You are on page 1of 8

Pengenalan

Ketangkasan adalah kebolehan dan keupayaan disamping mempunyai


kemahiran untuk memulakan, menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh
badan dengan pantas dan tepat tanpa kehilangan keseimbangan posisi tubuh badan.
Menurut Sheppard dan Young (2006), menyatakan ketangkasan sebagai kecepatan
seluruh pergerakan tubuh dengan perubahan velositi atau tindak balas kepada
rangsangan.

Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor daripada


koordinasi otot saraf selain daripada unsur faktor fisiomotor yang lain iaitu
keseimbangan, kelajuan, masa reaksi dan kuasa. Koordinasi otot saraf yang
melibatkan kepantasan dan ketepatan adalah diperolehi daripada tindakan sistem
saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilkan
pergerakan yang diingini.

Untuk mencapai keupayaan ketangkasan yang tinggi, kombinasi berikut sangat


diperlukan iaitu imbangan, kelajuan, kekuatan dan koordinasi. Imbangan yang
dimaksudkan ialah keupayaan untuk mengekalkan equilibrium semasa statik atau
dinamik (tidak jatuh) seiring dengan koordinasi fungsi sensori seperti mata dan
telinga. Kelajuan pula keupayaan untuk menggerakkan sebahagian atau semua
bahagian badan dengan pantas manakala kekuatan ialah keupayaan otot untuk
mengatasi rintangan. Koordinasi pula keupayaan untuk mengawal pergerakan badan
seiring dengan fungsi sensori badan contohnya menangkap bola (koordinasi bola, mata
dan tangan).
Sejarah

Sekitar tahun 1880-an, penggunaan pengukuran semakin berkembang dalam


bidang pendidikan jasmani bukan sahaja untuk mempelajari antropometri (Lacy dan
Hastad, 2003). Peningkatan terhadap peningkatan bidang sukan menjadikannya
semakin mendapat perhatian dan kian dimajukan. Dr. Dudley Sargent dari Universiti
Harvard telah mencipta lebih dari 40 jenis pengukuran. Antaranya bateri ujian yang
mengukur kekuatan tangan, kaki, bahagian belakang badan, genggaman dan kapasiti
vital. Bateri ujian ini dikenali sebagai Intercollegiate Strength Test.

Ujian-ujian saintifik terhadap pengukuran dan penilaian mula dijalankan dalam


tahun 1920-an. Pengukuran ketangkasan adalah merupakan suatu bidang saintifik yang
agak baru dan tidak mempunyai latar belakang yang luas berbanding dengan bidang
lain seperti pengukuran daya tahan kardiovaskular serta pengukuran komposisi badan.
Pengukuran dan penilaian bagi ketangkasan sering diletakkan di bawah kebolehan
motor dan kepantasan (motor ability and speed). Ia mungkin disebabkan oleh maksud
ketangkasan iaitu keupayaan seseorang menukar posisi dan arah dengan pantas dan
tepat (Johnson dan Nelson, 1986). Oleh yang demikian, ketangkasan kerap menjadi
salah satu bateri ujian bagi kebolehan motor secara am (General Motor Ability).

Pada akhir tahun 1960-an, Ujian Lompat Kuadran dan Ujian Litar Ketangkasan
Berhalangan LSU (kombinasi beberapa ujian ketangkasan contohnya, Lari Ulang Alik,
Burpee dan lain-lain). Ujian Lompat Kuadran ini dibentuk oleh Barry Johnson dan
Ujian Litar Ketangkasan Berhalangan LSU (ringkasan dari Louisiana State
University) dibentuk oleh Jack Nelson.

Pada tahun 1962, satu ujian yang dinamakan Ujian Ubi Kentang telah
dijalankan ke atas pelajar lelaki yang berumur 13 hingga 19 tahun. Dr. Ronald Kirby
pula telah memperkenalkan Ujian SEMO pada tahun 1971 bagi menguji ketangkasan
badan menukar arah ke sisi, ke belakang dan ke hadapan. Ujian yang dijalankan
memerlukan peserta benar-benar tangkas untuk mengubah haluan dalam berbagai
variasi larian.

