You are on page 1of 1

Antara implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru

hendaklah mengenal pasti kesesuaian, mengenali pelajar, dan cara penyampaian isi
pelajaran. Setiap murid itu berbeza dari sudut kesediaan belajar. Oleh itu, guru perlu
mengenal pasti tahap kesediaan belajar murid supaya guru dapat menyediakan isi pelajaran
dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan murid. Walaupun kurikulum bagi
setiap mata pelajaran adalah sama, guru boleh memilih isi pelajaran yang sesuai dengan
keupayaan murid untuk mencapai hasil pembelajaran yang disarankan kurikulum. Guru
perlu menyesuaikan isi pelajaran dengan tahap kesediaan belajar murid. Pemilihan isi
pelajaran yang sesuai perlu dititikberatkan untuk memastikan murid dapat menggarap isi
pelajaran berkenaan selaras dengan keupayaan diri, kematangan dan pengalaman atau
pengetahuan sedia ada. Guru hendaklah menyampaikan isi pelajaran dengan tiga cara iaitu
laras bahasa bahan sumber pembelajaran dan jiga aktiviti pembelajaran. Di samping itu,
penyampaian isi pembelajaran. Guru harus mengguna set induksi yang menarik untuk
menimbulkan minat mereka terhadap aktiviti pembelajaran. Guru hendaklah merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan dan pengetahuan sedia ada.

You might also like