You are on page 1of 2

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) – Sebelum

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Cawangan 1 merupakan


sekolah yang saya tidak pernah pergi sebelum ini. Bagi saya, lawatan ke sekolah
rendah merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Walaupun waktu tersebut
agak pendek, tetapi lawatan ini sudah tentunya bermakna bagi seorang
bakal guru. Sebelum ini, kita telah didedahkan dengan pelbagai teori dan
profesional dalam bidang masing-masing. Dari PPISMP hingga ke PISMP,
PBS ini hanya melibatkan senior-senior sahaja. Setelah menanti-nanti
selama empat semester termasuk PPISMP, akhirnya peluang untuk saya
melawat ke sekolah tersebut telah tiba.

Sebelum saya pergi ke sekolah tersebut, saya telah menghadiri


taklimat PBS yang diadakan pada 8 Mac 2017 sebagai persediaan untuk
pergi ke sekolah pada minggu depan. Saya mengetahui bahawa pelbagai
pengalaman baru yang dapat saya rasai kerana ini merupakan peluang untuk kita
menjejaki ke sekolah untuk bertemu dengan murid dan guru. Di situlah keadaan
sebenar yang kita akan melalui semasa sesi Praktikum dan pada masa depan kita
menjadi guru sebenar.

Oleh itu, sebelum saya pergi ke sekolah tersebut, saya telah melakukan
pelbagai tugasan iaitu cuba mencari maklumat tentang perkara yang perlu merujuki
semasa minggu PBS ini. Bagi saya, minggu tersebut adalah terhad iaitu selama lima
hari sahaja dan pelbagai usaha persediaan perlu dilakukan. Antaranya mencari
maklumat di laman sesawang mengenai perkara yang perlu dititikberatkan semasa
pergi sekolah, soalan-soalan untuk menemu bual bersama pelajar atau guru dan
sebagainya. Lebih-lebih lagi, sebelum pergi ke PBS, saya juga merujuk kepada
senior-senior yang pernah pergi ke PBS sebelum ini seperti Ho Jia Hao (T4 TESL),
Lee Sing Kiat (T2 B&K) dan lain-lain. Berdasarkan keterangan daripada mereka,
minggu PBS merupakan satu pendedahan yang sangat menarik kerana kita boleh
mengalami perkara yang kita akan melalui kemudian sebagai kerjaya guru.
Saya memahami bahawa minggu PBS ini mempunyai tugas-tugas tertentu
yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah tugasan projek EDUP 3033 Murid dan
Pembelajaran. Oleh itu, pemahaman soalan amat penting untuk melaksanakan
tugasnya di sekolah. Lebih-lebih lagi, saya telah mencari beberapa maklumat yang
relevan berkaitan dengan perkara yang perlu dilaksanakan semasa minggu tersebut.
Sebelum minggu tersebut, saya perlu mengemaskini dan merujuk kepada beberapa
isu pendidikan terkini untuk membantu saya dalam kerjaya guru pada masa depan.

Walaupun begitu, minggu PBS ini merupakan satu titik permulaan bagi kita
sebagai persediaan untuk menjadi guru yang cemerlang pada masa depan. Saya
yakin bahawa pelbagai perkara menarik yang akan berlaku di sekolah. Pada masa
yang sama, pengalaman tersebut dapat saya kongsi bersama rakan sekelas selepas
cuti sekolah nanti.

You might also like