American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance


(AAHPERD), memasukkan unsur ketangkasan ke dalam ujiannya pada tahun 1976.
Ujian tersebut memerlukan peserta lari ulang alik sejauh 10 ela yang bertujuan untuk
ketangkasan berlari dan kepantasan individu menukar arah.

Ujian Prestasi Kecergasan Fizikal dan Motor Manitoba telah diperkenalkan pada
tahun 1977 yang bertujuan untuk menguji kecergasan fizikal dan kebolehan motor.
Larian ketangkasan telah digunakan sebagai salah satu item ujian.

Klinzing (1980), telah memasukkan beberapa ujian ketangkasan sebagai salah


satu siri ujian untuk mengukur tahap ketangkasan di kalangan pegawai polis. Jette,
Kimick dan Sidney (1980), pula memperkenalkan ISOC iaiti Indoor Standardized
Obstacle Course kepada Angkatan Tentera di Kanada. Kesemua item ujian yang
dijalankan ini adalah ujian ketangkasan di mana setiap anggota tentera yang diuji
perlu melalui 19 item berhalangan yang mengukur kekuatan dan daya tahan otot serta
kuasa aerobik maksimum.

Sejarah perkembangan ujian ketangkasan masih menjurus kepada keupayaan


motor am. Tidak banyak ujian yang direka dan dibentuk khusus untuk mengukur dan
menilai komponen ketangkasan itu sendiri. Oleh yang demikian, pengukuran dan
penilian ujian ketangkasan dilihat berkembang dengan kadar sederhana. Walau
bagaimanapun, ujian ketangkasan dijadikan sebagai salah satu faktor untuk meramal
keupayaan seseorang individu dalam kebolehan motor dan sukan.

Objektif Umum
Untuk mengukur ketangkasan umum terhadap badan dalam perlakuan ke hadapan, ke
belakang dan sisi (pelbagai variasi).
Objektif Khusus
i. Untuk membanding perbezaan ketangkasan antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan berdasarkan Ujian T ( T-Test ) dan Ujian lari ulang alik ( Shuttel
Run ) yang dijalankan.
ii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara skor ketangkasan lelaki
dan perempuan.

Kepentingan Ujian Ketangkasan

Ketangkasan amat penting bagi setiap individu. Setiap aktiviti sukan yang
melibatkan permainan secara individu atau pun berpasukan, sangat mementingkan
ketangkasan. Apabila seseorang pemain itu mempunyai ketangkasan yang baik maka
sudah tentu setiap pergerakan akan dapat dilakukan dengan baik kerana tahap
kemampuan fizikalnya untuk bergerak adalah tangkas. Individu itu akan berupaya
mengubah arah posisi badan ke arah sasaran yang dikehendaki dalam jangka masa
yang tepat apabila situasi memerlukannya berbuat demikian. Ini akan memberi
kelebihan kepada diri atau pasukan untuk mendapatkan mata. Selain itu, ketangkasan
juga amat penting dalam situasi harian contohnya apabila seseorang yang secara tidak
sengaja akan dilanggar motosikal, kepantasan amat penting untuk mengelak daripada
dilanggar dan secara tidak langsung akan mengelakkan daripada kecederaan.

Di antara kegunaan-kegunaan ujian ketangkasan yang dikenal pasti adalah


sebagai :
 Asas untuk meramal potensi pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
 Ukuran untuk menentukan sejauh mana pencapaian dan kemajuan atlet apabila
ketangkasan menjadi objektif spesifik.
 Faktor pengukuran dalam ujian ketangkasan kebolehan motor.
 Penilaian terhadap keberkesanan latihan yang melibatkan ketangkasan.
 Memberi panduan dan bimbingan kepada guru atau jurulatih untuk memilih
aktiviti yang sesuai dengan tahap ketangkasan.
 Merupakan salah satu cara untuk memperbaiki kelemahan kecergasan.
 Membuktikan sejauh mana keberkesanan sesuatu program latihan.
 Satu cara untuk memberi motivasi kepada pelajar atau atlet untuk
mempertingkatkan prestasi yang lebih baik dalam bidang yang diceburi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi ketangkasan

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi ketangkasan ialah masa reaksi, faktor


baka, keupayaan latihan, peratusan lemak, gaya hidup dan kematangan.

