kumpulan kedua tidak dilengkapi dengan sebarang peta

Klausa bagi ayat tersebut ialah kluasa bebas kerana ayat tersebut mampu untuk berdiri
sendiri dan mempunyai makna untuk difahami.

Ayat Terbitan :

Ayat tersebut merupakan ayat terbitan kerana kata kerjanya telah menerima imbuhan apitan
iaitu di...i iaitu dilengkapi. Jadi kata kerja tersebut telah menjadi kata kerja terbitan.

Ayat 7 : Kompas juga tiada.


Rajah pohon :

S P

FN FA

Kompas juga tiada

Frasa nama Frasa Adjektif


Kompas juga tiada

Ayat diatas mempunyai frasa nama dan frasa adjektif. Kompas tersebut merupakan inti
kepada frasa nama manakala tiada pula merupakan inti kepada frasa adjektif.

Klausa :

kompas juga tiada

klausa bagi ayat berikut merupakan klausa tak bebas. Ayat tersebut boleh berdiri sendiri
dengan makna yang boleh difahami.

Ayat tunggal dan ayat dasar :

Ayat berikut merupakan ayat penyata. Ia memberitahu bahawa kompas juga tiada disitu.

Ayat 8 : Kepada seorang pemandulah mereka bergantung.


Rajah pohon :

S P

FN FN

Kepada seorang pemandulah mereka bergantung

Frasa :

Frasa bagi ayat tersebut ialah frasa nama dan predikatnya ialah frasa nama. Ayat tersebut
telah mengalami ayat pasif iaitu ayat aktifnya ialah mereka bergantung kepada seorang
pemandu.

Klausa :

kepada seorang pemandulah mereka bergantung

Klausa tersebut merupakan klausa bebas kerana ayat tersebut mampu untuk berdiri sendiri.

Ayat Terbitan :

Ayat tersebut merupakan ayat terbitan kerana kata kerjanya telah menerima imbuhan ber
pada perkataan bergantung itu.

Ayat 9 : Kumpulan pertama dan kumpulan kedua bergabung di Gelang Patah.


Rajah pohon :

S P

FN KH FN FK

Kumpulan pertama dan kumpulan kedua bergabung di Gelang


Patah

Frasa :

Subjek Predikat
FN KH FN FK
KK KSN KN
Kumpulan dan Kumpulan bergabung di Gelang
pertama kedua Patah

Ayat berikut digabungkan oleh frasa nama dan frasa kerja

Klausa :

kumpulan pertama dan kumpulan kedua bergabung di gelang patah

klausa diatas diwakili oleh klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ilah kumpulan
pertama manakala klausa tak bebas ialah dan kumpulan kedua bergabung di gelang patah.

Ayat Majmuk :

Ayat tersebut merupakan ayat majmuk. Hal ini kerana ayat tersebut mempunyai perkataan
yang mengabungkan dua ayat iaitu perkataan dan.

Ayat terbitan :

Ayat tersebut merupakan ayat terbitan kerana kata kerjanya telah menerima imbuhan beR..
pada perkataan bergabung.
Ayat 10 : Pergembaraan diteruskan.

Rajah pohon :

S P

FN FK

Pergembaraan diteruskan

Frasa :

Frasa nama Frasa Kerja


Pergembaraan diteruskan

Ayat tersebut diwakili oleh frasa nama dan frasa kerja. Pergembaraan pada awalnya ialah
kata kerja namun telah diapit oleh imbuhan per..an yang menjadikannya kata nama.

Klausa :

pergembaraan diteruskan

Klausa tersebut ialah klausa bebas. Hal ini kerana ayat tersebut mampu berdiri sendiri dan
mempunyai makna.

Ayat tunggal :

Ayat tersebut merupakan ayat tunggal dan ayat penyata. Hal ini kerana ayat tersebut hanya
menyatakan pergembaraan akan diteruskan lagi.
Ayat terbitan :

Ayat ini merupakan ayat terbitan kerana kata kerjanya telah menerima imbuhan di....kan
pada perkataan diteruskan.

Ayat 11 : Letih lesu sungguh mereka.

Rajah pohon :

S P

FN FN

Letih lesu sungguh mereka

Frasa :

Frasa Nama Frasa Nama


Kata penguat Kata nama
Letih lesu sungguh mereka

Ayat tersebut diwakili oleh frasa nama dan predikatnya juga frasa nama. Predikatnya frasa
nama disebabkan kata nama mereka dan ditambah dengan kata penguat iaitu sungguh.

Klausa :

letih lesu sungguh mereka


Klausa tersebut merupakan klausa bebas. Hal ini kerana klausa tersebut mampu berdiri
sendiri dan mempunyai makna yang boleh difahami.

Ayat tunggal :

Ayat tersebut ialah ayat penyata. Hal ini kerana ayat tersebut hanya memberitahu bahawa
mereka hanya letih sahaja.
5.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada tujuan dalam tugasan tersebut ingin menganalisis dan


membuat perbandingan sesuatu ayat di dalam satu petikan yang melibatkan ilmu sintaksis.
Didapati dalam petikan tersebut wujudnya ayat tunggal dan ayat majmuk walaupun ayat
majmuk hanya terdapat 1 ayat sahaja, namun ia boleh menunjukkan perbandingan di antara
ayat tunggal dan ayat majmuk. Hanya daripada jenis ayat majmuk gabungan yang wujud.
Kesimpulannya, melalui tugasan ini dapat membatu kami bagi mengetahui dengan lebih
mendalam tentang jenis dan binaan frasa serta ayat dalam sesuatu petikan bahasa Melayu
setelah menjalankan analisis petikan ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada kami
agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksis dalam Bahasa Melayu. 
RUJUKAN

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1996).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like