You are on page 1of 1

Refleksi

Perbincangan / Interaksi

Sepanjang menjalani PBS, saya telah menjalankan beberapa perbincangan


dan interaksi dengan beberapa orang guru dan murid di SJK(C). Dalam
perbincangan ini, saya mendapat banyak ilmu baru dan strategi untuk kegunaan
saya masa depan.

Saya mendapati bahawa guru besar di sekolah ini mempunyai beberapa nilai-
nilai murni yang baik. Pertama, guru besar merupakan seorang yang
bertanggungjawab. Beliau menyedari tanggungjawabnya sebagai guru besar dalam
menguruskan guru pelatih yang menjalani PBS. Beliau mengadakan mesyuarat dan
perbincangan tentang strategi menghadapi peperiksaan UPSR dengan guru yang
mengajar murid Tahun 6 supaya murid dapat mencapai kecermerlangan dalam
peperiksaan UPSR. Selain itu, beliau juga sentiasa mengambil berat tentang
masalah-masalah yang sering berlaku di sekolah.

Selepas saya berinteraksi dengan guru, saya mendapati guru mempunyai


pelbagai tugasan yang perlu dihadapi. Namun begitu, guru masih tetap tabah
menghadapi tugasan dan masalah beliau. Guru memberitahu saya bahawa sebagai
seorang guru yang bertanggungjawab, guru akan memikirkan dengan teliti terlebih
dahulu sebelum membuat keputusan dalam setiap perkara.

Pendek kata, menerusi perbincangan dan kolaborasi yang telah saya buat
dengan guru-guru dan kakitangan memberi banyak faedah dan perkara baru untuk
kegunaan saya semasa saya menjadi seorang guru.

You might also like