1. Masa reaksi
Kebolehan dan keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor masa reaksi dan
masa pergerakan, di mana ia juga dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan tentang
reaksi satu kumpulan otot tertentu bertindakbalas ke atas sebarang aktiviti lakuan
motor.

2. Baka
Miller (1998), menyatakan ketangkasan juga mempunyai hubung kait dengan
baka. Jika seseorang itu mempunyai latar belakang seorang atlit, maka kemungkinan
anaknya akan mewarisi bakat yang ada padanya.

3. Keupayaan latihan
Jika seseorang itu sentiasa melakukan latihan, dia akan berupaya
menggerakkan sejumlah besar otot secara pantas dan berkesan untuk menukar arah
pergerakan.

4. Berat badan (peratusan lemak)

Menurut Braakhuis etc, (2003) menyatakan bahawa kadar peratusan lemak yang

tinggi dalam badan akan mengurangkan ketangkasan individu. Ini disebabkan beban

badan yang berlebihan terpaksa ditanggung oleh individu untuk memudahkan mereka

bertindak balas dalam sesuatau aktiviti.

5. Gaya hidup

Mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan aktif

dalam sukan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai tahap

ketangkasan yang optimum.

6. Kematangan
Menurut Seils (1995) yang menyentuh ketangkasan mempunyai kolerasi yang
positif dengan pertumbuhan fizikal bagi pelajar lelaki dan perempuan. Semakin
meningkat dewasa, ketangkasan pelajar lelaki akan meningkat manakala pelajar
perempuan akan semakin menurun.

QUADRANT JUMP / LOMPAT KUADRAN

Objektif : Untuk mengukur ketangkasan berdasarkan perubahan


posisi badan dengan lompatan dalam arah yang berbeza.
Tahap umur : Dari umur 10 tahun hingga umur masuk kolej.
Jantina : Lelaki dan perempuan
Alatan: Stop watch (Jam randik), marking tape

3 2

1 4

MULA

Rajah 9; Quadrant Jump.

Prosedur :
1. Peserta berdiri di belakang penanda mula.
2. Apabila arahan ‘mula’ diberikan, peserta melompat dengan kedua-dua kaki ke
kuadran 1, kuadran 2, kuadran 3, kuadran 4 dan balik semula ke kuadran 1.
3. Ulang lakuan tersebut sehingga arahan ‘berhenti’ diberikan.
4. Dua percubaan akan diberikan.
5. Jika subjek berhenti sebelum masa tamat, subjek dikehendaki melakukan
semula.

Skor : Bilangan kaki masuk ke dalam kuadran yang tepat dalam masa 10 saat.
Penalti : ½ markah (point) ditolak sekiranya kaki terpijak garisan atau salah zon atau
arah.

Jadual 8; Norma jumlah skor ujian lompat kuadran bagi pelajar kolej.

TAHAP LELAKI PEREMPUAN


PENCAPAIAN
CEMERLANG 31 dan ke atas 33 dan ke atas
BAIK 25 – 30 27– 32
SEDERHANA 13 – 24 14 – 26
LEMAH 7 – 12 8 – 13
TERLALU LEMAH 0-6 0-7

* Based on the scores of 75 men and 75 women at Corpus Christi State University,
Corpus Christi, Tex., 1976. The raw score is the number of times the feet land in the
correct quadrant in 10 sec.

Kelebihan :
1. Jimat ruang, masa dan kos.
2. Arahan mudah difahami.

Kekurangan :
1. Subjek keliru arah lompatan.
2. Mata akan ditolak sekiranya subjek pijak garisan atau salah arah.

You might also like