You are on page 1of 2

PENYATAAN SEBELUM PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu komponen


wajib yang perlu diakui dan dilaksanakan oleh semua guru pelatih Program
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Kementrian Pendidikan Malaysia bermula
Dari semester dua sehingga semester empat. Konsep program ini adalah
untuk memberikan kefahaman awal kepada guru pelatih berkaitan dengan
alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Tujuan program ini diadakan
adalah untuk memberi peluang serta pendedahan awal kepada guru pelatih
untuk menghayati kerjaya sebagai seorang guru. Bahkan dapat membina
kemahiran berinteraksi dengan murid, guru serta kakitangan bagi membina
sikap positif terhadap profession keguruan.

Untuk PBS ini, Saya telah memilih Sekolah Rendah Kebangsaan Merbau
Miri. Sekolah ini merupakan sekolah saya yang terdahulu iaitu sejak dari
tahun 2007 sehingga 2012.Semasa saya melaksanakan pbs ini nanti, Saya
telah dibekalkan beberapa tugasan iaitu tugasan yang diberikan oleh ketua
Unit Praktikumdan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah bagi kursus
yang saya ambil pada semester duaa ini iaitu EDUP 3033, Murid dan
Pembelajaran.

Bagi tugasan daripada Unit Praktikum, mereka telah memberikan


beberapa borang yang perlu dibawa dan dilekngkapkan ketika menjalankan
PBS ini. Beberapa tugasan perlu dilaksanakan seperti memhami struktur
pentadbiran sekolah serta memberikan peluang kepada guru pelatih untuk
menghayati dan menjiwai peranan sebagai seorang guru dan warga sekolah.
Tambahan juga, Saya berharap melalui tugasan ini, saya dapat memperoleh
pendedahan awal dan juga memhami sekolah sebagai institusi pendidikan
yang amat vital dalam diri seseorang murid.

Kesimpulan
Saya berharap agar PBS pertama yang saya jalankan ini akan meberikan
impak yang besar kepada diri saya untuk mendalami dan enjiwai kerjaya
sebagai seorang guru. Diharapkan supaya segala yang saya akan hadapi
semasa PBS akan membantu saya dalam memahamialam persekolahan itu
sendiri dari erspektif seorang guru. Secara jujurnya, saya amat begitu teruja
untuk menjalankan PBS ini kerana sekolah ini merupakan sekolah yang akan
mengimbau kembali memori saya sebagai seorang murid dan berjumpa
semula guru yang telah melimpahkan ilmu kepada saya dan menjadikan saya
yang sekarang. Lantaran itu, saya berharap supaya PBS ini dapat mengajar
saya berkaitan dengan ilmu pengetahuan baharu daln Profesion keguruan
dan dpata meningkatkan lagi minat saya dalam profession ini.

You might also like